Anda di halaman 1dari 24

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

SEMESTER 3 / 2022

HBEC2903

PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 990201126394001


NO. KAD PENGENALAN : 990201126394
NO. TELEFON : 01170336735
E-MEL : mnrhsalim@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM TAWAU
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BAHAGIAN I
SOALAN 1: PEMERHATIAN DAN LAPORAN

1.0 PENDAHULUAN 2-3


2.0 LAPORAN ANEKDOT 4-5
3.0 DUA ALASAN YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI
UNTUK TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 6-9
4.0 DUA STRATEGI MENGURUSKAN TINGKAH LAKU 10-12
5.0 KESIMPULAN 13
6.0 RUJUKAN 14

SOALAN 2: ESEI

1.0 PENGENALAN 15-16


2.0 STRATEGI BIMBINGAN DAN DISIPLIN 17-18
3.0 PENERAPAN STRATEGI KEPADA SENARIO 19-20
4.0 KESIMPULAN 21

BAHAGIAN II
PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN 22-23

1
SOALAN 1: PEMERHATIAN DAN LAPORAN

1.0 PENDAHULUAN

Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.
Tingkah laku juga bermaksud semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur
dan di nilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap
yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa
sedar.

Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga
merangkumi aktiviti,aksi,prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi
teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik
oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan
atau dilakukan oleh individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan
keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia
berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula
dari persepktif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan. Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada
kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.

Oleh yang demikian, pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu
rancangan untuk memodifasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang
ditetapkan dengan teknik yang sesuai. (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).
Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas,
pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan
menghentikan tingkah laku negatif dan bebas gangguan.

Mengikut (PL94-142) masalah tingkah laku atau gangguan emosi yang serius
merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang
lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran.
Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada

2
positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif atau
tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin
tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula
terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung.
Oleh itu, penulisan ini memfokuskan untuk memahami kemahiran dan teknik
menguruskan kelakuan kanak-kanak.

3
2.0 LAPORAN ANEKDOT

Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa
dan perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh
menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar. Oleh
itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan di tempat yang
mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama kanak-
kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakan guru.
Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid itu.

Kegunaan rekod anekdot:

Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancangan
aktiviti individu bagi kes konferensi.

Kebaikan rekod anekdot:

 Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini.

 Pemerhatian ini terbuka (tiada penutup. Pemerhati mencatatkan apa sahaja


beliau dapat saksikan dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun
catatan.
 Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di
mana ia berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkannya kemudian.
 Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaja dan
melupakan perkara atau tingkah laku lain.

4
LAPORAN ANEKDOT

Semasa berada di ruang tamu, kelihatan ada dua orang kanak-kanak iaitu abang dan
adiknya. Di ruang tersebut juga kelihatan abang sedang bermain bersama
permainannya. Tidak lama kemudian, adiknya datang ke arah abangnya untuk
mengambil permainan milik abangnya. Ketika adiknya ingin mencuba untuk
mengambil permainan tersebut lantas abangnya menjerit dan menghalangnya lalu
marah dengan tindakan yang dibuat adiknya. Adiknya tetap berusaha untuk
mengambil permainan kereta tersebut akan tetapi abangnya masih berkeras untuk
tidak memberinya.

Dalam situasi tersebut setelah adiknya berjaya mendapatkan permainan


tersebut mereka saling kejar-mengejar sehinggakan abangnya ingin memukulnya
tetapi dihalang oleh bapa mereka kerana abangnya tidak ingin permainan itu diambil
kerana miliknya. Setelah adiknya mencuba untuk mengambil permainan yang
dikehendaki adiknya mereka berulang kali saling berebut dan saling tidak ingin
mengalah kerana permainan yang mereka rebutkan itu masing-masing mereka
menyukainya. Lantas, bapa mereka menegur kepada abangnya untuk meberi
permainan kepada adiknya akan tetapi abang tidak bersetuju untuk memberinya.

Kesimpulannya, adik memiliki sifat empati pada abangnya. Selain itu, dia juga
mempunyai sifat interpersonal yang positif serta sudah memahami bahwa dia perlu
memenuhi kemahuan abangnya. Oleh itu, sebagai ketua rumah bapa kepada kanak-
kanak itu harus menonjolkan sifat terpuji yang dimilki adiknya dengan menceritakan
semula peristiwa yang berlaku kepada ibu mereka agar menjadi teladan kepada
abangnya dan adik-beradik yang lain.

5
3.0 DUA ALASAN YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI UNTUK
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

a) Penceraian dan perpisahan ibu bapa

Menurut Colemean, penceraian berlaku akibat tekanan yang dialami oleh individu.
Tekanan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi renggang.
Benokraitis mentakrifkan penceraian sebagai ‘penamatan suatu perkahwinan yang sah
dan formla’ (Nijole V Benokraitis,1996).

Banyak kajian menunjukkan bahawa masalah salah laku sering dialami oleh
kanak-kanak apabila berlaku penceraian di kalangan ibu bapa mereka. Corak tingkah
laku berbeza di antara kanak-kanak dan ia berhubungkait dengan perkra-perkara
seperti jantina dan usia. Kanak-kaank yang terganggu emosinya lebih sering
mengeluh sakit seperti demam, sakit tekak, sakit perut dan sebaginya. Keadaan emosi
mereka juga tidak stabil dan kadangkala berlaku kecelaruan emosi di kalangan kanak-
kanak mangsa penceraian.

Seseorang akan merasa marah terhadap ibu bapanya kerana bercerai dan akan
melepaskan perasaan marahnya itu mellaui perubahan sikap mendadak. Kanak-kanak
akan menjadi degil, bersikap paans baran, bertumbuk dengan budak-budak lain,
mencuri, ponteng sekolah, bercampur dengan kumpulan budak-budak nakal dan
menghisap rokok. Mereka juga akan menjadi penyedih dan tidak suka bergaul, asyik
menyendiri, menangis seorang diri, tidak tidur lena maalam dan kelihatan malas.
Semua ini adalah kesan daripada gangguan emosi dan perasaan yang dialami akibat
daripada penceraian kedua ibu bapa. Hal ini akan menjadi bertambah buruk apabila
kanak-kaank tersebut terpaksa diheret sama ke dalam kancah penceraian tersebut
terutamanya apabila berlaku kes perebutan hak penjagaan anak. Sigurdsson dan
rakan-rakan (1996) dan Sokol-Katz dan rakan-rakan (1997) menekankan bahawa
perkembangan personaliti negatif dan tingkah laku bermasalah adalah hasil daripada
kegagalan dalam ikatan kekeluargaan.

6
b) Faktor sekolah

Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga (1994) sekolah ialah ‘tempat untuk belajar dan
mengajar’. Dalam seharian hampir separuh masa murid-murid dihabiskan di sekolah.
Sekolah juga memainkan peranan dalam menyumbang kepada berlakunya tingkah
laku bermasalah di kalangan kanak-kanak. Jenis kepimpinan dan susasa sekolah
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Contohnya, pengetua yang tegas
melaksanakan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan perlaksanaan satu-satu
tugas. Sekiranya sebaliknya, menyebabkan kanak-kanak pasif, menarik diri, takut
mengambil bahagian dan lain-lain lagi.

Selain daripada itu persekitaran sekolah yang tenang dan selesa akan
membantu memupuk tingkah laku yang diingini. Saiz sekolah juga memberi kesan
kepada tingkah laku murid. Sekolah yang besar atau keadaan bersesak-sesak
mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdisiplin (Balley,
1971 dan Reynolds,1977).

Iklim kelas yang kemas, selesa dan kondusif akan menyebabkan kanak-kanak
dapat belajar dengan tenang. Sekiranya keadaan kelas tidak kondusif, ini boleh
mengakibatkan timbulnya tingkah laku bermsalah di kalangan kaank-kaank. Menurut
Dunhill (1965) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik
akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang
kurang baik di kalangan murid. Dlam erti kata lain, murid akan lebih tenang dari segi
emosi dan kesediaan belajar apabila keadaan kelas mereka sentiasa dikelolakan
dengan baik.

Selain daripada itu, sikap dan tingkah laku guru juga perlu dipelihara kerana
dengan sikap yang tidak menyenangkan akan menjejaskan tingkah laku kanak-kanak.
Banyak perkara yang dilakukan oleh guru tanpa disedari boleh mengubah tingkah
laku yang tidak menyenagkan. Mereka akan mula bosan, malas dan nakal apabila
berhadapan dengan situasi yang membosankan. Apatah lagi sekiranya kanak-kanak
tersebut adalah kanak-kanak berkeperluan khas. Segala masalah yang timbul juga

7
perlu ditangani dengan bijak dan adil. Sekiranya keadaan tidak diberi perhatian,
masalah tingkah laku mungkin akan berlaku di kalanngan kanak-kanak
c) Masyarakat dan budaya.

Thrasher (1963) dan Whyte (1943) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi
kebudayaan kecil (sub-culture) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di
dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Persekitaran masyarakat akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-


kanak. Nilai dan taraf tingkah laku masyarakat boleh mempengaruhi kanak-kanak.
Sebagai contoh, kanak-kanak akan lebih mudah dan cepat terpengaruh dengan
perkara-perkara negatif yang terdapat dalam masyarakat sekeliling mereka. Budaya-
budaya yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat juga akan memberi kesan
terhadap tingkah laku kanak-kanak. Sekiranya murid sentiasa terdedah dengan budaya
kurang sihat yang diamalkan masyarakat sebagai contoh budaya gangsterism dan
vandalisme, mereka akan lebih mudah terikut-ikut dengan budaya tersebut.

Budaya dan pengaruh media massa juga menjadi punca kepada permasalahan
tingkah laku kanak-kanak. Jika kanak-kanak sentiasa dideahkan kepada tayangan
cideo atau filem yang berunsurkan pergaduhan, kezaliman dan keganasan, mereka
akan cenderung untuk memperolehi tingkah laku yang agresif. Bandura (1997),
mendapati kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton filem
yang berunsurkan aksi agresif (Eron, 1982). Namun begitu sekiranya ibu bapa
mengawal dan memberi penekanan kepada unsur agama, nilai-nilai murni dan budaya
yang positif, maka kanak-kanak yang dibesarkan dengan kebudayaan ini akan
mempunyai tingkah laku yang stabil.

 Pengaruh ibu bapa

Ibu bapa merupakan model yang terhampir kepada kanak-kanak. Kanak-kanak


seringkali menjadi ibu bapa sebagai idola ataupun model untuk diikuti. Sikap dan
tingkah laku ibu bapa sama ada positif ataupun negatif seringkali menjadi ikutan
kepada kanak-kanak. Apa sahaja tingkah laku yang dilakukan oleh ibu bapa di
hadapan anak-anak baik dari sefi verbal mahu pun perbuatan akan diperhatikan oleh

8
anak-anak dan tidak mustahil anak-anak akan terikut-ikut dengan tingkah laku
tersebut. Sekiranya tingkah laku tersebut baik atau positif, maka akank-anak akan
turut menjadi sedemikian. Sebaliknya jika tingkah laku ibu bapa lebih banyak ke arah
yang kurang baik dan negatif, maka anak-anak juga akan terdidik dengan sifat-sifat
yang negatif dan kurang baik.

Mengikut Hoffman (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang


sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku,
sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Ini bermana pengaruh ibu bapa
amat kuat dalam membentuk tingkah laku kanak-kanak dan tingkah laku ibu bapa
juga amat cenderung diikuti oleh kanak-kanak.

9
4.0 DUA STRATEGI MENGURUSKAN TINGKAH LAKU

Terdapat dua strategi dalam menguruskan tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak.
Antaranya ialah strategi menguruskan tingkah laku, mengurangkan tingkah laku dan
juga dengan menggunakan model pengurusan tingkah laku. Tingkah laku yang baik
atau yang diingini yang di tujukkan oleh murid hendaklah di tingkatkan alagi atau
sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru
adalah seperti peneguhan positif iaitu pemberian peneguhan ganjaran selepas sesuatu
tingkah laku yang diingini di tunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau di
tingkatkan lagi. Peneguhan negatif merupakan penarikan ransangan negatif (aversive
stimulus) setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akanmengekalkan atau
meningkatkan lagi tingkah laku tersebut.

Selain itu, pembentukan (shaping) ialah pemberian pengukuhan kepada


pelakuan-pelakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan
perlakuan yang dikehendaki. Kontrak merupaakan persetujuan di aanta dua pihak atau
lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid di pertanggungjawabkan
terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham
akan tingkah laku yang hendak di ubah dan murid faham akan kesan yang akan
berlaku. Ekonomi Token pula ialah peneguhan yang diberi dalam bentuk token seperti
syiling(coin) atau sticker, dan sebagainya apabila tingkah laku yang diingini
ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan pengukuh/benda lain yang disediakan
oleh guru. Modeling ialah menggunakan watak-watak (murid,guru) yang disukai dan
dihormati untuk diteladani oleh murid. Di samping itu, rantaian (chaining) merujuk
kepada siri tingkah laku atau rantaian kemahiran lain, dikenali juga sebagai analisis
tugasan dan yang terakhir ialah pengaburan/ pelunturan (fading) iaitu engurangkan
tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan-lahan.

Strategi mengurangkan tingkah laku ialah dengan cara penghapusan


(extinction) iaitu memberhentikan atau menyekat murid-murid daripada terus
melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan
tingkah laku baru yang positif. Cara ‘time-out’ pula ialah dengan menempatkan murid

10
berasingan daripada aktiviti kumpulan. Kejemuan (satiation) pula membiarkan murid
melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri.
Hukuman/denda dengan contoh tahanan kelas (lambat balik), dendaan fizikal, ambil
balik token/hak. Selain itu, disensitisasi ialah tindakan-tindakan secara beransur-ansur
untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan (talut bercakap di depan
kelas, fobia). Overcorrection pula merupakan prosedur yang memerlukan pelajar
membaiki keadaan/kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumnya
contohnya membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali atau bukan hanya
mengelap bahagian lanati yang ditumpahi makanan tetapi diminta mengelap
keseluruhan lantai bilik itu dan yang terakhir ialah ‘response cost’ iaitu suatu bentuk
penarikan peneguhan/ganjaransecara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang
tidak sesuai.

Bagi strategi pengurusan tingkah laku mengikut model pula, tiga teori utama
iaitu model psikodinamik, model biofizikal dan model persekitaran. Bagi model
psikodinamik, terdapat teori yang menyatakan baahwa punca tingkah laku manusia
adalah dari faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara
dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Berdasarkan perspektif psikodinamik,
perkemabngan personaliti kanak-kaank berlaku semasa mereka membesar melalui siri
tingkat psikoseksual. Dalam model ini, strategi pengurusan adalah melibatkan teknik
kaunseling seperti temu bual dan terapi realiti. Seterusnya adalah teknik media
ekspresif yang melibatkan lakonan bebas, permainan boneka,main peranan dan
aktiviti fizikal. Selain itu, teknik pengaruh tingkah laku juga boleh diaplikasikan
seperti tidak mengendahkan suatu tingkah laku yang dibuat secara terancang atau
mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan perbualan bersahaja.

Model seterusnya adalah model biofizikal yang menegaskan bahawa punca


tingkah laku berlaku secara organik. Model ini mengaitkan antara kecacatan fizikal,
kekurangan zat makanan dan masalah penyakit dengan tingkah laku individu. Strategi
yang digunakan dalam model ini adalah penjagaan sebelum serta selepas kelahiran,
penjagaan pemakanan,perubatan dan nutrisi. Peranan guru amat diperlukan dalam
intervensi ini.

11
Seterusnya adalah model persekitaran yang menyatakan baahwa pengaruh
persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli dalam
teori ini menyatakan baahwa pengasingan kaank-kanak dari suatu persekitaran
bermasalah boleh mengelakkan mereka dari tingkah laku yang tidak diingini tersebut.
Intervensi tingkah laku menurut model ini adalah berousatkan murid atau berpusatkan
persekitaran atau berpusatkan murid dan persekitaran. Justeru, kanak-kanak diberi
peluang menentukan kaedah pembelajaran mereka tetapi berpandukan guru.

12
5.0 KESIMPULAN

Kebelakangan ini tingkah laku kanak-kanak menjadi topik perbincangan di kalangan


masyarkat umum, Nampaknya tingkah laku boleh mempunyai ketidakseimbangan di
antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku kanak-kanak juga
memberi kesan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya,
sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kaank
dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku
murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru
adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam
pendidikan. Dengan tambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan
moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah.

Pendidikan prasekolah penting kerana ia meliputi aspek fizikal, mental,


bahasa, sosial,moral, pekerti emosi dan agama walaupun kepentingan ini sukar
ditentukan secara objektif. Impikasi yang besar akan berlaku sekiranya pendidikan
awal kanak-kanak ini diabaikan oleh ibu bapa. Keluarga sedemikian dianggap sebagai
pendera emosi pesakit skizofrenia dan tidak kurang bezanya dengan pendera emosi
pada kanak-kanak. Ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam
mengawal sikap dan layanan pada mereka yang sakit dan lemah supaya mereka cepat
sembuh.

Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan
dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan
anak-anak, membawa mereka makan bersama, bebincang serta memberi peluang
kepada anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebsan
memlih atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diir dan keluarga.
Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan
kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan
mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.

13
6.0 RUJUKAN

(PDF) Kanak-Kanak Bermasalah Tingkahlaku - Researchgate. (n.d.). Retrieved June


2, 2022, from https://www.researchgate.net/publication/291997651_Kanak-
kanak_Bermasalah_Tingkahlaku

Aienasyafikadpiakk. (2021, September 24). Tingkah Laku Kanak-Kanak - Membalik


Buku Halaman 1-28: Anyflip: Aienasyafikadpiakk. AnyFlip. Retrieved June 2,
2022, from https://anyflip.com/zyotz/yieq/basic

Bengkelasas Pengurusantingkahlaku Kanak ... - agapesibu.org. (n.d.). Retrieved June


2, 2022, from http://agapesibu.org/wp-content/uploads/2012/07/Bengkel-Asas-
Pengurusan-Tingkahlaku.pdf

Masalah Tingkah Laku. (n.d.). Retrieved June 2, 2022, from


http://masalahtingkahlaku.blogspot.com/

Pkhas, C. (1970, January 1). Contoh Pengurusan Tingkah Laku. CONTOH


PENGURUSAN TINGKAH LAKU. Retrieved June 2, 2022, from
http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/07/conyoh-pengurusan-tingkah-
laku.html

Tingkah Laku Kanak-Kanak. Tingkah Laku Kanak-Kanak ~. (1970, January 1).


Retrieved June 2, 2022, from
http://groupofearlyeducationchildhood.blogspot.com/2018/12/tingkah-laku-
kanak-kanak.html

14
SOALAN 2: ESEI

1.0 PENGENALAN

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan kalangan


masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan
ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah
laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Umumnya, sekolah rendah merupakan tapak utama asas
pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk
keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari
tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan
yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota
masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak
ini telah beransur pulih.

Kanak-kanak hari ini telah diberikan perhatian yang serius secara keseluruhan
dari segi emosi, jasmani, dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan
anak-anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang
kepada anak-anak memberi pendapat dan memberi mereka kebebasan memilih atau
membuat keputusan kesan positif dalam kehidupan kabak-kanak supaya ia dapat
menghasilkan satu gnerasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk
bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.

Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapu oleh guru-guru semasa


proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan
masalah tibgkah laku di kalngan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada
kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran
di dalam bilik darjah. Yang pasti tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat
sekali. Bak kata pepatah “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”.
Itulah hakikatnya tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku di
kalangan murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituudng ke arah guru.

15
Oleh itu, penulisan ini memfokuskan untuk mengenalpasti strategi bimbingan dan
disiplin dan mengenalpasti cara menerapkan strategi kepada senario.

16
2.0 STRATEGI BIMBINGAN DAN DISIPLIN

Razif menunjukkan tingkah laku yang distruptif sejak beberapa bulan kebelakangan
ini. Antara tingkah laku yang dilakukannya ialah marah-marah dan mencampakkan
bahan pembelajaran kelas ke lantai apabila diberikan kerja sekolah semasa waktu
tugasan senyap. Razif juga menjerit apabila tidak dapat melakukan tugasan yang
diberi, menyuruh kanak-kanak lain untuk diam, menggunakan kata-kata kotor dan
mengejek kanak-kanak lain. Guru terpaksa menghabiskan masa untuk menguruskan
tingkah lakunya. Kebiasaannya guru akan bertindak baals terhadap tingkah laku Razif
iaitu memarahinya atau merujuknya ke pejabat.

Bimbingan dan strategi disiplin yang saya pilih ialah mengenal pasti matlamat
yang salah dan memberi galakan. Kelakuan kanak-kanak adalah berkait dengan rasa
kekurangan dalam diri mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak akan menjadi sangat
nakal di sekolah kerana guru tidak pernah memerhatikannya. Menurut Zaidi Najihah
(2016) motif utama tingkah laku bermasalah adalah kanak-kanak mahukan perhatian.
Dengan menagih perhatian guru, kanak-kanak akan sengaja membangkitkan
kemarahan guru. Guru akan menegur kelakuan kanak-kanak tersebut. Dengan
teguran, sekurang-kurangnya guru tersebut telah memberi perhatian kepadanya.

Kita juga perlu mengenal psti jika kanak-kanak mempunyai persepsi yang
salah dan kemudian kita dapat menerangkan kepada kanak-kaank dan mungkin juga
berkongsi dengan mereka cara orang dewasa akan menangani perkara tersebut. Kita
juga perlu mengenal pasti jika kanak-kanak berbuat demikian adalah untuk mendapat
perhatian atau sama ada dia mengalami kesukaran untuk melakukan tugasan yang
diberi. Sekiranya kanak-kanak tersebut melakukannya dengan tujuan, kita hendaklah
mengelak daripada melakukan tugasnya tetapi menggalakkannya untuk mencub
sendiri. Selain itu, tunjuk ajar juga diperlukan sekiranya kanak-kanak masih tidak
dapat melakukan tugasan dengan sendiri. Menurut Zaidi Najihah (2016), cara
menangani tingkah laku bermasalah kanak-kanak adalah dengan memberi galakan
dan suntikan motivasi kepada kanak-kanak tersebut.

Salah satu bimbingan dan strategi disiplin iaitu mengenal pasti matlamat yang
salah dan memberi galakan adalah sangat bersesuaian untuk menangani masalah

17
tingkah laku Razif. Hal ini kerana, Razif sering marah-marah dan mencampakkan
bahan pembelajaran kelas ke lantai apabila diberikan kerja sekolah semasa waktu
tugasan senyap. Razif juga menjerit apabila tidak dapat melakukan tugasan yang
diberi. Kelakuan ini mungkin disebabkan dia tidak dapat melakukan kerja sekolah
yang diberi oleh guur, walaupun dia sepatutnya dapat membuat tugasan tersebut
berdasarkan umurnya. Jika Razif melakukan tingkah laku tersebut disebabkan dia
tidak dapat melakukan tugasan yang diberi, guru mesri mengelak daripada melakukan
tugasannya tetapi menggalakkannya untuk mencuba tugasannya sendiri. Galakan
yang banyak dan menunjukkan cara melakukan tugasan yang diberi dapat membantu
Razif untuk melakukan kerja sekolah yang diberi.

Selain itu, guru juga perlu mengenal pasti jika Razif melakukan kelakuan
tersebut adalah disebabkan dia mengalami kesukaran untuk melakukan tugasan
tersebut adalah disebabkan dia mengalami kesukaran untuk melakukan tugasan
tersebut atau untuk mendapat perhatian, Motif kanak-kanak melakukan tingkah laku
yang bermasalah adalah kerana mahukan perhatian. Razif melakukan perbuatan yang
tidak baik seperti mengejek kanak-kanak lain adalah untuk mendapat perhatian. Dia
mengaja membangkitkan kemarahan guru dan guru akan mnegur perbuatannya.
Dengan ini guru tersebut telah memberi perhatian kepadanya. Guru hendaklah
memberi perhatian yang sama rata kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak
diberi perhatian akan merasa dirinya seperti tidak wujud. Guru juga hendaklah
mengajar kanak-kanak tingkah laku yang sesuai, menggalakkan usah positif kanak-
kanak dan mengalihkan tingkah laku negatif kanak-kanak tersebut.

18
3.0 PENERAPAN STRATEGI KEPADA SENARIO.

Semasa kanak-kanak melakukan kerja sekolah yang diberi guru, perhatikan tingkah
laku yang dilakukan Razif. Jika Razif berkelakuan tidak baik seperti menjerit,
mencampakkan bahan pembelajaran kelas ke lantai atau marah-marah sewaktu
tugasan senyap, guru hendaklah mendekati Razif. Guur perlu mengenal pasti jika dia
melakukan perkata tersebut adlah untuk perhatian atau dia mengalami kesukaran
untuk melakukan tugasan yang diberi. Jika guru mendapati dia mengalami kesukaran
untuk melakukan tugasan tersebur, guru hendaklah memberi galakan kepada Razif
untuk mencuba tugasannya sendiri. Perhatikannya melakukan tugasan tersebut. Jika
dia masih tidak dapat melakukannya, berikan tunjuk ajar cara untuk melakukannya.
Berikan pujian kepadanya jika dia mampu membuat tugasan yang diberi. Dengan
pujian dapat mengekalkan tingkah laku positif kanak-kanak. Razif akan mengekalkan
tingkah laku yang positif jika dipuji kerana dia merasa hasil kerjanya dihargai oleh
guru.

Jika razif masih melakukan tingkah laku yang bermasalah seperti marah-
marah atau mengejek kanak-kanak lain, razif mungkin melakukan hal tersebut kerana
inginkan perhatian. Guru hendaklah memberi perhatian kepadanya dan menegur
kelakuannya dengan tenang. Membebl atau memarahinya merupakan disiplin negatif.
Disiplin yang negatif mungkin menghentikan salah laku kanak-kanak untuk
sementaar waktu tetapi kemungkinan besar kanak-kanak akan kembali ke tingkah
laku lama. Ini berlaku kerana disiplin negatif tidak membantu kanak-kanak
mengetahui bahawa tindakan mereka adalah salah dan mengapakah ia salah. Guru
hendaklah menegur Razif dengan tenang dan nasa suara yang rendah, mengajar
tingkah laku sesuai dan mengalihkan tingkah laku negatifnya. Dengan ini dapat
menyedarkan Razif sama ada tingkah lakunya adalah betul atau salah.

Sekiranya tingkah laku Razif masih tidak menunjukkan perubahan, guru boleh
menggunakan bimbingan dan strategi disiplin yang lain iaitu mengabaikan tingkah
laku kanak-kanak. Guru hendaklah memberitahu Razif bahawa dia tidak menyukai
tingkah laku tersebut, dan mengabaikannya jika mereka masih melakukannya. Razif
mungkin akan menguatkan lagi tingkah lakunya untuk mendapat perhatian guru. Guru
hendaklah bersikap teguh dan kuat untuk mengabaikan tingkah laku rAZIF. Dengan

19
ini, Razif akan merasa dirinya diabaikan oleh guur. Apabila Razif selesai dengan
tingkah lakunya, guru boleh menggalakkannya untuk melakukan tingkah laku yang
betul.

20
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, guru hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas mengenai


pendidikan prasekolah yang merangkumi strategi pengajaran pembelajaran,
pentadbiran pusat sekolah,aspek-aspek perkembangan kanak-kanak dan aspek-aspek
lain yang berkaitan dengan prasekolah. Kemahiran dan teknik guru dalam
menguruskan tingkah laku kanak-kanak terutamanya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran adalah penting untuk mendisiplin kanak-kanak. Selain itu, kemahiran
komukais guru terhadap kanak-kanak juga penting untuk menangani masalah tingkah
laku kanak-kanak di prasekolah. Bimbingan dan strategi disiplin adalah penting untuk
mengatasi masalah tingkah laku kanak-kanak mendisiplinkan mereka. Penggunaan
bimbingan dan strategi disiplin yang sesuai dengan keadaan tingkah laku kanak-kanak
dan mendisiplin mereka. Penggunaan bimbingan dan strategi disiplin yang sesuai
dengan keadaan tingkah laku kanak-kanak yang bermasalah mampu untuk mengubah
tingkah laku dan mendisiplinkan kanak-kanak tersebut. Oleh itu, guru hendaklah bijak
dalam mengatasi masalah tingkah laku kanak-kanak di dalam bilik darjah.

21
BAHAGIAN II
PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN

22
23

Anda mungkin juga menyukai