Anda di halaman 1dari 2

Rancangan Orientasi Sekolah

2011

v

PRAKATA

Rancangan Orientasi sekolah atau ROS merupakan satu program pralatihan mengajar
yang dijalankan sebelum pelajar menjalani kursus latihan mengajar yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi pelajar-pelajar program pendidikan. Di Universiti
Utara Malaysia (UUM), program pendidikan adalah dibawah tangungjawab Kolej Sastera dan
Sains di bawah Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan dimana kursus-kursus pendidikan
disediakan kepada penuntut yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Dalam program ROS ini, para pelajar akan ditempatkan disesebuah sekolah yang dipilih
mereka sendiri selama tiga minggu dengan persetujuan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Jabatan Pelajaran Negeri Berkenaan. Dalam tempoh tersebut pelajar dikehendaki
menjalankan kajian disekolah dan menyediaan laporan untuk penilaian ROS dimana ia
merangkumi maklumat-maklumat berkaitan bahagian akademik dan bukan akademik,
kemudahan dan juga aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah. Laporan tersebut akan
dinilai oleh guru dan pensyarah pembimbing pelajar tersebut.
Secara amnya, program ROS dapat memberi peluang kepada pelajar untuk meninjau
dengan lebih dekat realiti alam perguruan dan persekolahan dimana ianya akan berguna pada
masa akan datang. Selain itu, pelajar akan dapat meneliti aspek-aspek tertentu persekitaran
persekolahan dan melaporkannya mengikut format tugasan yang telah ditetapkan. Pelaksanaan
program ROS juga akan membantu pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri untuk
menghadapi aktiviti latihan mengajar yang bakal menyusul kemudian disamping mengenalpasti
personaliti yang perlu dipunyai oleh guru dan apa yang perlu dilakukan untuk menjadi guru yang
baik dan berkualiti.
Rancangan Orientasi Sekolah
2011

vi

Harapan saya agar dengan melibatkan diri dalam program ROS ini akan dapat memberi
pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada saya dalam usaha mempersiapkan dan
meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kursus latihan mengajar pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai