Anda di halaman 1dari 31

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an dalam kalangan

sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang

upaya penglihatan dan pendengaran. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula

pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess

Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pendidikan khas adalah

pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan

keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara

teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan

keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang bermakna

(Jamila K.A Mohamed,2005 )

Menurut Aird and Bainbridge (1997) dalam Jamila K.A Mohamed (2005),

keperluan pembelajaran khas dan corak bagaimana kanak-kanak dengan keperluan

ini dapat diberi pendidikan berasaskan dana yang adil dan saksama. Dalam Program

Pendidikan Khas, kemahiran asas membaca, menulis dan mengira perlu dikuasai

pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba

ilmu pengetahuan. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu

murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau “terbelakang” menguasai

sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya (Jabatan Pendidikan Khas, 2003).

Walau bagaimanapun, murid Pendidikan Khas mempunyai potensi untuk memajukan

diri sekiranya bimbingan serta sokongan yang rapi diberikan. Guru haruslah

menangani cabaran amalan pengajaran dan pembelajaran yang dialami dalam bilik.
1
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Bahasa

Melayu adalah untuk mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan

pembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil potensi murid dalam meneroka

pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Seterusnya, membolehkan murid

memperkembangkan keupayaan dan penguasaan kemahiran bahasa serta

berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dan bertatatusila

dalam semua urusan. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran

bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Manakala kemahiran bahasa

merupakan teras penguasaan bahasa baku. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010)

Tambahan pula, fokus yang termaktub dalam Kurikulum Standard Sekolah

Rendah, proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu memberi keutamaan

penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mendengar,

bertutur, membaca dan menulis apa yang dipelajari. Kemahiran membaca perkataan

KV+KV telah dipilih sebagai fokus kajian saya. Menurut Frank Smith (1971), dalam

Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010), membaca adalah satu operasi

psikolinguistik. Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan

pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan yang diterima.

Seorang murid boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana

lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidaklah

boleh dikira pandai membaca. Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan

serentak dengan kelancaran membaca.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa menjalani praktikum fasa 3 selama 12 minggu, saya telah diberi

tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 di salah

2
sebuah sekolah yang terletak di Jitra, Kedah. Langkah pertama yang perlu dilakukan

sebelum pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang ialah menjalankan ujian

diagnostik. Berdasarkan analisis ujian diagnostik yang telah dibuat, saya mendapati

bahawa terdapat dua orang murid kelas saya mendapat markah yang amat rendah

dalam ujian diagnostik Bahasa Melayu terutamanya dalam ujian yang berkaitan

dengan perkataan KV+KV. Keadaan ini menunjukkan bahawa kemahiran membaca

mereka adalah amat lemah.

Mengimbas kembali pengalaman mengajar, saya telah menggunakan kaedah

pandang dan sebut. Menurut Abd. Azizi Abd Talib (200), kaedah pandang dan sebut

dalam pengajaran bacaan bermula pada tahun 1970-an. Kaedah ini dianggap baik dan

moden oleh ahli-ahli bahasa. Guru memulakan pengajaran dengan gambar (Calboun

Picture-Word Inductive Model). Murid diminta untuk melihat benda-benda dalam

gambar dan menyebutnya, misalnya baju, bola dan sebagainya. Selepas menyebut,

murid akan diajar untuk mengeja dan membaca perkataan tersebut. Namun begitu,

bagi murid-murid yang lemah dan masih tidak dapat mengenal semua bunyi huruf

dan suku kata, ianya mnjadi satu kesukaran untuk membaca dengan tepat dan betul.

Masalah menjadi labih serius jika perkataan tersebut melibatkan tiga suku kata

(KV+KV+KVK), vokal berganding dan konsonan bergabung.

Sebagai contoh, saya menunjukkan kad gambar dan perkataan kepada murid-

murid lalu meminta murid membacakannya. Namun, didapati bahawa apabila kad-

kad perkataan KV+KV seperti buku, bola, meja, baju dan topi ditunjukkan, murid

kelas saya tidak dapat menyebut dan mengejanya dengan sebutan yang tepat

berdasarkan suku kata. Murid-murid didapati lemah dalam mengeja dan membatang

perkataan dan tidak dapat membunyikan serta membaca perkataan KV+KV dengan

3
betul. Murid juga kelihatan mudah hilang tumpuan kepada aktiviti bacaan yang saya

laksanakan.

Hasilnya, saya mendapati bahawa mereka kurang berminat untuk membaca,

tidak boleh membaca perkataan KV+KV dengan lancar dan betul sebutannya.

Mereka juga kurang memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan amat pasif

semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan terutamanya di dalam kelas biasa.

Masalah membaca dalam kalangan murid Pendidikan Khas ini haruslah dipandang

serius dan berusaha untuk menanganinya. Sekiranya masalah ini tidak diberi

perhatian, maka mereka akan tercicir dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Maka, saya ingin menambahbaik amalan pengajaran saya di dalam kelas. Setelah

membuat beberapa pembacaan awal, saya bercadang untuk menggunakan kaedah

abjad bergabung dengan kaedah suku kata bergabung iaitu penggunaan “Dam

Minda” untuk menarik minat murid-murid dalam pembelajaran dan seterusnya

membantu meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid Pendidikan

Khas.

Zulkifley Hamid (1994), berpendapat kaedah abjad berpegang kepada prinsip

bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Dalam kaedah ini,

pengajaran bacaan dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan

membunyikan huruf-huruf tersebut. Berdasarkan cantuman huruf-huruf, murid-murid

akan diperkenalkan pula dengan bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan

menjadi perkataan. Menurut Atan Long (1970), kaedah abjad merupakan kaedah

klasik yang paling tua digunakan oleh manusia untuk mengajar membaca dalam

kalangan kanak-kanak dan digemari oleh banyak guru yang mengajar membaca di

peringkat permulaan.

4
Kaedah suku kata pula adalah lanjutan daripada kaedah abjad. Dalam kaedah

ini, huruf-huruf konsonan digabungkan dengan huruf-huruf vokal untuk membentuk

suku kata. Seterusnya suku kata-suku kata yang dibentuk itu akan digabungkan bagi

membentuk perkataan. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku

kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata yang

lain adalah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan. Terdapat

beberapa jenis suku kata iaitu suku kata iaitu kata tunggal seperti KVK, kata tunggal

dua suku kata seperti KV+V, V+KV, V+VK, V+KVK, VK+KVK, KV+KV,

KV+KVK dan KVK+KVK, kata tunggal tiga suku kata seperti KV+V+KV,

KV+KV+KV dan sebagainya.

Sofiah Hamid (1983), telah membuat kajian perbandingan dua pendekatan

pengajaran asas membaca, iaitu pendekatan abjad suku kata dengan pendekatan terus

membaca. Beliau mendapati kemahiran asas bacaan seperti kemahiran menamakan

dan membunyikan huruf abjad, kemahiran menghubungkan huruf dengan bunyinya,

kemahiran membunyikan suku kata dan kemhiran menggabungkan bunyi-bunyi suku

kata dalam perkataan perlu diperkukuhkan. Hasil daripada kajian yang beliau

jalankan selama dua bulan telah menunjukkan bahawa pendekatan abjad suku kata

dengan pemeringkatan bahan pengajaran yang sistematik boleh digunakan bagi

mengajar asas bacaan di peringkat awal membaca.

Kaedah pengajaran adalah memainkan peranan penting dalam menentukan

kejayaan murid menguasai kemahiran membaca. Oleh sebab itu, Mangantar

Simanjuntak (1985) mengatakan pengkaedahan gurulah yang menjadi punca

kegagalan murid menguasai kemahiran membaca. Kaedah yang berkesan

membolehkan murid-murid mengatasi kesukaran dalam membaca perkataan

KV+KV.

5
1.3 Pengumpulan Data Awal

1.3.1 Ujian Diagnostik

Bagi mengesan dan memahami masalah penguasaan perkataan KV+KV yang dialami

oleh murid, saya menjalankan pengumpulan data awal. Data awal pertama yang saya

kumpulkan ialah melalui Ujian Diagnostik. Saya telah menjalankan Ujian Diagnostik

Bahasa Melayu kepada murid-murid untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan

mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sebelum saya memulakan sesi

pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, Ujian Diagnostik

yang saya berikan telah memberi gambaran terhadap tahap penguasaan murid saya.

Soalan berkaitan perkataan KV+KV yang digubal dalam Ujian Diagnostik

merangkumi 10 soalan. Melalui analisis Ujian Diagnostik, saya mendapati responden

A menjawab 3 soalan dengan betul iaitu 15% dan responden B menjawab 2 soalan

dengan betul iaitu 10%.

Jadual 1:

Markah Ujian Diagnostik

Kemahiran membaca perkataan KVKV Skor Responden Skor Responden

A B

Memilih dan menandakan perkataan 1/10 1/10

KV+KV berdasarkan gambar

Memadankan suku kata KV dengan KV 2/10 1/10

berdasarkan gambar

Peratusan 15% 10%

6
1.3.2 Pemerhatian

Pemerhatian telah dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati responden saya sering

mendiamkan diri semasa di dalam kelas. Responden tidak suka untuk terlibat aktif di

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Semasa saya meminta murid-murid

untuk mengeja dan membaca secara berkumpulan, responden hanya mendiamkan

diri dan tidak memberikan kerjasama. Responden hanya akan mengeja sesuatu

perkataan apabila diminta secara individu. Dari segi penguasaan, responden telah

mengenal huruf. Jika diminta untuk membaca perkataan KV+KV secara individu,

responden hanya menyebut huruf dalam perkataan tanpa membaca perkataan

tersebut.

1.3.3 Perbincangan dengan guru

Saya telah membuat perbincangan dengan Guru J yang mengajar mata pelajaran

Bahasa Melayu di kelas tersebut. Guru J menyatakan bahawa apabila dia meminta

semua murid membaca bersama, responden tidak dapat mengikuti langkah rakannya

dan responden hanya mendiamkan diri. Jika diminta untuk membaca secara individu,

responden akan mengambil masa yang lama untuk mengeja dan kemudian akan

menyebut perkataan yang lain daripada yang dieja. Responden mengeja dengan

menyebut setiap huruf dalam perkataan. Responden tidak dapat menyebut perkataan

yang dieja kerana tidak dapat membunyikan suku kata di dalam perkataan tersebut.

Kesannya, responden menyebut perkataan apa sahaja yang terlintas dalam fikiran

mereka tanpa mempedulikan sebutan tersebut betul atau sebaliknya. Menurut Guru J

lagi, responden A dan B amat pasif semasa berada di dalam kelas dan tidak

menunjukkan minat untuk belajar.

7
2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Huraian Fokus Kajian

Analisis Ujian Diagnostik Bahasa Melayu menunjukkan bahawa terdapat dua orang

murid Pendidikan Khas iaitu responden A dan B gagal menguasai kemahiran

membaca perkataan KV+KV.

Kemahiran membaca merupakan komponen yang utama dalam pembelajaran

harian murid. Membaca merupakan komponen yang amat dititikberatkan dalam

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kegagalan murid menguasai

kemahiran membaca ini secara tidak langsung akan menggagalkan pembelajaran

murid kerana mereka tidak dapat mengenal perkataan dan seterusnya tidak dapat

memahami maksud yang terkandung disebaliknya.

Responden A dan responden B mengalami masalah yang sama dalam

kemahiran membaca. Mereka mempunyai masalah dalam mengingati apa yang telah

mereka sebutkan sebelum ini. Mereka tidak dapat membaca apabila kad perkataan

ditunjukkan. Mereka hanya menyebut huruf satu persatu di dalam perkataan tersebut.

Kadang-kadang walaupun mereka dapat mengeja suku kata dengan tepat tetapi

perkataan yang disebut tidak tepat. Mereka juga mengalami masalah dalam

mengingat perkataan yang pernah dipelajari.

Kemahiran menyebut merupakan salah satu kemahiran asas dalam membaca.

Harris dan Sipay (1980), dalam Yahya Othman (2007), mendefinisikan membaca

sebagai memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan

bertulis. Membaca adalah proses kognitif dan melibatkan beberapa kemahiran iaitu

8
kemahiran melihat, kemahiran mengingat, kemahiran mendengar dan membezakan

bunyi-bunyi, kemahiran menyebut bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf,

kemahiran menggabungkan bunyi-bunyi huruf bagi membentuk suku kata,

perkataan, frasa dan ayat.

Oleh hal yang demikian, saya berpendapat bahawa masalah ini perlu diatasi

dengan segera. Saya menggunakan intervensi yang sesuai bagi meningkatkan

kemahiran membaca dalam kalangan murid kelas saya. Masalah kesukaran murid-

murid membaca adalah amat serius dan akan membawa kesan yang membimbangkan

apabila murid-murid melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan keupayaan murid

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran bagi menguasai kemahiran membaca.

Hal ini kerana terdapat banyak isu dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam

penguasaan membaca tetapi kita tidak boleh bergantung kepada satu-satu pihak

sahaja di atas kelemahan ini. Seharusnya kita perlu mengambil langkah segera bagi

mengatasinya memandangkan kemahiran membaca mempunyai banyak kepentingan.

2.1.1 Kebolehtadbiran Kajian

Kebolehtadbiran intervensi “Dam Minda” yang dijalankan adalah tinggi kerana cara

penggunaannya yang ringkas dan mudah difahami. Kebolehtadbiran kajian ini dilihat

dari aspek perlaksanaan intervensi, masa perlaksanaan, cara mentadbir intervensi dan

bilangan murid yang terlibat sepanjang intervensi dilaksanakan. Pertama sekali, saya

dapat menjalankan intervensi dengan mudah semasa proses pengajaran dan

pembelajaran kerana saya mengajar responden berkenaan.

Di samping itu, saya mendapati bahawa “Dam Minda”dapat digunakan di

dalam kelas tanpa perlu ke lapangan. Hal ini disebabkan tempat untuk melaksanakan
9
intervensi iaitu kelas murid tersebut merupakan lokasi yang luas, selesa dan

kondusif. Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan intervensi pula adalah

selama empat hari. Cara mentadbir intervensi ini adalah berperingkat-peringkat iaitu

daripada satu aktiviti yang mudah kepada aktiviti yang sukar. Manakala, bilangan

murid yang terlibat sepanjang intervensi dilaksanakan ialah dua orang. Oleh sebab

bilangan murid yang sedikit, maka saya akan dapat mentadbir dan memberi sepenuh

komitmen untuk membuat penilaian ke atas murid semasa intervensi dilaksanakan.

2.1.2 Kebolehgunaan

“Dam Minda” boleh digunakan untuk membantu murid-murid yang mengalami

masalah dalam membaca perkataan terutamanya murid yang tidak dapat membatang

perkataan. Intervensi ini juga boleh digunakan untuk membantu murid menguasai

kemahiran membaca perkataan yang lebih tinggi kesukarannya dengan guru menukar

kad suku kata pada dadu dan di belakang “Dam Minda”. Murid dapat belajar

membaca dari peringkat yang mudah ke peringkat yang lebih sukar. Oleh itu, semua

guru sama ada guru aliran perdana mahupun guru-guru dalam program Pendidikan

Khas boleh menggunakan intervensi ini bagi menyelesaikan masalah murid yang

tidak boleh membaca dengan cara yang betul. Intervensi ini sememangnya akan

menarik minat murid-murid. “Dam Minda” ini juga mudah alih kerana boleh dilipat

menjadi kecil dan senang untuk dibawa ke mana-mana.

2.1.3 Kawalan

Dari segi aspek kawalan pula, kajian ini menggunakan skop kajian yang kecil. Oleh

sebab bilangan murid seramai dua orang, maka saya dapat mengawal mereka semasa

intervensi dilaksanakan. Tambahan pula, murid ini merupakan murid saya sendiri

10
dan saya mengajar mereka. Selain itu, saya dapat menjalankan intervensi semasa

proses pengajaran dan pembelajaran tanpa menyusun jadual waktu yang lain.

2.1.4 Kolaboratif

Kolaborasi perlu dijalankan sepanjang kajian tindakan yang akan dijalankan.

Kerjasama antara dua pihak atau lebih adalah penting untuk menjayakan kajian

tindakan yang akan dijalankan dengan lancar dan sempurna. Chow & Jaizah (2011)

menyatakan tahap kolaborasi mengupayakan penyelidik dan responden untuk sama-

sama mengubah amalan mereka kearah menambahbaik kehidupan atau amalan

mereka.

Kolaborasi antara responden, rakan sepasukan, guru mata pelajaran Bahasa

Melayu, guru Pendidikan Khas, pihak sekolah dan pensyarah penyelia perlu sentiasa

dijalankan. Saya telah berbincang jurang antara amalan pengajaran dan pembelajaran

serta nilai kepercayaan yang berlaku dengan rakan sepasukan. Kami membincang

tentang tajuk yang ingin dikaji. Kami juga mencari maklumat di pusat sumber.

Kolaborasi dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu penting untuk melihat

kepentingan amalan pengajaran dan pembelajaran guru terhadap tahap penguasaan

murid-murid. Saya juga berpeluang memahami sifat dan tingkah laku responden

melalui perbincangan dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan guru

Pendidikan Khas yang lain. Sifat dan tingkah laku responden akan menjejaskan cara

pembelajaran mereka dia dalam kelas.

2.2 Intervensi

Shukri Zain (2007) menyatakan guru juga mesti mempelbagaikan kaedah pengajaran

mereka agar potensi murid dapat diperkembangkan semaksimum yang mungkin. Hal

11
ini kerana di dalam sesuatu kelas terdapat pelbagai tahap kemahiran membaca oleh

murid. Oleh yang demikian, guru perlu merancang proses pengajaran dan

pembelajaran yang pelbagai dan berkesan bagi membolehkan semua murid dapat

menguasai perkara yang diajar. Keadaan ini akan menjadikan murid yang lemah

dapat menguasai pembelajaran dengan baik dan murid yang mahir tidak akan bosan

dengan pengajaran yang dilakukan oleh guru.

Seterusnya, aktiviti yang mesti dibuat oleh guru seperti aktiviti yang dapat

memberi peluang sepenuhnya kepada murid untuk mempraktikkan kecekapan

berbahasa yang boleh menunjukkan bakat dan mencabar pemikiran. Selain itu, guru

juga hendaklah menyediakan aktiviti yang boleh menyeronokkan murid supaya

mereka tidak merasa bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa seperti

berlakon, simulasi dan main peranan, (Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa,1992).

Kebanyakan ahli psikolinguistik menganggap bahawa proses pemerolehan

pengetahuan bahasa pertama adalah proses pengadaptasian dan bukannya proses

pembelajaran. Pandangan Chomsky ini telah dijelaskan oleh Lyons (1987), iaitu pada

pandangan Chomsky, bahasa berfungsi sebagai alat pemeri pemikiran dan manusia

secara nurani atau genetik telah dianugerahkan dengan kemampuan untuk

membentuk konsep-konsep tertentu dan bukannya yang lain.

Berdasarkan pandangan yang telah dikemukakan oleh Chomsky jelas kepada

kita bahawa pendidikan Bahasa Melayu di sekolah-sekolah tidak seharusnya

menggunakan satu pendekatan yang sama untuk semua murid. Murid-murid Melayu

dan bukan Melayu seharusnya diajar pengetahuan Bahasa Melayu menggunakan

pendekatan dan kaedah yang berbeza. Di samping itu, fokus pengajaran khususnya

aspek bahan juga harus berbeza.

12
Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah

lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah

sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Menurut Moyles (2005), bermain adalah

pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan

dalam pendidikan awal kanak-kanak. Melalui aktiviti bermain sesuatu permainan,

kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan memahami isu yang berlaku di

sekeliling dalam keadaan yang menggembirakan. Semasa kanak-kanak seronok

belajar sesuatu perkara, mereka akan terus berminat untuk mengambil bahagian

dalam pembelajaran, kesannya tumpuan kepada sesuatu perkara menjadi semakin

baik. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak lebih fokus dengan segala perkara

berkaitan aktiviti permainan yang dilakukan. Justeru, kanak-kanak mendapat

pengalaman pembelajaran yang bermakna dan proses pengajaran dan pembelajaran

menjadi lebih baik.

Teori perkembangan kanak-kanak Erikson (1950), dan Piaget (1980), dalam

Sharifah Nor Puteh (2009), menekankan keupayaan yang berbeza boleh dilakukan

kanak-kanak pada tahap yang berlainan. Tahap ini adalah mengikut perkembangan

kanak-kanak dan perkembangan ini dapat diasah dan ditingkatkan mengikut

keperluan kanak-kanak. Menurut Ornstein dan Hunkins (2004), pembelajaran tidak

boleh dipisahkan dengan kehidupan seharian kanak-kanak, malah pembelajaran

mestilah berdasarkan keperluan dan minat kanak-kanak.

Badan penyelidikan pendidikan awal kanak-kanak, iaitu National Association

for the Education of Young Children (NAEYC) percaya bahawa kanak-kanak belajar

mengikut keperluan dan perkembangan mereka. National Association for the

Education of Young Children (2008), sentiasa menekankan amalan-amalan terbaik

13
dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak

seharusnya bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak, Development

Appropriate Practices (DAP) ataupun Amalan bersesuaian dengan perkembangan

kanak-kanak. Development Appropriate Practices memfokuskan penggunaan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui

pelbagai aktiviti bersesuaian dengan umur, kebolehan, bakat dan minat kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti bermain, melakukan inkuiri, meneroka dan menyiasat, membuat

eksperimen dan membuat projek amat digalakkan dalam Development Appropriate

Practices (Berk 2008; Roopnarine & Johnson 2005). Arce (2000), dalam Nor

Hasimah & Yahya (2003), menyatakan kurikulum yang bersesuaian dengan kanak-

kanak ialah kurikulum yang dapat membina kemahiran kognitif dengan memberikan

pengalaman yang konkrit, relevan dan bersesuaian dengan keperluan dan tahap

perkembangan kanak-kanak.

Dalam kajian yang dibuat ini, saya menggunakan intervensi “Dam Minda”.

“Dam Minda” ini berteraskan kepada konsep bermain sambil belajar. Dam ini boleh

dijadikan sebagai aktiviti permainan atau aktiviti penggayaan untuk murid-murid

dalam kemahiran membaca. “Dam Minda” yang direka cipta khas melibatkan

penggunaan dadu, kad suku kata, kad gambar dan papan dam. Papan “Dam Minda”

ini merupakan helaian kertas bersaiz A4 yang disatukan sebanyak 30 helai dan

membentuk papan dam. Dadu yang digunakan dalam intervensi ini adalah dadu yang

mempunyai 10 muka. Murid akan menggolekkan dadu tersebut dan mengambil kad

perkataan yang dilekatkan pada dadu. Murid perlu mengeja dan membunyikan suku

kata KV berdasarkan kad yang diperolehinya. Kemudian murid akan

menggabungkan suku kata KV dengan KV untuk membentuk perkataan KV+KV

14
berdasarkan kad gambar. Aktiviti terakhir, murid akan bermain sambil belajar

dengan menggunakan dadu dan papan dam.

Zaidah Hj. Omar (1978) dalam Norfaizah Abd. Jobar (2003), satu kajian

mengenai kemahiran asas murid Tahun 2 dari segi huruf, suku kata dan gabungan

bunyi suku kata mengatakan dalam pengajaran membaca peringkat awal, kemahiran

asas bacaan perlu diperkukuhkan sebelum pengajaran membaca ayat dijalankan. Hal

ini adalah kerana dalam kajian tersebut beliau mendapati kaedah abjad suku kata

adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah terus. Kemahiran asas

bacaan yang perlu diperkukuhkan ialah kemahiran menamakan huruf-huruf abjad

atau membunyikannya, kemahiran membunyikan suku kata dalam perkataan dan

kemahiran menggabungkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.

Aktiviti pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas yang

dijalankan sama ada sekolah ataupun di luar waktu sekolah, daerah, negeri atau

kebangsaan. Aktiviti ini hendaklah dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman

serta mengukuhkan kemahiran bahasa yang telah dan sedang dipelajari. Melalui

aktiviti ini murid mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan minat, daya

kreativiti, perasaan ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinannya. Aktiviti ini

dikendalikan secara formal mengikut arahan, penentuan atau rancangan guru (Asas

Perkaedahan Mengajar Bahasa,1992).

Oleh itu, kemahiran membaca perlu dikuasai oleh murid, maka guru perlu

bijak mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai

pendekatan dan teknik dalam proses mengajar membaca dalam kalangan murid. Hal

ini kerana, pendekatan dan teknik yang betul menentukan pencapaian murid dalam

menguasai kemahiran membaca dengan tepat dan betul.

15
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian dan soalan kajian adalah seperti di bawah;

3.1 Objektif Kajian

Meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV menggunakan Dam Minda

dalam kalangan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

3.2 Soalan Kajian

Adakah Dam Minda dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV

dalam kalangan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian tindakan ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kubang Pasu.

Responden terdiri daripada 2 orang murid Pendidikan Khas yang berbangsa Melayu.

Responden yang dipilih adalah seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua

orang responden mempunyai pencapaian akademik yang agak lemah dan mempunyai

masalah tingkah laku. Mereka merupakan murid dari kumpulan lemah dan tidak

berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah. Pencapaian

mata pelajaran Bahasa Melayu responden dalam kelas adalah lemah. Keputusan

Bahasa Melayu responden semakin merosot dari Tahun 1 ke Tahun 2. Responden

mengalami kegagalan dalam bahasa apabila bidang pembelajaran bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu semakin luas.

16
Jadual 2:

Ciri-ciri responden

Aspek Responden A Responden B

Umur 6 tahun 7 tahun

Jantina Lelaki Perempuan

Bangsa Melayu Melayu

Kategori Dysleksia Lembam

Ciri-ciri Selalu murung dan mendiamkan Suka mendiamkan diri, amat

murid diri, mudah tersinggung pasif di dalam kelas, jarang

bercakap, kurang berminat

untuk belajar

Prestasi Lemah Lemah

akademik

Ciri-ciri Suka mendiamkan diri, pasif Suka mendiamkan diri, pasif

persamaan

5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Prosedur Perlaksanaan

Dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat awal, kemahiran asas bacaan yang

perlu diperkukuhkan ialah menamakan dan membunyikan huruf-huruf abjad dan

suku kata, menghubungkan huruf-huruf dengan bunyinya dalam suku kata,

membunyikan suku kata di dalam perkataan dan menggabungkan bunyi-bunyi suku

kata dalam perkataan.

17
Neuman dan Copple (2004) dalam Dr. Sharifah Nor Puteh (2011), melihat

hubungan bermain dengan kemahiran literasi yang melibatkan simbol, struktur bunyi

dan bahan bercetak. Kemahiran bahasa dan literasi dapat dibentuk melalui permainan

bunyi bahasa, simbol-simbol dan konsep bahan bercetak. Chritie dan Roskos (2009),

juga berpendapat kebanyakan kanak-kanak mampu mengenal pasti perkataan bertulis

semasa mereka bermain.

Pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui bermain jelas dapat

meningkatkan kemahiran bahasa dan literasi kanak-kanak. Persekitaran yang

dimanipulasikan, permainan bertema, permainan fantasi dan aktiviti bebas adalah

antara permainan bahasa yang berupaya meningkatkan perkembangan bahasa kanak-

kanak. Walau bagaimanapun, semasa proses bermain kanak-kanak perlu bersosial

dan berinteraksi dengan individu lain seperti rakan sebaya atau atau orang dewasa

seperti pengasuh, guru dan ibu bapa untuk bermain. Tanpa rakan sebaya dan individu

lain, kamhiran komunikasi kanak-kanak tidak akan berlaku, apatah lagi untuk

berkembang dengan baik.

Abdullah (2005), dalam Dr. Sharifah Nor Puteh (2011), bahasa ialah sistem

perlambangan yang paling canggih, kompleks dan luwes. Bahasa mengandungi

beberapa aspek dan setiap aspek mempunyai peraturannya sendiri. Aspek-aspek ini

terdiri daripada fonologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Pembelajaran bahasa

kanak-kanak ialah proses berterusan yang berlaku setiap hari melalui aktiviti

terutamanya aktiviti bermain. Semasa kanak-kanak berkomunkasi menggunakan

bahasa, mereka juga terlibat dengan penggunaan aspek-aspek seperti fonologi.

Fonologi berkaitan pula dengan bunyi bahasa dan bagaimana sesuatu bunyi

dalam sesuatu bahasa itu berfungsi. Dari aspek bunyi-bunyi bahasa, fonetik berkaitan

18
dengan fonologi, namun fonetik menekankan bagaimana bunyi-bunyi bahasa

dikeluarkan secara fizikal. Menurut Abdullah (2003), fonetik mengkaji penyebutan

bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan. Dalam

pembelajaran bahasa kanak-kanak, penggunaan kaedah fonetik dapat membantu

kanak-kanak membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa

menjadi perkataan. Aktiviti bermain dengan abjad, suku kata dan perkataan

menggunakan kaedah fonetik sangat sesuai dengan kanak-kanak yang baru mula

belajar membaca. Kaedah fonetik membolehkan kanak-kanak membina perkataan

daripada bunyi-bunyi bahasa.

Setelah membuat beberapa pembacaan awal, saya telah merancang beberapa

prosedur perlaksanaan yang menggunakan “Dam Minda” bagi menjayakan kajian

tindakan ini. Prosedur yang dirancang dapat meningkatkan kemahiran responden

dalam membaca perkataan KV+KV. Prosedur-prosedur yang dijalankan secara

berperingkat dapat membimbing murid untuk membunyikan suku kata, mengeja

suku kata dan membaca perkataan. Sepanjang perlaksanaan intervensi ini, saya akan

mengadakan 3 aktiviti bagi memantapkan kemahiran membaca murid yang

meningkat secara beransur maju dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Langkah-

langkah yang dirancang dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut;

5.1.1 Aktiviti 1: Golek, cabut dan sebut saya

Saya memperkenalkan dadu 10 muka kepada murid. Saya akan memberi peluang

kepada responden untuk untuk memusing-musing dadu berkenaan bagi mengecam

suku kata KV yang dilekat di permukaan dadu yang berbeza warna. Kemudian saya

akan meminta responden untuk menggolekkan dadu berkenaan. Apabila dadu

berhenti bergolek, responden perlu mencabut kad suku kata KV yang terpapar di atas

19
dadu. Responden kemudiannya perlu mengeja dan menyebut suku kata KV tersebut.

Apabila responden telah mendapat dua kad suku kata KV, maka responden perlu

menggabungkan kad tersebut menjadi perkataan KV+KV. Responden perlulah

membaca berdasarkan perkataan KV+KV yang dibentuk.

Rajah 1 : Rajah 2 :

kad suku kata KV dadu 10 muka

5.1.2 Aktiviti 2: Sebut, cari dan padankan saya

Pada permulaan aktiviti 2, responden akan diperkenalkan dengan suku kata KV yang

tertera di belakang papan dam. Responden perlu mengeja dan menyebut suku kata

KV yang tertera pada belakang papan dam. Responden kemudiannya akan diberikan

kad gambar. Responden perlu menyatakan kad gambar yang diberikan. Berdasarkan

kad gambar tersebut, responden perlu memadankan suku kata KV di belakang papan

dam dengan suku kata KV yang dicabut daripada dadu. Responden perlu membaca

perkataan KV+KV yang telah dibentuk berdasarkan kad gambar yang diperolehi.

Rajah 3: Rajah 4: Rajah 5:

Kad suku kata KV kad gambar belakang papan dam

20
5.1.3 Aktiviti 3: Mari Bermain

Pada aktiviti 3, setiap responden akan diberikan buah dam. Responden akan

diperkenalkan dengan papan dam yang berwarna-warni dan mempunyai gambar

kartun. Responden perlu meletakkan buah dam pada petak mula di papan dam.

Responden perlu menggolekkan dadu 10 muka yang telah dilekatkan dengan kad

nombor dalam lingkungan 1 hingga 5 pada enam muka dadu.Selepas dadu berhenti

bergolek maka responden perlu menggerakkan buah dam pada papan dam

berdasarkan kad nombor yang mereka dapat.

Jika buah dam responden berhenti pada kotak yang mempunyai tanda soal,

maka responden perlulah membaca perkataan KV+KV yang akan diberikan. Jika

murid berhenti pada kotak berwarna, maka responden akan mendapat dua kad suku

kata KV. Responden perlu menggabungkan kedua-dua kad tersebut. Responden perlu

membaca perkataan KV+KV yang terbentuk dengan betul dan fasih.Responden yang

berjaya menamatkan permainan paling awal dikira sebagai pemenang.

Rajah 6 : Rajah 7 :
kad suku kata KV dadu 10 muka

Rajah 8 : Rajah 9 :

papan dam papan dam yang dilipat

21
5.2 Cara Mengumpul Data

Sepanjang kajian tindakan ini dilaksanakan saya telah mengumpul maklumat yang

relevan untuk dijadikan asas analisis dan refleksi. Menurut Akhiar Pardi & Shamsina

Shamsuddin (2011), kaedah kualitatif membenarkan penyelidik meneroka aplikasi

teori dalam pelbagai konteks atau cuba menghasilkan satu teori dariapada data yang

dikumpulkan. Terdapat tiga cara pengumpulan data yang akan saya gunakan dalam

kajian ini. Antaranya ialah hasil kerja murid, pemerhatian dan temu bual.

5.2.1 Analisis Dokumen

Lembaran kerja diberikan semasa aktiviti 1, aktiviti 2 dan aktiviti 3 dijalankan. Saya

dapat membuat analisis serta memperoleh kefahaman baru tentang sesuatu isu dalam

amalan pengajaran saya melalui semakan hasil kerja. Selain itu, tahap penguasaan

dan peningkatan responden dalam kemahiran menguasai perkataan KV+KV dapat

dilihat melalui semakan hasil kerja. Terdapat tiga set lembaran kerja yang telah

diedarkan kepada responden sepanjang kajian tindakan dijalankan. Contohnya adalah

seperti berikut:

i. Lembaran kerja 1: Memadankan perkataan KV dengan KV berdasarkan

gambar

ii. Lembaran kerja 2: Memilih suku kata KV untuk membentuk perkataan

KV+KV berdasarkan gambar

iii. Lembaran kerja 3: Memilih dan menandakan perkataan KV+KV berdasarkan

gambar

22
5.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian guru terhadap murid akan dijalankan sepanjang proses intervensi

dilaksanakan. Pemerhatian ini bertujuan untuk memantau respon yang diberi oleh

murid setelah “Dam Minda” dilaksanakan. Kaedah pemerhatian akan dapat

membantu saya memahami responden dengan lebih mendalam melalui perlakuan

yang ditunjukkan oleh mereka. Borang senarai semak akan digunakan untuk

menjalankan pemerhatian. Borang senarai semak tersebut diisi semasa aktiviti

dijalankan.

5.3 Cara Menganalisis Data

5.3.1 Hasil Kerja Murid

Lembaran kerja akan diberi setelah aktiviti 2 dan 3. Terdapat 2 lembaran kerja yang

akan disemak melalui aktiviti 2 dan aktiviti 3. Setiap set lembaran kerja

mengandungi 10 soalan iaitu memilih serta menandakan perkataan KV+KV

berdasarkan gambar dan memadankan perkataan KV dengan KV berdasarkan

23
gambar. Analisis bagi lembaran kerja aktiviti 3 dan aktiviti 4 akan dibuat sepeti

Jadual 3.

Jadual 3: Keputusan responden bagi hasil kerja murid

Bil. Responden Keputusan (%)/ Gred

Ujian 1 Ujian 2

1 Responden A

2 Responden B

5.3.2 Pemerhatian

Saya akan menggunakan kaedah pemerhatian melalui senarai semak kerana saya

boleh melihat atau memerhatikan perubahan tingkah laku responden sepanjang

aktiviti dijalankan dengan menggunakan “ Dam Minda”. Saya juga akan dapat

mengenal pasti bagaimana guru boleh mempengaruhi responden melalui aktiviti-

aktiviti yang dijalankan serta kebolehan penguasaan mereka dalam membaca

perkataan KV+KV.

Pemerhatian akan dilaksanakan menggunakan senarai semak pemerhatian

tingkah laku. Item-item dalam senarai semak ini adalah saling berkait dan

bermatlamat untuk mencapai objektif dan soalan kajian yang ditetapkan. Sebanyak

10 item yang disenaraikan dalam senarai semak pemerhatian tingkah laku responden.

Jadual 4: Senarai semak pemerhatian tingkah laku responden

Bil. Item Responden A Responden B

YA TIDAK YA TIDAK

24
1 Responden dapat mengenal huruf-huruf vocal

2 Responden dapat mengenal huruf-huruf konsonan

3 Responden dapat membunyikan huruf-huruf vocal

4 Responden dapat membunyikan huruf-huruf

konsonan

5 Responden dapat mengeja dan membunykan suku

kata KV

6 Responden dapat mengeja perkataan KV+KV

dengan sebutan suku kata yang tepat

7 Responden dapat membacakan perkataan KV+KV

dengan betul

8 Responden dapat menyebutkan perkataan KV+KV

dengan tepat apabila kad pop up ditunjukkan

9 Responden dapat mengeja dan membacakan

perkataan KV+KV dengan menggunakan “ Dam

Minda”

10 Responden dapat menumpukan perhatian apabila

aktiviti bacaan dilakukan.

5.3.4 Temu bual

Temu bual tidak berstruktur dengan responden akan dijalankan. Terdapat empat tema

temu bual yang difokuskan. Antaranya ialah pemahaman responden, minat

responden, cara perlaksanaan responden dan pendapat responden. Responden akan

digalakkan untuk memberi respon secara bebas. Temu bual akan dijalankan semasa

25
perlaksanaan aktiviti 1, aktiviti 2, dan aktiviti 3. Data ini penting bagi persepsi

responden, termasuk pemikiran, sikap, nilai dan pendapatnya. Borang temu bual

akan disediakan semasa temu bual dijalankan. Jawapan responden akan dicatat dalam

borang temu bual.

5.4 Jadual Perlaksanaan Kajian Tindakan

Carta Gant Perlaksanaan Kajian Tindakan

BIL PERKARA BULAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 12

0 1

1 Taklimat tugasan

2 Mengenal pasti tajuk kajian

3 Mengenal pasti fokus kajian

4 Mengumpul maklumat mengenai

proposal

5 Pembacaan ilmiah

6 Membincangkan dan menentukan

tajuk dan fokus kajian

7 Menulis draf proposal

8 Pembentangan proposal

9 Pemurnian proposal

10 Menghantar proposal untuk

penilaian

26
11 Melaksanakan tindakan 1

12 Membincangkan masalah yang

timbul dalam tindakan 1

13 Melaksanakan tindakan 2

14 Membincangkan masalah timbul

dalam tindakan 2

15 Melaksanakan tindakan 3

16 Membincangkan masalah timbul

dalam tindakan 3

17 Melaksanakan tindakan 4

18 Membincangkan masalah timbul

dalam tindakan 4

19 Refleksi kajian

20 Menulis laporan kajian

21 Pembentangan laporan kajian

22 Penghantaran laporan akhir

5.5 Kos Kajian

Kos kajian ini adalah melibatkan kos untuk menyediakan intervensi yang akan dibuat

dan dilaksanakan untuk murid-murid.

Bil Jenis bahan Bil unit Harga seunit Jumlah harga

1 Mounting board 2 RM 3.00 RM6.00

2 Kertas A4 1 RM 7.00 RM7.00

3 Salotape 1 RM 3.00 RM3.00

4 Plastik laminate 40 RM1.00 RM40.00

27
JUMLAH RM56.00

28
RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Talip (2000). Pedagogi Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan

multimedia Sdn. Bhd.

Abdullah. (2005) Linguistik am. Siri pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar penyelidikan dalam

penyelidikan tindakan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Berk, L. E. (2008). Application of information processing to academic learning.

Child Development, 304-308. UK: Allyn & Bacon.

Chomsky, N. (1985). Aspect of the theory of syntux. Massachusset: Massachusset

Institute of Technology Press.

Chow, F. M. & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian tindakan; Konsep &amalan dalam

pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Christie, J. F. & Roskos, K.A. (2011). Play’s potential in early literacy development.

Encyclopedia on early childhood development [online]. Centre of excellence

for early childhood development. Diperoleh Feb 13, 2015 dari

https://www.childencyclopedia.com/documents/christieroskosANGxp.pdf.

Kementerian

Jabatan Pendidikan Khas. (2003). Buku Panduan pelaksanaan pemulihan khas

(masalah penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia

Berhad.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

29
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2012). Laporan awal pelan pembangunan

pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan

Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1992). Asas perkaedahan mengajar bahasa.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lyons, J. (1987). Language and linguistics. Cambridge: Cambridge University Press.

Mengantar Simanjuntak. (1985). Perkaedahan psikolinguistik kognitif dalam

membaca permulaan. Kertas kerja dalam pemanfaatan beraneka pendekatan

pengajaran bacaan asas bagi situasi bilik darjah di Malaysia. Fakulti Pendidikan:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Moyes, J. (2005). The excellence of play. New York: Open Press University

Sharifah Nor Puteh, Manisah Mohd Ali, Norshidah Mohamad Salleh & Aliza Alias,

(2009). Penggunaan dan pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran

dalam kurikulum permainan pendidikan awal kanak-kanak. Laporan

Teknikal Projek Penyelidikan UKM GG-05-FRGS0003-207. Fakulti

Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sofiah Hamid. (1983). Pendekatan mengajar bacaan Bahasa Malaysia di peringkat

sekolah rendah. Kuala Lumpur: Utusan Publication And Distributiors.

Yahya Othman, (2007). Panduan meningkatkan kemahiran membaca. Kuala

Lumpur: PTS Professional

Zainal Kassan & Suhaila Abdullah (2011). Pendidikan disleksia. Selangor:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

30
BORANG KOLABORASI

HAMSAWI BIN ABU TALIP


NAMA PELAJAR
920213-13-6529
:……………………………………………………………..

NO. MATRIK
PISMP JANUARI 2012 7
:……………………………………………………………..

KUMPULAN

:…………………………………SEMESTER……………………..

MATA PELAJARAN
PISMP JANUARI 2012
:……………………………………………………………..

PENSYARAH PEMBIMBING

:……………………………………………………………..

31

Anda mungkin juga menyukai