Anda di halaman 1dari 4

SURESH A/L PANNEERSELVAM

(M20201000194)

KEBERKESANAN KONSTRUK RESH (KR) TERHADAP KEMAHIRAN SUKU KATA

DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU BAGI MURID

PERNYATAAN MASALAH

Membaca merupakan asas kepada kejayaan seseorang murid. Kemahiran membaca bermula

daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf, membunyikan suku kata, membatangkan

suku kata seterusnya membaca perkataan dan ayat. Kemahiran membaca merupakan salah satu

fokus dalam Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia yang perlu dikuasai oleh murid-murid

sekolah. Menguasai kemahiran membaca bukan sekadar membantu kanak-kanak lebih berjaya

menguasai tunjang-tunjang lain tetapi juga membantu meningkatkan proses perkembangan

mental, psikologikal dan sosial dengan lebih baik. Kajian ini dijalankan bertujuan

menambahbaik amalan pengajaran pengkaji untuk membantu murid meningkatkan kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv + kv bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran

membaca yang lebih kom

Pengkaji adalah seorang guru bahasa melayu yang ditugaskan mengajar murid-murid sekolah di

sebuah sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di daerah Hulu Selangor. Setelah masuk minggu

ke tujuh sesi persekolahan, pengkaji dapati masih terdapat beberapa orangg murid tidak dapat

menguasai kemahiran membatangkan dua suku kata mudah yang terdiri daripada pola kv + kv.
Mereka kelihatan seperti memencilkan diri dan tidak berminat apabila aktiviti membaca

dijalankan.

Dalam pemerhatian pengkaji, responden ini sudah menguasai kemahiran mengenal huruf vokal

dan huruf konsonan dan boleh membunyikan suku kata tunggal kv dengan betul. Tetapi apabila

digabungkan dua suku kata kv + kv untuk membentuk perkataan, mereka mengalami kesukaran

membatangkannya dengan tepat. Mereka sering lupa bunyi suku kata pertama semasa mahu

membatang dua suku kata tersebut. Pengkaji pernah mengguna kaedah latih tubi dengan

meminta responden mengeja dan membatangkan suku kata pertama secara berulang-ulang di

ikuti dengan suku kata kedua. Namun, apabila diminta untuk membatang dua suku kata tersebut,

responden masih gagal membatangkannya dengan betul. Kegagalan kanak-kanak

membatangkan suku kata mudah kv + kv ini, akan mengakibatkan mereka sukar menguasai

kemahiran membaca yang lebih sukar.

Berdasarkan pemerhatian tingkah laku murid semasa sesi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berlangsung, pengkaji mengesan seramai 10 orang daripada 25 orang murid di dalam kelas,

lemah dalam kemahiran membaca dua suku kata kv + kv. Pengkaji merasakan kemungkinan

terdapat faktor kelemahan diri pengkaji sendiri yang menyumbang kepada isu yang dbincangkan

ini. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang pengkaji gunakan, mungkin mungkin bersifat

tradisional dan tidak berjaya menarik dan mengekalkan minat murid untuk meningkatkan

kemahiran membatangkan suku kata kv + kv ini. Apabila pendekatan dan strategi yang pengkaji

gunakan kurang mantap maka ianya tidak mampu merangsang murid menguasai kemahiran

membatangkan suku kata. kv + kv.


Bertitik tolak daripada kesedaran ini, pengkaji telah mengambil tindakan dengan membuat

penambahbaikan amalan pengajaran pengkaji untuk membantu murid meningkatkan kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv+ kv. Pengkaji perlu memperbaiki kelemahan pada diri

sendiri dengan membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif supya responden

dapat menguasai kemahiran yang diperkatakan ini.

Pengkaji telah menerapkan mekanisme yang dapat merangsang dan mengekalkan minat murid

untuk meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv ini dengan

bersumberkan kepada pendapat Rabven (1977) yang menyatakan apabila murid-murid tidak

berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-

murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang terlintas dalam

fikiran mereka.

Adalah menjadi tanggungjawab pengkaji sebagai seorang pendidik untuk melakukan

penambahbaikan dalam amalan pengajaran untuk meningkatkan kemahiran membatangkan suku

ka terbuka kv + kv di kalangan responden.

Pengkaji telah memilih pendekatan belajar melalui bermain bagi meningkatkan kemahiran murid

membatangkan suku kata terbuka kv + kv kerana bermain adalah fitarah semula jadi kanak-

kanak. Permainan adalah suatu gerak kerja rangsangan yang menggembirakan seseorang

disamping dapat membantu perkembangan fizikal dan mental individu tersebut. Justeru itu,

melalui permainan Dadu Berbunyi ini dapat merangsang kognitif kanak-kanak membatangkan

suku kata yang dibaca.

Anda mungkin juga menyukai