Anda di halaman 1dari 4

KPP60704 : PEMBELAJARAN DAN KOGNISI

TAJUK : FORUM 2

Bagaimanakah ICT membantu guru dalam menjalankan pdp ke arah


peningkatan kognisi di bilik darjah ?

KUMPULAN KULIAH : A

DISEDIAKAN OLEH : MINACTHI A/P SUBRAMANIAM

NOMBOR MATRIK : M 20201000865

PROGRAM : PSIKOLOGI PENDIDIKAN (MT12)

PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. SUPPIAH NACHIAPPAN


Bagaimanakah ICT membantu guru dalam menjalankan pdp ke arah peningkatan
kognisi di bilik darjah?

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah istilah ekstensif untuk teknologi
maklumat (IT) yang menekankan peranan komunikasi bersatu dan integrasi telekomunikasi
(talian telefon dan isyarat tanpa wayar) dan komputer, serta perisian perusahaan yang
diperlukan, perisian tengah , penyimpanan dan audiovisual, yang membolehkan pengguna
mengakses, menyimpan, menghantar, dan memanipulasi maklumat.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan
yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil
pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal
dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari
maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat
menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat
bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan
berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka
hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah,
ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan
menarik serta mudah untuk di fahami.

Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan
melalui ICT. Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan
bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan
kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.
Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci
serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk
mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran
menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan
pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang
lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti
pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di
akses kedalam sistem.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia
dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan
mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan
sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan
kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.
Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar
akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami
setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat
yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah
kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar
ianya mudah untuk di fahami.

Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT
melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini
kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi
tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan
sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.
Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai
teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan
setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang
banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang
mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada
semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar
mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu
melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas
kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada
penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,
grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang
di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk
difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk
pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh
pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar
menggunakan ICT.

Anda mungkin juga menyukai