Anda di halaman 1dari 28

1.

0 PENGENALAN

Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk menjadi
sebuah negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan
meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. (Scholte 2000), menyatakan globalisasi ialah
proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara
supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.

Menurut (Hussein Ahmad 2001) menyatakan supaya perbanyakkan institusi latihan dan
pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan
mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih
bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini
bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai
bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut
kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan
era globalisasi kini.

Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai
kesan daripada arus globalisasi. (Hallinger 1998), menegaskan globalisasi telah mendorong
berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk
mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan.

Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr.
Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia telah mengingatkan
agar masyarakat Malaysia tidak dipengaruhi dengan arus globalisasi sehingga berjaya
menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu membina kekuatan dan menangkis unsur-unsur
negatif yang membawa kesan buruk kepada kita. Kita sedia maklum bahawa dengan
globalisasi perkembangan yang signifikan dapat dicapai dan ianya berfokus kepada profesion
keguruan yang semakin mencabar di negara ini.
2.0 CABARAN GLOBALISASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

2.1 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pembelajaran sepanjang hayat telah memperkenalkan bidang objektif yang luas dan
didefinisikan seperti berikut, “semua aktiviti pembelajaran yang diikuti adalah bertujuan
untuk menambah pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan tahap kecekapan setiap orang, atau
perspektif yang ada hubungan dengan pekerjaan” (Ramlan Zainal 2008).

Cabaran yang sedang ditangani oleh kerajaan Malaysia ialah untuk membenteras buta
huruf dikalangan orang-orang dewasa. Kumpulan ini tidak berpeluang mengikuti
pembelajaran formal di peringkat kanak-kanak dan remaja disebabkan oleh faktor penjajahan,
kemiskinan dan persekitaran yang jauh dari pembangunan. Kita berasa sungguh bangga
kerana mendapat pengiktirafan oleh badan antara bangsa seperti UNESCO kerana kadar buta
huruf merupakan yang terendah di dunia. Disebaliknya sikap kurang membaca dikalangan
rakyat negara ini sangat ketara apabila diberitahu bahawa hanya membaca purata setengah
halaman dalam setahun. (Ramlan Zainal Abidin 2008: 4) turut menjelaskan bahawa
sebahagian besar daripada masyarakat kita pandai membaca, pandai menulis dan pandai
mengira tetapi mereka tidak ada minat dan semangat membaca untuk meluaskan ilmu
pengetahuan dan pemikiran mereka. Sistem pendidikan selalu dilihat sebagai proses
pembudayaan atau pemasyarakatan.

Cabaran seterusnya ialah bagaimana untuk membudayakan ilmu di dalam komuniti


setempat. Membudaya di sini membawa maksud supaya menjadi amalan dalam hidup.
Natijahnya akan berlaku sesuatu perubahan dalam kehidupan hasil dari pemerolehan dan
perkembangan ilmu pengetahuan. Inilah budaya yang hidup subur dan berkembang di negara
maju. Banyak lagi yang perlu dilihat dan dipertontonkan kepada kita mengapa barat berjaya
membudayakan ilmu sedangkan masyarakat kita masih meraba-raba menuju kearah yang
sama. Adakah sukar untuk mendapat bahan bacaan atau harganya sangat tinggi di negara
kita? Adakah bahan bacaan bukan dalam bahasa sendiri menyebabkan kita kurang berminat
untuk membaca kerana tidak faham? Selain daripada itu budaya masyarakat yang
mengutamakan ilmu pengetahuan dapat mengelakkan daripada menerima gelaran masyarakat
primitif atau andaian katak di bawah tempurung. Budaya ilmu juga memungkinkan
kewujudan sebuah masyarakat yang mempunyai world-view yang lebih luas, iaitu pemikiran
yang lebih terbuka. Dari perspektif yang lain, pendidikan semestinya dijadikan satu proses
yang berterusan dalam kehidupan setiap insan. Pendidikan memainkan peranan yang besar
dalam pembentukan generasi akan datang serta pencapaian objektif negara. Semakin maju
sesebuah negara maka semakin meningkat permintaan untuk tenaga mahir dan yang
berpengetahuan. Tidak boleh dinafikan bahawa pendidikan merupakan wahana utama bagi
menerap idea-idea baru, teknologi terkini, dan menerapkan kepakaran dalam masyarakat.

Di samping itu, sebilangan besar tanggapan masyarakat terhadap mutu pendidikan di


negara kita Malaysia ialah kegagalan mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.
Kalaulah pandangan ini diterima pakai sebagai ukuran, maka sampai bila pun kita tidak
mampu meletakkan mutu pendidikan separas dengan negara maju di dunia. Tambahan
lagi,pendidikan mengandungi aktiviti-aktiviti yang direka untuk menyediakan para pekerja
dengan kerja-kerja pada masa hadapan. Minat untuk mempelajari sesuatu merupakan sifat
yang utama dalam pembangunan modal insan. Individu atau pekerja yang berminat ialah
pekerja yang produktif. Hal ini bertentangan dengan realiti akibat kurang berminat untuk
menambah ilmu pengetahuan, kita dapati ramai rakyat Malaysia terutamanya suri rumah
tidak mempunyai pengetahuan teknologi dan lebih bergantung kepada pihak lain. Misalnya,
sebagai pengguna peralatan elektrik di rumah mereka tidak pandai membaiki peralatan yang
rosak walau pun diperingkat yang asas sahaja.

Petunjuk ini amat berbeza dengan ketara jika dibandingkan dengan suri rumah di negara
maju yang mempunyai pengetahuan asas dari aspek teknologi yang memungkin mereka tidak
bergantung kepada pihak lain. Perubahan pada tahap individu ini bergantung kepada
penguasaan kemahiran baru, pembentukan sikap baru, serta pembentukan pemahaman baru.
Hal ini seharusnya merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat yang kurang diamalkan
oleh suri rumah di negara ini (Ramlan Zainal Abidin 2008: 5).
2.2 TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(P&P)

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya


kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini
dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi
guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah
dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara
keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Masanya juga
telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak
berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah
yang diharap dapat memberi tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer
dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharap dapat merapatkan jurang digital di antara
golongan berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan kurang
berada.

2.2.1 CABARAN PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Walaupun kajian menunjukkan bahawa wujudnya peningkatan daripada aspek kognitif


pelajar dengan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran masalah
seperti kesukaran serta integrasi teknologi maklumat yang tidak efisien masih lagi berlaku di
sekolah. Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan perisian telah
tersedia di sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan berlaku secara automatik
adalah kurang tepat kerana salah satu penentu utama kejayaan atau kegagalan
pengintegrasiannya adalah guru. Subtajuk seterusnya akan membincangkan cabaran yang
dihadapi guru untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2.2.2 KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT GURU

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru
merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam
kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan
sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat
giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi
maklumat. Kursus komputer dalam kalangan guru di Malaysia dikendalikan oleh tiga pihak
yang utama iaitu Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan wakil
yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam pada itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga mengadakan kursus dalam
perkhidmatan selama 14 minggu iaitu berkaitan dengan kurikulum sekolah bestari. Mengikut
statistik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, dalam Rancangan Malaysia ke Lapan
iaitu dari tahun 2002 hingga Jun 2007 seramai 247,804 orang guru telah mengikuti kursus
kemahiran ICT (Kementerian Pelajaran Malaysia 2007) dan jika angka ini diambil kira ia
menghampiri jumlah keseluruhan guru di Malaysia. Namun begitu, masih banyak perlu
dilakukan untuk meningkatkan tahap kemahiran teknologi maklumat guru-guru. Ini
dibuktikan dengan beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa masih terdapat guru
yang belum dapat menguasai kemahiran teknologi maklumat, situasi ini kerap kali merujuk
kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman (Mohammed Sani et al.
2004; Noor Awanis, Nora & Nurazariah 2006; Megat et al., 2008). Dalam senario ini faktor
jarak, kemudahan telekomunikasi serta accessibility sekolah khususnya di sekolah-sekolah
pedalaman memberikan impak yang signifikan. Rentetan daripada faktor ini, beberapa isu
lain akan timbul, contohnya, maklumat kursus lewat diterima, peralatan komputer mengambil
masa yang lama untuk dibaiki dan sebagainya (Johan 2005).

Beberapa langkah susulan kerajaan seterusnya adalah memfokuskan latihan kemahiran


ICT pada Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK-9) juga akan melibatkan guru-guru yang
mengajar di Sekolah Agama dan yang mengajar di Sekolah Pendidikan Khas. Langkah ini
selaras dengan input yang diperoleh daripada Soon Yin dan Kooi Guan (2002) yang
menyatakan bahawa latihan yang diterima oleh guru-guru merupakan aspek yang sangat
penting dalam proses menggunakan komputer di sekolah-sekolah. Ini disokong oleh (Gan
2000), yang menyatakan bahawa kekurangan latihan merupakan satu faktor penghalang
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Merujuk kepada
beberapa kajian di luar negara, antaranya “School Investments in Instructional Technology”
yang dijalankan oleh Office of Technology Assessment, pada tahun 1995 (dalam Pricilla &
Karin 2003),

Terdapat perkaitan yang relatif di antara perbelanjaan ke atas perisian dengan keperluan
latihan profesional dalam kalangan guru. Dapatan merumuskan, tanpa perhatian yang
mendalam terhadap keperluan mempertingkat kualiti latihan guru dan peningkatan kemahiran
dalam teknologi pengajaran, maka pihak sekolah akan mengalami kesukaran untuk
memperluas potensi penggunaan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kajian yang dijalankan oleh (Knirk dan Gustafson 1986) mendapati bahawa kekecewaan dan
keresahan merupakan sebahagian daripada kehidupan para pengguna sistem teknologi
maklumat. Mereka sentiasa bertungkus lumus untuk cuba mempelajari bahasa komputer.

Sistem menu yang sepatutnya membantu mereka di dalam bidang tugasan menyukarkan
tugas mereka. Malah, terdapat sebahagian pengguna komputer yang mengalami perasaan
fobia terhadap teknologi komputer. (Lawrence 2002) berpendapat bahawa “to embrace
technology, teachers must have positive attitudes toward it. It is imperative that instructional
technology trainers supply a supportive and nurturing environment”. Mengenai jenis
kemahiran komputer yang diperlukan, Geisert dan (Futrell 1990) menjelaskan bahawa The
Association of Computing Machinery (ACM) telah menggariskan skop dan keperluan kepada
latihan berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan. Ini termasuklah keperluan
mempertingkatkan kemahiran membaca dan menulis program komputer yang mudah,
menggunakan program komputer dan dokumentasi, memahami dan mengetahui terminologi
perkakasan komputer, mengenali had keupayaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran, mengetahui lokasi untuk memperoleh sumber maklumat daripada komputer,
kebolehan berbincang mengenai sejarah penggunaan komputer dalam pengajaran serta
memahami impak penggunaan komputer ke atas nilai moral dan kemanusiaan. Secara
keseluruhannya, ia disokong oleh (Furst-Bowe et al. 1996) dan (Chao 2003) yang sependapat
bahawa guru-guru seharusnya kompeten dengan aplikasi pemprosesan perkataan, hamparan
elektronik, pangkalan data, grafik, melayari multimedia dan Internet serta berkomunikasi
dengan menggunakan emel. Kajian ini juga menekankan kepada kompetensi yang telah
dinyatakan.
2.2.3 PENGETAHUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT GURU

Pengetahuan adalah merujuk kepada peringkat ilmu tertentu yang dipunyai oleh individu
(Anderson 1983). Oleh itu, ia adalah berkait rapat dengan pengalaman serta kemahiran yang
dimilikinya. Merujuk kepada pengetahuan teknologi maklumat, terdapat perkaitan yang jelas
antara tahap kemahiran dan tahap pengetahuan (Ghafar 1997 dalam Johan 2005). Menurut
(Levine dan Donitsa-Schmidit 1998), pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah
dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan komputer, semakin kerap seseorang individu
menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap
pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus teknologi
maklumat. Berdasarkan kajian oleh (Sunal 1996), beliau mendapati bahawa pembelajaran
yang bermakna boleh dicapai melalui penggunaan sumber daripada Internet oleh pelajar.
Namun demikian keadaan ini tidak akan berlaku selagi guru tidak mempunyai pengetahuan
yang dapat membantu memudahkan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar. Malah menurut
Robiah dan (Juhana 2002), dalam proses mengimplementasikan program berasaskan
komputer di sekolah, guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad dan biasanya
dilakukan dengan tergesagesa. Selain daripada itu, proses memahirkan guru untuk
menjayakan Program Penggunaan Teknologi memerlukan kos dan memakan masa yang
panjang.

Mengikut (Charp 2003) guru memerlukan tiga tahun untuk mahir dalam penggunaan
teknologi. Menurutnya tahun pertama untuk menguasai sumber teknikal, tahun kedua untuk
meneroka kurikulum dan tahun ketiga untuk memperkemaskan aplikasi pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Berdasarkan beberapa kajian lepas yang merujuk kepada
pengetahuan teknologi maklumat guru, (Jeannette 2001), mendapati 86% guru mempelajari
teknologi berasaskan komputer daripada kawan, 80% belajar sendiri dan 24% belajar
daripada kursus yang dianjurkan oleh agensi tertentu. Kajian beliau juga mendapati bahawa
sebanyak 30% guru menyatakan bahawa mereka berminat untuk terus belajar sekiranya
terdapat kursus yang sesuai ditawarkan. Manakala dapatan daripada kajian yang dijalankan
oleh Inman-(Anderson dan Ditson 1999) mendapati 87% daripada guru belajar menggunakan
teknologi berasaskan komputer dengan belajar sendiri dan mendapati 40% guru belajar
daripada kawan. Kajian yang dijalankan oleh (Norizan Abdul Razak 2003) terhadap 60 orang
guru pelatih di Institut perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah mendapati 60%
guru pelatih belajar tentang ICT dalam pengajian di institut. Sejumlah 27% belajar sendiri
dan 18% belajar daripada luar pengajian di institut perguruan. Untuk pengetahuan membina
perisian multimedia, 90% menyatakan mereka belajar dalam pengajian di institut perguruan.
Dapatan kajian ini menunjukkan majoriti guru pelatih memperoleh pengetahuan
menggunakan ICT daripada pengajian mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan kursus
teknologi maklumat yang diikuti semasa di institut perguruan banyak membantu guru
memahirkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat. Secara keseluruhannya, guru-guru
perlu dilengkapkan dengan kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan
meningkatkan tahap pengetahuan guru-guru.

2.2.4 SIKAP GURU TERHADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut (Aiken 1976) dan (Ajzen 1988) sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu
yang merujuk kepada kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda,
situasi, institusi, konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas telah
menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan
teknologi maklumat dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad
Nayan 1997; Adenan 1999; Krishnan et al. 2007). Walau bagaimanapun, dapatan oleh (Ong
dan Lai 2003, dalam Su Luan et al. 2005) adalah sebaliknya, ia menunjukkan terdapat
persepsi yang lebih baik khususnya daripada responden lelaki untuk tahap kemahiran,
keupayaan dan pembelajaran secara e-Learning menggunakan komputer berbanding dengan
responden perempuan. Dapatan ini juga disokong oleh kajian terdahulu oleh (Liaw 2002) dan
(Chen dan Tsai 2005, dalam Su Luan et al. 2005) yang mendapati bahawa responden lelaki
mempunyai persepsi yang lebih baik terhadap komputer dan teknologi web berbanding
responden perempuan. Walau apa pun dapatan daripada kajian lepas, penyelidik bersetuju
dengan (Kirkpatrick dan Cuban 1998) yang menyatakan bahawa jurang tahap kemahiran dan
sikap terhadap jantina akan dapat dikurangkan jika didedahkan kepada pengalaman serta
kemahiran yang sama dalam bidang komputer.
Ini menunjukkan golongan muda lebih terdedah kepada teknologi baru. Justeru itu, ia
meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaannya. Ini disokong oleh (Mortimer dan Scott
2003:35) menyatakan pengalaman menggunakan komputer mempengaruhi sikap terhadap
komputer. Menurut beliau kebanyakan guru tidak memahami bagaimana hendak
menggabungkan kemahiran komputer dengan pengajaran di kelas. Bagaimanapun menurut
beliau, sebanyak dua per tiga daripada kalangan guru menyatakan tidak bersedia
menggunakan komputer dalam pengajaran, tetapi bagi kumpulan guru yang lebih muda, yang
membesar dan belajar dengan menggunakan komputer lebih berkeyakinan menggunakan
komputer berbanding guru-guru yang telah lama berkhidmat. Guru yang bersikap positif
terhadap komputer juga adalah lebih bersedia menggunakannya berbanding dengan guru
yang bersikap negatif terhadap komputer. Berdasarkan beberapa kajian lepas juga,
keengganan guru untuk berubah juga faktor signifikan yang mempengaruhi sikap guru. Ini
didorong oleh sikap yakin terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran konvensional yang
dianggap relevan dengan sistem peperiksaan. Golongan guru ini berpendapat bahawa jika
keputusan peperiksaan yang diperoleh pada setiap tahun cukup baik dan cemerlang mengapa
harus mengubah apa yang sedia baik untuk pelajar. Ini ditambah lagi dengan kurangnya
kursus khususnya guru-guru yang berkhidmat di pedalaman yang seterusnya akan menyemai
sifat technophobia (Mukama & Andersson 2007). Penyelidik amat bersetuju dengan hujah
ini. Secara keseluruhannya, dalam persekitaran teknologi maklumat yang semakin
berkembang, guru seharusnya memainkan peranan sebagai agen perubahan.

2.2.5 PERISIAN PENYAMPAIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai “productivity tools” yang
dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas lain. Namun
begitu apakah kemahiran dan pengetahuan asas yang perlu ada pada seseorang guru?
Menurut (Chao et al. 2003), seseorang guru yang kompeten sekurang-kurangnya menguasai
kemahiran asas menggunakan komputer, berkemahiran menggunakan perisian pemproses
kata, perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik,
grafik, menggunakan teknologi Internet, laman web serta pengetahuan bagaimana komputer
berfungsi. Teknologi maklumat dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila
digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat yang berbagai-bagai bentuk. Mereka menambah bahawa
kemajuan teknologi maklumat pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan di dalam
pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi pelbagai mod. (Jeyagobi dan
Subramaniam, 2007: 45).

2.6 INTERNET

Meskipun terdapat pelbagai alatan produktiviti (productivity tools) dalam pasaran,


penggunaan Internet semakin meningkat. Penggunaan Internet pada masa kini adalah suatu
kebiasaan dan seseorang yang tidak mempunyai komputer pun pasti pernah terlihat dan
terdengar tentang Internet. Faedah penggunaan Internet dalam bidang pendidikan adalah amat
jelas kerana ia adalah platform untuk komunikasi elektronik di antara pelajar, guru-guru,
pihak pentadbir, penyelidik, institusi dan juga dengan komuniti. (Jewitt 2006; Rozinah
Jamaludin 2007). Selain itu, juga menyediakan sumber maklumat tanpa batasan (Mackey
2002: 89), bayangkan sahaja jika anda ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu topik
dengan menggunakan enjin pencari (seacrh engine), contohnya Google tidak mustahil jika
anda mendapat lebih daripada 500,000 sumber untuk topik berkenaan sahaja. Namun begitu
pemilihan laman web yang relevan dengan topik terletak pada pertimbangan anda.
(McKenzie 2003) menyatakan bahawa salah satu keunikan Internet adalah maklumatnya
adalah percuma dan pertukaran maklumat secara percuma adalah salah satu budaya dalam
Internet. Menurut (Learning Discovery Team 2006), terdapat pelbagai faedah menggunakan
Internet. Internet boleh mewujudkan komuniti elektronik dan menggalakkan komunikasi
merentas budaya dalam kalangan pelajar daripada pelosok dunia. Di samping itu, juga akan
dapat memberikan pelajar akses kepada sumber maklumat. Seterusnya, akan dapat memberi
manfaat kepada pelajar yang kurang upaya dengan memudahkan mereka berkomunikasi
dengan selamat dan mudah. Ini disokong oleh (Deacon et al. 2004) yang menyatakan bahawa
web dalam aplikasi Internet memperkembangkan pemikiran pelajar secara kritikal.
2.3 PENGURUSAN PENDIDIKAN

Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam
perkembangan dunia global terutamanya dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan
pengkomputeran yang dipacu oleh arus globalisasi. Beberapa inovasi telah dilaksanakan
dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutamanya di peringkat sekolah yang bertujuan
untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Beberapa perisian baru telah
diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management
Informaton System) (Rahman Sukor 2006). Pengaplikasian sisitem ini bertujuan bagi
memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti:

1. membantu dan mempermudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan.

2. meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.

3. mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.

4. meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.

5. memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses serta

menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.

6. meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.

7. penempatan pelajar dalam kelas.

8. membuat agihan jadual waktu mengajar guru.

9. pembinaan jadual waktu guru.

10. membuat agihan sumber kewangan, buku teks dan sebagainya.

11. menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urursan rutin

yang dikendalikan pentadbir dan guru.


Inovasi IT dalam kepesatan globalisasi juga telah mengubah struktur sekolah serta
menjadikan organisasi berkenaan lebih dinamik yang bersandarkan kepada 5 bidang utama
(Sufean & Zabidi 2005) iaitu:

a) sistem pengurusan

b) sistem struktur organisasi

c) sistem bagi mencapai matlamat dan nilai sekolah

d) sistem teknikal

e) sistem psikososial.

2.3.1 BENTUK KURIKULUM ERA GLOBALISASI

Perkembangan dalam arus globalisasi telah membawa sebuah inovasi dalam struktur dan
bentuk kurikulum pendidikan di Malaysia. Era globalisasi bermula pada tahun 90an ini telah
membawa Malaysia kearah dunia tanpa sempadan dengan membawa azam 2020 dengan
sasaran bagi mencapai negara maju industri dunia. Usaha-usaha untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang berdaya saing dan maju digariskan dalam Sembilan cabaran
kearah Wawasan 2020. Dalam wawasan ini, kurikulum abad 21 perlu dibentuk supaya
relevan dan koheran dengan keadaan semasa serta berupaya memenuhi matlamat-matlamat
yang telah digariskan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan perlaksanaan kurikulum perlu
ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi
(Sharifah Nor Puteh 1997). Bentuk kurikulum era gobalisasi telah dirangka dengan fleksibel
dan dinamik dengan memperincikan tujuh penguasaan kemahiran sekurang-kurangnya selain
daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas, iaitu:

a) kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

b) kemahiran berkomunikasi secara berkesan

c) kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan.

d) kemahiran mencari, mengintegrasi dan mengaplikasikan maklumat.


e) kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain.

f) kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni.

g) kemahiran kepimpinan dan pengurusan

Ringkasnya, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah sangat penting untuk
membantu pelajar untuk membuat pilihan dan keputusan berdasarkan kepada sebab atau
faktor yang rasional. Dalam kemahiran ini juga, pelajar juga berupaya berfikiran kritis
dengan mengenal pasti andaian-andaian, idea serta pandangan yang membawa kepada
perubahan tingkah laku peribadi yang baik penghasilan produk baru. Aktiviti seperti berfikir
secara logik, membina daya imaginasi dan kebolehan memberi pandangan adalah merupakan
penekanan yang sangat penting dalam melahirkan generasi yang berdaya saing dan berfikiran
tinggi selaras dengan kemajuan global.

Kurikulum yang disyorkan dalam pengurusan pendidikan ini banyak menekankan kepada
penguasaan kemahiran berkomunikasi yang berkesan yang mana kemahiran seperti
kemahiran bergaul dan bekerja dalam sebuah komuniti dan kumpulan, kemahiran berfikir,
kemahiran mengikut arahan, kemahiran menggunakan tenologi, kemahiran memahami
budaya seperti budaya kerja di sebuah tempat adalah perlu dan wajar dipraktikkan. Ia
penting kerana apabila generasi muda memasuki alam pekerjaan, ia dapat membantu mereka
menjadi tenaga kerja yang mahir, cekap dan berketrampilan.

Selain itu, dalam kurikulum era globaliasi ini juga mementingkan penggunaan bahasa
inggeris sebagai bahasa penghantaran. Ini bertujuan memberikan persediaan kepada pelajar
dalam perkembangan sains dan tenologi yang menggunakan bahasa Inggeris dalam
mengakses ilmu dan maklumat. Kemahiran dalam menggunakan bahasa lain selain bahasa
ibunda membolehkan negara Malaysia serta warganya menampilkan diri serta memainkan
peranan yang lebih berkesan dalam arena antarabangsa (Hamdan & Nasrudin 2000).
2.4 PEMBENTUKAN JATI DIRI PELAJAR

Isu–isu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat untuk


merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang menghadapi ujian
dari segi keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan
dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang
bertentangan dengan budaya setempat. (Hussein Ahmad 2001) memberi penegasan bahawa
proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada
perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara
itu kecil atau besar, pendalaman benua mahupun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi
mahupun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan
pengaruh fenomena globalisasi (Habib Mat Som & Megat 2008: 91).

Dalam era globalisasi ini, banyak cabaran yang harus ditempuhi. Globalisasi itu sendiri
merujuk kepada dunia tanpa sempadan. Generasi kini dikatakan mempunyai kemudahan
dihujung jari. Namun begitu, generasi muda seperti pelajar harus lebih berhati – hati dalam
memilih segala maklumat yang diperolehi. Sebagai contoh, dunia hari ini banyak
menggunakan internet sebagai rujukan maklumat terutamanya kepada pelajar. Pelajar
menggunakan internet dalam mencari bahan rujukan kepada tugasan yang diberikan oleh
pengajar. Selain itu, pelajar juga menggunakan internet sebagai bahan untuk bersosial pada
laman web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar
haruslah mempunyai nilai kesedaran sendiri. Mereka perlulah pandai dalam memilih
maklumat. Banyak maklumat positif yang boleh merangsang minda pelajar dan dalam masa
yang sama banyak maklumat negatif yang boleh merosakkan pelajar (Sandi Arumugam
2010).

Di samping itu, kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan
gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu
terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Fenomena yang berlaku boleh
dikatakan sebagai satu petunjuk di mana asas-asas budaya, agama dan citra bangsa sendiri
mulai longgar dan tercabut secara tidak kita sedar sehinggakan para remaja tidak berasa
bersalah untuk meniru secara melulu gaya kehidupan barat seperti kehidupan berfoya-foya
dan berseronok-seronok, pergaulan bebas, penganjuran majlis-majlis sosial yang melampaui
batas, penonjolan pelbagai fesyen pakaian ala Barat yang keterlaluan dan sebagainya (Habib
Mat Som & Megat 2008: 94).

Dalam pada itu, semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-
anak remaja di landasan moral yang betul menurut acuan tempatan melalui pelaksanaan
program-program pendidikan nilai di sekolah. Aspek yang perlu diteliti adalah aspek
berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara
tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar:

1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika
proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan
santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan
berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contoh kepada pelajar. Guru
juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.

2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan,


cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan
mengamalkan kehidupan beragama adalah elemenelemen yang perlu dihidupkan dan
dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan
perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah.

3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan


kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar.
Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif
terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan
negara dan berdisiplin.

Cabaran yang perlu dilaksanakan secara kolektif dalam pembentukan jati diri pelajar
adalah dari segi strategi untuk menerapkan nilai kerohanian melalui tiga perkara yang perlu
dilaksanakan secara serentak iaitu pengisian roh, pengisian akal dan pengisian jasmani.
Cabaran untuk mengisi kerohanian perlu berlandaskan sumber yang berautoriti dengan
merujuk kepada sumber ketuhanan dan nubuwwah. Pengisian akal pula perlu bertunjangkan
aspek kognitif yang terpandu bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Dalam
erti kata lain, akal perlu diberikan input dengan unsur-unsur yang dapat mengangkat martabat
manusia menjadi lebih berkualiti dan dapat dimanfaatkan untuk kehidupan masyarakat,
negara dan kehidupan sejagat. Dari segi jasmani pula kegiatan yang berasaskan gaya hidup
sihat perlu diterapkan seperti cara menggunakan masa lapang, tabiat pemakanan, riadah perlu
digerakkan secara aktif dan berterusan dengan bimbangan dan panduan guru (Habib Mat Som
& Megat 2008: 98).

Oleh yang demikian, para pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan
datang. Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pada masa
kini pelajar haruslah sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana
persaingan yang ramai. Pelajar yang ketinggalan tidak akan dapat bersaing dan akan sentiasa
kebelakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani.
Dunia hari ini mengatakan sehari tanpa berita semasa sudah banyak maklumat yang
dilepaskan. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan arus dunia sekarang
(Sandi Arumugam 2010).

Justeru itu, dalam membentuk jati diri pelajar, pendidikan atau maklumat yang
menerapkan nilai-nilai merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma
setiap individu di samping memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang
dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, ia adalah penting kerana selalu
dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu ilmu dan juga penerapan nilai.
Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan tersebut seharusnya dapat melahirkan
modal insan yang mampu mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya
memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian (Latifah et al, 2012).

2.5 KUALITI PERKEMBANGAN PROFESION GURU

Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Ledakan era
globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Demi mewujudkan
negara bangsa berkualiti hendaklah bermula daripada pendidikan. Pendidikan merupakan
mekanisme asas dalam meningkatkan pembangunan negara agar dapat berdaya saing di
peringkat antarabangsa. Pendidikan memerlukan gemblengan tenaga daripada semua pihak
bagi mengangkat status Malaysia dalam dunia pendidikan bertaraf dunia.

Cabaran pendidikan di Malaysia pada masa kini dapat dilihat dalam pelbagai aspek, salah
satunya ialah kualaiti guru. Guru merupakan insan yang penting dalam membentuk generasi
yang berilmu dan juga mampu memberi sumbangan kepada negara. Keberhasilan pendidikan
yang diterjemahkan dengan pembangunan modal insan yang berkualiti masih merupakan
sandaran negara ke arah negara maju. Amanah ini merupakan tanggungjawab besar yang
perlu dihayati oleh semua warga pendidikan terutama guru-guru di bilik darjah. Peranan dan
komitmen mereka amat diperlukan dan malah tugas menjadi sangat mencabar dengan
keperluan pembelajaran Abad ke-21. Guru yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran
menjadi sandaran Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan transformasi pendidikan
negara seperti dihasrat melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (Faizal
Ghani & Khalil Adnan 2015).

Pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan
pendidikan masa lampau. Tujuan pembelajaran Abad Ke-21 adalah untuk melahirkan murid
yang produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi
serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Oleh yang
demikian bagi memastikan objektif pengajaran dapat dicapai, guru-guru perlu terlebih dahulu
melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tersebut sebelum dalam melaksanakan
pengajaran dengan berkesan. Guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh
berbeza dengan murid-murid masa lalu. Murid-murid pada masa ini lebih terdedah dengan
maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan mempunyai kecenderungan untuk
mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini lebih
mempunyai akses kepada maklumat kerana lebih terdedah kepada kepesatan teknologi.
Justeru, sebagai guru yang berwibawa, guru-guru perlu melengkapkan diri kemahiran tertentu
bagi memudahkan mereka menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Usaha-usaha ini
memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tidak sedikit dan sebagai bagi guru yang
komited, segala kepayahan dan cabaran akan terbayar jika anak didiknya mampu dibentuk
dan berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya.
Seterusnya, guru-guru Abad Ke-21 perlulah memiliki ciri-ciri seperti mahir dan
berketrampilan dalam pedagogi iaitu berkemahiran menggunakan teknologi maklumat dan
media dalam PdP dan mengaplikasikan serta menyesuaikan dengan pedagogi serta
konsep/teknik pembelajaran Abad Ke-21. Ciri-ciri yang kedua ialah memamahami keadaan
murid dan menyanyagi mereka yang bermaksud mempunyai kemahiran merancang program
bagi menyokong dan membantu perkembangan murid melalui strategi Sharply focused, Deep
Dive, analisis data dan mempelbagaikan kaedah/aktiviti untuk murid mencari ilmu di luar
bilik darjah. Seterusnya, memahami psikologi pelajar bagi memahami ciri-ciri pertumbuhan
dan perkembangan murid-murid seperti meramal tingkah laku, memberi motivasi dan lain-
lain serta menghubungkaitkan dengan proses PdP dalam bilik darjah. Guru-guru jua perlu
memiliki kemahiran asas dalam bidang kaunseling untuk menggalakkan dan dan
meningkatkan potensi murid serta mendorong murid supaya lebih yakin dengan keupayaan
sendiri. Zaman yang makin maju ini sudah tentu guru-guru perlu mahir menggunakan
teknologi terkini agar dapat memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti PdP di bilik
darjah. Dan juga menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum pengetahuan, kemahiran, dan
pengalaman guru perlu diintegrasikan bagi membina satu pengajaran yang mantap dalam
proses P&P yang lebih berkesan. Dengan adanya ciri-ciri tersebut, para guru sudah tentu
dapat dapat mengatasi cabaran yang bakal dihadapi oleh guru-guru dan juga dapat
meningkatkan kualiti guru pada era yang makin maju ini (Ilyas Hashim 2012).

Terdapat juga masalah yang dihadapi dalam sistem pendidikan di Malaysia yang
menyebabkan kualiti guru menurun seperti apabila terdapat guru bukan opsyen (bukan
kemahiran bidang sebenar) mengajar matapelajaran seperti matematik dan
sains menyebabkan pendekatan pedagogi sukar diaplikasikan. Kajian juga ada membuktikan
bahawa guru-guru yang berpengalaman dalam bidang matematik lebih berpengetahuan tinggi
isi kandungan pedagogi berbanding yang sebaliknya. Apabila perkara tersebut berlanjutan,
maka dapat dilihat secara jelas pencapaian pentaksiran antarabangsa di Malaysia akan
berterusan berada di ambang kemerosotan yang kritikal.
Selain itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah dilancarkan
oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 10 April 2015. PPPM (PT) merupakan
kesinambungan dari segi matlamat, aspirasi dan penyampaian pendidikan dari peringkat pra-
sekolah hinggalah ke peringkat pendidikan tinggi dan seterusnya. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) daripada pendidikan prasekolah hingga lepas menengah diikuti
PPPM (Pengajian Tinggi) terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Kedua-dua pelan ini berfokus untuk
membangunkan kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid dan
mahasiswa bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global
masa hadapan.

3.0 KESAN POSITIF DAN NEGATIF GLOBALISASI PENDIDIKAN

Era globalisasi telah mendatangkan cabaran dan persaingan yang kompleks terhadap sistem
pendidikan di Malaysia. Cabaran yang dihadapi boleh dianggap sebagai ancaman kerana
globalisasi juga boleh dianggap sebagai satu bentuk penjajahan yang bukan berbentuk fizikal,
tetapi melalui penjajahan minda melalui penggunaan teknologi maklumat (Pati 2014:103).
Kewujudan alat komunikasi moden telah meletakkan sebahagian besar dunia terletak
berdekatan bagi kebanyakan penduduk, sama ada melalui penyebaran maklumat, pertukaran
barangan ataupun masa perjalanan. Namun kemudahan ini mempunyai kesan-kesan negatif,
seperti penyebaran pesat wabak penyakit. Di samping itu, ia juga boleh mendatangkan kesan-
kesan positif dan negatif pada masa yang sama di sesebuah negara seperti peluang yang akan
muncul bagi masyarakat yang berada di bawah pemerintahan rejim totalitarian untuk
mendapatkan atau berkongsikan aliran maklumat di antara mereka, mahupun dengan
penduduk di seluruh dunia yang selama ini disekat dan ditapis melalui media di bawah
kawalan rejim (Bergan & Damian 2010: 59). Akibatnya sukar bagi rejim untuk terus
mengekalkan hegemoni pemerintah di dalam negara.

Kesan positif globalisasi terhadap pendidikan di Malaysia boleh dilihat apabila ia


membuka peluang ekonomi kepada negara dengan munculnya kepentingan terhadap ekonomi
pengetahuan iaitu proses ekonomi yang melibatkan aktiviti pengumpulan pengetahuan, dan
menggunakannya secara produktif. Keadaan tersebut telah membuatkan Kementerian
Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi ingin merebut peluang ekonomi dan kemajuan
pendidikan dalam negara dengan menjadikan Malaysia sebagai ‘hub’ bagi pendidikan tinggi.
Kemunculan hub tersebut dilihat dapat mendatangkan banyak kesan positif kepada
masyarakat dan negara dengan kemasukan pelajar-pelajar asing, meningkatkan kerjasama
antara pakar dari dalam dan luar negara, pembangunan sumber manusia, penubuhan
cawangan-cawangan universiti dari luar negara di Malaysia, dan penubuhan cawangan
universiti-universiti Malaysia di luar negara, dan juga meningkatkan imej negara. Bagi
merealisasikan hasrat berkenaan, globalisasi dilihat elemen utama yang memainkan peranan
penting bagi membolehkan dan menghubungkan kerjasama antarabangsa (Pati 2014: 103-
104).

Namun, peluang-peluang yang muncul tidak datang secara percuma atau tanpa cabaran.
Kesan negatif dapat dilihat apabila peranan bahasa Melayu mula terhakis dalam mata
pelajaran matematik, dan sains yang kini menggunakan bahasa Inggeris. Pada tahun 2003
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan dasar Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atas tekanan yang dihadapi dalam era
globalisasi yang membimbangkan Dr. Mahathir Mohamad (Mahathir) yang melihat
pengangguran kira-kira seramai 44,000 mahasiswa lepasan Institusi Pengajian Tinggi Awam
pada tahun 2002. Antara sebab utama bilangan pengangguran begitu tinggi menurut Mahathir
adalah kerana kurangya kecekapan kemahiran berbahasa Inggeris. Ini kerana bahasa Inggeris
digunakan sebagai bahasa pengantar atau bahasa rasmi dalam hubungan global. Penekanan
dan pelaksanaan dasar PPSMI hanya kepada mata pelajaran matematik, dan sains adalah
kerana kepentingan bidang itu pada masa kini. Menurut Carnoy nilai teknologi maklumat,
dan industri lain yang menggunakan sains adalah lumayan pada era globalisasi. Justeru ia
telah menyebabkan penekanan terhadap pendidikan matematik, dan pendidikan sains oleh
kebanyakkan negara (Tan Yao Sua 2010: Bab 4).

Tujuan kerajaan sememangnya murni kerana ingin menambah peluang pekerjaan dan
meningkatkan daya saing masyarakat yang tidak lagi dapat melarikan diri daripada turut
mengikut arus globalisasi, tetapi pada masa yang sama, globalisasi juga boleh membawa
kesan negatif dengan memaksa kepada perubahan sistem pendidikan Malaysia bagi
menjadikan atau menyediakan para graduan supaya relevan dengan memenuhi keperluan
majikan masa kini yang sedang bersaing untuk memastikan kelangsungan mereka dan supaya
negara dapat terus kekal dan relevan di persada antarabangsa. Beberapa aspek globalisasi
boleh menjadi positif dan negatif pada masa yang sama. Kehilangan tradisi dan bahasa
mrupakan satu kerugian kepada kepelbagaian manusia, tetapi pada masa yang sama ia dapat
memecahkan daripada pengasingan komuniti kecil dan menerima manfaat dari dunia yang
lebih luas kepada ramai individu. Idealnya adalah untuk keluar daripada pengasingan tanpa
kehilangan kesedaran tradisi nenek moyang, dan bahasa asal seseorang, tetapi secara
praktikal adalah amat sukar untuk terjadi kerana perubahan selalunya berlaku (Bergan &
Damian 2010: 59). Walaupun menyedari akan hakikat tersebut, tidak dapat dinafikan jika
globalisasi dipinggirkan, ia akan melambatkan dan merugikan perkembangan dan kemajuan
peradaban di Malaysia, dan seterusnya akan menyebabkan Malaysia hanyut dipukul ombak
globalisasi yang rencam dan sengit dengan persaingan di peringkat antarabangsa dan
seterusnya memberi kesan di peringkat domestik.

4.0 KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Proses globalisasi merupakan suatu rangkaian proses yang mengintegrasikan kehidupan


global di dalam suatu ruang dan waktu melalui perdagangan antarabangsa, pasaran
antarabangsa daripada pembuatan dan kewangan, pengantarabangsaan daripada komoditi
budaya yang ditunjang oleh jaringan sistem telekomunikasi global yang semakin canggih dan
cepat. Cara untuk meningkatkan dan memperluas wawasan dapat dilakukan dengan berbagai
cara, dan cara yang paling efektif adalah melalui pendidikan.

Kaitan antara globalisasi dan pendidikan terletak didalam lahirnya suatu masyarakat baru
iaitu “knowledge-based-society” yang merupakan sebahagian perubahan dari proses
globalisasi (Giddens 1991: 17). Faktor globalisasi ini, ilmu pengetahuan berkembang dengan
pesat yang merupakan dasar dari globalisasi ekonomi dan politik di dunia ini. Namun
demikian suatu “knowledge-based society” yang didasarkan kepada ilmu pengetahuan akan
terus-menerus berubah dan merupakan subjek untuk revisi. hal ini memerlukan apa yang
disebutnya sikap refleksif dari manusia iaitu kemampuan untuk merenungkan mengenai
kehidupannya berdasarkan rasional. Untuk itu pendidikan sangat penting di dalam
mewujudkan masyarakat masa depan yang berdasarkan ilmu pengetahuan, melalui
pendidikan proses serta pengembangan ilmu pengetahuan akan terjadi.
(Gordon Brown 2012) yang menulis dalam The Daily Beast, "Our Silent Education
Crisis," menegaskan bahawa krisis global dalam pendidikan adalah senyap, krisis tidak
nampak, mungkin kerana mereka yang menerima kesan segera, iaitu golongan miskin di
dunia dan kanak-kanak paling mudah terdedah dan ibu bapa mereka mempunyai suara yang
lemah.  Namun, beliau mengingatkan, "sememangnya, kita menghadapi bahaya besar bahawa
kita mengabaikan bukti yang amat besar bahawa serba kekurangan dalam bidang pendidikan
akan mengorbankan kehidupan, melemahkan pertumbuhan ekonomi, merangsang
pengangguran belia, dan memperkukuh semula ketidaksamaan nasional dan global." 

Krisis kewangan timbul apabila negara membangun mempunyai masalah dalam membiayai
perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan kemudahan
pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan untuk semua. Bantuan pendidikan buku
teks, menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer dan
sebagainya memerlukan sejumlah perbelanjaan yang tinggi bagi memastikan pendidikan
yang diajar pada masa kini seiring dengan perubahan globalisasi yang berlaku.

Globalisasi juga membawa krisis pendidikan di dalam ‘program twinning’. Program ini
bermaksud program pertukaran kepakaran di antara dua buah negara, Program berkembar
pendidikan ini diperluaskan melibatkan institusi pendidikan negara membangun dengan
negara maju. Program seperti ini ada kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran tertentu
dipindahkan kepada tenaga pengajar di negara ini seperti latihan kepakaran dalam bidang
perubatan, biodiversiti dan kejuruteraan. Pindahan ini memerlukan persediaan yang rapi bagi
memastikan tenaga pengajar yang bakal menerima kepakaran tersebut benar-benar mampu
menerimanya. Hal ini selaras dengan pandangan Zalina Yahaya (Utusan Malaysia 1999)
dalam satu artikel yang bertajuk Guru Abad 21 Peranan Lebih Kompleks dan Mencabar,
menjelaskan:

“Sebagai arkitek sosial, guru dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi


pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru, setiap guru harus mula
menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran baru dalam memasuki abad ke-21..”

Isu ‘Brain-Drain’ juga merupakan krisis pendidikan yang perlu dihadapi. Golongan cerdik
pandai lebih suka mencari rezeki di luar negara yang menawarkan gaji yang lebih lumayan
berbanding di dalam negara. Ini menyebabkan kurangnya golongan pakar di Malaysia
Di samping itu, krisis globalisasi dalam pendidikan adalah persaingan untuk memantapkan
kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan kemahiran tertentu akan
menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik di negara luar. Persaingan
adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuan yang penting dalam era globalisasi.
Namun jika dilihat apabila adanya persaingan boleh membunuh jika gagal bersaing ini boleh
menyebabkan berlakunya kemiskinan dan budaya negatif.

Selain itu, intelektualisme juga merupakan krisis globalisasi dalam pendidikan. Nilai
intelektual perlu dipertahankan dan dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga
pendidik merupakan agen dalam bentuk modal insan yang berkualiti. Ini bermakna guru
sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin masyrakat ke arah perubahan dan
kemajuan. Impak globalisasi ini telah memunculkan pelbagai bentuk cabaran dan peranan
yang perlu dihadapi oleh disiplin ilmu seni (Hassan Mohd Ghazali 2000: 85).

Globalisasi juga menyebabkan berlakunya jurang pendidikan. Pelaburan yang rendah


dalam bidang pendidikan di negara membangun akan menyebakan negara itu gagal bersaiang
dengan negara maju. Persaingan global ini telah meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang
mana ia menyukarkan dalam usaha untuk merapatkan lagi jurang pendidikan.

5.0 PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAH DALAM PEMBINAAN


KEMAHIRAN 7M BERDASARKAN GLOBALISASI

Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Keterbatasan
dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis serangan unsur-unsur perlu
dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh dalam arus globalisasi. Globalisasi jika
dilihat memberikan manfaat dan juga keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat
pilihan dan keputusan. Semua pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha
memelihara kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan tewas dalam
globalisasi. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam membantu
membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan globalisasi.
Kemahiran pertama ialah menulis, di mana kemahiran literasi asas komunikasi dan
menyampaikan idea secara tulisan dapat dikuasai oleh kerana menerusi penulisan,
seseorangitu boleh mengeluarkan idea, perasaan, menyampaikan maklumat dan sebagai alat
perhubungan sosial.

Kemahiran kedua ialah membaca, yang mana kemahiran literasi menimba ilmu melalui
bahan-bahan bercetak perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah agar murid-murid
memperoleh pengalaman dan ilmu menerusi bahan-bahan ilmiah yang dibaca. Membaca
jambatan ilmu. Dengan melazimkan diri dengan aktiviti membaca sudah menerapkan nilai-
nilai murni secara tidak langsung menerusi kandungan bahan yang dibaca.

Kemahiran ketiga, mengira merupakan kemahiran literasi asas mengoperasikan otak secara
abstrak tentang hukum sains dan alam semesta. Segala yang dilalui dalam kehidupan seharian
melibatkan kita dengan hukum sains dan alam semesta. Cuba bayangkan seandainya anak-
anak kita tidak menguasai kemahiran mengira, adakah mereka mampu untuk menguruskan
kehidupan mereka secara sendiri kelak? Contohnya, jika tidak menguasai konsep asas
nombor, bagaimana murid dapat menyelesaikan masalah melibatkan nilai nombor yang lebih
besar? Kemahiran mengira merupakan kemahiran yang penting di samping perlunya kita
menguasai kemahiran-kemahiran yang lain.

Kemahiran keempat, kemahiran memikir. Dalam kemahiran ini, guru dan ibu bapa
berperanan untuk menyediakan peluang dan ruang untuk murid-murid berfikir tentang
sesuatu perkara dan melatih mereka untuk mengolah dan melontarkan idea menerusi
kemahiran berfikir yang diaplikasikan.

Kemahiran kelima ialah kemahiran menggunakan komputer. Jika dilihat sekarang,


penggunaan komputer dalam membantu memudahkan pengurusan harian, mencari maklumat
dan sebagai alat pengajaran yang berkesan. Kemahiran menggunakan komputer perlu
diterapkan dan didedahkan kepada anak-anak muda sekarang agar perkara seperti ‘fobia
komputer’ dapat dielakkan.

Kemahiran keenam ialah kemahiran menjadi manusia. Dalam kemahiran ini, perlunya
individu diajar untuk menjadi individu yang boleh berinteraksi bersama orang lain secara
positif. Dengan kemahiran komunikasi yang baik seperti kesantunan tingkah laku dan
kesantunan berbahasa membuatkan kita sentiasa dihormati dan hidup dalam keadaan yang
harmoni.
Kemahiran terakhir ialah kemahiran mencintai Tuhan. Dalam hidup kita, keredhaan Ilahi
adalah sesuatu yang penting kerana hidup dalam keadaan dicintai Tuhan dan mendapat
keredhaan menghasilkan dengan kejayaan dalam segala aspek dan memperoleh ketenangan
yang sukar diterjemahkan. Kemahiran mencari dan menggunakan ilmu agama dalam proses
mendapatkan keredhaan dan kecintaan Tuhan buat setiap hambanya, manusia harus sentiasa
tersemat dalam diri setiap individu (Aisyah Netty 2016).

Rajah 1: Pembinaan Kemahiran 7M Berdasarkan Globalisasi

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, isu dan cabaran globalisasi pendidikan di Malaysia yang melingkari kita
sebagai pelajar, mahasiswa mahupun yang dalam bidang perguruan telah menjadi masalah
yang biasa namun memberi impak tinggi negatif dan positif kepada negara kita. Satu
kegagalan dalam menghadapi dan menguruskan permasalahan globalisasi pendidikan adalah
kegagalan dalam pembangunan modal insan dan kecemerlangan pelajar.

Justeru, langkah-langkah yang perlu diperkasakan dalam menguruskan isu-isu dan kerja-
kerja yang menghadapi globalisasi dunia di luar sempadan untuk membolehkan sistema
pendidikan kita antara yang efisyen serta mampu mengangkat Malaysia kembali antara
pendidikan terbaik di dunia. Globalisasi ini memaksa Malaysia untuk kadangkala meniru cara
pelaksanaan pendidikan oleh negara luar, misalnya pendidikan kanak-kanak diadaptasi
daripada Britain.
7.0 RUJUKAN

Adenan Husin 1999. Faktor yang Mempengaruhi Sikap Guru Terhadap Penggunaan
Komputer. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.

Aisyah Netty 2016. Globalisasi Dalam Pendidikan,


http://aishahnetty.blogspot.my/p/globalisasi-dalam-pendidikan.html. [1 Mei 2017].

Anthony Giddens 1991. Modernity and Self-Identity. London: University of Cambridge.

Azhar, H. A. 1998. Penggunaan komputer dalam kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di


Bandaraya Kuching Utara. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sarawak.

Chao, T., Butler, T. and Ryan, P. 2003. Providing a Technology Edge for Liberal Arts
Students. Journal of Information Technology Education 2: 331-348.

Gordon Brown 2012. Our Silent Education Crisis. The Daily Beast.
http://www.thedailybeast.com/articles/2012/01/26/gordon-brown-our-silence-education-
crisis. [24 April 2017].

Habib Mat Som Dan Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. 2008. Globalisasi Dan
Cabaran Pendidikan Di Malaysia. Jurnal Masalah Pendidikan. 31(1): 91-101.

Hamdan Said & Nasrudin Talib 2000. Cabaran Era Globalisasi Ke Atas Warga Pendidikan Di
Malaysia. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (6): 35-46.

Hassan Mohd Ghazali 2000. Pembangunan Multimedia Interaktif Pendidikan Seni:


Kepentingan P&P Menuju Alaf Baru. Konvensyen Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hussein Hj. Ahmad 2001. Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.

Ilyas Haji Hashim. 2012. Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan Kurikulum
Sekolah Abad ke-21: Pemikiran Dalam Pendidikan. Sabah: Univesiti Malaysia Sabah.
Jeannette, S. 2001. Integrating Information and Communication Technology in Professional
Practice: Based on Survey of Primary and Secondary School in Scottish School. Journal for
Information Technology for Teacher Education 9(2): 167-182.

Jewitt, C. 2006. Technology, Literacy and Learning: A Multimodal Approach. New York:
Routledge.

Jeyagobi, R. & Subramaniam S. 2007. BESTARI: Pembestarian Proses Pengajaran dan


Pembelajaran. Shah Alam: Mahir Holdings Sdn. Bhd.

Krishnan, Janarthini, Mohamad Said, Mohd. Nihra. Haruzuan & Noor Azean 2007. Faktor-
faktor yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran di kalangan Pelajar Tahun Akhir
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Smart Teaching & Learning: Re-
engineering ID, Utilization and Innovation of Technology (1): 6-12.

Latifah Binti Abdul Majid, Wan Nasyrudin Wan Abdullah Dan Nurul Hidayah Binti Ahmad
Zakhi 2012. Penerapan Nilai Murni Dan Pembentukan Jati diri Kanak-Kanak Prasekolah
Melalui Penggunaan Multimedia. Jurnal Hadhari. Jurnal Hadhari Special Edition (2012): 51-
65.

Lawrence A. T. 2002. The Technology Facade: Overcoming Barriers to Effective


Instructional Technology. Boston: Allyn and Bacon.

Learning Discovery Team 2006. Creative ICT in the Classroom: Using New Tools for
Learning. Stafford: Continum International Publishing Group Ltd.

Mahathir Mohamed 1998. Multimedia Super Corridor. Subang Jaya: Pelanduk Publication
(M) Sdn. Bhd.

Muhammad Faizal A.Ghani & Abdul Khalil Adnan. 2015. Model Program Perkembangan
Profesionalisme Guru Malaysia: Satu Kajian Analisis Keperluan di Sekolah Berprestasi
Tinggi Dan Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan Bil. 2: 1-16

Pati Anak Aleng. 2014. Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan. Rawang:
PTS Akademia.

Rahman Sukor Ab. Samad 2006. Inovasi IT dalam pengurusan pendidikan. Dalam Sufean
Hussin, Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Bentong : PTS.
Robiah dan Juhana 2002. Keyakinan Guru-Guru Untuk Mengintegrasikan Teknologi dalam
Kurikulum. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan Sabah 4(2): 23-36.

Sandi Arumugam 2010. Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di Malaysia. Academia.com.


https://www.academia.edu/8744662/Globalisasi_dan_Cabaran_Pendidikan_di_Malaysia.
[24 April 2017].

Sjur Bergan & Radu Damian. 2010. Higher Education for Modern Societies: Competences
and Values. Strasbourg: Council of Europe.

Sufean Hussin, Shahril, Ahmad Zabidi Abd Razak, Habib Md. Som & Alina Ranee 2005.
Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Bentong : PTS.

Syarifah Nor Puteh 1997. Kurikulum Abad 21. Konvensyen PERPEMA ke 9. Kuala
Lumpur.

Tan Yao Sua. 2010. Isu Bahasa, Etnik, dan Pembinaan Negara Bangsa dalam Sistem
Pendidikan Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Zalina Yahaya 1999. Guru Abad 21 Peranan Lebih Kompleks dan Mencabar. Utusan Online.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1999&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_03.htm. [24 April
2017].

Anda mungkin juga menyukai