Anda di halaman 1dari 43

Absrak

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai
kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2
Pandai. Seramai 44 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya
memfokuskan kepada penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan selepas
tanda noktah. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan
murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya
telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam
penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang
dan didapati penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan ayat
dan selepas tanda noktah semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid
tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Isi kandungan
1. kandungan
2. penghargaan
3. absrak
4. latar balakang kajian / refleksi p & p yang lalu
5. focus kajian / isu keperihatinan
6. objektif kajian
7. kumpulan sasaran
8. methodology
9. pelaksanaan kajian
10.dapatan kajian
11.refleksi kajian
12.cadangan tindakan seterusnya
13.penutup
14.bibliograf
15.lampiran

CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN


BIL
KANDUNGAN
1.

Sekilas Bicara

2.

Abstrak

MUKA SURAT
2
3

3.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

4.

Fokus Kajian

5.

Objektif Kajian

6.

Objektif Khusus

7.

Kumpulan Sasaran

8.

Pelaksanaan Kajian

6 - 17

9.

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

10.

Bibliografi

17
18

SEKILAS BICARA
Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur saya
ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya,
maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian
Tindakan pada kali ini.
Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyak
mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan
dalam diri untuk membantu murid-murid pemulihan khas khususnya
untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca dan melengkapkan.
Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar
SK. LKTP Tenggaroh Selatan, guru-guru Penolong Kanan serta guruguru rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung mahu pun
tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya
usahakan ini..
Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka,

maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini


dengan baik , demi membantu murid-murid yang mempunyai
pencapaian rendah di dalam kemahiran asas membaca dan
melengkapkan .
Wassalam.

Mat Zaidi b. Dahlan


( GURU PEMULIHAN KHAS )
SK. LKTP Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi
2010
1. Abstrak

Kajian

ini

dijalankan

adalah

bertujuan

untuk

meningkatkan

penguasaan kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan


perkataan kvkv dalam matapelajaran bahasa Melayu Pemulihan
Khas tahap 1 iaitu murid-murid pemulihan khas tahun 2 seramai 2
orang.
Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan
melalui pemerhatian yang dilakukan sepanjang bulan Januari hingga
Februari. Pemerhatian ini khusus untuk melihat penguasaan anakanak murid saya dalam mengeja , menyebut dan melengkapkan
perkataan kvkv.
Saya telah menggunakan kaedah IT Bestari iaitu menggunakan
bahan Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran yang mudah
dan menyeronokkan yang memberikan respon yang sangat baik dari
kumpulan sasaran yang dipilih. Setiap aktiviti yang disediakan
dalam kaedah IT Bestari ini membolehkan murid mengaksesnya
sendiri dengan guru sebagai pembimbing. Adalah diharapkan agar
kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat membantu rakan

sejawatan atau sesiapa saja yang berminat membantu para pelajar


yang mempunyai masalah yang sama. Saya juga amat berharap
agar dapat membina bahan powerpoint yang sama untuk murid
menguasai kemahiran-kemahiran perkataan yang lain dalam Bahasa
Melayu khususnya murid-murid Pemulihan Khas .
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Saya telah ditugaskan mengajar murid-murid Pemulihan
Khas SK. Tenggaroh Selatan sejak tahun 2004 lagi, setiap tahun
saya mengalami banyak masalah untuk membolehkan mereka
menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan
perkataan. Beberapa cara telah digunakan untuk mengatasi
masalah tersebut tetapi yang pastinya masih ada di kalangan murid
tahap satu yang belum menguasai kemahiran mengeja, menyebut
dan melengkapkan perkataan dengan baik terutamanya muridmurid pemulihan khas .
Beberapa orang murid pemulihan yang berada dalam
tahap satu langsung tidak mempunyai minat dan usaha untuk
menguasai kemahiran membaca. Mereka sentiasa menjadi murid
yang tersisih apabila berada di dalam kelas. Disebabkan mereka
tidak pandai membaca walaupun suku kata yang paling mudah,
guru mata pelajaran yang mengajar Bahasa Malaysia sukar untuk
mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia akibat daripada masalah
tersebut.
Dalam pemerhatian saya, mereka tidak menunjukkan
kesungguhan dalam kemahiran mengeja suku kata yang diberikan.
Mereka tidak dapat membatangkan sukukata dan mengecam
sukukata dengan betul. Oleh yang demikian mereka selalu
melengkapkan suku kata atau perkataaan yang salah apabila guru
meminta mereka melengkapkan semula sukukata yang disebutkan.
Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu
mereka mengingat semula suku kata awalan. Kaedah tersebut
adalah menyuruh mereka mengeja suku kata awalan sebanyak
sepuluh kali. Kemudian, diikuti dengan suku kata kedua. Namun,
mereka masih belum menguasainya. Akibatnya mereka berputus
asa untuk mengeja perkataan tersebut. Ini juga membuatkan murid
tersebut kurang berminat untuk menguasai kemahiran dengan
sempurna dan akhirnya mereka gagal melengkapkan perkataan
dengan baik.

Saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan


membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan untuk murid-murid saya .
2. FOKUS KAJIAN
Murid pemulihan memang sangat bermasalah dalam
mengenal perkataan-perkataan tertentu. Saya akan fokuskan kajian
kali ini terhadap masalah mengeja,menyebut dan melengkapkan
perkataan kvkv. Antaranya murid tidak dapat mengecam bunyi
suku kata dan menyebut perkataan tersebut dengan tepat, mereka
juga tidak boleh mengingat bunyi suku kata awalan dan
akhiran. Akibat daripada itu, mereka juga tidak boleh melengkapkan
perkataan tersebut dengan baik.
Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan
perisian powerpoint mengeja, menyebut dan melengkapkan
perkataan kvkv , saya berharap dapat meningkatkan tahap
penguasaan kemahiran tersebut dan menambahkan keyakinan
serta meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan
mencapai objektif berikut :
i.

Objektif umum

ii.

Mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja , menyebut


dan melengkapkan perkataan kvkv
Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah agar

Murid dapat menyanyikan lagu sukukata kv supaya mereka dapat


menyebut sukukata dengan betul.
murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv
Meningkatkan kebolehan murid menggunakan perisian
powerpoint dalam menguasai kemahiran melengkapkan
perkataan kvkv.
Guru dapat menguji keberkesanan perisian powerpoint yang
dibina untuk meningkatkan kemahiran murid pemulihan khas dalam
mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataankvkv

4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 2 orang murid pemulihan Khas Tahun 2 , SK
Tenggaroh Selatan.
5. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN
5.1.

Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam
menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal
pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan
mengutip data seperti berikut.

Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku
murid-murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
dan didapati
murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih banyak
mendiamkan diri dan
tidak mahu mengeja sukukata dan perkataan dengan
betul. Murid juga
tidak dapat melengkapkan perkataan dengan sempurna
Ujian pra ( Tarikh laksana : 27 Mac 2010 )
Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk
mengesan penguasaan murid terhadap kemahiran yang akan
diuji. Ujian ini mengandungi 24 perkataan kvkv bergambar
yang perlu
dilengkapkan oleh murid .
Murid yang tidak dapat melengkapkan kurang daripada 15
perkataan adalah terlibat dalam kajian ini.
Perkataan yang
diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bay
i,mata,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )
Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint
yang telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan
murid berdasarkan gambar.
KEPUTUSAN UJIAN PRA.
Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah seperti
ditunjukkan dalam jadual 1 diatas, didapati kedua-dua murid tidak
dapat melepasi sasaran markah yang ditetapkan untuk ujian

melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.


Oleh yang demikian, saya telah membina bahan-bahan latihan
secara interaktif dalam bentuk powerpoint bagi mengeja, menyebut
dan melengkapkan perkataan kvkv bagi membolehkan murid
menguasai kemahiran yang dikehendaki dengan lebih baik.
Perlaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah
Kaedah IT Bestari
Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid melengkapkan
perkataan kvkv ini, saya telah menggunakan Kaedah IT Bestari iaitu
murid murid menggunakan bahan latihan powerpoint yang telah
saya bina khas untuk murid-murid pemulihan yang terlibat.

a)
b)
c)
d)

Aktiviti yang dijalankan


Empat aktiviti yang dijalankan iaitu
Nyanyi lagu sukukata dan perkataan
Eja dan sebut perkataan
Latihan interaktif sukukata perkataan kvkv
Latihan melengkapkan perkataan interaktif.
Aktiviti 1 : Nyanyian lagu suku kata dan perkataan.
Tarikh : 30 Mac 2010 hingga 3 April 2010
Cara pelaksanaan

Guru memaparkan senikata lagu .

Murid mengeja sukukata pada lagu tersebut.

Mendengar lagu suku kata yang dinyanyikan oleh guru.

Murid menyanyikan secara individu dan berkumpulan

Murid menyanyikan lagu sukukata dengan dengan iringan


muzik
Guru menambahkan pada senikata lagu dengan
perkataan berdasarkan lagu suku kata yang diberi.
Untuk pengukuhan guru menukar perkataan lain untuk
menyanyikan lagu tersebut.

Aktiviti 1
CONTOH LAGU SUKUKATA

ba ba
be be
bi bi
bi bi
be be
bu bu
bo bo
bo bo

ba ba
be be
bi
bi
be be be be
bu bu bu bu
bo
bo

Tambahkan perkataan dibelakang bersama gambar


ba

ba

ba ju

be
bi

be
bi

be si
bi ru

bi

bi

bi ri

be

be

be

be

bu

bu

bu

bu

bo

bo

bo

bo

be ca
bu

ku

la
la

pengukuhan : Guru menggunakan sukukata dan perkataan lain

Refleksi dari aktiviti 1


Daripada aktiviti yang dijalankan didapati murid sangat seronok
menyanyikan lagu sukukata dan perkataan, ini sedikit sebanyak
dapat

menarik

minat

mereka

untuk

menyebut

sukukata

dan

perkataan. Mereka juga dapat mengingat sukukata dan perkataan


yang disebut. Penggunaan gambar perkataan dihujung lagu juga
sedikit sebanyak dapat membantu murid mengingat perkataan kvkv
yang digunakan. Pengukuhan dengan perkataan kvkv lain beserta

dengan gambar dapat menambahkan lagi perkataan yang boleh


diingati murid.
Aktiviti 2 : Mengeja dan menyebut perkataan
Tarikh : 14 April hingga 17 April 2010
Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru


untuk mengeja dan membunyikan sukukata serta menyebut
perkataan kvkv yang disediakan.
Murid diminta klik pada sukukata dan perkataan, suara
mengeja dan menyebut sukuta akan kedengaran dan murid perlu
mengikuti suara sukukata dan perkataan tersebut
Contoh slaid yang digunakan : Slid tak dapat dimasukkan
Refleksi dari aktiviti 2
Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid dapat mengeja dan menyebut
perkataan kvkv dengan mudah kerana dibantu bahan powerpoint yang telah saya
sediakan. Pada sukukata dan perkataan dalam slaid itu telah ditambahkan suara
menyebabkan murid mudah untuk mengikuti suara sukukata dan perkataan.
Murid dapat menggunakannya berulang-ulang, ini membolehkan murid mengeja
dan menyebut dengan betul
Aktiviti 3 : Latihan interaktif mengisi sukat awal dan akhir, padan
perkataan, isi
huruf tertinggal menggunakan bahan powerpoint yang
dibina guru
Cara Pelaksanaan:
Murid menggunakan bahan latihan interaktif powerpoint padan
perkataan, mengisi sukukata awal dan akhir ,mengisi huruf
tertinggal perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.
Gambar tidak dapat disertakan

Refleksi dari aktiviti 3


Aktiviti 3 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat murid untuk terus
menggunakan latihan powerpoint yang disediakan. Ini kerana murid dapat
menjalankan aktiviti yang pelbagai iaitu mengisi sukukata awal dan akhir
perkataan, padan perkataan dan mengisi huruf tertinggal perkataan . Cara ini
sedikit sebanyak membolehkan murid menguasai kemahiran menggunakan
komputer dan dengan menggunakan hyperlink dalam powerpoint ini semakin
menarik minat untuk murid terus belajar. Saya juga sangat teruja dengan
perubahan sikap murid yang telah berminat untuk mengulangi latihan-latihan
yang telah saya sediakan itu.
Aktiviti 4 : Penggunaan bahan latihan Powerpoint melengkapkan
perkataan kvkv
dengan betul.
Tarikh
: 4 Mei hinga 8 Mei 2010
Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk


melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.
Murid melengkapkan perkataan kvkv secara rawak melalui
nombor soalan yang diberi.

Gambar tidak dapat disediakan


Refleksi dari aktiviti 4
Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid telah dapat melengkapkan
perkataan berdasarkan gambar dengan baik. Kaedah pengulangan melengkapkan
perkataan ini,sangat membantu mereka melengkapkan sebarang perkataan kvkv.
Disamping itu mereka juga dapat mempelajari bagaimana menggunakan bahan
latihan perpandukan komputer dan mereka dapat belajar menggunakan papan
kekunci dan tetikus yang ada pada komputer. Ini sedikit sebanyak membolehkan
mereka bukan sahaja celik huruf, malahan juga celik IT.

UJIAN POS
1. Ujian pos ( Tarikh laksana : 25 Mei 2010 )
Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk

Mengesan sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan


dapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang
diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra mengandungi
melengkapkan 24 perkataan kvkv yang diberikan.
Murid yang tidak dapat membaca dan melengkapkan kurang
daripada 20 perkataan adalah gagal dalam kajian ini.
Perkataan yang diuji
(bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mat
a,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )
Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang
telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan
perkataan murid berdasarkan gambar.
Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti
ditunjukkan dalam jadual 2 diatas. Keputusan menunjukkan murid
telah berjaya melengkapkan perkataan kvkv dan melepasi had yang
ditetapkan

Penilaian dan refleksi


Berdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya
dapati bahawa Program IT Bestari yang saya bina menggunakan
program perisian powerpoint khusus untuk murid pemulihan ini
merupakan salah satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat
murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran mengeja,
menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv.
Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan perkembangan
murid pemulihan dalam mengenal perkataan kvkv dengan
mudah. Mereka telah dapat melengkapkan perkataan kvkv dengan
baik berdasarkan gambar ataupun secara lisan.
Atas kesedaran ini , saya amat yakin dan ingin meneruskan
membina bahan-bahan seperti ini untuk kemahiran-kemahiran asas
mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan yang lain pula.
Saya juga amat berharap agar sentiasa mendapat sokongan
daripada pihak sekolah serta rakan-rakan sama ada daripada
sumbangan idea dan juga kewangan bagi membolehkan saya
membina banyak lagi bahan-bahan seperti ini.
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.
Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk
menjalankan kajian yang seterusnya iaitu IT Bestari untuk
kemahiran asas mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan
kvkvk.
Saya akan cuba menambahkan lagi aktiviti interatif
menggunakan aplikasi powerpoint yang telah saya pelajari sebaik
mungkin....Insyaallah..

BIBLIOGRAFI
Buku panduan, Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas
(masalah penguasaan
3M) (1998) Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai


Dalam
Pengajaran
&
Pembelajaran ,Kementerian
Pendidikan
Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia,
Belajar Cara Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa
Dewan Jilid 2, Perkataan, Fajar Bakti Sdn. Bhd,
Jurnal Kajian Tindakan , Sekolah - sekolah Negeri Johor Jilid 2/2009
OthmanPuteh,Talib Abdullah, L. Shirley, Kamus bergambar generasi
baharu KBSR, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Pengolahan

Persembahan,

Microsoft

Powerpoint

2007,http://www.webmediacenter.com

Berdasarkan tinjauan yang dikenalpasti melaluI Peperiksaan Pertengahan Tahun


yang lalu, kebanyakanpelajar menghadapi masalah menjawab soalan hukum tajwid di
dalam kertas 2 Pendidikan Islam.Permasalah ini timbul apabila mereka tidak
mengetahui, memahami dan menguasai tajwid dengan baik.Bertitik tolak daripada
masalah itu, saya telah menjalankan ujian pra khusus berkaitan hukum
tajwid nunmati dan tanwin, menganalisis data awal dan membimbing pelajar
menggunakan kaedah yang mudahuntuk mengingati kaedah huruf di dalam hukum
tajwid tersebut. Kajian ini dijalankan melalui kaedahujian dan kaedah soal selidik
terhadap pelajar-pelajar Islam di kelas gabung iaitu 5 Anggerik (berprestasilemah)
dan 5 Rafflesia (berprestasi sederhana) berjumlah 18 orang iaitu 7 orang pelajar
lelaki dan 11orang pelajar perempuan. Hasil dapatan yang diperoleh didapati bilangan
pelajar yang mengusai hukumtajwid nun mati dan tanwin telah meningkat setelah
kaedah bercerita ini disediakan. Saya berasa amatgembira dan berpuas hati dengan
sikap positif dan minat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar. Merekadapat
mengusai hukum tajwid dengan baik dan menunjukkan rasa gembira apabila berjaya
menjawabsoalan-soalan hukum tajwid tersebut dengan betul.
1.0.TAJUK

Penguasaan Hukum Tajwid Nun Mati Dan Tanwin Dengan Kaedah Bercerita
2.0. OBJEKTIF
a) Umum
Meningkatkan penguasaan tajwid Al-Quran dalam kalangan pelajar Islam dalam
prosespengajaran dan pembelajaran dengan serta merangsangkan lagi minat pelajar
mempelajarihukum tajwid.
b) Khusus
1) Pelajar dapat mengingati huruf-huruf di dalam hukum nun mati dan tanwin dengan
mudah2)
Pelajar dapat menyebut dan menguasai kemahiran tajwid nun mati dan
tanwin dengan baik
3.0 METODOLOGI
Metodologi yang dijalankan menggunakan kaedah :
1)Ujian Pra
2)Ujian Pos
3)Soal Selidik

1.1 Pendahuluan
Al-Quran adalah satu elemen yang penting di dalam kehidupan umat Islam.
Penerapan nilai-nilai Al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat
Islam. Matlamat pendidikan Al-Quran adalah untuk membina masyarakat
yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas
kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur,
bertanggungjawab, berfkiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong
dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan Al-Quran (Ahmad
Mohd. Salleh, 1997). Matlamat pendidikan Al-Quran ialah mendidik manusia
supaya mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Membaca Al-Quran dituntut
kerana di antara hikmat Al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca,
ditadabbur, dihayati dan diamalkan. Al-Quran adalah setinggi-tinggi
anugerah yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Ia adalah satu mukjizat

abadi yang membuktikan kebenaran dan kekuatan pengaruhnya. Ia tetap


menjadi perlembagaan abadi sepanjang zaman sesuai untuk mengatur halhal kehidupan manusia pada semua masa dan tempat. Isi kandungannya
yang mencukupi semua aspek kehidupan manusia adalah panduan dan
pegangan insan dalam menjalani kehidupan dunia yang menjadi jambatan
ke akhirat.
Membaca Al-Quran dengan betul dari segi tajwid dan makhrajnya supaya
tidak terpesong pengertiannya adalah menjadi tuntutan agama ke atas
orang Islam kerana membaca Al-Quran dapat membentuk akidah dan akhlak
individu. Membaca Al-Quran juga menjadi suatu ibadah yang diberi pahala
sehinggakan setiap huruf yang dibaca akan diberi sepuluh kebaikan oleh
Allah kepada pembacanya, jika dibaca dengan sebutan yang betul dan
mengikut kaedah bacaan dan mengikut tajwid. Pahala membaca Al-Quran
bukan sahaja diberi kepada mereka yang membacanya tetapi juga diberi
kepada pendengarnya. Sebaliknya, kegagalan membaca Al-Quran dengan
baik dan sempurna membawa kesan yang buruk terhadap individu muslim.
Antara kesan buruk akibat tidak mempelajari cara atau kaedah membaca AlQuran dan tafsir ialah:
1. Tidak sah solat dan tidak sempurna ibadah-ibadah yang lain yang
melibatkan bacaan Al-Quran.
2. Menjadi malas dan tidak berminat untuk mengerjakan ibadah kepada
Allah.
3. Tidak memahami akan hukum-hukum yang diterangkan dalam Al-Quran.
4. Hidup tidak mempunyai matlamat yang jelas. Oleh sebab itu, subjek AlQuran telah diajar di peringkat sekolah rendah lagi bagi mendedahkan para
murid tentang kepentingan Al-Quran.
1.2 Latar belakang kajian

Subjek Pendidikan Islam di Sekolah Agama Rakyat Taman Cempaka, Ipoh


Perak merupakan mata pelajaran asas yang wajib dipelajari oleh muridnya.
Sukatan pelajaran merangkumi asas-asas Fardhu Ain, asuhan tilawah AlQuran, Ulum Syariah, Akhlak Islamiyah dan mata pelajaran jawi. Kajian yang
dilakukan memfokuskan tahap penguasaan Al-Quran dalam kalangan murid
darjah Tiga Ishak. Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi
mengetahui permasalahan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis
dan menguasai pembacaan Al-Quran. Kajian ini juga mengambil kira aspek
faktor murid, faktor keluarga dan juga faktor sekolah. Responden yang
digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 21 orang murid darjah Tiga Ishak
iaitu 10 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Diharapkan
kajian ini dapat menyelesaikan persoalan tentang penguasaan murid
terhadap subjek Al-Quran dalam kalangan murid darjah Tiga Ishak Sekolah
Agama Rakyat Taman Cempaka.
1.3 Penyataan masalah
Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti masalah utama yang melibatkan
kelemahan murid darjah Tiga Ishak dalam menguasai subjek Al- Quran. Ia
berfokus kepada:
Mengkaji tahap keupayaan pembacaan Al-Quran dalam kalangan murid
Darjah Tiga Ishak secara keseluruhan.
Mengkaji tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis
dan membaca Al-Quran.
Penyelidik juga mengkaji masalah utama penyebab kegagalan murid dalam
menguasai subjek Al-Quran.

1.4 Objektif kajian

Kajian terhadap tahap penguasaan Al-Quran dalam kalangan murid tingkatan


2, dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:

1.4.1Mengenal pasti tahap sebenar secara keseluruhan murid di dalam kelas


Tiga Ishak.

1.4.2 Mengenal pasti tahap penguasaan sebenar murid dalam mengenal


huruf hijaiyyah, menulis, dan membaca Al-Quran.

1.4.3Mengenal pasti punca-punca murid lemah dalam penguasaan Al-Quran.

1.5 Tujuan kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui masalah sebenar murid
dalam subjek Al-Quran, mengenal pasti prestasi dan tahap penguasaan
bacaan Al-Quran murid secara lebih dekat, dan mengenal pasti masalah dan
kerumitan yang dihadapi oleh murid-murid tingkatan 2. Melalui pendedahan
dan maklumat yang diperolehi, pihak sekolah dapat memahami keadaan
sebenar yang berlaku di sekolah dan secara tidak langsung dapat membantu
bahagian pentadbiran sekolah dalam merancang dan mengemaskini
pelbagai keperluan dan kemudahan kepada murid. Kajian ini juga boleh
membantu pihak sekolah melakukan gerak gempur untuk meningkatkan
minat membaca al-Quran. Seterusnya guru-guru yang berkaitan diberikan
latihan-latihan dan kemahiran dari semasa ke semasa agar dapar
menjalankan tugas mereka dengan lebih yakin dan sempurna. Bagi muridmurid pula, kajian ini dapat membantu mereka mengenal pasti faktor-faktor

pendorong atau perangsang serta penghalang pencapaian mereka dalam


aspek bacaaan Al-Quran, seterusnya berusaha memperbaiki diri dan
membuat latihan serta aktiviti yang dapat meningkatkan prestasi bacaan
mereka dari semasa ke semasa.

1.6 Soalan kajian


Apakah tahap keseluruhan murid di dalam Tiga Ishak terhadap subjek AlQuran?
Sejauh manakah tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah,
menulis, dan membaca Al-Quran?
Apakah punca yang menyebabkan murid lemah dalam subjek Al-Quran?

1.7 Kepentingan kajian Kajian ini penting untuk membantu pihak-pihak yang
berkenaan seperti murid-murid, guru, pihak universiti, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM), ibu bapa, masyarakat dan sekolah bagi mengetahui sejauh
mana tahap penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran. Hasil kajian ini
juga penting kepada pihak universiti terutamanya Fakulti Pendidikan supaya
dapat melatih dan menyediakan guru-guru yang mempunyai kemahiran,
pengetahuan, personaliti dan membuat persediaan dalam melaksanakan
tugas dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). <br />Selain itu, kajian ini
juga berguna kepada pihak KPM dalam mencari dan memilih bakal-bakal
guru yang memenuhi segala aspek pengajaran sebagai seorang pendidik
yang berwibawa dalam mendidik anak bangsa dan negara. Selain itu, pihak
KPM juga boleh menggunakan hasil dapatan kajian ini dalam merangka
program serta langkah-langkah bagi menangani masalah murid yang lemah
dan kurang mahir dalam penguasaan subjek Al-Quran. <br />Selain KPM,
Kajian ini juga penting kepada pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi

dan kemajuan murid serta menaikkan nama sekolah sekiranya terdapat


guru-guru yang memenuhi kriteria sebagai seorang pendidik. Bagi guru-guru
dalam jurusan pendidikan Agama Islam terutamanya, kajian ini penting
kepada mereka bagi memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam
pengajaran supaya bertepatan dan bersesuaian dengan gaya pembelajaran
murid. Secara tidak langsung kajian ini dapat membantu mereka dalam
meningkatkan prestasi kendiri dan memperbaiki kelemahan murid serta
dapat menaikkan nama dan prestasi sekolah itu sendiri. <br />Hasil dapatan
kajian ini juga dapat membantu murid dalam mengetahui gaya pembelajaran
yang bersesuaian dengan mereka untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah
ketika proses P&P berlangsung. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui
kaedah pengajaran guru yang paling sesuai supaya dapat meningkatkan
prestasi mereka dalam subjek Al-Quran.<br /> Ibu bapa adalah orang yang
paling rapat dan dekat dengan anak-anak . Segala perlakuan dan perbuatan
yang dilakukan akan dicontohi oleh anak-anak. Sebagai role model kepada
anak-anak, ibu bapa boleh mengaplikasikan hasil dapatan kajian ini dalam
mendidik anak-anak mereka di rumah dengan lebih efektif. <br />Di
samping itu, kajian ini juga penting kepada masyarakat supaya mereka
dapat melahirkan dan mendidik anak bangsa supaya sikap budaya ilmu dan
penerapan nilai-nilai murni dapat dibentuk bersesuaian dengan matlamat
pendidikan di Malaysia iaitu melahirkan masyarakat yang bersepadu dan
menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).<br />1.8 Batasan
kajian<br />Oleh kerana jumlah populasi yang sangat besar iaitu seramai
150 orang, pengkaji hanya mengambil 21 orang murid sahaja sebagai
responden. Untuk mendapatkan sampel di dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan kaedah persampelan secara rawak. Sampel yang kecil atau
tidak meliputi keseluruhan populasi membataskan hasil kejadian untuk
digenerasikan ke situasi lain. Dengan lain perkataan hasil kajian berkenaan
hanya benar untuk situasi sampel berkenaan sahaja.<br />Selain itu,
masalah untuk mendapatkan sampel yang memuaskan juga dihadapi oleh

pengkaji kerana responden yang terlibat kurang berminat untuk mengisi


borang kaji selidik dan kebarangkalian untuk mendapatkan jawapan yang
sahih itu sukar (kebarangkalian responden menjawab dengan jujur atau tidak
soalan kaji selidik).<br />Seterusnya, kekangan masa juga turut
mempengaruhi batasan kajian. Ini kerana masa yang diperuntukan amat
terhad dan menyebabkan pengkaji tidak dapat membuat pemerhatian dan
menemubual guru dalam jangka masa yang lama.Di samping itu, pengkaji
menghadapi beberapa masalah dari segi kos di mana pengkaji terpaksa
pulang ke kampung untuk mengedarkan borang kaji selidik di sekolah
tersebut. Kos yang tinggi diperlukan dalam menjalankan kajian ini. <br />1.9
Defnisi konsep<br />Bahagian ini akan mengupas secara terperinci maksud
tajuk kajian ini agar pembaca mendapat gambaran yang jelas mengenainya.
Kajian bertajuk :<br />TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP SUBJEK ALQURAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN
CEMPAKA<br />Perkataan tahap membawa maksud peringkat atau tingkat
(Kamus Dewan, 2005: 1569). Maksud tahap dalam kajian ini adalah ukuran
pada tingkat penguasaan murid dalam subjek Al-Quran.<br />Maksud
penguasaan pula menurut Kamus Dewan (1989:663,664), penguasaan
membawa maksud perihal menguasai atau menguasakan. Apabila dirujuk
kepada kata akar bagi perkataan ini iaitu kuasa, ia membawa maksud daya
atau kemampuan (untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu). Maka,
perkataan penguasaan yang digunakan di sini ialah untuk menunjukkan
perihal kemampuan untuk menguasai ilmu Al-Quran yang dipelajari oleh
murid tersebut. <br />Sampel utama dalam kajian ini ialah murid darjah tiga
yang merupakan responden kepada pengkaji. Maksud murid berdasarkan
Kamus Dewan (1989), murid didefnisikan sebagai orang yang belajar
(seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya). Murid yang
dimaksudkan di dalam kajian ini ialah murid-murid dari Sekolah Rendah
Agama Rakyat Taman Cempaka.<br />Makna Al-Quran ialah bacaan,
manakala maksudnya ialah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah kepada
Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Ia mengandungi berbagai-bagai

pengajaran, hukum-hakam, perundangan dan peraturan lengkap sebagai


panduan umat Islam dan keselamatan sejagat. Para ulama pula mentafsir AlQuran dalam berbagai kitab ulumul quran, ditinjau dari segi bahasa bahawa
Al-Quran merupakan bentuk mashdar dari kata qoroa yaqrouu
qirooatan wa qoran wa quraanan. Kata qoroa bererti menghimpun dan
menyatukan. Al-Quran pada hakikatnya merupakan himpunan huruf-huruf
dan kata-kata yang menjadi satu ayat, himpunan ayat-ayat menjadi surat,
himpunan surat menjadi mushaf Al-Quran. Di samping itu, para ulama
mengatakan bahawa Al-Quran dengan akar kata qoroa, bermakna tilawah:
membaca. Kedua-dua makna apabila disatukan akan menjadi Al-Quran
iaitu merupakan himpunan huruf-huruf dan kata-kata yang dapat dibaca.
(Ustaz Anshar,2000).<br /> Sekolah Rendah Agama Rakyat (SAR) merupakan
sekolah persendirian yang menawarkan pendidikan formal dan sepenuh
masa di peringkat sekolah rendah dan menengah dalam bidang agama
Islam. Kebanyakan SAR tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan perlu
berdaftar dengan jabatan Agama Islam Negeri. Namun begitu, masih banyak
lagi SAR yang tidak berdaftar dan tidak termasuk di bawah mana-mana
kategori sekolah-sekolah di Malaysia. SAR lazimnya diasaskan oleh tokohtokoh agama dan mengamalkan sistem pembelajaran tradisional, serta
menggunakan kurikulum pembelajarannya yang tersendiri.<br />BAB 2:
TINJAUAN LITERATUR<br />2.1 Pengenalan <br />Al-Quran merupakan
sebuah kitab suci yang Syumul sifatnya, yang ditanzilkan oleh Tuhan maha
pencipta yang sangat mengetahui akan kehendak serta keperluan manusia.
Dengan demikian Allah turunkan Al-Quran sebagai kitab panduan bagi
manusia yang merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan
kehidupan mereka. Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan hubungan
antara sesama manusia, manusia dengan Allah dan manusia dengan alam
sekitar. Demikian juga ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia
seperti pendidikan, falsafah, hukum, perundangan, tauhid, perubatan,
pertanian, sains, geograf, sejarah, pentadbiran, politik, sosial dan lain-lain,
semuanya ada disentuh di dalam Al-Quran.<br />

Sabda Rasulullah s.a.w : Sebaik-baik di kalangan kamu ialah orang yang


belajar Al-Quran dan mengajarkannya(Riwayat al-Bukhari)
14. Sabda Rasulullah s.a.w : Orang yang mahir dengan Al-Quran akan
bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya
dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak-rangkak maka baginya dua
pahala (kebajikan)(Riwayat Muslim)
15. Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa yang mengajarkan anaknya Al-Quran dengan melihat, maka
diampunkan baginya dosanya yang lalu dan yang akan datang dan sesiapa
yang mengajarnya dengan hafalan maka setiap anaknya itu membaca satu
ayat, Allah menaikkan ayahnya satu darjat hingga akhir ayat yang
diamalkannya."(Hadis riwayat At Tabrani).<br />Dari keterangan di atas
dapatlah kita ketahui bahawa betapa pentingnya ilmu Al-Quran dalam
kehidupan manusia. Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan berkaitan dengan
tahap penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran. Justeru kajian ini akan
mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang dibincangkan dengan
permasalahan kepada mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca AlQuran. Sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai kajian
tindakan, pengkaji telah menjalankan tinjauan literatur berkaitan tajuk yang
telah dipilih. Namun, hasil tinjauan yang dilakukan, didapati tidak banyak
kajian berkaitan dengan tahap penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran
secara terperinci. <br />2.2 Kajian yang berkaitan<br />2.2.1Nik Rusila Bt
Yaakob. 2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan
Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas kerja dalam jurnal pendidik
dan pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.<br />Penulis mendapati
kajian ini secara terperinci menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan
penguasaan jawi di kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan
pencapaian pelajar. Namun begitu, kertas kerja ini didasarkan kepada
pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah

tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekolah
rendah. Namun begitu, kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal
yang dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian yang akan dilakukan oleh
penulis.<br />2.2.2 Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di dua
buah sekolah perintis di Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti
Malaya.<br />Kajian ini berkaitan dengan perlaksanaan keseluruhan j-QAF di
Terengganu. Kajian ini melibatkan modul-modul yang telah dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Modul ini menghuraikan keberkesanan
aktiviti pemulihan jawi yang dilaksanakan oleh guru j-QAF yang melibatkan
modul mengenal dan membaca huruf tunggal jawi. Ini kerana, pada masa
tersebut j-QAF baru diperkenalkan dan hanya bermula di tahun satu.<br
/>2.2.3 Mohd Yakub @ Zulkifli bin haji Mohd Yusoff dan Saidin bin Mohd.
2008. Keupayaan Bacaan Al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat:
Kajian di beberapa buah sekolah menengah terpilih di Negeri
Terengganu.<br />Kajian ini berkaitan kelemahan pelajar dalam menguasai
kemahiran membaca Al-Quran. <br />Kajian ini berfokuskan kepada
ketidakupayaan pelajar dalam menguasai tahap kemahiran membaca AlQuran yang bertepatan dengan kaedah tajwid, makhraj, sifat dan fasahah
yang baik. Masalah inilah yang sebenarnya dihadapi oleh pelajar baik di
sekolah, kolej, atau institusi-institusi pengajian. Dapatan kajian ini dapat
dirumuskan seperti berikut:<br />1. Pelajar kurang lancar membaca AlQuran<br />2. Pelajar kurang menghayati hukum-hukum tajwid<br />3.
Pelajar lemah atau sukar menyebut makhraj huruf<br />4. Pelajar lemah
tulisan jawi<br />2.3 Kesimpulan<br />Secara keseluruhannya, tiada kajian
yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid berkaitan mengenal
huruf hijaiyyah, menulis dan membaca Al-Quran. Justeru, penulis
berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan oleh penulis adalah relevan
dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi
subjek Al-Quran.<br />BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN<br />3.1
Pengenalan<br />Metodologi merupakan aspek penting bagi melakukan
penyelidikan kajian. Ia bertujuan memastikan kaedah pengumpulan data

yang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang


hendak dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan dan
menjelaskan kaedah-kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data
yang dikehendaki bagi menganalisis kajian yang dijalankan.<br />3.2
Kaedah kajian<br />Kaedah ialah perancangan yang menentukan cara
penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan
penyelidikan yang telah ditetapkan. Kaedah ini melibatkan beberapa aspek
penyelidikan seperti permasalahan, strategi dan perkaitan sebab dan akibat.
Ianya juga melibatkan penetapan unit analisis, populasi, persampelan,
variabel, cara pengukuran, pengumpulan dan penganalisisan data (Sulaiman
Masri, 2003:25). Menurut Mohd Majid Konting, 1990 kaedah penyelidikan
merujuk kepada bagaimana penyelidik mendapatkan maklumat bagi
mencapai sesuatu matlamat penyelidikan. <br />Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu penggunaan borang soal
selidik, kaedah temubual terhadap guru kelas dan melakukan ujian pra dan
pos ke atas murid darjah Tiga Ishak. Izham (2000), menyatakan bahawa
kebanyakkan penyelidikan boleh dijalankan dengan menggunakan borang
soal selidik kerana responden boleh mengambil masa yang sesuai untuk
menjawab soal selidik yang diterima dan ini akan memberikan maklumat
yang lebih baik kepada penyelidik. Soal selidik adalah alat formal yang
digunakan bagi memperolehi maklumat secara langsung daripada responden
mengenai sesuatu perkara yang dikaji oleh seseorang penyelidik. Temubual
pula lebih sesuai digunakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sekiranya
jawapan yang diterima dalam borang soal selidik kurang jelas. Ujian Pra
diberikan kepada murid darjah Tiga Ishak adalah untuk mengesan
sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan mereka terhadap subjek AlQuran manakala ujian pos dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian
murid terhadap subjek Al-Quran setelah pelbagai kaedah digunakan untuk
melihat peningkatan murid. Penyelidik juga menggunakan maklumat dari
sumber lain seperti daripada buku rujukan, jurnal dan kajian-kajian lepas dari
sumber internet. <br />3.3 Kaedah analisis data<br />Kesemua data yang

diperolehi daripada responden melalui edaran borang soal selidik dan ujian
pra dan pos dikemaskini dan ditunjukkan dalam bentuk jadual bagi
memudahkan penganalisian. Bagi maklumat seperti latar belakang
responden boleh dikategorikan sebagai pembolehubah nominal yang
dianalisis menggunakan nilai peratusan mudah untuk menerangkan
hubungan di antara satu sama lain. <br />Proses penganalisisan data bagi
soal selidik yang dijalankan adalah bertujuan untuk menentukan kekerapan
dan peratusan bagi setiap item yang dikemukakan. Proses tersebut
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A adalah latar belakang
responden dan Bahagian B berkenaan dengan faktor penguasaan Al-Quran.
Bahagian A mengandungi empat item iaitu jantina, minat, tempat mula
mempelajari Al-Quran dan kekerapan membaca Al-Quran di rumah. Bahagian
B pula mengandungi item-item soalan yang dibina berpandukan kepada
persoalan kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian. <br />3.4 Tempat
kajian<br />Kajian ini dilakukan terhadap murid darjah Tiga Ishak Sekolah
Agama Rakyat Taman Cempaka iaitu di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.<br />3.5
Populasi dan persampelan<br />Dalam kajian ini, populasi kajian melibatkan
semua murid Sekolah Agama Rakyat Taman Cempaka iaitu seramai 150
orang pelajar. 21 orang murid darjah Tiga Ishak dipilih sebagai sampel kajian
yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 11 orang murid
perempuan.<br />BAB 4: DAPATAN KAJIAN<br />4.1 Pengenalan<br
/>Pengkaji mengumpul data dalam bentuk temubual guru kelas,
mengedarkan borang soal selidik dan memberi ujian pra dan pos kepada
murid-murid darjah Tiga Ishak. Data-data ini dianalisis berdasarkan kaedah
kualitatif dan kuantitatif di mana temubual dianalisis dalam bentuk kualitatif
manakala soal selidik dan ujian pra dan pos pula dianalisis dalam bentuk
kuantitatif.<br />4.2 Dapatan temubual<br />Pengkaji telah menemubual
seorang guru kelas Tiga Ishak yang bernama Puan Patimah. Pelbagai soalan
telah ditujukan kepada guru tersebut bagi mendapatkan jawapan dalam
menjalankan proposal kajian tindakan ini. Antara soalan yang ditujukan
kepada guru tersebut ialah:- <br />

Apakah tahap keupayaan pembacaan Al-Quran dalam kalangan murid darjah


Tiga Ishak secara keseluruhan?
16. Sejauh mana tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah,
menulis, dan membaca Al-Quran?
17. Apakah masalah utama penyebab kegagalan murid dalam menguasai
subjek Al-Quran?
4.2.1 Soalan pertama yang telah pengkaji tujukan kepada guru tersebut ialah
apakah tahap keupayaan bacaan Al-Quran dalam kalangan murid dajah Tiga
Ishak secara keseluruhannya?<br />Berdasarkan temubual yang telah
dijalankan, di dapati tahap bacaan Al-Quran dalam kalangan murid yang
dikaji tidaklah berada pada tahap yang terlalu lemah. Walau bagaimanapun,
kelemahan dan ketidakupayaan sebilangan murid untuk membaca Al-Quran
dengan baik dan lancar sebenarnya memang wujud. Menurut guru tersebut,
terdapat 5 orang murid yang begitu lemah dalam subjek Al-Quran yang
terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Kelimalima orang murid ini lemah dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan
membaca Al-Quran. Manakala hanya 3 orang murid sahaja yang
menunjukkan prestasi yang tinggi dalam subjek ini dan selebihnya iaitu
seramai 13 orang murid menunjukkan tahap yang sederhana dalam subjek
Al-Quran.<br />4.2.2 Soalan seterusnya ialah sejauh mana tahap
penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca
Al-Quran?<br />Menurut guru kelas darjah Tiga Ishak, kebanyakan muridmuridnya tidak tahu membaca kerana mereka tidak mengenal huruf-huruf
hijaiyyah dengan tepat. Kebanyakan murid-murid mempunyai sikap negatif
terhadap penulisan huruf-huruf hijaiyyah seperti susah untuk dipelajari.
Murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis
ini akan semakin ketinggalan dalam subjek Al-Quran. Walau bagaimanapun,
murid-muridnya mempunyai sikap yang rajin dan mendengar arahan apabila
disuruh untuk menyalin semula huruf-huruf hijaiyyah yang terdapat di papan

hitam. Melalui pemerhatian guru tersebut, murid-murid juga lebih suka atau
gemar mendengar guru membaca Al-Quran dan kemudian mereka akan
mengikut atau mengulang semula setiap baris ayat Al-Quran yang dibaca
oleh guru tersebut. Keadaan ini menyebabkan murid-muridnya cepat
menghafal dan mengingat bacaan Al-Quran berbanding dengan menulis dan
membaca. Tambahan pula, pembacaan Al-Quran itu dilakukan dengan
kaedah menyanyi menyebabkan murid-murid suka dan mudah untuk
mengingatinya.<br />4.2.3Apakah masalah utama penyebab kegagalan
murid dalam menguasai subjek Al-Quran?<br />Menurut guru tersebut,
murid gagal dalam menguasai subjek Al-Quran ini disebabkan oleh sikap
murid itu sendiri dalam menguasai subjek ini. Mereka mempunyai ciri-ciri
seperti tidak berminat dalam subjek Al-Quran, tidak memberi tumpuan di
dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) berlangsung,
mereka tidak mempraktikan pembacaan Al-Quran ini di rumah dan tidak
mempunyai motivasi untuk belajar. Kebanyakan murid suka bermain dan
bersembang di dalam kelas dan keadaan ini menyebabkan mereka tidak
dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap P&P di dalam kelas. Selain
itu, mereka juga tidak faham dengan subjek ini menyebabkan kebanyakan
mereka kurang berminat dengan apa yang diajar di dalam kelas.<br />Selain
itu, faktor guru juga merupakan salah satu punca masalah murid dalam
menguasai subjek Al-Quran ini. Hal ini demikian kerana, di sekolah ini hanya
terdapat sebilangan kecil guru yang mahir dalam mengajar subjek Al-Quran.
Kekurangan guru di sekolah turut mempengaruhi masalah ini. Selain itu,
kekurangan bahan bantuan mengajar juga menyebabkan murid kurang
berminat dengan subjek Al-Quran. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan
guru di sekolah ini menggunakan kaedah tradisional atau lama dalam
P&P.<br />Faktor seterusnya ialah peranan ibu bapa dalam mendidik anakanak. Terdapat sesetengah ibu bapa tidak mengambil berat tentang
pelajaran anak-anak mereka terutama dalam subjek Al-Quran. Hal ini
demikian kerana ibu bapa terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk
mengajar anak-anak mereka di rumah. Oleh sebab itu, anak-anak mereka

tidak didedahkan dengan bacaan Al-Quran di rumah. Secara tidak langsung,


menyebabkan anak-anak mereka lemah dalam subjek Al-Quran. <br />
Dapatan Soal selidik : Bahagian A
`Jadual 4.3.1: Jantina<br
/>JANTINABILANGANlelaki10perempuan11JUMLAH21<br />Jadual 4.3.1 dan
carta pai menunjukkan taburan responden kajian berdasarkan jantina.
Secara keseluruhannya, sebanyak 21 responden telah terpilih untuk
menjawab soal selidik yang dikemukakan. Jadual menunjukkan responden
terdiri daripada murid lelaki dan juga murid perempuan. Sebanyak 10 orang
murid lelaki atau meliputi sebanyak 48% terlibat dalam menjayakan kajian
ini. Manakala murid perempuan yang terlibat terdiri daripada 11 orang atau
52%. Ini menunjukkan responden perempuan lebih ramai terlibat berbanding
responden lelaki dalam kajian ini.<br />Jadual 4.3.2: Minat murid terhadap
subjek Al-Quran. <br />ITEMbilanganminat3kurang minat13tidak
minat5JUMLAH21<br /> <br />Jadual 4.3.2 dan carta pai menunjukkan tahap
minat responden terhadap subjek Al-Quran. Apa yang dapat dilihat di sini
ialah sebanyak 13 orang iaitu 62% daripada keseluruhan responden
menyatakan dengan bahawa mereka sememangnya kurang berminat untuk
mempelajari subjek Al-Quran. Sebanyak 5 orang responden atau 24%
daripada keseluruhan responden pula menyatakan bahawa mereka
sememangnya tidak meminati dengan subjek Al-Quran. Manakala hanya 3
orang responden iaitu meliputi 14% responden menyatakan bahawa mereka
meminati subjek Al-Quran. Hasil yang didapati bahawa sebahagian besar
daripada responden sememangnya kurang berminat terhadap subjek AlQuran.<br />Jadual 4.3.3: tempat bermulanya murid mempelajari Al-Quran
<br />TEMPATBILANGANPERATUSrumah523.8sekolah tadika1047.6Sekolah
rendah (KAFA)628.6JUMLAH21100%<br /> <br /> <br />.<br />Jadual 4.3.3
dan carta bar menunjukkan tempat di mana murid-murid mula mempelajari
Al-Quran. Kebanyakan murid-murid darjah Tiga Ishak mula mendapat
pendidikan awal Al-Quran di sekolah tadika dengan jumlah sebanyak 10

orang murid atau 47.6%. Seterusnya sebanyak 6 oarang murid atau 28.6%
mula mendapat pendidikan Al-Quran di sekolah rendah (KAFA) dan diikuti di
rumah sebanyak 5 orang murid atau 23.8%.<br />Jadual 4.3.4: kekerapan
murid membaca Al-Quran di rumah.<br />ITEMBILANGANPERATUSsetiap
hari14.8seminggu sekali1152.4seminggu 3 kali29.5tidak
pernah733.3JUMLAH21100%<br />Jadual 4.3.4 dan carta bar menunjukkan
kekerapan murid darjah Tiga Ishak dalam membaca Al-Quran di rumah.
Kebanyakan murid darjah Tiga Ishak membaca Al-Quran di rumah hanya
seminggu sekali dengan jumlah 11 orang murid atau 52.4%. Seterusnya
adalah tidak pernah membaca Al-Quran di rumah dengan jumlah sebanyak 7
orang murid atau 33.3%. ini diikuti dengan 2 orang murid atau 9.5%
membaca Al-Quran di rumah sebanyak seminggu 3 kali. Akhir sekali ialah
setiap hari yang membaca Al-Quran di rumah hanya seorang murid sahaja
dengan 4.8%.<br />
Dapatan soal selidik - Bahagian B
Jadual 4.4.1 : Murid menyukai guru Al-Quran<br />ITEM
SUKAKEKERAPANPERATUSya1885.7tidak314.3JUMLAH21100 %<br />
Jadual 4.4.1 menunjukkan kekerapan dan peratus murid darjah Tiga Ishak
terhadap guru yang mengajar mereka dalam subjek Al-Quran. Sebanyak 18
orang murid atau 85.7% menyukai guru mereka dalam mengajar subjek AlQuran. Manakala hanya 3 orang murid atau 14.3% tidak menyukai guru
mereka.
Jadual 4.4.2: Kefahaman murid terhadap cara guru mengajar AlQuran.<br />ITEMKEKERAPANPERATUSya838tidak1362JUMLAH21100
%<br />
Jadual 4.4.2 menunjukkan kekerapan dan peratus murid darjah Tiga Ishak
terhadap kefahaman mereka dengan cara guru mengajar dalam subjek AlQuran. Sebanyak 13 orang murid atau 62% tidak faham dengan cara guru

mereka mengajar dalam subjek Al-Quran. Manakala hanya 8 orang murid


atau 38% faham dengan cara guru mengajar dalam subjek Al-Quran.
18. Jadual 4.4.3: Kefahaman murid terhadap membaca Al-Quran, menulis
dan menghafal
19. Al-Quran
ITEMMEMBACAMENULISMENGENAL
HURUFya101015tidak11116JUMLAH212121<br />
Jadual 4.4.3 menunjukkan kekerapan dan peratus murid darjah Tiga Ishak
terhadap bacaan Al-Quran, menulis dan mengenal huruf hijaiyyah. Sebanyak
15 orang murid dapat mengenal huruf hijaiyyah dengan baik. Manakala
hanya 6 orang murid tidak dapat mengenal huruf hijaiyyah dengan baik dan
tepat. Bagi membaca dan menulis masing-masing dengan jumlah yang sama
iaitu sebanyak 10 orang murid tahu membaca Al-Quran dan menulis huruf
hijaiyyah manakala 11 orang murid tidak tahu membaca Al-Quran dan
menulis huruf hijaiyyah.
20. Dapatan Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada murid darjah Tiga Ishak untuk mengesan
sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan mereka terhadap subjek AlQuran. Ujian pra ini mengandungi tiga soalan yang berkaitan dengan subjek
Al-Quran iaitu soalan mengenai kemahiran mengenal dan menyebut huruf
hijaiyyah, menulis, dan membaca surah Al-Maidah ayat 5. Masa yang
diberikan untuk menjawab ujian pra ini ialah 25 minit.<br /> <br /> Rajah
4.5.1 : Kefahaman murid dalam menjawab ujian pra<br /> <br />Rajah 4.5.1
menunjukkan seramai 16 orang murid iaitu 77% daripada 21 orang murid
darjah Tiga Ishak yang mampu menjawab ujian pra yang diedarkan oleh
pengkaji dan 5 orang iaitu 23% lagi tidak mampu menjawab ke semua soalan
tersebut. Kelima-lima murid tersebut masing-masing memiliki markah
serendah 39/100 ke bawah.<br />

Dapatan Ujian Pos


Untuk menilai keberkesanan tindakan yang di ambil, satu ujian pos diberikan
kepada lima orang murid yang lemah dalam subjek Al-Quran dengan
kebenaran guru kelas Tiga Ishak. Langkah dan soalan yang sama dengan
ujian Pra sebelum ini diberikan kepada lima orang murid yang lemah dalam
subjek Al-Quran ini. Kaedah ini bertujuan untuk menilai peningkatan dalam
pengetahuan sedia ada murid-murid berkaitan subjek Al-Quran. Seterusnya
pengkaji melakukan analisis untuk melihat perubahan dalam peningkatan
pengetahuan murid berkaitan kemahiran tersebut sebelum dan selepas
tindakan dijalankan.<br />Ujian pos ini diberikan selepas tiga minggu di
mana kelima-lima murid yang lemah ini diberi latihan yang berterusan bagi
meningkatkan prestasi mereka dalam subjek ini. Lima orang murid yang
lemah diminta supaya menulis satu huruf sambil menyebutkannya sebanyak
dua muka surat di dalam buku latihan yang telah disediakan pada setiap jam
pertama kelas iaitu pada jam 3.00pm hingga 4.00pm setiap hari. Selepas
menyiapkan latihan, baharulah murid tersebut dibenarkan duduk bersamasama dengan murid lain di dalam kelas bagi meneruskan pembelajaran
mereka dan membuat tugasan baru dalam subjek Al-Quran. Kaedah ini telah
mendatangkan kesan yang positif ke atas lima orang murid yang lemah
dalam subjek Al-Quran.<br />Rajah 4.6.1: Perbandingan ujian pra dan pos
bagi lima orang murid.<br />NamaMarkah ujian praGredMarkah ujian
posGredHana31D72BAisyah23D66BFakrul37D80ASaiful28D69BFatih20D50C
<br />Skema pemarkahan : <br />
80 100
21. 66 79
22. 40 65
23. 0 39

Rajah 4.6.1 menunjukkan perbandingan ujian pra dan pos bagi lima murid
yang lemah dalam subjek Al-Quran iaitu terdiri daripada Hana, Aisyah,
Fakrul, Saiful dan Fatih. Berdasarkan pada rajah tersebut didapati terdapat
lonjakan perubahan kecemerlangan ke atas kelima-lima murid yang lemah
dalam subjek Al-Quran ini. Kelima murid ini telah mendapat markah yang
tinggi dan lulus dalam ujian pos ini berbanding markah ujian pra di mana
kesemuanya mendapat markah yang rendah dan gagal dalam ujian ini.
Dalam ujian pos ini, Fakrul telah mendapat markah yang tinggi iaitu 80
markah dengan gred A. Manakala Hana, Aisyah dan Saiful masing-masing
mendapat gerd B dalam ujian pos ini dengan markah 72, 66, dan 69. Fatih
pula mendapat gred C dengan 50 markah. Oleh itu, latihan berterusan perlu
diberikan kepada Fatih bagi meningkatkan lagi markahnya dalam ujian yang
seterusnya. <br />BAB 5: PERBINCANGAN<br />5.1Perbincangan
masalah<br />Pengkaji telah mengenal pasti masalah sebenar murid darjah
Tiga Ishak dalam subjek Al-Quran iaitu mereka mempunyai masalah dalam
3M (mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca). <br />
Murid-murid tidak dapat mengenal huruf-huruf hijaiyyah dengan baik. Ini
kerana kurangnya pendedahan dari awal pendidikan kanak-kanak terhadap
bahan bacaan dan penulisan jawi yang menyebabkan mereka tidak dapat
membezakan di antara tulisan jawi dengan tulisan Arab.
24. Murid-murid juga tidak dapat menguasai penulisan dalam huruf
hijaiyyah. Ini disebabkan oleh, kurangnya pendedahan maklumat berkenaan
dengan bahan ilmiah dalam huruf hijaiyyah. Terdapat juga segelintir daripada
mereka kurang berminat untuk membuat latihan menulis. Oleh sebab itu,
mereka lemah dan tidak dapat membiasakan diri dalam menguasai
penulisan ini dengan baik.
25. Murid-murid darjah Tiga Ishak yang tidak dapat membaca Al-Quran
dengan baik kerana kerana mereka tidak mengenal huruf-huruf Al-Quran
(hijaiyyah) dengan betul. Walau bagaimanapun, mereka dapat

mempelajarinya dan menghafal Al-Quran melalui pendengaran bacaan AlQuran oleh guru. Murid-murid ini kemudiannya akan mengikut atau
mengulang semula setiap baris ayat Al-Quran yang dibaca oleh guru
tersebut. Keadaan ini menyebabkan murid-muridnya cepat menghafal dan
mengingat bacaan Al-Quran. Selain itu, murid-murid ini juga dapat
mempelajari teknik membaca dan menghafal Al-Quran melalui bahan-bahan
berbentuk audio, visual dan audio visual yang bercorakkan nyanyian
ataupun hiburan. Kaedah ini dapat membantu murid-murid membaca dan
menghafal ayat atau surah dengan lebih efektif walaupun pada hakikatnya
mereka tidak mengenal huruf-huruf Al-Quran.
5.2Punca-punca yang menyebabkan murid tidak dapat menguasai subjek AlQuran :<br />
Murid tidak dapat pendidikan awal Al-Quran oleh ibu bapa atau penjaga di
rumah.
Di sebabkan kejahilan dan sikap tidak minat ibu bapa atau penjaga terhadap
ilmu Al-Quran ini menyebabkan anak-anak dibiarkan begitu sahaja di dalam
kejahilan tanpa didedahkan secara khusus terhadap pembelajaran Al-Quran
ini.<br />Selain itu, kesibukan ibu bapa dalam urusan duniawi tanpa
sepadan untuk meluangkan masa dengan anak-anak juga merupakan antara
faktor penyebab kegagalan mereka dalam menguasai ilmu Al-Quran. Anakanak dibiarkan dengan urusan sendiri sehinggakan mereka tidak diberi
penekanan terhadap ilmu-ilmu Al-Quran secara formal seperti menghantar
anak-anak ke sekolah agama rakyat atau melalui pengajian bertalaqqi
bersama guru yang mahir ilmu Al-Quran. Anak-anak ini juga tidak
didedahkan dengan penggunaan video cakera padat Al-Quran, buku-buku
jawi dan sebagainya di rumah bagi mendalami ilmu agama dan Al-Quran.<br
/>Terdapat juga ibu bapa yang hanya mementingkan pembelajaran
akademik semata-mata tanpa mengendahkan pengajian Al-Quran ini. Mereka
lebih sanggup membelanjakan wang mereka beratus ribu ringgit untuk

membiayai perbelanjaan kelas tambahan anak-anak mereka berbanding


dengan kelas pengajian Al-Quran dan fardu ain. Secara tidak langsung
menyebabkan anak-anak lemah dalam subjek Al-Quran.<br />
Suasana dan budaya membaca Al-Quran tidak berlaku dalam masyarakat.
Anak-anak zaman sekarang tidak didedahkan secara langsung terhadap
suasana ilmu Al-Quran oleh ibu bapa atau masyarakat sama ada melalui
aktiviti tadarus Al-Quran secara beramai-beramai, kelas pengajian Al-Quran
dan program-program ilmiah berkaitan celik Al-Quran. Masyarakat setempat
juga kurang berperanan dalam memikul tanggungjawab ini bagi memastikan
anak-anak setempat diberi pengetahuan yang mengimbangi pendidikan
akademik dan pendidikan agama.<br />
Media massa (media elektronik & media cetak) kurang mendedahkan
program-program ilmiah yang berteraskan jawi dan Al-Quran.
Media massa adalah salah satu saluran terbaik bagi menyampaikan
rancangan berbentuk ilmiah berteraskan jawi dan Al-Quran. Pada pandangan
pengkaji, media massa tidak berperanan dengan baik dalam menyalurkan
program-program ilmiah yang berteraskan Al-Quran berbanding programprogram hiburan kepada masyarakat. Mereka hanya lebih mencari
keuntungan dari mendidik manusia berpengetahuan luas dalam segenap
bidang ilmu tanpa ada diskriminasi terhadap ilmu pengetahuan itu sendiri.
Media cetak juga tidak banyak berperanan untuk membuat penambahbaikan
dan memperkembangkan lagi tulisan jawi di dalam akhbar-akhbar dan
majalah.<br />
Kekurangan tenaga pengajar yang mahir dalam bidang Al-Quran.
Di sesetengah penempatan juga berlaku kekurangan tenaga pengajar yang
mahir menyebabkan masyarakat tidak berpeluang menimba ilmu
pengetahuan agama khususnya ilmu Al-Quran dan jawi. Tenaga pengajar
yang ada tidak mencukupi untuk menampung anggota masyarakat yang

ramai bagi memastikan ilmu itu dapat disebar secara meluas dan praktikal.
<br />5.3Cadangan dalam mengembalikan masyarakat celik AlQuran.<br />
Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan
suasana membaca Al-Quran sejak dari perut ibu mengandung lagi dan di
dalam rumah dengan memutarkan bacaan-bacaan Al-Quran dan mendidik
anak dengan memberi pendedahan secara formal atau tidak formal sama
ada melalui pendekatan video interaktif atau mengamalkan bacaan tadarus
Al-Quran bersama dengan ahli keluarga dan jiran tetangga.
26. Program-program yang telah disiarkan melalui stesen televisyen yang
tertentu seperti tilawah interaktif, akademi Al-Quran, imam muda, mari
bertarannum, mari mengaji dan sebagainya perlu diteruskan dan di
perbanyakan lagi program seumpamanya dengan diberi pemurnian yang
bersesuaian dengan kehendak masyarakat sekarang supaya ia lebih dekat di
hati dan mesra penonton.
27. Kelas pengajian fardu ain dan tenaga pengajar perlu di perbanyakan oleh
pihak yang bertanggungjawab. Kelas fardu ain ini juga merupakan tempat
untuk pelajar-pelajar menimba ilmu agama selain ilmu akademik yang telah
mereka pelajari di sekolah rendah membantu membentuk peribadi yang
baik. Tenaga pengajar mahir yang sedikit akan membebankan mereka dalam
membantu pembentukan generasi celik Al-Quran secara praktikal.
28. Perisian-perisian komputer yang berteraskan Al-Quran perlu di
perbanyakan dan di sebar luaskan. Ini membolehkan para pelajar dapat
menimba ilmu melalui perisian-perisian yang lebih praktikal dan menarik
minat remaja untuk mendekati dengan lebih dekat lagi terhadap ilmu AlQuran.
29. Tenaga pengajar mahir juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajian
berteraskan teknik-teknik mudah mengenal Al-Quran sebagai alat bantu

mengajar. Contohnya, kaedah qiraati atau iqra dan kaedah al-Baghdadi


(kaedah lama) yang perlu dikekalkan dan diberi pemurnian. Kaedah-kaedah
ini merupakan satu pendekatan yang praktikal dan lebih mudah bagi pelajarpelajar untuk menguasai subjek Al-Quran dengan baik.
30. Masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan menyuburkan
kembali aktiviti-aktiviti kerohanian yang mencorakkan warga dan ahli
masyarakat terdedah kepada majlis-majlis ilmu khususnya dalam pengajian
Al-Quran sebagai contohnya menganjurkan program tadarus Al-Quran secara
berkala dan secara berterusan. Selain itu, pertandingan menghafal Al-Quran
dengan menghafal surah-surah lazim perlu didedahkan sejak awal kanakkanak lagi agar mereka dapat mencambah dan membenihkan minat mereka
terhadap ilmu Al-Quran ini.
5.4KESIMPULAN<br />Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan
terhadap subjek Al-Quran. Pencapaian murid semakin baik dengan adanya
latih tubi, alat bantu belajar (ABM), kaedah pengajaran dan aktiviti-aktiviti
yang menarik dijalankan di dalam kelas. Selain itu, kaedah ini juga telah
berjaya menarik minat murid darjah Tiga Ishak dalam subjek Al-Quran dan
berjaya meningkatkan motivasi murid di samping mengembirakan murid
dalam proses pembelajaran. Kaedah yang dijalankan dengan kerjasama guru
kelas secara tidak langsung, memberi impak yang positif kepada proses
pembelajaran murid.<br />SOAL SELIDIK<br />BAHAGIAN A : LATAR
BELAKANG RESPONDEN<br />
Jantina
31. Lelaki ( )Perempuan ( )
32. Adakah anda minat dengan subjek Al-Quran?
33. Minat ()
34. Kurang minat ()

35. Tidak minat ()


36. Anda mula mempelajari Al-Quran di:37. Rumah()
38. Sekolah tadika()
39. Sekolah rendah (KAFA)()
40. Berapa kali anda membaca Al-Quran di rumah
41. Setiap hari () Seminggu 1 kali ( )
42. Seminggu 3 kali ()Tidak pernah ( )
BAHAGIAN B: FAKTOR PENGUASAAN AL-QURAN<br />
Adakah anda suka Ustaz / Ustazah yang mengajar anda disekolah? : YaTidak
43. Adakah anda faham dengan cara ustaz / ustazah mengajar anda ? :
YaTidak
44. Adakah anda tahu membaca Al-Quran?Ya Tidak
45. Adakah anda pandai menulis jawi?Ya Tidak
46. Adakah anda mengenal huruf hijaiyyah? Ya Tidak
UJIAN PRA DAN UJIAN POS<br />
Sebutkan huruf-huruf dibawah.
<br />
Sila tulis huruf yang diminta.
47. Jim :__________6. Kaf :_________
48. Ha :__________7. Lam :__________

49. Ra :__________8. Mim :__________


50. Lam alif :_________9. Nun :_________
51. Hamzah :__________10. Wau :_________
52. Sila baca potongan ayat di bawah.
. <br />Jadual kelas Sekolah Rendah Agama Rakyat Taman Cempaka.<br
/>Isnin3.00pm-4.00pm4.00pm-4.15pm4.15pm-4.45pm4.45pm5.15pm5.15pm-6.00pmDarjah 1Al-QuranRSirahBahasa ArabSDarjah 2AlQuranEBahasa ArabAkidahODarjah 3Al-QuranHFekahSirahLDarjah 4AlQuranAAkhlakFekahADarjah 5Al-QuranTAkidahAkhlakT<br />Selasa3.00pm4.00pm4.00pm-4.15pm4.15pm-4.45pm4.45pm-5.15pm5.15pm6.00pmDarjah 1Al-QuranRAkidahAkhlakSDarjah 2AlQuranESirahFekahODarjah 3Al-QuranHAkhlakBahasa ArabLDarjah 4AlQuranABahasa ArabAkidahADarjah 5Al-QuranTFekahSirahT<br
/>Rabu3.00pm-4.00pm4.00pm-4.15pm4.15pm-4.45pm4.45pm5.15pm5.15pm-6.00pmDarjah 1Al-QuranRFekahAkhlakSDarjah 2AlQuranEAkhakFekahODarjah 3Al-QuranHAkidahBahasa ArabLDarjah 4AlQuranASirahAkidahADarjah 5Al-QuranTBahasa ArabSirahT<br
/>Khamis3.00pm-4.00pm4.00pm-4.15pm4.15pm-4.45pm4.45pm5.15pm5.15pm-6.00pmDarjah 1Al-QuranRAkhlakAkidahSDarjah 2AlQuranEFekahSirahODarjah 3Al-QuranHBahasa ArabAkhlakLDarjah 4AlQuranAAkidahBahasa ArabADarjah 5Al-QuranTSirahFekahT<br
/>Jumaat3.00pm-4.00pm4.00pm-4.15pm4.15pm-4.45pm4.45pm5.15pm5.15pm-6.00pmDarjah 1Al-QuranRBahasa ArabAkidahSDarjah 2AlQuranEAkidahSirahODarjah 3Al-QuranHSirahAkhlakLDarjah 4AlQuranAFekahBahasa ArabADarjah 5Al-QuranTAkhlakFekahT<br />JADUAL
ANGGARAN PERBELANJAAN<br />BILITEMJUMLAH1Kos perjalanan (pergi dan
balik) Rm 74.00 x 2RM 148.002Percetakan soal selidikRM 2.203Percetakan
proposalRM 8.00JUMLAHRM 158.20<br />JADUAL KERJA<br
/>BILPERKARATARIKH1Mesyuarat Jawatankuasa05.8.20112Penulisan kertas

cadangan12.8.20112Mesyuarat perancangan19.8.20114Mesyuarat
pembinaan ujian pra/pos22.8.20115Pelaksanaan data ujian
pra26.8.20116Memproses data ujian pra09.9.20117Mesyuarat perancangan
untuk pemerhatian16.9.20118Analisis data ujian pra, dan
pemerhatian23.9.2011<br />GAMBAR MURID SEKOLAH AGAMA RAKYAT
TAMAN CEMPAKA<br /> <br /> <br />RUJUKAN<br />Amir Hasan Dawi.
2009. Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Book<br />Amri
Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di dua buah sekolah perintis di
Terengganu. <br />Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Malaya di capai dari
http://pemulihantulisanjawi.blogspot.com/2011/05/kajian-tulisanjawi.html<br />Mohd Yakub @ Zulkifli bin haji Mohd Yusoff dan Saidin bin
Mohd. 2008. Keupayaan Bacaan Al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan
Empat: Kajian di beberapa buah sekolah <br />Menengah terpilih di Negeri
Terengganu.<br />Mohd Aderi Che Noh. Amalan Pengajaran Tilawah AlQuran: Satu Tinjauan Terhadap Persepsi<br />Guru di Sekolah Menengah
Harian. Di capai dari http://journalarticle.ukm.my/765/1/5_0.pdf<br />Mohd
Alwi Yusoff. et al. Keberkesanan Iqra Sebagai Kaedah Pembelajaran
Membaca Al Quran.<br />Di capai dari
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2003/ahmadKUIMkk.
pdf<br />Mohd Abbas Bin Abdul Latiff & Farihatun Nadia Binti Yaacob.
Persepsi Pelajar Terhadap <br />Program Membudayakan Al-Quran dalam
Meningkatkan Tahap Keupayaan Pembacaan Al-Quran Mengikut Hukum
Tajwid. Satu kajian di SMK Dato Bentara Luar. Di capai dari
http://eprints.utm.my/10434/1/PERSEPSI_PELAJAR_TERHADAP_PROGRAM_ME
MBUDAYAKAN.pdf<br />

LATAR BELAKANG KAJIAN


Berpengalaman 13 tahun mengajar murid Tahap 1 membuatkan saya rasa pengalaman yang
selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah bagi murid

tahun 1 sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap kali latihan
di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan penggunaan
huruf besar.<br />Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan adalah Salin semula ayatayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai. Di samping itu, kesalahan murid
dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah
akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut, Saya mengambil satu daripadanya untuk
dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf besar. Jika murid menulis ayat tanpa
penggunaan huruf besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat, maka kehilangan markah amat
ketara.<br />Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama
iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala murid leka
dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah
tersebut.
2. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid Tahun 2
Pandai tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar di tempat
yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya. Oleh kerana
saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 1 Pandai (2005), maka agak mudah untuk saya
mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf
besar adalah penting setiap kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak diatasi, peratus
markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Merujuk Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis menitik
beratkan penggunaan tanda baca.
Contoh :
Aras 1 : Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. Menulis perkataan dan
ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik.
Aras 2 : Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan
ejaan perkataan dan tanda baca dalam ayat.
Aras 3 : Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan
menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu
meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum

i)

Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.

Objektif Khusus
i)

Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan ayat
ii)
Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.
4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 44 orang murid Tahun 2 Pandai yang terdiri daripada 25 lelaki dan 19
perempuan. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf huruf
besar. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah lagi
murid lemah. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah
tersebut
5. METHODOLOGI KAJIAN
Methodologi yang digunakan ialah :
a) Pemerhatian
Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
b) Soal selidik .
Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan jawapan
yang tepat secara jujur.<br />c) Ujian Pengesanan<br />Diberi kepada murid untuk mengukur
sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dalam
ayat.<br />d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran<br />Tindakbalas murid
dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.<br />g) Semakan buku latihan<br
/>Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam
menguasai kamahiran berkenaan.<br />6. PELAKSANAAN KAJIAN<br />6.1 Tinjauan
masalah<br />Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalahmasalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf
besar menggunakan methodologi yang dinyatakan. <br />6.2 Analisis Tinjauan Masalah<br
/>Berdasarkan kepada instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan
murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar, maka saya membuat analisis seperti
yang terkandung dalam jadual di bawah.<br />BILMASALAHJUMLAH1Kurang tumpuan.18%2Sikap
malas.7%3Tidak memahami arahan.11%4Kurang keyakinan diri.5%5Menyalin tanpa meneliti
penggunaan huruf besar.77%6Tiada bimbingan di rumah.14%<br />6.3 Tindakan yang
dijalankan<br />Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama

yang saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh
berjaya sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka,
adalah penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penggunaan huruf besar
pada permulaan ayat sahaja. Tindakan seterusnya ialah :<br />i) Memulakan setiap tulisan dengan
warna.<br />ii) Pemeringkatan secara bergred.<br />ii) Latih tubi.<br />6.4 Pelaksanaan Tindakan
dan Pemerhatian/Penilaian<br />6.4.1 Pelaksanaan Aktiviti:<br />Aktiviti dijalankan setiap kali mata
pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan yang memerlukan murid menulis, murid perlu
memulakan dengan warna kerana warna dapat meningkatkan daya ingatan. Saya telah
mencantumkan warna biru dengan pensel murid agar mereka tidak lupa bahawa setiap kali mula
menulis, warna biru itu mesti didahulukan. <br />6.4.1 Aktiviti dijalankan seperti berikut: <br />Item
1<br />1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.<br />2. Mengecam
penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.<br />3. Menyalin semula ayat tersebut dengan
menggunakan huruf besar di tempat <br />yang sesuai menggunakan warna.<br />Item 2<br />1.
Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.<br />2. Menyalin semula ayat
tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat <br />yang sesuai. (Huruf besar pada
permulaan ayat sahaja menggunakan warna)<br />Item 3<br />1. Membaca ayat-ayat yang diberi
tanpa huruf besar.<br />2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat <br />yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas noktah <br
/>menggunakan warna)<br />7. DAPATAN KAJIAN<br />Setelah semua aktiviti mengikut item yang
ditetapkan dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf
besar amat memuaskan terutamanya untuk item 1 dan 2. Murid mengambil berat penggunaan huruf
besar. Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid cemerlang dan berpotensi cemerlang. Di samping
itu, saya telah menjalankan satu ujian pencapaian yang lain untuk mengesan keberkesanan aktiviti
yang dijalankan.<br />MARKAHPENCAPAIAN<br />UJIAN PENGESANAN*ITEM 1*ITEM 2*ITEM
3UJIAN PENCAPAIAN20 1622%100%100%96%95%15 1022%0%0%4%2.5%9
626%0%0%0%2.5%5-030%0%0%0%0%<br />*Pencapaian item dinilai melalui latihan
terakhir.<br />8. REFLEKSI KAJIAN<br />8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar<br />Kesemua aktiviti
yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan
yang positif. Latihan harian masih menggunakan warna biru untuk huruf besar tanpa arahan
daripada guru. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1 2006) yang lalu,
hanya 3 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat untuk
soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat di bawah dengan menggunakan tanda baca yang betul.
Dua orang daripada murid tersebut adalah murid kelas pemulihan. Soalan PKSR 1 2006 bagi
daerah Manjung telah disediakan oleh Majlis Guru Besar. Meskipun dalam setiap ujian bulanan,
markah yang diperolehi tidak cemerlang tetapi sekurang-kurangnya membantu murid lemah untuk
mendapat B atau C.<br />8.2 Rumusan Pemerhatian<br />Sikap kurang berminat, malas, kurang
tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya ketara berkurangan.

Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah juga menunjukkan peningkatan di luar jangkaan
saya. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan guru
untuk menyemak hasil kerja murid.<br />Sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, guru kelas
dan guru mata pelajaran lain di kelas yang sama, pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar
banyak membantu meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping membantu meningkatkan
prestasi mata pelajaran lain.<br />9. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN
TINDAKAN<br />Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan
yang saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini
di samping berkongsi idea bersama guru pemulihan khas. Seterusnya saya ingin meningkatkan
penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan tanda baca (koma dan noktah).<br />10.
PENUTUP<br />Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak
sukar dan kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata
pelajaran, namun itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan
tugas yang semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita
buat semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras
berasaskan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan

Anda mungkin juga menyukai