Anda di halaman 1dari 6

ANALISIS ISU: Guru Ponteng Isu Serius

Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi
warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan bangsa dan negara
pada masa hadapan. Sememangnya guru memainkan peranan penting dalam
sistem pendidikan negara. Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan
menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat
yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Golongan ini amat penting dalam
usaha menjana modal insan yang berpendidikan tinggi serta berakhlak mulia.

Bagi mencapai matlamat ini, bidang pendidikan perlu diperkasakan dari


peringkat rendah bagi mendidik dan seterusnya melahirkan warganegara yang dapat
bersaing dalam suasana yang amat kompetitif dan mencabar di peringkat
antarabangsa. Justeru, apabila kita melihat situasi ini, tanggungjawab serta amanah
bagi memikul profesion sebagai seorang guru kini berada dalam keadaan genting
kerana objektif untuk melahirkan modal insan yang cemerlang secepat mungkin
terletak sepenuhnya di bahu mereka. Justeru itu, guru perlu mempunyai tatasusila
yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik.

Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan


kewibawaan profesion keguruan tergugat pada pandangan umum. Salah satu
contoh isu yang serius melanda profesion ini ialah isu keberadaan guru di sesuatu
program sekolah atau guru ponteng tugas. Hal ini amat bertentangan dengan
peranan dan tatasusila perguruan yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika
perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa
pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan negara.

Kita biasa mendengar isu ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Namun
isu kerberadaan guru semasa program berjalan merupakan suatu perkara yang
jarang dan tidak patut didengar memandangkan ia sebenarnya melibat suatu
ancaman serius terhadap etika dan profesion perguruan itu sendiri. Isu ini jika
dibiarkan ianya mungkin akan menjadi wabak kepada organisasi sekolah saya.
Apabila saya berbincang dengan pemimpin sekolah saya, beliau
mencadangkan supaya isu keberadaan guru semasa program sekolah berjalan
merupakan suatu isu yang perlu ditangani segera supaya ianya tidak merebak dan
berjangkat kepada isi-isu lain. Setiap kali mesyuarat beliau telah menegaskan
keberadaan guru semasa program mesti berada ditempat yang telah ditetapkan.
Program-program tersebut antaranya seperta bacaan yasin, perhimpunan rasmi
sekolah telah diletakkan dalam jadual waktu persekolahan yang mesti dipatuhi.
Guru Besar telah meminta saya membuat suatu dapatan dan cara mengatasi
isu keberadaan guru semasa program sekolah berjalan. Saya telah mendekati guru-
guru ini untuk mengenal pasti apakah puncanya. Keadaan ini disebabkan oleh
pentadbir sebelumnya tidak mengambil berat tentang keberadaan guru dalam
program yang sedang berjalan, guru-guru ini akan berada di satu bilik sambil berbual
dengan rakan mereka. Apabila menjadi suatu kebiasaan ianya sangat sukar diubah
namun begitu saya telah menggunakan

Masalah ketidakhadiran guru sekolah atau isu guru ponteng juga boleh
dikaitkan persekitaran kerja seorang guru itu sendiri. Ketiadaan suasana yang
kondusif yang mampu menjana prestasi dalam kerjaya seorang guru juga
merupakan antara faktor yang menyebabkan isu ponteng dalam kalangan guru ini
berlaku. Suasana kondusif di sini merujuk kepada persekitaran fizikal yang meliputi
infrastruktur dan kemudahan asas, kecekapan pengurusan organisasi ( pentadbiran
sekolah ) dan perhubungan dengan rakan sekerja. Persekitaran fizikal merupakan
salah satu aspek yang boleh meransang potensi guru dalam melaksanakan
tanggungjawabnya di sekolah. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas
seperti elektrik, air dan jaringan talian komunikasi yang baik akan memudahkan
seseorang guru dalam melaksanakan tugasannya. Namun begitu, hal ini amat lain
khususnya apabila seseorang guru itu (terutamanya guru-baru) apabila ditempatkan
di kawasan luar bandar dan pedalaman. Kemudahan-kemudahan ini agak sukar
diperolehi dan perkara ini boleh menyebabkan banyak kerja guru tertangguh. Situasi
ini seterusnya boleh menyebabkan guru hilang semangat dalam melaksanakan
tanggungjawabnya yang seterusnya akan menyumbangkan berlakunya kes ponteng
dalam kalangan guru. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika terdapat laporan di dada-
dada akhbar yang mengatakan kebanyakkan isu guru ponteng berlaku di kawasan-
kawasan pedalaman sebagaimana laporan akhbar The Borneo Post yang telah
nyatakan pada awal tadi. Selain itu, pengurusan organisasi yang lemah juga dilihat
antara sebab guru kehilangan minat untuk melaksanakan tugas mereka dengan
lebih efisien. Tekanan pihak pentadbir yang sentiasa mahukan setiap guru menerima
jawatan-jawatan (yang tidak berkaitan dengan kepakaran sebagai seorang guru)
yang diberikan kepada mereka merupakan suatu lagi bentuk paksaan yang terpaksa
dihadapi oleh para guru. Ada juga guru tertekan kerana gaji dan kemudahan
dinikmati tidak setimpal dengan tanggungjawab yang perlu dipikul. Ini kerana,
kebelakangan ini banyak aktiviti atau program yang harus mereka selia dan hadiri di
sekolah, sedangkan pada masa sama mereka juga harus menunaikan
tanggungjawab lain, terutamanya menguruskan keluarga sendiri.

Punca-punca yang dinyatakan di atas sememangnya menyumbang kepada


berlakunya masalah ketidakhadiran kerja atau isu ponteng dalam kalangan guru.
Terdapat banyak implikasi atau kesan yang negatif kepada pelbagai pihak apabila
isu ini sering berlaku terutamanya apabila ia tidak dikawal dan ditangani dengan
baik. Sebagai contoh, ketiadaan guru ketika khidmat mereka ditagihkan menjadikan
pelajar hilang punca kerana kebergantungan mereka terhadap guru untuk
mendapatkan ilmu. Banyak masa yang sepatutnya digunakan pelajar untuk
menimba daripada guru berkenaan akan berlalu begitu sahaja. Malah apa yang lebih
membimbangkan, perkara negatif juga boleh turut menyumbang kepada gejala
ponteng dalam kalangan pelajar memandangkan mereka mempunyai peluang untuk
melakukan demikian hasil sikap guru mereka sendiri sebagaimana pepatah Melayu
mengatakan, guru kencing berdiri, murid kencing berlari-lari . Apa yang lebih
membimbangkan ialah, prestasi pelajar dalam peperiksaan juga akan menurun
apabila guru gagal untuk menghabiskan silibus pengajaran seperti yang terkandung
dalam rancangan pengajaran mereka. Perkara yang sama juga turut berlaku kepada
aktiviti-aktiviti kokurikulum di mana aktiviti-aktiviti ini juga tidak akan berjalan dengan
lancar tanpa kehadiran guru untuk memberi khidmat nasihat dan panduan berguna
kepada persatuan dan kelab. Sememangnya ketidakhadiran guru atau masalah isu
guru ponteng ini akan meninggalkan impak yang amat ketara kepada pelajar,
bahkan lebih teruk lagi ia juga boleh menjadi sebab utama menyumbang kepada
masalah disiplin dan akhlak pelajar itu sendiri.
Kesan dari isu guru ponteng ini juga tidak terhenti di situ sahaja, dari aspek
pengurusan organisasi, pentadbiran sekolah juga turut bergerak perlahan kerana
tidak mendapat kerjasama penuh daripada guru yang bertindak melarikan diri
dalam memastikan segala laporan, kertas kerja dan data pelajar dihantar tepat pada
waktunya untuk memudahkan pihak sekolah membuat perancangan tahunan.
Keadaan ini akan menyebabkan banyak aktiviti, program dan hal-hal yang
melibatkan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang melibatkan pelbagai pihak
tertangguh kesan sikap guru yang suka ponteng ini. Kita sedia maklum bahawa
sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah melibat banyak pihak, bermula dari
murid, rakan sejawat, ibu bapa, pentadbir sekolah dan sehinggalah kepada pihak
kementerian. Setiap pihak tersebut mempunyai karenah dan masalah yang
tersendiri dari pelbagai aspek. Oleh sebab itu, kesemua perkara tersebut
memerlukan masa bagi menyelesaikannya. Jika guru tidak berada di sekolah bagi
menguruskan perkara-perkara seumpama ini, maka ia memberikan kesan yang
negatif kepada elemen pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Fungsi sekolah sebagai tempat menimba ilmu juga akan turut terjejas hasil
dari sikap guru yang selalu ponteng dari tugas mereka yang sepatutnya mendidik
dan memberi ilmu kepada murid. Impak yang paling besar yang akan diterima oleh
pihak sekolah ialah kemerosotan prestasi sekolah. Penurunan prestasi ini bukan
hanya melibatkan elemen pencapaian akademik, malah elemen pencapaian akhlak
dan sahsiah dalam kalangan murid yang belajar di sekolah berkenaan. Imej sekolah
berkenaan akan tercalar bukan sahaja akibat isu guru ponteng, malah kemerosotan
prestasi akademik dan sahsiah murid, kesan sikap guru yang tidak melaksanakan
tanggungjawab mereka. Perkara ini juga sekaligus merencatkan fungsi sekolah itu
sendiri sebagai pusat pendidikan di mana seorang guru itu melaksanakan
tanggungjawab mendidik anak muridnya sehingga menjadi modal insan yang dapat
memberi sumbangan kepada agama, negara dan bangsa. Selain itu, disebalik kesan
ini sebenarnya ia akan menambahkan bebanan dan tanggungjawab guru di sekolah
berkenaan memandangkan pihak jabatan pelajaran atau kementerian akan
melaksanakan pelbagai program untuk membaiki dan memulihkan kembali prestasi
dan imej sekolah.
Profesion perguruan juga turut tidak akan terkecuali menerima kesan negatif
disebabkan tindakan segelintir guru yang suka ponteng. Sudah tentunya imej
profesion perguruan akan menerima kritikan dan cemuhan dari pelbagai pihak
terutamanya dari pihak masyarakat. Umumnya masyarakat akan lebih cenderung
untuk melihat perkara negatif berbanding perkara positif. Keadaan ini diburukkan lagi
dengan peranan media massa yang sejak akhir-akhir ini dilihat begitu aktif
memaparkan isu-isu negatif yang melibatkan profesion perguruan. Apa yang
dilaporkan oleh media massa berkenaan kadangkala tidak sama dengan situasi
yang benar-benar belaku. Walaubagaimanapun, justifikasi dan penilaian yang tidak
adil oleh masyarakat dan media sewajarnya tidak boleh dipersalahkan kerana
apabila kita menilai kembali isu guru ponteng ini, ia sememangnya bermula dari guru
itu sendiri. Apa yang pasti kini, masyarakat mula berani untuk mempersoalkan
bidang tugas dan kepakaran guru dalam mendidik anak-anak mereka. Keadaan ini
merupakan tamparan hebat kepada profesion perguruan yang dianggap suatu
bidang yang profesional. Kesan daripada ini juga menyebabkan majoriti pelajar-
pelajar yang cemerlang lepasan sekolah menengah mula beralih arah ke bidang lain
yang lebih dipandang tinggi oleh masyarakat seperti jurutera, doktor atau peguam
dan bukannya bidang perguruan.

Secara keseluruhannya, apa konklusi yang boleh dibuat daripada isu ini ialah
kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar. Banyak
pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik
kepada para pelajar. Hasil analisis isu ini juga telah mendapati terdapat pelbagai
punca yang membawa kepada berlakunya isu guru ponteng sekolah. Sebenarnya,
suatu penilaian dan justifikasi yang adil sewajarnya perlu dilakukan oleh pelbagai
pihak khususnya Kementerian Pelajaran dalam membendung isu ini. Namun apabila
kita merujuk kepada situasi kini, kesan-kesan yang berpunca dari guru ponteng kerja
masih lagi pada tahap yang tidak membimbangkan memandangkan ia masih lagi
diklasifikasikan sebagai kes yang terpencil berbanding kes-kes disiplin lain seperti
kes guru memukul murid, berniaga pada waktu persekolahan dan seumpamanya.
Namun, sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan
juga guru itu sendiri bagi mengelakkan punca-punca yang menyumbang kepada
berlakunya isu guru ponteng yang boleh membawa kesan yang lebih teruk sekiranya
dibiarkan berterusan. Apa yang pasti, kerjaya sebagai seorang guru atau pendidik
pada era globalisasi ini menuntut individu yang ingin menceburi bidang ini
mempunyai tahap kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi agar individu tersebut
dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya nanti dapat
dilaksanakannya dengan penuh dedikasi dan komitmen.

Anda mungkin juga menyukai