Anda di halaman 1dari 1

ELEMEN-ELEMEN DALAM PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

Proses perancangan sumber manusia melibatkan beberapa elemen tertentu.

Elemen-elemen ini mempengaruhi proses perancangan sumber manusia dalam

sesebuah organisasi. Antara elemen-elemen yang terlibat adalah seperti imbasan

persekitaran, meramal permintaan tenaga kerja, meramal penawaran tenaga kerja

dan keputusan tindakan dalam pengurusan sumber manusia.

Imbasan Persekitaran

Imbasan persekitaran merupakan proses imbasan sistematik ke atas faktor-faktor

persekitaran luaran utama yang mempengaruhi organisasi. Faktor luaran ini

merupakan factor di luar organisasi yang member kesan kepada sesebuah

organisasi. Faktor ini melibatkan aspek ekonomi dan aliran persaingan di mana ia

melibatkan keadaan persekitaran atau global, inovasi produk

dan perkhidmatan. Perubahan teknologi pula melibatkan penggunaan robotik

dan juga automasi pejabat. Manakala isu-isu politik dan perundangan melibatkan

hal-hal seperti undang-undang, peraturan pentadbiran, akta dan lain-lain.

Aspek sosial pula melibatkan hal pendidikan dan penjagaan kanak-kanak. Manakala

trend demografi pula melibatkan faktor seperti umur, jantina, bangsa, komposisi dan

tahap literasi pekerja seperti keupayaan dari segi membaca, menulis dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai