Anda di halaman 1dari 1

Memugar budaya ilmu dan berakhlak mulia

Budaya ilmu ini bertepatan dengan falsafah Iqra dalam Al-Quran dan sunnah
perjuangan para nabi dan ulama terdahulu yang menjadikan ilmu dan kefahaman
sebagai teras utama dalam menggerakkan perjuangan kebenaran.Kekuatan ilmu
inilah yang mampu membezakan antara yang benar dan yang batil .
Ahli PKPIM didedahkan dengan kepentingan menghayati budaya ilmu dan
kepercayaan bahawa apa jua perubahan yang diimpikan perlu dilandasi dengan
ilmu pengetahuan dan bukan sekadar semangat ,emosi atau retorik semata-
mata.Persoalan pendidikan-pemikiran dan apa jua yang berkaitan ilmu menjadi
teras utama perjuangan PKPIM .Berbekalkan penguasaan ilmu yang dimiliki,ahli
PKPIM sangat ditekankan untuk beramal dengan ilmu yang mereka perolehi dan
cuba sedaya upaya untuk membentuk syaksiah akhlak peribadi mereka dengan
akhlak yang mulia.
2)Bersedia untuk belajar, mengajar dan diajar
Ahli PKPIM diminta untuk mempunyai keghairahan untuk mempelajari sesuatu ilmu
dan kemahiran dan tidak membazirkan usia muda dengan perkara yang tidak
berfaedah sebaliknya memanfaatkan waktu muda mereka dengan mengaut
sebanyak mungkin ilmu pengetahuan.Di samping itu juga ahli PKPIM perlu
berkongsi ilmu yang mereka perolehi dengan pelbagai pihak khususnya kepada anak
muda dan tidak lokek dan kedekut untuk memberi tunjuk ajar kepada sahabat-
sahabat yang lain.Mereka juga perlu bertindak seakan-akan mentor kepada
sahabat-sahabat lain dengan mengajar apa jua ilmu yang mereka perolehi kepada
seramai mungkin anak muda.

Anda mungkin juga menyukai