Anda di halaman 1dari 2

Budaya Ilmu

1) Pembinaan budaya ilmu dan tamadun yang lahir daripadanya merujuk pada sistem nilai
(axiology), pandangan dunia (world view) dan idealisme sesebuah sistem sosial serta
individu di dalamnya

2) Dalam sistem nilai tersebut, perlu terdapat kecintaan terhadap ilmu pengetahuan serta
kegigihan menimba, menyebar dan mengamalkannya dianggap sebagai suatu idealisme
dan kebaikan tertinggi yang menjadi punca segala kebaikan yang lain.

3) Pembinaan budaya dan tamadun ilmu yang bersepadu adalah berasaskan tiga perkara
utama iaitu konsep Tuhan, manusia dan alam semesta.

4) Budaya ilmu terbukti wujud bila ilmu merupakan perkara penting yang mahu
disampaikan kepada seseorang atau oleh seseorang manusia walaupun semasa diakhir
hayatnya.

5) Dalam budaya ilmu, martabat ilmu perlu diletakkan sebagai kebaikan mutlak kerana
proses pencapaian ilmu, antara lainnya, memerlukan usaha yang gigih, kesabaran yang
banyak, pengorbanan yang ikhlas dan jiwa yang berani.

6) Ganjaran setiap usaha untuk mencari dan menyebarkan ilmu adalah berbentuk dalaman
(intrinsik) dan keakhiratan.

7) Pembinaan tamadun ilmu hanya mungkin terhasil jika ilmu diberikan status sebagai 'the
highest good', kebaikan mutlak martabat tertinggi dalam sistem nilai individu dan
masyarakat.

8) Pembinaan tamadun ilmu bererti kegiatan pendidikan bersifat seumur hidup (lifelong
learning), dari buaian hingga ke liang lahad, dan bersifat menyeluruh dan bersepadu.

9) Budaya ilmu yang sebenar akan memberi peluang kepada semua ahli sesuatu masyarakat
itu untuk mencari ilmu dan ketinggian melaluinya, sekalipun betapa rendah taraf
sosioekonominya.

10) Budaya ilmu mencetuskan tamadun yang banyak membantu manusia. Justeru setiap
lapisan masyarakat perlu menghormati ilmu dan penyebarnya.

11) Para pemimpin juga memainkan peranan penting untuk memperkasakan penyebaran ilmu
pengetahuan.
Kesimpulan
Perbincangan mengenai budaya ilmu memberikan gambaran yang jelas mengenai
maksudnya serta kepentingannya sendiri. Pada zaman yang serba moden ini, masih terdapat
salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat tentang budaya ilmu dan peranannya.
Sesetengah pihak berpendapat bahawa budaya ilmu tidak penting atau utama dalam skema
pembangunan insan dan negara. Terdapat perkara lain menjadi keutamaan, iaitu iman dan
amalan keagamaan. Tidak kurang juga yang mengatakan tentang kepentingan kekuatan ekonomi,
pembangunan infrastruktur, perpaduan nasional dan semangat kebangsaan. Tidak dinafikan
kepentingan perkara tersebut, tetapi kesemuanya berakar umbi kepada asas ilmu. Ilmu perlu
didahulukan daripada amal, kerana ilmu merupakan petunjuk dan pemberi arah terhadap amalan
yang akan dilakukan.
Melalui penelitian juga, matlamat limu bagi tujuan kebendaan semakin menular sehingga
menjadikan apa sahaja persoalan ilmu dikaitkan dengan kepentingannya dari segi pasaran kerja,
keuntungan atau sekurang-kurangnya manfaat jangka pendek. Dalam sejarah perkembangan
ilmu, hal ini tidak menyerlah kecuali sejak abad kebelakangan ini. Sebelum ini, ahli ilmu dan
sarjana menyumbang ilmu tanpa menerima sebarang gaji apatah lagi disediakan institusi khas
seperti sekolah atau universiti. Matlamat ilmu untuk tujuan kebendaan begitu ketara ketika ini, di
mana pelajar berlumba-lumba untuk menuntut ilmu dengan tujuan bagi mendapatkan habuan
atau sekadar mendapatkan sijil kelayakan akademik. Diharap dengan penerangan ini dapat
menyedarkan murid-murid secara amnya dan seterusnya dapat sama-sama menyemarakkan lagi
amalan budaya ilmu ini.

Anda mungkin juga menyukai