Anda di halaman 1dari 7

BIOGRAFI HJ ISMAIL BIN IBRAHIM

Dilahirkan pada tanggal 3 Mei 1955 di sebuah desa terpencil,


Langkawi. Mendapat pendidikan rendah dan menengah melalui aliran Melayu
sepenuhnya. Lulusan Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dari Universiti
Malaya dalam bidang Pengajian Melayu dan Sejarah. Bagaimanapun, mata
pelajaran yang diajar semasa menjadi guru ialah Kesusasteraan Melayu dan
Pengajian Am.
Setelah dilantik sebagai Pengetua pada tanggal 16 Julai 2001 beliau
menaruh minat yang sangat mendalam terhadap bahasa Inggeris. Beliau
sentiasa bekerja keras untuk menguasainya, terutama dari aspek perbualan.
Untuk mencapai hasrat ini, beliau sanggup menggunakan wang saku untuk
ke Australia pada tahun 2006 dan ke Eropah pada tahun 2011 semata-mata
untuk berlatih bercakap bahasa Inggeris dengan penutur jati di sana. Kini
beliau terkenal dengan gelaran Pengetua yang gila cakap orang putih.
Berpengalaman menjadi Pengetua di banyak sekolah, sama ada di
sekolah harian yang berprestasi rendah, sederhana serta di sekolah pilihan
iaitu Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Di mana saja beliau bertugas,
beliau sentiasa bertindak sebagai English Motivator untuk menggalakkan
semua pelajar bertutur dalam bahasa Inggeris di mana saja mereka berada
tanpa berasa takut dan malu.

WAVE OF ENGLISH UNDER MBI PROGRAMME


Pada masa ini, sama ada kita suka ataupun tidak, kita terpaksa
menerima hakikat bahawa bahasa Inggeris telah menjadi bahasa yang
sangat penting dalam kehidupan, terutama kita sekarang berada dalam
zaman globalisasi. Dalam masa yang sama, kita berasa agak sedih kerana
masih ramai lagi pelajar kita yang menghadapi masalah untuk bertuturdalam
bahasa Inggeris dengan sempurna. Berbagai-bagai alasan mereka berikan.
Umpamanya, rasa malu, rasa takut, rasa gementar dan rasa bimbang
ditertawakan oleh rakan. Oleh itu, sudah sampai masanya kita perlu
melakukan sesuatu yang lebih radikal agar Gelombang Bahasa Inggris
( Wave of English) dapat diwujudkan di persekitaran sekolah serta suasana
demam bahasa Inggeris akan dirasai oleh seluruh warga sekolah.
Atas kesedaran inilah menyebabkan saya ingin berkongsi pengalaman
tentang apa yang telah saya lakukan semenjak dilantik menjadi Pengetua
pada 16 Julai 2001 di SMK Tunku Bendahara. Setelah membuat sedikit
kajian, saya dapati pencapaian calon PMR sekolah ini amat menyedihkan
kerana peratus kelulusannya tidak pernah melebihi 30%. Keadaan ini berlaku
disebabkan pencapaian mata pelajaran bahasa Inggeris
tidak pernah
melebihi 30%. Dengan ini, saya telah mengambil tindakan drastik dengan
melancarkan English Year Programmepada tahun 2002 bagi menggantikan
program English Day atau English Week atupun English Month yang
sering dilakukan sebelum ini. Sebenarnya, usaha untuk memantapkan
pengusaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar hendak dilakukan secara
bersungguh-sungguh dan berterusan, bukannya pada masa-masa tertentu
sahaja.
Impak program ini terhadap pencapaian prestasi pelajar amat
menggalakan. Keputusan PMR tahun 2001 telah mencapai 36% iaitu rekod
baharu sekolah untuk tempoh masa yang agak lama. Keadaan ini terjadi
kerana buat pertama kali mata pelajaran bahasa Inggeris mencapai tahap
36.40%. Keputusannya terus meningkat lagi pada tahun 2002 iaitu 48.60%,
tahun 2003 menjadi 58.30% dan pada tahun 2004 menjadi 59.40%.
Setelah bertukar ke SMK Tunku Abd Aziz, program yang sama juga
telah dilancarkan pada tahun 2006. English Year Programme berpindah
pula ke SMK Seberang Perak pada tahun 2008 apabila saya ditukarkan ke
sana. Program ini berpindah lagi ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu
pada tahun 2010 setelah saya ditukarkan ke sekolah ini pada 17 November
2009.
English Year Programme merupakan program mega akademik yang
telah saya dilaksanakan di empat buah sekolah seperti yang dinyatakan di
atas. Sebanyak 12 aktiviti telah disusun untuk dilaksanakan pada sepanjang
masa. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
1. Mastery of 50 Sentences in Daily Conversation

Merupakan ibu segala aktiviti yang dilaksanakan dalam English Year


Programme. Semua pelajar, guru dan staf sokongan diberikan sebuah
buku kecil yang mengandungi 50 ayat mudah yang sering digunakan
dalam perbualan harian. Pelajar diminta membaca, memahami,
mengingati dan yang lebih penting menggunakannya dalam perbualan
harian.
Semua guru bahasa Inggeris diminta agar memastikan semua pelajar
mereka dapat membaca 50 ayat tersebut dengan sebutan yang betul.
Untuk memastikan semua belajar membaca dan menguasai buku
tersebut, semua guru diminta menggunakan buku tersebut semasa
mereka bertugas sebagai guru ganti. Saya juga akan mengemukakan
soalan kepada setiap orang pelajar yang saya temui dengan
menggunakan soalan yang tedapat dalam buku tersebut pada setiap
masa.
Sebenarnya buku ini amat sesuai digunakan oleh semua pelajar sama
ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di
peringkat universiti.
2. Telephone Conversation
Semua pelajar juga dibekalkan dengan satu set perbualan telefon yang
biasa digunakan oleh kebanyakan orang. Mereka diminta supaya
membaca, memahami dan mengingatinya. Saya akan bertindak
menelefon pelajar pada bila-bila masa untuk berbual menggunakan
bahasa Inggeris sepenuhnya. Buat masa ini, seramai 220 orang pelajar
sudahpun saya hubungi dan semua pelajar memberi tindak balas yang
sungguh memberangsangkan.
Sebenarnya aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang memaksa pelajar
bertutur dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.
3. Saturday Chatting With The Principal
Aktiviti ini juga merupakan aktiviti yang memberi tumpuan khas terhadap
aspek perbualan. Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Sabtu yang
bermula dari jam 8.30 hingga 10.30 pagi yang melibatkan satu kelas pada
setiap minggu. Setiap orang pelajar diminta menyatakan masalah yang
menjadi halangan untuk mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Mereka
juga diminta mengemukakan pendapat, apakah yang patut dilakukan
untuk mengatasinya. Pelajar juga diminta menceritakan tentang diri
sendiri dan keluarga masing-masing.
Aktiviti ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada
semua pelajar kerana aktiviti ini berjalan secara santai sambil mereka
dapat menikmati makanan dan minuman yang disediakan.

4. Students Oath in English


Aktiviti ini dilaksanakan pada setiap kali diadakan perhimpunan
mingguan. Seorang pelajar akan mengetuai ikrar ini, manakala pelajar
lain akan mengikutinya. Pelajar yang mengetuai ikrar akan bertukar pada
setiap minggu untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar
membina keyakinan diri.
5. Master of Ceremony in English
Merupakan satu lagi aktiviti yang dilaksanakan untuk memberi peluang
kepada pelajar membina keyakinan diri. Master of Ceremony akan
menggunakan skrip yang telah disediakan. Pelajar yang menjadi Master of
Ceremony ini juga akan ditukar ganti pada setiap minggu.
6. Students Presentation / Public Speaking
Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari dalam perhimpunan pagi dan juga
dalam perhimpunan mingguan sekolah. Beberapa orang pelajar akan
membuat persembahan atau melakukan public speaking di hadapan guruguru serta pelajar. Melalui aktiviti ini juga tahap keyakinan diri pelajar
dapat ditingkatkan.
7. Doa Recitation in English
Bacaan doa dalam semua perhimpunan sama ada dalam perhimpunan
harian ataupun perhimpunan mingguan disampaikan dalam dua bahasa
iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Pembaca doa juga akan bertukar
orang pada setiap kali perhimpunan untuk memberi peluang kepada lebih
ramai pelajar melibatkan diri.
8. Lets Learn English The Fun Way Through Karaoke
Satu lagi aktiviti mempelajari bahasa Inggeris secara santai dan sungguh
menggembirakan ialah menerusi karaoke. Atas kesedaran inilah
menyebabkan aktiviti Lets learn English The Fun Way Through Karaoke
diperkenalkan. Untuk melaksanakan aktiviti ini, sebuah set karaoke
ditempatkan di cafeteria sekolah. Karaoke ini akan berfungsi pada waktu
rehat setiap hari. Lagu yang dibenarkan hanyalah lagu-lagu Inggeris.
Pelajar atau guru-guru yang berminat diberi peluang untuk berkaraoke.
Aktiviti ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakan daripada
pelajar. Suasana di cafeteria menjadi sungguh meriah dan menyeronokan.
Secara tidak langsung proses pembelajaran bahasa Inggeris telah berlaku
dalam suasana yang tidak formal.
9. A Day With Foreigners
Berdasarkan pengalaman yang saya perolehi di Australia, saya rasa salah
satu cara terbaik untuk membina keyakinan diri dan mempunyai

keberanian untuk bertutur dalam bahasa Inggeris ialah berdamping


dengan penutur jati. Bagi membolehkan pelajar bercakap dengan penutur
jati bahasa Inggeris, program A Day With Foreigners telah dilaksanakan.
Empat orang penutur jati dari England dan Amerika telah dibawa ke
sekolah untuk bertemu dengan pelajar. Apa yang nyata, semua pelajar
berasa amat seronok berkomunikasi dengan penutur jati.
10.

Scribble Corner

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar memang sukan


menconteng di merata-rata seperti dalam bilik air, dinding-dinding dan
juga di atas meja. Manifestasi dari sinilah menyebabkan aktiviti Scribble
Corner diperkenalkan. Satu tempat khas yang dikenali sebagai Scribble
Corner telah disediakan. Semua pelajar digalakkan membuat contengan,
tetapi mestilah menggunakan bahasa Inggeris. Hadiah khas akan
diberikan pada setiap minggu kepada pelajar yang membuat contengan
yang paling menarik.
11.

Vocabulary Corner

Satu tempat yang dikenali sebagai Vocabulary Corner juga telah


disediakan. Beberapa perkatan akan dicatatkan di Vocabulary Corner
pada setiap minggu. Pelajar diminta membina ayat dengan menggunakan
perkataan-perkataan tersebut. Hadiah khas mingguan juga akan diberikan
kepada pelajar yang dapat membina ayat yang terbaik.
12.

English Summer Camp

Merupakan aktiviti English Year yang terakhir. Aktiviti ini diadakan pada
hujung minggu. Semua pelajar akan bermalam di dalam khemah selama
dua malam. Kos aktiviti ini dapat dikurangkan kerana semua pelajar
diminta membawa bahan-bahan untuk dimasak dari rumah. Manakala
kerja memasak dilakukan secara gotong royong. Berbagai-bagai aktiviti
menggunakan bahasa Inggeris telah diadakan. Untuk memastikan
penguasaan bahasa Inggeris meningkat. semua pelajar yang menyertai
aktiviti ini diwajibkan bertutur dalam bahasa Inggeris.

KEKANGAN YANG DIHADAPI


Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa setiap program yang
hendak dilaksanakan terutamanya program yang luar dari kebiasaan
pastinya akan berhadapan dengan beberapa kekangan. English Year
Programme juga tidak terkecuali.
Kekangan yang pertama datangnya daripada guru-guru bahasa Melayu
yang berasa sedih dan kecewa kerana mereka menganggap mereka sudah

dianaktirikan oleh Pengetua. Mereka mendakwa Pengetua terlalu memberi


perhatian yang lebih terhadap bahasa Inggeris.
Dalam pada itu, hal yang sama juga berlaku dalam kalangan guru-guru
agama. Mereka mula mempersoalkan tentang pelaksanaan aktiviti Lets
Learn English The Fun Way Through Karaoke. Mereka berasa kurang senang
dengan aktiviti ini.
Bagaimanapun, setelah diberi penjelasan panjang lebar oleh Pengetua
tentang hasrat sebenar program ini dijalankan barulah segala kekangan
yang dihadapi dapat diatasi.

IMPAK PROGRAM DI SMK SEBERANG PERAK

Minat pelajar terhadap bahasa Inggeris telah meningkat sehingga ke


tahap 87.01%
Prestasi mata pelajaran bahasa Inggeris dalam peperiksaan awam
telah meningkat,
PMR Meningkat sebanyak 21.42% menjadi 76.98%
SPM Meningkat 12.1% menjadi 55.4%
Peratus keseluruhan PMR meningkat sebanyak 8% menjadi 51%.

RUMUSAN
Sebagai rumusannya, saya berasa amat yakin dan percaya bahawa
untuk meningkatkakn pencapaian mata pelajaran bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar, satu kempen yang bersungguh-sungguh mestilah dilakukan
segera. Manakala persepsi negatif terhadap bahasa Inggeris juga perlulah
diubah dari English Phobia To English Fever. Dalam masa yang sama,
tindakan yang lebih drastik mestilah dilakukan segera dengan melancarkan
English Year Programmeagar Wave of English dapat diwujudkan di
persekitaran sekolah.

Anda mungkin juga menyukai