Anda di halaman 1dari 2

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis huruf
kecil 'e', 'g', 'q', 'y' dan 'z' dengan teknik yang betul. Kajian ini juga bertujuan untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran memegang pensel dengan betul serta menarik minat
perhatian pembelajaran peserta kajian dalam bilik darjah. Kajian ini dilaksanakan ke atas
seorang peserta kajian bagi Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang
mengalami masalah disleksia dan autisme. Kajian yang dijalankan ini adalah menggunakan
model Model Kemmis Dan Mctaggart (1988).

Tinjauan awal dijalankan melalui

pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen untuk mengenal pasti masalah peserta kajian.
Selain itu, pengkaji telah melaksanakan ujian diagnostik terhadap peserta kajian semasa
menjalani praktikum fasa 3 di salah sebuah sekolah di daerah Bachok. Berdasarkan analisis
tinjauan awal dan pencapaian ujian diagnostik menunjukkan bahawa peserta kajian
melakukan kesalahan yang ketara dalam menulis huruf kecil 'e', 'g', 'q', 'y' dan 'z' di samping
kelemahan peserta kajian terhadap penguasaan kemahiran memegang pensel dengan betul.
Oleh itu, pengkaji telah memperkenalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan
"Basement Hand Writing" sebagai intervensi untuk meningkatkan penguasaan kemahiran
memegang pensel dan meningkatkan penguasaan kemahiran menulis huruf kecil 'e', 'g', 'q',
'y' dan 'z' dengan teknik yang betul. Intervensi ini mengandungi enam langkah yang turut
mengaplikasikan aktiviti terapi bermain.

Instrumen kajian yang digunakan untuk

pengumpulan data ialah pemerhatian, analisis dokumen dan ujian prestasi. Dapatan kajian
menunjukkan peningkatan terhadap penguasaan kemahiran memegang pensel dengan betul
dan peningkatan terhadap penguasaan kemahiran menulis huruf kecil 'e', 'g', 'q', 'y' dan 'z'
dengan teknik yang betul dengan menggunakkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
"Basement Hand Writing".

ABSTRACT
The purpose of this research is to increase writing skills on small letters e, g, q, y and
z. Besides, this research also teach pupils the correct way to grip pencil and attract their
interest in learning. This research has been conducted to one of my research participant from
special program that have dyslexia and autism. I have implemented the research based on
Kemmis and Mctaggart (1988) model. Early survey has been carried out through
observation, interview and document analysis to identify problems of research participants.
Besides, the researcher has implemented diagnostic test on research participant which
indicated that they were having problems in writing small letters e, g, q, y and z and
grip pencil in correct way. Thus, the researcher has introduced teaching and learning based
on Basement Hand Writing as intervention to increase their skills in holding pencil and
writing the small letters e, g, q, y and z with correct technique. This intervention
consists of six steps which involved play therapy activity. Research instruments that were
used for data collection were observation, document analysis and test performance. Findings
showed that Basement Hand Writing helped to overcome problems in holding pencil and
writing skill on small letters e, g, q, y and z.

Anda mungkin juga menyukai