Anda di halaman 1dari 7

2.

PUNCA BERLAKUNYA ISU-ISU ETIKA GURU DI SEKOLAH

Etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan sama ada dalam persatuan atau pekerjaan (Dipetik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat). Dalam erti kata lain, etika dikatakan menggariskan semua panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat (Diambil daripada buku Asas Kepimpinan Dan Prefesional Guru). Sebagai contoh, seorang guru di sekolah terikat dengan peraturan dan ketetapan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik, seterusnya melalui peraturan yang dipatuhi ia dapat menjaga kesantunan para guru di sekolah terhadap murid atau sesama rakan sejawat.

Natijahnya, pandangan positif masyarakat terhadap guru yang dahulunya menebal, kini ia kian terhakis dek kelalaian sesetengah guru yang asyik mencetuskan publisiti murahan di media-media sosial sama ada di dada akhbar, corong radio, televesyen mahupun laman facebook. Walau hanya segelintir guru saja yang tidak menjaga kesantunan mereka, namun tanggapan kurang bijak masyarakat terhadap guru semuanya negetif. Betul apa yang disebut, seekor lembu membawa lumpur, semuanya terpalit.

Hal yang demikian, jika diteliti secara mendalam punca berlakunya isu kesantunan guru itu datangnya daripada peribadi guru itu sendiri. Misalnya, didapati ada guru yang suka ponteng kelas dan keluar daripada kawasan sekolah atas urusan peribadi. Ini menunjukkan, bahawa guru berkenaan tidak komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap anak-anak murid sehinggakan ada dalam kalangan mereka yang terabai dalam pelajaran. Lebih malang lagi, apabila ada guru yang memperdaya dan melakukan hubungan seks dengan pelajarnya. Segala perbuatan negatif ini tentunya boleh mengikis kepercayaan dan

penghormatan masyarakat terhadap guru.

Faktor yang turut menjadi penyumbang kepada perlakuan guru tersebut ialah kurang menghayati dan memahami kandungan yang tertera dalam Kod Etika Profesion Perguruan. Jika diteliti secara menyeluruh, kod etika yang disediakan dapat dijadikan suatu garis panduan kepada para guru di negara kita tentang bagaimana tingkah laku yang sesuai dilakukan apabila diri individu itu telah menceburi profesion perguruan. Ini bermakna jika guru yang terbabit dengan kes salah laku dapat menghayati dan memahami peraturan-peraturan yang disenarai dalam kod Etika Profesion Perguruan, maka, beliau akan mengetahui apa yang boleh dilakukan dan apa yang kurang sesuai dilakukan sebagai seorang guru. Malah, beliau juga akan mengetahui bahawa tindak-tanduk seorang guru yang buruk mampu mencemarkan nama seluruh ahli komuniti guru justeru berusaha untuk mengelakkan dirinya untuk terlibat dengan kes-kes salah laku.

Masih ingatkah lagi pada seorang guru dipanggil dengan gelaran Cikgu Shida yang pernah popular satu ketika dahulu melalui aksi miming beliau yang dimuatnaiknya ke dalam laman video youtube? Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa guru berkenaan juga kurang menghayati dan memahami kod Etika Perguruan. Mengapa? Kerana video lakonan nyanyian Cikgu Shida, ianya agak kurang manis untuk dilakukan oleh seorang insan yang bergelar guru. Tambahan lagi, guru wanita. Bertitik tolak dengan perkara itu, video lakonan nyanyiannya telah melanggar kod Etika Perguruan. Walaupun pada hakikatnya, beliau hanya berniat sekadar untuk mengisi masa lapang, namun, gaya dan perwatakan beliau dalam video tersebut agak kurang menyenangkan. Rata-rata laman sesawang dan juga komen-komen penonton menyatakan video tersebut amat memalukan dan mencalarkan imej seorang guru dan profesion perguruan. Ada juga segelintir komen dan pendapat yang menunjukkan tanggapan negatif mereka terhadap guru selepas menonton video lakonan nyanyian Cikgu Shida.

Peranan guru bukan sahaja bertindak sebagai penyampai ilmu, malah hakikatnya guru perlu bertugas tidak mengira waktu seperti profesion seorang doktor dan arkitek. Bercakap soal waktu bertugas guru, banyak pihak yang turut mempertikaikan kelebihan profesion ini bersama ganjaran iaitu gaji yang lumayan.

Hakikatnya dalam waktu yang sama, kesediaan dari segi mental dan fizikal amat mencabar profesion ini kerana guru bukan sahaja mengajar kurikulum berkaitan malah kemahiran-kemahiran yang lain seperti kesukanan, pengurusan,

pengawasan, kreativiti, kemahiran ICT dan pertukangan turut memerlukan khidmat guru di sekolah. Siapa tahu guru juga menjadi tenaga buruh dan petani yang banyak menyumbangkan nama baik sekolah walhal banyak tenaga dan komitmen lain masih diperlukan. Tidak dilupa, tugas guru juga menyerupai seakan-akan seorang akauntan dalam mengurus bantuan kewangan yang diperuntukkan kerajaan kepada murid-murid yang terdiri daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah. Bantuan tersebut dinamakan sebagai KWPM.

Walaubagaimanapun, setelah pihak KPM melaksanakan tabung ini, timbul pula isu yang semakin hangat diperkatakan dari hari ke hari iatu guru KWAPM menyeleweng duit yang sepatutnya diberikan kepada murid. Malah ada pula isu yang menjadi bertambah rumit apabila wang yang sepatutnya menjadi kegunaan untuk murid membeli barang peralatan di sekolah telah disalahgunakan oleh ibu bapa. Kenapakah isu ini masih boleh timbul sedangkan setiap guru KWAPM telah dipertanggungjawabkan tugasnya dan senarai nama murid yang layak telah disenaraikan?

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, terdapat penyelewengan dalam mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Saham Pelajar Miskin (KWAPM) di mana dilaporkan lapan kes kehilangan dan penyelewengan wang berjumlah RM 196,550 telah dilaporkan dari tahun 2004 hingga 2008. Dua kes melibatkan penyalahgunaan wang oleh guru besar, tiga kes kehilangan wang oleh guru besar, dua kes kegagalan guru besar menyerahkan wang dan satu kes aduan penyelewengan kewangan oleh guru besar.

Isu penyelenggaraan dokumen dan rekod serta penyediaan penyata kewangan yang lemah merupakan salah satu punca berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang di sekolah. Hal ini mudah berlaku kerana apabila penyata

kewangan tidak tetap dan sentiasa mempunyai kesilapan dalam penyata akan memudahkan pihak bertanggungjawab untuk membuat penyelewengan wang sekolah. Penyalahgunaan wang mudah berlaku sekiranya Buku Tunai tidak dikemaskini setiap masa. Namun, kita sedia maklum tentang laporan Ketua Audit Negara, 2009 telah melaporkan penyelewengan ini berlaku disebabkan oleh Guru Besar sendiri, maka seharusnya pihak atasan seperti pihak Pejabat Pelajaran Daerah ataupun Jabatan Pelajaran Negeri itu sendiri turun padang untuk memantau dan membuat semakan bersama-sama pihak pentadbir untuk memastikan segala pengurusan kewangan di setiap sekolah berjalan dengan lancar.

Saban hari kita kerap mendengar isu-isu yang ditimbulkan oleh media khususnya media cetak seperti akhbar tentang perihal guru, baik di sekolah mahupun di luar waktu persekolahan. Tidak kurang hangatnya dengan isu yang selalu dicetuskan dalam akhbar akhir-akhir ini tentang guru yang gemar menjalankan perniagaan di sekolah sehingga membelakangi tanggungjawab sebenar mendidik anak murid. Persoalannya, kenapakah keadaan ini berlaku?

Melalui pengalaman semasa melaksanakan internship di sekolah baru-baru ini, salah satu faktor yang menjadi punca guru menjalankan perniagaan di waktu persekolahan ialah untuk menjana pendapatan sampingan. Guru yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti perniagaan di sekolah biasanya menjalankan urusan mereka semasa waktu terluang seperti waktu rehat dan tiada waktu mengajar. Dalam erti kata lain, jika ada waktu terluang, guru tersebut akan segera mempromosikan barangan mereka kepada rakan-rakan guru lain dan juga orang yang ada disekitarnya. Hal demikian telah menimbulkan seribu pertanyaan bahawa adakah gaji yang kerajaan beri kepada guru di sekolah tidak mencukupi? Tambah menyedihkan lagi apabila ada murid yang dijadikan sebagai ejen jualan oleh guru di sekolah. Dengan alasan untuk mengajar murid tersebut berdikari dan belajar untuk mencari rezeki. Benar, mencari rezeki yang halal tidak salah tetapi dengan cara yang dilakukan guru tersebut mungkin salah. Tambahan pula, membudayakan perniagaan di sekolah mungkin memberi kesan yang besar kepada sistem pendidikan pada masa akan datang.

Faktor lain yang boleh dikatakan menjadi punca kepada berlakunya kejadian tersebut ialah kekurangan motivasi dalam diri guru. Menurut Nazariah (2011), tanpa motivasi diri, seseorang guru itu akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, tiada matlamat yang jelas, hilang minat dan luntur komitmen dalaman. Guru pada hari ini terbeban dengan hal-hal persekitaran yang mungkin menyebabkan guru dibelengu rasa kecewa kurang motivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru merasa tertekan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya. Memetik potongan ayat berikut tanpa motivasi diri, seseorang guru akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, menyatakan bahawa jika guru yang tidak mempunyai motivasi diri maka guru tersebut akan terus terpesong daripada realiti kerjaya yang sebenar, lantaran menjadikan bidang perniagaan sebagai keutamaan di sekolah dengan

mengenepikan hak-hak yang seharusnya diperolehi oleh murid.

Sebagai contoh, ramai guru kini terlibat dengan perniagaan berbentuk MLM lalu sibuk meluaskan rangkaian mereka dengan rakan guru yang lain. Dikatakan, semakin luas rangkaian, semakin tinggi pendapatan yang bakal diterima. Hakikatnya beban kerja semakin bertambah sehinggakan mereka perlu berjaga hingga larut malam untuk urusan perniagaan tersebut. Bertitik tolak dengan keadaan tersebut, mereka mula hilang daya tumpuan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab di sekolah. (Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional)

Menelusuri isu berkaitan penampilan guru pula, terdapat satu artikel yang dipetik daripada akhbar Berita Harian menyatakan tajuk seperti berikut ; NUTP Dedah Salah Laku Guru Wanita. Apabila kita bercakap mengenai penampilan guru, dikaitkan pula dengan salah laku guru wanita sudah tentu apa yang terbayang dalam kotak minda kita semestinya cara pemakaian guru yang kurang sopan. Berbalik kepada pengalaman semasa di tingkatan 5 dahulu, seorang guru wanita yang mempunyai susuk tubuh yang menawan, ditambah pula dengan cara berpakaian beliau yang seakan-akan menunjukkan beliau berada di Negara Barat, telah mendapat perhatian yang meluas daripada segenap perkarangan sekolah yang melihatnya. Ekoran daripada situasi tersebut, seorang kawan sering diejek oleh

rakan-rakan lain akan sikapnya yang acap kali memerhatikan tindak tanduk guru berkenaan. Hal ini telah menimbulkan pergaduhan besar sehingga menyebabkan mereka terpaksa digantung sekolah. Bertitik tolak daripada keadaan tersebut, membuatkan kita sedar bahawa penampilan seorang guru itu memberi impak yang besar kepada orang lain yang menjadi pemerhati di sekeliling kita.

Hal yang demikian, faktor yang menjadi punca kepada timbulnya isu mengenai penampilan guru ini ialah disebabkan pengaruh yang meluas samada melalui media massa ataupun media elektronik. Melalui pengamatan individu, sebenarnya media elektronik lebih banyam mempengaruhi seseorang individu itu berbanding dengan pengaruh media massa. Ini kerana, media elektronik mudah untuk diakses tanpa sekatan. Media elektronik sebagai contoh termasuklah satu laman video internet yang paling popular di abad ini iaitu youtube. Ia boleh diakses pada bila-bila masa di mana jua tanpa sebarang sekatan dengan syarat perlu ada capaian internet. Mudah bukan?

Semakin pesat dunia membangun, semakin banyak isu-isu yang timbul lebihlebih lagi isu berkaitan guru yang mana dewasa ini terlalu ramai guru yang telah mencalar kewibawan profesion ini sehingga ada sebilangan masyarakat yang semakin sukar untuk penerimaan guru. Seperti yang kita tahu, pekerjaan guru itu ialah pekerjaan yang paling mulia jika dibandingkan dengan pekerjaan lain. Mana tidaknya, oleh kerana guru manusia itu berupaya menjadi manusia.

Faktor lain yang menjadi punca berlaku isu-isu yang membabitkan guru ialah beban tugas yang banyak. Seperti yang kita sedia maklum dan yang telah dinyatakan sebelumnya, tugas guru sangat mencabar. Dalam erti kata yang senada, guru mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di sekolah. Guru bukan saja memberi didikan kepada murid, malah guru juga terlibat dalam hal-hal berkaitan pengurusan sekolah. Setelah tamat waktu persekolahan, kerja-kerja menyemak buku latihan murid pula menanti di rumah, walhal kerja-kerja berkaitan dengan pengurusan rumah juga perlu dilaksanakan. hal sehingga ada yang

menyebabkan berlakunya tekanan emosi kepada guru. Emosi yang tidak stabil akan menyebabkan kemarahan. Lantas, kemarahan yang melampau boleh memberikan kesan negatif dalam kehidupan sehingga membawa kepada gejala yang tidak sihat kepada tubuh badan dan pemikiran.

Justru, isu etika yang telah dinyatakan sebelumnya jelas menunjukkan betapa rendahnya martabat seorang guru, walhal jika dihayati dan difahami secara mendalam, guru tidak sepatutnya melibatkan diri dalam mencetuskan isu-isu yang ternyata salah di sisi etika perguruan. Hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu, guru sanggup melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kesan yang buruk untuk diri sendiri dan sekelilingnya. Di mana letaknya kebijaksanaan akal fikiran seseorang guru itu? Tepuk dada, tanya selera.

Anda mungkin juga menyukai