Anda di halaman 1dari 6

2.

IMPLIKASI ISU ETIKA GURU DI SEKOLAH TERHADAP PROFESION PERGURUAN DI MALAYSIA PADA MASA KINI

Setiap insan tidak lari daripada melakukan kesalahan, baik kesalahan yang dibuat secara langsung mahupun kesalahan yang dilakukan secara tidak langsung. Secara lahiriahnya, semua manusia tidak sesempurna seperti Maha Pencipta yakni pasti ada saja kesalahan yang dilakukan atau kelemahan pada diri masing-masing. Namun, manusia mempunyai hak untuk mengelak diri daripada melakukan perkaraperkara yang sia-sia iaitu sesuatu perkara yang dilakukan pada akhirnya akan mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri mahupun orang lain.

Dalam

memperihalkan

konteks

yang

berkaitan

dengan

guru,

setiap

permasalahan atau isu-isu etika yang ditimbulkan oleh guru itu semestinya akan memberikan impak yang sangat mendalam terhadap sekeliling, terutamanya kesan terhadap diri sendiri, rakan sejawat, pelajar, ibu bapa, institusi pendidikan dan Negara. Sekaligus, pandangan masyarakat terhadap guru pada hari ini kian memudar disebabkan sikap sesetengah guru yang hanya mementingkan

kesenangan diri sendiri dan mengenepikan tanggungjawab sebenar dalam memberi didikan kepada anak-anak bangsanya.

Melalui beberapa isu yang telah dibincangkan, terutamanya isu tentang kesantunan guru iaitu guru ponteng kelas dan keluar dari kawasan sekolah atas sebab peribadi, ia menjadi isu yang melanggar etika perguruan dan kini, ia juga semakin hangat diperkatakan. Apa tidaknya, bagi sesetengah guru yang suka menjadikan sikap sedemikian sebagai amalan dalam hidup mereka maka banyak kesan negetif yang boleh dilihat daripada pandangan mata kasar kita. Pertama, sebagai seorang murid sudah semestinya pendidikan menjadi asas dalam kehidupan harian mereka. Murid berhak mendapat didikan yang sempurna daripada guru-guru di sekolah. Namun, jika ada sesetengah guru di sekolah suka mengamalkan sikap ponteng kelas maka secara tidak langsung murid yang inginkan pembelajaran yang sempuna, lantas kualiti pembelajarannya akan terjejas. Dalam hal ini, setiap kali guru tidak masuk ke dalam kelas, murid tidak akan dapat belajar apa yang sepatutnya

dipelajari pada hari itu. Contohnya, jika hari tersebut murid perlu belajar tentang kata nama khas, namun guru yang terlibat dalam pengajaran pula tidak dapat masuk ke dalam kelas atas sebab peribadi, maka murid akan berada dalam kerugian disebabkan tidak dapat mempelajari topik mengenai kata nama khas.

Pembangunan sahsiah seorang guru juga sama seperti orang lain, iaitu bermula sejak lahir lagi. Oleh itu peranan keluarga sangat penting sebagai memainkan peranan utama manakala pembangunan sahsiah di sekolah hanyalah program sokongan peneguhan dan pengayaan peribadi seseorang. Pembangunan guru juga bermula dari pembangunan individu dan ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti baka dan persekitaran.

Tahap pendidikan dan penghayatan ilmu membantu perkembangan dan pembangunan sahsiah ke arah lebih positif. Jika terdapat guru yang mempunyai sahsiah buruk dan menimbulkan isu yang negatif, pembangunan sahsiah di kalangan guru seolah-olah tidak berjaya dan ia sesuatu yang yang menjadi membimbangkan harapan untuk

memandangkan

guru

merupakan

golongan

membangunkan bangsa dan negara.

Sahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang ditonjolkan oleh seseorang guru melalui tindakan atau perlakuannya. Tindakan yang dipilih dapat dilihat sebagai tindakan yang boleh diterima atau tindakan positif yang merupakan tindakan yang sejajar dengan jangkaan masyarakat dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Berita-berita membanggakan yang melambangkan sahsiah positif seorang guru seperti guru bertindak berani menyelamatkan anak muridnya serta ketabahan guru menghadapi dugaan dan cabaran untuk mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran yang membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan. Namun tindakan negatif yang tidak melambangkan sahsiah guru seperti isu guru edar pil khayal kena tahan dan guru abai tanggungjawab calar imej profesion perguruan turut menjadi fokus perbincangan utama media massa dan para penyelidik.

Isu-isu yang positif mahupun negatif sebegini telah memberi impak yang besar terhadap profesion perguruan. Isu positif akan meningkatkan semangat dan motivasi para guru, meningkatkan kepercayaan masyarakat serta turut mengharumkan persada pendidikan. Walaubagaimanapun, kewujudan isu negatif telah mula menjadikan kebanggaan kita terhadap profesion perguruan kini semakin pudar. Malah, pihak media, penyelidik bahkan masyarakat telah memberikan tekanan dan desakan yang hebat terhadap pihak warga pendidik, sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia khasnya.

Isu guru mengedar dadah secara kerja sambilan juga menjadi isu yang nyata melanggar etika perguruan. Implikasi yang tercetus ekoran isu tersebut

meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap pembangunan sahsiah individu itu sendiri dan terhadap pembangunan sahsiah golongan guru yang lain. Turut merasai tempias akibat daripada tindakan tersebut ialah pihak yang secara langsung dan tidak langsung iaitu pihak sekolah, Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut menyedihkan lagi apabila tindakan guru tersebut menggunakan rangkaian pelajar sebagai orang tengah telah mendatangkan impak yang besar terhadap pelajar berkenaan dan juga ibu bapa pelajar tersebut.

Guru yang telah melakukan kesalahan jenayah seperti mengedar dadah secara sambilan ini telah menampakkan sahsiahnya yang sangat rendah dan martabatnya sebagai guru dikesali kerana seorang guru tidak sepatutnya memiliki sahsiah sedemikian, bahkan guru antara golongan terpelajar dan berilmu. Sepatutnya, guru memainkan peranan cuba membimbing generasi muda mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bukannya guru sendiri bertindak membekalkan dadah tersebut kepada pihak lain. Pembangunan sahsiah guru terbabit akan dikategorikan sahsiah yang negatif walaupun dia seorang guru yang berkaliber dan berjasa. Moralnya akan menjadi persoalan dan diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat serta mendapat cemuhan. Segala kebaikan dan bakti yang dicurahkan selama ini akan hilang begitu sahaja. Malahan, kes pengedaran dadah ini juga merupakan satu kegiatan jenayah yang boleh membawa hukuman mati dan penjara jika disabitkan kesalahan. Jika dia dijatuhkan hukuman, alangkah rendahnya

martabat seorang pendidik yang terpaksa menghabiskan masa bersama-sama pesalah lain yang rata-rata bukanlah dari golongan cendikiawan sepertinya.

Sekiranya guru berkenaan sudah selesai menjalani hukuman atau berjaya membayar denda yang dikenakan, isu ini pasti tidak akan berhenti begitu sahaja. Isu dan sashsiah guru ini akan tetap menjadi tajuk bualan dan dia akan dipandang serong oleh orang lain. Di sekolah, guru ini tidak lagi dihormati malah mungkin akan ditakuti oleh pelajar. Rakan sekerja juga berkemungkinan akan mempertikaikan tugasnya mendidik pelajar dan jika dia sudah insaf, guru ini masih terpaksa menerima balasan di dunia mahupun di akhirat di atas perbuatannya sekiranya ia masih diragui serta tidak diberi kepercayaan. Malahan guru-guru dari sekolah lain juga akan menjadikannya sebagai bualan atau akan menjadikannya sebagai sempadan dan ingatan terhadap perkara yang sudah terjadi. Masyarakat sekeliling pula akan turut menjadikan perkara sebegini adalah lumrah di dalam masyarakat kita dan melabelkan guru tersebut sebagai penjenayah yang boleh membunuh generasi bangsa. Kesan daripada itu, sahsiah guru yang akan dibina selepas itu akan menjadi lebih sukar dan dan memerlukan banyak kesabaran untuk melaluinya. Ia perlulah tabah menghadapinya kerana tindakan yang dilakukan akan meninggalkan kesan mendalam dan sepanjang hayat.

Selain itu, kesan buruk seorang guru sebagaimana tertuduh melakukan kes berkenaan bukan sahaja memburukkan imejnya sebagai guru secara peribadinya, malah tempiasnya turut dirasai oleh semua guru. Ia seolah-olah menunjukkan keperibadian guru yang gagal mencerminkan seorang guru yang sebenarnya sebagaimana yang diaspirasikan oleh Negara. Melalui kod etika guru yang diperkenalkan, guru bertanggungjawab terhadap rakan sekerja. Namun, perbuatan jenayah ini diibaratkan telah mengkhianati rakan sekerja lain yang turut menanggung malu akibat daripada perbuatan rakan mereka yang bergelar seorang guru.

Dari segi pembangunan sahsiah guru, perbuatan mengedar dadah secara kerja sambilan yang dilakukannya menyebabkan masyarakat menilai sahsiah guru

secara umum bahawa guru-guru sekarang sudah tidak bersahsiah. Adakah benar bahawa guru-guru sekarang menjadi guru bukan atas dasar minat dan

tanggungjawab, tetapi disebabkan mahu mendapat sesuatu pekerjaan demi menjamin ekonominya? Adakah gaji pekerjaan seorang guru tidak mencukupi di sebabkan desakan kewangan, tekanan hidup dan desakan nafsu kemahuan mengejar pendapatan tambahan yang lumayan serta menginginkan kehidupan mewah dan bergaya tanpa mempunyai rasa bersyukur di atas rezeki yang diperolehi sehingga sanggup melakukan kegiatan mengedar dadah sebagai kerja sambilan? Guru-guru ini tidak menghayati sepenuhnya akan tanggungjawab, maksud yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan kod etika perguruan kerana jawatannya dianggap sebagai sandaran untuknya mendapatkan sumber ekonomi, bukan atas dasar tanggungjawab.

Golongan yang melakukan kerja sambilan ini memberi kesan tumpuan terhadap kerjaya utamanya sebagai pendidik. Guru berkenaan akan dilihat kurang memberikan komitmen terhadap tugas seterusnya organisasi mereka iaitu sekolah. Keadaan ini akan menyumbang kepada pelbagai masalah lain yang berhubungkait dengan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Selain itu, kurangnya komitmen terhadap kerjayanya telah menyebabkaan prestasi menjadi merosot disebabkan hilang daya tumpuan semasa melakukan tugas. Hyder & Ahmed (2009) menyatakan individu yang menjalankan pekerjaan sampingan memperuntukkan masa selepas waktu bekerja utamanya hingga menjejaskan produktiviti dan prestasi mereka sendiri.

Pendapat ini turut disokong oleh Champion (2010) yang menyatakan mereka yang bekerja sambilan ini mengalami masalah kekurangan tenaga dan kurang daya keupayaan sehingga menjejaskan tumpuan untuk menjalankan tugas. Ini kerana guru terbabit biasanya menjalankan kegiatan tersebut pada waktu malam dan memerlukan tenaga untuk menjalankan pekerjaannya. Maka, keadaan ini juga akan menyebabkan tahap poduktiviti berkurangan yang dilihat sebagai satu liabiliti kepada pihak sekolah.

Justru, implikasi yang terjadi kesan daripada isu yang dicetuskan oleh sesetengah guru yang kurang bijak ini masih boleh dicegah melalui hukuman atau dendaan yang sewajarnya, iaitu hukuman berat yang membolehkan guru tersebut sedar akan kesalahan yang telah dilakukan, dan dapat menjadi pengajaran kepada guru-guru yang lain. Dalam hal ini, guru perlu memberikan seratus peratus komitmennya dalam melaksanakan tanggungjawab yang sebenar. Ini disebabkan kerjaya perguruan memerlukan komitmen yang tinggi memandangkan guru merupakan agen yang membawa kepada perubahan bagi sesebuah negara melalui sistem pendidikan yang bersifat dinamik.

Anda mungkin juga menyukai