Anda di halaman 1dari 11

ISU-ISU DALAM

PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN MORAL

Kebaikan soalan objektif adalah seperti berikut:-

merangkumi semua bidang matapelajaran.


masa untuk menjawab serta memeriksa amat singkat.
objektivitinya tinggi. Markah yang sama diberi oleh pemeriksa yang
berbeza.
emosi pemeriksa tidak mempengaruhi pemarkahan.

Keburukan soalan objektif adalah seperti berikut : pembinaan ujian memerlukan belanja, masa dan tenaga yang tinggi.
tidak dapat menguji calon di aras kognitif yang tinggi.
menggalakkan pelajar meneka jawapan.
pelajar kurang membuat persiapan rapi

Kebaikan soalan subjektif adalah seperti berikut:

senang dibina dan ditadbir.


menguji sejauh mana seorang pelajar menyatakan ideanya.
boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran.
peluang untuk meneka jawapan dapat dikurangkan.

Kelemahan soalan subjektif adalah seperti berikut:

unsur subjektiviti akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian.


ia hanya merangkumi bidang yang terhad kerana bilangan soalan ini terhad.
pemarkahan mengambil masa dan tenaga yang banyak.
pelajar boleh membuat ramalan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.

Masalah Penilaian Pendidikan


Moral di Sekolah.
Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji
atau dinilai sama ada dalam bentuk formal atau tidak
formal.
Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan
domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan
sikap, nilai, dan emosi maka penilaian terhadapnya
sering menghadapi masalah.

Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif

Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu
pengajaran?
Situasi: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral
Tahun 4. Tajuk yang disampaikannya pada hari itu ialah nilai
kebersihan. Murid-murid didapati menyimpan kuku yang pendek dan
bersih pada hari yang kedua.
Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajarpelajar telah memotong dan membersihkan kuku mereka?

Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang

Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti


mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan
cerita dan memadan gambar dan kenyataan.
Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai
semak, skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot).

Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi


Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan
merupakan domain yang amat sukar dinilai
Situasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat
berwarna merah. Ini menunjukkan pemandu itu mematuhi undangundang. Tetapi adakah pemandu ini seorang yang bermoral atau pun
kerana beliau takut didenda RM300.00?

Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif


Sesetengah alat yang digunakan dalam penilaian Pendidikan Moral
banyak dipengaruhi
oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan
diragui

Anda mungkin juga menyukai