Anda di halaman 1dari 5

1.

PENDEKATAN PEMUPUKAN NILAI

1.1 RASIONAL

Dalam pendekatan pemupukan nilai, sesuatu set nilai moral akan diajar secara langsung kepada
pelajar. Nilai-nilai ini dianggap tetap dan sarwarjagat dalam sesuatu masyarakat dan patut diamalkan
oleh setiap ahli masyarakat untuk menjamin kesinabungan budaya hidup masyarakat. Dari segi
psikologi, ada pelajar yang belum bersedia membuat pertimbangan moral yang rasional iaitu mereka
yang masih memerlukan pemupukan nilai.

1.2 STRATEGI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

Strategi pengajaran-pembelajaran pemupukan nilai tidak seharusnya dikaitkan dengan indoktrinasi.


Pada amnya, indoktrinasi bermaksud pembentukan sesuatu kepercayaan atau doktrin tanpa
mengambilkira pemikiran rasional. Kepercayaan yang disampaikan kepada pelajar mungkin benar dan
terbukti mungkin tidak. Tetapi menurut Barrow pemupukan nilai dengan memberikan justifikasi
adalah wajar dalam pengajaran moral, dan Hare pula berpendapat bahawa strategi pemupukan nilai
tidak semestinya akan menyekat kebolehan pelajar berfikir.

Ini bermaksud bahawa dalam strategi pemupukan nilai, guru pendidikan moral akan mengajar sesuatu
nilai moral secara langsung, tetapi hendaklah memberikan justifikasi mengapa nilai itu patut dihayati.
Taksonomi Objektif Pendidikan Krathwohl dalam domain afektif boleh digunakan sebagai garis
panduan bagi pendekatan pemupukan nilai.

Strategi pengajaran-pembelajaran pendekatan ini adalah seperti berikut:

Menentukan nilai yang akan dipupuk.

Mengenalpasti taraf penghayatan yang dikehendaki.

Menentukan objektif-objektif pelajaran.

Memilih teknik-teknik pengajaran-pembelajaran yang sesuai untuk:

a. meningkatkan tingkah laku yang bermoral

b. mengajar tingkah laku moral yang baru

c. mengukuhkan tingkah laku yang bermoral

d. mengurangkan tingkah laku yang tidak bermoral.

Melaksanakan pengajaran-pembelajaran dalam kelas.

Menilai pengajaran-pembelajaran.

1.3 TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

Berbagai teknik pengajaran-pembelajaran boleh digunakan untuk pendekatan pemupukan nilai.


Untuk membolehkan pelajar menghayati sesuatu nilai, maka dicadangkan bahawa teknik yang dipilih
adalah berpusat kepada pelajar seperti main peranan, permainan simulasi, nyanyian dan lawatan.
1.4 KESIMPULAN

Pendekatan pemupukan nilai pada amnya lebih sesuai untuk pengajaran pendidikan moral di sekolah
rendah (KBSR). Ini kerana tujuan utamanya ialah pembentukan tabiat yang bermoral di kalangan
murid-murid. Objektif am ini masih dikekalkan dalam sukatan pelajaran pendidikan moral KBSM dan
pendekatan pemupukan dikira masih relevan dan sesuai khususnya untuk peringkat sekolah
menengah rendah. Namun begitu, pelajar digalakkan memikir dan meneliti isu-isu moral yang relevan
dalam kehidupannya secara rasional. Untuk perkembangan pertimbangan moral yang rasional
tentang sesuatu isu moral yang merupakan satu lagi objektif pendidikan moral KBSM, maka
pendekatan lain boleh ditimbangkan.

2. PENDEKATAN BERTIMBANG RASA

2.1 RASIONAL

Pendekatan bertimbang rasa lebih menegaskan kepada pembelajaran bertimbang rasa ‘caring atau
considerateness’) daripada membuat pertimbangan (‘judging’). Pendekatan bertimbang rasa
dikemukakan oleh Peter McPhail dan rakan-rakan dalam Schools Moral Education Curriculum Project
dari Bratain. Mereka berpendapat bahawa pendidikan moral tidak seharusnya diperkecilkan kepada
menganalisis peraturan dan isbat moral. Pendidikan moral patut berfokus kepada cara individu
berhubung dengan orang lain di mana bertimbang rasa kepada keperluan perasaan dan kepentingan
orang lain diutamakan.

Rasional ini adalah berdasarkan kepada suatu kajian intensif yang telah dijalankan oleh McPhail dan
rakan-rakan tentang keperluan-keperluan remaja dalam lingkungan umur 13 hingga 18 tahun. Pada
amnya, menurut McPhail golongan remaja berpendapat bahawa kelakuan yang baik ialah bertimbang
rasa kepada orang lain, kerana kelakuan ini boleh memberi kepuasan kepada orang yang bertindak
sedemikian.

2.2 STRATEGI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

McPhail juga telah menghasilkan beberapa buah buku panduan guru dan tiga set bahan pengajaran
untuk sekolah menengah yang dikenali sebagai ‘Lifeline’. Objektif ‘Lifeline’ ialah menggalakkan
pemerhatian dan pemahaman semua ‘cues’ (verbal atau bukan verbal) yang menandakan keperluan,
minat dan perasaan orang lain. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar mentafsir
kesan-kesan sesuatu tindakan. Sebenarnya selain daripada itu perkembangan pengetahuan yang
saintifik dan yang sesuai dengan pemahaman individu tentang kesan sesuatu tindakan terhasil juga.
Dalam kata lain, penaakulan dan pengetahuan dalam sesuatu situasi moral adalah aspek-aspek
sampingan yang penting juga dalam strategi ini.

Situasi-situasi yang terdapat dalam ‘In Other People’s Shoes’ menggambarkan perhubungan seorang
individu dengan orang lain di rumah, sekolah dan kawasan perumahannya. Situas-situasi dalam set ini
adalah situasi yang dialami oleh golongan remaja. Situasi-situasi yang diberikan dalam ‘Proving the
Rule’ adalah mengenai tekanan dan konflik dalam perhubungan peribadi, kumpulan sebaya dan
masalah autoriti.

Pendek kata, strategi pengajaran-pembelajaran pendekatan bertimbang rasa menumpukan kepada


pemahaman tingkah laku seorang diri sendiri dan kesan-kesannya kepada orang lain.
2.3 TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

Teknik-teknik pengajaran-pembelajaran pendekatan bertimbang rasa yang dicadangkan oleh McPhail


adalah main peranan, mime, karangan kreatif, perbincangan, lukisan, dialog, bercerita dan kajian.

2.4 KESIMPULAN

Pendekatan bertimbang rasa mempunyai bahan pengajaran-pembelajaran yang membolehkan para


pelajar mempelajari cara hidup yang bertimbang rasa. Namun begitu, pendekatan ini mempunyai
kesulitan. Menurut Abdul Rahman Aroff bertimbang rasa tidak boleh dijadikan prinsip tunggal bagi
kemoralan dan matlamat tunggal bagi pendidikan moral. Prinsip-prinsip moral keadilan dan integriti
kesemuanya perlu diambil kira dalam pendidikan moral.

3 PENDEKATAN PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF

3.1 RASIONAL

Pendekatan perkembangan moral kognitif berfokus kepada merangsang penaakulan moral pelajar
melalui beberapa peringkat. Yang menjadi asas bagi pendekatan ini ialah struktur pendidikan moral
melalui enam peringkat yang dikemukakan oleh Lawrence Kohlberg. Satu kajian yang meluas
melibatkan beberapa kebudayaan dan mengambil masa selama lebih kurang 12 tahun telah dijalankan
oleh Kohlberg. Dia merumuskan bahawa struktur pamikiran moral seorang individu adalah
berperingkat-peringkat dan dalam susunan yang sama tanpa mengira jantina dan kebudayaan.

Strategi pengajaran-pembelajaran pendekatan ini adalah seperti berikut:

1. kemukakan dilema yang sebenar

2. beberapa siri dilema alternatif untuk digunakan jika dilema sebenar gagal untuk

menimbulkan kontroversi.

3. Menyediakan satu senarai soalan rangsangan (probe questions).

ATAU

1. Persembahan dan pemahaman dilema moral.

2. Menyatakan pendapat dan justifikasinya.

3. Menilai sebab-sebab yang dikemukakan.

4. Menyimpul sebab-sebab yang diberikan serta memberi sebab-sebab lain jika ada.

4. PENJELASAN NILAI

4.1 Rasional

Pendekatan penjelasan nilai bertujuan membina dan membentuk kesedaran seseorang pelajar ke atas
set nilai-nilainya serta nilai-nilai orang lain. Dengan ini, pelajar dapat mengurangkan kekeliruan nilai-
nilai dan memperkembangkan satu set nilai yang kukuh. Untuk mencapai matlamat ini, pelajar perlu
membuat penjelasan nilai melalui pemikiran rasional dan kesedaran emosi.
4.2 Strategi Pengajaran-Pembelajaran

Penjelasan nilai melibatkan proses sempurna kendiri yang mengandungi tujuh sub-proses seperti
berikut:

I Memilih : 1. Secara bebas

2. dari berbagai-bagai pilihan yang sedia ada

3. selepas menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap pilihan

II Menghargai : 4. nilai-nilai diri sendiri dan menganggapnya penting dalam kehidupan

5. menerimanya secara terbuka

III Mengamal : 6. mengikut pilihan diri sendiri

7. secara berulang-ulang dalam kehidupannya

Dalam pendekatan ini, guru bertindak sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Guru dikehendaki
menerima segala jawapan yang diberikan oleh pelajarnya. Dia tidak akan membuat sebarang
pertimbangannya walaupun dia tidak bersetuju dengan pilihan pelajar tersebut. Dengan demikian
pelajar diberi kebebasan dan peluang untuk membina set nilai diri sendiri. Dengan itu, pelajar akan
lebih menghargai pilihannya jika dibanding sesuatu yang dipaksakan kepadanya.

4.3 Teknik Pengajaran-Pembelajaran

Berbagai teknik pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk pendekatan penjelasan nilai.
Antaranya ialah perbincangan kumpulan, kerja kumpulan atau individu, dilema moral, permainan
simulasi, nyanyian, lukisan, temu ramah, pilihan nilai, susun atur pilihan nilai dan lembaran kerja nilai.

4.4 Kesimpulan

Penjelasan nilai didapati mudah digunakan dengan cara terbuka dan jujur. Guru dapat mengelakkan
indoktrinasi dan menggalakan pelajar memikirkan dan memilih nilai yang dihargai secara bebas.
Namun begitu, kesulitan akan timbul jika pelajar membuat sesuatu pilihan yang mungkin
bertentangan dengan nilai masyarakat. Contohnya mencuri barang kerana lapar. Pendekatan
penjelasan nilai adalah relevan kepada pengajaran pendidikan moral kerana ia dapat
diperkembangkan moral peribadi serta moral autonomi seseorang pelajar. Namun untuk mengatasi
kelemahan-kelemahan model ini, guru perlulah membimbing pelajar menimbang secara rasional serta
menimbulkan kesedaran emosi ke atas setiap pilihan sebelum dia membuat keputusan. Tambahan
pula, ianya boleh digabungjalinkan dengan pendekatan yang lain seperti analisis nilai, khususnya
dalam penyelesaian nilai-nilai yang berkonflik.

5. PEMBINAAN RASIONAL

5.1 Rasional

Dalam negara yang demokratik, seperti Malaysia pelajar perlu memahami konsep ‘nilai’ dan
‘demokrasi’ serta dapat mengenal pasti nilai-nilai yang diperlukan untuk kewarganegaraan
demokratik. Sesuatu nilai perlu dianalisis bukan sahaja yang berkaitan dengan sesuatu tindakan yang
tertentu tetapi juga berkaitan dengan nilai-nilai yang lain. Ini adalah atas alasan bahawa sesuatu nilai
biasanya ada kaitan dengan nilai yang lain. Contohnya antara nilai kebebasan dan hormat-
menghormati. Berlandaskan kepada keadaan ini, maka amatlah penting bagi seorang pelajar
mengetahui cara menimbangkan nilai-nilai yang berkonflik dalam sesuatu situasi tertentu yang
melibatkan pilihan. Tambahan pula, pelajar perlu menyedari tenteng nilai-nilai diri sendiri serta kesan-
kesannya antara satu sama lain.

5.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Berikut adalah garis panduan bagaimana pendekatan pembinaan rasional dapat digunakan:

1. Mengenal pasti dan menjelaskan nilai-nilai dari segi maksud dan perhubungan antara satu sama
lain.

2. Membuat generalisasi dengan mengaitkan konsep nilai yang difahami olehnya dengan konsep
nilai yang diterima oleh masyarakat umum yang demokratik.

3. Menimbangkan implikasi-implikasi dan kesan-kesan yang mungkin timbul berlandaskan kepada


keputusan moralnya dalam sesuatu situasi moral yang berkonflik.

4. Membuat keputusan yang munasabah dengan menyatakan kriteria atau prinsip di mana sesuatu
nilai diberikan keutamaan daripada nilai yang lain dalam sesuatu situasi nilai yang berkonflik.

5. Memupuk penglibatan diri dengan secara emosi (aspek afektif) sama ada melalui teladan atau
pengukuhan tingkah laku kepada keunggulan demokrasi.

5.3 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Teknik pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan adalah perbincangan situasi moral yang
berkonflik, perbahasan, pidato, kerja projek atau kajian, forum dan seminar.

5.4 Kesimpulan

Fokus pendekatan pembinaan rasional kepada pemahaman konsep-konsep nilai dan demokrasi telah
memberikan satu gambaran yang penting kepada pendidikan moral dalam sistem demokrasi.
Walaupun model ini cuba menggabungkan aspek afektif dan kognitif dalam perkembangan moral,
ianya tidak begitu nyata bagaimana seseorang guru boleh melakukan.

Anda mungkin juga menyukai