Anda di halaman 1dari 2

CONSIDER ALL FACTORs

Isu/Situasi
Negara berproduktiviti tinggi perlukan tenaga kerja berpendidikan yang memiliki kemahiran,
pengetahuan dan kebolehan untuk membantu mempelbagai dan mengembangkan ekonomi.
Tenaga buruh berkualiti tinggi membantu meningkatkan produktiviti buruh negara, peluang
pekerjaan dan kejayaan ekonomi jangka panjang. Walaupun produktiviti keseluruhan negara
dipengaruhi keadaan ekonomi global, keupayaan negara untuk meningkatkan kadar
pertumbuhan produktiviti buruhnya bergantung terutamanya kepada kecekapan dari sumber
dalaman seperti modal insan.

Menyenaraikan semua faktor

1. Meningkatkan kualiti pendidikan


2. Menyediakan latihan teknikal yang relevan
3. Pelaburan modal fizikal
4. Kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
5. Kemahiran rangkaian sosial berkesan.
6. Cabaran ekonomi – perubahan ekonomi dunia
7. Pekerja kreatif dan inovatif
8. Soft skills graduan
9. Kompetensi graduan dalam kemahiran teknikal
10. Masalah ketidakpadanan kemahiran
Daya produktiviti perindustrian sesebuah negara menyumbang kepada pembangunan
dan kemajuan negara. Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada itu adalah
membangunkan kelebihan daya saing adalah melalui modal insan. Modal insan merupakan
faktor utama dalam menentukan produktiviti.
Untuk mencapai matlamat ini dan kelangsungan hidup dalam pasaran global, pelaburan
dalam modal insan sangat perlu diberi perhatian. Penyediaan peluang-peluang pendidikan
yang sesuai dengan keperluan sejagat merupakan langkah pertama untuk mencapai tujuan
itu. Latihan-latihan teknikal yang selaras dengan kemajuan teknologi terkini perlu
dipertingkatkan. Usaha lebih gigih diperlukan dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) serta transformasi pendidikan untuk meningkatkan kecekapan tenaga
kerja.
Modal insan yang berkualiti yang memiliki pelbagai kemahiran sama ada dari segi ilmu
pengetahuan, kemahiran teknikal, kemahiran ​softskills dan mampu berdaya saing. Sistem
pendidikan perlu diperbaharui untuk hasilkan bakal pekerja dengan keupayaan analitik dan
penyelesaian masalah, berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang baik dan kemahiran
rangkaian sosial berkesan. Kualiti ini sangat penting dalam penggunaan teknologi canggih
dan dalam mempromosikan generasi berpengetahuan dan berinovasi.
Masalah ketidakpadanan kemahiran dalam kalangan graduan boleh di atasi melalui
kerjasama antara institusi pengajian dan industri. Penawaran latihan industri kepada
bakal-baakal graduan sebelum mereka memasuki pasaran buruh. Latihan industri ini dilihat
sebagai salah satu cara berkesan untuk mendapatkan peluang pekerjaan di samping
memberi latihan dan pengalaman kepada graduan.
Modal insan yang berkualiti dapat mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan prestasi
industri dan seterusnya untuk meningkatkan ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai