Anda di halaman 1dari 6

Falsafah Guru Teknik dan vokasional

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang di sayangi puan Haniza serta rakan-
rakan sekalian. Hari ini kami dari kumpulan 3 akan membentangkan satu topik yang menarik
iaitu falsafah pendidikan teknik dan vokasional

Dalam perbentangan ini kami akan membincangkan tentang sedikit pengembangan pendidikan
teknik dan vokasional di Malaysia. Kemudian matlamat dan objektif pendidikan teknik dan
vkasional. Seterusnya dasar pendidikan teknik dan vokasional. Implikasi dan akhir sekali
rumusan.

Perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia

Semenjak mencapai kemerdekaan 64 tahun yang lalu, sistem Pendidikan Teknik dan
Vokasional (PTV) di Malaysia telah mengalami pelbagai inovasi dalam menentukan
perkembangan potensi individu murid selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menekankan agar setiap kurikulum yang diajar di sekolah akan melahirkan individu yang
seimbang dari segi Jasmani Emosi Rohani dan Intelek di samping mengamalkan pendidikan itu
secara berterusan dalam kehidupan.Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia
diperkenalkan pada tahun 1964 iaitu di bawah Jabatan Pengurusan Teknik yang kini dikenali
sebagai Bahagian Pengurusan Teknik dan Vokasional (BPTV). Tujuannya adalah untuk
menyediakan murid-murid untuk memasuki bidang pekerjaan bagi satu langkah mempergiatkan
lagi usaha kerajaan untuk memajukan bidang ekonomi dalam perindustrian. Pelajaran Teknik
dan Vokasioanal yang dibawah pentadbiran bahagian ini termasuklah:

2.1.1 Sekolah Menengah Atas (Tingkatan IV hingga V) – terdiri daripada Sekolah Menengah
Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional yang menyediakan pendidikan teknik, pertanian,
perdagangan dan mata pelajaran yang terlibat dalam bidang pekerjaan yang lain.
2.1.2 Politeknik ditubuhkan untuk memberikan latihan kepada juruteknik peringkat pertengahan
dalam bidang kejuruteraan dan pegawai kerja muda dalam bidang perdagangan dan
keusahawanan.
2.1.3 Ia berhubung rapat dengan agensi lain yang berkaitan dengan melatih tenaga kerja mahir
dan separuh mahir

Matlamat dan Objektif Pendidikan teknik dan vokasional

Pendidikan teknik dan vokasional merupakan salah satu cabang pendidikan yang diwujudkan
bagi memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan kepada pendidikan
sains dan teknologi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di industri di dalam mahupun diluar
negara. Bagi merealisasikan program pendidikan teknikal ini, banyak program yang berkaitan
telah diwujud dan ditawarkan.
Pada tahun 1990-an, Kementerian Pendidikan menggubal semula matlamat dan tujuan PTV
agar ia dapat menampung kekekurangan yang ada. Tujuan dan objektif PTV ialah:
2.5.1 Pendidikan Teknik
Tujuannya adalah untuk menyediakan pelajar yang cenderung kepada bidang teknik di
peringkat pendidikan menengah atas melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Objektif
pendidikan teknik ialah memberikan pendidikan akademik yang seimbang dan menyediakan
pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi. (Kementerian Pendidkan Malaysia
1986:50).
2.5.2 Pendidikan Vokasional
Tujuannya ialah melahirkan pelajar yang cenderung kepada bidang vokasional di peringkat
menengah atas. Kursus yang diadakan membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan asas
vokasional dan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan sebagai tenaga
kerja mahir atau separuh mahir dalam industri.

Usaha-usaha ini adalah bagi membolehkan pelajar-pelajar yang berpotensi dilatih untuk
menjadi tenaga kerja professional dan separa profesional di dalam pelbagai bidang teknologi
dan kejuruteraan. Pendidikan teknik dan vokasional ini sebenarnya dapat membantu pelajar
tercicir dalam pelajaran bersifat akademik tetapi berpotensi besar untuk menjadi insan yang
cemerlang dalam bidang kemahiran dan seterusnya dapat menjana ekonomi negara secara
keseluruhannya

Dasar Pendidikan teknik dan vokasional

Merujuk Kepada portal rasmi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Dasar Pendidikan
Teknikal dan Vokasional (PTV) di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memberikan
akses, ekuiti dan Pendidikan yang berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan,
kebolehan, minat dan bakat dalam bidang teknik, vokasional dan kemahiran. Dalam program
memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional ini, pihak kerajaan berhasrat untuk
melonjakkan kecemerlangan pelajar sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan
negara di mata dunia. Adalah diharapkan program memperkasakan pendidikan teknik dan
vokasional ini akan dapat mengurangkan kadar keciciran dari sistem persekolahan dan
menambah modal insan yang berkemahiran untuk membantu pembangunan negara secara
keseluruhannya.

Kesan kepada murid

Kepentingan Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah melahirkan individu yang mahir dalam
pelbagai kemahiran teknikal. Hal ini dikatakan demikian kerana TVET melengkapi setiap
individu dengan ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga ilmu
kemahiran teknikal dalam pengendalian sesuatu peralatan. Ilmu kemahiran teknikal adalah
seperti pertukangan, elektronik, pateri, automotif, amalan bengkel mesin, kimpalan dan fabrikasi
logam. Kemahiran teknikal mampu dimafaatkan oleh individu tersebut di mana jua mereka
berada. Tambahan pula, TVET adalah bidang pembelajaran yang bukan sahaja tertumpu
kepada mereka yang cemerlang dalam akademik sahaja tetapi juga kepada semua individu
yang meminati bidang kemahiran teknikal. Oleh sebab itu, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) yang mendapat keputusan yang kurang menyerlah dalam peperiksaan awam itu tidak
perlulah risau dan berputus asa menghadapi liku-liku kehidupan. Bagi menebus silap yang
lama, mereka perlulah mengambil peluang dalam bidang TVET ini untuk melengkapkan diri
dengan ilmu kemahiran yang berguna sepanjang hayat kerana di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan.
Selain daripada itu, Pendidikan teknik dan vokasional juga penting untuk menjana individu yang
mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang yang pelbagai. Individu yang
berkecimpung dalam TVET akan memperoleh input baharu yang tidak diketahui semua orang.
Input-input baharu ini akan menjadi nilai tambah bagi individu untuk menambah baik kualiti diri
serta masyarakat. Pengetahuan baru ini adalah seperti mengetahui proses-proses kemahiran
yang perlu dilakukan bagi mengendali sesuatu mesin atau proses dalam pemasangan sesuatu
peralatan. Kemahiran yang dapat dipelajari adalah pengetahuan tentang sistem pendawaian
yang mana merupakan sistem yang membekalkan elektrik kepada sesuatu bangunan. Oleh hal
yang demikian, individu yang mendaftar sebagai pelajar Kolej Vokasional yang menumpukan
dalam pengajian teknik dan vokasional akan memperoleh pengetahuan tentang aspek
kemahiran teknikal jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah biasa yang mempunyai skop
kurikulum yang berbeza. Namun begitu, Pendidikan Teknik dan Vokasional bukanlah hanya
tertumpu pada pendidikan secara formal semata-mata tetapi juga boleh dipelajari secara tidak
formal dengan adanya kecanggihan teknologi pada hari ini. Oleh hal yang demikian, tidak dapat
dinafikan lagi bahawa Pendidikan Teknik dan Vokasional mampu melahirkan individu yang
berkemahiran tinggi serta kompeten

http://lenggongman.blogspot.com/2011/08/memperkasakan-pendidikan-teknik-dan.html

http://shazioshazo.blogspot.com/2020/07/kepentingan-pendidikan-teknik-dan.html
Perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia
- Diperkenalkan pada tahun 1964 iaitu di bawah Jabatan Pengurusan Teknik yang kini
dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Teknik dan Vokasional (BPTV).
- Pelajaran Teknik dan Vokasioanal yang dibawah pentadbiran bahagian ini termasuklah:
1. Sekolah Menengah Atas (Tingkatan IV hingga V) terdiri daripada Sekolah Menengah
Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional yang menyediakan pendidikan teknik,
pertanian, perdagangan dan mata pelajaran yang terlibat dalam bidang pekerjaan
yang lain.
2. Politeknik ditubuhkan untuk memberikan latihan kepada juruteknik peringkat
pertengahan dalam bidang kejuruteraan dan pegawai kerja muda dalam bidang
perdagangan dan keusahawanan.
3. Berhubung rapat dengan agensi lain yang berkaitan dengan melatih tenaga kerja
mahir dan separuh mahir

Matlamat dan Objektif Pendidikan teknik dan vokasional

- Memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan kepada pendidikan


sains dan teknologi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam industri

- Pada tahun 1990-an, Kementerian Pendidikan menggubal semula matlamat dan tujuan
PTV agar ia dapat menampung kekekurangan yang ada. Tujuan dan objektif PTV ialah:
1. Pendidikan Teknik
 Tujuannya adalah untuk menyediakan pelajar yang cenderung kepada bidang teknik
di peringkat pendidikan menengah atas melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
 Objektif pendidikan teknik ialah memberikan pendidikan akademik yang seimbang
dan menyediakan pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi.
2. Pendidikan Vokasional
 Tujuannya ialah melahirkan pelajar yang cenderung kepada bidang vokasional di
peringkat menengah atas.
 Kursus yang diadakan membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan asas
vokasional dan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan sebagai
tenaga kerja mahir atau separuh mahir dalam industri.

Kesan kepada murid

1. Melahirkan individu yang mahir dalam pelbagai kemahiran teknikal


- TVET melengkapi setiap individu dengan ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam bidang
akademik tetapi juga ilmu kemahiran teknikal dalam pengendalian sesuatu peralatan
- Ilmu kemahiran teknikal adalah seperti pertukangan, elektronik, pateri, automotif,
amalan bengkel mesin, kimpalan dan fabrikasi logam.
- TVET adalah bidang pembelajaran yang bukan sahaja tertumpu kepada mereka yang
cemerlang dalam akademik sahaja tetapi juga kepada semua individu yang meminati
bidang kemahiran teknikal
- lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan yang kurang
menyerlah, mereka berpeluang mengambil peluang dalam bidang TVET ini untuk
melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran yang berguna sepanjang hayat

2. Menjana individu yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang yang
pelbagai
- Individu yang berkecimpung dalam TVET akan memperoleh input baharu yang tidak
diketahui semua orang dan akan menjadi nilai tambah bagi individu untuk menambah
baik kualiti diri serta masyarakat
- seperti mengetahui proses-proses kemahiran mengendali sesuatu mesin atau proses
dalam pemasangan sesuatu peralatan, sistem pendawaian yang mana merupakan
sistem yang membekalkan elektrik kepada sesuatu bangunan.
- individu yang mendaftar sebagai pelajar Kolej Vokasional yang menumpukan dalam
pengajian teknik dan vokasional akan memperoleh pengetahuan tentang aspek
kemahiran teknikal jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah biasa yang mempunyai
skop kurikulum yang berbeza
- Pendidikan Teknik dan Vokasional mampu melahirkan individu yang berkemahiran tinggi
serta kompeten

Anda mungkin juga menyukai