Anda di halaman 1dari 17

DASAR

PENDIDIKAN
TEKNIK DAN
VOKASIONAL
(PTV)
PENGENALAN

– Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional memberi


peluang kepada individu yang mempunyai kecenderungan
dalam pendidikan teknologi dan vokasional untuk memenuhi
tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi
merealisasikan hasrat ini, KPM telah merangka dan
melaksanakan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional
mulai 2012 dan menjadi salah satu Aspirasi Sistem, iaitu akses
kepada pendidikan berkualiti dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Transformasi
Pendidikan Vokasional ialah satu usaha memperkasakan
sistem pendidikan vokasional yang menyumbang kepada
agenda transformasi Malaysia sebagai negara berpendapatan
tinggi selari dengan visi Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10)
dan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).
PENYATAAN DASAR

– Pendidikan latihan teknik dan vokasional adalah untuk


memastikan murid yang berminat dalam bidang
pendidikan latihan teknik dan vokasional (PLTV) terus
berada dalam sistem persekolahan. PLTV juga adalah untuk
memastikan murid mempunyai kompetensi yang tinggi
dalam pekerjaan, berkelayakan, fleksibel, berfikiran kreatif
dan inovatif, mahir dan terlatih serta mempunyai nilai
murni bagi memenuhi keperluan perindustrian dan
pemodenan negara di samping memastikan sistem PLTV
diperkukuh supaya relevan dengan pembangunan ekonomi
semasa negara.
STRATEGI PELAKSAAN

Menyediakan kurikulum pendidikan vokasional yang dapat


menghasilkan modal insan yang berkemahiran untuk bekerja serta
bersedia meneruskan pendidikan dalam bidang kemahiran ke peringkat
yang lebih tinggi melalui tindakan yang berikut,iaitu:

– melaksanakan kurikulum Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV)


yang merupakan kurikulum pembelajaran untuk murid yang mengikuti
aliran pendidikan vokasional pada peringkat menengah rendah
(Tingkatan 1-3). Kurikulum akademik PAV telah dibangunkan oleh BPK,
manakala kurikulum kemahiran PAV menggunakan Standard Kemahiran
Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia; dan
STRATEGI PELAKSANAAN

– melaksanakan kurikulum Kolej Vokasional (KV), iaitu Kurikulum


Standard Kolej Vokasional (KSKV). KSKV merupakan kurikulum yang
baharu yang diguna pakai di Kolej Vokasional seperti yang dinyatakan
dalam Bab 5A Seksyen 33B Akta Pendidikan 1996 (Pindaan) 2014.
KSKV ini dirangka dengan mematuhi keperluan Akta Agensi Kelayakan
Malaysia 2007 [Akta 679] dan Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan
2006 [Akta 652] bagi memastikan sijil atau diploma yang
dianugerahkan setaraf dengan sijil atau diploma yang dianugerahkan
oleh pemberi pendidikan vokasional yang lain dan diiktiraf oleh
industri. Di samping itu KSKV juga dibangunkan supaya memenuhi
keperluan pensijilan antarabangsa. Outcome kolej vokasional ialah 70
peratus bekerja di industri, 20 peratus menjadi usahawan dan 10
peratus melanjutkan pengajian.
STRATEGI PELAKSANAAN

– Membangunkan institusi pendidikan vokasional yang dapat


menghasilkan modal insan yang berkemahiran untuk bekerja serta
bersedia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi melalui
tindakan yang berikut, iaitu:
– Mewujudkan PAV di 81 buah Sekolah MenengahKebangsaan(SMK)
dan empat buah sekolah Model Khas (K9)
– Menubuhkan Kolej Vokasional (KV) KPM dengan menaik taraf
Sekolah Menengah Vokasional kepada KV. KV menyediakan PLTV
untuk murid lepasan menengah rendah. Pada tahun 2012 sebanyak
15 buah KV telah diwujudkan, diikuti 72 buah pada tahun 2013 dan
sebanyak 80 buah KV telah mula beroperasi pada tahun 2014;
STRATEGI PELAKSANAAN

1. meningkatkan strategi penambahan enrolmen TVET 16+ dengan


pemerkasaan mata pelajaran vokasional (MPV) kepada Program
Vokasional Menengah Atas (PVMA). PVMA mempunyai nilai tambah
yang lebih baik untuk murid berbanding dengan MPV sedia ada kerana
murid masih mempunyai laluan untuk meneruskan pendidikan dalam
bidang kemahiran ke tahap yang lebih tinggi di Institut Latihan
Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS);
2. memberi latihan kepada murid melalui Program apprenticeship, iaitu
program berasaskan model Sistem Latihan Dual Nasional yang dikawal
selia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Melalui kaedah
program apprenticeship ini, murid diberi latihan dalam tiga komponen
utama, iaitu akademik, latihan asas vokasional dan praktikal terus di
industri. Murid ini berpeluang mendapat Sijil Kemahiran Malaysia
sehingga tahap 2 atau 3 atau pensijilan daripada industri lain yang
diiktifraf mengikut bidang kemahiran; dan
STRATEGI PELAKSANAAN

– mempertingkatkan lagi pendidikan vokasional sekali gus


menjayakan transformasi pendidikan vokasional melalui
pelaksanaan Program Perantisan Industri Menengah Atas
(PIMA). PIMA memberi peluang kepada murid untuk
mendapat pengiktirafan kemahiran daripada pihak industri
dan membuka ruang kerjaya yang lebih pelbagai dalam bidang
kemahiran.
– Mempergiat usaha kolaboratif dengan rakan strategik dalam
industri bagi memperluas akses dan menjamin kualiti
pendidikan vokasional serta mempertingkatkan
kebolehkerjaan lulusan pendidikan vokasional melalui
tindakan yang berikut, iaitu:
STRATEGI PELAKSANAAN

– melaksanakan program pendidikan vokasional bersama-sama kementerian lain seperti di


Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Antara ILKA yang terlibat ialah GIATMARA, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej
Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Wood Industry Skills Development Centre (WISDEC) dan
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Program dilaksanakan berdasarkan konsep
kolaboratif, iaitu perkongsian prasarana, peralatan dan sumber manusia yang terdapat di
ILKA tersebut;
– melaksanakan program pendidikan vokasional bersama-sama Institut Latihan Kemahiran
Swasta melalui kaedah Public-Private Partnership (PPP). Program yang dijalankan adalah
bagi kursus-kursus berimpak tinggi berdasarkan konsep buying places, iaitu pembelajaran
dijalankan di premis ILKS mengguna pakai kemudahan peralatan dan kepakaran tenaga
pengajar mereka.
– Menyediakan mekanisme pentaksiran yang menjurus kepada pentauliahan dan
pengiktirafan lulusan pendidikan vokasional melalui pelaksanaan pentaksiran berasaskan
standard kompetensi vokasional. Bagi program Sijil Vokasional Malaysia (SVM), pentaksiran
adalah di bawah Lembaga Peperiksaan dan mematuhi standard Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK). Bagi program Diploma, pentaksiran adalah di bawah BPTV dan mematuhi
standard Malaysian Qualification Agency (MQA) dan JPK.
Dasar Dan Perkembangan PTV
Falsafah Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah


sebahagian daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan boleh lihat sebagaimana di bawah:

“Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia


adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek, berkemahiran dan berketrampilan
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.”
KELEBIHAN

– kebiasaannya gemar mencuba sesuatu yang baharu seperti bertukang dan


menggunakan peralatan mesin.
– meningkatkan kemahiran diri dan memupuk keinginan untuk pembaharuan.ini
kerana melalui eksperimen mereka dapat melihat keupayaan sesuatu produk itu
secara dekat.
– melatih diri untuk berdikari untuk melakukan sesuatu perkara.pelbagai ilmu
kemahiran dimiliki turut mendorong golongan ini untuk menceburi bidang
keusahawanan.
– bidang tvet bukan sahaja mampu melahirkan bilangan perkerja mahir dan berlatih,
malah berupaya mencipta pekerjaan sendiri berbekalkan kemahiran yang dimiliki.
– memenuhi permintaan kerjaya masa ini.
– tidak membosankan,malah mendedahkan penggunaan teknologi dengan meluas.
– penempatan latihan indurstri yang diikutkan pelajar pada semester akhir akan
memdedahkan mereka dengan situasi pekerjaan yang sebenar.selain itu ia akan
dapat membina keyakinan diri serta mampu menyesuaikan diri apabila memasuki
alam pekerjaan.
KELEMAHAN

– Kekurangan peralatan di bengkel bagi menjalankan


PTV
– Kekurangan dana
– Kekurangan penglibatan dengan pihak industry
– Gambaran negatif dalam PTV
– Kekurangan warga pendidik yang mempunyai
pengalaman dalam bidang industri
PELUANG

– Memberi laluan kepada pelajar yang sederhana dalam akademik


memilih bidang kemahiran diminati mengikut kecenderungan
masing-masing
– Menghasilkan tenaga mahir setanding negara luar
– Mengurangkan kadar kemiskinan negara
– Memberi peluang kepada individu untuk melanjutkan pengajian
dalam pendidikan yang sama; ataupun bidang lain pendidikan am
– Berhubung kait dengan keadaan sebenar pekerjaan dan kehidupan
semasa bekerja Menyediakan individu untuk kehidupan bekerja yang
memuaskanMenyedarkan individu tentang potensi dirinya; boleh
membuat keputusan, melanjutkan pelajaran, mengambil bahagian
dalam masyarakat dan kepimpinan
– Menyediakan individu dengan asas-asas pekerjaan dan latihan
– Menyumbang kepada kesamaan peluang di kalangan sistem
pendidikan.
CABARAN

 Untuk mengubah sikap masyarakat terhadap PTV

 Untuk mempertingkatkan kualiti dalam latihan


kemahiran bagi mengeluarkan pekerja yang betul-
betul mahir

 Untuk mewujudkan sumber tenaga manusia yang


mahir. Kemahiran yang selaras dan relevan dengan
permintaan pasaran.

 Untuk meningkatkan kuantiti PTV. Peningkatan


kuantiti melibatkan penambahan institusi-institusi
teknik dan vokasional bagi memenuhi keperluan
tenaga kerja.
Kesimpulan

– Kewujudan PTV merupakan faktor utama dalam


menyumbang ke arah perindustrian,
pembangunan dan kehidupan sosial. Berbeza
dengan pendidikan formal lain, PTV dibentuk
agar memenuhi keperluan guna tenaga secara
langsung dan memberi implikasi yang positif
bagi perkembangkan negara.

– PTV haruslah berhadapan dengan beberapa


cabaran masa depan – sikap masyarakat,
meningkatkan kualiti dan kuantiti, dalam
usahanya untuk menyahut seruan kerajaan
menjelang tahun 2020.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai