Anda di halaman 1dari 53

UTP1012 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

SEMESTER 2 2019/2020

TAJUK KAJIAN: PENGGUNAAN LOGIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN


PELAJAR: KAJIAN KES DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, NILAI
NEGERI SEMBILAN

KAD

SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2019/2020

NAMA PENSYARAH:

DR MASHITAH SULAIMAN

NO KUMPULAN: 23

NAMA NOMBOR NOMBOR


MATRIK TELEFON
FARAH NAYLI BINTI FUZI 1191793 01110962804
NATASHA BINTI ABDULLAH 1191794 01115872991
NURUL ‘IZZAH BINTI ISMAIL 119 1806 0176546455
NURHUSNANI BINTI MOHD SHAFIE 1191825 0183661965
NURINQASRINA BINTI NUR IZDIHAR 1191833 0146060496
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN I

2 BAB 1: PENDAHULUAN 1-14


1.0 Pendahuluan 1
1. 1 Persoalan Kajian 1
1. 2 Objektif Kajian 2
1. 3 Kajian Literatur 3
1. 4 Metodologi Kajian 9
1. 5 Skop Kajian 11
1. 6 Lokasi Kajian 11
1. 7 Penutup 14

3 BAB 2: KONSEP PEMIKIRAN LOGIK DALAM 15-28


KEHIDUPAN SEHARIAN PELAJAR
2.0 Pendahuluan 15
2.1 Konsep Pemikiran Ilmu Logik 15
2.2 Demografi dan latar Belakang Responden 16
2.3 Kefahaman Para Pelajar Terhadap Pemikiran Logik 18
2.4 Kepentingan Pemikiran Logik Dalam Kehidupan Pelajar 23
2.5 Manfaat Pemikiran Logik Dalam Kehidupan Pelajar 26
2.6 Penutup 28
4 BAB 3: APLIKASI PEMIKIRAN LOGIK TERHADAP 29-33
PELAJAR
3.0 Pendahuluan 29
3.1 Mengaitkan Sesuatu Alasan dalam Penulisan Esei atau 29
Menjawab Soalan
3.2 Mencari Kebenaran bagi Membuktikan Kajian dalam 30
Eksperimen
3.3 Menganalisis Ulasan Pensyarah sebelum Menstruktur 31
Kerja Kursus
3.4 Memproses Fakta Dan Penyelesaian Masalah secara Sebab 32
dan Akibat
3.5 Penutup 33
4 BAB 4: CADANGAN PENGUKUHAN PEMIKIRAN LOGIK 34-39
4.0 Pendahuluan 34
4.1 Menganalisis Fenomena, Reaksi dan Maklum Balas 34
4.2 Membuat Kesimpulan Berdasarkan Input 36
4.3 Meletakkan Nilai yang Tinggi terhadap Pemikiran Logik 37
4.4 Menilai Cara-Cara Penyelesaian Masalah 38
4.5 Penutup 39
5 BAB 5: KESIMPULAN 40-43
5.0 Pendahuluan 40
5.1 Rumusan 40
5.2 Cadangan 41
5.3 Penutup 43
6 RUJUKAN 44

7 LAMPIRAN 45-49
PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat
kami menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai kerana memberi peluang
kepada kami menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti
perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan
tajuk tugasan kami.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Doktor Mashitah Sulaiman
yang telah memberi banyak tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami sejak
dari awal tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain
itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada Doktor kerana memberi kepercayaan
kepada kami dalam menjalankan tugas ini dengan jayanya.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan dan
dorongan dalam menghasilkan kerja kursus ini. Malah, jutaan terima kasih juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini
dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi mahasiswa yang
cemerlang dan berkualiti untuk masa depan negara. Selain itu juga, harapan kami agar
dapat memberi manfaat kepada kami sendiri terutamanya serta kepada para pembaca untuk
menjadi insan yang berintelektual tinggi, kreatif dan inovatif, rasional serta
berpengetahuan luas

i
BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pendahuluan
Bab ini membincangkan tentang persoalan kajian iaitu mengenai penggunaan
pemikiran logik dalam kehidupan harian pelajar, objektif utama kajian ialah
mengkaji kefahaman pelajar kampus tentang pemikiran logik, aplikasi pemikiran
logik dalam kehidupan seharian pelajar, dan juga cadangan pengukuhan.
Seterusnya, metodologi kajian iaitu melalui borang soal selidik atas talian, secara
Google Form yang dihebahkan kepada pelajar oleh pengkaji dan kaedah rujukan,
skop kajian iaitu pelajar kampus Universiti Sains Islam Malaysia sebagai
responden dan akhir sekali, lokasi kajian iaitu kampus Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM).

1.1 Persoalan Kajian

Pemikiran logik banyak mempengaruhi kaedah manusia berfikir. Logik tidak boleh
dipisahkan dalam kehidupan manusia, logik digunakan untuk memanfaatkan
potensi intelektual manusia. Logik memberitahu kaedah atau cara berfikir yang
betul dan menunjukkan pemikiran yang boleh mengelirukan dan menyesatkan
manusia. Hal ini menjelaskan bahawa penggunaan pemikiran logik adalah sangat
penting dalam kalangan pelajar. Setiap aktiviti harian pelajar adalah berkait rapat
dengan pemikiran logik bagi mendapatkan keputusan yang tepat dan kesimpulan
yang benar. Oleh itu, melalui kajian ini, pengkaji akan mengkaji kefahaman para
USIM tentang penggunaan logik dalam kehidupan harian mereka.

1
1.2 Objektif Kajian

Secara khususnya, objektif utama kajian ini adalah :-

1.2.1 Mengenal pasti konsep pemikiran logik.

Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti konsep sebenar pemikiran ilmu logik.
Pengkaji menjalankan beberapa kajian lepas bagi berkaitan konsep pemikiran
logik.

1.2.2 Meninjau kefahaman para pelajar kampus tentang pemikiran logik.

Kajian yang dilakukan ini bagi mengenal pasti tahap kefahaman para pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia tentang pemikiran logik. Pengkaji mengkaji secara
umum tentang kefahaman para pelajar tentang konsep logik.

1.2.3 Mengenal pasti kepentingan pemikiran logik dalam kehidupan harian pelajar

Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti apakah kepentingan pemikiran logik


dalam kehidupan harian pelajar kampus.

1.2.4 Mengenal pasti manfaat pemikiran logik dalam kehidupan harian pelajar.

Kajian yang dilakukan bagi mengenal pasti apakah manfaat pemikiran logik dalam
kehidupan harian pelajar kampus

1.2.5 Mengkaji aplikasi pemikiran logik digunakan dalam kehidupan harian pelajar.

Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti bagaimanakah logik dapat diaplikasikan
oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Aspek yang dikaji terdiri
daripada aktiviti atau perbuatan yang mendorong para pelajar menggunakan
pemikiran logik.

1.2.6 Mengenal pasti cadangan pengukuhan pemikiran logik.

Kajian ini dilakukan bagi mengkaji cadangan pengukuhan pemikiran logik dari segi
pemahaman dan penggunaan seharian para pelajar. Aspek yang dikaji merupakan
tindakan yang perlu dipraktikkan oleh pelajar bagi mengukuhkan pemikiran logik.

2
1.3 Kajian Literatur

Beberapa kajian lepas berkaitan konsep asas pemikiran logik, sejarah pembangunan
pemikiran logik dalam peradaban Barat dan Islam serta aplikasi logik dalam
kehidupan manusia kita. Segala aspek ini dilihat sebagai asas dalam kajian
pemikiran logik dan kepentingan serta manfaatnya kepada kehidupan manusia.

1.3.1 Konsep Asas Pemikiran Ilmu Logik

Logik (Tulisan Jawi: ‫ );لوڬيق‬merupakan itilah yang diambil daripada perkataan


Greek, λόγος logos; bermaksud, fikiran, idea, hujah, alasan atau prinsip. Logik
adalah satu pengajian tentang prinsip-prinsip kesahihan tentang sesuatu samada
secara inferens (sesuatu yang sudah diketahui secara tidak langsung)[1][2] dan
memaparkan (sesuatu yang diketahui setelah dijalankan kajian) (Popkin & Stroll,
1993: 238).1

Menurut Jacquette, D. (2002), pemikiran logik adalah cara pemikiran yang


kerap dan gemar digunakan dalam merancangkan sesuatu perkara. Secara
umumnya, logik difahami sebagai apa yang boleh difahami oleh akal manusia,iaitu
menggunakan bukti bagi menjelaskan sesuatu yang tidak jelas pada mulanya.2

Logik berasal dari perkataan Yunani iaitu "Logos" yang memberi maksud
pengucapan (utterance), pernyataan (statement), pemikiran (thought) dan
pemikiran akal (reason) iaitu sebab. Logik iaiah cara mempelajari dan prinsip-
prinsip yang digunakan untuk membezakan betul dan salah sesuatu hujah
(reasoning) (Jacquette, 2002: 2).3

Aminuddin Hassan, Fadzilah Abd Rahman & Sim Kuan Yew (2015)
menjelaskan bahawa pemikiran logik merupakan salah satu cara seseorang melihat
sesuatu serta usaha untuk mengenal pasti apa yang salah ataupun apa yang benar

1
Richard Henry Popkin; Avrum Stroll (1 July 1993). Philosophy Made Simple. Random House Digital,
Inc. m/s. 238. ISBN 978-0-385-42533-9. Dicapai pada 5 March 2012
2
Jacquette, D. (2002). A Companion to Philosophical Logic. London: Wiley Online Library. m/s. 2.
3
Ibid., Jacquette, D. (2002). A Companion to Philosophical Logic. London: Wiley Online Library. m/s. 2.

3
mengikut logik individu tersebut. Pemikiran logik juga merupakan proses mencari
maklumat, pengetahuan, data dan fakta mengenai kebenaran sesuatu perkara.
Dalam erti kata lain, alasan yang diberikan secara logik adalah untuk mengukuhkan
kebenaran sesuatu keadaan supaya lebih munasabah.4

Pemikiran secara logik ialah cara seseorang melihat sesuatu dan daya usaha
untuk mengenal pasti apa yang salah dan apa yang betul mengikut logiknya.
Edward de Bono, dalam bukunya, “Thinking Course”, menyatakan bahawa logik
ialah satu cara menjana maklumat daripada sesuatu keadaan. Maklumat yang
hendak dijana ialah sesuatu yang benar dan diterima akal. Beliau telah
mengemukakan satu kaedah berfikir yang dianggap bersifat kritis. Dalam konsep
berfikir secara kritikal, yang ditekankan adalah berfikir secara menyeluruh dan
mendalam. Menyeluruh bermaksud sesuatu topik atau fenomena akan dinilai
daripada pelbagai sudut atau aspek. Mendalam pula bermaksud setiap sudut atau
aspek yang dianalisis akan dilakukan secara teliti dan selengkap mungkin.5

a) Topi Hijau - Melambangkan pemikiran kreatif -bentuk pemikiran yang


memfokus kepada mendapatkan idea atau pemikiran baru tentang sesuatu hal
b) Topi Kuning - Melambangkan pemikiran konstruktif atau membina - bentuk
pemikiran yang memfokus kepada aspek positif sesuatu perkara
c) Topi Putih - Melambangkan pemikiran objektif.; Berusaha mengumpulkan
maklumat sebanyak mungkin daripada situasi yang ada. Dalam skema ini,
seseorang itu tidak akan membuat apa-apa keputusan awal, sebaliknya dia
akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin sebelum membuat sebarang
keputusan.
d) Topi Hitam - Melambangkan pemikiran kritikal dan negatif- bentuk
pemikiran yang mengambil kira atau memfokus pada hal yang negatif atau

4
Aminuddin Hassan, Fadzilah Abd Rahman & Sim Kuan Yew. (2015). Pemikiran Logik Melalui
Penggunaan Aplikasi Mudah Alih. International Journal of Education and Training (InjET) 1(2)
November: 1-7 (2015), hlm. 1.
5
Penulis Blog Muzik Malaysia. 30 September, 2009). ‘Six Thinking Hat”@Kaedah Enam Topi Berfikir-
Edward De Bono”, dicapai pada 22 April 2020. http://diaritugasan.blogspot.com/2009/09/six-thingking-
hatkaedah-enam-topi.html

4
yang buruk sebelum melaksanakan sesuatu tindakan atau membuat sesuatu
keputusan
e) Topi Merah - Melambangkan pemikiran emotif dan nilai - bentuk pemikiran
yang cuba menyelami aspek emosi bagi sesuatu perkara yang sedang
dibincangkan.
f) Topi Biru - Topi yang paling dominan dan bertindak sebagai pembuat
keputusan- pemikiran yang menghala kepada pembuatan keputusan atau
menentukan arah atau hala tuju sesuatu perbincangan atau permasalahan.

Berasaskan kefahaman ini boleh dirumuskan bahawa berfikiran logik ialah suatu
proses pemikiran yang cuba mencari maklumat, ilmu, data dan fakta mengenai
kebenaran sesuatu perkara.Dengan kata lain,logik bermaksud alasan yang
dikemukakan untuk mengukuhkan sesuatu keadaan kedenaran yang boleh diterima
oleh akal.

Kebanyakan pemikiran yang betul dari segi logik akal terbukti salah jika
dilihat dari sudut realiti alam dan kehidupan sebenarnya. Logik tentang sesuatu
perkara dari segi akal manusia semata-mata juga disebut logik metametik manakala
logik berdasarkan realiti alam sebenarnya juga disebut logik natural atau logik
alam. Logik sangat berguna dalam pembetangan hujahan iaitu apabila seseorang
hendak mencari kesimpulan atau deduktif dan untuk mempertahankan hujah
tentang sesuatu idea,cadangan dan pandangan;malah ia juga digunakan apabila
hendak mencari sebab dan akibat tentang sesuatu perkara dengan perkara lain dan
satu peristiwa dengan peristiwa yang lain.

Logik merujuk kepada turutan cara mendapatkan sesuatu rumusan


berasaskan beberapa andaian kukuh. Logik turut digunakan dalam elektronik
digital. Tingkah-laku litar digital biasanya diputuskan melalui penggunaan litar-
litar logik yang dipanggil get logik.

5
1.3.2 Sejarah Pembangunan Pemikiran Logik Barat dan Islam

Pemikiran logik adalah berkaitan dengan ilmu mantik iaitu ilmu yang mana
perkembangannya telah wujud sejak zaman dahulu dan pada masa kini. Perumusan
logik oleh Aristotles dan dijadikannya sebagai dasar ilmu pengetahuan secara
epistemologi. Ilmu mantik juga salah satu ilmu yang menjadi perdebatan
berdasarkan logikal serta permikiran yang benar yang menjadi ikutan dan
mempengaruhi masyarakat Barat dan Islam.

Herakleitos yang dilahirkan di Ephesos pada tahun 540 sebelum masehi dan
meninggal pada tahun 489 sebelum masehi menggunakan akal pemikiran yang
logik untuk mengkaji kuasa yang menguasai hukum dunia dan segala yang
menyebabkan berlakunya perubahan sesuatu unsur. Pada kurun ke-6 Pythagores
mencipta Teorem Pythagores yang banyak digunakan dalam ilmu matematik.
Selain itu beliau juga mencipta Akas Pythagores digunakan untuk menentukan segi
tiga itu berbentuk tegak atau tidak. Theorem Pyhtagores itu diserap ke dalam
kaedah al-qiyas. Kemudian muncul pula Socrates. Beliau dilahirkan pada tahun 469
sebelum masehi dan meninggal pada tahun 399 sebelum masehi. Beliau
menggunakan ilmu mantik dalam ilmu perdebatan dan penghujahan. Selain itu,
beliau juga menggunakan pemikiran yang logik dalam memikirkan fenomena alam
dan cakerawala. Kemudian muncul pula Plato yang lahir pada tahun 427 sebelum
masehi dan meninggal pada tahun 347 sebelum masehi. Beliau meneruskan ilmu
hujah Socrates. Beliau menggunakan kaedah al-jadal. Pada kurun ke-4 sebelum
masehi, ilmu mantik telah disusun dan diasingkan oleh Aristotle yang lahir pada
tahun 384 sebelum masehi dan meninggal dunia pada tahun 323 sebelum masehi.
Beliau mengemaskinikan kaedah yang sedia ada dan telah mengumpulkan dalam
kitabnya.6

6
Irlin Erlina Binti Mohamad Nurinsan Binti Haji Rungging 12DT064 12DT076 SESI: 2012/2013 Diploma
Tertinggi Perguruan Ugama Syariah ILMU MANTIK IT 0112 “Sejarah Pembangunan Pemikiran Logik
Barat dan Islam”, dicapai pada 25 April 2020. https://www.slideshare.net/Erlinamohamad/kertas-kerja-
sejarah-dan-perkembangan-ilmu-mantik

6
Sejarah mantik moden lahir hasil daripada perkembangan dan pembaharuan
yang dilakukan oleh para saintis yang menggunakan kaedah ilmiah dan saintis
moden. Mantik moden berkembang oleh kritikan oleh para ilmuwan dan saintis
terhadap mantik klasik yang menumpukan kepada teori klasik khasnya mantik
Aristotle. Perkembangan ilmu sains serta penyelidikan moden menekankan teori,
penciptaan alat-alat moden serta konsep percubaan saintifik. Para saintis dan
mantik moden berpendapat bahawa metod lama tidak lengkap dan tidak boleh
diikuti sepenuhnya. Seterusnya, perkembangan Ilmu Mantik di dalam dunia Islam
dalam masyarakat Islam pula telah pun lahir seiring dengan perutusan Nabi
Muhammad S.A.W lagi dengan turunnya wahyu Allah S. W. T untuk diberitakan
kebenarannya kepada umat islam sejagat.

Khairiah Mohd Yasin (2014) menjelaskan bahawa hubungan budaya dan


ilmu berbeza antara tamadun Barat dan Islam berdasarkan nilai dan kedudukan
agama yang berbeza antara dua tamadun tersebut. Tamadun Barat memisahkan
agama dalam kehidupan merangkumi aspek kebudayaan dan keilmuan, manakala
tamadun Islam begitu mengutamakan agama dalam seluruh aspek kehidupan
termasuk dalam kebudayaan dan keilmuan.

Kesimpulannya, pengetahuan tentang pemikiran logik dapat membantu


manusia supaya berfikir dengan menggunakan kaedah-kaedah dan juga metod-
metod yang betul. Dengan adanya pengetahuan tentang pemikiran logik juga dapat
menajamkan dan mengembangkan pemikiran melalui latihan berfikir dan
menganalisa seta menguraikan sesuatu masalah secara ilmiah7.

7
Khairiah Mohd Yasin, Januari 2014. “Hubungan Budaya dan Ilmu dari Perspektif Barat dan Islam”, dicapai
pada 24 April 2020.
https://www.researchgate.net/publication/306379431_Hubungan_Budaya_dan_Ilmu_dari_Perspektif_Barat
_dan_Islam

7
1.3.3 Kepentingan Aplikasi Pemikiran Logik dalam Kehidupan Manusia

Pemikiran logik amat penting dalam kehidupan manusia zaman moden kini. Kajian
yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik, iaitu Aminuddin Hassan, Fadzilah
Abd Rahman & Sim Kuan Yew (2015) meneroka penggunaan aplikasi mudah alih
terhadap pemikiran logik. Secara amnya, kemajuan inovasi sangat pesat kerana
hampir setiap orang menggunakan laman sesawang untuk menyelesaikan apa
sahaja tugasan. Pada peringkat permulaan, kertas kerja ini menjelaskan pengertian
pemikiran logik. Seterusnya dihuraikan tentang kemajuan teknologi. Sebagai
tambahan, kajian ini juga menghuraikan kemajuan teknologi dalam pendidikan
berbentuk pembelajaran mudah alih (m-learning). Kajian ini turut membincangkan
aplikasi berasaskan web dan kelebihan menggunakan aplikasi berasaskan web.8

Sebagai contoh, bagi golongan pendidik dalam bidang pendidikan, kaedah


pemikiran logik secara “Enam Topi” yang diperkenalkan oleh Edward de Bono,
boleh dipraktikkan mengikut kesesuaian. Walau bagaimanapun, pendidik
diingatkan tidak mempraktikkan ke semua topi serentak dikhuatiri menyebabkan
fikiran berkecamuk. Penggunaan weblog dilihat boleh diintergrasikan pemilihan
kaedah Six Thinking Hat kerana ciri-ciri dan keistimewaan yang terdapat weblog
(kolaboratif, konstruktivis) akan membantu mencapai objektif yang telah
ditetapkan.9

8
Aminuddin Hassan, Fadzilah Abd Rahman & Sim Kuan Yew. (2015). Pemikiran Logik Melalui
Penggunaan Aplikasi Mudah Alih. International Journal of Education and Training (InjET) 1(2)
November: 1-7 (2015), 1-7.
http://www.injet.upm.edu.my/images/journal/issue2/Meneroka%20Pemikiran%20Logik%20Melalui%2
0Penggunaan%20Aplikasi%20Mudah%20Alih.pdf.

9
Penulis Blog Muzik Malaysia. 30 September, 2009). ‘Six Thinking Hat”@Kaedah Enam Topi Berfikir-
Edward De Bono”, dicapai pada 22 April 2020. http://diaritugasan.blogspot.com/2009/09/six-thingking-
hatkaedah-enam-topi.html.

8
1.4 Metodologi Kajian

Metodologi kajian adalah kaedah yang digunakan dalam menjalankan


penyelidikan. Secara umumnya, terdapat dua metodologi yang digunakan iaitu
kaedah kualitatif dan kuantitatif. Oleh yang demikian kajian ini menggunakan
kedua-dua kaedah penyelidikan secara kuantitatif melalui soalan kaji selidik dan
metodologi kualitatif dengan merujuk bahan-bahan sekunder. Penjelasan
metodologi yang dijalankan adalah seperti berikut.

1.4.1 Kaedah Kuantitatif Secara Kajian Soal Selidik


Kajian ini menggunakan kaedah atau metodologi kajian secara kuantitatif dengan
menggunakan soal selidik bagi menjawab persoalan dan objektif kajian. Borang
soal selidik yang sesuai telah dibentuk oleh pengkaji untuk mendapat dan
mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang
soal selidik terdiri daripada tiga bahagian A, B dan C. Bahagian A adalah mengenai
kefahaman pelajar USIM tentang pemikiran logik, bahagian B adalah berkaitan
pengaplikasian pemikiran logik dalam kehidupan seharian pelajar, manakala
bahagian C mengenai cadangan pengukuhan pemahaman dan penggunaan
pemikiran logik dalam kalangan pelajar.

Kajian ini menggunakan pengukuran skala likert lima mata yang mengandungi lima
aras pengukuran iaitu 1 = sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju 3 = neutral 4 = setuju
5 = sangat setuju.

1.4.2 Kaedah Rujukan Perpustakaan


Kaedah kajian perpustakaan digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan bahan
kajian yang bersesuaian dengan objektif dan persoalan kajian. Pengkaji telah
merujuk buku, artikel jurnal ilmiah, akhbar dalam talian, kamus dan majalah serta
menggunakan kemudahan internet bagi mencari bahan-bahan tambahan. Bahan
sekunder ini telah dianalisis secara analisis kandungan bagi menjawab persealan
dan objektif kajian seperti dinyatakan. Bahan sekunder ini juga digunakan sebagai

9
bahan bandingan setelah kaedah primier melalui kaedah soal selidik dilakukan.
Bahan sekunder ini juga digunakan bagi sebagai bahan asas kajian literatur daripada
kajian yang lepas.

1.4.3 Analisis Data


Dua kaedah menganalisis data digunakan dalam kajian ini. Pertama, data dianalisis
menggunakan kaedah analisis kandungan daripada bahan sekunder seperti buku,
artikel jurnal ilmiah, akhbar dalam talian, kamus dan majalah dan sebagainya.
Menurut Lai Che Ching @ Abdd Latif (2006: 47) dalam artikelnya bertajuk
“Memetakan Kaedah Analisis Kandungan: Satu Tinjauan Awal”, menyebut
bahawa tidak banyak kajian lepas yang dapat dikesan menjadikan kaedah analisis
kandungan sebagai bahan kajian, khasnya yang membincangkan tentang kaedah
analisis kandungan secara khusus. Dalam kebanyakan kes, analisis kandungan
hanya disebut sebagai “salah satu metodologi penyelidikan, terutama dalam bidang
komunikasi. Malah kajian-kajian lepas tentang kaedah analisis kandungan ini lebih
banyak tertumpu kepada perbincangan mengenai fungsi analisis kandungan sebagai
metodologi penyelidikan yang sahib dan boleh dipercayai.”10

Moris (1994) menjelaskan kelebihan analisis kandungan yang boleh diaplikasikan dalam
penyelidikan pengurusan (management research), seperti berikut”

" ... content analysis can be beneficial to management research in general


by providing researchers with a methodology Jor systematic analysis oJthe
infonnation contained in corporate documents. thus opening a rich data
source that has been often neglected ".11

Maka, di atas sebab tersebut, dalam artikelnya Morris (1994) membincangkan


tentang kelebihan-kelebihan menggunakan perisian komputer dalam analisis

10
Lai Che Ching @ Abdd Latif (2006). “Memetakan Kaedah Analisis Kandungan: Satu Tinjauan Awal”,
Bil 12, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, 47.
11
Morris, Rebecca, (1994). “Content analysis in management research: a demonstration of advantages &
limitations”. Journal of Management. Vo1.20, hlm. 903.

10
kandungan khususnya untuk penyelidikan pengurusan (Lai Che Ching @ Abdd
Latif (2006: 48).12

Kaedah kedua ialah dengan menggunakan analisis data secara statistik


dalam metodologi kuantitatif. Data kuantitatif dianalisis secara kekerapan dan
peratus bagi mencapai objektif kajian iaitu pertama, mengenal pasti tahap
kefahaman para pelajar Universiti Sains Islam Malaysia tentang pemikiran, kedua,
mengkaji aplikasi pemikiran logik digunakan dalam kehidupan harian pelajar; dan
ketiga, mengenal pasti cadangan pengukuhan pemikiran logik.

1.5 Skop Kajian

Kajian ini melibatkan sekumpulan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia yang
mengikuti pelbagai peringkat pengajian, iaitu Tamhidi, Sarjana Muda, Ijazah dan
peringkat Doktor Falsafah.

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan tiga skop kajian utama berdasarkan


objektif yang dinyatakan iaitu, mengenal pasti tahap kefahaman para pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia tentang pemikiran, kedua, mengkaji aplikasi
pemikiran logik digunakan dalam kehidupan harian pelajar; dan ketiga, mengenal
pasti cadangan pengukuhan pemikiran logik.

1.6 Lokasi Kajian

Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan pelajar di Universiti Sains Islam
Malaysia, di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Penjelasan berkenaan lokasi
kajian dari segi negeri, derah dan kawasan lapangan adalah seperti berikut:

12
Lai Che Ching @ Abdd Latif (2006). “Memetakan Kaedah Analisis Kandungan: Satu Tinjauan Awal”,
Bil 12, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, hlm. 48.

11
1.6.1 Negeri Sembilan

Peta 1: Negeri Sembilan

Peta 1 menunjukkan lokasi kajian pengkaji di Negeri Sembilan juga dikenali


sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri di Malaysia yang
terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Selangor di
sebelah utara, Pahang di sebelah timur, Johor di sebelah tenggara dan Melaka di
sebelah selatan. Ibu negeri bagi Negeri Sembilan ialah Seremban.

12
1.6.2 Daerah Nilai

Peta 2: Daerah Nilai

Peta 2 menunjukkan daerah Nilai atau dikenali sebagai Pekan Nilai yang terletak
kira-kira 4 kilometer dari kawasan perbandaran Bandar Baru Nilai.

1.6.3 Kawasan Lapangan

Peta 3: Kampus Utama di Bandar Baru Nilai

13
Peta 3 menunjukkan lokasi kampus tetapnya yang terletak di Bandar Baru Nilai,
Negeri Sembilan Darul Khusus. Ia terletak berhampiran Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya, dan hanya 40 minit ke Kuala
Lumpur, Shah Alam dan Seremban.

Peta 4: Kampus Perubatan di Pandan Indah, Kuala Lumpur

Peta 4 menunjukkan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta Fakulti Pergigian
beroperasi di Kampus Perubatan, di Menara B, Persiaran MPAJ, Pandan Indah,
Kuala Lumpur berdekatan dengan Hospital Ampang yang menjadi Hospital
Pengajar USIM.

1.7 Penutup

Secara keseluruhannya, kajian ini bertujuan untuk meninjau kefahaman dan


mengkaji aplikasi pemikiran logik yang digunakan oleh pelajar kampus dalam
kehidupan seharian mereka. Pada masa yang sama, kajian ini juga bertujuan untuk
mengenalpasti cadangan pengukuhan pemikiran logik dari segi pemahaman dan
penggunaan pelajar.

14
BAB 2

KONSEP PEMIKIRAN LOGIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN PELAJAR

2.0 Pendahuluan

Bab ini membincangkan tentang konsep pemikiran logik iaitu pengertian logik.
Tahap kefahaman para pelajar kampus terhadap pemikiran logik iaitu kefahaman
secara umum. Seterusnya, kepentingan dan manfaat pemikiran logik dalam
kehidupan.

2.1 Konsep Pemikiran Logik

Pemikiran merupakan satu gambaran nilai sosial, nilai moral, dan fungsi adat dalam
kehidupan bermasyarakat sekali gus menonjolkan falsafah yang ada kaitannya
dengan metafizik, epistimologi, etika, logik, dan estetika hasil interaksi manusia
terhadap alam benda, flora dan fauna yang ada di sekeliling manusia. Logik pula
ialah ilmu atau pengetahuan tentang cara berfikir iaitu berhujah dan membuktikan
sesuatu dengan sihat; kemampuan untuk berhujah dengan meyakinkan.13

Perkataan logik sebetulnya berasal daripada perkataan Greek iaitu logos,


Latinnya legein yang bererti perbualan, pertuturan, pengucapan, wacana yang
kesemuanya iaitu adalah merujuk kepada penyampaian lisan yang dikaitkan dengan
penggunaan akal. Logik dalam bahasa Arab pula disebut mantiq berasal dari
perkataan nutq juga membawa pengertian yang sama seperti perkataan lafaz dan
kalam dalam bahasa Melayu.

Hakikat ini bertepatan dengan definisi manusia sebagai al-Hayawan al-


Natiq dalam tradisi logik Islam atau rational animal dalam tradisi Barat atau

13
Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan, September 2011, Language And Thought In
The Malay Proverbs@ Bahasa Dan Pemikiran Dalam Peribahasa Melayu - dicapai pada 15 April 2020.
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://journalarticle.ukm.my/2760/1/pp31-
51_latest.pdf&ved=2ahUKEwjNvcSCu4DpAhXazTgGHRnzDHsQFjAAegQIAhAB&usg=AOvVaw3QjcUwNpSVE
Fu46Zv0te9D

15
hayawan yang berkata-kata atau hayawan yang berfikir. Justeru itu perkataan
rational terbit dari kata ratio yang merupakan salah satu aktiviti akal iaitu suatu
aktiviti rohani dan maknawi yang tidak boleh dikesan melalui dimensi jasmani dan
inderawi. Jika demikian halnya maka logik tidak boleh dipisahkan dalam
kehidupan manusia kerana terkandung dalam makna jawhari menjadi manusia itu
ialah mereka mesti menggunakan logik untuk memanfaatkan potensi intelektual
mereka.14

Lantaran itu logik juga disebut sebagai undang-undang atau prinsip-prinsip


berfikir. Logik memberitahu kita kaedah atau cara berfikir yang betul dan
menunjukkan kepada kita perangkap-perangkap berfikir yang boleh mengelirukan
dan menyesatkan kita. Umumnya logik adalah suatu yang semulajadi bagi semua
manusia sesuai dengan kemampuan intelektual mereka. Justeru itu kebanyakan
manusia masih berfikir secara logik walaupun mereka tidak pernah belajar logik
secara formal yang mana dikenali sebagai logik tabie atau logik fitrah berdasarkan
pengalaman semulajadi.

2.2 Demografi dan Latar Belakang Responden.

Seramai tiga puluh orang pelajar USIM mengisi borang soal selidik google form.
Huraian latar belakang responden dalam soal selidik ini melibatkan aspek jantina,
umur, tahap pendidikan dan fakulti.

Bil Perkara Kategori Kekerapan Peratus (%)

1 Jantina Lelaki 7 23
Perempuan 23 77

14
Khalid, 23 November 2010. Pengenalan Falsafah Logik- dicapai pada 15 April 2020.
http://khalidismail.blogspot.com/2010/11/pengenalan-falsafah-logik.html?m=1

16
2 Umur 20 tahun ke bawah 11 37
21-25 tahun 17 57
26-30 tahun 1 3
31 tahun ke atas 1 3
3 Tahap Tamhidi 1 3
pendidikan Ijazah Sarjana Muda 26 88
Ijazah Sarjana 2 6
Doktor Falsafah 1 3
4 Fakulti FST 5 17
FEM 3 10
FSU 3 10
FKAB - _
FPQS 4 13
FPBU 4 13
FPSK 2 7
FPG - -
FKP 9 30
JUMLAH RESPONDEN 30 100
Jadual 1: Demografi dan Latar Belakang Responden

Berdasarkan jadual 1 di atas menunjukkan dapatan hasil kajian demografi dan latar
belakang responden. Bagi aspek jantina menunjukkan bahawa responden
perempuan lebih ramai iaitu seramai 23 orang (77%) berbanding responden lelaki
iaitu seramai 7 orang (23%) sahaja. Seterusnya, bagi aspek umur responden,
pengkaji mendapati majoriti responden berumur 21-25 tahun iaitu seramai 17 orang
(57%) dan seramai 11 orang (37%) berumur 20 tahun ke bawah. Manakala bagi
responden yang berumur 26-30 tahun dan 31 tahun ke atas masing-masing seramai
1 orang (3%). Bagi aspek tahap pendidikan, yang mencatat kekerapan paling tinggi
ialah Ijazah Sarjana Muda iaitu seramai 26 orang (88%), kemudian seramai 2 orang
(6%) ialah peringkat Ijazah Sarjana. Peringkat Tamhidi dan Doktor Falsafah

17
masing-masing adalah seramai 1 orang (3%). Akhir sekali, demografi responden
mengikut fakulti yang menunjukkan kekerapan paling tinggi ialah fakulti FKP iaitu
seramai 9 orang (30%), kemudian kekerapan kedua tertinggi ialah fakulti FST iaitu
seramai 5 orang (17%), kekerapan ketiga tertinggi ialah fakulti FPQS dan FPBU
iaitu masing-masing seramai 4 orang (13%), diikuti oleh fakulti FEM dan FSU iaitu
masing-masing seramai 3 orang (10%) dan fakulti FPSK seramai 2 orang (7%).
Hasil kajian demografi responden mengikut fakulti menunjukkan tiada responden
dari fakulti FKAB dan FPG. Secara amnya, jumlah responden ialah seramai 30
orang (100%).

2.3 Kefahaman Para Pelajar Kampus Tentang Pemikiran Logik

Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman para
pelajar kampus USIM tentang pemikiran logik. Pengkaji memberi pernyataan
tentang konsep logik secara umum.

Logik dapat diertikan sebagai kaedah berfikir


yang betul
60%

50% 53%
40%

30%
30%
20%

10% 17%
0% 0%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 1: Pemikiran Logik Sebagai Kaedah Pemikiran yang Betul

Rajah 1 menunjukkan pernyataan logik dapat diertikan sebagai kaedah berfikir


yang betul, majoriti responden setuju dengan pernyataan tersebut iaitu seramai 16
orang (53%) dan seramai 9 orang (30%) sangat bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Manakala, baki responden iaitu seramai 5 orang (17%) memilih neutral.

18
Secara keseluruhannya, bagi pernyataan logik dapat diertikan sebagai
kaedah berfikir yang betul, majoriti pelajar setuju dengan pernyataan tersebut. Ini
membuktikan bahawa pelajar faham akan pernyataan konsep pemikiran logik
berikut. Baki daripada 30 orang tersebut, iaitu seramai 5 orang pelajar (17%)
memilih neutral dan ini berkemungkinan mereka masih cuba memahami atau
mereka mempunyai pendapat mereka tersendiri dalam merungkai pemahaman
tentang pemikiran logik.

Logik ialah kaedah berfikir yang saintifik


dalam melihat sesuatu hakikat dan
kebenaran
60%
50%
50%
40%
40%
30%
20%
10%
0% 0% 10%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 2: Pemikiran Logik Sebagai Kaedah Berfikir yang Saintifik dalam Melihat Sesuatu
Hakikat dan Kebenaran

Rajah 2 menunjukkan pernyataan logik ialah kaedah berfikir yang saintifik dalam
melihat sesuatu hakikat dan kebenaran, majoriti responden setuju dengan
pernyataan tersebut iaitu seramai 15 orang (50%) dan seramai 12 orang (40%)
sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Manakala, baki responden iaitu seramai
3 orang (10%) memilih neutral.

Secara keseluruhannya, pengkaji memperoleh keputusan yang baik bagi


pernyataan yang kedua ini kerana majoriti responden setuju akan pernyataan logik

19
merupakan kaedah berfikir yang saintifik dalam melihat sesuatu hakikat dan
kebenaran. Ini membuktikan seramai 27 orang iaitu 90 peratus (90%) pelajar faham
dan mereka menggunakan pemikiran logik dalam kehidupan seharian mereka
dalam melihat sesuatu hakikat dan kebenaran.

Penilaian menjadi asas penting bagi


menentukan apa yang boleh diterima atau
apa yang patut ditolak
80%
70%
60% 67%
50%
40%
30%
33%
20%
10%
0% 0% 0%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 3: Penilaian Menjadi Asas Penting Bagi Menentukan Apa yang Boleh Diterima
atau Apa yang Patut Ditolak

Rajah 3 menunjukkan pernyataan penilaian menjadi asas penting bagi menentukan


apa yang boleh diterima atau apa yang patut ditolak, majoriti responden setuju
dengan pernyataan tersebut iaitu seramai 20 orang (67%) dan seramai 10 orang
(33%) sangat setuju dengan pernyataan tersebut.

Secara keseluruhannya, bagi pernyataan yang ketiga dalam menilai


pemahaman pelajar tentang pemikiran logik, pengkaji mendapati kesemua pelajar
memilih setuju. Ini menunjukkan pelajar faham akan pemikiran logik merupakan
penilaian yang menjadi asas penting bagi menentukan apa yang boleh diterima atau
apa yang boleh ditolak. Pernyataan ini amat mudah untuk difahami kerana mudah
dikaitkan malah lebih kerap berlaku dalam kehidupan seharian pelajar

20
Keputusan muktamad melalui pemikiran
logik hanya boleh dilakukan berdasarkan
bukti yang tidak boleh dipersoalkan
40%
35% 37%
30% 33.00%
25%
20% 23%
15%
10%
5%
3% 3%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 4: Keputusan Muktamad Melalui Pemikiran Logik Hanya Boleh Dilakukan


Berdasarkan Bukti yang Tidak Boleh Dipersoalkan

Rajah 4 menunjukkan pernyataan keputusan muktamad melalui pemikiran logik


hanya boleh dilakukan berdasarkan bukti yang tidak boleh dipersoalkan, majoriti
responden sangat setuju dengan pernyataan tersebut iaitu seramai 11 orang (37%)
dan seramai 10 orang (33%) setuju. Kemudian, seramai 7 orang (23%) memilih
neutral manakala baki responden seramai 1 orang (3%) tidak setuju dan seramai 1
orang (3%) sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut.

Secara keseluruhannya, bagi pernyataan yang keempat ini, pengkaji


mendapati terdapat aneka jawapan daripada responden dan majoriti daripada
mereka memilih setuju. Walaupun begitu, terdapat 6 peratus (6%) daripadanya iaitu
seramai dua orang pelajar tidak setuju akan pernyataan ini. Konsep pemahaman
yang digunakan dalam pernyataan ini menerangkan setiap apa yang kita peroleh
hasil daripada pemikiran logik dan bukti yang tidak boleh dipersoalkan merupakan
keputusan muktamad. Oleh itu, sekiranya bukti yang kita dapati itu kukuh, tulen
dan tidak boleh dipersoalkan, keputusan juga akan dapat dibuat berdasarkan
logiknya perkara yang berlaku.

21
Pemikiran logik dapat membantu otak
membuat penaakulan yang benar
40%

35% 37%
30%
30%
25%

20% 23%

15%

10%
10%
5%
0%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 5: Pemikiran Logik Dapat Membantu Otak Membuat Penaakulan yang Benar

Rajah 5 menunjukkan pernyataan pemikiran logik dapat membantu otak membuat


penaakulan yang benar, majoriti responden setuju dengan pernyataan tersebut iaitu
seramai 11 orang (37%) dan seramai 9 orang (30%) setuju. Kemudian, seramai 7
orang (23%) memilih neutral manakala baki responden seramai 3 orang (10%) tidak
setuju dengan pernyataan berikut.

Secara keseluruhannya, bagi pernyataan pemikiran logik dapat membantu


otak membuat penaakulan yang benar, majoriti daripada responden memilih setuju.
Konsep pernyataan yang digunakan untuk mengkaji pemahaman pelajar dalam
pemikiran logik bagi pernyataan ini amat mudah. Pemikiran logik secara
ringkasnya ialah perkara yang logik iaitu mampu diterima oleh akal dalam apa jua
keadaan. Secara tak langsung, pemikiran logik ini amat membantu dalam membuat
penaakulan yang benar dalam kehidupan seharian pelajar.

22
2.4 Kepentingan Pemikiran Logik dalam Kehidupan Pelajar

Objektif kedua kajian ini adalah untuk mengkaji kepentingan pemikiran logik
dalam kehidupan pelajar. Pengkaji memberi pernyataan tentang kepentingan
pemikiran logik logik dalam kehidupan secara umum.

Menghasilkan satu kesimpulan yang benar


80%

70%

60% 67%

50%

40%

30% 33%
20%

10%
0% 0% 0%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 6 : Pemikiran Logik Menghasilkan Satu Kesimpulan yang Benar

Rajah 6 menunjukkan pernyataan pemikiran logik menghasilkan satu kesimpulan


yang benar, majoriti responden sangat setuju dengan pernyataan tersebut iaitu
seramai 20 orang (67%) dan seramai 10 orang (33%) setuju dengan pernyataan
tersebut.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, semua responden iaitu 100 peratus


(100%) faham dan bersetuju terhadap pernyataan pemikiran logik menghasilkan
satu kesimpulan yang benar. Hal ini membuktikan bahawa pemikiran logik
merupakan aspek yang penting untuk para pelajar dalam mengaplikasikan
keupayaan mereka untuk berfikir. Dengan ini, para pelajar terhindar dari kesalahan
berfikir yang akhirnya akan menghasilkan kesimpulan yang salah dan keliru.

23
Memandu manusia ke arah kebenaran
60%

50%
50%
40%
40%
30%

20%

10%
10%
0% 0%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 7 : Pemikiran Logik Memandu Manusia ke arah Kebenaran

Rajah 7 menunjukkan pernyataan pemikiran logik memandu manusia ke arah


kebenaran, majoriti responden sangat setuju dengan pernyataan tersebut iaitu
seramai 15 orang (50%) dan seramai 12 orang (40%) setuju dengan pernyataan
tersebut. Baki responden iaitu seramai 3 orang (10%) memilih neutral terhadap
pernyataan pemikiran logik memandu manusia ke arah kebenaran.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, kadar peratusan tertinggi pada skala


sangat setuju bagi pernyataan pemikiran logik memandu manusia ke arah
kebenaran dengan kadar 50 peratus (50%) dan diikuti skala setuju dengan kadar 40
peratus (40%). Hal ini menjelaskan bahawa pemikiran logik menjadi asas dalam
ilmu pengetahuan, membentuk landasan-landasan yang bertujuan membentuk
pemikiran manusia dan memandu manusia ke arah kebenaran dalam semua
lapangan yang difikirkan oleh akal.

24
Mendidik kekuatan akal
70%

60%
60%
50%

40%

30% 33%

20%

10%
0% 7% 0%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 8 : Pemikiran Logik Mendidik Kekuatan Akal

Rajah 8 menunjukkan pernyataan pemikiran logik mendidik kekuatan akal.


Majoriti responden iaitu seramai 18 orang (60%) setuju dan seramai 10 orang
(33%) sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Manakala baki responden iaitu
seramai 2 orang (7%) tidak setuju dengan pernyataan pemikiran logik mendidik
kekuatan akal.

Pengkaji dapat merumuskan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa


pemikiran logik dapat mendidik kekuatan akal. Namun, segelintir responden
dengan kadar peratusan 7 peratus (7%) tidak setuju dengan pernyataan pemikiran
logik mendidik kekuatan akal. Secara amnya, sebagai pelajar kampus Islam, logik
dapat mengelakkan diri daripada penguasaan nafsu dan naluri yang terlalu
berpandukan kepada akal. Pemikiran logik mendidik kekuatan akal dan
mengembangkannya dengan perbahasan dan menghasilkan keputusan.

25
2.5 Manfaat Pemikiran Logik Dalam Kehidupan Pelajar

Objektif ketiga kajian ini adalah untuk mengkaji manfaat pemikiran logik dalam
kehidupan pelajar. Pengkaji memberi pernyataan tentang manfaat pemikiran logik
logik dalam kehidupan secara umum.

Menghalang pemikiran negatif


80%

70%

60% 67%

50%

40%

30%

20%
20%
10% 13%
0% 0%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 9 : Pemikiran Logik Menghalang Pemikiran Negatif

Rajah 9 menunjukkan pernyataan pemikiran logik menghalang pemikiran negatif.


Majoriti responden iaitu seramai 20 orang (67%) setuju. Kemudian, seramai 4
orang (13%) sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Manakala baki responden
iaitu seramai 6 orang (20%) memilih neutral terhadap pernyataan pemikiran logik
menghalang pemikiran negatif.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, segelintir responden iaitu seramai 6


orang (20%) masih tidak pasti dengan pernyataan manfaat pemikiran logik
menghalang pemikiran negatif. Walaupun begitu, kadar peratusan tertinggi pada
skala setuju dan diikuti sangat setuju membuktikan bahawa pemikiran logik
menjadi satu medium yang menghalang pemikiran yang negatif daripada merebak
ke dalam minda. Dengan ini, pelajar akan lebih berkeyakinan terhadap setiap idea
atau teori pemikiran yang dipegang.

26
Meningkatkan kecerdasan dan kemampuan berfikir
80%

70%
70%
60%

50%

40%

30%
30%
20%

10%
0% 0% 0%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 10 : Pemikiran Logik Meningkatkan Kecerdasan dan Kemampuan Berfikir

Rajah 10 menunjukkan pernyataan pemikiran logik meningkatkan kecerdasan dan


kemampuan pelajar dalam berfikir. Majoriti responden iaitu seramai 21 orang
(70%) sangat setuju dan seramai 9 orang (30%) setuju terhadap pernyataan tersebut.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, semua responden iaitu 30 orang atau


100 peratus (100%) bersetuju dengan pernyataan pemikiran logik meningkatkan
kecerdasan dan kemampuan berfikir. Hal ini kerana, pemikiran logik dapat
meningkatkan kecerdasan dan kemampuan pelajar dalam berfikir dan membuat
analisis terhadap sesuatu permasalahan serta mendorong pelajar untuk berfikir
secara sistematik.

27
Meningkatkan abiliti seorang pelajar yang berkualiti
60%

50% 53%

40%
40%
30%

20%

10%
0% 0% 7%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 11 : Pemikiran Logik Meningkatkan Abaliti Seorang Pelajar yang Berkualiti

Rajah 11 menunjukkan pernyataan pemikiran logik meningkatkan abiliti seorang


pelajar yang berkualiti. Majoriti responden iaitu seramai 16 orang (53%) setuju dan
seramai 12 orang (40%) sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Manakala baki
responden iaitu seramai 2 orang (7%) memilih neutral terhadap pernyataan
tersebut.

Pengkaji dapat merumuskan bahawa hanya segelintir responden iaitu


seramai 2 orang (7%) yang memilih neutral manakala majoriti reponden bersetuju
dengan pernyataan pemikiran logik membantu meningkatkan abiliti seorang pelajar
yang berkualiti. Hal ini kerana, pemikiran logik menjadikan pelajar dapat berfikir
secara rasional, kritis, tertib dan lurus.

2.6 Penutup

Secara keseluruhannya, dapat diperhatikan dalam bab ini majoriti para


pelajar kampus USIM dapat memahami konsep pemikiran logik dalam kehidupan
seharian dengan baik. Ilmu logik mengajar pelajar berfikir dan menilai sesuatu
sehingga dapat memanifestasikan fikiran agar mampu mempertimbangkan sesuatu
secara realistik.

28
BAB 3
APLIKASI PEMIKIRAN LOGIK DIGUNAKAN DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN PELAJAR

3.0 Pendahuluan
Bab ini membincangkan mengenai aplikasi pemikiran logik yang digunakan dalam
kehidupan seharian pelajar. Pengkaji mengemukakan pernyataan berkaitan
beberapa aplikasi yang mungkin digunakan pelajar dalam kehidupan harian.

3.1 Aplikasi 1: Mengaitkan Sesuatu Alasan dalam Menulis Esei atau Menjawab
Soalan

MENGAITKAN SESUATU
ALASAN DALAM MENULIS ESEI
ATAU MENJAWAB SOALAN
56.7%
60%
50%
40% 33.3%
30%
20% 10%
10% 0% 0%
0%
Sangat tidak Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju
setuju

Rajah 12: Pelajar Mengaitkan Sesuatu Alasan dalam Menulis Esei atau Menjawab
Soalan

Rajah 12 menunjukkan penyataan tentang pelajar yang mengaitkan sesuatu alasan


dalam menulis esei atau menjawab soalan . Majoriti responden setuju dengan
penyataan tersebut iaitu seramai 17 orang (56.7%) dan seramai 10 orang (33.3%)
sangat setuju dengan penyataan tersebut . Manakala, baki responden iaitu seramai
3 orang (10%) memilih neutral .

29
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, peratusan tertinggi terhadap skala
setuju dengan kadar 56.7 peratus (56.7%) bagi pernyataan aplikasi pertama dan
diikuti peratusan kedua tertinggi terhadap skala sangat setuju dengan kadar 33.3
peratus (33.3%). Hal ini kerana, kehidupan sebagai seorang pelajar sentiasa
memerlukan alasan dalam menulis esei atau menjawab soalan. Malah secara
umumnya setiap perkara yang manusia lakukan perlu kepada sesuatu alasan.

3.2 Aplikasi 2: Mencari Kebenaran bagi Membuktikan Kajian dalam


Eksperimen

MENCARI KEBENARAN BAGI


MEMBUKTIKAN KAJIAN DALAM
60%
EKSPERIMEN56.7%
50%

40%
33.3%
30%

20%

10% 6.7%
3.3%
0%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 13 : Pelajar Mencari Kebenaran bagi Membuktikan Kajian dalam Eksperimen

Rajah 13 menunjukkan penyataan tentang pelajar menghasilkan alasan bagi


membuktikan kajian dalam eksperimen . Majoriti responden setuju dengan
pernyataan tersebut iaitu seramai 17 orang ( 56.7%) dan seramai 10 orang ( 33.3%)
sangat setuju dengan pernyataan ini . Manakala terdapat 2 orang (6.7%) memilih
neutral dan 1 orang (3.3% ) memilih tidak setuju .

30
Bedasarkan pemerhatian pengkaji, terdapat segelintir responden tidak
setuju dan memilih neutral bagi aplikasi kedua. Walaubagaimanapun, peratusan
tertinggi terhadap skala setuju dengan kadar 56.7 peratus (56.7%) bagi pernyataan
aplikasi kedua dan diikuti peratusan kedua tertinggi terhadap skala sangat setuju
dengan kadar 33.3 peratus (33.3%). Hal ini kerana, pelajar perlu mencari kebenaran
bagi membuktikan kajian dalam setiap tugasan eksperimen atau kerja kursus.

3.3 Aplikasi 3: Menganalisis Ulasan Pensyarah sebelum Menstruktur Kerja


Kursus

MENGANALISIS ULASAN
PENSYARAH SEBELUM
MENSTRUKTUR KERJA KURSUS
70% 63.3%
60%

50%

40%
30%
30%

20%

10% 6.7%
0% 0%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 14 : Pelajar Menganalisis Ulasan Pensyarah sebelum Menstruktur Kerja Kursus

Rajah 14 menunjukkan pernyataan tentang menganalisis ulasan pensyarah sebelum


menstrukturkan kerja kursus . Majoriti responden setuju dengan pernyataan
tersebut iaitu seramai 19 orang ( 63.30%) dan seramai 9 orang (30%) memilih
sangat setuju dengan penyataan ini . Manakala baki responden iaitu seramai 2 orang
(6.7%) memilih neutral.

31
Pengkaji mendapati peratusan tertinggi terhadap skala setuju pada aplikasi
yang ketiga iaitu menganalisis ulasan pensyarah sebelum menstruktur kerja kursus
dengan peratusan 63.3 peratus (63.3%) iaitu seramai 19 orang diikuti 30 peratus
(30%) iaitu seramai 9 orang yang sangat setuju. Hal ini kerana analisis adalah antara
inisiatif yang penting bagi memastikan maklumat yang diperoleh adalah benar.
Oleh itu, analisis ulasan pensyarah sebelum menstruktur kerja kursus adalah
sesuatu yang perlu dilakukan oleh pelajar bagi mengelakkan berlaku kesalahan.

3.4 Aplikasi 4: Memproses Fakta dan Penyelesaian Sebab

MEMPROSES FAKTA DAN


PENYELESAIAN SEBAB
60%
50%
50%
40%
40%

30%

20%
10%
10%
0% 0%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 15 : Pelajar Memproses Fakta dan Penyelesaian Sebab

Rajah 15 menunjukkan pernyataan tentang membantu pelajar memproses fakta dan


penyelesaian sebab dan bukan bertindak dengan emosi mereka. Majoriti responden
setuju dengan pernyataan tersebut iaitu seramai 15 orang (50%) dan seramai 12
orang (40%) memilih sangat setuju dengan pernyataan ini . Manakala baki
responden iaitu seramai 3 orang (10%) memilih neutral .

32
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, skala setuju memiliki peratusan
tertinggi pada aplikasi yang keempat iaitu memproses fakta dan penyelesaian sebab
dengan kadar peratusan 50 peratus (50%) iaitu seramai 15 orang diikuti skala sangat
setuju dengan kadar 40 peratus (40%) iaitu seramai 12 orang. Hal ini kerana pelajar
perlu melalui proses memproses fakta dan penyelesaian sebab bagi mendapatkan
maklumat yang benar.

3.5 Penutup

Secara keseluruhannya, dapat diperhatikan bahawa dalam bab ini majoriti pelajar
mengaplikasikan pemikiran logik dalam kehidupan . Pemikiran logik dapat
membantu pelajar berfikir bagi menyelesaikan masalah berdasarkan maklumat
yang ada , disimpulkan dan diambil berdasarkan bukti yang betul untuk membuat
sesuatu keputusan.

33
BAB 4

CADANGAN PENGUKUHAN PEMIKIRAN LOGIK

4.0 Pendahuluan

Bab ini membincangkan tentang cadangan pengukuhan pemikiran logik


dari segi pemahaman dan penggunaan pelajar. Terdapat empat cadangan yang
dikemukakan oleh pengkaji dalam borang soal selidik. Empat cadangan tersebut
ialah menganalisis fenomena, reaksi, dan maklum balas, membuat kesimpulan
berdasarkan input, meletakkan nilai yang tinggi terhadap pemikiran logik, dan akhir
sekali menilai cara-cara penyelesaian masalah.

4.1 Cadangan Pengukuhn Pemikiran Logik 1 : Menganalisis Fenomena, Reaksi


dan Maklum Balas

Menganalisis fenomena, reaksi dan maklum


balas
60%

50%
50%
40%

30%
27%
20% 23%

10%
0% 0%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 16 : Menganalisis Fenomena, Reaksi dan Maklum Balas

34
Rajah 16 menunjukkan pernyataan cadangan pertama iaitu menganalisis
fenomena, reaksi, da maklum balas. Majoriti responden setuju dengan pernyataan
tersebut iaitu seramai 15 orang (50%) dan seramai 7 orang (23%) memilih sangat
setuju. Manakala baki responden iaitu seramai 8 orang (27%) pula memilih
neutral.

Secara keseluruhan menunjukkan majoriti responden setuju terhadap


cadangan pengukuhan pemikiran logik yang pertama iaitu menganalisis fenomena,
reaksi dan maklum balas dengan peratusan sebanyak 50 peratus (50%) iaitu seramai
15 orang dan 23 peratus (23%) iaitu seramai 7 orang sangat setuju dengan
pernyataan berikut. Hal ini kerana menganalisis adalah proses untuk mendalami
sesuatu perkara yang berlaku secara sistematik. Ia juga bertujuan untuk
mengenalpasti dan menjelaskan dengan tepat apa yang berlaku dalam sesuatu
perkara,serta melihat kepada pengetahuan yang perlu dilakukan untuk
melaksanakan sesuatu perkara. Dengan adanya proses menganalisis terhadap
sesuatu yang berlaku , maklumat yang diperoleh dapat diproses, disimpulkan dan
diambil berdasarkan bukti yang betul untuk diputuskan.

35
4.2 Cadangan Pengukuhn Pemikiran Logik 2: Membuat Kesimpulan
Berdasarkan Input

Membuat kesimpulan berdasarkan input


60%

50% 53%

40%

30%
30%

20%

17%
10%

0% 0%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 17 : Membuat Kesimpulan berdasarkan Input

Rajah 17 menunjukkan cadangan pengukuhan yang kedua iaitu membuat


kesimpulan berdasarkan input. Hasil daripada soal selidik, majoriti pelajar memilih
setuju iaitu seramai 16 orang (53.3%) dan baki iaitu seramai 9 orang (30%) memilih
sangat setuju. Selebihnya iaitu seramai 5 orang (17%) memilih neutral.

Pengkaji mendapati peratusan tertinggi terhadap skala setuju pada cadangan


yang kedua iaitu membuat kesimpulan berdasarkan input dengan peratusan 53.3
peratus (53.3%) iaitu seramai 16 orang diikuti 30 peratus (30%) iaitu seramai 9
orang yang sangat setuju. Hal ini kerana input adalah maklumat yang diperoleh
setelah berlakunya sesuatu proses. Ia juga dilihat sebagai satu bahan bukti yang
jelas untuk meletakkan kesimpulan. Tanpa input, sebarang kesimpulan tidak boleh
dilakukan kerana ia menjadi asas untuk mendapatkan kesudahan yang boleh
diterima.

36
4.3 Cadangan Pengukuhn Pemikiran Logik 3: Meletakkan Nilai yang Tinggi
terhadap Pemikiran Logik

Meletakkan nilai yang tinggi terhadap


pemikiran logik
45%
40%
40% 36.7%
35%
30%
25%
20% 16.7%
15%
10%
5% 3.3% 3.3%

0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 18 : Meletakkan Nilai yang Tinggi terhadap Pemikiran Logik

Rajah 18 menunjukkan pernyataan cadangan pengukuhan pemikiran logik yang


ketiga iaitu meletakkan nilai yang tinggi terhadap pemikiran logik. Peratus pelajar
yang memilih setuju adalah paling tinggi iaitu seramai 12 orang (40%) dan peratus
kedua tertinggi iaitu neutral seramai 11 orang (36.7%). Seterusnya seramai 5 orang
(16.7%) memilih sangat setuju dengan cadangan tersebut. Manakala, baki
responden iaitu seramai 1 orang (3.3%) memilih tidak setuju dan 1 orang (3.3%)
juga memilih sangat tidak setuju.

Secara menyeluruh, majoriti responden telah memilih setuju dengan kadar


peratus yang tertinggi iaitu 40 peratus (40%) atau seramai 12 orang dan sebanyak
16.7 peratus (16.7%) atau seramai 5 orang sangat setuju. Hal ini demikian kerana
nilai yang tinggi dan berkualiti terhasil daripada peraturan-peraturan atau prinsip-
prinsip yang diterima secara rasional, iaitu sebab sebab penerimaan itu difahami
dan dirasakan berpatutan oleh akal fikiran. Maka, jelaslah nilai yang tinggi dapat
mengukuhkan lagi penggunaan logik dalam sebahagian kehidupan pelajar.

37
4.4 Cadangan 4: Menilai Cara-cara Penyelesaian Masalah

Menilai cara-cara penyelesaian masalah


60%
50%
50%

40% 36.7%

30%

20%
13.3%
10%
0% 0%
0%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Rajah 19 : Menilai Cara-cara Penyelesaian Masalah

Rajah 19 menunjukkan pernyataan cadangan pengukuhan keempat iaitu menilai


cara-cara penyelesaian masalah. Majoriti responden memilih setuju terhadap
terhadap pernyatan cadangan berikut iaitu seramai 15 orang (50%). Seterusnya,
seramai 11 orang (36.7%) memilih sangat setuju. Selebihnya iaitu seramai 4 orang
(13.3%) memilih neutral.

Berdasarkan cadangan pengukuhan yang keempat ini didapati bahawa


majoriti responden iaitu seramai 15 orang dengan kadar 50 peratus (50%) telah
memilih setuju dan 11 orang iaitu 36.7 peratus (36.7%) sangat setuju dengan
cadangan supaya menilai cara-cara penyelesaian masalah. Hal ini kerana, strategi
penyelesaian masalah yang berkualiti adalah amat penting untuk menghasilkan
sesuatu kesimpulan yang benar. Selain itu, penyelesaian masalah adalah satu usaha
mencari atau satu cara yang sesuai dan berkesan dalam mencapai sesuatu matlamat.
Pelajar perlu berfikir dengan logik untuk mencari jalan menyelesaikan masalah,
dengan adanya usaha-usaha mencari jalan atau strategi dapat dinilai tahap kualiti
pemikiran yang diaplikasikan dalam kehidupan mereka.

38
4.5 Penutup

Secara keseluruhan,pengkaji mendapati dalam bab ini majoriti responden yang


terdiri daripada para pelajar kampus USIM bersetuju dengan cadangan pengukuhan
pemikiran logik dilaksanakan berdasarkan pemerhatian borang soal selidik yang
telah dihebahkan, kebanyakan mereka memilih setuju dan kadar peratus yang
setuju dengan cadangan- cadangan tersebut telah juga dilihat sebagai peratus yang
tertinggi berbanding dengan peratus yang lain. Pengukuhan pemikiran logik dalam
kehidupan adalah sangat penting bagi mewujudkan pemikiran dan tindakan yang
berkualiti dan mengelakkan dari berlaku sebarang kekeliruan dan kesilapan dalam
aspek kehidupan seharian.

39
BAB 5

KESIMPULAN

5.0 Pendahuluan

Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji
merumuskan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah
dilakukan dalam bab-bab sebelumnya. Seterusnya yang terakhir, pengkaji
mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai refleksi kepada
keseluruhan kajian disertasi ini.

5.1 Rumusan

Kajian ke atas penggunaan logik akal dalam kehidupan seharian pelajar ini telah
memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Hasil daripada analisis
kajian mendapati majoriti responden terdiri dari kalangan mahasiswa perempuan
yang berumur 20 tahun dan ke atas. Dapatan kajian juga mendapati majoriti
daripada kalangan responden bersetuju bahawa logik dapat diertikan sebagai
kaedah berfikir dengan betu merujuk kepada Rajah 1. Ini menunjukkan para pelajar
dapat memahami konsep pemikiran logik dengan baik dan para responden bersetuju
bahawa penilaian menjadi asas penting bagi menentukan apa yang boleh diterima
atau ditolak. Walaubagaimanapun, masih ada pelajar yang kurang pasti tentang
penyataan yang diberikan oleh para pengkaji dalam borang soal selidik tersebut.

Daripada hasil dapatan soal selidik yang diedarkan kepada responden


berkenaan, didapati hampir semua responden mengaplikasikan kaedah pemikiran
dengan baik dalam kehidupan seharian mereka. Ini dapat dibuktikan kerana para
responden menggunakan kaedah-kaedah yang telah disenaraikan dalam soal selidik
bahagian D. Sementara itu, hasil daripada analisis soal selidik dan pemerhatian
yang dibuat terhadap cadangan pengukuhan pemikiraan logik akal didapati para
responden bersetuju dengan candangan yang telah dikemukakan. Ini menunjukkan

40
bahawa para pelajar dapat mengenalpasti kepentingan logik akal dalam kehidupan
seharian mereka. Kesimpulannya, para responden yang terdiri dari pelajar USIM
didapati menggunakan logik akal dalam kehidupan seharian mereka. Namun,
pengetahuan terhadap ilmu pemikiran logik masih kurang memuaskan kerana ada
dikalangan para pelajar yang masih tidak bersetuju dengan cadangan yang telah
dikemukan dan ada yang masih keliru dengan konsep pemikiran logik.

5.2 Cadangan

Hasil daripada dapatan kajian di atas, pengkaji ingin menyarankan beberapa


cadangan yang boleh dijadikan panduan atau tindakan susulan bagi menyuburkan
lagi perkembangan ilmu pemikiran logik.

5.2.1 Cadangan Pengukuhan Penggunaan Pemikiran Logik dalam Kalangan Para


Pelajar

Dicadangkan kepada pelajar:

1. Mengekploitasi sumber bahan pembelajaran ilmu logik yang yang dikenalpasti


pengiktiranfannya seperti akhbar dan jurnal di internet bagi mengelakkan
kekeliruan dalam memahami ilmu tersebut.

5.2.2 Cadangan Pengukuhan Penggunaan Pemikiran Logik terhadap Guru/Para


Pengajar

Dicadangkan kepada guru:

1. Mengguna pakai sumber percuma untuk pengajaran bahasa Arab terutama melalui
laman-laman web.

2. Melibatkan diri dalam pembangunan bahan pembelajaran ilmu pemikiran logik.


41
3. Para pengajar Ilmu pemikiran logik hendaklah sentiasa diberi pendedahan yang
berbentuk kursus-kursus tentang cara-cara menyedia dan mengendalikan bahan. Ini
adalah perlu kerana sumber kepada ilmu pengetahuan itu bersifat sentiasa bergerak
dan berkembang mengikut perkembangan teknologi semasa.

4. Pensyarah perlulah mempelbagaikan teknik pengajaran yang boleh menarik minat


pelajar seperti penggunaan kaset, melalui aktiviti nyanyian dan sebagainya serta
memperbanyak penyertaan pelajar di dalam kelas.

5.2.3 Cadangan Pengukuhan Penggunaan Pemikiran Logik kepada Kementerian


/Jabatan/Pentadbir Akademik

Dicadangkan kepada pihak yang terlibat;

1. Kementerian Pendidikan hendaklah melengkapkan sekolah atau universiti dengan


kemudahan prasarana yang secukupnya bagi menjana teknologi maklumat supaya
para pelajar dan guru mendapat faedah yang maksimum dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka bersesuaian dengan arus masa kini serta menyediakan bahan
bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini.

2. Teruskan dasar semakan semula sukatan pelajaran ilmu pemikiran logik agar selari
dengan matlamat agama dan keperluan semasa.

3. Mencadangkan agar diadakan bengkel penghasilan bahan pengajaran Ilmu


pemikiran logik kepada pengajar bagi mengaplikasi strategi dan teknik
persembahan bahan yang berkesan.

4. Pelbagaikan pengkhususan bidang pengajian ilmu pemikriran logik di peringkat


Institusi Pengajian Tinggi Dengan ini dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk
mempelajari ilmu tersebut.

42
5. Pihak terbabit perlu mengkaji semula kaedah dan perisian kursus pada masa akan
datang.

6. Para guru perlu diberi pendedahan, latihan dan kursus-kursus kemahiran


penggunaan komputer secara optimum yang berterusan oleh pihak yang
bertanggungjawab seperti Kementerian Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Guru
supaya para guru sentiasa mendapat informasi terkini dan dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan diikuti dengan pengaplikasian teknologi dalam pengkuliahan mereka.

7. Pihak akademik digalakkan agar sentiasa menganjurkan pertandingan-


pertandingan merekacipta dan menghasilkan teknik atau bahan untuk pengajaran
ilmu logik. Cara ini dapat memupuk kreativiti para pelajar.

8. Media massa di Malaysia tidak ketinggalan dalam menyumbangkan sedikit


sebanyak usaha ke arah ini contohnya dengan mewujudkan ruangan dan rancangan
yang menggunakan ilmu pemikiran logik.

5.3 PENUTUP

Kesimpulannya, ilmu pemikiran logik adalah amat penting dalam kehidupan


seharian pelajar keran aia dapat membimbing pelajar untuk berfikir dengan baik
dan dapat membezakan antara yang baik dan sebaliknya. Para pelajar perlu
diberikan pendedahan yang lebih mendalami ilmu pemikiran logik. Oleh itu, kita
semua perlu memainkan peranan dalam merealisisasikan hasrat tersebut dengan
memgikut arus pembangunan teknologi.

RUJUKAN

43
Buku dan Artikel Jurnal
Aminuddin Hassan, Fadzilah Abd Rahman & Sim Kuan Yew. (2015). Pemikiran Logik
Melalui Penggunaan Aplikasi Mudah Alih. International Journal of Education and
Training (InjET) 1(2) November: 1-7 (2015), hlm. 1.
Ching @ Abdd Latif, Lai Che., (2006). “Memetakan Kaedah Analisis Kandungan: Satu
Tinjauan Awal”, Bil 12, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia
Sabah, 47-59.
Jacquette, D. (2002). A Companion to Philosophical Logic. London: Wiley Online Library.
m/s. 2.
Morris, Rebecca, (1994). “Content Analysis in Management Research: A Demonstration
of Advantages & Limitations”. Journal of Management. Vo1. 20, p. 903.
Richard Henry Popkin; Avrum Stroll (1 July 1993). Philosophy Made Simple. Random
House Digital, Inc. m/s. 238. ISBN 978-0-385-42533-9. Dicapai pada 5
March 2012.

Internet
Irlin Erlina Binti Mohamad Nurinsan Binti Haji Rungging 12DT064 12DT076 SESI:
2012/2013 Diploma Tertinggi Perguruan Ugama Syariah ILMU MANTIK IT 0112
“Sejarah Pembangunan Pemikiran Logik Barat dan Islam”, dicapai pada 25 April 2020.
https://www.slideshare.net/Erlinamohamad/kertas-kerja-sejarah-dan-perkembangan-ilmu-
mantik

Khairiah Mohd Yasin, Januari 2014. “Hubungan Budaya dan Ilmu dari Perspektif Barat
dan Islam”, dicapai pada 24 April 2020.
https://www.researchgate.net/publication/306379431_Hubungan_Budaya_dan_Ilmu_dari
_Perspektif_Barat_dan_Islam

Khalid, 23 November 2010. Pengenalan Falsafah Logik- dicapai pada 15 April 2020.
http://khalidismail.blogspot.com/2010/11/pengenalan-falsafah-logik.html?m=1

Penulis Blog Muzik Malaysia. 30 September, 2009). ‘Six Thinking Hat”@Kaedah Enam
Topi Berfikir- Edward De Bono”, dicapai pada 22 April 2020.
http://diaritugasan.blogspot.com/2009/09/six-thingking-hatkaedah-enam-topi.html

Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan, September 2011, “Language
And Thought In The Malay Proverbs@ Bahasa Dan Pemikiran Dalam Peribahasa
Melayu”, dicapai pada 15 April 2020.
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://journalarticle.ukm.my/
2760/1/pp3151_latest.pdf&ved=2ahUKEwjNvcSCu4DpAhXazTgGHRnzDHsQFjAAeg
QIAhAB&usg=AOvVaw3QjcUwNpSVEFu46Zv0te9D

LAMPIRAN

44
Soalan Soal Selidik Melalui Google Form:

DEMOGRAFI RESPONDEN

1. Jantina: Lelaki ( )

Perempuan ( )

2. Umur: 20 tahun ke bawah ( )

21-25 tahun ( )

26-30 tahun ( )

31 tahun ke atas ( )

3. Tahap Pendidikan Tamhidi ( )

Ijazah sarjana muda ( )

Ijazah sarjana ( )

Doktor Falsafah ( )

4. Fakulti: FST ( )

FEM ( )

FSU ( )

FKAB ( )

FPQS ( )

45
FPBU ( )

FPSK ( )

FPG ( )

FKP ( )

Penggunaan Skala Likert:


1- Sangat tidak setuju
2- Tidak setuju
3- Neutral
4- Setuju
5- Sangat setuju

BAHAGIAN A- MENINJAU KEFAHAMAN PELAJAR KAMPUS TENTANG


PEMIKIRAN LOGIK

BIL. PERKARA 1 2 3 4 5

1. Logik dapat diertikan sebagai


kaedah berfikir yang betul.

2. Logik ialah kaedah berfikir


yang saintifik dalam melihat
sesuatu hakikat dan kebenaran.

3. Penilaian menjadi asas penting


bagi menentukan apa yang

46
boleh diterima atau apa yang
patut ditolak.

4. Keputusan muktamad melalui


pemikiran logik hanya boleh
dilakukan berdasarkan bukti
yang tidak boleh dipersoalkan.

5. Pemikiran logik dapat


membantu otak membuat
penaakulan yang benar.

BAHAGIAN B- MENINJAU KEFAHAMAN PELAJAR KAMPUS TENTANG


KEPENTINGAN PEMIKIRAN LOGIK

BIL. PERKARA 1 2 3 4 5

1. Menghasilkan satu kesimpulan


yang benar.

2. Memandu manusia ke arah


kebenaran.

3. Mendidik kekuatan akal.

BAHAGIAN C- MENINJAU KEFAHAMAN PELAJAR KAMPUS TENTANG


MANFAAT PEMIKIRAN LOGIK

47
BIL. PERKARA 1 2 3 4 5

1. Menghalang pemikiran negatif.

2. meningkatkan kecerdasan dan


kemampuan berfikir.

3. Meningkatkan abiliti seorang


pelajar yang berkualiti.

BAHAGIAN D - APLIKASI PEMIKIRAN LOGIK TERHADAP PELAJAR

BIL. PERKARA. 1 2 3 4 5

1. Pelajar mengaitkan sesuatu


alasan dalam menulis esei atau
menjawab soalan.

2. Pelajar menghasilkan alasan


bagi membuktikan kajian
dalam eksperimen.

3. Menganalisis ulasan oleh


pensyarah sebelum
menstrukturkan kerja kursus.

4. Memproses fakta dan


penyelesaian sebab.

BAHAGIAN E- CADANGAN PENGUKUHAN PEMIKIRAN LOGIK (DARI SEGI


PEMAHAMAN DAN PENGGUNAAN)

48
BIL. PERKARA. 1 2 3 4 5

1. Menganalisis fenomena, reaksi


dan maklum balas.

2. Membuat kesimpulan
berdasarkan input.

3. Meletakkan nilai yang tinggi


terhadap pemikiran logik.

4. Menilai cara-cara penyelesaian


masalah.

49

Anda mungkin juga menyukai