Anda di halaman 1dari 29

PEMARKAHAN

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSU

KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

TAJUK

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM MENINGKATKAN


DAYA INGATAN MURID TERHADAP ISI-ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN SEJARAH
DALAM TINGKATAN 4 SAINS 3 DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SYED
OMAR, ALOR SETAR, KEDAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

NUR AFIQAH BINTI AZRI D20121058809 AT 32 SEJARAH

PENSYARAH: DR. NORAINI BINTI MOHAMED NOH

KUMPULAN : AT32 A

Tarikh : 22 MAC 2016

1
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


ABSTRAK
1. BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2-3
1.3 Masalah Kajian 3
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Objektif am 3
1.4.2 Objektif khusus 3
1.5 Tujuan Kajian 4
1.6 Batasan Kajian 4
1.7 Definisi Operasional
1.7.1 Keberkesanan 5
1.7.2 Penggunaan 5
1.7.3 Peta Pemikiran I-Think 5
1.7.4 Meningkatkan 5
1.7.5 Daya ingatan 5
1.7.6 Isi-isi kandungan 6
1.7.7 Topik 6

2. BAB 2 KAJIAN LITERATUR


2.1 Teori-Teori berkaitan Peta Konsep 7-8
2.2 Kajian-Kajian berkaitan Peta Pemikiran I-Think 8-10

3. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN


3.1 Reka Bentuk Kajian 11
3.1.1 Langkah 1: Pengenalpastian isu dan masalah 11
3.1.2 Langkah 2: Perancangan tindakan 11
3.1.3 Langkah 3: Pelaksanaan tindakan 12
3.1.4 Langkah 4: Pemerhatian dan analisis data 12
3.1.5 Langkah 5: Refleksi dan penilaian 12-13

2
3.2 Instrumen Kajian
3.2.1 Ujian pra dan ujian pasca 13
3.2.2 Borang soal selidik 13

4. BAB 4 DAPATAN KAJIAN


4.1 Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pasca 14-17
4.2 Analisis Soal Selidik Tahap Penerimaan Murid 18-19
terhadap Penggunaan Peta Pemikiran I-Think

5. KESIMPULAN 20

6. BIBLIOGRAFI

7. LAMPIRAN

3
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM
MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID TERHADAP ISI-ISI KANDUNGAN
MATA PELAJARAN SEJARAH DALAM TINGKATAN 4 SAINS 3 DI SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SYED OMAR, ALOR SETAR, KEDAH

OLEH

NUR AFIQAH BINTI AZRI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJUNG MALIM, PERAK.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh


murid Tingkatan 4 Sains 3 dalam mengingati isi-isi kandungan topik
dalam mata pelajaran Sejarah. Seramai 26 orang murid 4 Sains 3,
SMK Dato’ Syed Omar, Alor Setar, Kedah yang terlibat dalam kajian
ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan berdasarkan perbualan ringkas
bersama murid Tingkatan 4 Sains 3 dan ujian pra melalui Ujian
Bulanan 3. Hasil daripada perbualan tersebut mereka didapati sukar
untuk mengingati fakta atau isi-isi kandungan sesuatu topik dalam
mata pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian Bulanan 3 juga
kurang memberangsangkan sebelum pengaplikasian Peta Pemikiran I-
Think dalam PdP. Oleh itu, perancangan tindakan difokuskan kepada
teknik untuk meningkatkan daya ingatan murid dengan menggunakan
kaedah penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam PdP dan kajian ini
telah diselesaikan dalam tempoh 12 minggu. Keputusan ujian pasca
yang diuji melalui Peperiksaan Akhir Tahun menunjukkan
peningkatan prestasi murid setelah mengaplikasi penggunaan Peta
Pemikiran I-Think dalam PdP. Melalui soal selidik menunjukkan
murid lebih mengingati dan seronok belajar menggunakan peta
pemikiran ini.

Kata kunci: Peta Pemikiran I-Think; daya ingatan; ujian pra; ujian
pasca

4
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Secara amnya, dalam konteks pendidikan, kajian tindakan merupakan satu penyelidikan
berkaitan dengan amalan yang diamalkan oleh pengamal seperti guru, pentadbir, kaunselor
sekolah atau individu lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang bertujuan untuk menambah baik amalan sedia ada. Lazimnya kajian tindakan merujuk
kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam PdP.

Menurut Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2007), kajian tindakan merupakan kajian
yang dijalankan berdasarkan teori-teori atau metodologi pembelajaran dalam sesuatu kelas.
Malah, ia juga merupakan kajian berbentuk ilmiah iaitu kajian yang dilaksanakan secara
sistematik mengikut perancangan kajian yang rapi dan teliti serta berobjektif dan beretika
yang mana tidak mempunyai sesuatu kepentingan diri melainkan bertujuan untuk menambah
pengetahuan atau memenuhi sesuatu keperluan seperti memperbaiki prestasi kerja. Menurut
Glickman, Gordon & Ross Gordon pula (2001), kajian tindakan dalam pendidikan
merupakan kajian yang dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah hasil daripada aktiviti-aktiviti
menambah baik pengajaran dan untuk mendapatkan hasil terbaik, kajian tindakan haruslah
dilakukan secara bekerjasama yang melibatkan sesuatu isu pengajaran.

Oleh itu, saya telah melaksanakan suatu kajian tindakan sebagai panduan untuk
memperbaiki mutu pengajaran saya pada masa kelak. Tajuk kajian tindakan saya adalah
Keberkesanan Penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam Meningkatkan Daya Ingatan Murid
terhadap Isi-isi Kandungan Mata Pelajaran Sejarah dalam Tingkatan 4 Sains 3 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar, Alor Setar, Kedah. Peta Pemikiran I-Think
merupakan satu kaedah pengajaran yang membantu memudahkan guru untuk mengajar dan
memudahkan murid untuk memahami isi kandungan dalam sesuatu topik. Di samping itu
juga, penggunaan Peta Pemikiran I-Think dapat menarik perhatian murid ketika belajar
kerana ia mempunyai pelbagai bentuk menarik yang memudahkan murid untuk
mengenalpasti isi-isi penting dalam sesuatu topik.

5
1.2 Latar Belakang Kajian

Berdasarkan Sukatan Pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


(2000), Sejarah merupakan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima
tahun. Oleh itu, kurikulum Sejarah pada peringkat Sekolah Menengah Rendah (SMR)
mempunyai kesinambungannya pada peringkat Sekolah Menengah Atas (SMA). Hal ini
supaya dapat memperkukuh dan memperkembang asas-asas pengetahuan, nilai-nilai murni,
kemahiran belajar dan pengalaman yang telah diperoleh dalam kalangan murid. Pada
peringkat SMR, kandungan kurikulum berfokus pada pemahaman yang menyeluruh dan
memberi gambaran jelas tentang sejarah negara. Oleh itu, kandungan kurikulum Sejarah lebih
berbentuk rentetan peristiwa yang membincangkan tentang aspek kehidupan masyarakat dan
negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kurikulum Sejarah dalam peringkat SMA pula
dirancang bertujuan agar murid mendapat perspektif yang lebih luas tentang proses
perkembangan masyarakat dan negara. Bagi melengkapkan perspektif pendidikan Sejarah,
sejarah perkembangan dan proses evolusi peradaban dunia dikaji dan KBSM menegaskan
kesepaduan unsur pengetahuan, peningkatan daya intelek, pemupukan nilai-nilai murni dan
perkembangan kemahiran belajar.

Rata-rata murid sekolah menyatakan bahawa mata pelajaran Sejarah merupakan mata
pelajaran yang amat membosankan dan mereka tidak berminat untuk mempelajari mata
pelajaran ini kerana tidak memahami pengajaran guru dan sukar mengingati isi-isi kandungan
dalam topik mata pelajaran Sejarah. Hal ini telah memberi kesan terhadap pencapaian mereka
dalam mata pelajaran ini yang mana ia kurang memberangsangkan. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab bagi guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini untuk mengubah perspektif
ini dan cuba mempelbagaikan kaedah pengajaran masing-masing agar dapat meningkatkan
pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Sejarah.

Saya telah berpraktikal di Sekolah Menengah Dato’ Syed Omar di Alor Setar, Kedah.
Sekolah ini mempunyai dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang kerana
bangunan di sekolah ini yang terhad. Majoriti murid di sekolah ini terdiri daripada kaum
Melayu dan terdapat juga murid kaum Cina dan India yang bilangannya amat sedikit. Saya
mengajar mata pelajaran Sejarah bagi kelas 4 Sains 3 dan kelas 4 Akaun dan saya juga
mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi kelas 2 KRK 2 dan
juga kelas 4 Perdagangan. Bagi mata pelajaran Sejarah, saya perlu mengajar 3 waktu di kelas

6
4 Sains 3 dan 4 waktu di kelas 4 Akaun. Bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, saya perlu mengajar 2 masa untuk kedua-dua kelas iaitu 2 KRK 2 dan 4
Perdagangan.

Begitu jugalah fenomenanya seperti yang saya nyatakan sebelum ini dalam kalangan
murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar berkenaan dengan perspektif
murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Rata-ratanya mereka tidak meminati mata pelajaran
Sejarah. Salah satu faktor mereka tidak meminati mata pelajaran Sejarah adalah kerana sukar
mengingati isi-isi kandungan topiknya.

Lantaran itu, saya melaksanakan kajian tindakan untuk mengatasi masalah ini dan
saya hanya memfokuskan terhadap kelas 4 Sains 3. Bagi mengatasi masalah ini, saya
menggunakan kaedah Peta Pemikiran I-Think dalam meningkatkan daya ingatan murid
terhadap isi-isi kandungan mata pelajaran Sejarah. Kaedah ini menjadi tunjang kepada kajian
tindakan saya dan saya akan menganalisis sejauh mana keberkesanan penggunaan Peta
Pemikiran I-Think dalam meningkatkan daya ingatan murid terhadap isi-isi kandungan mata
pelajaran Sejarah dalam kalangan murid kelas 4 Sains 3. Saya menggunakan kaedah peta
pemikiran ini kerana ia dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual iaitu
iaitu Peta Bulatan, Peta Pokok, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Dakap, Peta Alir, Peta
Pelbagai Alir dan Peta Titi yang mudah diguna pakai dan difahami merentasi kurikulum.
(Rujuk Lampiran 1)

1.3 Masalah Kajian

Sewaktu pertama kali saya mengajar di kelas 4 Sains 3, saya bertanya kepada murid kelas ini
cara pengajaran guru mata pelajaran Sejarah kelas ini ketika mengajar. Saya mendapati
bahawa cara pengajaran guru tersebut ialah menggunakan kaedah chalk and talk. Setelah
guru tersebut selesai mengajar, latihan akan diedarkan dan akan dibincangkan sebelum
tamatnya kelas. Namun, mereka masih tidak memahami dan mengigati isi kandungan sesuatu
topik yang telah diajar.
Oleh itu, saya dapat simpulkan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah
mengingati isi kandungan dalam sesuatu topik. Mereka juga ada menyatakan bahawa cara
pengajaran tersebut membosankan dan tidak mengambil perhatian semasa guru tersebut
mengajar. Secara keseluruhan, pencapaian mereka dalam peperiksaan juga kurang

7
memberangsangkan. Saya yakin jika saya dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah
PdP, sikap negatif dan pencapaian murid 4 Sains 3 yang rendah dalam mata pelajaran Sejarah
akan dapat diperbaiki.

1.4 Objektif Kajian


Berikut adalah objektif-objektif kajian ini:

1.4.1 Objektif am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid terhadap isi-isi
kandungan keseluruhan topik bagi mata pelajaran Sejarah.

1.4.2 Objektif khusus

1. Membantu murid mengenalpasti isi-isi penting dalam sesuatu topik mata pelajaran
Sejarah.
2. Meningkatkan kemahiran murid untuk menjelaskan sesuatu isi kandungan dalam
topik mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4.
3. Meningkatkan daya ingatan pelajar melalui teknik penggunaan Peta Pemikiran I-
Think.
4. Mengubah cara pengajaran guru supaya murid merasakan proses pembelajaran adalah
menyeronokkan.

1.5 Tujuan Kajian


Tujuan kajian ini dibuat adalah bagi mengenalpasti keberkesanan penggunaan Peta Pemikiran
I-Think dalam kalangan murid Tingkatan 4 Sains 3.

1.6 Batasan Kajian


Kajian ini terbatas kepada objektif-objektif kajian yang dinyatakan sahaja dan hanya
memfokuskan murid Tingkatan 4 Sains 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed
Omar, Alor Setar, Kedah sahaja iaitu seramai 26 orang (Lelaki: 23 orang, Perempuan: 3
orang).

8
1.7 Definisi Operasional

1.7.1 Keberkesanan

Keberkesanan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013) ialah perihal berkesan, iaitu
berkesan sesuatu tindakan atau perbuatan. Di samping itu ia juga bermaksud sesuatu
tindakan yang dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya.

1.7.2 Penggunaan

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2013), penggunaan adalah perihal tentang
perbuatan, kegiatan dan lain-lain lagi atau menggunakan sesuatu. Menurut Kamus Pelajar
Edisi Kedua, penggunaan bermaksud perbuatan iaitu usaha atau kegiatan menggunakan
sesuatu.

1.7.3 Peta Pemikiran I-Think

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) mendefinisikan Peta Pemikiran sebagai alat


berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah
diguna pakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh diguna pakai oleh murid seawal
usia 4 tahun. Terdapat 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan iaitu Peta Bulatan,
Peta Pokok, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Dakap, Peta Alir, Peta Pelbagai Alir dan
Peta Titi. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, I-Think bermaksud innovative
thinking atau pemikiran inovatif yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid
yang kreatif, kritis dan inovatif.

1.7.4 Meningkatkan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), meningkatkan bermaksud


memperhebatkan daya usaha.

1.7.5 Daya ingatan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), daya ingatan bermaksud kekuatan
atau keupayaan fikiran untuk mengingat sesuatu atau seseorang. Mengikut Atan Long
(1968) dalam Yusuf Boon (2010), ingatan dapat didefinisikan sebagai kebolehan
seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan
pengalaman untuk disimpan dalam otaknya. Berdasarkan Yusuf Boon (2010), proses

9
kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam
otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.

1.7.6 Isi-isi kandungan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), isi kandungan adalah sesuatu yang
dikandung oleh sesuatu yang lain atau yang termuat di dalam sesuatu seperti bungkusan,
buku, surat dan sebagainya.

1.7.7 Topik

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), topik bermaksud perkara yang
dibincangkan, dipercakapkan dan dipelajari.

10
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Teori-Teori berkaitan Peta Konsep

Peta konsep dan Peta Pemikiran I-Think bukanlah dua perkara yang berbeza. Kedua-duanya
adalah berkaitan dengan gabungan maklumat atau idea dalam sesuatu bentuk visual. Perkara
yang membezakannya adalah peta pemikiran ini mempunyai pelbagai bentuk seperti Peta
Bulatan, Peta Pokok, Peta Buih, Peta Buih Berganda dan sebagainya berbanding peta konsep
yang hanya terikat dengan bentuk tertentu sahaja. Terdapat beberapa teori pembelajaran yang
membuktikan bahawa pembelajaran melalui peta konsep ini membantu murid mudah
memahami dan mengingati perkara yang dipelajari.

Ausubel (1963) dalam Woolfolk (1964) telah mengasaskan idea pembelajaran


bermakna yang dikenali sebagai Teori Pembelajaran Bermakna. Dalam teori ini, maklumat
dalam bentuk idea dan hubungan antara idea-idea tersebut diambil bersama. Manakala
pembelajaran hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna kerana bahan yang
dipelajari tidak mempunyai hubungan dengan ‘expository’ untuk menunjukkan pembelajaran
bermakna lebih baik daripada pembelajaran resepsi.

Berdasarkan Ausubel (1963) dalam Ee Ah Meng (2005), segala maklumat yang


dipelajari melalui cara yang lebih bermakna dapat diaplikasikan ke dalam struktur kognitif
sedia ada yang mana ia merupakan pengetahuan sedia ada yang terdiri daripada fakta, konsep
dan generalisasi yang pernah dipelajari oleh para pelajar. Di samping itu, Ausubel juga
menekankan bahawa maklumat yang dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih
lama berbanding dengan apa yang dipelajari secara hafalan. Novak (1993) juga
bersependapat bahawa sekiranya seseorang murid hanya menghafal maklumat maka
maklumat itu hanya boleh disimpan dalam jangka masa pendek iaitu ingatan hanya boleh
memegang 7 item sahaja. Novak menyatakan bahawa seseorang yang pintar hanya boleh
mengingat 7 item sahaja daripada maklumat yang dipelajari.

Selain itu, terdapat juga teori lain yang berkaitan dengan peta konsep iaitu Teori
Pembelajaran Konstruktivisme. Berdasarkan Eggen dan Kauchak (2004), teori ini
menekankan pembinaan pengetahuan oleh murid sendiri yang bermaksud murid dapat
membina kefahaman mereka sendiri dalam sesuatu topik yang dipelajari berbanding dengan
kefahaman yang dipindahkan kepada mereka melalui sumber lain. Menurut Shahabuddin

11
Hashim dan Rohizani Yaakub (2004) pula, konstruktivisme memberi penekanan kepada
pelajar supaya aktif dengan mengkaitkan pengetahuan baru yang diperoleh dengan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada dalam minda mereka kemudiannya mengaplikasikan
pengetahuan sedia ada dan apa yang difahami kepada pelbagai situasi.

Seterusnya, teori lain yang berkaitan dengan peta konsep adalah teori pembelajaran
berasaskan kognitif yang mana ia menekankan bagaimana individu boleh mengekalkan
maklumat dalam ingatan mereka iaitu melalui kemahiran menggunakan ingatan jangka
panjang. Jika individu boleh menggunakan ingatan jangka panjang, ia dapat membina satu
rangkaian pengetahuan yang berhubung kait dan berstruktur yang mana jika pengetahuan itu
diimbas atau diperlukan (Mat Jamudin 2002). Berdasarkan teori ini, pada peringkat pertama
tumpuan murid akan fokus kepada bahan rangsangan. Ingatan di peringkat ini dikenali
sebagai ingatan sensori. Menurut Lefrancois (2000) dalam Mat Jamudin (2002), rangsangan
memerlukan deria bagi menentukan sama ada murid memberi tumpuan terhadap perkara
yang hendak dibincangkan. Berdasarkan Leahey dan Harris (1997), maklumat yang diterima
oleh ingatan ini berada dalam bentuk objek-objek dan peristiwa yang berlaku di sekitarnya.
Keupayaan ingatan ini tidak terhad kepada bilangan maklumat yang boleh disimpan tetapi
sekiranya pemprosesan tidak berlaku dengan segera maka maklumat akan cepat hilang.

Secara keseluruhan, dapat saya katakan bahawa pembelajaran melalui peta konsep
dapat menghubungkan idea-idea maklumat yang memudahkan pelajar untuk mengingatinya
kerana ia lebih teratur dan berstruktur. Di samping itu juga, dengan menggunakan peta
konsep mahupun Peta Pemikiran I-Think murid dapat memproses maklumat dan
menzahirkannya dalam bentuk visual seterusnya mereka dapat mengingatinya untuk jangka
masa yang panjang.

2.2 Kajian-kajian berkaitan Peta Pemikiran I-Think

Di peringkat antarabangsa, pelbagai kajian penandarasan telah dilaksanakan bagi tujuan


penambahbaikan mutu pembelajaran dan pengajaran. Dapatan Hasil kajian oleh TIMMS
(Trend in International Matematics and Science Study) dan PISA (Programme for
International Student Assesment) memperlihatkan bahawa Jepun, Singapura dan Finland
telah menggapai pencapaian tahap pendidikan yang tinggi. Faktor kualiti guru adalah
penyumbang kepada kejayaannya. Namun, hasil dapatan kajian daripada TIMSS dan PISA

12
menunjukkan murid di Malaysia masih berada pada tahap yang rendah terutamanya dalam
subjek Bahasa, Sains dan Matematik yang mana murid berpengetahuan tetapi tidak dapat
mengaplikasikan pengetahuan mereka. Oleh itu, pengenalan Program I-Think bertujuan
untuk melahirkan modal insan masa depan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif serta
memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Bagi tujuan tersebut, guru hendaklah
mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk menjana kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dalam kalangan murid. Salah satu alat pemikiran yang sesuai ialah Peta Pemikiran I-Think.
Hal ini demikian kerana 80% daripada maklumat yang diterima oleh otak adalah dalam
bentuk visual. 40% daripada saraf gentian dalam badan yang disambung ke bahagian otak
adalah dihubungkan dengan retina. 36,000 mesej dalam bentuk visual dapat diterima oleh
mata dalam masa satu jam.

Oleh itu, wajar sekali sekiranya peta pemikiran digunakan bagi penerimaan maklumat
khususnya dalam proses PdP. Berdasarkan kajian kecerdasan, peta pemikiran telah
menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara
visual dalam bentuk grafik. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Laura (2011), peta
pemikiran telah berjaya meningkatkan keupayaan pelajar untuk membanding beza sebanyak
69% disamping dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar.
Menurut Hyerle (2000), peta pemikiran dapat mengubah persepsi dan harapan guru kerana
beliau mendapati bahawa peta pemikiran menjadi alat yang dapat menghubungkan jurang
budaya antara guru dan murid. Hal ini demikian kerana setiap peta pemikiran dapat
meningkatkan kemahiran kognitif murid, iaitu mendefinisikan konsep, menerangkan,
mengenal pasti, mengkategori dan menyusun maklumat, membanding beza, sebab dan akibat,
menganalisa dan membuat keputusan.

Selain itu, melalui peta pemikiran juga guru dan murid dapat berkomunikasi secara
berkesan. Akhirnya, murid akan memperoleh keyakinan untuk berkomunikasi. Hasil daripada
pemerhatian yang telah dijalankan oleh Zohar (2004), penggunaan peta pemikiran telah
berjaya meningkatkan pelaksanaan aktiviti bagi KBAT. Malah, beliau juga menyatakan
bahawa murid mempunyai akses yang konsisten terhadap kemahiran berfikir aras tinggi.
Dengan cara ini, murid akan dapat berkongsi pemikiran dalam bentuk visual.

Secara keseluruhan, berdasarkan teori-teori berkenaan dengan peta konsep dan kajian-
kajian lepas mengenai peta pemikiran I-Think, saya mendapati bahawa proses PdP dapat
terlaksana dengan efektif sekali kerana pembelajaran murid melalui Peta Pemikiran I-Think

13
yakni ia juga merupakan kerangka daripada peta konsep lebih berstruktur. Seperti yang kita
ketahui, peta pemikiran mempunyai 8 bentuk seperti Peta Buih, Peta Bulatan, Peta Pokok dan
sebagainya. Maka ia dapat menjadikan sesuatu pembelajaran mudah diserap ke dalam minda
sebagai pengetahuan kerana ia berbentuk visual. Hal ini demikian kerana 80% daripada
maklumat yang diterima oleh otak adalah dalam bentuk visual.

14
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian


Terdapat beberapa langkah yang saya sediakan dalam reka bentuk kajian ini. Langkah-
langkah tersebut adalah seperti di bawah:

3.1.1 Langkah 1: Pengenalpastian isu dan masalah


Saya telah mengenal pasti masalah utama yang dihadapi oleh murid iaitu mengingati isi
kandungan dalam sesuatu topik melalui perbualan dengan murid kelas 4 Sains 3 sewaktu
pertama kali mengajar kelas tersebut. Saya bertanya kepada murid kelas ini cara
pengajaran guru matapelajaran Sejarah kelas ini ketika mengajar. Saya mendapati bahawa
cara pengajaran guru tersebut ialah menggunakan kaedah chalk and talk. Setelah guru
tersebut selesai mengajar, latihan akan diedarkan dan akan dibincangkan sebelum
tamatnya kelas. Namun, mereka masih tidak memahami dan mengingati isi kandungan
sesuatu topik yang telah diajar.

3.1.2 Langkah 2: Perancangan tindakan


Setelah mengetahui masalah yang dihadapi, saya mencari jalan penyelesaian alternatif
bagi menyelesaikan masalah tersebut iaitu menggunakan Peta Pemikiran I-Think dalam
mata pelajaran Sejarah ketika proses PdP berlangsung. Malah, saya juga merancang untuk
membuat ujian pra dan ujian pasca serta pemerhatian. Sebelum pengajaran menggunakan
Peta Pemikiran I-Think dilaksanakan, murid 4 Sains 3 akan diberikan ujian pra iaitu ujian
pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah. Tujuan ujian ini diberikan adalah untuk
mengetahui tahap pencapaian awal murid sebelum penggunaan Peta Pemikiran I-Think
dilaksanakan dalam PdP. Ujian pasca diberikan setelah penggunaan Peta Pemikiran I-
Think dilaksanakan bagi melihat keberkesanan penggunaan peta pemikiran tersebut
dalam PdP. Pemerhatian dilaksanakan bagi melihat reaksi murid ketika kajian dijalankan.
Soal selidik berkaitan tentang tahap penerimaan murid terhadap penggunaan Peta
Pemikiran I-Think dalam proses PdP Sejarah turut dilaksanakan bagi mendapatkan
maklum balas tentang keberkesanannya. Perancangan-perancangan yang dinyatakan akan
menjadi alternatif yang berkait rapat antara satu sama lain dalam melaksanakan kajian
tindakan ini.

15
3.1.3 Langkah 3: Pelaksanaan tindakan
Dalam melaksanakan pengajaran menggunakan Peta Pemikiran I-Think dalam mata
pelajaran Sejarah, saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual
yang ditetapkan. Beberapa langkah perlu dilakukan untuk melaksanakannya. Langkah-
langkah tersebut ialah:
Langkah I: Saya mengemukakan topik yang akan dipelajari dengan menggunakan Peta
Pemikiran I-Think.
Langkah II: Saya memperkenalkan secara umum subtopik dalam topik yang akan diajar.
Saya mengemukakan sebarang pertanyaan kepada murid bagi meningkatkan kesedaran
murid. Murid disusun dalam kumpulan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh guru.
Langkah III: Murid diminta menyiapkan Peta Pemikiran I-Think dalam kumpulan yang
telah ditetapkan oleh mengikut topik yang diberikan oleh saya. Saya membimbing dan
memantau murid semasa menghasilkan Peta Pemikiran I-Think.
Langkah IV: Pembentangan Peta Pemikiran I-Think yang dihasilkan oleh murid secara
berkumpulan dan penilaian daripada saya.

3.1.4 Langkah 4: Pemerhatian dan analisis data


Sebelum pelaksanaan pengajaran menggunakan Peta Pemikiran I-Think, murid diberikan
ujian pra. Kemudian selepas pengajaran menggunakan Peta Pemikiran I-Think
dilaksanakan, murid kelas 4 Sains 3 akan diberikan ujian pasca untuk melihat sama ada
terdapat peningkatan pencapaian. Pengajaran menggunakan peta pemikiran ini
dilaksanakan selama 8 minggu sebaik sahaja ujian pra dilaksanakan. Saya juga
menjalankan pemerhatian terhadap reaksi murid ketika kajian ini dilaksanakan.
Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapat melihat reaksi murid kelas ini kelihatan lebih
berkeyakinan menjawab soalan ujian ketika ujian pasca berlangsung berbanding ujian
pra.
Soal selidik berkaitan tentang tahap penerimaan murid terhadap penggunaan Peta
Pemikiran I-Think dalam proses PdP Sejarah turut dilaksanakan bagi mendapatkan
maklum balas tentang keberkesanannya. Secara keseluruhan, tahap penerimaan murid
berkenaan dengan penggunaan Peta Pemikiran I-Think ini tinggi.

3.1.5 Langkah 5: Refleksi dan penilaian


Pencapaian murid kelas 4 Sains 3 ketika ujian pra dan ujian pasca menunjukkan
peningkatan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah penggunaan Peta

16
Pemikiran I-Think ini banyak membantu meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan
kefahaman murid terhadap perkara yang dipelajari. Malah, suasana PdP menjadi lebih
ceria dan menyeronokkan. Saya dapat melihat rata-rata murid kelas ini kelihatan jauh
lebih berkeyakinan ketika menjawab ujian pasca (Peperiksaan Akhir Tahun) berbanding
ujian pra (Ujian Bulanan 3).
Saya berasa tersentuh apabila terdapat beberapa murid dalam kelas ini menyatakan
bahawa cara pengajaran saya menjadikan mereka lebih mudah untuk memahami dan
mengingati isi kandungan topik dalam mata pelajaran Sejarah. Malah, suasana kelas juga
menjadi lebih ceria kerana murid-murid bergerak aktif ketika proses PdP berlangsung
iaitu ketika melukis Peta Pemikiran I-Think secara berkumpulan berdasarkan topik yang
diberikan dan pembentangan.

3.2 Instrumen Kajian

Saya telah menggunakan borang soal selidik dan ujian pencapaian mata pelajaran Sejarah
(ujian pra dan ujian pasca) untuk melaksanakan kajian tindakan ini.

3.2.1 Ujian pra dan ujian pasca

Ujian pra adalah ujian yang diberikan kepada murid sebelum melaksanakan
penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam proses PdP Sejarah. Ujian ini dilaksanakan
ketika murid menduduki Ujian Bulanan 3. Manakala, ujian pasca diberikan kepada
murid setelah melaksanakan penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam proses PdP
Sejarah. Ujian ini dilaksanakan ketika murid menduduki Peperiksaan Akhir Tahun.

3.2.2 Borang soal selidik

Saya telah menyediakan borang soal selidik bagi mengenalpasti tahap penerimaan
murid kelas 4 Sains 3 terhadap penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam proses PdP
Sejarah berlangsung. Borang soal selidik ini diedarkan kepada murid pada minggu
terakhir kajian ini dilaksanakan. Borang soal selidik ini diperoleh secara terus dengan
meminta responden menjawab dan memulangkan dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Tiga pilihan jawapan ditawarkan kepada responden mengikut skala likert
iaitu, kurang setuju, setuju dan sangat setuju.

17
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Berdasarkan perbandingan antara ujian pra dengan ujian pasca, secara keseluruhan
pencapaian setiap murid semakin meningkat dalam aspek pemarkahan. Keputusan tersebut
dapat dilihat pada jadual di bawah:

BIL. NAMA PELAJAR UJIAN UJIAN


PRA PASCA

1. ARIF ASYRAF BIN BADRULZAMAN 52 60

2. FAKHRUL IZZAT BIN HIZAM 59 70

3. FAKHRUL HAKIMI BIN FAISAL 60 72

4. MOHD KHAIRI BIN JAMEL 52 63

5. MUHD AKMAL BIN ISMAIL 46 50

6. MUHD DANISH HAIQAL BIN ABDUL NASIR 87 93

7. MUHD HAZEIMI BIN ABDUL HALIM 70 90

8. MUHD LUQMAN BIN SUHAIMI 43 62

9. MUHD NAUFAL AZEEM BIN MUHD NAZRI 35 42

10. MUHD SAIFULLAH BIN ZAINAL ABIDIN 57 60

11. MUHD SYAFIQ FITRI BIN MD AKHIR 45 56

12. MUHD ZULFADHLI BIN MUHD YUSUF 59 70

13. MUHD SYAHIN BIN MUHD FADHLI 57 65

14. MUHD SYAHMI AIZAD BIN MD SHAHAR 68 82

15. NURMIE BIN SAAD 60 75

18
16. RASYID BIN RAMLI 37 45

17. MUHD IRFAN IZZUDIN BIN JAMALUDDIN 90 92

18. MOHD AMINUDDIN BIN MOHD RASLI 63 75

19. ANIS SYATIRAH BT ROSLAN 66 78

20. MUHAMAD NAQIB RAFIQI BIN ZULKAFLI 78 90

21. MUHAMMAD AMIRUN AFIQ BIN HAMDAN 61 86

22. WAN AHMAD KHASFI BIN WAN IBRAHIM 58 66

23. SITI AISYAH BT AZIZAN 70 86

24. NUR HIDAYAH BT ROSLI 61 70

25. SYAFIQ YADIY BIN ARSYAD 45 52

26. MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHMAD PESOL 64 80

Jadual 1: Perbandingan pencapaian murid dalam ujian pra (Ujian Bulanan 3) dan
ujian pasca (Peperiksaan Akhir Tahun)

19
Bagi memperlihatkan keputusan pencapaian murid 4 Sains 3 yang positif, saya telah
menganalisis lebih terperinci keputusan ujian pra dan ujian pasca ini dengan
mengklasifikasikan keputusan murid mengikut gred dan pemarkahan serta bilangan murid
mengikut gred dalam bentuk jadual dan juga graf bar.

MARKAH GRED UJIAN PRA (UJIAN UJIAN PASCA (PEPERIKSAAN


BULANAN 3) AKHIR TAHUN)

BILANGAN MURID

70-100 A 5 15

60-69 B 8 6

50-59 C 6 3

40-49 D 5 2

0-39 G 2 0

Jadual 2: Klasifikasi keputusan ujian pra dan ujian pasca mengikut gred dan
pemarkahan beserta bilangan murid

Semasa ujian pra iaitu Ujian Bulanan 3, murid yang memperoleh gred A hanya 5
orang sahaja. Namun jumlah ini semakin meningkat kepada 15 orang murid ketika ujian
pasca. Peningkatan jumlah murid yang memperoleh gred A amat membuktikan bahawa
penggunaan Peta Pemikiran I-Think ini dalam proses PdP sememangnya berkesan. Untuk
gred B pula, seramai 8 orang murid yang memperoleh gred B ketika menduduki ujian pra dan
jumlah ini menurun kepada 6 orang murid semasa ujian pasca. Manakala murid yang
memperoleh gred C semasa ujian pra adalah seramai 6 orang dan jumlah ini menurun semasa
ujian pasca iaitu seramai 3 orang murid sahaja. Jumlah murid yang memperoleh gred D
semasa ujian pra pula adalah seramai 5 orang dan jumlah ini menurun kepada 2 orang murid
ketika ujian pasca. Ketika ujian pra, terdapat 2 orang murid yang gagal iaitu gred G namun
kedua-dua murid yang gagal ini berjaya lulus ketika ujian pasca dengan memperoleh gred D
dan tiada murid yang gagal ketika ujian pasca.

20
Saya juga telah menganalisis keputusan ujian pra dan ujian pasca dengan
menggunakan graf bar bagi memperlihatkan peningkatan pencapaian murid 4 Sains 3 dengan
lebih jelas. Keputusan tersebut adalah seperti di bawah:

KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA


16

14

12

10
UJIAN PRA (UJIAN BULANAN 3)
8

6 UJIAN PASCA (PEPERIKSAAN


AKHIR TAHUN)
4

0
A 70-100 B 60-69 C 50-59 D 40-49 G 0-39

Graf 1: Keputusan ujian pra dan ujian pasca mengikut gred dan pemarkahan beserta
bilangan murid

Berdasarkan graf bar di atas, kita dapat melihat dengan jelas sekali peningkatan
bilangan murid yang memperoleh gred A. Manakala bilangan murid yang memperoleh gred
B, C dan D semakin menurun. Dan hasil yang paling membanggakan adalah tiada murid yang
gagal ketika ujian pasca yakni setelah mengaplikasi penggunaan Peta Pemikiran I-Think
dalam proses PdP.

Secara keseluruhan, berdasarkan hasil dapatan kajian ini, dapatlah ia membuktikan


bahawa penggunaan Peta Pemikiran I-Think meningkatkan daya ingatan murid terhadap isi-
isi kandungan mata pelajaran Sejarah sememangnya berkesan. Hal ini demikian kerana
berlaku peningkatan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca. Seperti yang telah
dinyatakan sebelum ini, ujian pra adalah Ujian Bulanan 3 iaitu sebelum mengaplikasi
penggunaan peta pemikiran dan ujian pasca adalah Peperiksaan Akhir Tahun iaitu selepas
mengaplikasi penggunaan peta pemikiran.

21
4.2 Analisis Soal Selidik Tahap Penerimaan Murid terhadap Penggunaan Peta
Pemikiran I-Think

Berdasarkan hasil analisa soal selidik yang telah dijawab oleh murid, saya mendapati bahawa
murid telah memberikan respon yang positif berkenaan penggunaan Peta Pemikiran I-Think
dalam proses PdP. Hal ini membuktikan tahap penerimaan murid terhadap penggunaan Peta
Pemikiran I-Think adalah tinggi. Berikut adalah analisa soal selidik yang telah dijawab oleh
murid.

Skala Likert:

1. Sangat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Kurang setuju

4. Setuju

5. Sangat setuju

BIL SKALA 1 2 3 4 5

ITEM BILANGAN MURID

1 Pengajaran menggunakan Peta Pemikiran I-Think membuatkan 0 0 5 14 7


saya lebih ingin belajar dan berjaya dalam mata pelajaran
Sejarah.

2 Saya suka mengikuti mata pelajaran Sejarah menggunakan Peta 0 0 0 20 6


Pemikiran I-Think.

3 Kadang-kadang penggunaan Peta Pemikiran I-Think 0 26 0 0 0


menyusahkan saya mempelajari sejarah.

4 Setiap murid harus tahu menggunakan Peta Pemikiran I-Think 0 0 0 15 11


dalam pelajaran mereka.

5 Penggunaan Peta Pemikiran I-Think kurang berguna dalam 23 3 0 0 0


proses pembelajaran.

22
6 Pembelajaran berbantukan Peta Pemikiran I-Think amat 0 0 0 21 5
menyeronokkan, mudah dan realistik.

7 Saya dapat meningkatkan penguasaan konsep dan fakta dalam 0 0 0 0 26


sejarah dengan menggunakan Peta Pemikiran I-Think.

8 Saya suka membuat latihan menggunakan Peta Pemikiran I- 0 0 2 21 3


Think.

9 Pengajaran guru dengan menggunakan Peta Pemikiran I-Think 0 0 0 17 19


lebih berkesan.

10 Saya lebih mudah mengingati fakta dalam sejarah dengan 0 0 0 14 12


penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam proses pengajaran
dan pembelajaran sejarah.

23
BAB 5

KESIMPULAN

Secara kesimpulan, dapat saya katakan bahawa penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam
meningkatkan daya ingatan murid terhadap isi-isi kandungan sesuatu topik dalam mata
pelajaran Sejarah terbukti keberkesanannya. Buktinya, pencapaian murid semakin meningkat
setelah saya mengaplikasikan penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam proses PdP
berbanding pencapaian sebelum penggunaan peta pemikiran tersebut. Penggunaan peta
pemikiran ini bukan sahaja usaha dalam meningkatkan daya ingatan murid terhadap isi-isi
kandungan mata pelajaran Sejarah malah ia juga salah satu usaha membudayakan kemahiran
berfikir dalam kalangan pelajar adalah aspek kesediaan dan kebolehan murid. Hal ini
bermaksud murid akan bersedia untuk berfikir dan memberikan idea apabila diberikan
rangsangan untuk berfikir. Justeru itu, penggunaan alat berfikir seperti peta pemikiran dalam
proses PdP dapat menggalakkan murid untuk berfikir dan membuat penaakluan (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2012).

24
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2007). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Aziah Tajudin & Mohd. Fazli Tajuid (2015). Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng (2005). Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI): Ilmu Pengetahuan Dan
Ketrampilan Ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti.

Eggen, P. & Kauchak, D. (2004). Educational Psychology Window On Classrooms. New


Jersey: Pearson Education, Inc. Journal of College Science Teaching.

Glickman, Carl D., Gordon, Stephen P., & Ross-Gordon, Jovita M. (2001). SuperVision and
Instructional Leadership: A Developmental Approach (5th ed.). Boston: Allyn &
Bacon.

Hyerle. D. (2000). Thinking maps: visual tools for activating habits of mind. In A. L. Inquiry-
Based Science Education for Fifth-Grade Students. Franklin Pierce.
Kamus Dewan. (4th ed.). (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Program I-THINK Seminar Kreativiti dan Inovasi
dalam Kurikulum 2012. Diperoleh pada Mac 10, 2016 daripada
https://www.academia.edu/19205881/i-Think

Laura A. W. (2011). The effect of thinking maps on students’ higher order thinking
skills. US: California State University & Northridge University.
Leahey, T. & Harris, R. (1997). Learning And Cognition. New Jersey: Prentice Hall.

Mat Jamudin Jamrin. (2002). Keberkesanan penggunaan teknik pengajaran peta konsep
dalam mata pelajaran ekonomi asas tingkatan empat. Disertasi Sarjana Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Novak, J.D. (1993). Meaningful learning: The essential factor for conceptual change in
limited or inappropriate propositional hierarchies (LIPHs) leading to empowerment
of learners. The proceedings of the third international seminar on misconception and
educational strategies in sciendce and mathematics. Ithaca, N.Y. Misconceptions
Trust.

25
Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub (2004). Psikologi Pembelajaran & Personaliti.
Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Woolfolk, A.E. (1994). Educational Psychology. (5th ed.). Boston: Allyn and Bacon.

Yusuf Boon (2010). Bab 5 Ingatan. Diperoleh pada Mac 10, 2016 daripada
http://eprints.utm.my/10352/1/bab5.pdf

Zohar, A. (2004). Elements of teachers’ pedagogical knowledge regarding instruction of


higher order thinking. Journal of Science Teacher Education, 15(4), 293-312.

26
LAMPIRAN

Lampiran 1: Lapan bentuk Peta Pemikiran I-Think

27
Lampiran 2: Borang soal selidik

BIL SKALA 1 2 3 4 5

ITEM BILANGAN
MURID

1 Pengajaran menggunakan Peta Pemikiran I-Think membuatkan


saya lebih ingin belajar dan berjaya dalam mata pelajaran Sejarah.

2 Saya suka mengikuti mata pelajaran Sejarah menggunakan Peta


Pemikiran I-Think.

3 Kadang-kadang penggunaan Peta Pemikiran I-Think menyusahkan


saya mempelajari sejarah.

4 Setiap murid harus tahu menggunakan Peta Pemikiran I-Think


dalam pelajaran mereka.

5 Penggunaan Peta Pemikiran I-Think kurang berguna dalam proses


pembelajaran.

6 Pembelajaran berbantukan Peta Pemikiran I-Think amat


menyeronokkan, mudah dan realistik.

7 Saya dapat meningkatkan penguasaan konsep dan fakta dalam


sejarah dengan menggunakan Peta Pemikiran I-Think.

8 Saya suka membuat latihan menggunakan Peta Pemikiran I-Think.

9 Pengajaran guru dengan menggunakan Peta Pemikiran I-Think


lebih berkesan.

10 Saya lebih mudah mengingati fakta dalam sejarah dengan


penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sejarah.

28
Lampiran 3: Aktiviti berkumpulan melakar Peta Pemikiran I-Think

29

Anda mungkin juga menyukai