Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Subjek Geografi Tarikh


Tingkatan 1 Hari
Bilangan Murid Masa
Standard 1.1 ARAH : Arah mata angin dan bearing sudutan
Kandungan
Standard 1.1.3 Menggunakan kompas untuk menentukan arah mata angina
pembelajaran 1.1.4 Mengukur bearing sudutan pada peta dengan menggunakan jangka sudut.
Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat
Pembelajaran 1. Pelajar dapat menentukan arah dan mengukur bearing sudutan sesuatu tempat di
atas peta dengan menggunakan kompas dan jangka sudut
2. Pelajar dapat menentukan arah dan menyatakan bearing sudutan sesuatu tempat di
persekitaran dengan menggunakan kompas dan jangka sudut.

Aktiviti Induksi Set


Guru menunjukkan jangka sudut dan bertanya apa nama alatan yang ditunjukkan dan
kegunaannya.

Aktiviti
1. Guru menjelaskan cara penggunaan jangka sudut yang betul untuk mengukur
bearing sudutan.
2. Dengan menggunakan lembaran kerja/ buku teks, pelajar cuba mengukur bearing
sudutan antara dua tempat dalam peta..
3. Guru membimbing pelajar untuk mengukur bearing sudutan dengan betul

Aktiviti kumpulan (Koperatif)- Mencari Harta Karun ( 20 min)


1. Guru membahagikan pelajar kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan 3 orang pelajar.
2. Dengan menggunakan kompas dan jangka sudut, Guru mengarahkan pelajar
menentukan arah dan mengukur bearing sudutan berdasarkan peta lakar sekolah
yang disediakan .
3. Pelajar akan mencari arah Utara dan mengenalpasti kedudukan lokasi yang lain
berdasarkan soalan ( sekurang-kurang 5 soalan) yang disediakan dalam lembaran
kerja untuk mencari Harta Karun.
4. Kumpulan yang pertama mencari Harta Karun adalah pemenang.

Aktiviti pembentangan ( Koloberatif)


1. Kumpulan pemenang menjelaskan langkah-langkah memperolehi jawapan.
2. Kumpulan pendengar membuat penilaian dan komen.

Penutup
Guru dan pelajar membuat rumusan aktiviti yang dijalankan.

EMK Nilai Murni


BBB Lembaran Kerja ( Peta lakar sekolah), Kompas, Jangka sudut
Refleksi / Catatan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Subjek Geografi Tarikh
Tingkatan 2 Hari
Bilangan Murid Masa
Standard 3.2 Telekomunikasi di Malaysia
Kandungan
Standard 3.2.1 Mengenal pasti alat telekomunikasi di Malaysia
pembelajaran 3.2.2 Menerangkan kemajuan alat komunikasi di Malaysia
3.2.3 Membahaskan kepentingan telekomunikasi di Malaysia

Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat


Pembelajaran 1. Menyenaraikan alat-alat telekomukasi di Malaysia
2. Menjelaskan kemajuan alat komunikasi di Malaysia
3. Menjelaskan dengan contoh kepentingan telekomunikasi di Malaysia.
Aktiviti Induksi Set
Guru menunjukkan telefon pintar kepada murid dan bertanyakan kegunaannya.

Aktiviti kumpulan (Koperatif)


1. Murid dibahagikan dalam 4 kumpulan.
2. Kumpulan 1 melayari internet untuk mencari alat-alat telekomunikasi dulu
hingga sekarang
3. Kumpulan 2 melayari internet mencari kemajuan telekomunikasi di Malaysia
4. Kumpulan 3 dan 4 melayari internet mencari kepentingan dengan contoh
telekomunikasi di Malaysia.
5. Guru menjadi fasiliatator untuk membantu murid mencari maklumat yang betul
dan bersesuaian dengan tajuk

Aktiviti pembentangan ( Koloberatif)


1. Ketua setiap kumpulan membentangkan maklumat tentang.kepentingan dengan
contoh telekomunikasi di Malaysia. Pembentangan menggunakan powerpoint
Kumpulan pendengar membuat penilaian dan komen.
2. Murid daripada kumpulan lain boleh bertanya soalan kepada murid yang membuat
pembentangan

Penutup
Guru dan pelajar membuat rumusan aktiviti yang dijalankan.

EMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi


BBB Telefon pintar, laptop
Refleksi / Catatan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Subjek Geografi Tarikh
Tingkatan 3 Hari
Bilangan Murid Masa
Tajuk Kemahiran Geografi

Subtajuk Bab 1 Kedudukan

Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat


Pembelajaran 1. Mengenal pasti kedudukan Garisan Timuran dan Garisan Utaraan berasaskan peta
topografi
2. Menyatakan dan menunjukkan RG 4 angka dan RG 6 angka berdasarkan ciri-ciri
geografi yang diberi
Aktiviti Induksi Set
Guru menunjukkan sebuah glob dan menanyakan cara menunjukkan kedudukan sesuatu
tempat.

Aktiviti
1. Guru memperkenalkan cara menentukan kedudukan sesuatu tempat dengan
Rujukan Grid.
2. Tunjuk ajar guru tentang cara menentu kedudukan sesuatu tempat dengan
Rujukan Grid 4 angka dan 6 angka.

Aktiviti kumpulan (Koperatif)


1. Murid duduk secara berpasangan.
3. Murid berbincang dalam kumpulan untuk menentukan kedudukan Rujukan Grid
tempat-tempat yang ditetapkan berdasarkan peta lakar yang diberikan.
4. Murid memberi jawapan mengikut kumpulan.

Penutup
Guru dan pelajar membuat rumusan aktiviti yang dijalankan.

KBKK/ KBAT Menunjukkan RG 4 angka dan RG 6 angka berdasarkan ciri-ciri geografi yang diberi
I Think Peta pokok
BBB Glob
Nilai Ketepatan
Refleksi / Catatan

Anda mungkin juga menyukai