Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Kelas Bil Murid Masa Tarikh Tema Tajuk

: Kajian Tempatan : 5 Aman : / 41 orang : 7.40 pagi 8.40 pagi (1 jam) : 18 Februari 2014 : Mengenal Negara Kita : Unit 2 Geografi Fizikal (A. Bentuk Muka Bumi) saliran, pinggir laut dan kepulauan : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : 1. Menyuai padankan sekurang-kurangnya 3 ciri-ciri setiap bentuk muka bumi yang terdiri daripada saliran dan pinggir laut dan kepulauan 2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 hubungkaitan bentuk muka bumi dengan kepentingan mengikut kepelbagaian sektor di Malayia. 3. Membuat perbandingan antara tanah tinggi dan tanah pamah melalui lukisan. : 1. Suai padan ciri-ciri setiap bentuk muka bumi yang terdiri daripada saliran, piggir laut dan kepulauan 2. Hubungkaitkan bentuk muka bumi dengan kepentingan mengikut kepelbagaian sektor di Malaysia. 3. Perbandingan antara tanah tinggi dan tanah pamah melalui lukisan, : Bekerjasama, berani , bersungguh-sungguh, keberanian tampil ke hadapan serta berbangga dan bersyukur dengan bentuk muka bumi di Malaysia : Sayang dan bersyukur dengan bentuk muka bumi serta sektor yang ada di Malaysia : Murid tahu beberapa keistimewaan tempat dan sektor yang ada di Malaysia

Hasil Pembelajaran

Isi Pelajaran

Penerapan Nilai Murni

Unsur-unsur Patriotisme

Pengetahuan sedia ada

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: Bahan marker ilmu Gambar beserta kad perkataan Lembaran kerja Kertas warna

Jumlah 1 1 set 41 set 41 set

Prosedur Pelaksanaan Alam Sekitar/ Unsur Patriotisme/ Sumber P&P/Isi Pelajaran Set Induksi (5 Minit) 1. Murid ditayangkan dengan dua keping gambar iaitu gambar pemandangan di sungai dan pulau. 2. Murid ditanya apakah perbezaan di antara dua gambar tersebut. 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan topik yang akan diajar pada hari ini iaitu Bentuk Muka Bumisaliran dan pinggir laun.

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari/ Kemahiran Generik

Catatan (Penerapan Nilai Murni/ Nilai Alam Sekitar/ Unsur Patriotisme/ Sumber P&P/Isi Pelajaran

KBKK : - Memberikan maklum balas,

Kecerdasan Pelbagai: - Verbal Linguistik Strategi : - berfikir, melihat dan mendengar

Soalan guru: 1) Apakah yang kamu dapat lihat bentuk muka bumi di gambar tersebut? 2) Apakah perbezaan antara sungai dan pulau?

Langkah 1 (15 Minit) 1. Murid ditayangkan dengan gambar rajah bentuk muka bumi di negara kita di papan putih. 2. Murid dipilih berdasarkan aktiviti permainan marker ilmu di mana lagu akan dimainkan sambil marker ilmu tersebut diedarkan ke seluruh kelas. 3. Murid terakhir yang memegang marker tersebut apabila lagu dihentikan diminta untuk melabelkan gambar bentuk muka bumi dengan dengan ciri-cirinya menggunakan kad perkataan yang disediakan. 4. Murid berbincang dengan guru dan jawapan yang betul akan diberikan token. Langkah 2 (15 minit) 1. Murid dipamerkan dengan peta minda di hadapan kelas. 2. Murid bersama guru berbincang tentang keistimewaan dan kepentingan bagi setiap bentuk muka bumi bagi melengkapkan peta minda di hadapan kelas. KBKK : - mengelaskan Kecerdasan Pelbagai: - Verbal Linguistik Strategi : - berpusatkan murid Isi pelajaran: -Melabel bentuk muka bumi di negara kita (Saliran-sungai) (pinggir laut dan kepulauanpantai, teluk, tanjung,pulau) BSPP: - marker ilmu, gambar bentuk muka bumi. kad perkataan Nilai: -Berani

KBKK : -Mengenal pasti - membaca dan memperoleh maklumat

Isi pelajaran: - Menghubungkaitkan bentuk muka bumi dengan kepentingan sektor mengikut bentuk muka bumi (Saliran-sumber pengairan,

3. Berdasarkan perbincangan dan merujuk buku teks, muka surat 14 17, murid diminta untuk menyenaraikan kepentingan bentuk muka bumi dan mengisi jawapan pada lembaran kerja yang disediakan. 4. Murid diminta untuk menampal lembaran kerja di dalam buku latihan.

Kecerdasan Pelbagai : - Kinestatik - Linguistik Strategi : berpusatkan bahan

sumber air, jalan perhubungan) (pinggir laut dan kepulauanpelancongan, pelabuhan, perikanan) BSPP: -peta minda -lembaran kerja Nilai murni: -hargai bentuk muka bumi

Langkah 3 (20 minit) 1. Murid diberikan kertas warna setiap seorang. 2. Murid diminta untuk membuat perbandingan antara tanah tinggi dengan tanah pamah melalui lukisan. 3. Murid ditayangkan dengan contoh lukisan guru di hadapan kelas. 4. Hasil kerja murid perlu ditambal di dalam buku latihan untuk disemak. 5. Hasil kerja yang kemas dan kreatif akan diberikan token sebagai ganjaran. Penutup (5 minit) 1. Murid disoal secara rawak tentang nama bentuk muka bumi yang ada di negara kita. 2. Murid diminta untuk memberikan sekurang-kurangnya 2 ciri-ciri bagi setiap bentuk muka bumi. 3. Murid secara rawak diminta untuk menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 kepentingan saliran, pinggir laut dan kepulauan. 4. Murid diterapkan dengan perasaan bersyukur dan berbangga dengan bentuk muka bumi di Malaysia yang pelbagai. 5. Guru menyimpulkan pembelajaran pada hari ini. KBKK : -Mengaplikasi Isi pelajaran: - Perbandingan antara tanah tinggi dan tanah pamah BSPP: - kertas warna Nilai: berusaha, yakin

Kecerdasan pelbagai: -visual -kinestetik

KBKK : Menghubungkait

Nilai : Bersyukur, patriotisme Soalan guru : 1. Apakah ciri-ciri bentuk muka bumi pinggir laut? 2. Adakah keistimewaan saliran? Unsur Patriotisme: -Berbangga dengan bentuk muka bumi di Malaysia

Kecerdasan pelbagai : -interpersonal -verbal linguistik

Anda mungkin juga menyukai