Anda di halaman 1dari 8

Nama: Cik Katty

Nama Sekolah: SMK Taman

Kelas Mengajar: Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua

REFLEKSI MINGGUAN

Minggu: 1

Tarikh: 18-22 Februari 2019

Kelas Mengajar: Tingkatan Satu dan Tingkatan 2

Perkara:

1. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada 18 Februari 2019 (Isnin) adalah merupakan hari saya melapor diri ke SMK
Tam. Pada hari Selasa, kali pertama saya masuk sebagai guru ganti sahaja. Pada hari ini,
didapati pelajar dari Tingkatan 2 Efektif ada yang berbuat bising dan menganggu
rakannya. Saya menarik perhatian pelajar dengan memberikan syarat-syarat seperti jika
pelajar menjawab soalan yang diberikan, pelajar mendapat ganjaran di akhir kelas.
Contoh soalan tentang ‘Berapakah bilangan pemain dalam permainan bola baling, ragbi
sentuh, sepak takraw dan kriket?’ Kemudian, saya menyuruh mereka membuka tali kasut
dan mempelajari membuat ikatan simpul manuk, ikatan buku sila, lilitan balak, bunga
geti, tindih kasih dan ikat ‘tali leher’.

Pada hari Rabu hingga Jumaat, saya berjumpa dengan para pelajar perempuan
yang akan saya ajar matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(PJPK). Sesi suai kenal dijalankan bagi mengenalpasti para pelajar. Saya mengajar
Olahraga Asas bagi Merejam Lembing. Pelajar-pelajar tersebut menunjukkan sifat yang
positif dan menerima saya dengan kerjasama yang baik dan mendengar segala arahan
saya. Objektif saya pada minggu ini supaya pelajar dapat mengambil bahagian dalam
melakukan kemahiran teknik merejam lembing hanya mengunakan batang kayu (batang
penyapu), kerana kekurangan peralatan lembing di stor sukan. Saya juga mendedahkan
syarat-syarat seperti jika pelajar menjawab soalan yang saya berikan, saya akan
memberikan mereka ganjaran di akhir kelas bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan (PJPK). Saya perlu peka dengan kehadiran pelajar, kesihatan dan
keselamatan pelajar, peruntukan masa untuk setiap aktiviti yang dijalankan agar
pengajaran dan pembelajaran yang diberi dapat memberi impak yang positif kepada
pelajar.

2. KO- KURIKULUM

Pada minggu pertama perkhidmatan saya di sekolah, penglibatan ko-kurikulum


dititikberatkan oleh Penolong kanan Ko-kurikulum SMK Tam, hal ini adalah bertujuan
untuk memperolehi pengalaman dan berkongsi ilmu yang diperolehi sebelum ini. Pada
minggu pertama aktiviti ko-kurikulum yang diadakan adalah Sukan dan Permainan. Saya
dikehendaki oleh pihak sekolah untuk mengetuai Senamrobik dan penyejukkan badan di
atas pentas sebelum aktiviti dimulakan. Saya mengendalikan sukan Sofbol bagi pelajar
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Ada beberapa pelajar lelaki dari Tingkatan 1 pernah
mewakili sekolah dan membantu saya mengajar pelajar-pelajar yang lain supaya mereka
faham tentang peraturan permainan sukan Sofbol.

3. INTERAKSI SOSIAL

Pada minggu pertama perkhidmatan sebagai guru praktikal, saya dan semua guru
praktikal yang akan berkhidmat di sekolah SMK Tam telah berjumpa dengan Pengetua
sekolah, Ketua Panitia PJPK sesi Pagi dan sesi Petang, dan juga berkenalan dengan guru-
guru serta staf-staf di sekolah tersebut.

Pada 19 Februari 2019 bersamaan hari Selasa, merupakan hari kedua saya
bertugas sebagai Guru Praktikal dan saya baru mendapat jadual waktu pengajaran guru
pelatih dan Ketua Panitia memberitahu kepada saya tentang guru pembimbing (Cikgu
Fadzlin) yang akan membimbing saya sepanjang sesi saya bertugas sebagai guru pelatih
disekolah ini.
Minggu: 2

Tarikh: 25 Februari – 01 Mac 2019

Kelas Mengajar: Tingkatan 2

Perkara:

1. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada minggu kedua ini sesi pengajaran dan pembelajaran bermula


pelbagai langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PJ dan PK. Pada PdPc pertama yang
dijalankan iaitu Kemahiran hantaran dan menangkap bola dalam sukan Bola
Baling. Pelbagai aspek perlu diambil kira untuk memastikan mutu PdPc pada
tahap maksimum, antaranya, pembetulan pergerakan perlu dititkberatkan untuk
memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya. Didapati pelajar
berminat dengan dalam kemahiran bola baling yang kerana mulanya mereka
berfikir bila bermain bola baling tangan akan sakit, muka kena bola dan tidak
menyeronokkan. Namun didapati kemahiran atas bahu dan lantun yang mereka
pelajari semasa sesi memanaskan badan hendaklah mengikut peredaran zaman
untuk menarik minat para pelajar. Oleh hal demikian, untuk pengajaran
seterusnya pemilihan aktiviti yang dipilih perlulah sesuai dengan kemampuan dan
dapat menarik minat pelajar untuk melakukan aktiviti tersebut.

Bagi PdP kedua iaitu permainan kategori hantaran, menunjukkan sesi set
induksi perlu di pertingkatkan. Para pelajar tidak dapat menumpukan perhatian
semasa sesi pembelajaran kiu berlangsung. Hal ini boleh dipertingkatkan dengan
cara melihat semua pelajar dalam melakukan kemahiran yang diajar pada hari
tersebut. Ini untuk memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai dengan
jayanya. Namun, terdapat beberapa pelajar yang telah menguasai kemahiran-
kemahiran asas bola baling dengan baik. Namun, pada tahap kemuncak,
peruntukan masa perlu di ambil berat agar para pelajar dapat menerokai dan
menggunakan kemahiran yang mereka ada untuk dipraktikan semasa latihan
dalam kumpulan (LDK).

Pada 1 Mac 2019, saya telah ditukarkan untuk mengajar Tingkatan 1,


kerana Guru pembimbing saya yang baru ialah Cikgu Suhaziza.

2. KO-KURIKULUM

Pada minggu kedua perkhidmatan saya di sekolah, aktiviti ko-kurikulum


yang diadakan adalah Kelab dan Persatuan. Bagi Kelab dan Persatuan saya
dibawah Naungan Puan Parasakthy yang merupakan penasihat Kelab
Kebudayaan. Pada hari ini, saya mengajar pelajar Tarian Ngajat bagi kaum Iban
di Sarawak. Objektif saya untuk Kelab ini dimana pelajar melibatkan diri dalam
melakukan kemahiran dalam Tarian Ngajat untuk dipersembahkan pada Hari
Guru nanti.

3. INTERAKSI SOSIAL

Minggu ini, saya dapat guru pembimbing yang baru iaitu Cikgu Suhaziza,
dan saya meminta tunjuk ajar dalam memastikan kawalan pelajar bagi Tingkatan
1 dapat dilaksana dengan baik untuk memastikan PdP berjalan dengan lancar.
Saya juga meminta senarai nama bagi pelajar Tingkatan 1 dari Cikgu Shahida,
walaupun beliau sibuk mengerjakan PdPc waktu itu, namun beliau masih
membantu saya untuk mencari maklumat tersebut. Kerjasama dengan guru-guru
lain dapat dijalankan dengan baik bagi memastikan setiap tugasan yang diberikan
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semua guru SMK Tam menunjukkan sikap
yang peramah bersama guru pelatih. Hal ini memudahkan guru pelatih untuk
melakukan sesuatu tugas yang diberikan.
Minggu: 3

Tarikh: 04 – 08 Mac 2019

Kelas Mengajar: Tingkatan Satu

Perkara:

1. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada minggu ketiga, saya mengajar pelajar Tingkatan 1. Pada PdPc pertama yang
dijalankan iaitu Pergerakan Berirama, dimana pelajar ini telah membuat persembahan
Tarian Joget dan Tarian Sumazau. Penilaian dibuat oleh saya dan dibantu oleh Cikgu Yu
Yek. Pada pdc yang kemuncak, semua pelajar dikenhendaki untuk melakukan tarian
Sumazau dan Tarian Joget mengikut rentak lagu dan lakuan saya.

2. KO-KURIKULUM

Pada minggu ketiga perkhidmatan saya di sekolah, aktiviti ko-kurikulum yang


diadakan adalah Unit beruniform. Pada hari ini, diadakan pertandingan Kawad Kaki bagi
semua Unit beruniform pelajar Sesi Petang.

3. INTERAKSI SOSIAL

Sepanjang minggu ke-3 ini saya kerap berinteraksi bersama guru pembimbing
saya mengenai teknik yang terbaik untuk mendekatkan diri dengan para pelajar kerana
pada ketika itu saya banyak masa terluang untuk berkomunikasi bersama guru
pembimbing saya. Semasa saya berjumpa dengan guru pembimbing, beliau banyak
bertukar-tukar idea mengenai cara dan kaedah yang sesuai untuk membantu sesi
pengajaran saya untuk kelas seterusnya.
Minggu: 4

Tarikh: 11 – 15 Mac 2019

Tingkatan: Tingkatan 1 dan Tingkatan 2

Perkara:

1. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Minggu ke-4 merupakan minggu ujian segak sekolah bagi SMum. Oleh itu, tiada
sesi Pengajaran dan pembelajaran bagi kelas saya waktu keempat selepas rehat pada 12,
13 dan 14 Mac 2019 bersamaan hari Selasa, Rabu dan Khamis. Sepanjang sesi ujian
berlangsung faktor keselamatan pelajar dititikberatkan untuk memastikan tiada
kecederaan pelajar dilaporkan semasa ujian segak tersebut berlangsung. Didapati, tahap
kecergasan pelajar di sekolah SMK pada tahap normal dan sihat. Namun terdapat
beberapa penambahbaikan yang perlu diambil perhatian semasa ujian segak ini
berlangsung untuk penggal ke-2. Langkah untuk memastikan aktiviti ujian segak ini
berjalan dengan lancar adalah dengan memastikan peralatan dan barang yang digunakan
disediakan awal sehari sebelum hari kejadian.

2. KO-KURIKULUM

Pada minggu keempat, pertandingan Kawad Kaki bagi pelajar sesi Pagi
dijalankan di sekolah. Oleh hal sedemikian semua guru menerima tugas masing-masing
bagi mengawal pelajar sesi petang. Saya membantu guru sesi Pagi untuk membuat air
minuman bagi pelajar yang terlibat.

3. INTERAKSI SOSIAL

Semasa minggu ke-4 berkhidmatan di sekolah SMK Taman D


pelbagai perbincangan mengenai pertandingan Kawad Kaki yang berlaku antara
guru-guru. Kerjasama bersama para pelajar juga berlaku, saya memberi sokongan dalam
setiap pertandingan yang berlangsung pada majlis penutupan Kawad Kaki sekolah.

Selain itu, sepanjang minggu ke-4 ini saya berinteraksi bersama guru pembimbing
saya mengenai teknik pembelajaran Abad 21 bagi mata pelajaran PJ dan PK. Guru
pembimbing saya juga menunjukan Bilik Abad 21, dimana dalam bilik darjah tersebut
mempunyai banyak bahan bantu mengajar yang boleh digunapakai dan dipinjam untuk
sesi pembelajaran dalam kelas. Saya juga berinteraksi secara positif bersama guru-guru
lain dan makan bersama mereka semasa makan tengah hari di kantin sekolah.

Anda mungkin juga menyukai