Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN REFLEKTIF PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

SEMASA MENJALANI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Saya Asrafee bin Aslee. Guru pelatih PISMP Bahasa Melayu (SK) 1, Elektif Pendidikan
Jasmani semester empat di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran,Sabah. Saya telah
mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah Siri 3/2019 pada 1 hingga 5 April 2019 bersama
seorang rakan sekelas. Kami telah melaksanakan pengalaman berasaskan sekolah di Sekolah
Kebangsaan Sembirai Kota Belud, Sabah

Sebelum kami menjalankan aktiviti pengalaman berasaskan sekolah, kami telah diberikan
tugasan iaitu meninjau sejauh mana pengurusan mata pelajaran pendidikan jasmani di sekolah.
Tugasan ini adalah di bawah kursus Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJMS 3092).
Bertepatan dengan tugasan yang diberikan pada kali ini, iaitu tentang pengurusan mata pelajaran
pendidikan jasmani, saya memilih sekolah tersebut kerana sekolah ini aktif dari segi kokurikulum,
malah cemerlang dari segi akademiknya. Oleh yang demikian, saya sangat bersemangat untuk
mengikuti pengalaman berasaskan sekolah 3 ini kerana ini merupakan pengalaman yang sangat
bermanfaat bukan sahaja sebagai seorang pelajar, malah selaku bakal guru di masa hadapan.
Namun, walaupun sudah kali ketiga, di dalam sanubari ini masih lagi menyatakan bahawa saya
ini masih belum cukup sedia untuk mendidik anak bangsa yang akan datang.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap pengurusan mata pelajaran pendidikan jasmani


di sekolah tersebut, saya mendapati bahawa terdapat kekuatan dan juga kelemahan yang ketara
terhadapt pengurusan mata pelajaran pendidikan jasmani di sekolah tersebut. Antara
kekuatannya ialah guru-guru bagi subjek pendidikan jasmani yang sangat proaktif. Hal ini dapat
dilihat dari segi cara pengajaran guru-guru tersebut. Sebelum bermulanya kelas, guru-guru telah
pun menyediakan peralatan dan menyiapkan tempat untuk mengajar isi pelajaran pada hari
tersebut. Oleh yang demikian, murid akan dapat menjalani aktiviti yang dirancang oleh guru
tersebut tepat dengan masa yang diperuntukkan. Guru bertindak untuk menyedaiakan segala
peralatan yang diambil daripada stor sukan dengan sendiri tanpa bantuan daripada murid-murid.
Perkara ini sangat penting untuk memastikan perjalanan sesi pengajaran berjalan dengan lancar
mengikut jadual masa seperti yang telah diperuntukkan.

1
Seterusnya, aktiviti pemanasan badan yang baik dan sistematik. Sebelum memulakan
sesuatu aktiviti pengajaran, aktiviti pemanasan dilakukan dengan sangat baik. Guru-guru bagi
mata pelajaran pendidikan jasmani di sekolah tersebut telah membudayakan aktiviti pemanasan
badan secara dinamik. Murid-murid telah didedahkan aktiviti pemanasan dinamik pada peringkat
awal. Oleh yang demikian, murid dapat melakukan pemanasan dengan tanpa ada bantuan
daripada guru. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator pada masa tersebut. Sebagai contoh,
murid melakukan aktiviti ‘drill’. Guru telah membahagikan murid kepada beberapa kumpulan bagi
memudahkan proses pemantauan aktiviti pemanasan tersebut. Seorang ketua dilantik oleh guru
sebagai ‘leader’ bagi kumpulan tersebut. Aktiviti pemanasan badan secara dinamik merupakan
aktiviti pemanasan yang sangat baik berbanding dengan pemanasan badan secara statik kerana
ianya memberikan reaksi yang sangat cepat di samping mengelakkan murid berasa bosan
semasa melakukan aktiviti pemanasan.

Selain itu, kami difahamkan oleh salah seorang guru pendidikan jasmani di sekolah
tersebut bahawa sekolah tersebut merupakan sekolah yang terbaik dalam permainan sepak
takraw dan juga bola tampar. Hal ini dapat dibuktikan dengan seorang murid perempuan tahun 5
telah Berjaya dalam mewakili negeri sabah dalam pertandingan bola tampar peringkat
kebangsaan dan mendapat tempat kedua di dalam pertandingan tersebut. Manakala untuk
permainan sepak takraw pula, dua orang murid telah terpilih dalam pertandingan sepak takraw
peringkat negeri dan mendapat tempat ketiga. Melalui pemerhatian saya selama 4 hari di sekolah
tersebut, antara punca sekolah itu berjaya menjadi sekolah yang terbaik dalam permainan
tersebut ialah budaya sukan yang sangat kuat. Setiap pagi sebelum bermulanya waktu
pembelajaran dan pengajaran, murid akan mengambil bola dan peralatan dengan sendiri dan
ada beberapa orang murid yang membawa bola kepunyaan sendiri dari rumah untuk dimainkan
bersama-sama dengan rakan. Mereka tidak perlu dibimbing oleh guru untuk bermain sepak
takraw dan bola tampar kerana permainan tersebut merupakan permainan harian mereka. Saya
juga difahamkan oleh guru-guru pendidikan jasmani di sekola tersebut bahawa jurulatih bagi
permainan sepak takraw merupakan seorang guru yang mempunyai lesen kejurulatihan dalam
sepak takraw. Hal ini mampu untuk mengukuhkan lagi bakat dan kemampuan sekolah tersebut
dalam pertandingan sepak takraw.

Di sebalik kekuatan bagi setiap perkara itu pasti ada kelemahannya. Oleh yang demikian,
antara kelemahan yang dapat dikenal pasti bagi pengurusan mata pelajaran pendidikan jasmani
di sekolah tersebut ialah pengurusan stor yang tidak terancang. Peralatan sukan tidak disusun
dengan baik sebelum dan selepas digunakan. Pengurusan stor adalah sesuatu yang sangat

2
penting bagi memudahkan proses mencari dan mengenal pasti peralatan yang diperlukan.
Walaupun setiap sudut dan rak mempunyai label, namun penyusunan peralatan amat penting
bagi memudahkan guru dan murid yang ingin mengambil setiap barang yang diperlukan semasa
mata pelajaran Pendidikan jasmani berlangsung.

Selanjutnya, kemudahan infrastruktur yang tidak mencukupi dan kemudahan infrastruktur


yang ada tidak mengikut spesifikasi yang bersesuaian untuk aktiviti sukan. Sekolah tersebut tidak
mempunyai padang untuk bersukan. Aktiviti mata pelajaran Pendidikan jasmani dan sukan
dijalankan di gelanggang sahaja. Sebagai contoh, isi pelajaran pada hari tersebut ialah kemahiran
menggelecek bola dalam permainan bola sepak. Pengajaran guru berlangsung di gelanggang
permainan sahaja. Hal ini mampu mengundang bahaya bagi kedua-dua pihak tidak kira guru
ataupun murid. Hal ini demikian kerana sekiranya murid yang kurang berkemahiran dalam
menggelecek bola, mereka akan mudah terjatuh dan akan menyebabkan kecederaan. Perkara
ini bersangkut paut dengan isu yang seterusnya iaitu kemudahan yang sedia ada tidak mengikut
spesifikasi dalam aktiviti sukan. Sebagai contoh, dalam permainan hoki, murid tidak memakai
alatan pelindung yang mengikut spesifikasi di dalam permainan tersebut. Walaupun guru
menggunakan bola plastik, namun permainan ini tetap mampu mengundang kecederaan serius
kerana permainan ini melibatkan kayu hoki yang akan menyebabkan murid tercedera. Antara
lainnya, bola-bola yang ada di dalam stor tersebut tidak diisi angin dan tilam bagi acara lompat
tinggi berada dalam keadaan yang uzur.

Secara kesimpulannya, Pandangan umum sering mengatakan bahawa kelas Pendidikan


Jasmani ini hanyalah masa untuk murid bermain dan bersuka ria bersama-sama dengan rakan-
rakannya tanpa diajar oleh guru dengan teknik dan cara yang betul. Namun menurut guru-guru
Pendidikan Jasmani yang saya temui disini, pandangan tersebut adalah salah sama sekali kerana
kini, guru-guru Pendidikan Jasmani yang dipostingkan ke sekolah-sekolah adalah mengikut
sukatan pelajaran yang ditetapkan dan tidak sekadar memberikan aktiviti bebas kepada murid.
Menurut mereka, guru-guru yang sekadar mengendalikan kelas Pendidikan Jasmani dengan cara
yang tidak betul adalah berasal daripada guru yang bukan berada dalam bidang Pendidikan
Jasmani.

3
Maka, pihak pentadbiran dan kementerian pelajaran perlu memastikan guru-guru
pendidikan jasmani yang berkelayakan adalah mencukupi bagi setiap sekolah agar masalah-
masalah lain tidak akan timbul. Jika benar terdapat kekurangan bagi guru-guru pendidikan
jasmani dan terpaksa melantik guru yang bukan dalam bidang yang berkaitan untuk mengajar
pendidikan jasmani, pihak pentadbiran dan kementerian pelajaran perlu memberikan kursus dan
kemahiran serta ilmu kepada guru-guru tersebut agar mereka dapat mengajar murid-murid
pendidikan jasmani dengan lebih baik. Saranan saya juga terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani ialah guru dan murid perlu bekerjasama memberikan idea yang
kreatif bagi aktiviti yang lebih menarik dan menyeronokkan lagi.

Disediakan oleh, 8 APRIL 2019

____________________________

(ASRAFEE BIN ASLEE )

Guru pelatih,

PISMP BM1 (SK) Elektif Pendidikan Jasmani,

IPG Kampus Kent Tuaran

4
RUJUKAN

Ibrahim, H. & Abu Bakar, O. (2008). Tanggapan kepentingan mata pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan di sekolah menengah (Edisi Pertama). Skudai: Penerbit UTM.

Ismail, W.A.W. & Muhamad, T.A. (2016). Kepentingan dan halangan dalam pelaksanaan

pengajaran Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah orang Asli. Jurnal Penyelidikan

MUADDIB, 1(1), 1-10.

Julismah Jani. (2007). Pengenalan Ilmu Konten Pedagogi Dalam Pendidikan Jasmani Dan

Sains Sukan. Tanjong Malim: Penerbit Iniversiti Pendidikan Sultan Idris.

Wee Eng Hoe. (1994). Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan Pendidikan Jasmani. Shah

Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai