Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KENT

NAMA PELAJAR : NURUL HASMIRA BINTI HUSINA


PROGRAM PENGAJIAN : IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
ANGKA GILIRAN : 2012062340012
NO. KAD PENGENALAN : 980812-12-5834
KUMPULAN/ UNIT : BAHASA MELAYU SK-1 AMB JUN 2017
KOD DAN NAMA KURSUS : EDUP 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN
PROFESIONALISME GURU
TAJUK TUGASAN : TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK
NAMA PENSYARAH KURSUS : ENCIK MASPI BIN HJ PERAN
TARIKH HANTAR : 3 MAC 2021

MARKAH KERJA KURSUS :

Perakuan Penerimaan Maklumbalas Kerja Kursus


Tandatangan Pelajar

________________________
BIODATA

Nama Nurul Hasmira binti Husina


No Kad Pengenalan 980812-12-5834
Alamat Rumah Taman Airport, blok 78, lot G619, lorong 7 90000
Sandakan, Sabah
No. Telefon 016-5259508
Hobi Menyanyi
Status Berkahwin
Sekolah Lama St. Mary’s Kindergaten
SK.St Mary’s Convent
SMK Merpati, Sandakan
SMK Perempuan, Sandakan
Prinsip Hidup "In order to succeed, your desire for success should
be greater than your fear of failure"
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


saya kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya
menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan, wang ringgit dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan kelas elektif yang
banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.
ISI KANDUNGAN

Biodata...................................................................................................................................2

Penghargaan.........................................................................................................................3

Laporan Temubual….............................................................................................................5

Rujukan.................................................................................................................................8

Lampiran……………………………………………………………………………………………..9
Pengenalan

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki ke
era baharu. Menurut Abdul, Ahmad, Jamaluddin & Rosliza (2014), profesion perguruan adalah
bidang yang memberi perkhidmatan yang unik, tetap dan diperlukan oleh masyarakat.
Peranan guru dahulu, hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu. Tetapi berbanding system
pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang
seharusnya lebih bersedia dan peka dalam menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara
cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik, guru harus lebih inovatif
dan kreatif dalam penyampainnya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk
mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajarsebagai ‘knowledge worker’
dalam era revolusi maklumat abad ke-21. Guru dalam alaf baharu seharusnya profesioanal
dan profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001).
Saya telah menjalankan satu temu bual bersama salah seorang pensyarah di IPG
Kampus Kent iaitu Encik Vickneswaran A/L Nakar Salapan. Encik Vickneswaran merupakan
salah seorang pensyarah di IPG Kampus Kent . Beliau telah menceburi bidang pendidikan
lebih 20 tahun dan mempunyai banyak pengalaman yang boleh dikongsikan berkaitan
dengan amalan profesionalisme seorang guru. Sedikit sebanyak berkaitan dengan sejarah
latar belakang beliau, sebab utama yang memotivasikan Encik Vickneswaran untuk menjadi
seorang guru adalah kerana minat yang mendalam untuk menjadi seorang pendidik. Pada
pendapat beliau, dengan menjadi seorang pendidik seseorang itu bukan sahaja dapat
mengajar malahan dapat belajar ilmu sampingan yang pelbagai.
Hasil temu bual yang telah dijalankan bersama Encik Vickneswaran, beberapa soalan
telah diutarakan. Beliau sudi meluangkan masa untuk menjawab beberapa soalan yang
berkaitan dengan amalan profesionalisme keguruan. Antara jawapan yang telah diberikan
oleh Encik Vickneswaran adalah berdasarkan keadaan semasa dan ada diataranya juga
berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Berikut merupakan soalan yang telah diajukan:

Apakah ciri-ciri guru yang profesional?


Menurut pandangan Encik Vickneswaran, seorang guru yang profesional tidak boleh
di dapatkan sehari atau dua hari namun bertahun-tahun. Seorang guru yang professional
perlu lebih banyak meluangkan masa dengan pelajar dan membimbing mereka dengan telus.
Seorang guru perlu membahagikan masa dengan seadilnya dengan semua pelajar.
Kesamarataan perlu diamalkan oleh seorang guru yang profesional dan tidak boleh pilih kasih
dalam mendidik pelajar. Seorang guru yang dikatakan profesional juga perlu mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas di dalam semua bidang walaupun guru tersebut bukanlah pakar di
dalam bidang tersebut. Sebagai contoh, guru Bahasa melayu perlu mengetahui mengenai
tolak dan tambah di dalam subjek matematik agar segala kemusykilan pelajar dapat dijawab
oleh guru.
Guru adalah seorang role model kepada pelajar, oleh itu seorang guru profesional
perlu menanamkan disiplin yang tinggi di dalam diri. Seorang guru perlu menunjukkan
kelakuan yang baik supaya menjadi ikutan bagi pelajar. Sekiranya seorang guru itu tidak
mempamerkan disiplin dan kelakuan yang baik, sudah tentu pelajar tidak akan mengikuti
nasihat dan arahan daripada guru tersebut kerana baginya guru tersebut juga melakukan hal
yang sama. Sebagai contoh, guru tersebut menegur pelajar supaya tidak lambat datang ke
sekolah namun guru itu sendiri selalu dating lewat ke sekolah. Timbulnya satu perasaan
ketidakpercayaan pelajar kepada guru tersebut.
Selain itu, ciri seorang guru profesional ialah mempunyai komunikasi yang efektif.
Guru dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan jelas dan difahami oleh pelajar. Guru
haruslah pandai menarik hati dan perhatian pelajar dengan bahasa yang baik, sapaan yang
betul agar tidak menimbulkan rasa ketidakpuas hatian pelajar kepada guru. Seorang pelajar
mesti akan menyukai seorang guru yang berbahasa baik. Dengan ini, kurangnya masalah
guru dan pelajar di sekolah. Guru juga perlu berfikiran positif terhadap pelajar. Tidak
memandang serong dengan seorang pelajar yang lemah kerana semua murid mempunyai
tahap perkembangan dan kemahiran yang berbeza. Guru perlu bersedia untuk menghadapi
perbezaan individu bagi setiap pelajar.
Seorang guru profesional perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan semua guru
dan staf. Hal ini kerana, segala urusan pentadbiran dapat diuruskan dengan baik sekiranya
tiada konflik dalaman yang berlaku antara guru dan staf di sekolah. Membina hubungan yang
baik sesama guru juga mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah.

Apakah isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru?

Menurut Encik Vickneswaran, isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru di sekolah
semuanya adalah sama iaitu empat tonggak pendidikan yang telah digariskan oleh UNESCO
iaitu belajar untuk menguasai ilmu (Learn to know). Ini adalah merupakan faktor pembelajaran
utama di mana guru perlu belajar untuk memahami dunia sekeliling mereka, memahami
pelajar kerana bukan semua pelajar mempunyai tahap yang sama. Jadi guru perlu
menyediakan bahan-bahan yang berlainan untuk mengajar murid yang mempunyai
perbezaan individu. Guru juga perlu memahami bahawa setiap pelajar mempunyai estetika
yang berbeza dan cara berkomunikasi yang berbeza.

Kedua ialah belajar untuk menguasai kemahiran (Learn to do). Tonggak kedua ini pula
adalah membawa maksud guru perlu tahu bagaimana memupuk dan menanamkan dalam diri
pelajar untuk menggunakan ilmu yang diberikan oleh guru dibawa sehingga ke masa hadapan
untuk diaplikasikan dengan betul. Guru juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa
pembelajaran. Sebagai contoh pada masa kini, guru perlu tahu menggunakan TMK untuk
mengajar kerana semuanya dilakukan secara dalam maya. Oleh itu, guru perlu
mempersiapkan diri dengan kemahiran TMK agar tidak ketinggalan dan terus maju
kehadapan.

Manakala dalam tonggak ketiga ini pula belajar untuk menjadi insan berguna (Learn
to be) adalah berfokus terhadap peranan guru yang harus menyumbang kepada
pembentukan pelajar secara menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan
dan penghargaan estetika. Seorang murid perlu sekurang-kurangnya memiliki 5 daripada 10
markah bagi setiap bidang agar terlahirnya pelajar yang seimbang dari segi JERIS.

Cabaran yang terakhir ialah belajar untuk harmoni dan bekerjasama (Learn to live
together). Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dan sikap empati yang tinggi dalam diri
pelajar. Guru perlu memahamkan kepada pelajar bahawa bukan semua orang sama , akan
ada yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang namun ada juga yang hidup
mewah.

Apakah peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pengajaran
dan pembelajaran?

Menurut pandangan Encik Vickneswaran, sebagai pemimpin yang profesional


seseorang guru itu haruslah mampu mengurus perubahan yang berlaku. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran, seseorang itu menjadi agen perubahan apabila guru tersebut
mampu untuk melaksanakan kaedah PdPc yang berpusatkan kepada murid. Pendekatan
tersebut sebahagiannya adalah dengan menggunakan pendekatan dan bahan-bahan terkini
agar dapat memberikan kesan yang positif kepada prestasi murid. Sekiranya guru tahu serta
memahami apa yang diperlukan oleh murid, sudah pasti guru mampu untuk merangka kaedah
pedagogi yang sesuai dan lebih bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang akan
berlaku di dalam kelas. Dalam konteks masyarakat pula, seseorang guru itu haruslah mampu
mengolah keadaan atau isu dengan pendekatan yang mudah diterima oleh masyarakat.
Selain itu seseorang guru juga perlulah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti
diri. Kualiti diri yang dimaksudkan ialah dari segi disiplin kerja, ketepatan masa (Shima Arshah
2015). Disamping itu juga, guru haruslah sentiasa bersedia dan peka dengan segala
perkembangan semasa pendidikan bagi mengemaskini pengetahuan dan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran guru.

Seorang guru yang professional mempunyai gaya tersendiri yang unik, berkarisma,
proaktif, kreatif dan inovatif serta sentiasa menggalakkan cetusan idea di samping melakukan
pembaharuan di dalam pengajaran dan pembelajarannya. Encik Zaidi berpendapat bahawa
kretiviti dan inovasi amat penting kepada seseorang guru terutama sekali sekiranya
ditempatkan di sekolah pendalaman. Dalam keadaan yang serba kekurangan, guru perlu
kreatif dalam memanipulasikan bahan persekitaran yang ada untuk tujuan pembelajaran.

Rujukan

Azizi Yahya & Norliza Othman (2010), Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah
Menengah Di Empat Buah Negeri Di Malaysia. Asia Pacific Journal of
Educators and Education. Kuala Lumpur

Azizi Jaafar. Profesion perguruan. Diakses pada 1 Mac 2021 daripada


http://www.scribd.com/doc/34748894/Profesion-perguruan

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) Kementerian
Pendidikan Malaysia

Guru sebagai satu profesion. Diakses pada 1 Mac 2021 daripada


http://www.slideshare.net/fatiafasha/guru-sebagai-1-profesion

Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid & Boon Pong Ying. (2018). Asas Kepemimpinan Dan
Pembangunan Profesionalisme Guru. Oxford Fajar Sdn Bhd. Shah Alam, Selangor.
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai