Anda di halaman 1dari 10

SENARAI KANDUNGAN

MUKA
SURAT

Senarai Kandungan 1

Penghargaan 2

Penulisan akademik 3-8

Kesimpulan 8

Rujukan 9

1
PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan Inayah dan izin-Nya akhirnya dapatlah juga
saya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Kerana tanpa izin
daripadaNya tentunya tugasan ini tidak akan dapat disiapkan.

Di ruang ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Kemahiran
Belajar saya bagi tugasan ini, Cikgu Paridah binti Mamat atas dedikasi beliau membimbing saya
dan rakan-rakan yang lain dalam menyiapkan tugasan ini. Atas apresiasi yang telah diberikan
kepada kami, tidak kiralah kuliah mingguan atau pun sebagainya ia sedikit sebanyak membantu
pergerakan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam melengkapkan
tugasan ini. Usaha rakan-rakan menyumbangkan banyak idea yang bernas amat saya hargai.
Tidak lupa juga rakan-rakan yang banyak memberi sokongan emosi kepada saya. Rakan-rakan
yang sanggup meminjamkan buku yang agak terhad bilangannya di perpustakaan walaupun
mereka sendiri masih memerlukan rujukan. Terima kasih saya ucapkan.

Tidak lupa juga kepada individu-individu khas yang telah banyak membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Terima kasih saya ucapkan. Akhirulkalam, saya sekali lagi
mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam
membantu saya menyiapkan tugasan ini.

2
SOALAN 2 : KRITIKAN TEKS

CERPEN “BAGAI KERETA API MALAM” oleh MUSTAFA JUSOH.

Teori Pengkaedahan Melayu

Shokeri Hassan (2003) telah menjalankan kajian tentang Perkembangan Teori dan Pendekatan
Kritikan Dalam Kesusasteraan Melayu Dekad 80-an hingga 90-an. Antara kepentingan yang
telah dinyatakan dalam kajian beliau ialah dapat menentukan sama ada kemunculan teori dan
pendekatan tempatan lebih bersistematik atau relevan berbanding dengan teori serta
pendekatan yang sedia ada. Oleh itu, dalam penulisan ini, cerpen yang akan dikaji ialah cerpen
Bagai Kereta Api Malam karya Mustafa Jusoh yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka pada tahun 1999. Cerpen ini akan dikaji dan dikritik dengan mengaplikasikan Teori
Pengkaedahan Melayu.

3
Teori Pengkaedahan Melayu

Teori ini mula diketengahkan oleh Hashim Awang pada tahun 1989. Beliau
menggagaskan idea teori ini yang berdasarkan cara dan sikap hidup, kepercayaan dan
kebudayaan masyarakat setempat, serta masyarakat Melayu yang melahirkan karya sasteranya
sendiri (Hashim Awang & Hashim Ismail, 2016). Perkara ini juga turut dinyatakan oleh Mohd
Firdaus dan Normaliza (2014) dalam kajian mereka bahawa teori ini adalah berasaskan kepada
kenyataan yang wujud dalam masyarakat, terutamanya situasi kehidupan, kebudayaan, dan
kepercayaan. Bagi menerapkan teori dalam kajian kesusasteraan Melayu, teori ini telah
dibahagikan kepada dua iaitu pengkaedahan Alamiah dan pengkaedahan Keagamaan
(Jumali,2009).

Sinopsis

Cerpen “Bagai Kereta Api Malam” menceritakan tentang sebuah kisah percintaan yang tidak
kesampaian antara Cik Aida dan Hadi . Mereka telah pun bertunang dan akhirnya Hadi
terpaksa memutuskan tali pertunangan mereka apabila mengetahui bahawa tunangnya iaitu Cik
Aida bakal dimiliki orang lain . Pada pertengahan cerita dalam cerpen ini, Aida telah pun
berjumpa dengan seorang wanita yang bernama Alice. Alice merupakan teman kepada Hadi
semasa mereka menuntut pengajaran di bangku Universiti. Alice telah mengenal Hadi dengan
lebih mendalam dan tanpa tidak disedari Alice telah mula jatuh cinta kepada Hadi . Namun ,
Hadi hanya menganggap Alice sebagai rakan sahaja. Semasa Alice berada dekat dengan Hadi,
Hadi kerap kali bercerita tentang Cik Aida . Hal ini menunjukkan bahawa Hadi masih menyintai
Cik Aida walaupun tali pertunangan mereka telah pun putus . Pada pengakhiran cerita ini , Hadi
telah pun melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di luar Negara . Alice menyatakan
kepada Cik Aida sudah tiba masanya mereka mengorbankan cinta mereka terhadap Hadi demi
kebahagiaan dan kesejahteraannya dalam usaha untuk menggapai impiannya untuk menjadi
seorang doktor .

4
1.0 Ketidakpuas-hatian

Seharusnya kita mestilah bersyukur kepada Ilahi terhadap apa yang dikurniakan-Nya. Kita
sebagai manusia yang lemah haruslah bersyukur dengan apa yang ada dan redha atas segala
pemberian-Nya. Dalam cerpen “Bagai Kereta Api Malam” terdapat gambaran sikap ketidak
puasan hati dalam kehidupan, umpamanya orang ramai yang meraung dan mengadu sesama
sendiri atas fenomena yang dihadapi dan dialami mereka.

“Tapi, saya kini dah jadi tunangan orang! Dia sendiri yang memutuskan perhubungan kami. Dan
saya tidak mahu lagi memikirkan semua itu. Saya ingin buangkan segalanya jauh-jauh!’

(Halaman 165)

Berdasarkan petikan di atas, watak Cik Aida di dalam cerpen tersebut dapat menggambarkan
ketidakpuas-hatian terhadap Hadi iaitu bekas tunangnya yang memutuskan tali pertunangan
mereka pada masa dahulu atas sebab dia mengetahui Cik Aida bakal dimiliki oleh orang lain
sedangkan perkara tersebut belum mendapat kata putus dari mana-mana pihak yakni ibu bapa
Cik Aida. Hadi juga telah menghilangkan diri tanpa meninggalkan sebarang pesan kepada Cik
Aida.

Dari sudut agama, memutuskan perhubungan antara sesama manusia merupakan perbuatan
yang dilarang. Hal ini dapat dibuktikan melalui hadis di bawah :

“Rahmat tidak akan turun kepada kaum yang padanya terdapat orang yang memutuskan tali
silaturahim”

(Hadis Riwayat Muslim)

5
2.0 Menghormati ibu bapa

Ibu bapa ialah insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka kita tidak akan
berpeluang merasa nikmat kehidupan di muka bumi ini. Jasa bakti mereka yang telah melahir
dan membesarkan kita amatlah bernilai. Justeru, sebagai seorang anak kita perlulah sentiasa
menghormati mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui firman Allah dalam ayat berikut:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan
hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di
antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka
sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu
membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah
dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : “Wahai Tuhanku,
kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.

(Surah Al-Isra : 23-24)

Dalam cerpen “Bagai Kereta Api Malam”, sikap menghormati orang tua dapat dilihat melalui
watak Cik Aida yang meminta izin kepada ibu bapanya ketika ingin keluar menemui Cik Alice di
sebuah hotel.

“Mama, Aida nak keluar kejap. Jumpa kawan.”

“Malam-malam begini?”

“Kejap aja. Ada hal mustahak katanya.”

(Halaman 161)

6
3.0 Pengorbanan

Pada penghujung cerita dalam cerpen “Bagai Kereta Api Malam”, watak Alice menyatakan
kepada Cik Aida bahawa tiba masanya untuk mereka berkorban demi kesejahteraan dan juga
kecemerlangan Hadi dalam usaha untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor
yang terkemuka.

“Tapi… hati aku Alice. Hati aku!”

“Hati aku juga Aida. Apa salahnya kita juga berkorban untuk kesejahteraannya. Dia akan
berangkat ke luar negara, menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran. Sekurang-
kurangnya kita dapat membantu dia berjaya dalam hidup. Cita-citanya besar. Semangatnya
kental. Apatah lagi dengan pengorbanan cinta kita, akan lebih menggemilangkan
kecemerlangan dirinya nanti!”

(Halaman 166)

Lazimnya , Cik Aida merupakan bekas tunang kepada Hadi manakala Alice pula merupakan
teman Hadi yang menaruh harapan cinta yang tinggi terhadap Hadi. Petikan di atas
menunjukkan bahawa sudah tiba masa mereka untuk melepaskan Hadi demi untuk
kebahagiaan hidup Hadi di hari kelak.

4.0 Kurangnya sikap sabar

Dalam kehidupan kita ini, walau apapun yang ditempuhi atau rintangan yang dihadapi, kita
haruslah bersabar. Kita haruslah sentiasa menanamkan sifat sabar kerana sabar itu adalah
sebahagian daripada iman. Dengan adanya sifat sabar dalam menghadapi liku-liku hidup,
sudah pasti hidup kita akan sentiasa tenang, bermakna dan sebagainya. Sepertimana yang kita
lihat pada masa ini, ramai di kalangan masyarakat kita tidak menanamkan sifat sabar di dalam
urusan kehidupan mereka. Malah ramai yang suka bergegas-gegas dalam membuat sesuatu
keputusan.

7
“Orang yang gagah perkasa tidak diukur dengan kemenangan dalam pertarungan, tetapi
kekuatan yang sebenar ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

“Panggil saja saya Alice. Cik Aida tentu kenal dengan Hadi, kan?”

“Hadi!” Dan Aida mula gelisah. Tidak dapat disembunyikan kenyataan dihati yang begitu
berdetak. Darah mudanya berderau naik ke muka. Tiba-tiba sahaja dia bingkas bangun.”

“Maaf, saya tak boleh lama di sini! Saya mesti pergi sekarang!” Dan Aida melangkah ke pintu.

(Halaman 164)

Perlakuan Cik Aida seperti yang dapat digambarkan dalam petikan di atas amatlah tidak wajar
dilakukannya. Seharusnya Cik Aida mendengar terlebih dahulu penjelasan daripada Alice
sebelum bertindak sedemikian. Hal ini demikian kerana Cik Aida tidak mengetahui hal yang
sebenar dan apa yang ingin disampaikan oleh Alice tentang Hadi. Adakalanya pendapat
ataupun mesej yang disampaikan oleh seseorang itu membawa kebaikan dan kepentingan
dalam hidup. Secara tuntasnya, sabar dalam membuat keputusan lebih membawa banyak
faedah dalam konteks kehidupan seharian.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, dari tulisan kritikan yang dilakukan, ternyata dalam cerpen “Bagai Kereta
Api Malam” memiliki banyak nilai-nilai sosial. Para pembaca cerpen ini haruslah memberi
perhatian sepenuhnya tentang pengajaran-pengajaran yang ada agar masyarakat pembaca
dapat membentuk moral yang tinggi dalam bermasyarakat; bukan hanya dibaca tanpa difahami
maksud dan pengajaran-pengajaran yang ada. Mustafa Jusoh merupakan seorang cerpenis
yang gemar menulis tentang realiti kehidupan walaupun gaya penceritaannya begitu berlainan
dengan penulis-penulis yang lain.

8
RUJUKAN

Arba’ie Sujud., Che Ibrahim Salleh., & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2007). Bahasa
Verbal Dan Non-Verbal Sebagai Cerminan Masyarakat Dalam Novel-Novel Melayu. Jurnal
Pengajian Melayu, 18, 1-24. Diakses pada 28 Februari, 2017, daripada
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24010/Article_1.PDF.

Hashim Awang. & Hashim Ismail. (2016). Minda Pengarang Melayu: Melestarikan Hubungan
antara Budaya Melayu-Jawa dalam Sulalat al Salatin. Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa,
23, 1-20. Diakses pada 10 Februari, 2018, daripada
http://www.ums.edu.my/ppib/images/pdf/MANU-Bil.-23-2016.pdf.

Jumali Selamat. (2009). Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu Dalam Menjaras Ribut Menerusi
Pendekatan Dakwah. Jurnal Personalia Pelajar, 12, 19-37. Diakses pada 29 Januari, 2018,
daripada http://journalarticle.ukm.my/4703/1/2-Jumali_Haji_Selamat.pdf.

Mustafa Jusoh , (1999) . Bagai Kereta Api Malam . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Firdaus Che Yaacob. & Normaliza Abd Rahim. (2016). Nilai Baik Hati Menerusi Cerita
Rakyat Melayu Terhadap Masyarakat Melayu Suatu Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu.,
Journal of Business and Social Development, 2(2), 48-57. Diakses pada 10 Februari 2018,
daripada http://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2016/09/4.-Nilai-Baik-Hati-web.pdf
.

Shokeri Hassan. (2003). Perkembangan Teori Dan Pendekatan Kritikan Dalam Kesusasteraan
Melayu Dekad 80-An – 90-An. Master Dissertation. Universiti Putra Malaysia. Diakses pada 26
Januari 2018, daripada http://psasir.upm.edu.my/10311/1/FBMK_2003_15_A.pdf.
.

9
10

Anda mungkin juga menyukai