Anda di halaman 1dari 28

23

FALSAFAH DAN ISU SEMASA


GIG 1012
SEMESTER 1 2022/2023
LAPORAN KAJIAN KES
TAJUK: “HARTA BENDA AWAM MILIK BERSAMA” : HENTIKAN ISU
VANDALISME DI MALAYSIA
PENSYARAH: ENCIK NURIZWANFAIZI BIN NORDIN
NOMBOR KUMPULAN TUGASAN: 23

Bil. Nama Nombor Matrik


1. Muhammad Hafiy Ikhwan Bin Khairur Rijal 22003374

2. Muhammad Amirul Rashid Bin Abdul Rahman U2101851

3. Muhammad Izz Naufal Bin Mohd Razif 22004648

4. Muhammad Zarif Haikal Bin Hamdan U2101957

5. Muhammad Afiq Dhiya Bin Mohd Isamani 22004582

6. Farah Nur Nabila Binti Affendy S2119341

7. Noor Irham Mardhiah Binti Noor Azmi U2102210

8. Nur Khaleeda Safiah Binti Hamzah 22003103

9. Nur Adrianna Atira Binti Shamsul Azhar 22003085

10. Aiman Bin Ibrahim 22003077


1.0 PENGENALAN
Tahun ini, Malaysia menduduki tangga ke-4 indeks jenayah di rantau Asia. Statistik ini diperoleh
dari pangkalan data global Numbeo. Mengikut perbandingan negara di seluruh dunia pula,
Malaysia berada di tangga ke-26 daripada 133 negara. Menurut Numbeo, kali terakhir data
tersebut dikemaskinikan adalah pada Julai 2020, di mana setiap data diperoleh berdasarkan
persepsi pengunjung di laman sesawang itu dalam tempoh tiga tahun terakhir. Mengikut pecahan
kadar jenayah, masalah jenayah harta benda seperti vandalisme mempunyai peratusan kedua
tinggi selepas rasuah, iaitu sebanyak 63.61 peratus.

Perkataan vandalisme berasal dari nama suku di Eropah yang disebut Vandal, yang pernah
membinasakan kota Rom pada tahun 445 Masihi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
vandalisme bermaksud tindakan memusnahkan atau merosakkan harta benda awam atau
persendirian. Segala tindakan menconteng, mengotori atau merosakkan harta benda awam
dianggap sebagai vandalisme. Vandalisme juga disebut sebagai gejala tingkah laku yang
merosakkan, yang merupakan kebiasaan seseorang merosakkan harta benda awam dan harta
benda orang lain. Gejala vandalisme ini dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada
keadaan tertentu vandalisme ini juga merupakan satu bentuk jenayah ritual yang dilakukan oleh
golongan manusia yang tidak puas hati terhadap keadaan masyarakat. Gejala vandalisme ini
sememangnya gejala sosial yang tidak sihat yang sinonim dalam kalangan remaja. Vandalisme
juga dianggap sebagai satu cara untuk melepaskan geram atau cara untuk menghilangkan
kebosanan semata- mata. Walaupun pada dasarnya, vandalisme ini dianggap ringan, tetapi jika
dibiarkan, ia akan menjadi barah dalam struktur sosial masyarakat. Jika gejala vandalisme ini
tidak dibendung, sudah pasti negara akan menghadapi generasi muda yang bermasalah dari segi
sosial. Biasanya, motif jenayah ini terletak pada aspek emosi, namun terdapat banyak lagi punca
jenayah ini berlaku.

Selain itu, secara sedar tidak sedar kehidupan kita berkait rapat dengan falsafah. Falsafah
merupakan sesuatu ilmu yang mempelajari pemikiran manusia dan falsafah itu sendiri adalah
merupakan aktiviti memikir. Dengan kata lain, falsafah mendorong manusia untuk berfikir dengan
lebih kritis dan kritik. Setiap perbuatan manusia itu menggambarkan apa yang difikirkan oleh
seseorang dalam akalnya. Oleh itu, seseorang yang berakhlak dan berdisiplin itu akan dikatakan
sebagai seorang yang mempunyai fikiran yang tersusun dan teratur serta akal yang sihat. Ramai
manusia tidak menggemari falsafah kerana ia dikatakan satu ilmu yang agak sukar. Sebenarnya,
falsafah itu sudah ada pada diri manusia itu sendiri. Setiap dari manusia itu mempunyai
falsafahnya sendiri iaitu corak pemikiran. Laporan ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut
mengenai punca dan kesan kegiatan jenayah ini serta membincangkan langkah-langkah efektif
bagi membendung masalah ini.
1
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Vandalisme membawa maksud “willfully destroy or damage works of art, public and private
property, the beauties of nature, etc”. Vandalisme lazim dikaitkan dengan golongan remaja
seperti pelajar universiti kerana mempunyai keupayaan yang lemah dalam pengawalan emosi,
maka ia mudah dipengaruhi oleh orang lain atau perkara yang berlaku di sekelilingnya. Mereka
akan bertindak merosakkan harta benda untuk melepaskan tekanan. Menurut isu dalam tingkah
laku vandalisme yang telah dinyatakan di pengenalan di atas, jelas vandalisme ini mampu
memberikan impak yang besar bukan sahaja kepada individu malahan negara. Persoalannya,
apakah yang menyebabkan tingkah laku vandalisme ini berlaku? Apakah falsafah yang boleh
dikaitkan dengan isu vandalisme ini?

Gejala vandalisme ini berkait rapat dengan akhlak seseorang. Akhlak dari segi bahasa
bermaksud moral, tabiat, perangai, budi, adab, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin
seseorang. Falsafah akhlak pula merujuk kepada disiplin ilmu yang mengkaji serta
mempersoalkan berbagai-bagai isu baik mahupun buruk tentang adat, tabiat, susila, cara berfikir,
sikap, agama dan semua faktor yang mempengaruhi tingkah laku.

Oleh itu, falsafah yang berkaitan dengan gejala vandalisme ialah falsafah akhlak menurut
tokoh Ibnu Miskawayh dalam karyanya yang berjudul “Ibn Miskawayh’s : Falsafatuhu Al-
Akhlaqiyyah wa Masadiruha. Menurut Miskawayh, akhlak adalah keadaan jiwa yang
menggerakkan manusia melakukan perbuatan tanpa pertimbangan fikiran. Hal ini terbahagi
kepada dua iaitu yang pertama ialah secara semula jadi seperti perasaan marah dan yang kedua
ialah melalui latihan sehingga ia menjadi sesuatu kebiasaan tingkah laku seseorang. Jika
perbuatan yang dilakukan itu buruk, maka sudah tentu ia memanisfestasikan seseorang itu
mempunyai akhlak yang buruk dan begitu juga sebaliknya.

Sebagai tambahan, Miskawayh memberikan pengertian akhlak sebagai khuluq. Khuluq


adalah peri-keadaan jiwa yang mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan tanpa befikir
panjang atau secara spontan. Peri-keadaan jiwa ini dikatakan fitrah sejak kecil atapun merupakan
hasil latihan menmbiasakan diri. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi melihat isu vandalisme
berdasarkan pandangan falsafah akhlak Miskawayh bagi memahami dengan lebih mendalam
tentang isu ini selain dari mengkaji faktor, kesan dan langkah menangani gejala vandalisme.

2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Menganalisi isu vandalisme berdasarkan falsafah yang releven.

3.2 Mengenal pasti faktor-faktor belakunya vandalisme dalam kalangan pelajar universiti.

3.3 Mengkaji pasti kesan perbuatan vandalisme terhadap diri, masyarakat dan negara.

3.4 Menentukan langkah-langkah mencegah isu vandalisme dalam kalangan pelajar universiti.

3
4.0 SOROTAN LITERATUR

Vandalisme merupakan salah satu masalah sosial yang berlaku di kalangan pelajar. Vandalisme
menurut edisi kamus dewan ialah perbuatan membinasa atau merosakkan harta benda awam dan
persendirian. Pelajar yang terlibat dengan kegiatan ini pasti dipengaruhi oleh faktor-faktor yang
tertentu. Menurut Rahim A.A.R (2006), dalam bukunya “Menangani Perkembangan dan Masalah
Tingkah Laku Remaja Dalam Keluarga” penglibatan remaja dalam pelbagai faktor antaranya
faktor dalaman diri remaja itu sendiri dari aspek perkembangan personaliti, kegagalan fungsi
institusi keluarga dan juga rakan sebaya. Manakala menurut Zainal M. dan Mohd. Sharani A
(2004), dalam hasil karya mereka “Panduan Mengurus Remaja Moden” menyatakan pengaruh
persekitaran di sekolah menjadi punca keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
Pada zaman remaja, individu itu sedang mengalami pembentukan dan pengembangan
identiti diri. Menurut Jamsiah M. dan Hazlinda H. (2009), mengatakan terdapat banyak
perubahan yang dramatik yang berlaku semasa peringkat remaja seperti perubahan fizikal,
biologikal dan psikososial. Perubahan ini berlaku berbeza beza dari seorang individu dengan
individu yang lain. Perubahan fizikal dan emosi yang berlaku di alam remaja serta pengaruh
persekitaran boleh membangkitkan perbuatan salah laku di kalangan remaja. Menurut kajian
mereka, statistik menunjukkan bahawa masalah vandalisme ini di antara kes gejala sosial yang
sederhana berlaku. Remaja lelaki menunjukkan bilangan yang lebih ramai daripada remaja
perempuan yang terlibat di dalam gejala ini.
Menurut Fauziyani, S dan Bushrah, B (2017), kutipan data yang diperolehi menunjukkan
bahawa individu yang melakukan vandalisme ialah ciri remaja yang mempunyai minda yang
rendah dan remaja yang mementingkan diri sendiri. Menurut tinjuan mereka lagi, para remaja ini
melakukan vandalisme ini bertujuan untuk mencuri dan mendapat untung, sikap buruk remaja dan
mengisi masa lapang mereka. Peralatan yang menjadi sasaran mereka untuk melakukan
vandalisme di sekolah adalah bangunan sekolah itu sendiri seperti kerusi, meja, pagar sekolah,
tandas dan alat flush dalam tandas. Kegiatan ini memberi kesan kepada kewangan, mengundang
bencana, menimbulkan persepsi buruk, dan membawa jenayah yang lebih berat.
Vandalisme ini merupakan sebuah kegiatan yang lahir dari keruntuhan akhlak dan moral
remaja. Bedu, H,. Khairulhelmi, K. Dan Mohd, F.M.S. serta Syed, M.S.S.M.(2008), menyatakan
punca keruntuhan akhlak ini ialah perasaan ingin mencuba, pengaruh rakan sebaya,
perkembangan media massa, sikap keluarga dan didikan agama. Sikap keluarga memainkan
peranan yang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni. Keluarga yang mengamalkan sikap
terlalu mengongkong atau memberi kebebasan mampu menjadi penyumbang utama kes gejala
sosial. Ibu bapa tidak menerapkan nilai-nilai keagamaan dalam diri mereka dan seterusnya
melahirkan akhlak yang buruk dalam kalangan pelajar.
4
5.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian membincangkan tentang kaedah yang digunakan bagi menjalankan kajian ini.
Metodologi kajian merupakan aspek penting dalam sesebuah kajian yang dilaksanakan bagi
mencapai objektif yang telah disenaraikan. Metodologi kajian ini boleh dibahagikan kepada kajian
kaedah pemerolehan data dan kaedah penganalisisan data.

5.1 Kaedah Pemerolehan Data

Kaedah pemerolehan data yang digunakan dalam kajian ini memfokuskan kepada sumber data.
Sumber data yang digunakan terbahagi kepada dua iaitu data primer dan data sekunder. Menurut
Yusof (2003) data primer ialah data yang berasal daripada sumber asli yang dikumpul untuk
menjawab persoalan kajian. Data primer diperolehi melalui kaedah soal selidik. Borang soal
selidik dirangka menggunakan Google Form dan disebarkan melalui aplikasi WhatsApps dan
Telegram untuk diisi oleh pelajar. Data sekunder pula diperolehi daripada sumber internet, journal,
artikel dan bahan bacaan yang berkaitan dengan kajian.

5.2 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian ini merupakan kajian kuantitatif soal selidik yang melibatkan pelajar yang
mengikuti mod pembelajaran secara bersemuka dan secara atas talian. Instrumen kajian
terbahagi kepada 5 bahagian iaitu bahagian A, B, C, D dan E. Bahagian A merangkumi falsafah
yang berkenaan mengenai isu vandalisme, bahagian B ialah demografi responden, bahagian C
mengandungi soalan faktor vandalisme, bahagian D merangkumi kesan vandalisme dan bahagian
E merangkumi langkah mencegah vandalisme.

5
6.0 DAPATAN KAJIAN
6.1 Penerangan Daripada Perspektif Falsafah
Isu vandalisme dapat dikaitkan dengan falsafah. Falsafah juga merupakan suatu ilmu yang
membahas pelbagai aspek permasalahan hidup manusia pada setiap hari seperti isu vandalisme.
Kajian ini akan mengaitkan isu vandalisme dengan falsafah akhlak Miskawayh iaitu tokoh falsafah
akhlak Islam yang terkenal seperti Socrates yang merupakan tokoh falsafah berasal daripada
Greek.

Akhlak menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka merupakan budi pekerti, kelakuan,
tingkah laku manusia sama ada baik atau jahat. Dari segi istilah, akhlak membawa maksud suatu
ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh
sesetengah manusia kepada yang lainnya dan menunjukkkan jalan untuk melakukan apa yang
harus dilakukan. Namun, menurut Miskawayh, akhlak adalah keadaan jiwa yang menggerakkan
manusia untuk melakukan perbuatan tanpa pertimbangan fikiran yang mendalam. Miskawayh juga
mengetengahkan pengertian khuluq yang membawa maksud peri-keadaan jiwa mendorong
manusia untuk melakukan perbuatan secara spontan dan juga didapati melalui latihan
membiasakan diri. Menurut Miskawayh, akhlak bukanlah perbuatan yang dilakukan seseorang
namun ia merujuk kepada dimensi dalaman yang menyebabkan perbuatan itu terjadi. Jika
seseorang mempunyai dimensi dalaman yang buruk, maka peseorang itu memilik perbuatan atau
akhlak yang buruk dan begitu juga sebaliknya.

Perbuatan vandalisme juga telah menunjukkan seseorang tersebut memiliki dimensi


dalaman yang buruk. Kata yang lebih mudah ialah akhlak yang kurang. Hal ini kerana vandalisme
adalah perbuatan yang merosakkan harta benda awam mahupun harta benda persendirian. Hal
ini berlaku disebabkan akhlak seseorang yang tidak bermoral. Perbuatan seperti menconteng
dinding, mematahkan kerusi dan memecahkan kaca menunjukkan bahawa seseorang
mempunyai akhlak yang buruk. Selain itu, vandalisme juga berlaku disebabkan ketidakbolehan
seseorang dalam mengawal perasaan marah. Hal ini berkait dengan konsep khuluq. Peri-keadaan
jiwa seseorang atau perasaan marah seseorang yang terpendam dan bila dilepaskan akan
menghasilkan perbuatan yang diluar jangka seperti gejala vandalisme. Sekiranya seseorang
sentiasa melakukan vandalisme, maka perbuatan ini akan menjadi kebiasaanya seseorang dan
akan melakukan vandalisme secara spontan. Sebagai contoh, menconteng dinding kerana telah
terbiasa menconteng kertas atau buku sehingga menconteng dinding dan telah menjadi
kebiasaan. Mereka tidak akan berasa bersalah kerana perkara itu telahpun dijadikan kebiasaan
dan mereka beranggapan bahawa perkara itu adalah normal.

6.2 Demografi Responden


6
6.2.1 Jantina Responden

Rajah 1 : Jantina Responden

Rajah 1 diatas menunjukkan demografi responden iaitu jantina responden. Rajah 1


menunjukkan bahawa responden lelaki adalah lebih tinggi berbanding responden perempuan.
Responden lelaki mencatatkan seramai 33 orang bersamaan dengan 66%. Manakala responden
perempuan adalah sebanyak 17 orang bersamaan dengan 34% daripada jumlah keseluruhan.

6.2.2 Umur Responden

Rajah 2 : Umur Responden

Rajah 2 menunjukkan bahawa responden berumur antara 20-24 tahun adalah lebih tinggi
berbanding linkungan umur yang lain. Responden berumur antara 15-19 tahun mencatatkan
seramai 14 orang dengan 28% dan rata-rata mereka berumur 18 dan 19 tahun. Selain itu,
responden berumur 20-24 mencatatkan seramai 19 orang dengan 35%. Responden berumur 25-
29 tahun dan 30-34 mencatatkan bilangan yang sama iaitu seramai 5 orang dengan 10%.
Manakala responden berumur 35-39 tahun adalah seramai 4 orang dengan 8%. Responden
berumur 40 ke atas mencatatkan peratus yang paling rendah iaitu 6% seramai 3 orang
responden.

7
6.3 Faktor Berlaku Vandalisme
1. Kurang Didikan Ibu Bapa

Rajah 3: Faktor Pertama

Berdasarkan rajah 3 diatas, didapati seramai 17 orang daripada 50 orang (34%) setuju dengan
faktor pertama iaitu vandalisme berlaku disebabkan kurang didikan daripada ibu bapa. Seterusnya
seramai 16 orang sangat setuju dengan faktor pertama dengan peratus sebanyak 32%. Kemudian
diikuti dengan pernyataan kurang setuju iaitu seramai 12 orang dengan 24%. Responden yang
memilih tidak setuju hanya seorang sahaja dengan 2% manakala seramai 4 orang responden
memilih pernyataan sangat tidak setuju dengan faktor pertama iaitu bersamaan dengan 8%.

Ibu bapa merupakan salah satu pendorong kepada berlakunya vandalisme di Malaysia.
Anak-anak telah diasuh dan dicorakkan oleh ibu bapa sejak mereka kecil lagi. Kelakuan dan
tingkah laku mereka akan dipengaruhi oleh cara ibu bapa mendidik mereka. Contohnya,
perbuatan ibu bapa yang membuang sampah di merata-rata tempat akan dipelajari oleh anak-
anak mereka kerana anak mereka masih kecil dan tidak tahu membezakan betul atau salah.
Perbuatan membuang sampah di merata tempat merupakan satu daripada gejala vandalisme
peringkat awal. Perbuatan ini jika tidak dibendung dari awal akan menjadi kebiasaan sehingga
anak-anak tersebut melakukan perbuatan yang dipanggil vandalisme tersebut secara spontan. Hal
ini sangat berkait dengan falsafah akhlak Miskawayh yang menyebut bahawa akhlak ini akan
terhasil secara spontan ataupun melalui latihan sehingga mereka terbiasa dengan melakukan
perbuatan tersebut.

Selain itu, kebanyakan ibu bapa juga sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Keadaan ini
menyebabkan anak-anak berasa kurang kasih sayang dan akan cuba mendapatkan perhatian ibu
bapa dengan melakukan perkara yang negatif. Oleh itu, ibu bapa haruslah memberikan didikan
yang baik kepada anak-anak. Kesedaran ini haruslah diterapkan dalam hati setiap ibu bapa untuk
membentuk jiwa remaja yang matang dan sihat sebelum melangkah ke alam dewasa.
8
2. Pengaruh Rakan Sebaya

Rajah 4 : Faktor Kedua

Berdasarkan rajah 4 diatas, didapati seramai 30 orang daripada 50 orang (60%) sangat setuju
dengan faktor kedua iaitu vandalisme berlaku disebabkan pengaruh rakan sebaya. Seterusnya
seramai 14 orang setuju dengan faktor kedua dengan peratus sebanyak 28%. Kemudian diikuti
dengan pernyataan kurang setuju iaitu seramai 5 orang dengan 10%. Seramai seorang
responden memilih pernyataan tidak setuju dengan faktor kedua iaitu bersamaan dengan 2%.

Pengaruh rakan sebaya juga salah satu faktor berlakunya gejala vandalisme. Remaja yang
masih lemah jati dirinya sering mudah terpengaruh oleh tingkah laku rakan sebayanya. Oleh itu,
jika remaja salah memilih rakan yang mempunyai sikap yang negatif seperti gemar melakukan
perbuatan vandalisme, berkemungkinan besar sikap dan juga keperibadian remaja itu akan
menjadi negatif seperti gemar melakukan vandalisme. Menurut falsafah akhlak Miskawayh,
akhlak yang baik terbentuk dengan adanya dimensi dalaman yang juga baik. Remaja yang telah
jatuh ke dalam dalaman yang buruk, maka akan menghasilkan perbuatan yang buruk. Hal ini
sangat jelas menunjukkan bahawa gejala vandalisme ini dilakukan oleh sekumpulan golongan
yang mempunyai dimensi dalaman yang negatif terutamanya golongan remaja yang lemah jatih
diri dan tunjuk ajar.

Sebagai tambahan, berdasarkan ‘Differential Association Theory’, remaja tidak berminat


atau tidak berhasrat untuk melakukan sesuatu aktiviti sebelum dia menggabungkan diri dengan
mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut. Kumpulan remaja yang melakukan vandalisme
kebiasaannya tidak mempunyai sebarang tujuan yang jelas dan terlibat dalam budaya lepak.
Mereka menimbulkan pelbagai idea yang negatif termasuklah merosakkan infrastruktur awam dan
juga menconteng apabila mereka berkumpul.

9
3. Pengaruh Media Massa

Rajah 5: Faktor Ketiga

Berdasarkan rajah 5 diatas, didapati seramai 17 orang daripada 50 orang (34%) sangat setuju
dengan faktor ketiga iaitu vandalisme berlaku disebabkan pengaruh media massa. Seterusnya
seramai 16 orang setuju dengan faktor ketiga dengan peratus sebanyak 32%. Kemudian diikuti
dengan pernyataan kurang setuju iaitu seramai 15 orang dengan 30%. Seramai 2 orang
responden memilih pernyataan tidak setuju dengan faktor ketiga iaitu bersamaan dengan 4%.

Media massa juga salah satu faktor yang menyebabkan kes vandalisme semakin meninggi
di Malaysia. Hal ini demikian berlaku kerana terdapat banyak unsur negatif seperti laman web
negatif dan juga rancangan televisyen yang mempunyai unsur vandalisme dimana menjejaskan
fikiran mereka untuk melakukan vandalisme. Di Barat, fenomena vandalisme ini sering dikaitkan
dengan golongan ‘punk’ dan ‘rock’. Sekiranya budaya ini berjangkit ke Malaysia melalui media
massa, penonton di Malaysia juga akan terpengaruh dengan budaya yang negatif dan tidak
bermoral ini. Apatah lagi golongan remaja yang tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya
dari ibu bapa.

Menurut Ibnu Miskawayh, perbuatan manusia merujuk kepada sesuatu situasi yang
terbentuk dalam diri dan ia berfungsi sebagai kuasa eksekutif yang mengarah orang tersebut
melakukan perbuatan tersebut. Hal ini bermaksud, apabila remaja sentiasa menonton perbuatan
vandalisme yang dipaparkan dalam kaca televisyen, perbuatan tersebut akan terbentuk dalam diri
dan secara tidak sedar akan mengarahkan orang tersebut melakukan vandalisme. Sebagai
tambahan, kepentingan hidup bermoral adalah sebagai: “Tanpa peraturan sosial, akan wujudnya
keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan persengketan yang mengakibatkan kehidupan
manusia menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh”.

10
4. Kegagalan Mengawal Emosi

Rajah 6: Faktor Keempat

Berdasarkan rajah 6 diatas, didapati seramai 22 orang daripada 50 orang (44%) sangat setuju
dengan faktor keempat iaitu vandalisme berlaku disebabkan kegagalan mengawal emosi.
Seterusnya seramai 15 orang setuju dengan faktor keempat dengan peratus sebanyak 30%.
Kemudian diikuti dengan pernyataan kurang setuju iaitu seramai 10 orang dengan 20%.
Responden yang memilih tidak setuju seramai 2 orang sahaja dengan 4% manakala hanya
seorang responden memilih pernyataan sangat tidak setuju dengan faktor keempat iaitu
bersamaan dengan 2%.

Kegagalan dalam mengawal emosi sendiri juga merupakan salah satu faktor yang
menyumbang kepada vandalisme. Apabila seseorang itu mempunyai keupayaan yang lemah
untuk mengawal emosinya maka ia mudah dipengaruhi oleh orang lain atau perkara yang berlaku
di sekelilingnya. Misalnya, mereka akan melakukan perlakuan seperti menconteng perkataan
kasar dan lucah pada dinding ataupun menulis sesuatu untuk mengutuk orang yang mereka benci
untuk meredakan rasa marah dalam hati. Tekanan juga akan menyebabkan vandalisme.
Antaranya tekanan akademik, tekanan dari pekerjaan dan tekanan dari keluarga. Hal ini berkait
dengan falsafah akhlak Miskawayh yang menyebut tentang Khuluq yang membawa maksud peri-
keadaa jiwa iaitu keadaan jiwa yang mendorong perbuatan secara spontan sama seperti
perbuatan vandalisme yang disebabkan oleh keadaan jiwa yang terseksa ataupun sedang marah
dan orang tersebut melakukan vandalisme secara spontan bagi melepaskan tekanan.

Apabila seseorang itu gagal mencari cara yang betul untuk melepaskan tekanan dalam hati
mereka, mereka akan melakukan sesuatu seperti merosakkan benda awam agar mereka dapat
melupakan tekanan-tekanan yang dihadapi secara sementara. Masyarakat kini pula banyak
bersikap tidak menitikberatkan isu ini dan menyebabkan mereka bebas untuk melakukan apa-apa
sahaja dan lebih banyak kes vandalisme akan berlaku dan tiada noktahnya.
11
6.4 Kesan Perbuatan Vandalisme
1. Menyukarkan Diri Sendiri Untuk Menggunakan Kemudahan

Rajah 7 : Kesan Pertama

Berdasarkan rajah 7 diatas, didapati seramai 23 orang daripada 50 orang (46%) sangat setuju
dengan kesan pertama iaitu vandalisme menyebabkan kesukaran terhadap diri sendiri untuk
menggunakan kemudahan. Seterusnya seramai 12 orang setuju dengan peratus sebanyak 24%.
Kemudian diikuti dengan pernyataan kurang setuju iaitu seramai 6 orang dengan 12%.
Responden yang memilih tidak setuju seramai 7 orang dengan 14% manakala hanya 2 orang
responden memilih pernyataan sangat tidak setuju iaitu bersamaan dengan 4%.

Sekiranya perbuatan vandalisme tidak dikawal dengan baik, ia akan menimbulkan pelbagai


kesulitan dan kesusahan bukan sahaja kepada masyarakat malah kepada diri sendiri. Sebagai
contoh, kerosakkan harta benda awam seperti telefon awam akan menyebabkan ia tidak dapat
berfungsi pada masa kecemasan dan perkara ini mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa
atau mengalami kerugian kepada orang lain. Menurut Miskawayh, kehidupan bermasyarakat
adalah penting kerana dengan adanya sikap tolong menolong, berlemah lembut dan berkasih
sayang sesama manusia. Sesiapa yang mengamalkan perbuatan jahat seperti vandalisme
dianggap oleh Miskawayh bahawa mereka adalah orang yang hidup secara zuhud kerana
mengenepikan keperluan orang lain dan bahkan keperluan sendiri. Hal ini sama dengan situasi
apabila keperluan awam tidak dapat digunakan kerana rosak oleh perbuatan vandalisme tidak
bermoral tersebut.

12
2. Impak Negatif Kepada Industri Pelancongan

Rajah 8 : Kesan Kedua

Berdasarkan rajah 8 diatas, didapati seramai 30 orang daripada 50 orang (60%) sangat setuju
dengan kesan kedua iaitu vandalisme menyebabkan impak negatif kepada industri pelancongan.
Seterusnya seramai 7 orang setuju dengan peratus sebanyak 14%. Kemudian diikuti dengan
pernyataan kurang setuju iaitu seramai 9 orang dengan 18%. Responden yang memilih tidak
setuju hanya seorang dengan 2% manakala hanya 3 orang responden memilih pernyataan
sangat tidak setuju iaitu bersamaan dengan 6%.

Vandalisme akan membawa impak yang negatif kepada industri pelancongan negara kita.
Hal ini demikian kerana vandalisme merupakan perbuatan yang tidak bermoral dan akan
mencemarkan imej negara kita di mata dunia. Berdasarkan Berita Harian (Rafiuddin Mohd Yusof,
2019), beliau telah menjelaskan bahawa perbuatan vandalisme telah membuktikan tahap
pemikiran rakyat yang tidak matang kerana tidak mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam
menjaga harta benda negara terutamanya tandas. Pengunjung yang datang dari luar negara akan
menyebarkan kepada negara lain bahawa gejala vandalisme di negara kita sangat teruk kerana ia
dapat dilihat melalui harta benda awam seperti tandas, tempat perhentian bas dan bahkan
bangunan-bangunan.

Menurut Miskawayh, dengan memiliki etika atau akhlak yang bagus, maka seseorang akan
berfikir dengan panjang dan mendalam sebelum melakukan sesuatu perbuatan. Penilaian
terhadap sesuatu perbuatan hendaklah dibuat dengan mengambil aspek atau kepentingan semua
masyarakat. Oleh itu, sebelum melakukan perbuatan vandalisme, seseorang hendaklah berfikir
panjang dengan mengambil kira kepentingan masyarakat dan bahkan negara. Walaupun
perbuatan vandalisme ini dikira hal yang kecil, namun ia akan memberi impak yang besar
terhadap negara kerana aspek yang penting bagi seorang pelacong untuk datang ke negara luar
adalah kebersihan dan kecantikan negara tersebut.
13
3. Masalah Kewangan

Rajah 9: Kesan Ketiga

Berdasarkan rajah 9 diatas, didapati seramai 16 orang daripada 50 orang (32%) sangat setuju
dengan kesan ketiga iaitu vandalisme menyebabkan masalah kewangan. Seterusnya seramai 15
orang setuju dengan peratus sebanyak 30%. Kemudian diikuti dengan pernyataan kurang setuju
iaitu seramai 11 orang dengan 22%. Responden yang memilih tidak setuju hanya 6 orang dengan
2% manakala hanya 2 orang responden memilih pernyataan sangat tidak setuju iaitu bersamaan
dengan 4%.

Di samping itu, vandalisme juga akan membawa kesan yang amat membimbangkan iaitu
masalah kewangan. Hal ini berlaku kerana perbuatan ini akan menyebabkan pihak awam atau
swasta mengeluarkan dana yang lebih untuk membaiki segala harta benda awam yang rosak.
Berdasarkan Berita Harian, Ruwaida Md Zain (2020) Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan
Abd Rahim berkata bahawa “Pada tahun 2018, MPKL membelanjakan kos pembaikan sebanyak
RM752,000 manakala tahun lalu, sebanyak RM800,000 untuk membaiki peralatan riadah yang
ada di seluruh taman permainan dan dataran di kawasan pentadbiran MPKL". Dengan kajian ini,
perbuatan vandalisme membawa kerugian yang tinggi kepada pihak kerajaan untuk memulihkan
harta benda awam supaya tidak membahayakan nyawa rakyat.

Menurut Miskawayh, kebahagiaan tertinggi itu tidak lain adalah kebijaksanaan


menghimpunkan dua aspek iaitu aspek teori dan aspek praktikal manakala kebaikan pula menjadi
tujuan semua orang, kebaikan umum bagi seluruh manusia dalam kedudukan sebagai manusia.
Kebaikan mempunyai identiti tertentu iaitu memberi manfaat kepada orang lain sama seperti pihak
kerajaan yang membaiki segala harta benda awam yang rosak yang mana dapat memberi
manfaat kepada masyarakat. Perkongsian nilai-nilai sejagat yang diwarisi daripada peradaban
masing-masing dianggap penting supaya dapat dijadikan sebagai titik tolak ke arah mewujudkan
interaksi positif.
14
4. Mengancam Keselamatan Rakyat

Rajah 10 : Kesan Keempat

Berdasarkan rajah 10 diatas, didapati seramai 19 orang daripada 50 orang (38%) sangat setuju
dengan kesan keempat iaitu vandalisme mengancam keselamatan rakyat. Seterusnya seramai 12
orang setuju dengan peratus sebanyak 24%. Kemudian diikuti dengan pernyataan kurang setuju
iaitu seramai 14 orang dengan 28% lebih tinggi berbanding pernyataan setuju. Responden yang
memilih tidak setuju hanya 4 orang dengan 8% manakala hanya seorang responden memilih
pernyataan sangat tidak setuju iaitu bersamaan dengan 2%.

Vandalisme juga akan mengancam keselamatan masyarakat. Hal ini boleh dibuktikan
dengan harta benda awam yang tidak lengkap atau tidak berfungsi akan mengancam
keselamatan rakyat. Berdasarkan Utusan Borneo, Henrietta Liza (2017), pengarah JBPM
Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata bahawa “kerosakan melibatkan gejala vandalisme
seperti kehilangan penutup ‘chamber’ pili bomba adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 2,632 unit
atau 56 peratus”. Kes ini telah menunjukkan bahawa betapa bahayanya kerosakan pada harta
benda kerana keselamatan rakyat tidak terjamin. Bukan itu sahaja, vandalisme juga akan
menyusahkan individu yang ingin menggunakan perkhidmatan tertentu. Oleh itu, seseorang
seharusnya berfikir panjang dan matang sebelum melakukan vandalisme bagi menjamin
keselamatan orang lain.

Dari perspektif falsafah akhlak Miskawayh, seseorang tidak akan dapat mempratikkan
hidup yang bermoral sekiranya tinggal berseorangan. Oleh itu, bagi mencapai kebahagiaan yang
tertinggi hendaklah hidup bermoral dengan membantu masyarakat yang lain. Contohnya,
membuat pembaikan terhadap harta benda awam yang rosak sebelum berlaku kecederaan yang
membahayakan nyawa adalah salah satu cara bagi mencapai kehidupan yang bermoral. Individu
seharusnya memahami cara yang betul bagi membantu mengurangkan gejala vandalisme.

15
6.5 Langkah - Langkah Mencegah Isu Vandalisme
1. Mengadakan Kempen Kesedaran

Rajah 11 : Langkah Pertama

Berdasarkan rajah 11 diatas, didapati seramai 22 orang daripada 50 orang (44%) sangat setuju
dengan langkah mencegah vandalisme iaitu mengadakan kempen kesedaran. Seterusnya
seramai 14 orang setuju dengan peratus sebanyak 28%. Kemudian diikuti dengan pernyataan
kurang setuju iaitu seramai 12 orang dengan 24% . Responden yang memilih tidak setuju adalah
yang paling rendah iaitu hanya 2 orang dengan 4%.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi menangani kegiatan vandalisme.
Salah satu daripadanya adalah pihak universiti boleh mengadakan kempen kesedaran mengenai
vandalisme sebagai acara tahunan. Hal ini kerana, pelajar perlu mengetahui lebih mendalam
tentang vandalisme supaya mereka tidak terdetik untuk melakukan aktiviti ini pada masa hadapan.
Pihak universiti boleh mengadakan aktiviti seperti ceramah, pertandingan menghasilkan poster
berkaitan vandalisme, menjalankan kolaborasi dengan universiti lain dan sebagainya sewaktu
kempen ini dijalankan. Suasana pembelajaran kondusif boleh diwujudkan apabila para pelajar
bertanggungjawab menjaga kemudahan di dalam kuliah. Walau bagaimanapun, kempen
kesedaran ini harus dilakukan di peringkat sekolah rendah dan menengah lagi untuk memberi
pendedahan awal terhadap vandalisme dan kanak-kanak lebih memahami akan kepentingan isu
ini berbanding orang dewasa.

Menurut falsafah akhlak Miskawayh, akhlak merupakan faktor utama yang menjamin
kesejahteraan masyarakat. Beliau berpendapat bahawa akhlak yang baik dapat dihasilkan melalui
usaha individu di samping latihan dan didikan tertentu. Hal ini dapat dikaitkan dengan usaha
individu iaitu pelajar dengan mengikuti kempen kesedaran mengenai vandalisme dan bahkan
usaha pihak tertentu dalam mendidik pelajar untuk mencegah gejala vandalisme.

16
2. Kerajaan Menyediakan Peruntukan Memasang Kamera Litar Tertutup Di Tempat Awam

Rajah 12 : Langkah Kedua

Berdasarkan rajah 12 diatas, didapati seramai 28 orang daripada 50 orang (57.1%) sangat setuju
dengan langkah kedua iaitu memasang kamera litar tertutup di tempat awam. Seterusnya seramai
13 orang setuju dengan peratus sebanyak 28.5%. Kemudian diikuti dengan pernyataan kurang
setuju iaitu seramai 8 orang dengan 16.3% .

Langkah untuk menangani kegiatan vandalisme adalah pihak kerajaan menyediakan


peruntukan untuk memasang kamera litar tertutup di tempat awam. Hal ini demikian kerana,
aktiviti vandalisme ini kebiasaanya dilakukan ketika sesebuah kawasan tersebut tidak mempunyai
jumlah orang yang ramai supaya mereka dapat mengelak daripada ditangkap oleh pihak yang
bertanggungjawab. Tempat-tempat awam yang sering menjadi mangsa kegiatan vandalisme
adalah tempat permainan kanak-kanak, sekolah, perhentian bas dan sebagainya. Kewujudan
kamera litar tertutup di tempat awam dapat mengurangkan kegiatan vandalisme kerana pelaku
vandalisme berasa takut untuk meneruskan kegiatan tersebut.

Menurut Miskawayh, matlamat utama setiap agama adalah untuk melahirkan manusia yang
memberi manfaat kepada orang lain. Hal ini tidak akan terhasil melainkan apabila setiap individu
percaya bahawa agama adalah sesuatu yang diperlukan untuk jiwa. Perkara ini boleh dikaitkan
dengan peranan kerajaan memasang kamera litar tertutup bagi menangani gejala vandalisme.
Dengan adanya peruntukan sebegini sedikit sebanyak mampu mengurangkan gejala vandalisme
dalam kalangan masyakarat.

17
3. Masyarakat MelaporkanTerus Kepada Pihak Bertanggungjawab

Rajah 13: Langkah Ketiga

Berdasarkan rajah 13 diatas, didapati seramai 31 orang daripada 50 orang (62%) sangat setuju
dengan langkah ketiga iaitu masyarakat melaporkan terus kepada pihak bertanggungjawab.
Seterusnya seramai 13 orang setuju dengan peratus sebanyak 28%. Kemudian diikuti dengan
pernyataan kurang setuju iaitu seramai 5 orang dengan 10% manakala hanya seorang sahaja
yang memilih sangat tidak setuju iaitu bersamaan dengan 2%.

Selain itu, langkah untuk mengatasi aktiviti vandalisme ialah masyarakat haruslah
melaporkan terus kepada pihak bertanggungjawab apabila ternampak kegiatan vandalisme
berlaku .Hal ini kerana, pelaku pelaku vandalisme ini tidak akan berhenti merosakkan harta benda
awam selagi mereka tidak ditangkap kerana aktiviti ini telah dijadikan sebagai hobi apabila mereka
berasa bosan. Pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk melaporkan kegiatan ini
salah satunya ialah merakam aktivti tersebut secara tersembunyi menggunakan telefon pintar
mereka lalu memberikan video tersebut kepada pihak bertanggungjawab. Masyarakat juga boleh
menularkan video tersebut di media sosial supaya pelaku vandalisme tersebut berasa malu dan
menyesal akan perbuatan mereka.

Ibnu Miskawayh dalam falsafah akhlaknya juga telah menekankan konsep hidup
bermasyarakat yang menuntut untuk mengaplikasikan sikap tolong-menolong, berlemah lembut
dan berkasih sayang sesama manusia. Ibnu Miskawayh juga menentang hidup bertapa kerana ia
tidak membawa kepada kehidupan yang bermanfaat. Kaitan falsafah akhlak dengan langkah ini
ialah melalui konsep tolong-menolong. Sebagai contoh, orang awam menolong pihak polis
mencari pelaku vandalisme bagi mengurangkan gejala vadalisme dan seterusnya dapat hidup
aman dan sejahtera tanpa sebarang gejala tidak baik berlaku. Hal inilah dikatakan kebahagiaan
tertinggi kehidupan bermasyarakat.

18
4. Kerajaan Menyediakan Ruang dan Tempat bagi Pelaku vandalisme menghasilkan karya

Rajah 14 : Langkah Keempat

Berdasarkan rajah 14 diatas, didapati seramai 26 orang daripada 50 orang (52%) sangat setuju
dengan langkah keempat iaitu kerajaan menyediakan ruang dan tempat bagi pelaku vandalisme
menghasilkan karya. Seterusnya seramai 8 orang setuju dengan peratus sebanyak 16%.
Kemudian diikuti dengan pernyataan kurang setuju iaitu seramai 13 orang dengan 26% manakala
hanya 3 orang responden memilih tidak setuju iaitu bersamaan dengan 6%.

Di samping itu, langkah untuk mengatasi vandalisme ialah pihak kerajaan boleh
menyediakan ruang dan tempat bagi pelaku vandalisme untuk menghasilkan karya mereka. Pihak
kerajaan boleh mengupah mereka untuk menghasilkan mural mural yang bermanfaat serperti
mesej motivasi, gambar tokoh-tokoh negara dan sebagainya bagi menceriakan kawasan yang
kelihatan suram seperti bawah jambatan, lorong gelap dan bangunan bangunan terbiar. Hal ini
dapat memberi peluang kepada pelaku vandalisme ini menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka
melalui saluran yang betul. Sehubungan itu, pelaku vandalisme ini dapat menjadikan melukis
mural di kawasan yang dibenarkan sebagai hobi baharu untuk dilakukan pada masa lapang.

Melihat pandangan Miskawayh mengenai akhlak, bagi beliau akhlak adalah suatu benda
yang tidak statik. Hal ini bermaksud akhlak seseorang boleh diubah dengan usaha yang tertentu
seperti individu boleh menerima sebarang teguran, melalui nasihat, disiplin melalukan kebaikan,
mematuhi undang-undang dan sebagainya. Oleh itu, pelaku vandalisme juga boleh berubah
dengan menukarkan perbuatan tersebut kepada hobi yang bermanfaat dengan menerima inisiatif
daripada kerajaan untuk melukis di tempat yang disediakan. Hal ini sekaligus dapat mengubah
akhlak seseorang daripada buruk kepada akhlak yang baik kerana manusia berpotensi untuk
berubah menjadi baik berdasarkan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi akhlak mereka.

19
5.0 RUMUSAN
Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa vandalisme merupakan isu yang amat
membimbangkan dalam kalangan masyarakat kita. Secara ringkasnya  pengertian vandalisme
ialah perbuatan  merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian
tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang sama ada perbuatan ini dilakukan secara
persendirian atau berkumpulan. Isu vandalisme juga merupakan salah satu isu gejala sosial yang
sering dilakukan oleh masyarakat terutamanya golongan remaja yang tidak mempunyai sifat
kesantunan. Mereka ini bersikap mementingkan diri sendiri sahaja kerana mereka merosakkan
kemudahan awam tanpa memikirkan akibatnya terhadap orang awam. Mereka ini juga tidak
menyayangi dan menghargai harta benda awam.  

Secara kesimpulannya dalam pandangan Islam, matlamat tidak menghalalkan cara.


Sekalipun dalam vandalisme terdapat niat untuk mendapat keuntungan. Namun cara yang salah,
iaitu merosakan sesuatu yang menjadi milik orang ramai dengan tujuan untuk menjualnya, maka
hal ini tidak dibenarkan dalam Islam. Mendapatkan sesuatu daripada hasil yang haram adalah
sesuatu yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini kerana hasil yang haram, mampu
merosakkan peribadi orang yang memakannya. Ringkasnya, orang yang terlibat dengan
perbuatan vandalisme ini terlibat dengan dua perkara yang haram, iaitu kaedah mendapatkan
pendapatan yang salah, iaitu dengan merosakkan harta benda haram serta memakan sesuatu
yang haram daripada pendapatan tersebut. Penutup perbincangan vandalisme dilihat daripada
perspektif Islam kerana penyelesaian masalah dari perspektif Islam merupakan asas yang
menjadi pemangkin untuk mencegah gejala vandalisme dalam kalangan remaja sebelum
menggunakan kaedah lain dalam menyelesaikan gejala vandalisme ini.

Isu vandalisme berdasarkan falsafah akhlak Miskawayh boleh dilihat melalui beberapa
konsep seperti Khuluq, konsep kebahagiaan yang tertinggi dan juga dimensi dalaman seseorang.
Menurut beliau, akhlak adalah sebagai kilang dan perbuatan itu pula adalah produk hasil daripada
kilang tersebut. Hal ini bermakna, akhlak seseorang dipengaruhi oleh dimensi dalaman
seseorang. Jika perbuatan tersebut mematuhi tuntutan syariah dan akal yang rasional, maka
seseorang tersebut mempunyai dimensi dalam yang baik. Bagi beliau juga, akhlak seseorang
boleh berubah dengan adanya usaha individu tersebut untuk berusaha berubah ke arah kebaikan.
Individu tersebut akan mampu menerima perubahan ke arah kebaikan melalui latihan, nasihat dan
bukan hanya ilmu semata-semata seperti yang dinyatakan oleh Socrates.

Akhir sekali, diharapkan hasil tugasan ini menepati kehendak dan memenuhi kriteria yang
sepatutnya. Semoga sedikit sebanyak mampu menambahkan ilmu dan idea kita sebagai generasi
akan datang dalam memahami idea-idea falsafah berkaitan akhlak dan juga yang lain.

20
RUJUKAN

Al-Qur’an
Antwi Bosiakoh, T. (2012). Differential Association Theory. In: Seel, N.M. (eds) Encyclopedia of
the Sciences of Learning. Springer, Boston, MA.
https://link.springer.com/referenceworkentry/10.1007/978-1-4419-1428-6_1869
Fauziyani, S. & Bushrah, B. (2017). Vandalisme dalam Kalangan Remaja dan Kaedah
Menanganinya: Johor Bahru: SMK Skudai & Falkuti Tamadun Islam UTM. Dipetik dari
https://www.researchgate.net/profile/Siti-Fauziyani-Md-Saleh/publication/325498285_.pdf

Hasimi Muhamad. (2020). Malaysia Duduki Tangga Ke-4 Indeks Jenayah Di Rantau Asia,
Menurun Berbanding 2019. Astro Awani.https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/malaysia-duduki-tangga-ke4-indeks- jenayah-di-rantau-asia-menurun-
berbanding-2019-251313

Henrietta Liza .(2017). Rugi Hampir RM3 Juta Akibat Vandalisme. Dipetik dari
https://www.utusanborneo.com.my/2017/08/01/rugi-hampir-rm3-juta-akibat-vandalisme
Jamsiah, M & Hazlinda, H. (2009). Factors Affecting Sosial Misconduct Amongst Adolescents in
Melaka Tengah District. Jurnal of community Health, 15(1): 1-11. Dipetik dari
http://www.communityhealthjournal.org/detailarticle.asp?id=346&issue=Vol15(1):2009
Kamal Azmi Abd. Rahman. (2016). Falsafah Akhlak Miskawayh. Universiti Sains Islam Malaysia.
https://www.researchgate.net/publication/347316559_FALSAFAH_AKHLAK_MISKAWAYH
Muhamad, Siti Norlina dan Ripin, Mohd Nasir dan Muhamad, Mohd Dani. (2004). Pemupukan
Akhlak Muslim Menurut Pandangan Ibnu Miskawayh. In: Seminar Antarabangsa Nilai
Dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004). Langkawi.
http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1855/
Rafiuddin Mohd Yusof.(2019). Surat Pembaca Vandalisme Bukti Tahap Pemikiran Rakyat Masih
Rendah. Dipetik dari https://api.bharian.com.my/rencana/surat pembaca/2019/02/531460
Rahim, A. A. R.(2006). Menangani Perkembangan dan Masalah Tingkah Laku Remaja Dalam
Keluarga. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, Pusat Pembangunan Keluarga. Dipetik dari
https://lamintang.org/journal/index.php/jhass/article/view/119
Ruwaida Md Zain .(2020). Vandalisme: MPKL belanja RM800,000 baikpulih peralatan di taman
permainan. Dipetik Dari
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/08/718401/vandalisme
Zainal, M. & Mohd, Sharani A. (2004). Panduan Mengurus Remaja Moden. Bentong: PTS
Professional. https://books.google.com.my/books?id=nqSv4RFJJqYC&lpg=PP9&ots=

21
LAMPIRAN

Lampiran 1: Borang Kajian Kes Isu Vandalisme

22
23
24
25
26
27

Anda mungkin juga menyukai