Anda di halaman 1dari 10

1

KAEDAH FIQH

KAEDAH KE-2: ‫اليقين ال يزال بالشك‬


o KONSEP KAEDAH:
 Pengertian
 Huraian pengertian
 Contoh
 Dalil
o KEPENTINGAN KAEDAH DALAM KEHIDUPAN
o KAEDAH TERBITAN:
‫األصل بقاء ما كان على ما كان‬ 
‫األصل العدم‬ 
‫األصل برأة الذمة‬ 
‫األصل يف كل حادث تقديره بأقرب زمن‬ 
‫األصل يف الكالم احلقيقة‬ 
o CONTOH SOALAN SEBENAR

1. KONSEP KAEDAH ‫اليقين ال يزال بالشك‬


PENGERTIAN Keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan
HURAIAN Sesuatu yang telah diyakini tidak akan hilang dengan kedatangan syak (keraguan)
PENGERTIAN ke atanya, tetapi keyakinan tersebut hanya boleh dihilangkan dengan keyakinan
juga.1

CONTOH o Seorang yang sudah yakin ia berwuduk tetapi syak pada hadas, maka ia dikira
masih berwuduk.

o Seorang yang sudah yakin ia berhadas tiba-tiba ia syak berwuduk, maka ia


dikira berhadas.

DALIL o Al-Quran2
         
   
Dan kebanyakkan mereka tidak menurut, melainkan suatu sangkaan sahaja.“
Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan suatu kebenaran
1
Apabila telah sabit sesuatu perkara/ keadaan dengan yakin, kemudian dengan tiba-tiba timbul syak tentang wujud
sesuatu yang menghilangkannya, maka perkara yang telah diyakini itulah yang diambil kira hinggalah sabit benar-
benar sebab yang menghilangkannya.
2
Yunus: 36
2

”(iktikad)
o Hadis Rasulullah SAW:
‫ إذا ش**ك أح**دكم‬،‫ قال النيب صلى اهلل عليه وس**لم‬،‫عن أيب سعيد اخلدرى أنه قال‬
‫ فليطرح الشك ولينب على ما استيقن‬،‫يف صالته فلم يدر كم صلى ثالثا أم أربعا‬
Dari Abu Said al-Khudri beliau berkata, Baginda Rasulullah SAW bersabda: Apabila“
salah seorang kamu telah timbul syak dalam solatnya, tidak diketahui lagi beberapa
(rakaatnya) yang telah dilakukan, tiga atau empat? Maka hendaklah buangkan yang syak
.”itu dan tunaikanlah atas apa yang telah diyakininya

o Dalil akal/ akli:


Yakin lebih kuat dari syak kerana pada yakin itu wujud hukuman yang qat’i dan
pasti. Maka ia tidak akan runtuh dengan syak sahaja.

2. KEPENTINGAN KAEDAH DALAM KEHIDUPAN

o Mengelak daripada kesukaran dalam amalan.


o Supaya berhati-hati dalam ibadah.
o Suupaya yakin dan tidak was-was.
o Supaya peka terhadap persekitaran.

3. KAEDAH TERBITAN

(1) ‫األصل بقاء ما كان على ما كان‬


PENGERTIAN Asal sesuatu itu dikira kekal berdasarkan keadaan asalnya.
HURAIAN Perlu dikekalkan keadaan yang telah sedia ada pada mana-mana waktu dan
PENGERTIAN berterusan dalam semua waktu sehinggalah sabit terputusnya/ bertukarnya.
CONTOH o Seorang yang yakin berwuduk, kemudian dia syak berhadas, hukumnya masih
berwuduk kerana asalnya dia berwuduk dan hadas hanya keraguan.
o Seorang yang yakin berhadas, kemudian dia syak berwuduk, hukumnya masih
berhadas kerana asalnya dia berhadas dan wuduk hanya keraguan.
o Jika seseorang berniat ihram umrah, kemudian dia berniat ihram haji dan dia syak
adakah dia berniat ihram haji sebelum tawaf atau selepas tawaf, ibadat haji
tersebut dihukum sah.
o Jika seseorang berkahwin dan berihram, kemudian dia syak adakah dia berihram
sebelum/ selepas berkahwin, maka dihukum perkahwinan itu sah.
o Seseorang yang makan di akhir malam, kemudian dia syak adakah fajar telah
menjelang/ belum, maka dihukum sah puasanya kerana pada asalnya malam itu
masih ada.
o Seseorang yang makan di akhir siang, kemudian dia syak adakah matahari telah
terbenam/ belum, makan dihukum batal puasanya kerana pada asalnya siang
3

masih ada.
o Wanita yang ditalak raj’ie mendakwa masa sucinya masih berlanjutan dan belum
selesai, maka dibenarkan dakwaannya dan dia berhak mendapat nafkah ‘iddah
kerana pada asalnya ‘iddah masih ada.
o A yang telah hilang 40 tahun dan waris-warisnya tidak pernah mendengar khabar
berita tentangnya. Dalam masa yang sama, bapanya meninggal dunia dan
meninggalkan harta yang banyak. A tetap berhak ke atas harta peninggalan
bapanya selagi tiada bukti menunjukkan dia telah mati.
o Seorang yang menyucikan najis akibat jilatan anjing pada kakinya, kemudian dia
syak adakah dia telah mencuci dengan tanah/ belum. Maka dihukum dia belum
mencuci dengan tanah kerana yang yakin itu adalah ada najis.
o Seorang bapa mengahwinkan anak perempuannya dan yakin bahawa anak
perempuannya itu masih dara. Kemudian and 4 saksi perempuan membuat
penyaksian bahawa gadis tersebut bukan dara ketika berlangsungnya akad nikah.
Maka dihukum akad nikah itu sah kerana asalnya gadis itu tetap dara.
o Pasangan suami isteri yang telah hidup bersama bertelingkah di mana isteri
membuat pengakuan suaminya itu tidak menunaikan tanggungjawab nafkah dan
pakaian terhadapnya. Pengakuan istei diterima kerana asalnya nafkah adalah
tanggungjawab suami.
o Seorang membeli makanan dan mendakwa ia menagndungi najis dengan hasrat
untuk memulangkan semula kepada penjual. Dalam konteks ini, pengakuan
penjual yang diterima kerana asalnya makanan tersebut adalah suci.
o Seorang membeli barang daripada penjual dan membuat dakwaan dia telah
menjelaskan harganya, sebaliknya penjual mengatakan pembeli belum lagi
menjelaskan bayaran. Dibenarkan kata-kata penjual berserta sumpahnya. Harga
tersebut terus kekal menjadi tanggungjawab pembeli untuk melunaskannya selagi
belum ada bukti yang menyatakan sabit pembayarannya.
o Seorang membeli komputer dan kemudian dia mendakwa komputer itu rosak.
Dalam konteks ini, pengakuan penjual yang diterima kerana asalnya computer
tersebut tidak rosak.
4

‫) األصل العدم‬2(]skema[
PENGERTIAN Asal sesuatu itu tiada.
HURAIAN
PENGERTIAN Umum diketahui bahawa ‫ الع **دم‬adalah lebih dahulu dari ‫الوج **ود‬. Maka setiap

sesuatu yang didakwa muncul/ wujudnya bererti ia di dahului oleh ‫( الع**دم‬tiada).


Maka ‫ الع**دم‬sabit dengan yakin. Manakala ‫ الوج**ود‬diragui. ‫ الع**دم‬itulah yang asal,
maka mesti dikekalkan hingga terbukti sabit sesuatu yang menghilangkannya.

CONTOH o Dalam masalah mudarabah, pemodal mendakwa ke atas peniaga ada keuntungan,
sedangkan peniaga menafikan dakwaan itu. Maka penafian peniaga yang diterima
kerana pada asalnya tiada keuntungan.
o Suami isteri bertelingkah dalam kes hubungan kelamin. Isteri mendakwa telah
berlaku hubungan kelamin sedangkan suami menafikannya. Maka penafian suami
yang diterima kerana pada asalnya tiada hubungan kelamin.
o Jika seseorang makan makanan milik orang lain, dia mendakwa pemilik makanan
telah mengizinkannya, tetapi pemilik makanan menafikannya. Maka penafian
pemilik makanan yang diterima kerana pada asalnya tiada keizinan.
o Ahmad berhutang dengan Bakar. Kemudiana Ahmad mendakwa dia telah
menjelaskan hutang tersebut, tetapi tiada bukti dan Bakar menafikannya. Maka
hutang tersebut dikira belum dijelaskan sehinggalah Ahmad dapat membuktikan
yang dia telah menjelaskan hutang tersebut.
o Seorang bapa mengahwinkan anak perempuannya dan yakin bahawa anak
perempuannya itu masih dara. Kemudian and 4 saksi perempuan membuat
penyaksian bahawa gadis tersebut bukan dara ketika berlangsungnya akad
nikah. Maka dihukum akad nikah itu sah kerana asalnya gadis itu tetap
dara.
o Pasangan suami isteri yang telah hidup bersama bertelingkah di mana isteri
membuat pengakuan suaminya itu tidak menunaikan tanggungjawab nafkah dan
pakaian terhadapnya. Pengakuan istei diterima kerana asalnya nafkah adalah
tanggungjawab suami.
o Seorang membeli makanan dan mendakwa ia menagndungi najis dengan hasrat
untuk memulangkan semula kepada penjual. Dalam konteks ini, pengakuan
penjual yang diterima kerana asalnya makanan tersebut adalah suci.
o Seorang membeli barang daripada penjual dan membuat dakwaan dia telah
menjelaskan harganya, sebaliknya penjual mengatakan pembeli belum lagi
menjelaskan bayaran. Dibenarkan kata-kata penjual berserta sumpahnya. Harga
tersebut terus kekal menjadi tanggungjawab pembeli untuk melunaskannya selagi
belum ada bukti yang menyatakan sabit pembayarannya.
o Seorang membeli komputer dan kemudian dia mendakwa komputer itu rosak.
Dalam konteks ini, pengakuan penjual yang diterima kerana asalnya computer
5

tersebut tidak rosak.


o Dua orang bersedia untuk mendirikan solat, tiba-tiba masing-masing mendengar
bunyi keluar angin, tetapi keduanya saling menafikan. Maka dihukum kedua-
duanya tidak diwajibkan berwuduk semula walaupun hakikatnya salah seoarng
daripada mereka betal wuduknya.
o Berlaku pertelingkahan antara penjual dengan pembeli berkaitan kesihatan haiwan
yang dijual belikan itu. Pembeli mengatakan haiwan itu sakit tetapi penjual
menafikannya. Maka dibenarkan kata kata penjual kerana skait itu sifat
mendatang. Diutamakan sihat daripada sakit/ cacat dan ia perlu kepada sesuatu
yang yakin untuk mengesahkan sakit/ cacat itu berlaku.
o Seseorang tinggal di rumah orang lain dan menyatakan mendapat keizinan untuk
tinggal tetapi dinafikan oleh pemilik rumah. Maka diterima kata-kata pemilik
rumah kerana asalnya penggunaan milik orang lain itu tidak dibenarkan.

‫) األصل برأة الذمة‬3(


PENGERTIAN Asal seseorang itu bebas dari tanggungjawab.
HURAIAN Seseorang itu terlepas daripada tanggungjawab dan tidak terikat dengan sesuatu hak
PENGERTIAN pun. Oleh itu, tidak diterima dakwaan melalui penyaksian seorang saksi sahaja jika ia
tidak diperkukuhkan dengan saksi-saksi lain atau dengan sumpah pendakwa.

CONTOH o A mendakwa barang yang diberi pinjam kepada B mengalami kerosakan ketika di
tangan B, tetapi A tidak mempunyai bukti bagi dakwaannya itu dan B menafikan
dakwaan tersebut. Maka diterima penafian B kerana asalnya B bebeas dari
sebarang tanggungjawab.
o Jika orang yang didakwa diperintahkan untuk bersumpah, tetapi dia enggan
bersumpah, maka tidak boleh dijatuhkan hukuman ke atasnya kerana pada asalnya
seseorang itu bebas dari tanggungjawab. Sebaliknya pendakwa diperintahkan
bersumpah.
o Penjenayah yang melukakan seseorang mengatakan: : Itulah satu kesan luka yang
saya cederakan awak.” Namun mangsa mengatakan: “Awak cederakan saya pada
dua tempat, tetapi saya tutup dan balut di antara keduanya serta Nampak satu
kesan luka sahaja”. Pengakuan yang diterima ialah kata-kata penjenayah kerana
asalnya dia bebas daripada tanggungjawab.
6

‫) األصل في كل حادث تقديره بأقرب زمن‬4(]skema[


PENGERTIAN Asal masalah pada setiap yang baru berlaku itu hendaklah dianggarkan
berlakunya pada waktu yang terhampir.
HURAIAN Apabila berlaku perselisihan berkaitan dengan tarikh berlaku sesuatu peristiwa,
PENGERTIAN maka kiraan waktunya adalah waktu yang paling hampir berlakunya kejadian
itu.

CONTOH o Jika seseorang melihat air mani pada pakaiannya dan dia tidak mengetahui
adakah dia bermimpi, maka wajib dia mandi junub dan wajib mengulangi
solat syang dilakukan selepas daripada tidurnya yang terakhir.
o Jika seseorang berwuduk dengn air sebuah perigi dan dia bersolat dengan
wuduk tersebut. Selang beberapa hari kemudian, dia dapati bangkai tikus
dalam perigi tersebut, maka hukumnya dia tidak wajib menggantikan
kesemua solat yang telah ditunaikannya kecuali solat yang ditunaikan dengan
wuduk terakhir yang dia yakin dengan air bernajis.
o Jika seseorang membuka sarang pintu sebuah sangkar burung, lalu burung itu
keluar dari sangkar tersebut. Orang itu hendaklah membayar ganti rugi.
Tetapi, jika burung itu berhenti sekejap dalam beberapa masa, kemudian
barulah dia keluar dari sangkarnya, maka orang itu tidak wajib membayar
ganti rugi kerana boleh jadi burung itu keluar dengan kehendaknya.
o Seseorang yang telah memukul perut perempuan yang hamil lalui prempuan
itu melahirkan anak dan hidup beberapa hari dalam keadaan sihat kemudian
anak itu mati, maka stidak wajib bayar diyat kerana pada zahirnya anak itu
mati disebabkan faktor lain.
o Seorang doktor pakar telah Berjaya memisahkan bayi kembar siam. Beberapa
hari kemudian, salah seorang daripada bayi itu meninggal dunia. Maka doktor
tersebut tidak dibertanggungjawabkan ke atas kematian bayi tersebut kerana
kemungkinan bayi itu mati disebabkan faktor lain dalam masa yang terdekat.
*PENGECUALIAN o Seseorang yang mencederakan orang lain dan mangsa mengalami penderitaan
hingga saat kematiannya, maka dikenakan qisas ke atas orang yang
melakukan kecederaan tersebut.
o Seseorang yang sakit tenat telah berhasrat dan menyatakan untuk
mendermakan hartanya. Kemudiannya dia mati dibunuh/ mati lemas/ mati
terjatuh. Dermanya hanya sah 1/3 daripada hartanya kerana dia dikira mati
disebabkan sakit tenat.
7

‫) األصل في الكالم الحقيقة‬5(]skema[


PENGERTIAN Asal pada sesuatu ucapan itu dikira maknanya yang hakiki.
HURAIAN Dalam sesuatu kalimah/ ucapan itu seharusnya diertikan pengertiannya yang
PENGERTIAN hakiki terlebih dahulu, kecuali terdapat tanda atau pengucap kalimah itu
maksudkan makna majaz.
CONTOH
o Seseorang mewakafkan harta kepada anaknya/ walad (‫)ولد‬ ia membawa
maksud anak sahaja, tidak termasuk cucu.
o Jika seseorang bersumpah tidak akan menjual/ membeli. Kemudian dia
wakilkan kepada orang lain untuk menjual/ membeli sesuatu barang, maka
hukumnya dia tidak melanggar sumpah dan tidak wajib membayar kafarah
kerana mengambil kira makna hakiki.
o Jika seseorang berkata: “Aku wakafkan sebidang tanahku ini kepada
penghafaz al-Quran”. Maka tidak termasuk dalam kategori ini oaring yang
dahulunya menghafaz al-Quran, namun kini telah lupa.
o Jika seseorang berkata: “Aku berikan rumah ini kepada Zaid” perkataan
demikian memberi erti dia mengakui hak milik rumah untuk Zaid. Jika dia
mendakwa ia bermaksud memberi keizinan untuk tinggal sahaja, maka
dakwaannya ditolak.
o Jika seseorang bersumpah tidak akan memasuki rumah Zaid, maka dia tidak
dihukum melanggar sumpah jika dia masuk ke dalam rumah sewa Zaid
kerana rumah yang disewa bukan rumah Zaid sebenarnya.
o Jika seseorang bersumpah tidak akan makan kambing. Jika dia makan daging
kambing, maka hukumnya dia melanggar sumpah. Tetapi jika dia minum
susu kambing, dia tidak dihukum melanggar sumpah kerana susu bukan
makna hakiki kambing.
o Jika seorang bersumpah tidak akan melakukan akad jual beli. Dia tidak dikira
melanggar sumpahnya jika dia melakukan akad jual beli yang tidak sah dari
segi syarak seperti riba/ tipu.
o Jika seseorang mewakafkan harta untuk ahli waris Abrar, namun Abrar masih
hidup. Wakaf itu tidak sah kerana berdasarkan maknanya yang hakiki.
8

4. CONTOH SOALAN SEBENAR

o [STPM P2/ 2013]

(a) (i) Dengan memberikan contoh, terangkan pengertian kaedah al-yakin la yuzal bi al-
syakk. [4]

(ii) Jelaskan dua kaedah terbitan al-yakin la yuzal bi al-syakk. [4]

(b) Berdasarkan kaedah al-yakin la yuzal bi al-syakk, huraikan hukum dan kaedah terbitan
bagi persoalan yang berikut:

(i) Seorang lelaki telah memukul perut seorang wanita yang sedang sarat
mengandung lalu wanita berkenaan melahirkan seorang bayi yang hidup dan
sihat. Walau bagaimanapun, selepas dua minggu, bayi berkenaan meninggal
dunia. [3]

(ii) A telah hilang selama lebih 40 tahun dan waris-warisnya tidak pernah mendengar
khabar berita tentangnya. Dalam masa yang sama, bapanya telah meninggal
dunia dan meninggalkan harta yang banyak. [3]

(iii) B dan C telah mendirikan rumah tangga lebih daripada 15 tahun. Pada suatu hati,
C mendakwa bahawa suaminya, iaitu B tidak memberikan nafkah pakaian dan
makanan kepadanya, tetapi dinafikan oleh B. [3]

(iv) D telah meminjam kereta daripada E, dan selepas dua hari dia telah
memulangkannya. Seminggu selepas itu, E datang berjumpa dengan D untuk
menuntut ganti rugi kerana kereta yang diberi pinjam sebelum ini telah rosak.
Hal ini dinafikan oleh D. [3]

o [STPM P2/ 2014]

(a) Terangkan kaedah ‫ اليقني ال يزال بالشك‬dari segi pengertian, huraian dan contoh. [6]

(b) Kemukakan dalil naqli dan aqli bagi kaedah ‫ اليقني ال ي **زال بالشك‬dan kepentingan
kaedah tersebut dalam kehidupan. [6]

(c) Seseorang yang berjanabah telah selesai mandi kemudian dia syak sama ada dia telah
berniat mandi wajib atau hanya mandi sunat pagi Jumaat.

Dengan berpandukan kaedah ‫اليقني ال ي* **زال بالشك‬, huraikan status janabah orang
tersebut, kaedah terbitan yang perlu digunakan, dan jalan penyelesaiannya. [8]
9

o [STPM U2/ 2014]

(a) Terangkan maksud kaedah al-yakin la yuzal bi al-syakk. [6]


(b) Jelaskan dalil tentang kaedah al-yakin la yuzal bi al-syakk. [5]
(c) Dengan berpandukan kaedah al-yakin la yuzal bi al-syakk, huraikan hukum dan kaedah
terbitan bagi persoalan yang berikut:
(i) Seorang imam yakin tentang batal wuduknya, tetapi dia syak sama ada dia telah
memperbaharui wuduknya atau tidak. [3]

(ii) Pada 15 Ramadan, seorang lelaki minum pada akhir malam dan dia syak bahawa
fajar telah terbit. [3]

(iii) Seorang wanita yang ditalak sebanyak dua kali oleh suaminya telah mendakwa di
mahkamah syariah bahawa ‘iddahnya belum selesai dan dia menuntut nafkah
‘iddah daripada suaminya. [3]

o [STPM P2/ 2015]

(a) Terangkan pengertian ‫ اليقني ال يزال بالشك‬berserta contoh. [4]

(b) Jelaskan empat kaedah terbitan bagi kaedah (a) di atas. [8]

(c) Berdasarkan kaedah ‫اليقني ال يزال بالشك‬, tentukan hukum dan kaedah terbitannya.
(i) Seorang bapa mendakwa C telah mencederakan anaknya D, manakala C
menafikannya dan enggan bersumpah. [2]

(ii) E makan pada petang hari ketika berpuasa, kemudian dia syak sama ada matahari
sudah terbenam atau belum. [2]

(iii) F telah beberapa hari menggunakan motosikal G. F mengatakan bahawa G telah


memberi pinjam motosikal itu kepadanya. G pula menafikan kata-kata F. [2]

(iv) H telah memakan harta J. H mengatakan J telah mengizinkannya tetapi dinafikan


oleh J. [2]
10

o [STPM U2/ 2015]

(a) Berikan dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah bagi kaedah ]4[ .‫اليقني ال يزال بالشك‬
(b) Jelaskan kaedah ‫كان‬ ‫ األصل بقاء ما كان على ما‬berserta contoh. [8]

(c) Bincangkan aplikasi kaedah ‫احلقيقة‬ ‫ األصل يف الكالم‬dalam permasalahan hukum. [8]

o [STPM U2/ 2016]

(a) “Suatu hukum yang disandarkan pada suatu keyakinan yang telah berlaku tidak akan
berubah dengan sebab keraguan yang datang selepasnya.” Terangkan. [4]
(b) Jelaskan maksud kaedah ‫الذمة‬ ‫ األصل برأة‬berserta tiga contoh. [8]
(c) Huraikan permasalahan yang berikut berdasarkan salah satu daripada kaedah terbitan
‫اليقني ال يزال بالشك‬.
(i) Encik A berkata “Aku wakafkan hartaku ini untuk anakku B.” B pula mempunyai
cucu. [4]

(ii) Encik C bersumpah tidak akan membeli sesuatu pun. Kemudian dia mewakilkan
Encik D untuk melakukan pembelian bagi pihaknya. [4]

o [STPM P2/2017]

(a) Terangkan pengertian kaedah al-Aslu al-‘adam. [4]

(b) Huraikan maksud kaedah al-Aslu fi kulli hadith taqdiruhu bi aqrabizaman dan tiga
contoh daripada kaedah tersebut. [8]

(c) “Maksud yang sebenar pada kata-kata seseorang akan dikira sebagai asas dalam
penentuan hukum.” Dengan mengemukakan kaedah terbitan, bincangkan pernyataan di
atas dan berikan dua contoh. [8]

Anda mungkin juga menyukai