Anda di halaman 1dari 15

Program: Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan

Kursus: Fiqh Muamalat Gunaan (SYA6113)


Semester: II, 2019/2020
Tajuk: Bay’ al-Salam
Pensyarah: Ustaz Mohamad Rizal bin Mohamed Nor
Pelajar: 1) Anis Hafizah Bt. Omar (I17302486)
2) Maizatul Ashikin Bt. Adnan (I18102713)
3) Siti Nurhafizadtul Adha Bt. Maizin (I17302470)
4) Nur Nashriyah Bt. Abdul Samat @ Solah (I18102685)
Kumpulan: 1
Markah:

Perkara Agihan Markah


Isi /10
Bahasa /5
Format /5
Partisipasi /5
Pembentangan /10
Jumlah /35

1
Isi Kandungan

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3

2.0 Definisi Bay’ al-Salam


2.1 Bahasa 4
2.2 Istilah

3.0 Hukum dan Dalil Pensyariatan Bay’ al- Salam 5-6

4.0 Rukun Bay’ al- Salam 7

5.0 Syarat-syarat Bay’ al- Salam 8-9

6.0 Aplikasi Semasa Bay’ al- Salam 10 - 12

7.0 Pembubaran Akad 13

8.0 Kesimpulan 14

9.0 Rujukan 15

2
1.0 Pengenalan

Pada era globalisasi ini, sistem ekonomi Islam dilihat mula bertapak dengan kukuhnya di
Malaysia. Dengan menggunakan kaedah ekonomi Islam, aktiviti seperti pengurusan, kewangan,
perbankan, agihan pendapatan, sukuk dan takaful dilihat semakin giat dijalankan. Penggunaan
sistem ekonomi Islam ini dilihat bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat Islam sahaja,
malah masyarakat bukan Islam juga dilihat semakin ramai yang menggunakannya dan percaya
terhadap pengaplikasian ekonomi Islam di dalam urusan ekonomi mereka. Golongan bukan
Islam ini bukan sahaja menggunakan pembiayaan berteraskan prinsip syariah semata-mata,
malah mereka turut menyimpan dan melabur di dalam akaun pelaburan bank Islam.

Penggunaan ekonomi Islam di dalam amalan masyarakat dilihat bukan semata-mata untuk
mencari keuntungan dan kemewahan di dunia sahaja, malah dengan pengaplikasian ekonomi
Islam juga dilihat dapat menghindarkan dan menjaga seseorang itu daripada terjebak dengan
unsur-unsur muamalat yang dilarang oleh Islam seperti riba, gharar, maisyir, sorokan dan
penyelewengan. Selain itu, sistem ekonomi Islam juga dapat membimbing setiap individu
untuk saling berkongsi hasil kekayaan yang dimiliki sesama masyarakat dan saling
mengamalkan sikap saling membantu sesama insan supaya setiap kekayaan yang diperolehi
tidak tertumpu kepada sesetengah individu sahaja, sebaliknya dapat dikongsi dan dirasai oleh
semua peringkat lapisan masyarakat.

Terdapat banyak bentuk-bentuk sistem ekonomi Islam yang dibenarkan oleh syariat
berdasarkan kepada kemaslahatan manusia. Antaranya adalah bay’ al-istisna’, bay’ al-
murabahah, bay’ al-wadhiah, bai’ al-salam dan sebagainya. Masyarakat pada masa kini telah
ramai yang mempraktikkan dan mengaplikasikan bay’ al-salam dalam kehidupan mereka. Bay’
al-salam adalah suatu bentuk jual beli yang terkeluar daripada jenis jual beli yang dilarang dan
mendapat pengecualiaan daripada syariat. Bay’ al-salam secara zahirnya termasuk dalam
kategori jual beli barang yang tidak wujud dan ia merupakan satu kontrak hutang yang
dibenarkan mengikut kaedah syariat dengan syarat-syarat tertentu bertujuan memberikan
kemudahan kepada penjual memperolehi keuntungan dengan cara menjanjikan kepada pembeli
untuk mendapatkan barang yang diinginkan yang cuma dijelaskan ciri-cirinya seperti butiran
bentuk, spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran perlu diserahkan
terlebih dahulu manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu tempoh yang ditetapkan.

2.0 Definisi Bay’ al-Salam

3
Dari segi bahasa : Al-Salam ialah al-Salaf yang bermaksud al-taqdim iaitu pendahuluan atau
mendahulukan. Di dalam kitab al-Fiqh ‘ala Mazahib al-‘Arba’ah menyatakan al-Salam ialah
bahasa penduduk Hijjaz, manakala al-Salaf ialah bahasa penduduk Iraq.

Dari segi istilah : Di dalam buku Fiqh dan Perundangan Islam, Bai’ al-Salam diertikan sebagai
menjual sesuatu barang yang bertangguh dengan yang segera, ataupun menjual suatu yang
disifatkan dalam tanggungan, iaitu dengan mendahulukan bayarannya dan menangguhkan
barangan untuk ke suatu tempoh tertentu. Dengan perkataan lain, menyerahkan tukaran yang
ada untuk tukaran yang ditetapkan sifatnya dalam tanggungan sehingga ke suatu tempoh
tertentu.

Para fuqaha’ menamakan juga Bai’ al-Salam ini sebagai al-Mahaawiij iaitu barang-
barang yang diperlukan, kerana ia adalah jualan sesuatu yang tidak ada di dalam majlis jual-
beli, dimana kedua-dua pihak yang melakukan jual beli memerlukan antara satu sama lain.
Pemilik wang memerlukan barang jualan, manakala pemilik barang memerlukan wang. Maka
ini termasuk dalam maslahat keperluan. Pembeli disebut sebagai al-Muslim atau pemilik al-
Salam iaitu yang menyerahkan bayaran, dan penjual disebut sebagai al-Muslam ‘Alaih, dan
barang yang dijual disebut sebagai al-Muslam fiih, dan harganya disebut sebagai Ra’su Maal
al-Salam.

Para fuqaha’ memberikan pelbagai maksud salam. Menurut mazhab Maliki, salam ialah
jual beli sesuatu yang boleh disifatkan dan ditangguh penyerahannya dan menjadi tanggungan.
Menrut mazhab Hanafi, salam adalah jual beli sesuatu yang ditangguh dengan sesuatu yang
disegerakan. Manakala mazhab Syafi’e menyatakan salam sebagai jual beli sesuatu yang
disifatkan yang menjadi tanggungan. Dan mazhab Hanbali pula mendefinisikan salam sebagai
menyerahkan sesuatu terlebih dahulu pada masa sekarang sebagai balasan kepada sesuatu yang
disifatkan yang menjadi tanggungan sehingga suatu tempoh. Berdasarkan definisi salam yang
dinyatakan oleh para fuqaha’ di atas, boleh disimpulkan bahawa ia merujuk kepada kontrak jual
beli suatu barang yang dijelaskan sifat-sifatnya yang menjadi tanggungan dengan harganya
didahulukan semasa akad.

Maka Bai’ al-Salam atau al-Salaf adalah jual beli secara tempahan, dimana pembeli
menempah barang dan melunaskan harganya. Manakala penjual menerima bayaran dan
barangan yang ditempah dan akan diserahkan kepada pembeli dalam suatu tempoh tertentu.

3.0 Hukum dan Dalil Pensyariatan Bay’ al-Salam

4
Asas pensyariatan akad Bay’ al-Salam terdapat di dalam Al-Quran ,al-sunnah dan al-
ijma’.

Al-Quran

Di dalam al-quran terdapat ayat berkaitan dengan penghutang,iaitu di dalam surah al-
Baqarah ayat 282,Allah berfirman: Maksudnya (“Wahai orang-orang yang beriman,apabila
kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu
masa yang tertentu,maka hendaklah kamu menulis(hutang dan masa bayarannya) itu…”)
(al- Baqarah:282)

Al-Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim menyebut satu riwayat dari Ibn
‘Abbas r.’anhuma,dimana ketika beliau menafsirkan ayat ini,Ibn ‘Abbas berkata : “Aku
bersaksi bahawa al-Salaf (Bai’ al-Salam) yang terjamin untuk suatu tempoh yang tertentu telah
dihalalkan oleh Allah dan telah diizinkan padanya,kemudian beliau membaca (ayat di atas)

Ayat ini (al-Baqarah):282) dijadikan dalil bolehnya jual beli salam menurut syara’
kerana ia termasuk dari jenis hutang.Ayat tersebut menerima dan membenarkan hutang,dengan
itu jual beli salam juga dibenarkan (al-Fiqh al-Manhaji,ms.46)

Al-Sunnah

Ibn ‘Abbas r. ‘anhuma meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w setelah tiba di
Madinah,dalam keadaan penduduk Madinah mengamalkan tempahan terhadap buah untuk
tempoh setahun,dua tahun atau tiga tahun.Lalu Baginda s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menjual
beli sesuatu (secara) salaf (salam),hendaklah dia lakukan jual beli salaf (salam) dengan sukatan
yang termaklum dan timbangan yang termaklum bagi tempoh yang juga termaklum.” (Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sayyid Saabiq di dalam Fiqh al-Sunnah menukilkan perkataan Ibn al-Munzir yang
berkata: “Telah sepakat orang-orang yang kami ambil (ilmu) daripadanya dari kalangan ahli
ilmu (ulama),bahawa al-Salam adalah harus.”

Selain dalil dari al-Quran dan al-Hadis di atas,Bay al-Salam juga bertepatan dengan
kaedah-kaedah syarak dan ia tidak bertentangan dengan qiyas.Sebagaimana diharuskan
menangguhkan bayaran dalam jual beli,maka demikian juga menangguhkan barang dalam jual
beli al-Salam juga dibenarkan tanpa dibezakan antara keduanya.Seperti hutang yang
5
diharuskan.Selama sifat-sifat barang diketahui dengan jelas dan berada dalam tanggungan dan
pembeli menyakini akan dipenuhi oleh penjual,maka ia termasuk keharusan di dalam ayat 282
dari surah al-Baqarah tersebut.

Bay’ al-Salam tidak termasuk larangan Nabi s.a.w,tentang tidak bolehnya seseorang menjual
sesuatu yang tidak ada padanya.Ibn ‘Abbas berkata: “Dan ia (Bay’ al-Salam) tidak termasuk
dalam larangan Rasulullah s.a.w,dari seseorang menjual apa yang tidak ada di sisinya
sepertimana sabda baginda s.a.w: “Jangan kamu menjual sesuatu yang tidak ada di sisi kamu.”
(Riwayat Ahmad,dan Ashab al-Sunan dan disahihkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Hibban)

Larangan yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah seseorang menjual barang yang ia
tidak dapat menyerahkannya dan bukan miliknya.Sehingga jual beli itu menjadi
gharar(penipuan).Adapun Bay’ al-Salam yang disifatkan (barangannya) dan dijamin dalam
tanggungan,disertai dengan sangkaan yang kuat (‫ة الظن‬MMM‫)غلب‬ianya dapat dipenuhi pada
waktunya,maka ia tidak termasuk dalam larangan hadis di atas.Di samping itu,orang ramai
memerlukan akad ini kerana pemilik tanaman,buah-buahan dan perniagaan sangat memerlukan
kepada pembelajaan untuk mereka ataupun tanaman mereka dan sebagainya sementara menanti
buahnya masak.

Al-Ijma’

Menurut Ibn Qadamah dan Ibn Munzir: Al Salaf adalah diharuskan kerana penternak,
petani, peniaga (orang ramai) memerlukan modal untuk perbelanjaan hidup sementara
menunggu hasil. Harus memenuhi keperluan manusia.

4.0 Rukun Bay’ al-Salam

Kitab al-Fiqh al-Manhaji menyatakan terdapat empat rukun Bay’ al-Salam.

6
1- Al-Aaqidaan‫ ن) (العاقدا‬iaitu pihak yang mengikat perjanjian,mereka terdiri dari pembeli
dan penjual.Pembeli ialah orang yang mendahulukan wangmya untuk mendapatkan barang
dagangan yang dikehendakinya.Pembeli disebut sebagai al-Muslim atau pemilik al-Salam iaitu
yang menyerahkan atau mendahulukan bayaran.Manakala penjual ialah orang yang menerima
wang sebagai bayaran kepada barangan yang akan diberikannya.Ia namakan sebagai al-Muslim
Ilai.Pembeli dan penjual ini disyaratkan sama seperti penjual dan pembeli dalam akad jual beli
iaitulah berakal,baligh,sukarela dan seumpamanya.

2- Al-Sighah ( ‫يغة‬44‫)الص‬iaitu ijab (penawaran) dan qabul (persetujuan).Sebagai contoh


pemilik modal berkata: Saya dahulukan kepada kamu RM 1,000.00 ini untuk mendapat 1000
helai baju dengan sifat-sifatnya seperti berikut.Sementara penerima pula berkata: Saya terima
pembayarannya ,atau saya terima pembayaran yang didahulukan ini,atau seumpama
dengannya.Satu pendapat di dalam mazhab al-Syafie menyatakan sighah mesti menggunakan
perkataan salam atau salaf sahaja.Tidak sah jika menggunakan perkataan lain.Ini kerana akad
salam tidak sama dengan jual beli biasa.Namun satu pendapat yang lain mengatakan jika
menggunakan sighah jual dan beli juga sah kerana Bay al-Salam juga adalah satu daripada
bentuk jual beli yang memerlukan penerimaan dalam majlis akad.

3- Ra’s al-Maal (‫ )رأس المال‬iaitu modal atau narga.Ia bayaran yang dibuat oleh pembeli
sebagai mendahulukan bayaran kepada penjual.

4- Al Muslam fih (‫ )المسلم فيه‬iaitu barang yang ditempah,Ianya barangan yang dijual dalam
perjanjian dan berjanji untuk menyerahkannya kepada pembeli dari bayaran harga yang
didahulukan.

5.0 Syarat Bay’ al-Salam

7
Dalam akad al-Salam dikenakan beberapa syarat.Antaranya berkaitan dengan harga tempahan
atau bayaran (‫)رأس المال‬,yang lainya berkaitan dengan barang yang dijual dengan al-Salam (‫المسلم‬
‫)فيه‬.

Di dalam kitab al-fiqh al-Manhaji menyebut syarat-syarat Bay’ al-Salam seperti berikut:

1- Barang tersebut mestilah boleh dinyatakan sifat-sifat dan ciri-cirinya.

2- Barang tersebut diketahui jenis,kualiti,jumlah dan sifat oleh kedua-dua pihak.Bagi jenis
contohnya gandum atau bali.Kualiti seperti tempatan atau import.Jumlah seperti 1,000 gantang
jika mengikut sukatan atau mengikut timbangan jika boleh ditimbang ,mengikut bilangan jika
boleh dikira atau dengan ukuran jika boleh diukur.Untuk sifat pula contohnya dinyatakan
warna,ukiran atau acuan,tebal atau nipis atau sifat-sifat lain yang berbeza-beza mengikut
kehendak pengguna.

3- Barangan tersebut tidak bercampur aduk dengan barang lain yang berlainan jenis.Dan
kadar campuran tidak dapat diketahui dengan jelas.Jika kandungan campuran dan kadar setiap
campuran dapat diketahui,jual beli salam adalah sah.

4-Barangan tersebut mestilah diperhutangkan,iaitu barang yang disebut sifat-sifatnya dalam


tanggungan,tanpa merujuk kepada barangan tertentu.

5- Barangan tersebut mampu diserahkan ,berdasarkan tempoh dan jenis yang ditetapkan.
Dan menurut sangkaan berat,jenis yang ditetapkan itu akan wujud pada masa yang ditetapkan.
Jika jual beli salam tersebut membabitkan barangan yang biasanya tidak wujud pada masa yang
ditetapkan,contohnya buah anggur dalam musim sejuk atau buah kurma atau sebagainya,maka
jual beli salam itu tidak sah.

Jika barangan yang dijual secara jual beli mudah didapati,tetapi tidak berjaya diperolehi
pada masa yang ditetapkan,perjanjian (al-salam) tersebut tidak terbatal.Pembeli boleh membuat
pilihan samaada menunggu sehingga barang yang ditempah wujud atau membatalkan
penjanjian tersebut dan mengambil semula modal atau harga yang telah dibayar,tanpa kurang
atau lebih.

6- Tempoh penyerahan perlu ditetapkan.Tempoh penyerahan perlu dihadkan dalam


tempoh tertentu yang dimaklumi Bersama.Contohnya pembeli berkata: “Saya serahkan RM
1,000.00 untuk 10 helai baju yang mempunyai spesifikasi seperti berikut dengan syarat anda
8
serahkan barangan tersebut kepada saya selepas sebulan dari Tarikh kontrak ini atau pada awal
bulan hadapan”.Jika tiada sebarang tempoh yang dinyatakan tempoh yang dinyatakan atau ada
tempoh dinyatakan tetapi tidak dinyatakan dengan tepat,contohnya pembeli berkata: “Barangan
tersebut hendaklah diserahkan pada masa si fulan pulang dari musafirnya.”Maka kontrak ini
tidak sah kerana tempoh disini tidak dinyatakan dengan jelas.Ini kerana masa si fulan itu
kembali tidak diketahui dengan tepat.

Akibatnya akan berlaku perselisihan dan perbalahan tentang tempoh yang dimaksudkan
oleh kedua-dua pihak. Dalil dalam perkara ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Hingga
ke tempoh yang dimaklumi.”

Jika penjual membawa barang yang ditempah sebelum tempoh yang ditetapkan,pembeli
boleh mengambil barang tersebut dengan syarat tiada sebarang perbelanjaan atau bebanan yang
perlu ditanggung dalam baki tempoh yang dipersetujui. Pembeli juga tidak mempunyai alasan
untuk tidak menerimanya. Namun jika barangan tersebut mempunyai sebab yang dibenarkan
syara’ untuk pembeli tidak menerimanya awal dari waktu yang telah ditetapkan,seperti
memerlukan tempat penyimpanan dan pembeli ketiadaan tempat atau barangan tersebut adalah
haiwan yang perlu diberikan makan atau ketika itu berlaku banyak kes rompakan dan pembeli
bimbang keselamatan barangnya. Maka pembeli tidak boleh dipaksa untuk menerima barang
tersebut dan dia berhak menolaknya.

7- Tempat penyerahan perlu ditetapkan.Ianya bergantung kepada persetujuan Bersama


diantara pembeli dan penjual.

8- Jumlah (‫درا‬MM‫ )ق‬dan bentuk (‫فة‬MM‫ )ص‬pembayaran hendaklah dimaklumi oleh kedua-dua
pihak.Sebagai contoh bayaran yang dibuat sebanyak RM1,000.00 atau RM 2,000.00. Demikian
juga perlu menjelaskan sifat barang tersebut seperti kualiti.

9- Penyerahan harga dari pembeli di dalam majlis perjanjian dan penjual menerima (
‫)القبض‬,sebelum mereka berpisah kerana penyerahan inilah makna asal Bay’ al-Salam. Jika tidak
ada penyerahan awal, maka jadilah jual beli ini menjual hutang dengan hutan yang tidak
dibenarkan.

6.0 Aplikasi Semasa Bay’ Al-Salam

Pembiayaan kewangan islam melalui konsep al-Salam

9
Pembiayaan kewangan islam melalui konsep al-salam jarang-jarang digunakan oleh bank
islam kerana tidak mempunyai kelebihan berbanding konsep-konsep yang lain seperti Istina’,
Baiy Bithaman Ajil, Tawaruq, Bay al-Murabahah dan lain-lain lain lagi. Antara sebab
utamanya adalah syarat utama untuk jualan as-salam harga mesti dibayar dahulu dan barangan
yang dikehendaki akan diperolehi kemudian, seacara umumnya ia jelas berbeza dengan
kebanyakkan produk bank islam yang lain iaitu menyerahkan komoditi dahulu dan bayaran
tertangguh.

7.0 Pembiayaan Salam Secara Campuran (Hybrid)

Oleh sebab itu, bagi membolehkan konsep salam diaplikasikan sebagai produk, ia
adakalanya digabungkan dengan kontrak yang lain seperti berikut :

PENJUAL

BANK PELANGGAN

Rajah 1 : Pembiayaan al-salam digabung jualan muajjal

Kaedah pembiayaan salam secara campuran (hybrid) iaitu pelanggan akan mengemukakan
invois dan penyata kewangan kepada pihak bank. Apabila pihak bank bersetuju, pihak bank
akan meneruskan proses seterusnya dengan membeli barangan yang diperlukan oleh pelanggan
daripada pihak pembekal (penjual). Seterusnya, pihak bank perlu membayar secara tunai
kepada pembekal degan harga yang ditetapkan dan dipersetujui kedua-dua pihak. Apabila
selesai urusan jual beli, pihak bank akan menjual kembali barang yang dikehendaki oleh
pelanggan dengan harga yang dipersetujui bersama.

10
1) Kenal Pasti Penjual

Pelanggan ingin membeli 10 tan beras dengan harga RM18,000. Namun demikian
pelanggan tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar harga secara penuh di awal
kontraknya dengan penjual. Pelanggan telah kenal pasti penjualnya.

2) Permohonan dan Janji

Pelanggan memohon bank untuk membelinya secara al-Salam daripada penjual dan
memberikan janji kepada bank akan membeli secara bayaran tangguh dari bank.

3) Bai’ al-Salam

Pada 20 Januari 2011, bank akan membeli 10 tan beras daripada penjual dengan harga
RM18,000 tunai. Beras tersebut akan diserahkan kepada bank pada 20 April 2011.

4) Jual Bayaran Tangguh (Muajjal)

Pada tarikh 20 April 2011 setelah menerima beras. Bank menjualnya secara tangguh
bayaran dengan harga RM25,000 dalam tempoh 3 tahun kepada pelanggan.

Oleh hal yang demikian, natijah daripada pembiayaan salam secara campuran (hybrid)
pelanggan mendapat 10 tan yang dikehendakinya bagi menjalankan perniagaan runcitnya.
Penjual pula, mendapat upah secara lebih awal dari pelanggannya dan kegiatan pertaniannya
dapat dijalankan. Manakala, pihak bank akan mendapat RM 7,000 dalam 3 tahun.

7.1 Produk al-salam sebagai pembiayaan modal kerja (working capital)

Syarikat Kassim Sdn. Bhd. adalah syarikat pengeluar gula. Meraka mempunyai pelanggan-
pelanggan tetap seperti pasaraya besar dan kedai runcit yang semuanya memerlukan 100 tan
gula. . Bagaimanapun, untuk menegluarkan gula sebanyak itu, mereka memerlukan modal atau
kos kerja sebanyak RM 100,000. Bagi tujuan itu Syarikat Kassim Sdn. Bhd. membuat
permohonan daripada bank Islam untuk pembiayaan secara al-salam. Berikut adalah aliran
kontrak bagi skenario dan produk al-salam :

11
KASSIM

BANK

KUMPULAN PEMBELI

Rajah 2 : Pembiayaan modal kerja al-salam

1) Pada 1 Oktober 2009, bank membeli secara al-salam, 100 tan gula dengan kualitinya
yang tertentu daripada Syarikat Kassim Sdn. Bhd. dan membayar secara tunai RM100,000.
Syarikat Kassim perlu menyerahkan gula tersebut pada 1 Disember 2009.

2) Pada tarikh 1 Desember 2009, bank melantik Syarikat Kassim Sdn. Bhd. sebagai
wakilnya untuk menjual 100 tan gula kepada pelbagai pelanggannya denga jumlah keseluruhan
harga yang dipersetujui adalah RM 150,000. Manakala baki selebihnya adalah milik Syarikat
Kassim Sdn. Bhd. sebagai insentif.

3) Syarikat Kassim Sdn.Bhd. berjaya menjual kesemua 100 tan gula tersebut dengan harga
RM 170,000 dan memberikan bank sebanyak RM 150,000 dan memperolehi insetif sebanyak
RM 20,000.

Melalui kaedah pembiayaan modal keja al-salam, kesannya adalah Syarikat Kassim
Sdn. Bhd memperolehi insetif sebanyak RM 20,000 hasil daripada perniagaannya di samping
pernigaannya berjalan. Syarikat Kassim Sdn. Bhd. juga mendapat modal secara tunai sebanyak
RM 100,00 daripada bank secara halal.

Manakala natijah bagi pihak bank adalah bank mendapat untung sebanyak RM 50,000.
Kesimpulannya, kesemua mereka berjual beli secara halal dan menyumbang kepada
pembangunan ekonomi.

8.0 Pembubaran Akad

12
Jual beli Bai ‘Al-salam merupakan salah satu cara jual beli yang dibenarkan di dalam
Islam berdasarkan apa yang terdapat dalam dalil Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Akad
ini juga membuktikan bahawa Islam sebagai sebuah agama yang memberi kemudahan kepada
penganutnya sepertimana jual beli salam ini yang ciri-ciri perniagaannya dihajati oleh manusia.

Seterusnya, seperti kita sedia maklum bahawa setiap urus niaga pasti ada syarat-syarat
yang perlu dipatuhi begitu juga dengan jual Bai’ Al-Salam ini. Menurut mazhab Imam Syafie,
akad yang tidak memenuhi syarat jual beli salam seperti yang dinyatakan pada halaman (?).
Contohnya, seperti yang sering berlaku pada akad jual beli hari ini terutamanya pada
permasalahan penyerahan modal atau harga barangan yang ditempah ketika memeterai akad.
Kebanyakan penempah akan bayar separuh sahaja kepada pembuat bahkan ada yang tidak
membuat pembayaran langsung. Setelah itu, penempah akan bayar sekaligus atau secara
ansuran selepas barang yang ditempah itu siap. Malah, ada penempah yang tidak selesaikan
harga barang dan melebihi tempoh yang tidak ditetapkan sehingga perlu dituntut oleh pembuat.
Oleh kerana itu, amalan seperti ini tidak dikira sebagai jual beli salam dan dikira tidak sah
menurut Imam Syafie.

Di samping itu, menurut ulama’ mazhab Imam Hanafi, akad seperti ini dibenarkan
seperti yang sering diamalkan oleh orang ramai dengan mengikut keperluan orang ramai.
Namun dengan syarat, akad tersebut jelas mengatakan segala perkara berkenaan barang yang
jika tidak dinyatakan dengan jelas, mungkin akan menimbulkan masalah atau pergaduhan
antara kedua pihak pada masa akan datang.

Kesimpulannya, akad Bai’Al-Salam tidak dikira atau dikecualikan daripada jual beli
barangan yang tidak wujud. Sedangkan kita tahu bahawa jual beli barangan yang tidak wujud
adalah tidak sah. Walau bagaimana pun alasan yang digunakan untuk pengecualian bai as-
salam adalah berdasarkan keperluan atau hajat manusia kepada akad ini.

9.0 Penutup

13
Setelah kami menyiapkan tugasan ini, kami dapat merumuskan bahawa jual beli salam
merupakan instrumen pembiayaan penting yang boleh digunakan secara meluas pada hari ini.
Ia juga dapat memudahkan mereka yang mengalami masalah kewangan seperti pengeluar kecil
yang memerlukan wang untuk dibelanjakan untuk pengeluaran mereka. Jual beli salam juga
tidak dibenarkan jika kontrak tidak memenuhi syarat dan perjanjian tersebut. Sistem muamalat
Islam ini adalah bagi memenuhi keperluan dan maslahat umat manusia kerana keterbatasan
manusia untuk menguruskan semua perkara.

Maka Islam sebagai agama yang datang dari Allah s.w.t, sentiasa mengutamakan
maslahah penganutnya. Peraturan-peraturan Islam sentiasa memberi manfaat kepada manusia
dan menolak mudarat dari mereka. Apabila Islam melihat sesuatu itu dihajati oleh manusia,
maka Islam membenarkannya dengan ditetapkan beberapa peraturan untuk menjamin kebaikan
itu kembali kepada manusia. Demikianlah Islam telah menghalalkan Bay’ al-Salam ini dan
meletakkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi untuk menjamin kebaikan bersama.

Kesimpulannya, kepelbagaian bentuk dan jenis-jenis akad, khususnya akad jual beli
menunjukkan keunikan sistem ekonomi dan muamalat dalam Islam. Kepelbagaian jenis dan
bentuk ini tidak lain adalah untuk memenuhi hajat dan maslahah yang diperlukan oleh manusia
dalam kehidupan di dunia ini.

10.0 Rujukan

14
1. Abdul Muhaimin Mahmood (2013) diambil dari : http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-
ilmiah/artikel/156-konsep-akad-dan-jenisnya-dalam-muamalat-islam

2. Ahmad Jazlan Mat Yusof, Joni Tamkin Borhan, Ahmad Faizol Ismail, Shahrul Ridhwan s.
Ali. (2014). Prinsip-prinsip Syariah dan Aplikasinya Dalam Transaksi Perniagaan Buku Secara
Elektronik (E-Dagang) di Malaysia. Jurnal Muamalat, 49-70.

3. Amar Maysur. Makalah Konsep Dasar Jual Beli Hukum Salam Dan Istisna’. 2017

4. Kamus Dewan. (4th ed).(2005), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Mahyuddin Khalid,(2011), Bay’ Al-Salam, diambil dari :


https://www.slideshare.net/emkay84/isb540-salam

6. Sheikh Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri (2017), Fiqh Manhaji Mazhab Syafie, Jilid 1
Darul Syakir.

7. ‫ مكتبة نور‬: ‫ مباحث في بيع السالم‬42 : 2008 ,‫أبو أنس‬

15

Anda mungkin juga menyukai