Anda di halaman 1dari 34

PENGGUNAAN KAEDAH NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN DAYA

INGATAN MURID TAHUN 4 TERHADAP MATA PELAJARAN SEJARAH BAGI


TOPIK ZAMAN PRASEJARAH

LIM SZE QI

PISMP PENDIDIKAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH

limsqi7@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah nyanyian

dalam meningkatkan ingatan murid terhadap fakta-fakta Sejarah. Penyelidikan

tindakan dijalankan terhadap 14 orang murid Tahun Empat dari kelas 4H di SJK (C)

Jelutong. Kesemua 14 responden yang dipilih merupakan murid yang mempunyai

pencapaian akademik yang rendah dalam mata pelajaran Sejarah. Kajian ini

dijalankan berdasarkan model kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988). Data

kajian telah dikumpul dengan menggunakan cara deskriptif dan dianalisis dengan

menggunakan instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca, borang soal selidik dan temu

bual. Bagi kutipan data kuantitatif iaitu Ujian Pra, Ujian Pasca dan soal selidik,

analisis data-data dilakukan dengan mencari nilai sisihan piawai dan min. Manakala,

bagi kutipan data kualitatif iaitu data yang diperoleh dari temu bual dianalisis dalam

bentuk naratif berdasarkan transkrip yang dicatat. Kajian ini telah membuktikan

bahawa penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan ingatan murid Tahun

Empat terhadap mata pelajaran Sejarah bagi topik Zaman Prasejarah.

Kata Kunci: Keberkesanan, Kaedah, Nyanyian, Meningkatkan, Ingatan

PENGENALAN

Sejarah merupakan mata pelajaran yang memerlukan murid mengingatkan fakta

yang mana mereka mungkin tidak mampu mengingati kesemuanya dalam jangka

masa pendek. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah,


masalah mengingat fakta sememangnya merupakan satu perkara yang agak umum

bagi pelajar, khususnya bagi pelajar yang lemah dari segi akademik (Ismail, 2014).

Masalah mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah ini berlaku akibat dari

beberapa faktor. Antaranya ialah disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak berminat

untuk membaca dan tidak berminat untuk ingin tahu, cara pelajar menghafal fakta

yang membosankan dan sebagainya (Abdul, 2000).

Selaras dengan itu, penghasilan satu kreativiti dalam proses pembelajaran

dan pemudahcara (PdPc) Sejarah diperlukan dan bukan sekadarnya menggunakan

kaedah ‘chalk and talk’ untuk mendorong minat murid serta meningkatkan ingatan

murid dalam subjek Sejarah. Di samping itu, pembahuruan kepada teknik

pembelajaran yang menjadi kelazimen khususnya dari segi teknik hafalan perlu

diperkenalkan dan diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pemudahcara bagi

memudahkan murid meningatkan fakta yang pelbagai sejajar dengan ciri subjek

Sejarah yang sarat dengan fakta (Alfian, 2007). Penggunaan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melibatkan diri

dalam proses pembelajaran dan mengukuhkan ingatan murid tentang fakta sejarah

yang diajar (Norma, 2014). Oleh itu, pembelajaran yang menyeronok dapat

membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran Sejarah dengan lebih berkesan.

Justeru, penyelidik telah menjalankan kajian ini dengan meningkatkan

kemahiran ingatan serta minat murid-murid melalui kaedah nyanyian. Kaedah yang

kreatif dan inovatif adalah menggunakan nyanyian kerana nyanyian adalah

sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak selain aktiviti bermain (Rini, 2012).

Dengan ini, kaedah nyanyian telah dipilih kerana penyelidik berpendapat bahawa

sifat nyanyian agak mesra kepada kanak-kanak serta dapat menarik perhatian dan

menyenangkan kanak-kanak. Justeru, kanak-kanak mudah memahami serta

mengingati sesuatu terutamanya pelajaran melalui aktiviti nyanyian. Walau

bagaimanapun, menurut Zainure (2003), nyanyian yang diberikan perlu dibuat


dengan gaya bahasa yang sederhana, lirik yang pendek dan sesuai dengan

perkembangan kanak-kanak kerana nyanyian mempunyai objektif yang tertentu.

Maka, penyelidik telah mengolah lirik lagu tentang ciri-ciri Zaman Prasejarah dan

disesuaikan dengan melodi lagu kanak-kanak yang diminati ramai supaya dapat

memudahkan murid untuk menguasai lagu tersebut.

FOKUS KAJIAN

Sejarah merupakan mata pelajaran yang sarat dengan kandungan fakta.

Berdasarkan kepada pengalaman pada sesi praktikum yang lepas, isu utama dalam

pembelajaran Sejarah yang dikenalpasti oleh penyelidik adalah kesukaran murid

dalam mengingati fakta-fakta Sejarah. Masalah ini diperhatikan oleh penyelidik

semasa murid-murid 4H tidak dapat menjawab soalan yang dihujahkan walaupun

pelbagai aktiviti telah dilaksanakan semasa PdPc dijalankan. Melalui temu bual

yang dijalankan oleh penyelidik dengan murid, maklum balas dari murid telah

memberi gambaran yang jelas bahawa murid tidak mampu mengingati fakta-fakta

Sejarah yang disampaikan. Namun, kurikulum sejarah yang lebih menyajikan

pembinaan semula peristiwa dan aktiviti manusia masa lampau kebanyakannya

adalah bersifat abstrak (Ismail, 2016). Hal ini menyebabkan pembelajaran Sejarah

di dalam kelas tidak lebih daripada aktiviti hafal-menghafal atau terbatas kepada

pengembangan ingatan sahaja. Menurut kajian Tang Geok Ling (2005), masalah

yang ketara sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah ialah pelajar

sukar untuk mengingat fakta-fakta Sejarah dalam jangka masa panjang. Masalah ini

merupakan salah satu punca yang boleh mengikis minat pelajar terhadap mata

pelajaran Sejarah. Hal ini membuktikan bahawa kemahiran mengingati merupakan

salah satu kemahiran yang harus dikuasai oleh murid dalam pembelajaran Sejarah.
Kebanyakan murid menganggap mata pelajaran Sejarah sesuatu yang

bosan berbanding dengan mata pelajaran yang lain. Hal ini terbukti dalam Kajian

Rohana (1987) yang merumuskan bahawa ramai pelajar memberi respons tidak

berminat kerana subjek Sejarah dianggap “the dead of curriculum”. Berdasarkan

pengumpulan data awal dan pengalaman penyelidik semasa sesi praktikum,

penyelidik dapat merumuskan bahawa faktor utama yang menyebabkan murid

kurang berminat terhadap Sejarah adalah kerana subjek ini mengandungi fakta-

fakta yang padat yang memerlukan hafalan yang banyak. Oleh itu, fokus kajian ini

adalah untuk meningkatkan daya ingatan murid terhadap pengajaran dan

pembelajaran Sejarah topik Zaman Prasejarah melalui kaedah nyanyian. Penyelidik

telah memilih kaedah nyanyian ini kerana penggunaan kaedah ini mewujudkan

suasana pembelajaran yang seronok untuk memudahkan murid untuk mengingati isi

pengajaran yang ingin disampaikan.

Manakala, penyelidik telah memilih topik Zaman Prasejarah kerana topik ini

mengandungi banyak fakta yang perlu dihafal oleh murid. Dalam topik ini, murid

dihendaki untuk mengetahui ciri-ciri tiga Zaman Prasejarah. Namun, penyelidik

mendapati bahawa murid-murid dalam kelas 4H sering keliru dengan ciri-ciri

tersebut. Selain itu, terdapat beberapa orang murid yang tidak mampu menyatakan

ciri-ciri Zaman Prasejarah dengan betul. Hal ini telah mendorong penyelidik untuk

melaksanakan kajian penyelidikan untuk menilai keberkesanan kaedah nyanyian

dalam topik Zaman Prasejarah. Kajian ini amat relevan dalam memperbaiki

kemahiran mengingat murid dan dapat meningkatkan markah pencapaian mereka

serta membantu guru memperbaiki amalan pengajaran di dalam kelas.

TINJAUAN LITERATURE

Bagi pembelajaran Sejarah, ingatan telah memainkan peranan yang amat penting

kerana mata pelajaran ini melibatkan banyak fakta-fakta penting yang perlu diingat
dan dihafal oleh murid. Menurut Kamus Dewan (2005), ingatan didefinisikan proses

mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari dan kemudian

mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan.

Dengan ini, ingatan merujuk kepada tempat mendapat maklumat, menyimpan

maklumat dan mendapatkan semula maklumat. Penyelidik berpendapat bahawa

penggunaan unsur muzik melalui kaedah nyanyian amat bertepatan untuk

meningkatkan daya ingatan murid terhadap isi PdPc. Pada pendapat penyelidik,

nyanyian adalah bidang muzik yang sangat digemari oleh semua kanak-kanak.

Bahagian ini membincangkan lebih lanjut bagaimana kebolehan ingatan murid

terhadap ciri-ciri Zaman Prasejarah dapat ditingkatkan melalui kaedah nyanyian.

Beberapa teori dan hasil kajian lepas telah menjadi landasan penggunaan kaedah

nyanyian dalam kajian penyelidikan ini.

Menurut Hj. Ab. Fatah (2000) yang menyatakan bahawa, pada biasanya

maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah

menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik

maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan

dan dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang. Penggunaan kaedah nyanyian

dapat mengubah suasana PdPc agar lebih menarik dan murid boleh belajar sambil

berhibur, tenang dan tidak tertekan. Maka dengan itu, penyelidik berpendapatkan

bahawa penggunaan unsur muzik melalui kaedah nyanyian adalah amat bertepatan

untuk membantu murid meningkatkan daya ingatan mereka terhadap pembelajaran

Sejarah.

Hal ini telah terbukti dalam kajian Norhasyimah, Roziyati dan Arihasnida

(2018) yang bertajuk Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Mata Pelajaran Reka
Bentuk Dan Teknologi. Melalui kajian ini, penyelidik telah menggunakan kaedah

nyanyian terhadap 92 responden bagi menarik minat serta meningkatkan persepsi

terhadap daya ingatan pelajar Tahun 4 dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan

Teknologi (RBT). Kajian ini mendapati bahawa majoriti responden menunjukkan

minat terhadap kaedah nyanyian dalam mata pelajaran RBT adalah pada tahap

skor min yang tinggi, dimana hampir kesemua responden berminat untuk

menggunakan kaedah nyanyian dalam mata pelajaran RBT. Selain itu, majoriti

responden berasa sangat teruja untuk menyanyi setiap kali aktiviti nyanyian

berlangsung. Responden juga terlibat bersungguh-sungguh untuk mengingati lirik

dan melodi yang diadaptasi dari lagu kanak-kanak.

Selain itu, terdapat juga pengkaji yang mengkaji keberkesanan penggunaan

kaedah nyanyian dalam subjek Matematik. Sebagai contoh, kajian Reney Pantun

(2016) yang bertajuk Penggunaan Teknik Nyanyian Dalam Meningkatkan

Kefahaman Murid Tahun Dua Dalam Topik Pembundaran. Kajian ini ialah untuk

meningkatkan kefahaman murid dalam membundarkan nombor bulat

menggunakan teknik nyanyian. Penyelidik membuat pemilihan melodi lagu yang

dirasakan sesuai untuk kanak-kanak. Kemudian, penyelidik telah menulis lirik lagu

yang mengandungi fakta dan kaedah dalam penyelesaian membundarkan nombor

bulat kepada ratus yang terdekat. Berdasarkan kepada dapatan kajian,

perubahan yang sangat ketara dalam pencapaian ujian pasca telah ditunjukkan.

Secara umumnya, teknik nyanyian yang digunakan sebagai intervensi kepada

proses pembelajaran dan pemudahcara topik pembundaran dalam bilik darjah

telah berjaya meningkatkan kefahaman murid dalam topik pembundaran seterusnya

murid dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan pembundaran nombor bulat.


Bagi mengukuhkan pendapat penyelidik, penyelidik juga telah mengkaji

beberapa kajian luar negara yang menunjukkan keberkesanan kaedah nyanyian

dalam PdPc serta membuktitkan pernyataan penyelidik. Contohnya, kajian Jennifer

Rapp (2012) yang bertajuk The Use Of Music In The Classroom To Increase

Student Attitudes And Achievement While Learning Sight Words membuktikan

bahawa kaedah muzik dan nyanyian yang digunakan dalam proses PdPc mampu

meningkatkan pencapaian akademik murid. Menurut Jennifer (2012), iringan irama

lagu dengan rentak tertentu akan menguatkan lagi daya ingatan. Dalam kajian ini,

Jennifer menggunakan muzik bagi menarik minat murid serta membantu muridnya

mengingati perkataan yang ingin diajari. Hasilnya, keputusan ujian menunjukkan

murid yang pada sebelumnya merupakan murid yang kurang berjaya di sekolah

telah menjadi seorang yang berjaya dalam pelajarannya. Maklum balas positif juga

diterima daripada murid di mana mereka menyatakan bahawa mereka berasa

terhibur belajar dengan kaedah ini.

Selain itu, dalam kajian bertajuk Elementary Teachers Integrate Music

Activities into Regular Mathematics Lessons: Effects on Students’ Mathematical

Abilities yang dijalankan oleh Song & Mary (2013) juga menegaskan bahawa

integrasi muzik dalam PdP adalah sangat efektif kerana pendekatan muzik sesuai

digunakan untuk semua peringkat umur. Menurut kajian yang dijalankan oleh

mereka ini, mereka telah menggunakan aktiviti muzik untuk mengajar subjek

Matematik. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa prestasi responden dalam

Ujian MSA sebelum dan selepas mengaplikasi aktiviti muzik mempunyai perubahan

yang positif.
Penyelidik mendapati bahawa kebanyakan sekolah hanya memberi

penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan metematik logik sahaja. Secara tidak

langsung, kecerdasan lain akan dilupakan. Teori Kecerdasan Pelbagai (1983) oleh

Howard Gardner mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis

kecerdasan yang seharusnya disuburkan dalam kalangan murid melalui pengenalan

pelbagai mata pelajaran di sekolah (Ismail, 2014). Teori Kecerdasan Pelbagai ini

menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti menggabungkan mata

pelajaran Muzik dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah. Semasa murid-murid

membuat nyanyian, mereka akan dapat peluang menyanyi dan melibatkan diri

secara langsung dalam proses pembelajaran Sejarah. Penggabungan ini dapat

menangani masalah penyuburan kecerdasan minda murid-murid.

Ternyata pelbagai kajian tentang penggunaan kaedah nyanyian dalam

proses PdPc telah dijalankan selama ini dan telah menunjukkan tindak balas yang

positif. Justeru, penyelidik telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian

tentang peningkatan minat murid terhadap isi pengajaran Sejarah melalui kaedah

nyanyian sejajar dengan usaha untuk menjadi seorang guru yang kreatif. Penyelidik

telah menggunakan melodi lagu yang biasa didengar oleh murid bagi memudahkan

mereka mengingati lagu tersebut kerana menurut Savin (2001), penggunaan lagu

yang dikenali umum dalam pengajaran di bilik darjah memberikan satu pengalaman

pembelajaran yang menyeronokkan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menimbulkan

suasana pembelajaran yang menghiburkan dan menyeronokkan, malah dapat

membantu murid dalam menguasai fakta-fakta yang disampaikan.

OBJEKTIF KAJIAN/ PERSOALAN KAJIAN

Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran murid dalam mengingati fakta-fakta sejarah melalui


kaedah nyanyian.
Objektif Khusus

a. Meningkatkan kemahiran murid dalam mengingati ciri-ciri Zaman Prasejarah

dengan penggunaan kaedah nyanyian melalui lagu-lagu Zaman Prasejarah

yang diubah oleh penyelidik.

b. Meningkatkan prestasi murid dalam topik Zaman Prasejarah dengan

penggunaan kaedah nyanyian melalui lagu-lagu Zaman Prasejarah yang

diubah oleh penyelidik.

PERSOALAN KAJIAN

a. Adakah kaedah nyanyian berkesan dalam membantu murid mengingati

fakta-fakta dalam pembelajaran Sejarah bagi topik Zaman Prasejarah?

b. Adakah kaedah nyanyian dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang

seronok bagi memudahkan murid mengingati isi pelajaran?

c. Adakah murid dapat menjawab soalan-soalan berkaitan dengan topik Zaman

Prasejarah selepas penggunaan kaedah nyanyian?

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini telah dijalankan oleh penyelidik terhadap murid-murid di Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina Jelutong yang terletak di negeri Pulau Pinang, Jelutong. Sekolah

tersebut berada di kawasan bandar. Kumpulan sasaran dalam kajian ini melibatkan

14 orang murid dari kelas 4H yang berjantina lelaki dan juga perempuan.

Pencapaian akademik kelas berkenaan adalah agak lemah kerana merupakan

kelas terakhir dalam sekolah.


Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian ini dilakukan berdasarkan

pemahaman murid dalam ujian diagnostik yang diberikan oleh penyelidik kepada

14 orang murid dari kelas 4H tersebut. Penyelidik telah melakukan satu ujian

diagnostik yang berkaitan dengan topik Zaman Prasejarah. Berdasarkan ujian yang

diberi, penyelidik memilih kesemua 14 orang murid dari kelas 4H kerana semua

murid dari kelas tersebut agak lemah dalam mengingati fakta sejarah untuk topik

Zaman Prasejarah. Hal ini terbuktilah dengan keputusan mereka dalam ujian

diagnostik yang kurang memuaskan. Hasil dapatan daripada kajian terhadap semua

murid telah dinilai melalui ujian, soal selidik dan temu bual untuk mengetahui tahap

penguasaan murid dalam mengingati fakta selepas penggunaan kaedah nyanyian.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan

Mc Taggarat (1988). Berdasarkan model ini, kajian tindakan mengandungi empat

fasa dalam gelungan (cycle) iaitu mereflek (reflect), merancang (plan), bertindak

(action) dan memerhati (observe). Berikut merupakan gambaran visual berkaitan

dengan perancangan tindakan bagi kajian penyelidik.


Me u
b
m
Ma b
tim
u
lh a
e e
k
s
b
m ijlF m
d lik
a
benR
sF te
a
rh
lid s
fk
Rds
p
a
e
li: e
k
m d
iP
s . P
H
4 ng
a
y
hd
la
te l n
ija a d
k ia la e la
k
m H.
4
s
a s
F e m
P
a rh a
e : :
tin ra n
e
M g
a
c
F in rs
tePv
a ira
s
n
e c y k a
g
n
a k
n
:
me
e
M
d
in
tu
a tis
a
rh
y d
n
k
ju ih
m
n
age a
m
ilu n
k m
s
u
tark a
e
b
y
h
d m
s
d
rk a
e
in
y d
nM i e
d jlk
c
n
ra i a
d ik
g
n p tu
to e
a
k
rm
s iZ e
y
h
a
d
g
p
n k r u
P ia
y
n
p
m h
jr la
e
s iy
g
b
d
nh tai
g
b
tu tm
p
a
d uy
ja
s
n
e a
m
h
ls
e
i a
d e
n
ikpm
d
h lh
s
an
d i y g
n
a lh a i u
g
n Me
e
s
n c
n
ra
me
k
tu is a
lg
ja
n k
nm
tru
s
,jg s
d p
n
rk
a
c
e
lid
y t u
u m
g
tirk
n
a
ld
ef taln
u
p
ifd
rc a
e
m tc
ifd
n
g
a s
F iF n
T
a k
a
di n
T :k
a ju a k
g lit a
a
u tif
la e
M
n
e
m s
la
ik
g
n t e
u k
a
tn
u
o
p
m
idr p m
h
o
tirc
k
d
n
s
a gay
s
k a
rv
tie
g
n te
g
n
rv
lh
i e
s h
la
i
s
n

Rajah 1: Perancangan tindakan kajian tindakan

Sumber: McNiff, J. (1988). Action Research: Principles and Practice.

DAPATAN KAJIAN

INTERPRETASI UJIAN PRA DAN PASCA

Berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pasca yang telah dijalankan, penyelidik

menganalisis data dengan menggunakan carta bar supaya dapat melihat dengan

jelas perbandingan pencapaian murid sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi

dengan menggunakan kaedah nyanyian. Ujian Pra yang dijalankan sebelum

pelaksanaan intervensi bertujuan untuk menguji pengetahuan sedia ada murid

dalam topik kajian. Manakala, dalam Ujian Pasca, penyelidik menganalisis

pencapaian responden selepas kaedah nyanyian dijalankan. Markah penuh yang

ditetapkan untuk Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah 100% bagi dua puluh soalan.
Kedua-dua markah ujian dianalisis berdasarkan julat markah yang ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015. Jadual 2 menunjukkan julat markah

tersebut.

Jadual 1

Skala markah dan Gred Ujian

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (2015)

Gred Markah Tahap Pencapaian

A 85-100 CEMERLANG

B 70-84 KEPUJIAN

C 60-69 BAIK

D 50-59 MEMUASKAN

E 40-49 MENCAPAI TAHAP

MINIMUM
F 0-39 BELUM MENCAPAI TAHAP

MINIMUM

Data-data dari borang pemerhatian akan dikumpulkan dan dicatatkan untuk

menghasilkan sebuah carta bar. Carta bar menunjukkan perubahan positif ataupun

negatif melalui perbandingan (John, 2014). Melalui carta bar, pencapaian murid

tentang topik Zaman Prasejarah boleh dilihat dengan ketara antara sebelum dan

selepas menjalankan tindakan. Analisis dapatan markah ujian pra dan ujian pasca

telah dimuatkan dalam jadual 5 dan carta bar bagi menunjukkan perbezaan markah

antara ujian pra (sebelum intervensi) dan ujian pasca (selepas intervensi) setelah

penggunaan kaedah nyanyian.


Jadual 2

Jadual Keputusan Markah dan Peratusan Ujian Pra

Bil. Murid (1) Bil. Jawapan Jumlah Soalan Peratus Markah

Betul
1 M1 4 20 20
2 M2 6 20 30
3 M3 8 20 40
4 M4 4 20 20
5 M5 6 20 30
6 M6 7 20 35
7 M7 10 20 50
8 M8 8 20 40
9 M9 7 20 35
10 M10 3 20 15
11 M11 4 20 20
12 M12 4 20 20
13 M13 9 20 45
14 M14 10 20 50

Jadual 3

Jadual Keputusan Markah dan Peratusan Ujian Pasca

Bil. Murid (1) Bil. Jawapan Betul Jumlah Soalan Peratus Markah

1 M1 17 20 85
2 M2 20 20 100

3 M3 16 20 80

4 M4 15 20 75

5 M5 14 20 70

6 M6 18 20 90

7 M7 19 20 95

8 M8 18 20 90
9 M9 20 20 100

10 M10 19 20 95

11 M11 17 20 85

12 M12 19 20 95

13 M13 19 20 95

14 M14 20 20 100

Jadual 4

Jadual Perbandingan Keputusan Markah Ujian Pra dan Pasca

Bil Murid Ujian Pra Ujian Pasca Peningkatan


1 M1 20 85 65
2 M2 30 100 70
3 M3 40 80 40
4 M4 20 75 55
5 M5 30 70 40
6 M6 35 90 55
7 M7 50 95 45
8 M8 40 90 50
9 M9 35 100 65
10 M10 15 95 80
11 M11 20 85 65
12 M12 20 95 75
13 M13 45 95 50
14 M14 50 100 50
Jumlah 490 1255 805
GRAF PERBANDINGAN SKOR UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA
100

90

80

70

60

50

40

30

20

10

0
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14

Ujian Pra Ujian Pasca

Rajah 2 : Graf perbandingan skor ujian pra dan ujian pasca

Rajah 2 menunjukkan perbezaan markah ujian pra dan ujian pasca yang

telah dilaksanakan ke atas 14 orang murid Tahun 4H. Markah minimum bagi ujian

pra ialah 15 dan telah meningkat ke 95 selepas ujian pasca dijalankan iaitu telah

meningkat sebanyak 80 markah. Markah maksimum juga meningkat iaitu dari 50

kepada 100 markah. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan

pencapaian murid dalam ujian pasca iaitu selepas kaedah nyanyian digunakan

dalam pembelajaran dan pemudahcara bagi topik Zaman Prasejarah. Pencapaian

murid agak rendah dalam ujian pra kerana murid tidak dapat mengingati isi

pelajaran yang disampaikan oleh guru mengenai ciri-ciri masyarakat zaman

prasejarah. Ujian Pasca telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka


kerana telah melalui kaedah nyanyian yang khusus untuk meningkatkan daya

ingatan mereka untuk mengingati isi penting topik yang disampaikan oleh guru.

Jadual 5

Perbandingan Gred Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca

Selas Kelas Gred Ujian Pra Ujian Pasca


Kekerapan (x) Peratus (%) Kekerapan (y) Peratus (%)

80-100 A 0 0 12 85.71
70-79 B 0 0 2 14.29
60-69 C 0 0 0 0
50-59 D 2 14.29% 0 0
40-49 E 3 21.43% 0 0
0-39 GAGAL 9 64.28% 0 0
∑ 14 100 14 100

Gred Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca


14

12

10

0
A B C D E GAGAL

x y

Rajah 2: Graf Gred pencapaian ujian pra dan ujian pasca

Merujuk kepada rajah 2, terdapat 9 orang murid telah gagal dalam ujian pra,

3 orang murid mendapat gred E, 4 orang mendapat gred D, 6 orang gred C dan 2

orang mendapat gred B dan tiada murid mendapat gred A. Keputusan ini jelas

menunjukkan tahap pencapaian murid sangat lemah kerana 9 orang daripada 14


orang murid gagal dan terdapat 2 orang murid telah memperolehi gred E. Manakala,

ujian pasca pula menunjukkan keputusan yang berlainan iaitu bilangan murid yang

mendapat gred A sebanyak 12 orang, gred B 2 orang dan tiada murid yang

mendapat gred C, D, E mahupun gagal.

Secara keseluruhannya, dalam ujian pasca, bilangan muird yang mendapat

gred A telah meningkatkan daripada 0% kepada 85.71%. Ujian pasca menunjukkan

tiada lagi murid yang mendapat gred C, D, E dan gagal berbanding 100% semasa

ujian pra dilaksanakan. Perubahan ini berlaku kerana murid sudah dapat mengingati

isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Hasil peningkatan prestasi juga dapat dikukuhkan lagi dengan melihat

perbandingan nilai min dan sisihan piawai bagi kedua-dua ujian seperti yang

ditunjukkan di dalam jadual 7. Min merujuk kepada min aritmetik bagi semua skor.

Min menunjukkan markah purata yang diperoleh oleh peserta kajian dalam sesuatu

ujian, seperti ujian teori. Nilai min dikira untuk memberi gambaran secara

keseluruhan. Min mengambil kira semua skor dalam satu-satu taburan. Dengan

mengira min ujian pra dan pasca yang telah dijalankan, skor yang didapati dapat

menunjukkan kenaikkan atau keturunan pencapaian murid dalam ujian secara

keseluruhan. Min didapati dengan menjumlahkan semua skor, kemudian

membahagikan dengan bilangan skor. Jadual mengira min ujian pra dan pasca

telah dianalisis seperti di bawah.

Jadual 6

Jenis Ujian Min Sisihan Piawai


Ujian Pra 35 11.88
Ujian Pasca 89.64 9.5
Perbezaan Nilai Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Ujian Pasca (N=14)
sisihan piawai
14

12

10

0
Ujian Pra Ujian Pasca

sisihan piawai

Rajah 3: Graf Perbezaan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 5 menunjukkan perbezaan nilai min dan sisihan piawai Ujian Pra dan

Ujian Pasca. Nilai min ujian pra ialah 35, manakala nilai min ujian pasca ialah 89.64.

Terdapat perbezaan nilai min antara Ujian Pra dan Ujian Pasca sebanyak 54.64.

Kewujudan jurang nilai min yang tinggi adalah disebabkan oleh peningkatan markah

yang ketara dalam ujian pasca jika dibandingkan dengan ujian pra. Dari segi sisihan

piawai pula, sisihan piawai yang diperoleh dalam ujian pra ialah 11.88 menurun

kepada 9.5 dalam ujian pasca. Penurunan sisihan piawai yang sebanyak 2.38 juga

menunjukkan perbezaan nilai yang ketara dalam ujian pra dan ujian pasca. Semakin

kecil nilai sisihan piawai, semakin konsisten nilai markah, iaitu hampir kesemua

responden mencapai julat markah yang sama. Oleh yang demikian, sisihan piawai

bagi ujian pasca adalah lebih konsisten berbanding sisihan piawai bagi ujian pra.

Secara ringkasnya, keputusan ini menunjukkan bahawa kaedah nyanyian

berjaya meningkatkan daya ingatan peserta kajian terhadap mata pelajaran Sejarah
berdasarkan peningkatan peratusan pencapaian gred yang berlaku antara ujian pra

dan ujian pasca.

INTERPRETASI SOAL SELIDIK

Bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data yang diperoleh, penyelidik

turut menggunakan data soal selidik bagi menguji sama ada objektif kajian yang

ditetapkan tercapai. Soal selidik ialah satu tinjauan pendapat yang diperolehi

daripada peserta kajian yang berbeza dan tidak diketahui nama mereka. Apabila

identiti tidak didedahkan, peserta kajian dapat bersifat jujur dalam menjawab

soalan-soalan yang terkandung. Instrumen soal selidik telah dijalankan sebanyak

dua kali, iaitu sebelum intervensi dan selepas intervensi. Dengan data yang

dikumpul, penyelidik dapat membuat perbandingan tentang perasaan murid dan

menilai sama ada kaedah pengajaran dalam intervensi berkesan ataupun tidak.

Instrumen borang soal selidik ini telah digubal mengikut kesesuaian kognitif peserta

kajian 4H. Data yang dikumpul telah dinanalisis dengan kiraan min. Selepas itu,

data yang dikumpul melalui borang soal selidik telah diterjemah dalam bentuk graf

dan jadual.

Jadual 6

Analisis soal selidik sebelum intervensi

1 2 3 4 5
sangat tidak tidak setuju tidak pasti Setuju sangat setuju

setuju
Bil.

Item Skala

1 2 3 4 5

STS TS TP S SS
1. Saya suka mengikuti kelas mata pelajaran 10 3 1 0 0

sejarah yang dijalankan.


2. Penggunaan kaedah pengajaran yang 0 0 2 8 4

diaplikasikan oleh guru kurang membantu

dalam proses pembelajaran.


3. Saya dapat menyatakan ciri-ciri zaman 8 6 0 0 0

prasejarah selepas proses PdPc.


4. Saya lebih yakin untuk menjawab soalan- 12 2 0 0 0

soalan guru selepas proses PdPc.

5. Saya mudah menghafal dan membezakan 10 3 1 0 0

ciri-ciri zaman prasejarah.

6. Saya akan menggunakan kaedah PdPc yang 13 1 0 0 0

diajar oleh guru untuk menghafal fakta dalam

topik-topik lain Sejarah kerana ia berkesan.

Jadual 7

Analisis soal selidik selepas intervensi

1 2 3 4 5
sangat tidak tidak setuju tidak pasti Setuju sangat setuju

setuju

Bil.

Item Skala
1 2 3 4 5
STS TS TP S SS
1. Saya suka mengikuti kelas mata pelajaran 0 0 0 0 14

Sejarah yang dijalankan.

2. Penggunaan kaedah pengajaran yang 10 4 0 0 0

diaplikasikan oleh guru kurang berguna

dalam proses pembelajaran.

3. Saya dapat menyatakan ciri-ciri zaman 0 0 0 4 10

prasejarah selepas proses PdPc.


4. Saya lebih yakin untuk menjawab soalan- 0 0 2 0 12

soalan guru selepas proses PdPc.

5. Saya mudah menghafal dan membezakan 0 0 4 2 8

ciri-ciri zaman prasejarah.

6. Saya akan menggunakan kaedah PdPc 0 2 1 4 7

yang diajar oleh guru untuk menghafal fakta

dalam topik-topik lain Sejarah kerana ia

berkesan.

Jadual 8

Perbandingan Analisis soal selidik

Nilai Min
Sebelum Proses Selepas Proses
Bil Item
Intervensi Intervensi
1. Saya suka mengikuti kelas mata pelajaran 1.36 5

Sejarah yang dijalankan.

2. Penggunaan kaedah pengajaran yang 4.14 1.29

diaplikasikan oleh guru kurang berguna

dalam proses pembelajaran.


3. Saya dapat menyatakan ciri-ciri zaman 1.43 4.71

prasejarah selepas proses PdPc.

4. Saya lebih yakin untuk menjawab soalan- 1.14 4.71

soalan guru selepas proses PdPc.

5. Saya mudah menghafal dan membezakan 1.14 4.29

ciri-ciri zaman prasejarah.

6. Saya akan menggunakan kaedah PdPc yang 1.07 4.14

diajar oleh guru untuk menghafal fakta dalam

topik-topik lain Sejarah kerana ia berkesan.

Perbandingan Min Item Soal Selidik sebelum dan selepas


Intervensi
6

0
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6

Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

Rajah 4: Graf perbandingan min item soal selidik sebelum intervensi dan selepas

intervensi
Berdasarkan rajah 4, terdapat perbezaan yang agak besar bagi min item 1,

iaitu 1.36 sebelum intervensi dan 5 selepas intervensi dijalankan. Perbezaan antara

dua min ini adalah sebanyak 3.79. Semasa praktikum kedua, penyelidik mendapati

bahawa kebanyakan peserta kajian kurang berminat untuk menyertai kelas Sejarah.

Selepas intervensi dijalankan, peningkatan nilai min sebanyak 3.79 telah

menunjukkan bahawa kebanyakan peserta kajian menyukai kelas Sejarah. Nilai min

yang tinggi bagi sesi proses intervensi menunjukkan peserta kajian lebih suka untuk

mengikuti kelas Sejarah yang mengaplikasikan kaedah nyanyian.

Item 2 juga membuktikan bahawa kebanyakan murid berpendapat bahawa

kaedah nyanyian yang digunakan oleh penyelidik mampu membantu mereka dalam

proses pembelajaran. Berdasarkan rajah 9, min bagi murid yang berpendapat

kaedah pengajaran guru kurang berguna dalam proses pembelajaran telah

menurun dari 4.14 ke 1.29 iaitu sebanyak 2.85. Malahan, berdasarkan kepada item

ini, kaedah nyanyian terbuktilah lebih berguna kepada para peserta kajian

berbanding dengan kaedah tradisional yang digunakan sebelum intervensi.

Bagi item 3 pula, peserta kajian lebih memahami topik Zaman Prasejarah

selepas aktiviti nyanyian dijalankan. Kenyataan ini disokong dengan peningkatan

min dalam item ini sebelum dan selepas intervensi. Semasa aktiviti nyanyian

dijalankan, min yang diperolehi bagi murid yang dapat menyatakan ciri-ciri zaman

prasejarah adalah 1.43. Manakala, selepas intervensi, murid yang dapat

menyenaraikan ciri-ciri zaman prasejarah telah meningkat dari 1.43 ke 4.71.

Perbezaan min prestasi murid antara sebelum intervensi dan selepas intervensi

adalah sebanyak 3.28. Hal ini kerana pengajaran yang menggunakan kaedah

tradisional membosankan dan menyebabkan peserta kajian kurang berfokus

semasa sesi PdPc dijalankan berbanding dengan kaedah nyanyian yang

menggalakkan penglibatan aktif murid. Pola ini dapat disokong dengan dapatan

maklum balas bagi item 4. Berdasarkan analisis terhadap nilai min item 4 dalam
soal selidik ini, penyelidik mendapati bahawa peserta kajian menyatakan mereka

lebih yakin menjawab soalan-soalan guru selepas penggunaan teknik nyanyian oleh

penyelidik berbanding dengan pengajaran tradisional. Min yang terdapat dalam item

4 semasa penggunaan pegajaran tradisional hanya 1.14 manakala min yang

diperoleh selepas proses intervensi adalah setinggi 4.71. Perbezaan kedua-dua min

tersebut adalah 3.57. Hal ini terbuktilah bahawa kebanyakan peserta kajian

bersetuju bahawa kaedah nyanyian menjadikan mereka lebih jelas dengan topik

Zaman Prasejarah.

Di samping itu, analisis item soal selidik juga telah menunjukkan bahawa

kaedah nyanyian meningkatkan daya ingatan peserta kajian tentang ciri-ciri zaman

prasejarah. Berdasarkan item 5, nilai min yang diperolehi hanya 1.14 sebelum

intervensi. Manakala kaedah nyanyian telah berjaya mendapat min yang tinggi

sebanyak 4.29. Perbezaan min antara pengajaran tradisional dan proses intervensi

adalah sebanyak 3.15. Peserta kajian bersetuju bahawa mereka bukan sahaja lebih

mudah untuk mengingati fakta sejarah melalui nyanyian, mereka juga dapat

membezakan ciri-ciri zaman prasejarah. Hal ini sememangnya menunjukkan

bahawa kaedah nyanyian berkesan bagi peserta kajian mengingat fakta dalam mata

pelajaran Sejarah. Ayat-ayat yang digunakan dalam lirik lagu lebih mudah

berbanding dengan teks yang berada dalam buku teks.

Bagi item 6 pula, nilai min yang didapati oleh penyelidik selepas sesi

pengajaran tradisional adalah 1.07, manakala nilai min yang diperolehi selepas

proses intervensi dengan penggunaan teknik nyanyian adalah setinggi 4.14.

Perbezaan antara kedua-dua nilai min adalah 3.07. Hal ini menunjukkan bahawa

majoriti peserta kajian sangat bersetuju dengan penggunaan teknik nyanyian dalam

proses pembelajaran dan akan terus menggunakan teknik ini dalam mempelajari

topik yang lain.


Secara keseluruhannya, soal selidik telah membolehkan penyelidik

mengumpul data yang tepat dan membolehkan penyelidik lebih memahami

perasaan para peserta kajian terhadap kaedah nyanyian yang dijalankan.

Berdasarkan item-item yang disoalkan serta analisis nilai min, penyelidik telah

membuktikan bahawa penggunaan teknik nyanyian dalam proses pengajaran dapat

meningkatkan daya ingatan peserta kajian terhadap topik Zaman Prasejarah.

INTERPRETASI TEMU BUAL

Jadual 9, 10, 11 dan 12 menunjukkan perubahan jawapan peserta kajian sebelum

dan selepas tindakan untuk soalan-soalan (item) yang telah ditanya untuk

mendapatkan pandangan murid untuk mengkaji keberkesanan kaedah nyanyian

yang telah digunakan dalam meningkatkan daya ingatan murid terhadap ciri-ciri

zaman prasejarah.

Jadual 9

Analisis Item 1 Temu Bual

Adakah anda berasa seronok selepas pelajaran hari ini?


Responden Sebelum Tindakan Selepas Tindakan
Murid 1 Ada sedikit mengantuk, Sangat seronok cikgu!

cikgu.
Murid 2 Sikit-sikit saja, cikgu. Saya suka pembelajaran

hari ini.
Murid 3 Rasa bosan, cikgu. Saya suka sambil

menyanyi sambil belajar.


Murid 4 Sikit-sikit. Ya.
Murid 5 Ya cikgu. Ya, lebih seronok dari

kelas sebelum ini.


Jadual 9 menunjukkan jawapan peserta kajian untuk item 1 yang mengkaji

pandangan mereka sama ada mereka lebih suka untuk belajar melalui kaedah

nyanyian ataupun kaedah tradisional. Melalui jawapan yang diberikan oleh murid

sebelum tindakan diambil, kebanyakan peserta kajian mengaku bahawa PdPc yang

dijalankan agak bosan dan juga terdapat murid yang berasa mengantuk. Dalam

kelima-lima peserta kajian, hanya peserta kajian 5 sahaja yang menyatakan bahawa

PdPc yang dijalankan adalah seronok. Namun, selepas tindakan diambil, semua

peserta kajian telah memberi jawapan yang berlainan dengan jawapan yang mereka

memberikan sebelum tindakan diambil. Kelima-lima peserta kajian menyatakan

bahawa mereka berasa proses PdPc yang dijalankan agak seronok. Peserta kajian

5 juga menyatakan bahawa PdPc melalui kaedah nyanyian adalah lebih seronok

daripada kaedah tradisional.

Jadual 10

Analisis Item 2 Temu Bual

Adakah anda berasa lebih mudah mengingati isi kandungan yang diajar dengan

kaedah yang diguna oleh guru tadi?


Responden Sebelum Tindakan Selepas Tindakan
Murid 1 Saya masih tak dapat Senang ingat bila nyanyi

ingat, cikgu.
Murid 2 Tak. Senang sebab saya ingat

semesa nyanyi.
Murid 3 Susah, banyak benda Ya, sebab jawapan ada

kena hafal cikgu. pada lirik lagu.


Murid 4 Hmmm, agak susah. Ya, kerana lagu yang

diajar sangat senang.


Murid 5 Senang lupa. Ya, bila nyanyi akan ingat

semula.
Item 2 merupakan soalan untuk mengambil tahu pandangan murid sama

ada mereka mudah untuk mengingati ciri-ciri zaman prasejarah selepas proses

PdPc. Sebelum tindakan diambil, semua peserta kajian menyatakan susah untuk

mengingati isi kandungan yang disampaikan oleh guru. Selepas intervensi

dijalankan, semua peserta kajian menyatakan bahawa tidak lagi susah bagi mereka

untuk mengingati isi kandungan topik Zaman Prasejarah. Hal ini kerana penyelidik

telah mengubahsuai lirik lagu tentang ciri-ciri zaman prasejarah dan disesuaikan

dengan melodi lagu kanak-kanak yang diminati oleh pelajar sekolah rendah.

Berdasarkan analisis data temu bual, lagu-lagu yang disediakan dalam sesi

intervensi telah terbuktilah berjaya memudahkan para peserta kajian untuk

mengingati isi-isi penting tentang ciri-ciri zaman prasejarah.

Jadual 11

Analisis Item 3 Temu Bual

Adakah anda berasa senang untuk menjawab soalan kuiz tadi?


Responden Sebelum Tindakan Selepas Tindakan
Murid 1 Tak, susah nak jawab Boleh jawab semua,

cikgu. cikgu.
Murid 2 Susah untuk jawab cikgu, Ya, senang. Saya boleh

banyak sudah lupa. jawab.


Murid 3 Tak senang langsung Boleh jawab sambil

cikgu. menyanyi.
Murid 4 Agak susah, tapi boleh Senang, saya yakin boleh

cuba jawap betul semua cikgu.


Murid 5 ... Senyum Senang, saya menjawab

sambil menyanyi.

Analisis item 3 yang digunakan untuk mengenal pasti perasaan peserta

kajian tentang kesukaran ujian yang diadakan sebelum dan selepas tindakan. Hasil

daripada analisis item 3 sebelum tindakan menunjukkan bahawa kebanyakan


peserta kajian berasa susah apabila menjawab soalan-soalan ujian yang diberikan.

Selepas tindakan diambil dan teknik nyanyian digunakan sebagai rawatan, jawapan

peserta kajian terhadap item 3 telah berubah. Kelima-lima peserta kajian menjadi

lebih yakin dan menyatakan bahawa mereka boleh menjawab ujian yang diedarkan

oleh pennyelidik. Dengan teknik nyanyian, para peserta kajian memberikan

jawapan yang lebih bersifat positif.

Jadual 12

Analisis Item 4 Temu Bual

Adakah anda berasa yakin untuk menjawab soalan peperiksaan nanti?


Responden Sebelum Tindakan Selepas Tindakan
Murid 1 Tak bolehlah cikgu. Bolehlah, kalau sama

dengan lembaran kerja.


Murid 2 Memang tak boleh Saya rasa boleh cikgu.
Murid 3 Langsung tak yakinlah Saya yakin, cikgu.

cikgu.
Murid 4 Hmmm... tak yakin Ya, saya yakin cikgu.

sangat.
Murid 5 Tak yakin cikgu, susah Ya, saya boleh nyanyi

topik ini. bila jawab soalan nanti.

Hasil yang diperoleh daripada item 4 adalah untuk mengetahui pandangan

murid sama mereka yakin untuk menjawab soalan topik Zaman Prasejarah semasa

peperiksaan atau tidak. Sebelum tindakan diambil, semua peserta kajian

menunjukkan jawapan yang negatif iaitu tidak yakin untuk menjawab soalan tentang

topik Zaman Prasejarah pada peperiksaan. Selepas sesi intervensi, para peserta

sudah mempelajari topik Zaman Prasejarah sekali lagi melalui teknik nyanyian.

Penyelidik menjalankan temu bual kali kedua terhadap lima peserta kajian yang

sama. Jawapan yang diberi oleh kelima-lima peserta kajian telah berubah dari sifat

negatif kepada positif. Para peserta menyatakan bahawa mereka yakin untuk
menjawab solan topik Zaman Prasejarah pada peperiksaan yang akan datang.

Perkara ini menunjukkan bahawa mereka telah berjaya menguasai isi penting

tentang topik Zaman Prasejarah melalui kaedah nyanyian.

REFLEKSI KAJIAN

Penyelidik berharap kajian ini dapat memberikan manfaat kepada individu, guru-

guru serta diri sendiri pada masa akan datang bagi meningkatkan minat dan

prestasi mata pelajaran Sejarah. Semoga kajian ini dapat dijadikan rujukan dan

panduan kerana penyelidik telah membuktikan bahawa kaedah nyanyian ini telah

banyak memberi impak dan manfaat terhadap para peserta kajian.

Hasil analisis data-data yang dikumpul menunjukkan bahawa teknik

nyanyian telah membantu peserta kajian untuk mengingati peristiwa sejarah dalam

topik Zaman Prasejarah. Teknik nyanyian yang digunakan oleh penyelidik dalam

kajian menunjukkan teknik ini telah berjaya kerana dapat menjawab ketiga-tiga

persoalan kajian yang ditetapkan dalam penyelidikan ini. Masalah yang didapati

pada peringkat tinjauan awal iaitu masalah bagi murid untuk mengingati ciri-ciri

zaman prasejarah telah berjaya ditangani. Prestasi dan minat murid terhadap topik

ini juga ditambahbaik dengan berkesan melalui teknik nyanyian. Semua data yang

diperoleh melalui instrumen-instrumen yang digunakan telah menjadi bukti yang

kukuh untuk menyokong kenyataan bahawa teknik nyanyian ini merupakan sejenis

teknik pengajaran yang berkesan terutamanya dalam meningkatkan daya ingatan

murid.

Keberkesanan teknik nyanyian dapat dilihat melalui perbandingan markah

ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan sebelum dan selepas intervensi. Setiap

peserta kajian telah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian yang menguji

ingatan mereka tentang ciri-ciri zaman prasejarah. Dengan erti kata lain, semua
peserta kajian telah berjaya menjawab soalan-soalan dalam ujian pasca dengan

baik, apabila mereka dapat memindahkan isi penting yang terdapat dalam lirik lagu

melalui teknik nyanyian ke dalam ruang jawapan. Penyataan ini disokong melalui

soalan yang dikemukakan dalam sesi soal selidik dan juga temu bual. Kebanyakan

peserta kajian menyatakan bahawa mereka boleh menjawab soalan tentang topik

Zaman Prasejarah tetapi perlu sambil menyanyi.

Menurut Alex Zukas (1996 ) dalam jurnalnya “Using Music to Teach History”,

murid akan lebih sanggup melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dengan

penggunaan muzik. Antara kaedah muzik yang digunakan ialah kaedah nyanyian

dengan menukar lirik lagu sedia ada kepada lirik yang mengandungi isi

pembelajaran. Teknik nyanyian ini sudah kerap kali dibuktikan berkesan dalam

pengajaran mata pelajaran sejarah di luar negara. Oleh itu, kajian ini juga berjaya

mengesahkan bahawa teknik nyanyian juga sesuai untuk digunakan dalam mata

pelajaran sejarah tempatan.

Berbanding dengan pengajaran tradisional yang bersifat “chalk and talk”,

teknik nyanyian yang digunakan oleh penyelidik dalam penyelidikan ini lebih

berkesan dan dapat mewujudkan pesekitaran pembelajaran yang aktif dan seronok.

Dengan pesekitaran pembelajaran yang aktif, maka murid akan lebih menumpukan

perhatian dan fokus kepada pengajaran guru. Selain itu, pesekitaran pembelajaran

yang aktif juga membantu guru untuk mengawal kelas. Hal ini kerana murid tidak

akan membuat bising dan sentiasa mendengar arahan guru apabila aktiviti yang

dijalankan dapat menarik perhatian mereka. Dengan secara tidak langsung, murid

juga akan lebih berminat dan bersemangat apabila seluruh waktu pembelajaran dan

pemudahcara dijalan dengan lancar.


Sebagai rumusan, penyelidikan tindakan yang dijalankan telah membuktikan

teknik nyanyian dapat meningkatkan ingatan serta minat murid tahun 4 bagi topik

Zaman Prasejarah dengan berkesan.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Penggunaaan teknik nyanyian dalam proses pembelajaran dan pemudahcara dalam

mata pelajaran Sejarah sememangnya berkesan dalam membantu murid

mengingati fakta sejarah yang rumit. Oleh itu penyelidik berpendapat bahawa kajian

ini harus diteruskan untuk menjadi panduan kepada para guru supaya membantu

murid-murid untuk meningkatkan daya ingatan murid terhadap mata pelajaran

Sejarah. Walaupun kajian ini telah mendapat data-data yang bersifat positif, namun

kajian ini masih terdapat batasannya dan boleh diperkembangkan lagi, maka

beberapa cadangan bagi kajian lanjutan dicadangkan untuk menyempurnakan lagi

kajian ini.

Pertama sekali, kajian ini hanya dijalankan ke atas 14 orang peserta kajian

sahaja. Saya mencadangkan supaya meningkatkan bilangan peserta kajian dalam

penyelidikan. Sekiranya penyelidikan ini boleh dijalankan dalam kelas yang

mempunyai bilangan murid yang ramai, maka data yang dikumpul juga akan

bertambah. Dengan itu, data yang dianalisis akan menjadi lebih konkrit kerana

cadangan ini boleh membuktikan teknik nyanyian bukan sahaja sesuai untuk kelas

yang bersaiz kecil manakala juga sesuai untuk kelas yang mempunyai bilangan

murid yang besar.

Selain itu, terdapat juga cadangan supaya menginovasi teknik nyanyian ini

dengan bertambah pergerakan dalam badan. Menurut Brewster et.al (2002) “action

song” iaitu lagu yang berkaitan dengan pergerakan badan dapat mengukuhkan
ingatan. Lagu yang dimasukkan pergerakan juga akan menarik perhatian murid dan

mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif.

Di samping itu, cadangan penambahbaikan yang seterusnya ialah

menggunakan teknik nyanyian ke dalam topik-topik lain mata pelajaran sejarah.

Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah menggunakan teknik nyanyian dalam topik

Zaman Prasejarah. Sekiranya berpeluang melanjutkan penyelidikan, topik lain

dalam mata pelajaran sejarah boleh dicuba untuk mengajar melalui teknik nyanyian.

Sebagai contoh, topik Yang Di-Pertuan Agong yang mengandungi banyak fakta

boleh menggunakan teknik nyanyian sebagai kaedah pengajaran. Saya yakin

bahawa teknik nyanyian dapat membantu murid untuk mengingati fakta-fakta yang

rumit dalam sejarah. Hal ini selaras dengan pandangan Hj. Ab. Fatah (2000) yang

menyatakan bahawa maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok akan lebih

mudah diingati. Oleh itu, apabila kita menyanyi, lirik lagu yang mengandungi isi

pembelajaran akan dihafal secara tidak langsung.

Cadangan kajian lanjutan lain yang boleh dilakukan pada masa yang akan

datang ialah menggunakan video animasi yang memaparkan lirik lagu berserta

iringan melodi. Melalui kajian yang dilakukan, penyelidik hanya memaparkan lirik

lagu dengan menggunakan ‘power point’ . Namun, cadangan penggunaan video

bagi memaparkan lirik lagu bolehlah mewujudkan pengajaran yang lebih menarik.

Pada masa yang sama, PdPc yang sejajar dengan masa kini yang menekankan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan juga dapatlah

diadakan. Dengan ini, keberkesanan kaedah nyanyian terhadap murid juga akan

ditingkatkan kerana murid dapatlah sambil menonton video sambil menyanyi lagu

yang diajar. Hal ini dapatlah mengukuhkan ingatan mereka dengan lebih berkesan.

Semoga cadangan-cadangan yang diutarakan ini dapat memberi panduan

dan manfaat kepada semua pihak, sama ada mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam mata pelajaran sejarah. Diharapkan supaya perubahan

positif dapat diteruskan oleh murid-murid dan teknik nyanyian dalam penyelidikan ini

mampu melakukan transformasi dalam pembelajaran dan pemudahcara sejarah.

RUJUKAN

Alfian, Magdalia. (2007). Mempelajari Sejarah Secara Efektif. Jakarta: Pustaka

Jaya.

Brewster, J., Ellis, G. & D. Girard. (2002). The Primary English Teacher’s Guide.
Harmondsworth: Penguin.

Hj. Ab. Fatah Hassan. (2000). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam
Pembelajaran. Johor Bahru: Unit Penerbitan Akademik Universiti Teknologi
Malaysia.

Jennifer Rapp. (2012). The Use Of Music In The Classroom To Increase Student
Attitudes And Achievement While Learning Sight Words. Dipetik pada 28
Februari 2019 dari https://www.nwmissouri.edu/library/researchpapers/2012
/Rapp,%20Jennifer.pdf.

John Krishnan. (2014). Graf dan carta dalam penyelidikan. Dipetik pada 28 Februari
2019 dari https://www.advernesiay.com/blog/microsoft-excel/cara-membuat
-grafik-di-excel-dan-contohnya/

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (2015 - 2025). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ismail bin Said. (2014). Kaedah Pengajaran Sejarah. Selangor: Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd.

JC. Routier. (2003). Dynamic skill learning: A support to agent evolution. In


Proceedings of the AISB’01 Symposium on Adaptive Agents and Multi-Agent
Systems. 25–32.
Mc. Taggart, R dan Kemmis, S. (1990). The Action Research Planner. Melbourne:
Deakin University.

McNiff, J. (1988). Action Research: Principles and Practice. London, Routledge.

Norma bt Ahmad. (2014). Penggunaan teknik nyanyian dalam meningkatkan


kefahaman murid. Jurnal Pendidikan, bil 1 (2), 67-86.

Norhasyimah Hamzah, Roziyati Omar dan Arihasnida Ariffin. (2018). Penggunaan


Kaedah Nyanyian Dalam Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Johor.

Reney Pantun. (2016). Penggunaan Teknik Nyanyian dalam Meningkatkan


Kefahaman Murid Tahun Dua dalam Topik Pembundaran. International Seminar
on Generating Knowledge Through Research. ISSN. 2548-6160, 677-
681.

Rini Lestari. (2012). Nyanyian Sebagai Metode Pendidikan Karakter Pada Anak.
Prosiding Seminar Nasional Psikologi Islami. Surakarta.131-136.

Rohana Zubir. (1987). Aplikasi teknologi dalam pembelajaran sejarah; kesan dan
masalah. Masalah Pendidikan. 12. 89-98.

Savin, C.F. (2001). Tune-In To Biology: Music In The Science Classroom. Dipetik
pada 25 Feb 2019 dari http://www.science.subaru.com/teaching_ideas/carolsavin

Tang Geok Ling. (2005). “Meningkatkan Keupayaan Pelajar Mengingat Fakta


Sejarah Dengan Menggunakan Kaedah Mneumonik.” Dalam Prosiding
Seminar Kajian Tindakan 2005, 8-9 Oktober 2005. Terbitan bersama Maktab
Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian
Sri Aman, 133 -147.

Zainure Mohd Saad. (2003). Kajian Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Di
Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi SMK Buyong Adil.
Tesis Diploma Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai