Anda di halaman 1dari 6

PELAKSANAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM

KALANGAN GURU
Linawati @ Lina Adiman1, Sharifah Nor Puteh2
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
lina_23872@yahoo.com

ABSTRAK
Pelaksanaan program I-Think di sekolah bertujuan mempertingkatkkan dan membudayakan kemahiran berfikir
di kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang berinovatif, kreatif dan kritis di masa akan datang.
Program I-Think telah diperkenalkan pada tahun 2013, bertujuan mengubah dan menghidupkan suasana serta
menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan dan pada masa yang sama dapat menarik minat murid.
Di dalam program ini, guru berperanan mendedahkan lapan peta pemikiran yang bersesuaian kepada murid
untuk digunakan semasa pengajaran dan pemudahcara di dalam kelas. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi
mengenal pasti pelaksanaan dan kemahiran guru dalam menggunakan atau mempraktikkan kaedah peta
pemikiran I-Think yang dapat meningkatkan kebolehan murid terhadap pembelajaran di dalam kelas. Bagi
mencapai objektif ini, kaedah tringulasi digunakan yang melibatkan tiga orang guru terdiri daripada guru Bahasa
Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik yang dijadikan responden kajian dan kumpulan murid yang terlibat
ialah enam orang murid yang diwakili oleh dua orang murid bagi setiap kelas Tahun 2, Tahun 5 dan Tahun 6.
Daripada kajian yang dijalankan didapati perubahan terhadap cara pengajaran guru dan seterusnya menarik
minat murid untuk belajar. Peta pemikiran I-Think ini dapat dijadikan alat dalam pembelajaran berasaskan
kemahiran berfikir. Diharapkan program ini dapat membantu guru-guru dalam mengubah dan meningkatkan
pengajaran dan pemudahcara di dalam kelas dan dapat melahirkan generasi yang cemerlang.

Kata kunci : Program I-Think, pengajaran dan pemudahcara

ABSTRACT
The I-Think project is implemented to increase thinking skills among pupils towards creating pupils who are
innovative, creative and critical in the future. The I-Think programme was introduced in 2013 with the aim of
changing and creating a fun filled study environment to attract pupils. In this programme, the teachers role is to
expose to pupils eight suitable mind maps which can be used during the teaching and learning in class.
Therefore, this reaserch is carried out to identify effectiveness the implementation and skills of teacher in using
and practicing the I-Think method to enhance the learning ability of pupils in class. To achieve this objective,
the triangulation method is used whereby English, Bahasa Melayu and Mathematics teachers are made the
respondents of the of the study. The pupils involved are six pupils comprising of two each from Years 2, 5 and 6.
From this study it was found that there was an effective change in teaching, resulting in attracting pupils
towards the learning process. This I-Think maps can be used as a tool in teaching the thinking skills. It is hoped
that this programme will be able to help teachers in changing and improving the teaching and learning process
in class and thus give rise to brilliance.

Keyword : I-Think programme, teaching and facilitating

PENGENALAN

Di Malaysia, sistem pendidikan telah menetapkan untuk menerapkan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam
proses pengajaran dan pemudahcara (PdPc) guru semasa mengajar di dalam kelas bagi melahirkan modal insan
yang cemerlang serta berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
berusaha untuk mencapai hasrat murni dengan memberikan penekanan kepada pengajaran dan pemudahcara
yang berpusatkan kepada murid. Pelaksanaan program I-Think di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia adalah
bertujuan untuk meningkatkan dan membudayakan melahiran berfikir dalam kalangan murid-murid ke arah
menghasilkan murid yang kreatif. Selain menumpukan kepada pengajaran menggunakan peta pemikiran ini,
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) perlu diberikan penekanan semasa proses pengajaran dan pemudahcara
guru di dalam kelas. Sebagai guru, mempelbagaikan kaedah pengajaran adalah penting bagi menarik minat
murid untuk belajar.

Teknik mengajar menggunakan peta pemikiran I-Think ini diharapkan dapat mengubah prespektif dan amalan
lama guru dalam teknik pengajaran di samping mempromosikan teknik ini agar suasana mengajar yang lebih
menyeronokkan murid-murid, ringkas, berinformasi dan menjimatkan masa dan bahan. Setiap peta pemikiran I-

491
Think ini mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit. Ini dapat membantu murid
merangsang pemikiran secara aktif. Melalui kaedah ini secara tidak langsung dapat memperkembangkan potensi
dan melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif dan mampu berfikir pada aras tinggi bagi mencapai
Falsafah Pendidikan Negara.

Rajah 1: Lapan Peta Pemikiran I-Think

TINJAUAN LITERRATUR

Menurut Muhamad Sidek, Mohamad Ab. Kadir dan Mohamad Sabri Awang Hitam (2012) pelaksanaan dan
penerimaan program I-Think oleh pelajar PISMP, j-Qaf, kemas, YIT , DPLI dan PGSR di IPG kampus Sultan
Mizan menunjukkan amalan guru melalui program ini telah merubah tingkahlaku pelajar kepada positif dan
tekun. Para responden menganggap program I-Think adalah satu teknik pengajaran yang berkesan kerana setiap
tajuk yang dipelajari boleh disesuaikan dengan peta pemikiran sesuai bagi membantu pelajar fokus serta mudah
untuk mereka ingati. Maklumbalas yang postif daripada pelajar mengakui peningkatan ingatan mereka terhadap
subjek yang diajar.

Kejayaan dalam pengajaran dan pemudahcara guru semasa di dalam kelas adalah apabila kaedahnya sesuai dan
memenuhi kehendak pelanggannya. Keperluan murid sentiasa berubah-ubah. Oleh itu tidak ada satu kaedah
pembelajaran pun dikatakan unggul atau betul. Jika sekiranya kaedah itu didapati tidak berkesan, maka kaedah
lain harus dicari dan dicuba agar apa yang diimplementasikan oleh murid dapat diterima sepenuhnya.

Dalam kajian Chiew Wye Mei (2015) mendapati latih tubi menggunakan peta pemikiran I-Think dalam
pengajaran pengajian perniagaan yang dilakukan dengan bimbingan guru telah meningkatkan peratus kelulusan
dang gred pelajar di Tingkatan 6 Atas Sastera. Kepentingan kaedah ini bertepatan dengan kajian Lee & Gan
(2012) peta pemikiran dapat membantu murid dalam mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan
pemahaman serta membantu pelajar membentangkan idea-idea bernas dan baru.

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian adalah mengenal pasti keberkesanan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam meningkatkan
pengajaran dan pemudahcara guru di dalam kelas. Bagi mencapai tujuan kajian ini maka objektif kajian adalah
seperti berikut :-
i. Mengenal pasti pelaksanaan menggunakan atau mempraktikkan penggunaan peta pemikiran I-Think
semasa proses pengajaran dan pemudahcara di dalam kelas.
ii. Mengenalpasti kemahiran guru-guru dalam menggunakan lapan peta pemikiran
iii. I-Think mengikut mata pelajaran tertentu.
iv. Mengenalpasti persepsi murid terhadap pembelajaran di dalam kelas dengan menggunakan peta pemikiran
I-Think.

492
METADOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mengutip data dengan mengemukakan soalan temu bual.
Temubual ini melibatkan tiga orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan
Matematik. Murid-murid seramai enam orang dan dua orang setiap kelas dipilih daripada kelas Tahun 2, 5 dan
6. Temubual murid adalah mengenai persepsi mereka terhadap pengajaran guru menggunakan peta pemikiran I-
think di dalam kelas. Bagi murid-murid di Tahun 2, temubual disesuaikan mengikut tahap mereka dengan
mengemukakan soalan-soalan yang mudah untuk dijawab.

DAPATAN KAJIAN

Hasil analisis dari segi pengetahuan guru dalam penerapan penggunaan peta pemikiran I-Think menunjukkan
kursus dan bengkel yang dihadiri oleh guru-guru dapat membantu mereka memahami, mengetahui dan
menguasai lapan peta pemikiran I-Think sebelum didedahkan kepada murid. Kaedah ini telah dapat meransang
murid untuk berfikir dan mengembangkan idea-idea dalam mencari maklumat dan mencari isi penting dalam
pelajaran.

Dari segi kemahiran penerapan peta pemikiran ini, perancangan awal perlu dilakukan sebelum memulakan
pengajaran dan pemudahcara menggunakan kaedah I-Think. Ketiga-tiga responden sependapat bahawa
penyediaan buku rekod mengajar harian, penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai, tugasan yang hendak
diberikan kepada murid dan elemen-elemen yang berkaitan dengan pengajaran dan pemudahcara guru perlu
perancangan yang teliti. Penggunaan bahan bantu yang sesuai dapat menarik minat murid untuk belajar.

Dapatan kajian tentang sikap guru dalam penerapan penggunaan peta pemikiran I-Think ini, responden 1
menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan kaedah ini kerana tidak membebankan guru malah dapat
meningkatkan pengetahuan murid. Responden 2 mempraktikkan kaedah ini dan mendapati murid-murid kurang
menulis nota yang panjang dan mudah untuk mengingati isi-isi penting. Namun demikian, sikap guru yang tidak
menguruskan masa PdPc yang baik menyebabkan kaedah ini kurang dipraktikkan kepada murid-murid di Tahap
1 seperti yang dinyatakan oleh responden 3 kerana bagi mata pelajaran Matematik di Tahap 1 penekanan
terhadap konsep yang dititik beratkan. Namun peta bulat dan peta buih ada diperkenalkan dan murid-murid
memberikan respon yang positif kerana memahami cara penggunakannya dalam tajuk pecahan dan operasi
tambah.

Hasil analisis temubual dengan murid, menunjukkan persepsi yang positif terhadap pengajaran guru kerana
dapat meningkatkan pengetahuan mereka pada mata pelajaran yang diajar oleh guru dengan menggunakan
kaedah I-Think. Murid-murid di Tahun 5 dan 6 ketika ditemubual menjelaskan bahawa kaedah ini dapat
membudayakan pemikiran mereka ke arah lebih kreatif dan kritis. Penerangan daripada guru semasa pengajaran
di dalam kelas memberikan impak yang baik dan mudah untuk mereka mengingati fakta, isi penting dan
maklumat yang disampaikan.Walaupun murid-murid di Tahun 2 cuma didedahkan dengan peta bulat dan peta
buih, mereka seronok belajar menggunakan kaedah ini dengan bimbingan guru.

Dapatan kajian tentang cabaran dalam pelaksanaan penerapan peta pemikiran I-Think ini berdasarkan temubual
antaranya masih ada murid-murid yang tidak memahami fungsi lapan peta pemikiran yang sesuai digunakan
dalam tajuk yang diajar. Responden 1 ketika ditemubual menyatakan kesukaran ditambah lagi apabila ada murid
yang tidak mengenal huruf dan tidak mahir dalam Bahasa Inggeris. Responden 2 menyatakan murid-murid
kurang membaca menjadi punca mereka tidak boleh membina ayat dengan baik dan kurang mengenali
pembendaharaan kata. Responden 3 dalam temubual menyatakan murid-murid di Tahun 2 didedahkan dengan
peta pemikiran I-Think semasa program Transisi di Tahun 1 dan selepas itu tidak digunakan sepenuhnya tetapi
semasa di Tahun 2 responden 3 mendedahkan peta bulat dan peta buih kepada murid walaupun kaedah ini
memerlukan masa untuk memberikan kefahaman kepada murid. Responden 2 menyatakan guru perlu
berperanan memahami dan menguasai lapan peta pemikiran I-Think. Tidak dinafikan ada sebilangan guru yang
kurang mempraktikkan kaedah ini dan masih menggunakan kaedah konvensional semasa PdPc.

PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dan menguasai
lapan peta pemikiran I-Think . Kajian ini juga memperlihatkan bahawa pengetahuan murid tentang peta
pemikiran dan fungsi setiap peta adalah baik dan memuaskan kerana mereka mendapat pendedahan daripada
guru-guru. Adalah amat penting bagi setiap murid mengetahui nama dan fungsi peta pemikiran I-Think kerana

493
kaedah ini adalah alat berfikir yang boleh membantu murid berfikir dengan cepat. Kajian ini mendapati bahawa
pengetahuan tentang peta pemikiran I-think dalam kalangan murid akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan
murid Selain itu, peta pemikiran ini dapat menyumbang kepada peningkatan tingkah laku murid di dalam kelas
kerana kaedah yang menarik dapat mewujudkan suaana pembelajaran yang menyeronokkan.

Dapatan temubual dengan guru juga mendapati murid mengetahui mengenai peta pemikiran dan fungsinya.
Penggunaan peta pemikiran I-Think dalam PdPc dilihat mampu meningkatkan minat murid dan mendapati
murid lebih seronok, aktif dan bersemangat ketika belajar. Khairuddin (2008) menyatakan setiap guru perlu
mengemaskini pengetahuan seperti kehendak perubahan dunia pendidikan semasa dan perlu mempunyai
pengetahuan luas terhadap mata pelajaran yang hendak diajar. Menurut Zamri (2014), murid tidak semestinya
menggunakan semua peta pemikiran I-Think bagi setiap tajuk atau mata pelajaran tetapi perlu menyesuaikan
mengikut tajuk pembelajaran dan guru perlu mengambil inisitif untuk memikirkan teknik yang lebh berkesan
unttuk menyeimbangkan perbezaan individu di dalam kelas.

Dari segi pengetahuan guru, didapati ada sebilangan guru yang tidak menguasai sepenuhnya lapan peta
pemikiran I-Think. Ini menyukarkan untuk guru memberikan pendedahan kepada murid-murid. Walaupun guru-
guru telah diberi pendedahan awal di dalam Latihan Dalam Perkhidmatan dan bengkel-bengkel yang berkaitan
dengan penggunaan peta pemikiran I-Think ini, namun guru-guru masih tidak menggunakan kaedah ini untuk
memudahkan pengajaran mereka di dalam kelas. Bagi guru-guru yang mempraktikkan kaedah ini seperti
responden, kaedah ini dapat membantu murid-murid dalam pembelajaran tanpa menulis nota yang panjang dan
dapat menarik minat mereka untuk belajar lebih mudah lagi, kaedah ini dapat membantu murid-murid
mengembangkan idea dan dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis seterusnya membudayakan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT).

Perancangan dalam pengajaran perlu dirancang dengan teliti dan setiap perancangan perlu mencapai objektif
pengajaran agar memberikan impak yang positif terhadap murid-murid. Buku Rekod Pengajaran Harian
berperanan sebagai perancangan awal guru-guru sebelum memulakan PdPc mereka. Elemen-elemen yang
terdapat dalam perancangan pengajaran perlu mengikut standard pembelajaran yang telah ditetapkan.
Penggunaan peta pemikiran I-Think di dalam Pdpc perlu sesuai dengan tajuk yang diajar. Bahan bantu belajar
juga memainkan peranan yang penting agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
menarik minat murid untuk belajar. Dalam kajian ini, responden guru memberikan tugasan berbentuk latih tubi
dan latihan mengikut tahap penguasaan murid kerana di Tahap Satu terdapat Sembilan orang murid LINUS
Numerasi dan salah seorangnya adalah responden kajian.

Analisis kajian mengenai sikap guru dalam penerapan penggunaan peta pemikiran I-Think mendapati ada
sebilangan guru tidak mahu menerima transformasi dan masih menggunakan kaedah lama untuk mengajar.
Kaedah lama yang berpusatkan guru tidak sesuai digunakan pada masa kini. Pembelajaran Abad 21 yang
berpusatkan murid dan bahan telah diperkenalakan bagi mengubah cara dan kaedah pengajaran guru. Salah satu
kaedah ialah penggunaan peta pemikiran I-Think di dalam PdPc guru. Responden menyatakan kaedah ini tidak
membebankan guru kerana guru boleh memilih salah satu peta pemikiran I-think yang sesuai digunakan bagi
tajuk yang diajar. Guru perlu bersikap positif dalam menerima tranformasi pendidikan bagi mengembangkan
pengetahuan dan seterusnya ada anjakan paradigma di kalangan guru agar berubah daripada kebiasaan seperti
pengajaran secara konvensional. Pendedahan kepada murid tentang penggunaan kaedah ini dapat mengalakkan
murid untuk berfikir dan lebih fokus dalam memahami tajuk yang dipelajari.

Dalam meniti arus perubahan dalam pendidikan, guru-guru tidak dapat lari daripada cabaran yang dihadapi di
dalam melaksanakan program ini. Analisis daripada kajian ini mendapati terdapat beberapa cabaran yang
dihadapai oleh guru-guru seperti murid tidak mengenali huruf, tidak fasih berbahasa Melayu dan Inggeris, tidak
memahami fungsi lapan peta pemikiran I-Think, kesukaran untuk mencari bahan rujukan, bahan rujukan dalam
bahasa Inggeris dan guru kurang mahir dalam penggunaan peta pemikiran I-Think. Dalam hal ini, responden
menggunakan pendekatan positif seperti membimbing murid dan memberikan tunjuk cara bagaimana untuk
menggunakan kaedah ini dalam pembelajaran.

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi bahawa para responden menggunakan kaedah peta pemikiran I-
Think semasa pengajaran dan pemudahcara di dalam kelas. Peta pemikiran yang diperkenalkan kepada guru-
guru seterusnya kepada murid-murid adalah dalam usaha membudayakan kemahiran berfikir yang dapat
meningkatkan aras pemikiran murid-murid. Seman (2004) berpendapat perancangan guru seperti tajuk
pelajaran, isi pelajaran dan keadaan murid merupakan salah satu strategi terbaik yang boleh ditentukan oleh
guru. Menurut Zamri (2014) peta pemikiran tidak semestinya digunakan kesemuanya oleh pelajar tetapi peranan

494
guru dengan mengambil inisiatif untukmemikirkan teknik yang lebih berkesan untuk menyeimbangkan
perbezaan individu di dalam kelas.

Dapatan temu bual dengan guru mendapati murid-murid telah memahami peta pemikiran I-Think yang
didedahkan kepada mereka. Fungsi lapan peta pemikiran boleh mereka fahami melalui pendedahan oleh guru.
Untuk murid-murid Tahun 2 peta pemikiran yang mudah telah diberikan pendedahan kepada mereka. Didapati
juga penggunaan peta pemikiran I-think dalam PdPc telah mampu meningkatkan minat murid dan mereka lebih
seronok, aktif dan bersemangat ketika belajar. Murid-murid berupaya meningkatkan kefahaman, penguasaan,
pencapaian, daya ingatan dan keseronokkan semasa belajar.

Persepsi positif murid-murid terhadap guru-guru juga membuktikan kaedah ini amat sesuai digunakan dalam
PdPc guru kerana murid-murid dapat berfikir untuk mencari tujuan dalam proses pemikiran yang berbeza.
Lapan peta pemikiran yang mampu dikuasai oleh murid dapat meningkatkakn mutu pelajaran mereka di dalam
kelas seterusnya meningkatkan pencapaian mereka di dalam ujian atau peperiksaan.

Kesimpulannya kaedah pengajaran menggunakan peta pemikiran I-Think dapat meningkatkan pengajaran dan
pemudahcara guru di dalam kelas berbanding menggunakan kaedah konvensional, dapat menarik minat murid
untuk belajar dan memberikan kesan yang terbaik kepada murid dalam membudayakan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis.

RUJUKAN

Chiew Wye Mei 2015. Peta ke arah kejayaan dalam pengajian perniagaan.The Development Of Pedagogical
Education From The Perpective Of The 21st centery and Cooperation ASEAN Education Community.

Dewey,J (1993). How we think: A restatement of the relation of reflective thinkingto the educative process.
Boston: Houghton Miffin Company.

Buzan. T (1989). Use your Head. London:BBC Books.

Buzan ,T.& Buzan, B. 2003, Mind Map Dessine-moi I’intelligence, France: AllianceDes Consultantas
Industriels Francophones.

Buzan, Tony (2001). The Power of Creative Intelligence. “ London: Thorsonm.s. 38,42.

Buzan, Tony ((2002). “ How to Mind Map.” London Thorsons. M.s. 65.

Buzan, Tony (2005). “ Mind Map: the Ultimate Thingking Tool.” London: Thorson.m.s. 5.

Hyerle, D & Yeager, C. (2007). A language of learning: Thinking map incorporatedNorth Carolina; Thinking
Maps.Inc

Hyerle, D.2011. Student successes with thinking maps. 2 edition. Thousand oaks, CA:Corwin Press.

Khairuddin Mohamad. 2008. Amalan penyerapan kemahiran berfikir kritisdalam pengajaran cerpen KOMSAS
Bahasa Melayu. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(2013-2025) (Pendidikan


prasekolah hingga lepas menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lee Hou Yew & Gan We Ling. (2012). Penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran Inovatif melalui
‘thinking maps’. Kertas kerja dibentangkan di Seminar PenyelidikanPendidikan antarabangsa Malaysia-
Indonesia (Malindo), IPGKIK, Kuala Lumpur, 4-6 Okt 2012

Pusat Perkembangan Kurikulum 2012, Progran i-think: Membudayakan kemahiran berfikir. Putrajaya:
kementerian Pelajaran Malaysia.

Muhamad Sidek Said (2013). Aplikasi menggunakan ‘ thinking map’ dalam program Praktikum KPLD di
Tadika Yayasan Islam Terengganu, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kertas kerja dibentangkan di
seminar kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan , Tanjung Vista Hotel, Kuala Terengganu, 23-25 April
2013.

495
Muhamad Sidek & Ahamad Rahim (2012) Inovasi pengajaran dan pembelajaran melalui Program i-think.
Kertas Kerja dibentangkan di IPGM International convention In teacher learning & development, Pearl
International Hotel, Kuala Lumpur, 19 – 21 Nov 2012

Sulaiman R, Aziz M, Mok SS (2011) Kemahiran berfikir.Penerbitan Multimedia, Selangor.

Zamri Mahamod, 2014. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan ketiga. Tanjung Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zamri Mahamod, 2015. Strategi belajar:Iventori cara belajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

496

Anda mungkin juga menyukai