Anda di halaman 1dari 40

BAB 5

RUKUN-RUKUN
TASAWUF
Niat yang benar
Takwa
Ikhlas
Makanan yang halal
Zikir hati dan anggota badan
Riyadah, mujahadah,
muhasabah dan muraqabah
Makna Rukun Tasawuf
Sesuatu yang harus dikerjakan atau perkara
dasar dalam memulai amalan tasawuf
Niat yang benar
• Al-Muhasibi berpandangan niat dengan erti kehendak
seorang untuk melakukan perbuatan yang bermakna.

• Insan yang benar-benar ikhlas adalah insan yang


melakukan kebaikan dengan hanya mengharap
keredaan Allah s.w.t tanpa dengan niat untuk
mendapat pujian dan juga tidak benci jika
menerima cacian.
• Hal ini selaras dengan sabda Nabi s.a.w. yang
maksudnya :
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a.
beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,
dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia
niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan
RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.
Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari
habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu
kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
(Sahih al-Bukhari, kitab Iman, bab tentang amalan dengan niat
yang baik)
• Sesuatu perbuatan akan bermakna apabila
selaras dengan niatnya sama ada untuk akhirat
atau sebaliknya.

• Oleh itu niat yang benar akan melahirkan


keazaman yang kuat untuk menjadi taat kepada
Allah s.w.t, darinya akan dapat memperoleh
kesihatan mental dan kesihatan jasmani serta
memperoleh kedamaian baik dirinya mahupun
untuk orang lain.
• Seorang yang mempunyai niat yang benar, nescaya
akan meninggalkan kesombongan dirinya, akan
meninggalkan tipu daya keduniaan dan akan
menjauhi syahwat dan hawa nafsunya yang
mempunyai ribuan perasaan gelojak jiwa
(al-Muhasibi 1990:246-247).

• Seorang manusia yang yang benar-benar yakin akan


kejadiannya untuk Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan
memudahkan jalan untuknya menuju Allah s.w.t
selagi niatnya menjadi kehendak sesuatu kebaikan,
kesucian, kedamaian, keamanan, kesihatan dan
kebahagiaan (al-Najar 2004b:11).
Takwa
• Takwa adalah berhati-hati dengan cara menjauhi
segala sesuatu yang dibenci Allah s.w.t. di atas
petunjuk dari-Nya dan takutkan siksaan-Nya.
• Ianya termasuklah melaksanakan perkara-
perkara yang diwajibkan oleh Allah s.w.t dan
meninggalkan perkara-perkara yang dilarang
oleh-Nya.
• Hakikat takwa pula ada dua, iaitu takwa pada
anggota badan dan takwa pada hati.
• Takwa pada anggota badan adalah
menjalankan kewajiban dan meninggalkan
segala perbuatan maksiat. Sedangkan
takwa pada hati adalah ikhlas dalam
mengerjakan amal ibadah kepada Allah
s.w.t sama ada ibadah fardu mahupun
ibadah sunat iaitu dengan menangis,
bersedih, solat, puasa dan melaksanakan
semua bentuk ketaatan yang dianjurkan
oleh Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya
(al- Muhasibi 1990:39-40).
• Dasar takwa pula adalah takut dan sentiasa
berhati- hati dengan Allah s.w.t (al- Muhasibi
1990:33). Sepertimana yang telah diterangkan
melalui firman Allah s.w.t dalam al-Qur’an, al-
Nazicat 79:40.

     


    •
   
  

Maksudnya:
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri
di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta
ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu.
Ikhlas

• Firman Allah swt di dalam surah Al-An’am 162-


163 yang bermaksud :

“Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku,


hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan
semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan
yang demikian itulah aku diperintahkan.”
• Ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata
mencari keredhaan Allah swt, tanpa dicampuri
dengan tujuan dunia. Amalannya tidak dicampuri
dengan keinginan dunia, keuntungan, pangkat,
harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan
manusia, meminta pujian, lari dari kejian, mengikut
hawa nafsu yang tersembunyi atau lain-lain lagi
yang boleh dihimpunkan dalam : “Melakukan
amalan bukan kerana Allah.”

• Ikhlas dengan makna ini adalah buah dari tauhid


yang sempurna iaitu mengesakan Allah taala dalam
ibadat. Kerana itulah riya’ (menunjuk-nunjuk) yang
merupakan lawan kepada ikhlas adalah perbuatan
syirik. Syidad bin Aus berkata : “kami mengira riya’
adalah syirik kecil pada zaman Rasulullah saw.”
• Setiap amal soleh mempunyai dua rukun. Allah swt
tidak menerima sesuatu amalan melainkan jika
memenuhi dua rukun tersebut iaitu :
pertama : ikhlas
kedua : bertepatan dengan sunnah dan syara’

• Dengan rukun yang pertama tercapailah kesahihan


batin dan dengan yang kedua tercapailah kesahihan
lahir. Berkenaan dengan rukun yang pertama
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :

• “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada


niat.”
• Keikhlasan itu adalah sesuatu perbuatan yang
boleh menjauhkan diri dari sifat riyak, sumcah,
ujub dan berbagai penyakit jiwa yang lain.

• Sesuatu yang dapat membantu keikhlasan adalah


dengan melakukan kebaikan secara sembunyi. Jika
sesuatu perbuatan baik mendapat tempat dalam
hati seseorang, kemudian dia sedaya upaya untuk
tidak diketahui oleh orang lain, maka perbuatan
tersebut akan nampak bercahaya di dalam jiwanya
sekaligus bersih dari sebarang kekotoran juga akan
mendapat pahala yang banyak (al-Muhasibi
2000:159).
• Sepertimana yang telah dinasihatkan oleh al-
Muhasibi dalam Risalah al-Mustarshidin yang
berbunyi: “Sesungguhnya kejujuran itu adalah
menunjukkan seseorang pada kebaikan dan
kebaikan menunjukkan kepada reda Allah s.w.t.
Adapun kedustaan menunjukkan pada
kejahatan dan kejahatan mengundang
kemarahan Allah s.w.t. (al-Muhasibi:1988:72-
73)”.
• Isma il bin Wasit berkata, “ Aku mendengar
c

Abu Bakar al-Siddiq memberikan ceramah


setelah wafat Rasul Allah s.a.w., beliau
berkata, ‘ Rasul Allah s.a.w. berdiri di
tempat berdiriku ini untuk memberikan
ceramah kepada kita. “ Lalu Abu Bakar
menangis dan akhirnya berkata, ‘ jauhilah
oleh kalian pendustaan kerana padanya
ada kejahatan dan keduanya (dusta dan
jahat) berada dalam neraka’.
• Namun kedustaan dapat diubati dengan ubat mujahadah
dan riyadah jiwa sehingga jiwa tidak akan sukar untuk
berbuat ikhlas hingga dia terbiasa bersifat ikhlas. Allah
s.w.t berfirman dalam al-Qur’an, al-cAnkabut 29:69 yang
maksudnya:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana
memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan
memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan bergenbira
serta beroleh keredaan.

• Semakin lama keikhlasan bertapak di hati, semakin dalam


kedamaian dan ketenteraman jiwa bagi orang-orang yang
ikhlas. Sebab, golongan orang yang ikhlas akan sering
mengingati Allah s.w.t. Sebaliknya manusia yang lalai
untuk berbuat demikian maka dirinya akan berada dalam
maqam lalai selamanya sepertimana kata-kata al-
Muhasibi dalam Risalah al-Mustarshidin,
Makanan yang
• Insan yang
halal
dapat menerapkan sifat warak dan
zuhud dalam dirinya mampu mengetahui perkara-
perkara yang dibenci oleh Allah s.w.t. termasuklah
soal makanan, nafkah, harta dan sebagainya.
Misalnya dalam soal pemakanannya, dia akan
cuba sedaya upaya untuk menjauhkan perutnya
untuk diisi dengan makanan syubhat (al- Muhasibi
2000:51).

• Sumber makanan yang diperolehinya, perlulah


didapati dari sumber yang halal dan bukannya
haram mahupun syubhat.
• Mencari nafkah dan mengumpul harta yang halal amatlah
dituntut dalam Islam. Oleh itu, dalam usaha mencari nafkah
mahupun harta dalam kehidupan perlu dijauhi dari pelbagai
bentuk riba. Sepertimana yang telah disebutkan oleh beliau
dalam kata-katanya dalam al-Wasaya,

“Hati-hatilah kalian dalam mencari harta, ingatlah Allah s.w.t


dalam menghadapi barang-barang haram. Jagalah perbuatan
dari riyak sebab ia memiliki lebih dari tujuh puluh pintu.
Takutlah kalian pada khianat, menipu, mengurangi timbangan,
berdusta, bersumpah palsu, memuji atau mencela ketika jual-
beli dan dalam kegiatan yang lainnya. Hendaklah kalian
berpantang yakni warak dan berhati-hati dengan jiwa.
Sesungguhnya petanda ketakwaan terdapat dalam warak dan
melalui waraklah orang-orang yang bertakwa di kenali (al-
Muhasibi 2003:68)”
• Insan yang memakan makanan bukan dari sumber
yang halal juga berpotensi untuk ditolak amalan-
amalan yang dikerjakannya. Hal ini pernah
diceritakan oleh seorang ulama Islam dalam al-
Wasaya bahawa syaitan pernah berkata:
“Ada sesuatu yang aku inginkan dari anak Adam,
kemudian aku akan menjauhkan orang tersebut
dari keinginan beribadah. Aku menjadikan dirinya
suka dan seronok dengan mencari harta yang tidak
halal, sehingga jika dia bernikah maka akan
bernikah dengan duit yang haram. Jika berbuka
puasa maka akan memakan makanan yang haram
dan apabila menunaikan ibadah haji maka dengan
bekal yang tidak halal (al-Muhasibi 2003:68)”
Zikir hati dan anggota badan
• Dari segi bahasa: Zikr ialah melepaskan diri daripada lalai
dan lupa dengan menghadirkan hati atau sedar secara
berterusan. Sifat ‘lupa’
(Arab : Nisian) merupakan kata dasar bahas ‘insan’
(manusia). Oleh itu manusia merupakan makhluk yang
lupa.

• Dari segi istilah: Zikr menyebut nama sesuatu dengan hati


dan lisan,baik menyebut nama Allah atau sifat-Nya atau
hukum-Nya atau perbuatan-Nya atau menyebut nama
para rasul-Nya, para nabi-Nya atau berbuat amal
kebajikan seperti membaca Al-Quran, bertasbih, memberi
nasihat dan sebagainya.
• Zikir juga membawa ucapan tasbih, tahmid,
tahlil dan menyebut nama-nama Allah yang
mulia. Zikr juga membawa ucapan tasbih,
tahmid, tahlil dan menyebut nama-nama Allah
yang mulia.

• Zikir dapat dilaksanakan dalam beberapa


keadaan. Adakalanya dengan lisan, dengan hati,
dengan anggota dan juga dengan ucapan yang
jelas. Dengan kesemuanya ini, seseorang dapat
melaksanakan zikir itu dengan sempurna.
• Dalam pengertian tasauf zikr memaparkan pelbagai
pengertian:

1. sebutan atau lafaz seperti tahmid (alhamdulillah),


tahlil (lailahaillah), takbir
(Allahuakbar), tamjid (kata-kata pujian kepada Allah),
istighfar,basmallah iaitu apa jua bentuk sebutan yang
mengaitkan manusia dengan Pencipta-nya (Khalik).
2. Menyebut dengan lisan dan hati akan sifat-sifat
daripada Sifat Allah seperti Ar-Rahman (99
kesemuanya)
3. Melaksanakan hukum daripada hukum Allah
4. Melaksanakan perbutan daripada perbutan Allah
5. Memberi penghormatan kepada para rasul
dan aulia dalam bentuk solawat dan salam
6. Membaca Quran kerana isi keseluruhannya
adalah zikir
7. Puisi seperti syair (juga disebut .syir) yang
ada hubungan dengan Allah seperti syair
Jalalluddin Rumi, Mutannabi dll.
8. Syarahan atau ceramah yang ada kaitan
dengan memuja Allah
9. Ibadah yang mengesakan Allah seperti zakat,
puasa, haji.
DALIL-DALIL DIANJURKANNYA BERZIKIR
(DARI AL-QURAN)

• Allah berfirman : . Maka ingatlah kepadaKu, akan


aku mengingat kepadamu.. (QS. Al Baqarah : 152)

• “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,


dan silih bergantinya malam dan siang maka
terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang
berakal,(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah
ketika berdiri mahu pun duduk atau dalam keadaan
berbaring dan mereka memikirkan tentang
penciptaan langit dan bumi. (QS. Al Imran: 190-
191)
DALIL-DALIL DIANJURKANNYA BERZIKIR
(DARI AL-SUNNAH)

• Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda :


“ Jika kamu sedang melewati kebun-kebun syurga, maka
singgahlah ke dalamnya.” Tanya para sahabat : “Apa yang
engkau maksud dengan kebun-kebun surga, wahai Rasulullah?”
Sabda beliau :”Ia adalah majlis-majlis zikir.”(HR Tirmizi dan
menilainya Hasan, Ahmad, Al-Baihaqi dan Ibnu Syahim)

• Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda :


Orang-orang Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-orang
yang paling beruntung , mereka selalu berzikir kepada Allah,
dosa-dosa mereka diringankan oleh banyaknya zikir
mereka,sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan
bersih dari segala dosa”(HR Tirmidzi dan Thabrani)
KEUTAMAAN BEZIKIR

• Dari Abu Hurairah ra, dari Abu Sa’id Al Khudri ra bahwa


Rasulullah saw bersabda :“Tidak suatu kaum
berzikir kepada Allah kecuali para malaikat akan
mengelilingi mereka,rahmat akan meliputi mereka,
ketenangan akan turun kepada mereka,dan mereka akan
disebut –sebut oleh Allah di antara para malaikat.” (HR
Muslim,Tirmidzi,Ahmad,Ibnu Majah)

• Dari Ibnu Umar ra bahwa Nabi saw pernah


menyampaikan hadis qudsi dari Tuhannya: Seorang yang
lebih sibuk berzikir kepadaKu dari memohon kepadaKu,
maka Aku akan memberikannya sesuatu yang lebih utama
dari yang pernah diminta oleh para peminta.”
(HRBukhari,Al Bazzar, AL Baihaqi.)
MANFAAT BERZIKIR

1. Berzikir mengusir dan menghancurkan syaitan


2. Berzikir menyebabkan Allah redha kepada yang berzikir
3. Berzikir menghilangkan kerisauan hati
4. Berzikir mendatangkan rasa senang di dalam hati
5. Berzikir meningkatkan potensi hati dan badan
6. Berzikir menambah cahaya pada wajah dan hati
7. Berzikir mandatangkan rezeki
8. Berzikir menambah wibawa pada peribadi yang gemar
berzikir
9. Berzikir menyebabkan Allah cinta kepada yang selalu
berzikir
10. Berzikir meningkatkan taqarub (dekat) kepada Tuhanya
Riyadah, mujahadah,
muhasabah dan muraqabah
• Muhasabah adalah merenung dan memerhati
serta menetapkan sesuatu dengan membezakan
di antara apa yang dibenci dan disukai Allah s.w.t
(al-Muhasibi 1990:45).

• Muhasabah jiwa menurut al-Muhasibi boleh


dilakukan melalui dua keadaan. iaitu
muhasabah dalam perbuatan-perbuatan yang
akan datang dan muhasabah dalam perbuatan-
perbuatan yang telah lalu (al-Muhasibi 1990:45).
• Muhasabah dalam perbuatan-perbuatan yang akan
datang ialah merenung dan memerhati tingkahlaku
jiwa dengan cara tathbut.

• Tathbut adalah cara pengendalian jiwa insan agar


tidak tergesa-gesa dalam melakukan sebarang
tindakan dan perbuatan yang menyimpang. Hal ini
sangat penting kerana cara ini dapat membantu
insan mengetahui dan menyelidiki kebaikan dan
keburukan sesuatu perkara terlebih dahulu. Oleh
itu, Al-Muhasibi menyarankan agar tathbut perlu
diiringi dengan ilmu pengetahuan, agar sesuatu
yang bermanfaat boleh dikerjakan dan sesuatu yang
mudarat perlu ditinggalkan (al-Muhasibi 1990:48).
• Manakala muhasabah dalam perbuatan-perbuatan
yang telah lalu pula adalah menghitung-hitung jiwa
dengan cara mengambil iktibar dan pengajaran
daripada perbuatan dan tingkahlaku yang telah
dilakukan sebelum itu.
• Jika perbutan itu berupa dosa dan maksiat maka
jiwa perlu ditekan untuk berasa insaf dan menyesal
dengan perbuatan tersebut seterusnya segera
bertaubat kepada Allah s.w.t. Al-Muhasibi
berpandangan bahawa setiap hari dari umur insan
tidak akan lari dari melakukan dosa-dosa yang baru
sama ada dari dosa anggota badan atau dosa-dosa
hati (al-Muhasibi 1990:49).
• Terdapat tiga perkara yang mendorong
seseorang kuat bermuhasabah diri.
• Pertama, meninggalkan segala bentuk perasaan
yang menyebabkan hati berat melakukan
muhasabah.
• Kedua, bertekad kuat untuk bermuhasabah dan
sentiasa memikirkan akibat dosa yang dilakukan
di hari akhirat. Dan
• Ketiga, menghadirkan dalam diri rasa bimbang
sekiranya perbuatan yang dikerjakan itu boleh
melanggar syariat Allah (al-Muhasibi 2003:150).
• Riyadah dan mujahadah adalah berjuang
melawan segala tabiat jiwa dengan
mengarahkannya untuk selalu menentang
kemahuan hawa nafsu dan bisikan syaitan yang
sentiasa berada padanya.
• Kedua-dua unsur ini sememangnya sering
memujuk insan untuk mencintai keduniaan dan
lalai dari mengingati Allah s.w.t (al-Muhasibi
1990:331-332, al-Muhasibi 1991:61 dan al-
Nadwa 1994:79).
• Langkah pertama dalam memerangi jiwa dan
sekutunya yang mempunyai gelora syahwat
adalah membiasakannya dengan diam (al-sumt).

• Disamping itu cuba menghalanginya dari hal-hal


yang boleh menyibukkannya ke arah keduniaan.
Orang yang diam akan banyak menyedari
kesalahan dan kelalaiannya selama ini. Dengan
cara ini, dia akan menyesal dengan segala
kemungkaran yang dilakukan.
• Seterusnya, hendaklah insan mencaci nafsunya
berterusan kerana tindakan-tindakan nafsu
mendorongnya untuk melakukan kejahatan. Hal ini
akan menyebabkan insan kembali mengingati
perbuatan-perbuatan buruknya dan menjadikan dia
merasai penyesalan yang berpanjangan.
• Dalam keadaan ini, hati akan mula menjadi sedih,
air mata akan mula mengalir lantas lidah ringan
untuk beristighfar kepada Allah s.w.t. di atas semua
kejahatan yang dikerjakannya selama ini. Dengan
demikian dia akan bertekad untuk meninggalkan
segala bentuk dosa kerana bimbang akan kemurkaan
Allah Tacala (al-Muhasibi 2003:211-222).
• Seterusnya, dengan memperbanyakkan
berpuasa dan berzikir. Sebab nafsu akan
menjadi kuat apabila makan dengan
berlebihan. Ketika merasa lapar, jiwa akan
patuh dan tunduk. lantas ketika itu
seseorang boleh mula mencela jiwanya
sendiri dengan mengingatkannya dengan
azab Allah s.w.t.
• Dengan demikian dia akan mula sedar dan
kembali merenung segala perbuatannya yang
lalu. Hal ini akan mendorong insan untuk mula
bermunajat kepada Allah s.w.t, membaca al-
Qur’an dan menghayatinya, memahami hadis-
hadis Rasul Allah s.a.w serta mula
mendekatkan diri dengan pengajian-pengajian
ilmu (al-Muhasibi 2003:212-213).
• Muraqabah sebagaimana diisyaratkan di
dalam al-Quran dan hadis ialah, merasakan
keagungan Allah swt di setiap waktu dan
keadaan serta merasakan kehadiran-Nya
(walaupun di saat kita bersendirian
ataupun berada di khalayak ramai).
• Ada 4 jenis muraqabah iaitu :
1. Muraqabah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan
cara ikhlas kepada-Nya.

2. Muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat,


penyesalan dan meninggalkannya secara totally 100%.

3. Muraqabah dalam hal-hal yang mubah (harus) adalah


dengan memelihara akhlak dan budi pekerti yang baik,
kemudian bersaksi dengan setulus hati bahawa semua
kenikmatan itu hanyalah berasal dari Allah. Kemudian dengan
penuh kesedaran hati, bersyukur di atas segala nikmat-Nya.

4. Muraqabah dalam musibah adalah dengan redha kepada


ketentuan Allah swt serta memohon pertolongan-Nya dengan
penuh kesabaran dan keyakinan.

Anda mungkin juga menyukai