Anda di halaman 1dari 12

X PENGENALAN

Topik ini akan membincangkan tajuk-tajuk berkaitan dengan al-Din, jenis-jenis


agama yang ada di atas muka bumi ini, penggunaan perkataan al-Din di dalam
al-Quran serta al-Din yang benar menurut al-Quran. Dalam topik ini juga ada
diberitahu bahawa Islam merupakan agama bagi semua nabi dan rasul
alaihimussalam.

Selain daripada itu, topik ini juga akan membincangkan akidah Islam dari sudut
pengertian, sumber serta keistimewaannya. Kita juga akan membincangkan
peranan akidah Islam dalam kehidupan individu dan masyarakat Islam. Akidah
mempunyai kaitan yang amat rapat dengan konsep Islam, iman dan ihsan.
Ketiga-tiga konsep ini akan kita pelajari di dalam Topik 3 nanti.






Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pengertian al-Din, penggunaan al-Din di dalam al-Quran
serta al-Din yang benar menurut al-Quran; dan
2. Mengenal pasti pengertian akidah Islam, sumber akidah serta
keistimewaan akidah Islam.
HASIL PEMBELAJARAN

T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
2
2

X
Konsep
Al-Din dan
Akidah
X TOPIK 2 KONSEP AL-DIN DAN AKIDAH


58
AL-DIN
Di dalam bahagian ini, kita akan membincangkan mengenai:

(a) Definisi al-Din;
(b) Penggunaan perkataan al-Din dalam al-Quran dan al-Sunnah; dan
(c) Jenis-jenis agama.
2.1.1 Definisi Al-Din
Al-Din dari sudut bahasa Arab bermaksud pasrah, menyerah, tunduk,
perhitungan, pembalasan dan ketaatan. Dari segi istilah, Dr Abdullah Darraz
dalam bukunya yang berjudul al-Din mendefinisikan al-Din sebagai hukum
Tuhan yang dapat menunjukkan jalan kepada kebenaran dalam kepercayaan
(iktikad) dan kepada kebaikan dalam tindakan serta hubungan sesama makhluk.

Allah telah menjelaskan bahawa al-Din yang benar adalah melalui kalamnya dan
sunnah NabiNya ialah agama Islam.

Firman Allah SWT:

| _ ..s < `.l`. !. l.> _ . ..>l | _.
.-, !. `> ,l> `l-l !,-, `., _. > , .,!:, < _| < _,.
,!.>' _
Maksudnya:
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab itu tidak berselisih
(mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai
kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu
pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan
(ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka
sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.
(Surah Ali Imran: 19)

2.1
TOPIK 2 KONSEP AL-DIN DAN AKIDAH W

59
2.1.2 Penggunaan Perkataan Al-Din dalam Al-Quran
dan Al-Sunnah
Allah SWT menggunakan perkataan al-Din di banyak tempat dalam al-Quran.
Perkataan al-Din yang digunakan oleh Allah SWT merujuk kepada akidah dan
anutan yang dipegang oleh seseorang manusia. Walau bagaimanapun, perkataan
al-Din di dalam al-Quran menunjukkan akidah yang benar dan akidah yang
salah.

Antara ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa perkataan al-Din merujuk
kepada agama yang benar ialah di dalam Surah As-Syura ayat 13:

_. >l _. _ !. _. ., l>. _ !.,> ;,l| !. !.,. .,
,> ,| _.`. _.,s `,, _ .. , ` _ls _,:.l !.
>`s.. ,l| < _,.> ,l| _. ',!: _. ,l| _. ,.`, _
Maksudnya:
Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang
Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh dan
yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga
yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi
Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah
atau berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk
menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih
serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid
itu dan memberi hidayat petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk
kembali kepadaNya (dengan taat).
(Surah As-Syura: 13)

Allah SWT juga berfirman:

!. '. | .,-,l < _,.l>: ` _ ,!.`> .,1`, :l.l .`,
:l ;l : _,: .,1l _

X TOPIK 2 KONSEP AL-DIN DAN AKIDAH


60
Maksudnya:
Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah
dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan
supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah
agama yang benar.
(Surah Al-Baiyyinah: 5)

Sementara ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa al-Din itu merujuk
kepada akidah yang salah ialah seperti firman Allah SWT:

;l: `.!, l! _l !.... '!.l | !.!`, ,:.-. > s _ .,: !.
.! _., __
Maksudnya:
Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: Kami
tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja
yang boleh dihitung. Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama
mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan.

Dalam al-Sunnah pula, perkataan al-Din digunakan untuk beberapa maksud.
Antaranya ialah seperti berikut:

(a) Akhlak
Sabda Rasulullah SAW:



Maksudnya:
Seseorang itu berdasarkan akhlak (din) sahabatnya. Maka lihatlah kamu
dengan siapakah dia bersahabat.
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

(b) Balasan
Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:
Sebagaimana kamu amalkan kamu dibalas.
(Riwayat al-Baihaqi)
TOPIK 2 KONSEP AL-DIN DAN AKIDAH W

61
(c) Agama
Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:
Agama (din) adalah nasihat.
(Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabrani)

Begitu juga sabda Rasulullah SAW:


Maksudnya:
Sesungguhnya agama (din) adalah mudah.
(Riwayat al-Bukhari)
2.1.3 Jenis-jenis Agama
Terdapat pelbagai jenis agama di atas muka bumi ini sejak dari Nabi Adam
sehinggalah akhir zaman nanti. Ada di antara agama tersebut yang benar dan
ada pula yang salah. Apabila kita meneliti agama-agama berkenaan, ia boleh
dibahagikan kepada dua jenis agama sahaja, iaitu:

(a) Agama Samawi
Agama samawi ialah agama yang diwahyukan oleh Allah kepada para
rasul melalui perantaraan malaikat serta menggunakan kitab atau mushaf.
Ia boleh dibahagikan kepada:

(i) Agama Islam
Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW
melalui kitab al-Quran dan hadisnya. Syariah Islam yang dibawa oleh
Nabi Muhammad merupakan pelengkap semua syariat nabi-nabi
yang diturunkan sebelum ini.

(ii) Agama Kristian
Agama Kristian pula berasal dari ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa
a.s. melalui kitab Injil. Ia merupakan pelengkap kepada kitab Taurat
yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s.

X TOPIK 2 KONSEP AL-DIN DAN AKIDAH


62
(iii) Agama Yahudi
Agama Yahudi berasal dari ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s.
dan Rasul dari kalangan Bani Israil. Ajaran ini terkandung di dalam
kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kitab Zabur
yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s..

Walaupun agama Yahudi dan Kristian bersumberkan wahyu Ilahi tetapi ia
telah diselewengkan oleh pengikut-pengikut Nabi Musa a.s., Nabi Daud a.s.
dan Nabi Isa a.s.. Oleh kerana itu, hanya agama Islam sahaja yang diiktiraf
oleh Allah SWT.

(b) Agama Ciptaan Manusia
Agama ciptaan ialah agama yang dicipta oleh manusia dan tidak
mempunyai kitab yang diwahyukan daripada Allah. Antara agama ciptaan
manusia ialah agama Buddha, Hindu, Sikh, Majusi dan sebagainya. Semua
agama ini ditolak oleh Allah SWT dan penganut agama berkenaan adalah
kufur kepada Allah SWT.


KONSEP AKIDAH ISLAM
Bahagian ini akan membincangkan:

(a) Definisi akidah;
(b) Sumber akidah Islam; dan
(c) Keistimewaan akidah Islam.
2.2
Jelaskan maksud agama samawi.
SEMAK KENDIRI 2.1
TOPIK 2 KONSEP AL-DIN DAN AKIDAH W

63
2.2.1 Definisi Akidah
Ustaz Abdullah Yasin (1990) dalam tulisannya berjudul Hakikat Dua Kalimat
Syahadat menjelaskan bahawa:



Kesimpulan yang boleh diambil ialah, akidah bermaksud simpulan, bersungguh-
sungguh dan berpegang teguh kepada sesuatu.

Akidah menurut istilah agama ialah:



Maksudnya:
Akidah ialah satu hukum yang pasti yang mana manusia menyimpulkan
hatinya kepada hukum tersebut tanpa ragu-ragu atau syak wasangka.
2.2.2 Sumber Akidah Islam
Akidah berkaitan dengan perkara Samiyyat yang tidak mampu ditanggapi atau
dikesani oleh pancaindera manusia. Akidah tidak boleh dieksperimenkan atau
diujikaji untuk membuktikan diagnosisnya.

Oleh yang demikian, akidah dipetik berasaskan dua sumber utama seperti yang
dapat dilihat dalam Rajah 9.1 iaitu:

(a) Kitab al-Quran; dan
(b) Hadis Nabi.

Akidah dari sudut bahasa diambil dari kata ertinya menyimpul.
pula bermaksud menyimpul tali. Manakala di dalam bahasa
Arab pula bemaksud bersungguh-sungguh berpegang pada janji atau
kontrak.
X TOPIK 2 KONSEP AL-DIN DAN AKIDAH


64

Rajah 2.1: Sumber akidah Islam
2.2.3 Keistimewaan Akidah Islam
Akidah Islam mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, iaitu:

(a) Jelas
Akidah Islam merupakan suatu pegangan yang jelas dan tiada unsur-unsur
keraguan atau kesamaran di dalamnya. Kejelasan akidah mengelakkan
manusia jatuh dalam lembah kesesatan dan kekufuran serta kesyirikan.

(b) Bersesuaian dengan Fitrah
Akidah Islam bertepatan dan bersesuaian dengan fitrah manusia. Sejak dari
alam roh lagi, manusia telah mengakui ketuhanan dan keesaan Allah SWT.

Firman Allah SWT:

| : > . , ; . _ , . _ , : . _ L > ` : ,` . : . > s l _
.. `.l >, , l! _l, !..: _ l1. , ..,1l
!.| !. _s .. > _.s __
Maksudnya:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat
anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia
jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya
dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab:
Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya
TOPIK 2 KONSEP AL-DIN DAN AKIDAH W

65
kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai
(tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
(Surah al-Araf: 172)

(c) Tetap
Akidah Islam bersifat kukuh, mantap dan tetap tanpa sebarang perubahan
atau modifikasi biarpun silih berganti masa dan zaman, sekalipun berbeza
lokasi dan kawasan. Allah SWT memperumpamakan kalimah Tayyibah
yakni La Ilaha Illa Allah itu laksana pepohon yang teguh berdiri
sebagaimana firmanNya:

l . , ,. < .. .l ,,L :>: ,,L !l. ,!.
!`s _ ,!..l __
Maksudnya:
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah
mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah sebagai
sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh
dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
(Surah Ibrahim: 24)

(d) Akidah Berdasarkan Dalil-dalil Sahih
Akidah Islam sebagaimana yang ditegaskan sebelum ini, bersumberkan al-
Quran dan Hadis. Sekalipun ia merupakan kata para sahabat atau para
ulama, maka tentunya ia berlapikkan pedoman dan panduan dua sumber
agung ini. Hadis-hadis yang dirujuk dalam topik akidah pula hendaklah
menepati syarat hadis-hadis sahih sebagaimana yang ditegaskan oleh para
ahli Hadis.

(e) Akidah Pertengahan
Akidah Islam bercirikan pertengahan iaitu tidak ifrath (melampau) dan
tafrith (mencicirkan). Allah SWT telah mengurniakan keistimewaan umat
pertengahan melalui akidah yang bersifat pertengahan. Firman Allah SWT:




X TOPIK 2 KONSEP AL-DIN DAN AKIDAH


66
;l. >..l-> . !L. ..l , .: _ls _!.l >,
`_.l >,l. ., : !. !.l -> ,1l _.l . !,l. | l-.l
_. _,., _.l _.. l1., _ ls ,,1 s | .l :,,>l | _ls
_ _. > < !. l < _,.`,l >...,| _| < _!.l!,
.',l ',> __
Maksudnya:
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang
lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi
adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada
umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah
(Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami
jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang
siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan
siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan
sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk
diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk
hidayat dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu.
Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada
orang-orang (yang beriman).
(Surah al-Baqarah: 143)






Pada pendapat anda, adakah akidah umat Islam pada zaman moden ini
sekukuh akidah umat Islam ketika zaman Rasulullah SAW? Jika terdapat
perbezaan, jelaskan sebab-sebabnya.
AKTIVITI 2.1
TOPIK 2 KONSEP AL-DIN DAN AKIDAH W

67

x Terdapat dua jenis agama di atas muka bumi iaitu agama samawi dan agama
ciptaan manusia. Kesemua agama ciptaan manusia tidak diterima oleh Allah
dan agama yang diiktiraf oleh Allah hanyalah agama Islam.

x Maksud akidah ialah satu hukum yang pasti, yang mana manusia
menyimpulkan hatinya kepada hukum tersebut tanpa ragu-ragu atau syak
wasangka. Sumber akidah Islam ialah al-Quran dan keistimewaan akidah
Islam ialah jelas, bersesuaian dengan fitrah, tetap, bersumberkan dalil-dalil
yang sahih serta ia adalah akidah pertengahan.

x Umat Islam dituntut memahami pengertian Islam, iman dan ihsan.

x Akidah Islam mempunyai peranan untuk membentuk individu, keluarga
serta masyarakat yang soleh dan menyebarkan kebaikan kepada orang lain.


Agama ciptaan manusia
Agama samawi
Akidah dan peranannya
Al-Din
Fitrah
Ihsan
Iman
Islam

Abdul Karim Zaidan. (1976). Usul al-da`wah. Dar al-Bayan.

Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1998). Pengantar ilmu tauhid.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Abdullah Yasin. (1990). Hakikat dua kalimah syahadat. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (1997). Memasuki gerbang perkahwinan.
Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.



X TOPIK 2 KONSEP AL-DIN DAN AKIDAH


68
Muhammad Abdullah Darraz. (T.Th.). al-Din. Kuwait: Dar al-Qalam.

Soleh Ahmad Redha. (1990). Qutuf min riyadis solehin. Damsyik: Dar al-Qalam.

Yusuf al-Qardhawi. (1980). Al-iman wa al-hayat. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Anda mungkin juga menyukai