Anda di halaman 1dari 31

AKIDAH YANG BATIL

Pengertian batil dan ciri-ciri akidah batil.

Batil bererti sesuatu perbuatan atau ibadat yang tidak diterima Allah dan tidak diperakui sebagai satu perbuatan atau ibadat yang sah di sisi hukum syara.

Pengertian Batil Dan Ciri-ciri Akidah Batil.

Akidah yang batil bererti sesuatu iktiqad atau kepercayaan yang bercanggah dengan nas-nas syariah dari alQuran dan al-sunnah

Pengertian Batil Dan Ciri-ciri Akidah Batil.

Akidah yang batil adalah suatu akidah yang terkeluar dari iktiqad ahli sunnah waljamaah seperti iktiqad Mutazilah, Jabariah, Qadariah dan lainlain.

Ciri-Ciri Akidah yang batil


1.Syirik dan kufur kepada Allah Orang-orang yang syirik dan kufur kepada Allah, akidah mereka adalah batil kerana mereka tidak mempercayai keesaan Allah (menyekutukan Allah), mereka adalah Orang yang sesat

Ciri-Ciri Akidah yang batil

Firman Allah dalam surah al-Nisa:116 Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa jua, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya

Ciri-Ciri Akidah yang batil


Orang-orang yang kufur adalah orangorang yang mengingkari kewujudan Allah, malaikat-malaikatNya, kitabkitabNya, rasul-rasulNya dan hari Akhirat. Mereka adalah orang-orang yang sesat.

Ciri-Ciri Akidah yang batil


Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa :136 Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya rasulrasulNya juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya

Ciri-Ciri Akidah yang batil


2.Tidak berdasarkan nas Akidah yang tidak berdasarkan nas-nas syarak (quran dan sunnah) adalah akidah yang batil kerana keimanan mereka mengenai ketuhanan dan kerasulan tidak berdasarkan wahyu Ilahi.

Ciri-Ciri Akidah yang batil


3. Mengikut Logik Akal Semata-mata Dalam ilmu akidah (Aqaid Al-Iman) atau ilmu tauhid : mengenal & membuktikan kewujudan Allah dan keesaanNya boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu mengenal nama-nama Allah, sifat-sifatNya dan zat-Nya berdasarkan dalil-dalil naqli ( Quran dan Hadis)

Ciri-Ciri Akidah yang batil

Boleh juga dilakukan dengan menggunakan akal fikiran iaitu dengan memikirkan kejadian alam sekeliling dan kejadian langit dan bumi serta makhluk yang ada di antara keduanya.

Ciri-Ciri Akidah yang batil


Firman Allah dalam surah Yunus:101 yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) : Perhatikanlah dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya

Ciri-Ciri Akidah yang batil


Firman Allah ini tidaklah bermakna menyuruh umat manusia menggunakan akal fikiran mereka secara melulu mengikut logik akal semata-semata, tetapi hendaklah menggunakan akal yang tidak bercanggah selaras dengan akidah yang sahih berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Ciri-Ciri Akidah yang batil


4.Kepercyaan Yang Sentiasa Berubah Mereka yang sentiasa berubah kepercayaannya dalam akidah mengenai kewujudan dan keesaan Allah bermakna iktikad mereka tidak jazam (tidak pasti dan tidak tetap), keperc yaan mereka terhadap Allah dalam keadaan syak, zan atau wahm.

Ciri-Ciri Akidah yang batil


Iktikad kepercayaan seseorang yang tidak jazam ialah kerana mereka mengenal Allah bukan dengan dalil malah hanya mengikut dan menerima perkataan orang lain tanpa mengetahui dalil dan keterangan. Mereka dinamakan orang yang bertaqlid yang dipertikaikan kesahihan imannya.

Ciri-Ciri Akidah yang batil

Perkara-perkara yang merosakkan AKIDAH


Hj Muhammad Nor Hj Ibrahim, Hj Ismail, Yusuf dan Syeikh Abdullah Basmi (1980) dalam Mustika Hadis Rasulullah (saw) dalam bab Wajib Menjaga dan Memelihara Jangan Rosaknya Iman dan Islam ada

membahaskan seperti berikut:


Perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam

itu terbahagi kepada 3 bahagian.

Perkara-perkara yang merosakkan AKIDAH


Hj Muhammad Nor Hj Ibrahim, Hj Ismail, Yusuf dan Syeikh Abdullah Basmi (1980) dalam Mustika Hadis Rasulullah (saw) dalam bab Wajib Menjaga dan Memelihara Jangan Rosaknya Iman dan Islam ada

membahaskan seperti berikut:


Perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam

itu terbahagi kepada 3 bahagian.

i. Iktikad
Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar-dasar Islam. Seperti iktikad agama kafir lebih baik dari agama Islam.

ii.

Perkataan

Tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ngejek dan

mempermainkan nama Allah, Malaikat, Kitab-kitab, ayat-ayat, dan hukum-hukum serta hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya.

iii. Perbuatan
Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan mengagungkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk

membesar dan mengagungkan Allah (swt) Sebagai contoh sujud kepada makhluk walaupun tidak dengan niat untuk menghormatinya seperti Tuhan atau tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga had sekurang-kurangnya rukuk sembahyang.

Perkara-perkara yang membatalkan AKIDAH


Syeikh Al-Islam Muhammad b. Wahab (1993) telah menyatakan perkara yang membatalkan akidah:

Melakukan syirik dalam beribadat kepada Allah (swt) ii. Menjadikan perantaraan di antara Allah (swt) dengan sesuatu yang lain dalam berdoa, meminta syafaat dan bertawakal. iii. Tidak mengkafirkan orang musyrik atau raguragu terhadap kekafiran mereka.
i.

Samb
iv. Mempercayai bahawa terdapat petunjuk lain yang

lebih sempurna selain petunjuk nabi. v. Membenci sesuatu daripada amalan Rasulullah. vi. Mempersenda-sendaan sesuatu daripada cara hidup Rasulullah (saw) atau segala berita mengenai pahala dan seksaan yang disampaikan oleh baginda. vii. Melakukan sihir. viii. Membantu orang kafir dan menolong mereka menentang kaum muslimin. ix. Beritikad bahawa sebagai manusia, mereka diberi kelonggaran untuk keluar dari syariat Nabi Muhammad (saw).

Hj Said Hj Ibrahim telah mengemukakan selajutnya bahawa iktikad kepercayaan yang menyebabkan seseorang Islam itu manjadi murtad secara ijmak adalah tertakluk kepada 4 perkara:

1) Mengingkari Rububiyyah (Pentadbiran Allah) 2) Mengingkari nama-nama Allah (swt) dan sifat-

sifatNya. 3) Mengingkari Uluhiyyah (Ketuhanan) 4) Mengingkari Risalah (Kerasulan)

Langkah-langkah untuk kembali kepada iman setelah rosaknya AKIDAH


Antara langkah-langkah yang telah digariskan oleh Al-

Quran dalam Surah Al Baqarah ayat 159-160 & Surah An Nisa ayat 146 ialah: 1. Bertaubat - Bertaubat dengan sebenar-benar taubat. - Menyedari kesalahan, menginsafi ketelanjurannya, berazam untuk tidak mengulanginya dan menanam perasaan benci untuk kembali menjadi kafir semula.

Samb
2. Mengadakan islah atau pembaikan - Mengadakan perubahan dan meninggalkan perkara yang

menyebabkan rosaknya akidah.

3. Menerangkan kebenaran - Wajibnya menyatakan, menerangkan atau

mengisytiharkan taubatnya kepada kaum muslim.

4. Berpegang teguh kepada agama Allah(swt) - Melaksanakan dan meninggalkan segala yang dilarang

oleh Nya. 5. Mengikhlaskan diri kerana Allah (swt)

Setelah orang tersebut memenuhi kelima-lima langkah tersebut, barulah dia tergolong semula ke dalam kalangan orang yang beriman.

Firman Allah (swt): Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman
(Surah an Nisa: 146)

Langkah-langkah Pencegahan Daripada Berlakunya Rosak AKIDAH


1. Mengikhlaskan ubudiyyah kepada Allad (swt) Ini akan tercapai dengan 3 perkara :

- jangan menjadikan yang lain sebagai Tuhan - Jangan mengambil selain Allah (swt) sebagai penolong (wali) dan mencintanya seperti mencintai Allah (swt). - Jangan mencintai hakikat selain Allah (swt.)
2. Mengkufurkan segala taghut Membersihkan ubudiyyah kepada Allah (swt) serta memberi

hak keuluhiyyahan (ketuhanan) kepadaNya. Ketaatan kepada Allah (swt) sepenuh hati.

Samb
3. Memelihara diri daripada syirik dan menjauhkannya

Semua bentuk syirik termasuklah syirik kecil atau besar, terang atau tidak.

4. Menuntut ilmu -

Bekalan perjalanan hidup dan berniat mencari keredhaan Allah (swt) semata-mata.

5. Mentaati perintah Allah (swt)


-

Menuntut dan patuh kepada peraturan-peraturan dan ketentuan-ketentuan yang ditetapkan Allah (swt)

Samb
6. Menjauhi maksiat

Memandang berat terhadap dosa-dosa besar Berwaspada terhadap dosa-dosa kecil Dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhinya.

Kesimpulan
Sesungguhnya telah jelas dan menjadi nyata keyakinan kepada umat bahawa iman dan Islam sahajalah yang dapat menjamin akidah

mereka. Oleh itu ia mesti dipertahankan supaya dapat menjamin keselamatan akidah. Akidah sahih yang dipandukan oleh Al-Quran dan Hadis Rasulullah (saw) menjadi panduan, ikutan dan kayakinan kita.

Anda mungkin juga menyukai