Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU AQIDAH

Aqidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan illah
serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan
adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan takdir Allah
sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Oleh itu,
akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang
dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.
Antara kepentingan mempelajari ilmu aqidah ialah supaya terhindar daripada ajaranajaran sesat yang akan merosakkan aqidah seseorang terhadap Allah SWT. Aqidah bukan
sahaja hanya menjadi satu kepentingan dalam agama Islam, tetapi juga merupakan suatu
perkara yang terpenting dalam hidup dan kehidupan manusia dalam kehidupan seorang
muslim di muka bumi ini. Golongan yang hidup di dunia ini tanpa aqidah diibaratkan
jahil dalam aqidah dan adalah seperti orang buta yang tidak mengenali keadaan dan
bentuk diri mereka sendiri.
Selain itu juga, kepentingan mempelajarinya dapat memantapkan aqidah seseorang
supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan
aqidah. Agama Islam adalah agama yang menyelamatkan manusia dari penyembahan
berhala kepada penyembahan Tuhan yang Esa.
Di samping itu, aqidah menjadikan teguhnya keimanan dan keyakinan kepada sifatsifat kesempurnaanNya. Seseorang manusia yang hidup di alam dunia ini tanpa memiliki
semangat keimanan yang tertanam di dalam hatinya adalah tergolong dalam golongan
yang terpedaya dengan kesenangan kehidupan di dunia. Apabila tiadanya semangat
keimanan yang teguh di dalam hati, golongan ini akan merasa takut untuk menegakkan
agama Allah SWT ataupun berjihad di muka bumi ini.
Tambahan lagi, dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah
daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang. Keyakinan manusia
beragama tidak akan menjadi kukuh tanpa berasaskan keimanan dan keislaman yang
dipandukan oleh aqidah. Setiap orang yang beriman menjadi fardhu ain mempelajari ilmu
aqidah agar tidak diselewangkan oleh orang-orang yang tidak bertangungjawab.
Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa
orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan
amalan baik ia akan dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan
dimasukan ke dalam neraka.

Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di
akhirat ialah hisab dan timbangan amalan. Islam adalah agama yang sesuai denan fitrah
manusia yang mengimbangkan jasmani dan rohani dunia dan akhirat. Hubungan manusia
dengan Allah adalah diikat oleh aqidah melalui kalimah tauhid yang mengaku tiada tuhan
yang disembah melainkan Allah.
Ilmu Aqidah membahaskan masalah-masalah yang berkaitan dengan keimanan secara
khusus. Aqidah mempunyai peranan penting untuk menetapkan keimanan di dalam hati
seseorang serta meyakinkan wujud Allah. Aqidah membentuk diri manusia di dunia dan
di akhirat kerana tertakluk di bawah aqidah itu Iman dan Islam.

RUJUKAN
1)

http://www.islamgrid.gov.my/articles/akidah/akidah.php
2) http://www.e-fatwa.gov.my/blog/kepentingan-mempelajari-ilmu-aqidah
3) https://www.facebook.com/EddyWan.IamMuslim/posts/322957027847309
4) http://padajalanallah.blogspot.com/2011/09/assignment-citu-peranan-akidahdalam.html

Anda mungkin juga menyukai