Anda di halaman 1dari 2

ADAB TERHADAP IBU BAPA

Penulis : Ustazah Nura Binti Hassan

Ibu bapa adalah insan yang mendidik dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang.
Sebagai anak , kita mesti menjaga adab terhadap ibu bapa kita kerana jasa serta pergobanan
mereka tidak ternilai harganya.

Dalam surah Al-Isra’ ayat 23 dan 24 yang bermaksud


“Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-
Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya
atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu
menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya.
Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap
keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah
mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” . 

Terdapat pelbagai adab terhadap ibu bapa yang harus kita amalkan. Antaranya ialah ;

1.   Bertutur Dengan Sopan Santun

Ibubapa adalah manusia yang membesarkan kita dan lebih tua daripada kita. Sebagai
anak, kita harus mempamerkan akhlak yang baik di hadapan mereka. Pertuturan antara
anak dan ibubapa adalah penting bagi mencerminkan peribadi seseorang anak. Apabila
berhadapan, kita harus bertutur dengan nada yang rendah dan bersopan santun. Elak
daripada menggunakan bercakap dalam nada yang tinggi kerana ia adalah sikap yang
biadap.

2.   Mendoakan Kesejahteraan Ibu Bapa

Jasa ibu bapa kepada kita adalah ibarat antara daratan dan puncak sesebuah
gunung. Jasa mereka tiada tandingan dan tidak mampu untuk dibalas meskipun kita telah
menaburkan wang ringgit yang banyak kepada mereka.

Salah satu cara untuk kita membalas jasa dan menjaga adab terhadap ibubapa
adalah dengan sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Selalulah berdoa atau meminta
pertolongan daripada Allah untuk mengampunkan dosa-dosa mereka dan memohon agar
kesihatan serta  keselamatan keduanya berkekalan hinggga ke akhir hayat.

3.   Taat Setiap Suruhan Ibu Bapa

Sebagai anak, kita bertanggungjawab  untuk menuruti segala suruhan ibu bapa.
Mungkin apa yang diperintahkan oleh mereka, kadangkala sukar untuk dilaksanakan atau
tidak kena pada masanya. Contohnya pada ketika itu kita benar-benar keletihan.

Sebaiknya, turuti sahaja  permintaan atau  suruhan tersebut kerana ia merupakan


salah satu ruang untuk kita membalas jasa mereka. Jika anda tidak mampu melakukannya,
tolaklah secara baik dan jelaskan kepada mereka dengan nada yang rendah serta sopan
tanpa melukai hatinya.

4.   Segera Sahut Panggilan Ibubapa

Antara adab terhadap ibubapa yang amat ditekankan oleh Islam adalah segera
menyahut panggilan mereka. Memang panggilan ibubapa wajib disahut, apatah lagi jika
panggilan tersebut lebih penting daripada perbuatan yang sedang kita lakukan.

Sekiranya kita ada urusan lain seperti di dalam tandas dan sebagainya, selepas
segalanya selesai pergilah berjumpa dengan ibubapa yang memanggil itu untuk meminta
maaf kerana tidak boleh datang atau tidak menyahut panggilannya.

5.   Tunaikan Apa yang Dihajati

Semasa kita masih kecil, ibubapa sering menunaikan permintaan kita untuk membeli
barang permainan mahupun komik yang kita suka. Apabila sudah meningkat remaja, mereka
juga melaburkan banyak duit untuk keperluan dan pendidik kita.

Semasa kita melanjutkan pelajaran mereka jugalah yang  memberikan wang


pengajian dan keperluan kita. Kadangkala mereka terpaksa melupakan keinginan untuk
membeli atau melaburkan duit bagi sesuatu yang mereka mahukan.

6.   Mengingati IbuBapa Yang Sudah Meninggal Dunia

Ada banyak cara untuk anda berbakti kepada ibu bapa sekalipun mereka telah tiada
di dunia ini.  Kita boleh memberikan kebaikan berupa pahala kepada ibubapa. Doa anak
yang soleh dan solehan akan membantu ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat 
serta di sisi Allah. Berbuat baik kepada orang-orang yang rapat dengan ibu bapa sewaktu
mereka masih hidup juga merupakan satu cara untuk meneruskan adab kita sebagai anak
terhadap ibu bapa kita yang telah meninggal dunia.

Kesimpulannya ialah menjaga adab terhadap ibu bapa adalah tuntutan agama yang
sangat besar . Semua manusia mestilah mengamalkannya sama ada ibu bapa masih hidup
atau pun sudah meninggal dunia.

Anda mungkin juga menyukai