Anda di halaman 1dari 7

Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah Pula Yang Untung?

Siapakah orang yang sibuk?


Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?


Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang kaya?


Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?


Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?


Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?


Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?


Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-
amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?


Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?


Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad Fisabilillah

Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun,
siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang
menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila
seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu
jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu
dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya
sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." a33; (Surah Al-Isra' ayat 23)

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang
bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab:
Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka
kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya
berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." a33; (Hadis riwayat
Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak
merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang
kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan
akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun
ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada
wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela
menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung
beban hidup bersama orang tua.

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa,
tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri
daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia
membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan
puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian
hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.
Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud
beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh
Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi?
Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi?
Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." a33; (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan
berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat
kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan
di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke


rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia
merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa
seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata
mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai
Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu
kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai
tujuan.

"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.

"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya
bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." a33; (Ditakhrij oleh Ibnu
Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182.
Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti
memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah,
tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan
bermaksiat kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa.
Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik.
Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang
ringgit serta barangan berharga.

Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri
sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak
sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta
ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang
jenis mata wang pun di dunia ini.

Salah satu faktor penting yang menyebabkan ilmu susah lekat di hati kita ialah tiada
keberkatan dalam ilmu.

1) Niat belajar kerana Allah s.w.t. Betulkan semula niat belajar untuk menjadi yang terbaik.

2) Sentiasa doakan ibubapa, guru-guru, rakan-rakan dan diri sendiri.

3) Berjumpa kembali guru-guru yang telah mengajar kita dan ucapkan terima kasih kerana
mengajar, minta maaf dari mereka dan maafkan mereka, minta mereka halalkan ilmu yang
telah diajar.

4) Jaga ibadah setiap masa sama ada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan
manusia.

5) Bersih dan cuci hati untuk terangkan hati dengan melakukan amalan-amalan mulia
seperti solat sunat, solat taubat setiap hari, membaca al-Quran setiap hari, istighfar
sekurang-kurangnya 100 kali sehari, maafkan semua orang, kekalkan wuduk semasa belajar,
jaga kesihatan serta makan dan minum dan doa ilmu lekat dalam hati sehingga mati dan
berdoalah dengan doa mula belajar dan selepas belajar.

6) Tawakkal kepada Allah s.w.t untuk berusaha dan selepas berusaha, bertawakkallah.

Ilmu Yang Berkat


Ilmu ibarat cahaya yang menerangi kegelapan. Tanpa ilmu kita akan menjadi buta. Apakah maksud
ilmu yang berkat?

Pertama, kita perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan ilmu. Ilmu adalah pengetahuan
yang dituntut ke atas setiap makhluk yang bergelar manusia untuk mencari dan memilikinya. Ia
ibarat satu kemuliaan seandainya ada pada manusia. Manakala berkat bermaksud kebaikan yang
berterusan atau bermanfaat atau ilmu itu berguna untuk semua orang sepanjang zaman. Dalam
islam, kita amat menitikberatkan dengan ilmu . KENAPA ??? Kerana kita dituntut untuk menuntut
ilmu serta sebarkannya. Nabi Muhammad S.A.W sendiri ada menyuruh kita untuk menyuruh kita
untuk menyampaikan ilmu walaupun hanya sepotong ayat.

AYAT PERTAMA YANG DITURUNKAN DARI AL-QUR’AN JUGA MEMPUNYAI MAKSUD YANG
MENDALAM : “ IQRA” ….. YANG BERMAKSUD ‘ BACALAH’ . Ilmu itu indah.. Sabda Nabi Muhammad
S.A.W pernah bersabda

Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; sadaqah jariah atau ilmu
yang bermanfaat, atau anak yang soleh yang sentiasa berdoa kepadanya” (Riwayat Muslim)

CARA-CARA UNTUK MENDAPATKAN ILMU YANG


BERKAT
Assalamualaikum semua.. hari ini ingin dikongsikan sedikit bersama anda
semua tentang keberkatan ilmu. sebagai mana yang kita semua tahu, ilmu
adalah sangat penting untuk kita menempuh cabaran dan liku-liku dalam
kehidupan. Antara cara - cara untuk mendapatkan ilmu yang berkat samada
ilmu dunia mahupun akhirat adalah seperti berikut:

1. IKHLAS
Kita hendaklah ikhlas menuntut ilmu hanya kerana Allah s.w.t. Janganlah
kita menuntut ilmu hanya kerana duniawi sahaja. Contohnya, kita menuntut
ilmu hanya kerana ingin menjaga nama baik, status, keturunan dan ingin
menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan sebagainya. Dengan niat seperti itu,
kita tidak akan mendapat kejayaan yang hakiki disisi Allah s.w.t.

2. MINAT

Dalam dunia ini kebanyakan kita lakukan sesuatu dengan minat. Samalah
seperti semasa menuntut ilmu. Dengan adanya minat untuk menuntut ilmu,
peluang untuk mencapai kejayaan adalah sangat tinggi. Jika dilakukan dengan
terpaksa, ilmu itu akan menjadi sia-sia. Oleh itu, terapkanlah minat dalam diri
anda semua untuk mendapatkan ilmu yang berkat.

3. BERSABAR

Kesabaran dalam menuntut ilmu amatlah digalakkan kerana perkara yang


baik bukan mudah untuk didapati. Menuntut ilmu bukan seperti membeli
barang di kedai. Bayar sekali sudah dapat barangnya. ilmu bukan seperti itu,
sekali menuntut ilmu, sudah dapat kesemua ilmu. Ilmu mempunyai banyak
peringkat. semakin tinggi nilai kesabaran ketika menuntut ilmu, semakin
tinggi pahala sedang menanti.

4. HORMAT ORANG YANG MEMBERI TUNJUK AJAR

Ini adalah yang penting antara yang terpenting. Sebagaimana yang telah kita
pelajari, kita haruslah menghormati guru, pensyarah dan ibu bapa. Jika kita
tidak menghormati orang seperti mereka, sudah tentulah ilmu yang kita
dapati daripada mereka tidak berkat disisi Allah s.w.t.

Menghormati orang yang memberi tunjuk ajar adalah perkara yang mudah.
Sesungguhnya orang seperti mereka adalah orang yang mulia disisi Allah
s.w.t.

Oleh itu, untuk mendapatkan keberkatan ilmu yang dituntut, anda semua
digalakkan mengikut tips-tips yang diatas. Semoga kesemua ilmu yang kita
pelajari diberkati Allah s.w.t dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai