Anda di halaman 1dari 5

A.

Soalan Sticky Note

1. Solat adalah Rukun ____________ yang kedua.

A. Islam

B. Iman

2. Hukum menunaikan Solat Fardhu adalah ___________ ke atas setiap umat Islam.

A. Harus

B. Wajib

3. Rukun Solat terbahagi kepada __________ bahagian.

A. Dua

B. Tiga

4. Perbuatan-perbuatan di dalam solat dikenali sebagai Rukun ________.

A. Qauli

B. Fe'li

5. Takbiratul Ihram merupakan Rukun Solat yang ___________

A. Pertama

B. Kedua

6. Solat _________ jika kita tidak membaca doa iftitah.

A. Tidak sah

B. Sah
7. Membaca Surah Al-Fatihah merupakan salah satu daripada Rukun Solat.

A. Benar

B. Salah

8. Rukun Qauli adalah salah satu daripada bahagian Rukun Solat.

A. Benar

B. Salah

9) Perkara-perkara yang membatalkan wuduk ada berapa perkara?

a) 6

b) 3

c) 4

d) 5

10) Apa hukumnya jika tidak membaca doa selepas wuduk?

a) Tidak sah wuduknya

b) Sah wuduknya

c) Berdosa

d) Mengulang wuduk

11) Berikan dua perkara yang diwajibkan berwuduk

a) Solat dan menyentuh Al-Quran

b) Solat dan ketika masuk masjid

c) Ketika hendak tidur dan mandi

d) Ketika hendak menyucikan diri daripada najis dan membaca Al-Quran


12) Di bawah ini adalah antara hikmah berwuduk KECUALI

a) Menjaga kebersihan diri

b) Mendekatkan diri kepada Allah

c) Menjauhkan diri kita daripada terkena najis

d) Menghindarkan diri daripada gangguan syaitan

13) Apakah hukum membaca doa qunut di dalam solat subuh

a) wajib

b) sunat (muakkad)

c) harus

d) makruh

B. Soalan batal/ tak batal dan sah/ tak sah

1. Seorang bapa yang sedang solat di masjid, meletakkan jarinya ke bibir dengan niat untuk
menyuruh anak kecilnya diam. (batal)

2. Seorang muslim sedang solat didalam surau menghadap qiblat, tetapi apabila dia bangun
dari sujud dan berpaling sedikit dari arah qiblat. (batal)

3. Seorang wanita menangis tanpa mengeluarkan suara ketika solat. (sah)

4. Seorang wanita memasang niat untuk membatalkan solatnya sekiranya hujan turun bagi
mengangkat kain jemuran. (batal)

5. Aidil terkentut. (batal)

6. Aisyah memegang tangan bapanya ( tak batal )

7. Nabil tersentuh tangan sepupu perempuannya. ( batal )

8. Amira termakan dan terminum. ( batal )

9) Nenek pengsan selepas berwuduk. ( batal )


C. Soalan amali

1) Tunjukkan cara berdiri untuk lelaki dan perempuan di dalam solat


2) Membaca bacaan duduk di antara dua sujud
3) beza azan subuh dan azan solat fardhu yang lain

Soalan Pen dalam Botol

1) Apa hukumnya jika seseorang itu mengambil wuduk kerana hendak melakukan
sembahyang dan menyentuh Al-Quran ?

a) Sunat

b) Makruh

c) Wajib

d) Harus

2) berapakah jumlah rakaat solat dalam sehari?

A) 15

b) 16

c) 20

d) 17

3) Syarat-syarat wuduk ada berapa perkara?

a) 5

b) 6

c) 7

d) 8

4) Berkumur-kumur adalah perkara-perkara ____ dilakukan ketika berwuduk.

a) Harus

b) Haram

c) Wajib

d) Sunat

Anda mungkin juga menyukai