Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGGOL SAMAN

16450 Ketereh, Kota Bharu, Kelantan


Tel : 09-7531972 / Fax : 09-7531973
Email : skbs.kb.kel@gmail.com

MINIT MESYUARAT PERSATUAN AGAMA ISLAM KALI 1/2017

Tarikh : 18 Januari 2017


Masa : 7.45 Pagi
Tempat : Musalla SKBS

HADIR :

1. En. Ab. Rashid bin Mamat


2. Pn. Mahizan bt Muhammad
3. Pn. Siti Zalina Binti Mohamad Nor
4. Ahli kelab Agama Islam

1. KATA-KATA ALUAN DARI GURU PENASIHAT

Pn. Mahizan bt Muhammad selaku Guru Penasihat Persatuan Agama Islam


Sekolah Kebangsaan Banggol Saman mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli
Persatuan (murid-murid) yang sudi hadir pada hari ini. Perjumpaan ini diadakan
adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai Perlantikan AJK Kelab Agama
Islam sesi 2017 dan perancangan Persatuan dan lain-lain hal yang berkaitan
dengan persatuan ini.

2. PERLANTIKAN AJK PERSATUAN AGAMA ISLAM SESI 2017

Setelah perbincangan yang dipengerusikan oleh Pn. Mahizan Bt Muhammad


dengan mengunakan sistem penamaan calon dan pengiraan dengan mengangkat
tangan, ahli-ahli sebulat suara bersetuju Pelantikan AJK Persatuan Agama Islam
Sekolah Kebangsaan Banggol Saman adalah seperti berikut :

Penaung :En. Zakaria Bin Mustafaha (Guru Besar )


Penasihat :1. En. Ab. Rashid bin Mamat (Guru Pendidikan Islam)
2. Pn. Mahizan Bt Muhammad (Guru Pendidikan Islam )
3. Pn. Siti Zalina Binti Mohamad Nor (Guru Pendidikan Islam)
Pengerusi : Muhammad Aniq Najmi B. Mohd Rohim (Tahun 6B)
Naib Pengerusi : Siti Nur Munirah Bt Mohd Nor (Tahun 6B)
Setiausaha : Siti Nur Zulaikha bt Mazelan (Tahun 6G)
Bendahari : Amsyar Fahmi Bin Azhar (Tahun 6B)

AJK : 1. Arash Bin Arkeh (Tahun 6G)


2. Puteri Noor Hadia Bt Mohd Fazli (Tahun 4B)
3. Farhana Bt Nanin (Tahun 5B)
Mesyuarat meminta pendapat ahli-ahli yang lain sekiranya terdapat bantahan atau
cadangan diminta mengemukakanya sebelum mesyuarat ditangguhkan namun
tiada sebarang bantahan dan bangkangan diterima.

3. AKTIVITI KELAB AGAMA ISLAM

Antara aktiviti yang dibincangkan adalah seperti berikut:

BULAN AKTIVITI SASARAN


Januari -Mac Menganjurkan pertandingan dalam mencari Semua Murid
bakat MTQ peringkat Sekolah.
April Penerapan Adab-adab dan nilai-nilai murni Semua Murid
dalam kehidupan seharian.
Mei-Jun IHYA’ RAMADHAN Semua Murid
1. Tadarus Quran
2. Hafazan Surah-surah pilihan
Julai-Ogos Hafazan Surah-surah pilihan Semua Murid
September Mengimarahkan musalla
1. Gotong royong musalla Semua murid
2. Keceriaan musalla
Oktober- Persediaan melangkah zaman remaja Murid tahun 5&6
November

4. HAL-HAL LAIN

Diakhir perbincangan, Muhd Aniq Najmi pelajar tahun 6 telah bertanya mengenai
peranan setiap jawatan. Guru penasihat telah menyatakan perkara itu.

5. PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak dan Pn.
Mahizan Bt Muhammad selaku Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih
kepada semua yang sudi hadir pada perbincangan pada hari ini. Mesyuarat
ditunda pada jam 8.45 Pagi.

Di sediakan oleh : Disahkan oleh:


…………………........... ................................
Mahizan Bt Muhammad Hasnizam b. Hassan
Guru Penasihat Penolong Kanan Kokurikulum
Persatuan Agama Islam Sekolah Kebangsaan Banggol Saman
Sekolah Kebangsaan Banggol Saman

Anda mungkin juga menyukai