Anda di halaman 1dari 20

1.

Demi waktu Dhuha

- Ayat pertama ini Allah SWT bersumpah dengan waktu Dhuha.

1. Apakah keistimewaan waktu Dhuha?

Ketika waktu Dhuha kita disunatkan untuk Solat Sunat Dhuha.

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala nikmat &
rezeki yang diberikan-Nya. Rasa syukur menambahkan lagi rezeki dunia & akhirat.

 7 : ‫لــــ ِدي ٌد [ إبراــهيم‬ ْ ‫يد ّ َنـك ُْم َ ـَوـل ِئن َ َفـ‬


َ ‫كــر ُتْـمـ ِإ ّ َن‬
‫ع َذ ِابـي َ َش‬ ‫[ َ ِئلـــن َش ـك َْر ُتـ ْم َ ِز‬
َ ‫ألــ‬

“Jika kamu bersyukur maka pasti Aku akan tambahkan (rezeki) kepadamu, jika kamu kufur (tidak bersyukur)
sesungguhnya azab-Ku amat keras” (Ibrahim: 7)

- Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.
2. dan malam apabila telah sunyi sepi

1. Apakah keistimewaan waktu malam yang sunyi sepi?


 Ketika malam yang sunyi sepi inilah waktu yang sangat mustajab doa yang mana kita disunatkan
untuk Solat Sunat Tahajjud.
 Secara ringkasnya, dalam ayat 1 dan 2, Allah SWT bersumpah dengan 2 waktu dalam surah ini: Dhuha
dan malam yang sunyi sepi. Mari kita bertanya kepada diri sendiri..Adakah kita menggunakan 2 waktu
ini dengan sebaiknya?
 Ya, marilah kita menunaikan Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Tahajjud. Paling kurang jika tidak larat
untuk menunaikannya, mohonlah keampunan-Nya.. Ini kerana, para Ulama’ pernah berkata: “Rezeki
daripada Allah itu banyak bentuk, antara rezeki yang paling utama ialah rezeki & nikmat untuk
menunaikan ibadat.
3. dan Tuhanmu tidak sekali-kali meninggalkan kamu
dan tidak pula membenci kamu

 - Jika kita sudah melakukan banyak amalan-amalan sunat. Kita sentiasa solat sunat
Dhuha, solat sunat Tahajjud. Kita sudah berdoa dengan doa yang bersungguh-
sungguh. Kita belajar. Kita bersungguh-sungguh untuk cemerlang. Tiba-tiba berlaku
sesuatu yang diluar jangkaan kita manusia biasa..

- Hati kita terdetik: “Adakah Tuhan telah meninggalkan kita?”.. “Adakah Tuhan
membenci kita?” Tidak! Sekali-kali tidak.. ayat ke-3 ini menerangkannya..

- Ayat ini menjadikan kita tenang, terharu dan bersyukur.. Alhamdulillah! Tuhan yang
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana tidak pernah meninggalkan kita, tidak pernah
membenci kita, hamba-hamba-Nya yang beriman.
4. dan sesungguhnya (kehidupan) Akhirat itu lebih baik untuk
kamu daripada (kehidupan) dunia,

 - Ya.. berusahalah untuk kehidupan yang bahagia di akhirat.. Kerana akhirat itu jauh lebih baik, jauh
lebih kekal.. Kehidupan akhirat abadi buat selama-lamanya..

- Ujian di dunia hanya sementara. Bagaimana kita menghadapi ujian hidup di dunia akan menentukan
kebahagiaan hidup kita di akhirat sana..
5. dan Tuhanmu pasti akan memberikan kamu (kebahagiaan
dunia & akhirat) lalu kamu merasa redha,

 Bagaimana untuk bahagia?



- Bahagia itu di hati. Bila hati rasa redha dengan segala pemberian Allah SWT -pahit
atau manis, baik atau buruk pada pandangan kita- ketahuilah, segala apa yang
berlaku, telah berlaku dan akan berlaku menjadikan kita orang yang bahagia. Ini
kerana kita yakin bahawa segalanya daripada Dia.

- Rancang & niatkan untuk melakukan amalan yang baik. Walaupun mengkin kita tidak
dapat melakukannya nanti, sekurang-kurangnya kita sudahpun mendapat pahala
kerana merancang dan berniat untuk melakukan kebaikan.
6.Bukankah Dia mendapatimu seorang yatim lalu Dia
memberikan perlindungan kepadamu,

 Ya, ayat & surah ini ditujukan kepada Nabi Muhammad r untuk menghiburkan dan
menenangkan hati baginda.

- Dalam masa yang sama ayat ini juga untuk menenangkan orang-orang yang beriman.

- Kita mungkin pernah sunyi, tiada sesiapa.. Lalu Allah SWT hadirkan seseorang atau
sahabat handai untuk kita..
7. dan Dia mendapatimu sesat lalu Dia memberikan
hidayah/petunjuk

 - Ya, dulu mungkin kita jahil tentang agama.. Lalu dia berikan kita
hidayah.. Kita di sini, di dalam masjid untuk menuntut ilmu agama
dan kembali kepada-Nya..
8. dan Dia mendapatimu susah lalu Dia memberikanmu
kecukupan,

 - Ya, dulu mungkin kita seorang yang susah. Sekarang kita mempunyai keperluan
yang cukup. Cukup makan, cukup pakai..

 Lalu, bagaimanakah cara untuk membuktikan kesyukuran kita?


9. Maka, adapun anak yatim janganlah kamu bersikap kasar
(dengannya),

 Bagaimanakah cara untuk membuktikan kesyukuran kita?



- Ya, bila bertemu anak yatim jangan kasari mereka walau bagaimanapun sikap
mereka.   

- Mungkin anak yatim itu tiada adab. Dia tiada bapa yang hendak mendisiplinkan
dirinya.

- Sebagai orang yang lebih tua, nasihatilah dengan lemah lembut..
10. dan adapun orang yang meminta-minta janganlah kamu
mengherdik-herdik,

 - Ya, bila ada yang meminta-minta kepada kita usah mengherdik dan
menengkingnya.

- Jika tidak mahu memberi apa yang diminta, sekurang-kurangnya sedekahkan
senyuman kita buatnya.
11. dan adapun dengan nikmat Tuhanmu maka sebut-
sebutkanlah (sebagai tanda bersyukur).

 - Ya, kiralah nikmat Tuhan dan bersyukurlah.



- Kadang-kadang, kita lebih suka menyebut-nyebut kesusahan-kesusahan yang kita
alami. Kita mengeluh. Syaitan pula membisikkan lebih banyak lagi sehingga kita
merasakan diri kitalah orang yang paling malang di dunia. Kita lupa nikmat-Nya.

- Ya, sikap seperti ini perlu diubah kepada menyebut-nyebut nikmat Tuhan. Inilah
antara cara untuk hati kita sentiasa redah dan sentiasa bahagia.
https://kahoot.it/challenge/01073332?challeng
e-id=9d436578-1181-43de-9d77-d975d2cab50
9_1602811444458
 

Anda mungkin juga menyukai