Anda di halaman 1dari 27

IBADAH TAHUN 5

PELAJARAN 10: AZAN DAN IQAMAT


PELAJARAN 11: SOLAT BERJEMAAH
IN
D
U
L
A
M
H
: JA
E I
L T
O IN
N B
A H
K A
IA IM
D T
E
IS FA
D I
IT
S
SOLAT JAMAAH
 PENGERTIAN
 HUKUM SOLAT BERJEMAAH
 LAFAZ NIAT SOLAT BERJEMAAH
 KEDUDUKAN MAKMUM DALAM SOLAT
BERJEMAAH
 KELAYAKAN MENJADI IMAM
 SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH
 KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH
 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
PENGERTIAN SOLAT JEMAAH

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan


oleh dua orang atau lebih secara bersama
dengan diketuai oleh seorang imam dan
disertai dengan niat berjemaah.
Fardhu Kifayah Ke Atas
Orang Lelaki Di Sesuatu
Tempat Bagi Semua
Solat Fardhu Kecuali
Solat Jumaat.

HUKUM
SOLAT
BERJEMAA
H
Sunat
Fardhu Ain Ke Berjemaah
Atas Setiap Untuk Solat-
Lelaki Bagi solat Sunat
Solat Jumaat. Seperti Solat
Sunat Hari Raya
HUKUM SOLAT BERJEMAAH

FARDHU KIFAYAH solat berjemaah adalah ke


atas orang lelaki di sesuatu tempat bagi semua
solat fardhu kecuali solat Jumaat.

FARDHU AIN pula adalah ke atas setiap lelaki


untuk mengerjakan solat Jumaat.

SUNAT berjemaah pula untuk solat-solat sunat


seperti solat sunat hari raya dan sebagainya.
LAFAZ NIAT SOLAT BERJEMAAH

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu subuh


dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika


sembahyang berjemaah.
Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor
empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika


sembahyang berjemaah
Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu asar
empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika


sembahyang berjemaah.
Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga
rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika


sembahyang berjemaah.
Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak
empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika


sembahyang berjemaah.
SUSUNAN SAF BERJEMAAH

Apabila dalam solat jemaah yang akan


dilakukan itu hanya terdiri daripada seorang
imam dan seorang makmum, maka disunatkan
makmum berdiri di sebelah kanan imam dan
agak terkebelakang sedikit.
Apabila dalam solat berjemaah yang dilakukan itu
terdiri daripada seorang imam dan dua orang
makmum, maka disunatkan makmum berdiri
disebelah kiri imam. Setelah itu hendaklah imam ke
hadapan dan kedua orang makmum merapatkan
semula saf.

Namun sekiranya keadaan tidak mengizinkan


makmum yang kedua bolehlah berdiri di belakang
imam kemudian yang pertama mundur ke belakang
untuk menyamai saf.
Apabila kanak-kanak yang belum baligh
bersembahyang dengan imam sedangkan kanak-
kanak itu seorang diri sahaja, maka samalah ia
seperti orang dewasa.
Apabila dalam solat berjemaah yang dilakukan itu
terdiri daripada seorang imam, seorang makmum
lelaki dan seorang makmum wanita, maka
makmum wanita itu hendaklah berdiri dibelakang
sebelah kiri saf lelaki.
Jika jemaah mengandungi lelaki dewasa dan
kanak-kanak, maka susunan saf adalah seperti
berikut:
Apabila didalam jemaah itu terdapat golongan
khunsa mushkil maka hendaklah mereka berdiri di
belakang saf kanak-kanak lelaki atau dihadapan saf
kanak-kanak perempuan.
 Apabila makmum terdiri daripada semua peringkat
dan golongan, maka kaum lelaki hendaklah berada
di saf yang paling depan, kemudian kanak-kanak
lelaki, kemudian khunsa mushkil, kemudian kanak-
kanak perempuan, kemudian kaum perempuan.
Apabila imam dan makmum terdiri daripada wanita
sahaja maka imam akan berdiri ditengah diantara
jemaah wanita yang lain.
SYARAT-SYARAT MENJADI IMAM

Diutamakan orang yang baik bacaan


Qurannya.

Lelaki kecuali jika semua ahli jemaahnya


adalah wanita.

Mumaiyiz yang lebih baik bacaannya dari


jemaah lelaki dewasa.
SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH

Makmum berniat mengikut Imam.


Megetahui gerak-geri perbuatan Imam.
Imam dan makmum berkumpul pada suatu
tempat.
Kedudukan makmum di belakang sedikit
daripada imam.
Makmum tidak mendahului perbuatan imam.
Makmum lelaki tidak boleh berimamkan
wanita.
KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH

Mendapat pahala 27 kali ganda

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:


"Solat berjemaah melebihi solat bersendirian
dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)." (Hadith
riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar).
Jaminan keselamatan dari neraka dan bebas dari
nifaq.

• Anas bin Malik menceritakan bahawa beliau


mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Seseorang yang selalu bersembahyang dengan
berjemaah selama empat puluh hari tanpa
ketinggalan takbir yang pertama mendapat dua
jaminan: satu, keselamatan dari neraka dan kedua,
bebas dari nifaq”.
Mendapat cahaya yang sempurna di hari hisab.

• Sahal bin Saad menceritakan bahawa beliau


mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Berilah berita gembira kepada mereka yang pergi ke
masjid selalu di waktu malam gelap kerana mereka
akan mendapat cahaya yang sempurna di Hari Hisab
nanti”.
Membuktikan keimanan kepada Allah SWT dan
hari akhirat.

• Perkara ini disebutkan di dalam sepotong ayat


Al-Quran yang berbunyi:
“Hanyalah orang yang memakmurkan masjid-
masjid Allah yang beriman kepada Allah dan Hari
Kemudian”. [Al-Taubah ayat 18)
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

DEMONSTRASI

 Guru menayangkan gambar kedudukan imam


dan makmum
 Guru membimbing pelajar untuk menjadi
model sebagai imam dan makmum
 Guru menggunakan model kartun solat
jemaah
PERBINCANGAN

 Guru membincangkan tentang tatacara solat


berjemaah.
 Guru membahagikan murid kepada
kumpulan-kumpulan kecil untuk mereka
berbincang tentang tajuk yang sedang diajar
oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai