Anda di halaman 1dari 15

LATIHAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

1. Tuliskan 4 keadaan atau perbuatan yang tidak membatalkan puasa walaupun sesuatu telah
sampai ke rongga yang terbuka.
2. Tuliskan 12 perkara yang sunat dilakukan ketika berpuasa.
3. Terdapat 3 hukum iaitu (wajib, Harus,Tidak diwajibkan dan tidak diharuskan) dan kategori
orang yang berbuka puasa pada siang hari bulan Ramadhan. Tuliskan 3 hukum tersebut dan
kumpulan yang terlibat dalam kategori hukum tersebut.
4. Bagaimana untuk menentukan telah masuknya awal bulan Ramadhan?
5. Apakah hukum bersahur ketika azan subang berkumandang? Terangkan.
6. Seorang wanita telah berniat untuk berpuasa sebulan pada awal Ramadhan. Tiba-tiba
haidnya datang pada hari ke 17 ramadhan. Adakah dia perlua berniat semula selepas suci
nanti. Terangkan.
7. Waktu berbuka puasa di Selangor ialah pada pukul 7.25 malam. Ali telah bertolak dari
KLIA ke Jeddah pada jam 5.30 petang. Pada pukul berapakah Ali boleh berbuka puasa?
Terangkan
8. Terangkan hukum dan penerangan mengenai perkara berikut:

a. Ani mengunyah-ngunyah sesuatu ketika berpuasa


b. Anis merasa makanan yang dimasaknya ketika sedang berpuasa
9. Terangkan hukum dan puasa sesesorang jika ketika dia mandi atau berenang, air masuk ke
dalam telinga atau mulutnya.
10. Seseorang telah kedatangan haid selama tujuh hari. Selepas itu dia suci selama lapan hari.
Pada hari yang ke 16, haid dating lagi. Apakah dia perlu berpuasa pada hari ke 16 dan hari-
hari seterusnya?Terangkan.
11. Terangkan hukum bagi situasi berikut:

a. Apakah kedudukan/hukum puasa bagi wanita yang telah kering haid pada waktu
malam bulan Ramadhan tetapi tidak sempat mandi hadas besar sehingga terbit fajar.
b. Jika seseorang dating haid selepas waktu asar, apakah orang itu wajib meneruskan
puasanya sehingga waktu berbuka puasa atau tidak?
12. Terangkan hukum bagi keadaan berikut:

a. Bolehkan mengunakan inhaler bagi seseorang yang berpenyakit asma (Lelah) semasa
berpuasa?
b. Bagaimana kedaan puasa bagi seseorang yang mempunyai sakit gastrik?
13. Ali telah meninggalkan puasa selama lapan hari pada tahun 2017. Bagaimanakah cara
untuk Ali menggantikan puasanya dan berapakah jumlah fidyah yang perlu dibayar?
14. Bagaimanakah keadaan seseorang yang meninggal dunia sebelum sempat mengqadha
puasanya sedangkan ketika hidup dia ada peluang melakukannya tetapi dia melengah-
lengahkannya?
15. Terangkan hukum bagi situasi berikut:

a. Bolehkah fidyah diganti dengan duit?


b. Adakah sah memberi fidyah dengan makanan yang telah dimasak terlebih dahulu?

Anda mungkin juga menyukai