Anda di halaman 1dari 4

ULANGKAJI PENILAIAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5

1.IBADAH - SERUAN AZAN & IQAMAH

Azan & Iqamah


Pengertian azan merupakan lafaz tertentu yang disyariatkan oleh Islam
untuk menyatakan masuknya waktu solat.

Pengertian iqamah merupakan lafaz tertentu yang disyariatkan oleh Islam


untuk memberitahu solat akan didirikan.

Hukum azan dan iqamah : Sunat Muakkad

Tujuan Azan : Menandakan masuk waktu solat fardhu.

Pda zaman Nabi Muhammad S.A.W, sahabat yang melaungkan azan ialah Bilal
bin Rabah

Lain-lain fungsi : Menyambut kelahiran bayi, melihat kebakaran atau ribut


taufan, dalam situasi peperangan, menghadapi gangguan jin dan syaitan,
menghadapi haiwan ganas, ketika mahu memulakan perjalanan yang jauh,
berhadapan dengan orang yang marah dan berakhlak buruk.

Sebelum Semasa Adab Azan Adab Iqamah

Berwudhuk Menghadap qiblat Dilakukan di tempat Dilakukan di tempat


yang tinggi mendirikan solat

Menutup Aurat Berdiri Menyaringkan suara Memperlahankan suara

Suci daripada Melafazkannya dengan Dilafazkan secara tartil Dilafazkan secara


najis tartil (terang, jelas & cepat
betul)

Muadzin Berturut-turut Membaca doa selepas Membaca doa selepas


berakhlak mulia semasa melafazkannya azan azan
Adab - Adab Azan & Iqamah

2. SIRAH : NABI MUHAMMAD S.A.W PEMIMPIN AGUNG


Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W

1. Mengenal dan mempunyai hubungan rapat dengan Allah.


2. Sentiasa mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya
3. Sentiasa melaksanakan ibadah fardu dan istiqamah
4. Mengamalkan akhlak mulia seperti dalam Al-Quran
5. Sabar dan tabah hadapi ujian
6. Sangat menyayangi dan mengasihi umatnya

Nabi Muhammad S.A.W Sebagai Pemimpin Negara di Madinah (Yathrib)

● Menjadikan wahyu sebagai asas pemerintahan


● Adakan syura (mesyuarat)
● Adil dan bijaksana
● Sentiasa bertoleransi
● Bijak mengatur strategi
● Sentiasa mendengar pandangan dan menyelesaikan masalah rakyat
● Mempelbagaikan peranan masjid
Antara peranan masjid ialah:
❖ Pusat Ibadat (Pengukuhan hubungan dengan Allah)
❖ Pusat pembelajaran dan ilmu
❖ Pusat perhimpunan umat Islam
❖ Pusat aktiviti kemasyarakatan
❖ Tanda Syiar kekuatan umat Islam

Iktibar Dari Kepimpinan Nabi S.A.W

● Sentiasa mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya


● Cara hidup Nabi S.A.W ialah model terbaik kehidupan yang diredhai Allah
● Pemimpin perlu mengambil kira pandangan rakyat
● Tegas dan adil dalam menangani sesuatu masalah

3. ADAB : AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Riadah adalah segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk
menyihatkan badan dan fikiran seperti bersenam, bersukan dan bermain.
ADAB-ADAB BERIADAH

1. Berpakaian menutup aurat


2. Pilihlah kasut yang sesuai dan selamat
3. Amalkan semangat kesukanan
4. Elak perbuatan yang kasar dan sentiasa menjaga peraturan
5. Sentiasa menjaga kebersihan
6. Sentiasa mengingati allah
7. Patuhi peraturan

KELEBIHAN MENGAMALKAN ADAB RIADAH

1. Mendapat keredhaan Allah


2. Memelihara maruah diri dan keluarga
3. Mengeratkan hubungan yang baik
4. Memupuk semangat perpaduan
5. Melatih diri bersabar dan berdisplin
6. Mengurangkan risiko kemalangan
7. Memantapkan kecergasan fizikal dan kecergasan mental

AKIBAT MENGABAIKAN ADAB BERIADAH

1. Mendapat memurkaan Allah


2. Mencemarkan maruah diri dan keluarga
3. Menimbulkan pemusuhan dan dendam
4. Melemahkan semangat kesukanan
5. Menimbulkan fitnah dan persepsi yang negatif
6. Berlaku pembaziran harta benda
7. Mewujudkan persekitaran yang tidak selesa.

4. ADAB : KEHIDUPAN HANYA PINJAMAN

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


“Sesiapa yang menziarahi aku selepas kematianku seperti dia menziarahiku
ketika aku masih hidup” (Riwayat Darulqutni)

ADAB MENZIARAHI JENAZAH

1. Memakai pakaian sopan dan menutup aurat


2. Mengucap salam kepada penghuni kubur
3. Duduk dengan tenang dan sopan
4. Membaca Al Quran dan mendoakan si mati

LARANGAN KETIKA MENZIARAHI KUBUR

1. Meratap si mati
2. Duduk atau melangkah kubur
3. Merosakkan dan mengotori perkuburan
4. Melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat diperkuburan

HIKMAH BERADAB KETIKA AKIBAT MENGABAIKAN ADAB


MENZIARAHI JENAZAH DAN KUBUR MENZIARAHI JENAZAH DAN KUBUR

1. Mendapat pahala 1. Tidak mendapat pahala


2. Dikasihi Allah 2. Dimurkai Allah
3. Dipandang mulia oleh masyarakat 3. Dipandang rendah oleh masyarakat
4. Mengeratkan hubungan silaturahim 4. Merenggangkan hubungan silaturahim
5. Memberi ketenangan kepada 5. Menyinggung perasaan dan menambahkan
keluarga si mati kesedihan kepada keluarga si mati

Anda mungkin juga menyukai