Anda di halaman 1dari 8

ZIKRULLAH PENGUBAT HATI

DEFINISI ZIKIR
Zikir bermaksud mengingati Allah s.w.t. dengan hati, lidah, dan perbuatan seperti membaca
tasbih, tahmid, takbir, dan sebagainya .  Zikir dapat menghubungkan manusia dengan
penciptanya.
DALIL KEPENTINGAN BERZIKIR
Firman Allah Subhanahu Wa ta’ala :
  
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan
duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan
benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka pelihara Kami dari azab neraka.

41. Wahai orang-orang Yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta
sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya;

ADAB BERZIKIR
Ketahuilah bahawa dalam amalan zikir ini terdapat beberapa adab yang perlu anda
jaga . Anda perlu menyebut lafaz-lafaz zikir itu dengan sebutan yang betul serta memahami
maksudnya dengan penuh penghayatan dalam hati anda.
Semasa anda berzikir , anda seharusnya merasakan kehebatan kekuasaan dan keagungan
Allah dalam sanubari hati anda dengan penuh kekhusyukan.
Apabila anda duduk berzikir sedangkan ada orang lain yang sedang melakukan amalan yang
seperti solat , dan membaca al-Quran, maka anda hendaklah menggunakan suara hati yang
perlahan supaya tidak mengganggu daya tumpuan orang lain. Firman Allah s.w.t. berikut
merupakan dalil bagi ketentuan tersebut.

205. Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu Dalam hatimu, Dengan merendah diri serta
Dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan Dengan tidak pula menyaringkan suara,
pada waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai.
Pastikan anda berzikir dalam keadaan pakaian, badan dan tempat sekitar yang bersih dan suci
daripada hadas kecil dan hadas besar supaya anda lebih dapat khusyuk kepada Allah.
Anda boleh berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat.
Contohnya: membaca Basmalah ketika hendak memulakan sesuatu amalan dan pekerjaan;
membaca Taawuz apabila berdepan dengan kejahatan ; membaca Hasbalah ketika
menghadapi sesuatu masalah ; dan membaca istirja’ apabila menghadapi ujian dan musibah.
Sebaik-baiknya anda mengamalkan Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat di dalam Nas al-
Quran atau as-Sunnah seperti wirid zikir Ma’thurat .
Kita dituntut memperbanyakkan berzikir ketika dalam suasana genting supaya menimbulkan
keyakinan yang kuat bahawa sebaik pelindung dan sebaik penolong hanyalah Allah .
Janganlah anda berzikir semasa anda sedang qadak hajat di dalam tandas.
KERUGIAN ORANG YANG TIDAK BERZIKIR
Orang yang kurang berzikir kepada Allah mudah terdedah dengan perkara yang dimurkai
Allah seperti melakukan perkara yang syirik, melakukan dosa besar, dan menganiaya sesama
manusia yang lain.
Orang yang kurang berzikir lebih mudah dikuasai oleh Syaitan dan hawa nafsu kerana
hatinya dalam kekosongan dan kelalaian daripada mengingati Allah , maka hatinya
cenderung untuk menuruti godaan syaitan dan hawa nafsu.
Orang yang tidak berzikir kepada Allah sentiasa jauh daripada peringatan ajaran agama maka
mereka mudah melupakan tanggungjawab terhadap agama dan kehidupan mereka semata-
mata untuk mencari keseronokan dan kesenangan .
Dalam mengingati Allah , kita akan mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa. Orang
yang tidak berzikir sentiasa dalam keadaan kegelisahan.
HIKMAH BERADAB KETIKA BERZIKIR
Kita sebagai hamba Allah yang berusaha membaiki diri untuk mendekatkan diri kepada Allah
hendaklah mengambil berat tentang adab-adab ketika berzikir supaya anda dikasihi Allah
kerana Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.
Sesiapa  yang berzikir dengan menjaga adab-adabnya sentiasa mendapat ketenangan jiwa
dalam minda dan rohani.
Dengan menjaga adab-adab berzikir ini lebih mendidik jiwa anda supaya sentiasa mengingati
Allah s.w.t. setiap masa dan keadaan dengan sentiasa menjunjung perintah Allah dan takut
melanggar larangan Allah.
Amalan zikir yang dilakukan dengan sempurna dan penuh beradab ini mudah-mudahan
diterima oleh Allah dan mendapat pahala.

SEBAB-SEBAB PERLUNYA BERADAB KETIKA BERZIKIR.


Kita kena menjaga adab berzikir supaya kita tidak mengganggu ketenteraman orang lain yang
sedang melakukan amal ibadat lain seperti solat, membaca al-Quran, menelaah kitab dan lain-
lain, anda tidak perlu mengeraskan suara dengan kuat kerana Allah tuhan kita tidak pekak
tetapi Maha Mendengar setiap aduan hamba -Nya.
Amalan zikir perlu dilakukan dengan penuh rendah hati bersih daripada semua penyakit hati
seperti riya’ menunjuk-nunjuk, ujub bangga diri, sum’ah untuk diperdengarkan kepada orang
lain, dan takbur sombung supaya zikir kita diterima oleh Allah s.w.t.
Anda perlu berzikir dengan menjaga adab-adabnya untuk mencapai kesempurnaan dalam
ibadat.
Amalan zikir yang dilakukan dengan adab Sunahnya memang selaras dengan Sunah
Rasulullah s.a.w. kerana setiap kebaikan itu adalah sederhana , dan apa amalan yang
dilakukan oleh Rasulullah tidak bertujuan memberatkan umatnya.
Kita perlulah berdisiplin dalam menunaikan ibadah dengan mengamalkan adab Islamiah
ketika menunaikan ibadah tersebut supaya kita menjadi modal insan yang berkualiti.

LAFAZ-LAFAZ ZIKIR
AL-BAQIYATUSH SHALIHAT

1.      Tasbih ,‫العظيم‬ ‫سبحان اهلل‬

2.      Tahmid , ‫العاملني‬ ‫احلمدهلل رب‬

3.      Tahlil , ‫االاهلل‬ ‫الاله‬

4.      Takbir , ‫اكرب‬ ‫اهلل‬

5.      Hauqqalah , ‫العظيم‬ ‫الحول والقوة االباهلل العلي‬


TAAWUZ

‫اعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬


BASMALAH

‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬


HASBALAH

‫حسبنا اهلل ونعم الوكيل‬


ISTIRJA’

‫انا هلل و انا اليه رجعون‬


ISTIGFAR

‫استغفر اهلل العظيم‬


SHALAWAT

‫اللهم صل على حممد‬

RUJUKAN
1.      Huda wahid, Alidahlan, (2003), Majmu’ Syarif Kamil, Bandung, CV Penerbitan Jumanatul
Ali-Art.
2.      Asy-Syahid Hasan Al-Banna, (2009) , Al – Ma’thurat & Surah Yaasin Doa-doa Pilihan, Kota
Baharu, Syarikat Jaffar Rawas Sdn. Bhd.
3.      Zaid Husein Al Hamid, ( 2009) , Ringkasan Ihya’ Ulumiddin Imam Al Ghazali, Kuala
Lumpur, Darul Nu’man.
4.      Khairunnisa’ Yusoff, Nadhrah Faqihah, (2013) , Xpress Bestari Pendidikan Islam SPM,
Kuala Lumpur, Sasbadi Sdn. Bhd.
Rosmani Rifin, Nor Aslina Mamat, Nurul Hudha Omar, Junaidah Salehudin, (2010) , Masteri
Memori Melalui Peta Minda Pendidikan Islam,Puchong, 

ZIKRULLAH PENGUBAT HATI

MAKSUD ZIKIR :
         Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan
 
2.       TUNTUTAN BERZIKIR KEPADA ALLAH
         Ia merupakan cara manusia berhubung dengan penciptanya
         Orang bertakwa sentiasa mengingati dalam semua keadaan
 
3.       ADAB BERZIKIR
         Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami
maksudnya
         Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
         Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat didalam nas al-Quran
atau as-Sunnah
         Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah
         Menggunakan suara yang perlahan
         Perbanyakkan berzikir dalam suasana genting
         Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
         Tidak berzikir semasa qadhak hajat
 
4.       SEBAB PERLU BERADAB KETIKA BERZIKIR
         Supaya tidak menggunakan ketenteraman orang lain
         Untuk mencapai kesempurnan dalam ibadat
         Selaras dengan sunat rasulullah s.a.w
         Supaya zikir diterima Allah
         Berdisiplin dalam menunaikan ibadat
 
5.       HIKMAH BERADAB KETIKA BERZIKIR
         Dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan
sesuatu dengan sebaik-baiknya
         Mendapat ketenangan jiwa kerana berzikir dengan beradab
memberi kesan kepada jiwa seseorang
         Mendidik jiwa supaya mengingati Allah
         Mendapat pahala
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
6.       LAFAZ DAN MASA YANG AFDHAL UNTUK
BERZIKIR
         ‫اهلل‬ ‫ال إله إال‬
         Pada awal pagi
         Selepas solat sunat dan fardhu
         Semasa dalam sujud terakhir dalam solat
 
7.       KESAN MENGAMALKAN BERZIKIR DEPADA
ALLAH
         Tidak terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah
kerana tidak mudah dikuasai syaitan dan mampu
mengawal nafsu
         Tidak lupa kepada tanggungjawab terhadap agama
         Berada dalam keadaan tenang
         Dapat menghidupkan hati yang telah mati akibat
lalai dengan tuntutan agama
 
8.       KERUGIAN KEPADA ORANG YANG TIDAK
BERZIKIR
         Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah
kerana ia mudah dikuasai syaitan dan sukar
mengawal nafsu
         Lupa kepada tanggungjawab terhadap agama
         Berada dalam keadaan gelisah

ZIKRULLAH PENGUBAT HATI

MAKSUD ZIKIR :
         Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan
 
2.       TUNTUTAN BERZIKIR KEPADA ALLAH
         Ia merupakan cara manusia berhubung dengan penciptanya
         Orang bertakwa sentiasa mengingati dalam semua keadaan
 
3.       ADAB BERZIKIR
         Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya
         Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
         Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat didalam nas al-Quran atau as-Sunnah
         Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah
         Menggunakan suara yang perlahan
         Perbanyakkan berzikir dalam suasana genting
         Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
         Tidak berzikir semasa qadhak hajat
 
4.       SEBAB PERLU BERADAB KETIKA BERZIKIR
         Supaya tidak menggunakan ketenteraman orang lain
         Untuk mencapai kesempurnan dalam ibadat
         Selaras dengan sunat rasulullah s.a.w
         Supaya zikir diterima Allah
         Berdisiplin dalam menunaikan ibadat
 
5.       HIKMAH BERADAB KETIKA BERZIKIR
         Dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu dengan
sebaik-baiknya
         Mendapat ketenangan jiwa kerana berzikir dengan beradab memberi kesan
kepada jiwa seseorang
         Mendidik jiwa supaya mengingati Allah
         Mendapat pahala
 
 
 
6.       LAFAZ DAN MASA YANG AFDHAL UNTUK BERZIKIR
         ‫اهلل‬ ‫ال إله إال‬
         Pada awal pagi
         Selepas solat sunat dan fardhu
         Semasa dalam sujud terakhir dalam solat

 
7.       KESAN MENGAMALKAN BERZIKIR DEPADA ALLAH
         Tidak terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana tidak mudah
dikuasai syaitan dan mampu mengawal nafsu
         Tidak lupa kepada tanggungjawab terhadap agama
         Berada dalam keadaan tenang
         Dapat menghidupkan hati yang telah mati akibat lalai dengan tuntutan agama
 
8.       KERUGIAN KEPADA ORANG YANG TIDAK BERZIKIR
         Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana ia mudah dikuasai syaitan
dan sukar mengawal nafsu
         Lupa kepada tanggungjawab terhadap agama
         Berada dalam keadaan gelisah

Anda mungkin juga menyukai