Anda di halaman 1dari 26

MUQADDIMAH

....


Alhamdulilah, bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Taala kerana dengan
limpah kurnia dan taufikNya, kami berhasil untuk menyiapkan tugasan
proposal yang telah diamanahkan kepada kami daripada Dr. Hanafi bin
Mohammad selaku mentor bagi kursus IT 3104 Asas Kaedah Penyelidikan
Pendidikan.

Kursus ini adalah merupakan satu subjek mengenai dengan cara atau
kaedah penyelidikan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan yang ingin
dikaji. Namun begitu penyelidikan yang ingin difahami adalah bergantung
kepada ruang lingkup atau bidang yang diceburi oleh sesorang penyelidik.
Selain dari itu, ianya juga bertujuan bagi melatih menyiapkan diri, mental
dan rohani serta ilmu pengetahuan bagi mahasiswa dan mahasiswi Kolej
Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan khususnya bagi bakal-bakal guru
ugama yang akan mendidik, membimbing dan mengajar anak-anak murid di
sekolah-sekolah ugama nanti. In shaa Allah.

Sehubungan dengan itu, kami berharap semoga proposal ini dapat


memberikan manfaat dan bimbingan kepada bakal-bakal guru sama ada
guru ugama atau bukan guru ugama sebagai bahan rujukan dan panduan
bagi memperolehi ilmu dalam menghadapi sebarang cabaran ketika
mengajar dan sesudah bergelar guru.

Sekian, terima kasih

1
ISU PERLAKSANAAN SOLAT FARDHU DI KALANGAN MURID
DARJAH 4, 5 dan 6 DI SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA: SATU
TINJAUAN

1. Pendahuluan

Solat atau sembahyang termasuk ibadah teragung dan lebih disukai oleh
Allah Taala. Perintah melaksanakan solat ini telah diberikan secara langsung
tanpa perantaraan Malaikat Jibril daripada Allah Taala di Sidratul Muntaha
kepada Rasulullah Salallahu Alahi Wassalam semasa peristiwa Isra dan
Mikraj pada 27 Rejab sebelum baginda berhijrah ke Madinah pada tahun
kedua Hijrah. Solat juga merupakan ibadah yang pertama sekali yang akan
dihisab selepas itu diikuti amalan-amalan lain di padang Mahsyar nanti. Solat
hanya wajib dilaksanakan apabila seseorang muslim itu sudah mulai baligh
dan cukup syarat-syarat untuk mengerjakan solat. Jadi, ibu bapa wajib
mengajar anak-anaknya solat sebagaimana sabda Nabi Muhammad
Shallallahu alaihi Wasallam:

Perintahlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika berusia tujuh


tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika
berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara
mereka (lelaki dan perempuan).

(Hadis Abu
Dawud)

2
Berdasarkan kenyataan di atas itu tadi, melaksanakan solat terhadap
kanak-kanak adalah satu perkara penting dan ilmu tentang solat wajib
disampaikan oleh ibu bapa dan guru-guru di sekolah. Namun apa yang
mendukacitakan kebanyakkan anak-anak mengabaikan solat mereka.

2. Latar Belakang Kajian

Dalam pendidikan sekolah ugama, solat diajarkan dalam mata pelajaran


amali secara praktikal namun secara teorinya solat diajarkan dalam mata
pelajaran fiqeh. Dalam aktiviti harian sekolah, murid hanya mengerjakan
solat fardhu Zuhor dan Asar kerana waktu persekolahan sesi petang bermula
pada pukul 1.30 petang hingga 5.00 petang. Di samping itu, sekolah juga
menyediakan catitan solat bagi setiap murid untuk mencatat solat-solat yang
mereka lakukan. Asumsi pengkaji, jika di sekolah solat fardhu Zuhor dan Asar
akan dipantau oleh guru-guru sekolah manakala jika di rumah solat fardhu ini
dipantau oleh ibu bapa mereka sendiri.

Sehubungan dengan itu, kajian ini menyasarkan sejauh manakah


perlaksanaan solat itu dilakukan khususnya dalam solat fardhu yang
disasarkan kepada anak murid darjah 4, 5 dan 6 di salah sebuah sekolah
kawasan Brunei Muara. Kajian ini menfokuskan mengenai perlaksanaan solat
fardhu lima waktu bagi murid-murid sekolah ugama selepas sesi
persekolahan. Seperti yang kita maklum, dalam praktikal solat menjadi mata
pelajaran wajib iaitu dalam pelajaran Amali Agama yang mana secara tidak
langsung dapat mengasuh murid-murid pandai mengerjakan solat. Jika gagal
mata pelajaran Amali Agama, maka murid tersebut akan ditahan untuk naik
ke darjah seterusnya.

3
3. Penyataan Masalah

Dalam bahagian penyataan masalah pengkaji membuat kajian berdasarkan


daripada titah KDYMM, NBD bertitah sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-
Quran Peringkat Negara Tahun 1434H bahawa baginda mengingatkan agar
semua aktiviti yang dirancang hendaklah memestikan ibadat sembahyang
tidak tercicir. Dalam hal ini, pengkaji menfokuskan isu perlaksanaan solat di
kalangan murid-murid di sekolah ugama agar perkara ini tidak menjadi tabiat
di masa akan datang.

Sebelum menjalankan langkah-langkah seterusnya bagi mengkaji


perlaksanaan solat di kalangan muri-murid sekolah ugama, pengkaji terlebih
dahulu menjalankan tinjauan awal untuk mengenal pasti isu tersebut dengan
lebih mendalam. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti soal
selidik untuk mengetahui persepsi murid mengenai pengetahuan dan
pratikal bab solat dan melihat kepada faktor-faktor isu tersebut. Analisa data
tinjauan telah dilakukan melalui 3 cara iaitu:

3.1. Temu Bual

Untuk mengetahui lagi mengenai isu ini, pengkaji membuat kajian


sebenar untuk mencari permasalahan terhadap perlaksanaan solat di
kalangan murid-murid yang menjadi sampel kajian. Persoalan mengenai
pengetahuan murid, perlaksanaan mengerjakan solat dan faktor-faktor
yang menjadi atribusi terhadap kelalaian murid menjadi elemen utama
untuk pengkaji membuat tinjauan dalam pernyataan masalah kajian.

Dalam hal ini, pengkaji sempat menemubual secara non-formal 3


orang murid darjah 4, 5 dan 6 dengan menyediakan beberapa item soalan
seperti berikut:-

4
Bil Soalan
Adakah kamu mengerjakan solat fardhu lima waktu di rumah atau
1
di masjid?
2 Apa hukum solat fardhu lima waktu?

3 Adakah kamu pernah meninggalkan solat?

4 Solat apa yang jarang kamu lakukan?

5 Kenapa kamu meninggalkan solat tersebut?

Jawapa
Murid darjah 4 Murid darjah 5 Murid darjah 6
n:

Tidak pernah solat Sekali sahaja, solat Kadang-kadang solat


1
di rumah jumaat di masjid ikut hati

2 Wajib Wajib Fardhu Ain

Pernah, tapi sekali


3 Ya Jarang
sekal

4 Maghrib Subuh Maghrib

Sibuk, banyak
5 Akhir balik Malas
aktiviti

Daripada kenyataan di atas secara umumnya, murid-murid


mengetahui hukum mengerjakan solat fardhu itu wajib tetapi mereka
masih lalai dalam melaksanakannya. Ini menjadi kebimbangan kepada
kita semua, jika masalah ini tidak ditangani dengan segera oleh pelbagai
pihak ianya akan memberikan kesan negetif kepada masyarakat
umumnya dan kepada murid itu sendiri khususnya kerana ianya
menyentuh soal syariat agama Islam dimana Islam mewajibkan setiap

5
lelaki dan perempuan melakukan solat atas dasar ketaatan kepada Allah
Taala.

Selain dari itu, pengkaji telah menebual secara formal guru-guru darjah
4, 5 dan 6 dengan menyediakan item soalan.

Bil Soalan
Adakah murid mengerjakan solat fardhu lima waktu di rumah atau di
1
masjid?
2 Adakah murid tahu hukum solat fardhu lima waktu?

3 Adakah murid pernah meninggalkan solat?


Selain dari soalt fardhu Zuhor dan Asar, solat apakah yang murid
4
jarang lakukan?
5 Kenapa murid meninggalkan solat tersebut?

Jawapan
Guru darjah 4 Guru darjah 5 Guru darjah 6
:
Ada, hanya
1 Tidak tahu Ada, hanya segelintir
segelintir
2 Ya Ya Ya
Pernah, tapi sekali
3 Pernah Kurang pasti
sekala
Maghrib, Isya,
4 Maghrib Subuh
Subuh
5 Kurang pasti Ibu bapa tidak solat Sibuk, banyak aktiviti

Daripada kenyataan di atas tadi, setelah pengkaji menganalisi hasil


dapatan daripada temu bual, terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan solat fardhu ini kurang terlaksana daripada jawapan kedua-
dua respoden. Soalan pertama adalah untuk mengetahui perlaksanaan

6
solat fardhu lima waktu. Secara rumusannya jawapan murid dan guru
adalah seimbang iaitu sebilangan murid ada meninggalkan solat fardhu
ketika di luar sesi persekolahan. Ada keseimbangan jawapan mengenai
hukum solat fardhu dalam soalan kedua iaitu masing-masing mengatakan
tahu tentang hukum solat. Mengenai dengan soalan yang ketiga, pengkaji
merumuskan ada kekurangan penghayatan mengenai perlaksanaan solat.
Soalan keempat ada menyatakan solat apa yang jarang dilakukan, rata-
rata jawapan responden adalah sama iaitu solat fardhu Maghrib dan
Subuh. Adapun soalan kelima pengkaji merumuskan di antara faktor-
faktor atribusi kurangnya perlaksanaan solat fardhu lima waktu terbahagi
kepada dua faktor iaitu internal dan eksternal.

3.2. Analisis Dokumantasi

Dalam bahagian ini pengkaji telah membuat analisis dokumantasi hasil


dari pemerhatian catitan buku solat murid serta menebual beberapa
orang murid. Maka pengkaji mendapati bahawa masih terdapat di
kalangan murid-murid tidak mengambil berat tentang perlaksanakan
kewajipan solat walaupun mereka tahu tentang hukum meninggalkan
solat fardhu lima waktu.

Dalam permasalahan solat fardhu ini, pengkaji telah membuat


tinjaun awal melihat isu yang berbangkit di kalangan murid kenapa solat
fardhu ini kurang dilaksanakan. Pengkaji telah menyemak dan meneliti
catitan solat murid bagi darjah 4, 5 dan 6 di sebuah sekolah ugama di
negara ini.

Hasil dari dapatan tinjauan awal tersebut, pengkaji telah mengambil


sampel kajian seramai 45 orang bagi mewakili populasi 91 murid terdiri
dari murid darjah 4, 5 dan 6. Pengkaji telah meneliti catitian solat murid
seramai 15 orang bagi mewakili setiap darjah 4, 5 dan 6 iaitu terdiri dari 8
orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan.

7
Jadual 3.1 Tinjauan Catitan Solat Murid
Wakt Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
u
15 orang 15 orang 15 orang
Solat
L P M % TM % L P M % TM % L P M % TM %
Zuhor 87 13 93 93
8 5 13 2 8 6 14 1 7% 8 6 14 1 7%
% % % %
L P M % TM % L P M % TM % L P M % TM %
Asar 93 93 87 13
8 6 14 1 7% 8 6 14 1 7% 8 5 13 2
% % % %
L P M % TM % L P M % TM % L P M % TM %
Maghr
47 53 40 60 47 53
ib 3 4 7 8 3 3 6 9 3 4 7 8
% % % % % %
L P M % TM % L P M % TM % L P M % TM %
Isya 53 47 67 33 47 53
4 4 7 7 5 5 10 5 4 3 7 8
% % % % % %
L P M % TM % L P M % TM % L P M % TM %
Subu
47 53 47 53 47 53
h 4 3 7 8 3 4 7 8 4 3 7 8
% % % % % %

Dari hasil tinjaun awal yang telah dilakukan oleh pengkaji mengenai
perlaksanaan solat fardhu lima waktu melalui catitan solat yang telah
dicatit oleh murid-murid, pengakji telah menilai dan membuat rumusan
melalui dapatan kajian bagi setiap solat fardhu tersebut:

i) Zuhur:
Pengkaji mendapati hampir keseluruhan murid darjah 4, 5 dan 6 dapat
melakukan solat fardhu Zuhor. Perkara ini disebabkan setiap sekolah
ugama sesi petang mewajibkan untuk melaksanakan solat ini secara
berjemaah sebelum bermulanya sesi pembelajaran disebelah petang.
Hanya didapati sebilangan kecil murid sahaja yang tidak dapat

8
melaksanakanya. Perkara ini berkemungkinan disebabkan berlakunya
keuzuran yang menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan solat.

ii) Asar:
Bagi solat fardhu Asar, pengkaji mendapati kekerapan murid dalam
melakukan solat ini adalah tinggi. Perkara ini disebabkan solat ini
termasuk dalam waktu persekolahan di sesi petang kecuali bagi 1 atau
2 orang sahaja yang tidak dapat melaksanakan berkemungkinan
disebabkan berlakunya keuzuran. Perkara ini sama seperti statistik
bagi solat fardhu Zuhor.

iii)Maghrib:
Pengkaji mendapati dalam solat fardhu Magrib, terdapat kekurangan
peratus dalam melaksanakan solat fardhu Maghrib. Hanya 47% (7
orang) yang melakukan solat bgi darjah 4, 33% (6 orang) daripada
darjah 5 dan 47% (7 orang) di kalangan darjah 6. Hal ini berbeza
dengan perlaksanaan solat fardhu Zuhor solat fardhu Asar. Secara
purata peratus keseluruhan daripada 45 orang murid hanya 44% saja
yang melaksanaakan solat fardhu Maghrib. Pengkaji juga bertanyakan
kepada murid berkenaan kenapa hal ini berlaku? Ada di antara mereka
menjawab disebabkan tersekat dalam perjalanan balik dari sekolah
sesi petang hingga masuk waktu Maghrib. Selain itu ada yang
menjawab sibuk dengan melakukan raidah diwaktu petang sehingga
menjadi letih dan luput waktu Maghrib.

iv)Isya:
Seperti solat fardhu Magrib, peratus kekerapan melakukan solat fardhu
Isya juga berkurangan disebabkan kesinambungan dari luputnya
waktu Maghrib sehingga terbawa-bawa kepada waktu Isya. Peratus
murid-murid melakukan solat fardhu Magrib bagi darjah 4 hanya 53%
(8 orang), darjah 5 67% (10 orang) dan bagi darjah 6 sebanyak 47%
(7 orang). Secara puratanya daripada 45 orang yang ditinjau, hanya
56% murid-murid yang dapat melaksanakan solat fardhu Isya.

9
v) Subuh:
Melalui buku catitan solat murid, pengkaji mendapati bahawa dalam
waktu subuh ramai murid-murid tidak melaksanakan solat. Peratus
murid bagi darjah 4 hanya 47% (7 orang), begitu juga bagi darjah 5
dan 6 hanya 47% (7 orang). Secara purata keseluruhan hanya 47%
(21 orang) daripada 45 orang murid. Perkara ini berlaku disebabkan
sebilangan ibu bapa tidak memberi penekanan terhadap anak mereka
atau disebabkan ibu bapa juga melakukan perakara yang sama dalam
perlaksanan solat.

Peratus Murid Melakukan Solat Daripada Sampel Populasi


14% Solat Zuhur Solat Asar
17% 28% Solat Maghrib Solat Isya'
Solat Subuh
13% 28%

Hasil daripada dapatan kajian, pengkaji dapat merumuskan


secara keseluruhan bahawa kebanyakan murid-murid telah melakukan
suruhan dalam melaksanaan solat fardhu lima waktu. Akan tetapi
masih terdapat sebilangan kecil yang tidak mengedahkan perkara ini.
Kekurangan peratusan dalam melaksanakan solat fardhu itu,
kebanyakan melalui dari solat fardhu Maghrib, Isya dan Subuh. Dalam
hal ini, pengkaji hanya memfokuskan kepada solat fardhu Maghrib
sahaja kerana pengkaji beralasan jika murid-murid dapat menghayati
solat fardhu Maghrib dengan melaksanakan secara berterusan sudah
semestinya mereka tidak akan meninggalkan solat fardhu Isya dan
Subuh

10
3.3. Soal selidik

Dalam bahagian ini, setelah membuat temubual dan menganalis


dokumtasi, pengkaji juga telah memberi soalan kaji selidik untuk
mengukuhkan lagi hasil dapatan untuk melihat isu yang sebenar.

Tahap

Bil. Soalan
Tidak Tidak
Setuju
pasti setuju

1 Saya mengetahui pengertian solat fardhu 30 5 10

Saya mengetahui hukum solat fardhu lima


2 31 14 0
waktu itu wajib

Kalau saya meninggalkan solat fardhu akan


3 37 8 0
mendapat dosa

Guru tidak mengetahui jika saya


4 33 10 2
meninggalkan solat fardhu di rumah

Saya dapat melaksanakan solat pada


5 18 15 12
waktunya

Selepas waktu sekolah saya susah untuk


6 36 5 4
melaksanakan solat fardhu

Saya jarang melakukan solat fardhu


7 39 2 4
disebabkan banyak melakukan aktiviti luar

Ibu bapa saya kurang memantau terhadap


8 32 5 18
perlaksanaan solat fardhu

Saya akan melaksanakan solat lima waktu jika


9 36 5 4
sentiasa dipantau

10 Saya akan melaksanakan solat fardhu jika 38 7 0

11
diberi motivasi

Hasil daripada soal selidik yang telah dibuat, pengkaji mendapati


soalan pertama dan kedua mengenai pengetahuan murid, maka didapati
kesemua murid bersetuju mengenai dengan pengertian solat fardhu dan
hukumnya. Mengenai soalan ketiga dan keempat mengenai dengan
kesan, pengkaji telah mendapati kebanyakkan murid bersetuju mengenai
hukum meninggalkan solat dan guru tidak mengetahui jika meninggalkan
solat. Manakala bagi soalan kelima dan keenam mengenai perlaksanaan
solat fardhu, dalam soalan kelima terdapat kesederhanaan dalam jawapan
murid mengenai murid melaksanakan solat fardhu pada waktunya namun
pada soalan keenam kebanyakkan murid setuju tentang soalan yang
diberikan. Seterusnya dari jawapan murid mengenai ketujuh dan kelapan
tentang faktor-faktor kenapa perlaksanakan solat fardhu jarang dilakukan,
kebanyakkan murid bersetuju mengenai murid jarang melakukan solat
fardhu disebabkan aktiviti luar dan juga ibu bapa kurang memantau
terhadap perlaksanaan solat fardhu mereka. Mengenai soalan sembilan
dan sepuluh tentang cara penyelesaian murid bersetuju mengenai
dengan sentiasa dipantau dan diberikan motivasi.

Hasil daripada kenyataan di atas, menunjukkan bahawa perlaksanaan


solat fardhu kurang dilakukan disebabkan mereka banyak melakukan
aktiviti luar di samping itu juga didapati bahawa ibu bapa tidak memantau
solat mereka di rumah. Pengkaji juga mendapati di antara solat yang
jarang dilakukan oleh murid adalah solat fardhu Maghrib dan Subuh
namun dalam kajian ini pengkaji akan memfokuskan kepada solat fardhu
Maghrib sahaja. Maka isu yang akan dikaji oleh pengkaji mengenai
bagaimana perlaksanaan solat fardhu Maghrib di kalangan murid-murid
darjah 4, 5 dan 6 di sebuah sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam.

12
4. Objektif Kajian

Dalam objektif kajian ini menentukan apakah hasil yang hendak dicapai
selepas sesuatu kajian itu dilaksanakan. Objektif utama kajian ini
dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Untuk mengenal pasti permasalahan dalam perlaksanaan solat


fardhu lima waktu di kalangan murid-murid darjah 4, 5 dan 6 di
sekolah ugama.

2. Mengenal pasti solat fardhu yang dominan jarang dilaksanakan di


kalangan murid-murid darjah 4, 5 dan 6 di sekolah ugama.

3. Untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan solat itu jarang


di lakukan.

5. Persoalan Kajian

1. Apakah permasalahan dalam perlaksanaan solat fardhu lima waktu di


kalangan murid-murid darjah 4, 5 dan 6?

2. Di antara solat fardhu lima waktu, solat apakah yang jarang


dilakukan?

3. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan solat fardhu itu diabaikan?

6. Kepentingan Kajian

6.1. Kepentingan Kepada Pelajar

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar mengenai


kewajipan mendirikan solat, lebih-lebih lagi bagi umat Islam yang memiliki
pengetahuan yang mendalam mengenai hukum hakam solat.

13
6.2. Kepentingan Kepada Guru

Kajian ini boleh membantu guru dalam memantau pelajar berkenaan


dalam pelaksanaan solat dalam kehidupan seharian mereka.

6.3. Kepentingan Kepada Sekolah

Kajian ini juga bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam


meningkatkan disiplin pelajar dan kerjasama dengan pihak ibu bapa atau
penjaga pelajar dalam hal perlaksanaan ibadat solat.

7. Skop Kajian / Batasan Kajian

Kajian ini dilakukan di salah sebuah sekolah ugama di kawasan Brunei IV sesi
petang. Sampel kajian hanya menfokuskan kepada murid-murid darjah 4, 5
dan 6 sahaja. Populasi kajian hanya seramai 91 orang dan sampel kajian
yang diambil hanya 15 orang bagi setiap darjah iaitu seramai 45 orang
sahaja. Soal selidik, dekomantasi dan temubual sebagai metod untuk
mendapatkan hasil kajian.

8. Definisi Operasional

8.1. Definisi Solat

14
Solat dari segi bahasa adalah berdoa memohon kebajikan. 1 Seperti firman
Allah Taala di dalam Al- Quran:-

Terjemahan:
Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

(Surah At
-Taubah 9:103)
Manakala pengertian solat dari segi syarak adalah perkataan dan
perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam
menurut syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak. 2
Solat juga merupakan ibadah yang utama di sisi agama Islam dan
diwajibkan ke atas orang-orang yang beragama Islam untuk
melaksanakannya walau bagaimana keadaan dan tempat mereka berada.
Allah Taala juga ada menyatakan di dalam al-Quran barang siapa yang
tidak menunaikan solat fardhu lima waktu maka mereka akan diseksa
pada hari qiamat kelak. Selain dari itu Nabi Muhammd Sallahualaihi
Wassalam ada bersabda:-

1 Anshory Umar Sitanggal, Fiqih Syafii Sistimatis, Terbitan : Cv.Asy syifa-


Semarang, Indonesia, 1992, hlm.124.

2 Dr. Muhammad Khalaf Al-Qazal, Fikah badat, Terbitan: Perniagaan Jahabersa,


Johor Baharu, 2005, hlm. 55.

15






,

Maksudnya:
Solat itu tiang agama. Siapa yang mendirikan solat, bererti ia
telah menegakkan agamanya. Siapa yang meninggalkan solat,
bererti ia telah merobohkan agamanya.3
(Riwayat Ashabus Sunan)

8.2. Keutamaan Solat Fardhu

Seperti yang kita ketahui ibadah solat merupakan ibadah yang utama di
sisi agama Islam. Di dalam al-Quran banyak menyatakan dan
menegaskan bahawa Allah Taala memerintahkan manusia agar sentiasa
melakukan solat,4 kerana didalam peribadatan solat itu terdapat
berberapa keutamaan dan keistimewaannya iaitu di antaranya:-

Solat Akan Mendisiplin Diri

Dalam peribadatan solat terdapat berberapa syarat dan rukun yang


mesti dipatuhi, jika salah satu syarat dan rukun itu tidak dipenuhi,
maka solat tersebut akan menjadi batal dan tidak sah. Disini dapat di
perhatikan melalui peraturan dan gerak geri solat serta bacaannya

3 Imam Al Ghazali, Ihya Ulumuddin, Terbitan: Darul Numan, Kuala Lumpur, 2003,
hlm. 46.

4 Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi, Keajaiban Ibadah, Terbitan: Al-Hidayah Publishers,


Kuala Lumpur, 2002, hlm. 28.

16
maka secara tidak langsung ia dapat mendisiplinkan diri orang
tersebut kerana terbiasa dengan peraturan yang telah ditetapkan.

Hidup Teratur dan Sistematik

Solat juga dapat membentuk sikap dan saksiah seseorang serta dapat
menempuhi kehidupan yang teratur dan sistematik. Kerana melalui
ibadah solat seseorang itu dapat mengikut sistem yang ditetapkan dan
akan memberi pengajaran dan latihan secara berterusan.

Rendah Hati

Melalui perlaksanaan solat, ia dapat menghapuskan sikap manusia dari


sifat sombong. Kerana seperti yang kita ketahui solat adalah cara
yang terbaik dan paling efektif yang dapat menghapuskan sifat
sombong.

Untuk Kesembuhan

Di antara keajiaban solat ialah dapat berfungsi memberi kesembuhan.


Didalam solat terdapat gerakan yang berfungsi menjaga kesihatan
dengan efektif dan mudah. Selain itu gerakan solat juga dapat
berfungsi sebagai penyembuhan terhadap penyakit batinniyah atau
penyakit jasmaniyah.5

Memperolehi Kebahagiaan

Solat juga dapat memberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta


dapat mempermudahan kehidupan dengan rezeki yang diberikan
terhadap mereka.

5 Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi, Keajaiban Ibadah, Terbitan: Al-Hidayah Publishers,


Kuala Lumpur, 2002, hlm. 28.

17
Dapat Menghalang Perbuatan Keji dan Mungkar

Manusia di muka bumi ini sering melakukan perkara keji dan mungkar
maka dengan adanya ibadat solat ia dapat menghilangkan dan
menghapuskan perkara-perkara tersebut seperti firman Allah Taala:-

Terjemahan:
Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan Yang keji
dan mungkar.

(Surah Al-Ankabut 29:45)


Selain itu, solat juga dapat mendekatkan diri kepada Allah Taala.
Orang yang melakukan solat akan selalu ingat kepadaNya, apabila
telah ingat kepada Allah Taala, maka hatinya akan tenang, batinnya
akan merasakan kepuasan dekat dengan Allah Taala. Oleh itu dengan
sendirinya ia akan dapat menghalang kehendak hawa nafsu untuk
melakukan kemungkaran.

Orang yang sentiasa melakukan solat akan selalu merasa dilihat


oleh Allah Taala sekirannya mereka sudah merasa perasaan tersebut,
maka mereka akan malu melakukan perbuatan yang dilarang serta
mereka akan sentiasa berhati-hati didalam setiap perkerjaan yang
mereka lakukan.

8.3. Sekolah Ugama Di Negara Brunei Darussalam

18
Penubuhan serta perkembangan sekolah ugama di Negara Brunei
Darussalam sudah lama dilaksanakan dan kendalikan sekitar puluhan
tahun yang lalu. Cetusan pandangan dan perhatian terhadap perkara ini,
telah diilhamkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Omar Ali
Saifuddien Sa adul Khairi waddien. Daripada buah fikiran dan pandangan
baginda terhadap perkara ini semua penduduk Islam di Negara Brunei
Darussalam dapat merasa segala kenikmatan dan kemudahan
termasuklah dari penubuhan sekolah ugama. Melalui perlaksanaan dan
penubuhannya ia bukan saja dapat melahirkan murid-murid yang
berpengetahuan tetapi juga dapat membentuk akhlak mereka supaya
menjadi manusia berguna serta taat kepada perintah Allah Taala dan
menempuhi kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.

8.4. Sistem Sekolah Ugama

Pembukaan sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam ialah


berdasarkan kepada sistem sekolah-sekolah ugama di negeri Johor.
Sistem tersebut termasuklah peraturan-peraturan, sukatan pelajaran,
buku-buku teks, bahkan guru-guru dan pegawai-pegawai yang mentadbir
juga pada mulanya semuanya didatangkan dari negeri Johor.6

8.5. Perlaksanaan Solat Zuhur dan Asar Berjemaah Di Sekolah Ugama

Beberapa kajian dan usaha untuk meningkatkan taraf persekolahan


ugama di negara ini sentiasa dibuat. Selain daripada perubahan sukatan
pelajaran dan kurikulum dengan penyusunan yang lebih kemas, solat
berjemaah fardhu Zuhor dan Asar bersama guru-guru juga telah

6Dato seri Setia Awang Haji Abdul Hamid Bin Mohd Daud, Perkembangan
Persekolahan Ugama, Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei
Darussalam,2004, hlm. 9.

19
diwajibkan di setiap sekolah ugama. Solat berjemaah ini bermula sejak
tahun 1978.

Tujuannya ialah untuk melatih dan membiasakan murid-murid


mengerjakan solat disamping itu bagi memastikan kesempurnaan mereka
melakukan ibadat solat sesuai dengan sabda Nabi Muhammad Sallahu
Alaihi Wassalam yang berbunyi:

Solatlah kamu seperti kamu melihat aku solat.

(Riwayat al-Imam al-Bukhari)

Peraturan ini juga memberikan kemudahan kepada ibu bapa untuk


memastikan anak-anak mereka menunaikan solat fardhu Zuhor dan Asar
di bawah pengawasan sekolah. Ibu bapa hanya berkewajipan mengawas
serta mengarahkan anak-anak mereka menunaikan solat fardhu Subuh,
Maghrib dan Isya. Alhamdulillah amalan ini berjalan dengan baik
sehingga masa kini. Peraturan tersebut disusun dengan kemas dan rapi
seperti menyediakan jadual waktu berwuduk, giliran murid-murid menjadi
imam dan bilal, dan giliran guru-guru jadi pengawas dan sebagainya.

Dengan adanya peraturan tersebut, bebrapa perubahan telah dibuat


pada waktu persekolahan. Murid-murid yang belajar pada sebelah petang
hanya dibenarkan balik pada jam 5.00 petang, iaitu setelah mereka
selesai menunaikan solat fadhu Asar.

9. Sorotan Literatur

Sepanjang penelitian pengkaji, kajian terhadap tabiat di kalangan murid-


murid sekolah ugama dalam melaksanakan kewajipan solat khususnya solat
fardhu Maghrib tiada dibincangkan oleh para pengkaji yang lepas tetapi
pengkaji mendapati beberapa tajuk yang hampir sama dengan tajuk yang
dikaji iaitu:

20
Hajah Siri Noor Khairiyah Binti Haji Abdullah (2010), Isu Pelajar Kurang
Menitikberatkan Ibadah Solat Fardhu Subuh Setiap Hari Bagi Pelajar
Tahun 9A, Sekolah Menengah Saiyidina Hasan, Mukim Kilanas, Projek
Akhir Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Kajian yang dibuat oleh Hajah Siri Noor Khairiyah Binti Haji Abdullah
(2010) hanya menumpukan masalah solat fardhu Subuh di kalangan murid
sekolah menegah. Beliau merumuskan bahawa hasil analisa bagi soal selidik
terhadap 73 orang pelajar menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan bagi
mengetahui pelajar-pelajar yang kurang melaksanakan ibadah solat fardhu
Subuh adalah lebih banyak daripada apa yang dijangkakan. Bagi
menyedarkan dan menanam sikap bertanggungjawab dalam setiap diri
pelajar dalam melaksanakan kewajipan solat fardhu Subuh, inisiatif ibu bapa
mengambil langkah dalam menjayakan perubahan tingkah laku pelajar.
Beban ini bukan sahaja diletak pada bahu seorang guru bahkan pelajar
sendiri yang mesti bekerjasama.

10. Metodologi

10.1. Pendahuluan

Metodologi kajian terdapat dua kaedah penyelidikan yang boleh


digunakan tertakluk kepada bentuk kajian yang dilakukan di antaranya
ialah kaedah kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan dan
temubual. Manakala kaedah kuantitatif yang melibatkan statistik dan
pengiraan.

Dalam bab ini menerangkan mengenai cara kajian yang dibuat iaitu
seperti, reka bentuk kajian, pemilihan responden, jenis kajian, instrumen
kajian dan prosedur kajian. Kajian yang telah dijalankan ini dapat

21
membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan
dengan tajuk pengkaji.

Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan tinjauan


awal:

Soal selidik kepada murid-murid bagi darjah 4, 5 dan 6

Temubual kepada beberapa guru bagi darjah 4, 5 dan 6

Analisis catitan sembahyang murid bagi darjah 4, 5 dan 6

10.2.Reka Bentuk Kajian

10.2.1. Responden Yang Terlibat

Responden dalam kajian ini ialah terdiri daripada 45 orang murid-


murid darjah 4, 5 dan 6 bagi mewakili 91 orang kesemuanya.
Pengkaji juga menyoal tiga orang murid bagi mewakili setiap darjah
4, 5 dan 6 serta 3 orang guru bagi darjah 4,5 dan 6.

10.2.2. Prosedur Pengkajian

Bagi mendapatkan maklumat dan mengumpul data, pengkaji akan


menyediakan, soalan temubual dan soal selidik yang boleh
mengukur dan menilai maklumat kepada responden yang terlibat
setelah memohon kebenaran daripada pihak tertentu iaitu pihak
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan melalui Fakulti
Pendidikan (lihat lampiran A) dan mendapatkan kebenaran daripada
sebuah sekolah ugama di Daerah Brunei Muara sebagai langkah
awal untuk memulakan kajian dan ianya juga bertujuan supaya

22
prosedur kajian dipatuhi dan memudahkan kajian ini dilaksanakan
agar tidak menyusahkan mana-mana pihak

Selain daripada itu, pengkaji datang sendiri ke lokasi kajian bagi


menerangkan cara menjawab soal selidik agar maksud soalan yang
dikemukakan difahami oleh sampel kajian bagi mengelakkan
maklumat kurang tepat atau salah. Pengkaji juga mengutip semula
semua soal selidik bagi menganalisis data.

1 2 3 4 5
M engenal M endapatk B ertind ak M engu m pu Pem bentan
pasti an m encerap l data dan gan kertas
m asalah kebenaran m urid di dapatan kerja kajian
dan tujuan m enjalanka sekolah serta
penyelidika n kajian terbab it m enganalis
n dari pihak untuk is
Faku lti m enen tuka
Pendid ikan n hala tuju
kajian

10.2.3. Pelan Tindakan

Bagi memastikan kertas cadangan yang bakal pengkaji laksanakan


ini berjalan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, satu jadual
pelaksanaan telah dibentuk. Jadual pelaksanaan gerak kerja ini
bertindak sebagai panduan kepada pengkaji untuk menjalankan
kajian tindakan kepada responden yang telah dipilih tepat pada
waktunya. Jadual pelaksanaan gerak kerja yang dimaksudkan adalah
seperti berikut :

Tarikh
Bil. Perkara
Perlaksanaan

23
Mengenal pasti tajuk yang dipilih dan
1 18 Feb 2016
pengumpulan data awal

2 Meminta kebenaran dari pihak fakulti 22 Feb 2016

Perbincangan kumpulan bagi persiapan


3 24 Feb 2016
tinjauan awal

4 Tinjaun Awal 27 Feb 2016

Mengutip semula soal selidik yang


5 01 Mac 2016
diedarkan

6 Mengumpul dan menganalisis data 03 Mac 2016

Menulis kertas cadangan / proposal


7 05 Mac 2016
kajian
Sesi kongsisama dengan penyelia dan
8 09 Mac 2016
penambahbaikkan bagi isu kajian

10.3. Jenis Kajian

Kajian yang digunakan ialah kajian kuantitatif dan kajian kualitatif. Kajian
kuantitatif ialah bagi mengumpul segala data kemudian dianalisis melalui
carta dan juga peratus. Tujuannya adalah untuk membezakan penjelasan
daripada responden. Manakala kajian kualitatif pula, pengkaji akan
melakukan temubual dan merumuskan serta menyimpulkan apa yang
telah dinyatakan oleh responden.

10.4. Instrumen Kajian

Instrument kajian merupakan alat untuk mendapatkan data dari sampel


kajian. Menurut Mohd Najib Abdul Ghaffar (1999) menjelaskan,
instrument kajian juga menentukan jenis data yang diperoleh dan ini
mempengaruhi jenis analisis pengkaji. Alat yang digunakan untuk

24
memperolehi sebarang maklumat yang berkaitan dengan kajian adalah
seperti berikut:

1. Analisis dokumentasi: Analisis ini adalah untuk mengkaji catitan


solat fardhu yang telah dibuat oleh murid-murid darjah 4, 5 dan 6.
2. Temubual: Terdiri daripada 3 orang murid bagi mewakili murid
darjah 4, 5 dan 6 serta 3 orang guru daripada darjah 4, 5 dan 6.
3. Soal kaji selidik: Pengkaji menyerahkan borang kepada responden
dimana soalan-soalan yang diajukan dalam bentuk skala.

Bibliografi

Al-Ghazali. 2003. Ihya Ulumuddin. Kuala Lumpur. Terbitan: Darul Numan.

Anshory Umar Sitanggal. 1992. Fiqih Syafii Sistimatis. ndonesia. Terbitan:


Cv.Asy Syifa- Semarang.

Awang Haji Abdul Hamid Bin Mohd Daud. 2004. Perkembangan Persekolahan
Ugama. Negara Brunei Darussalam. Terbitan: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hajah Siri Noor Khairiyah Binti Haji Abdullah. 2010. Isu Pelajar Kurang
Menitikberatkan Ibadah Solat Fardhu Subuh Setiap Hari Bagi Pelajar
Tahun 9A, Sekolah Menengah Saiyidina Hasan, Mukim Kilanas. Tesis
Sarjana Muda Perguruan Ugama, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri
Begawan.

Mohd Najib Abdul Ghaffar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Johor Darukl


Tazim. Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

Muhammad Khalaf Al-Qazal (Dr.). 2005. Fikah Badat. Johor Baharu. Terbitan:
Perniagaan Jahabersa.

25
Muhammad El- Fandahani. 2010. Kaifiyat Solat. Selangor. Terbitan: Crescent
News Sdn Bhd.

Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi. 2002. Keajaiban Ibadah. Kuala Lumpur.


Terbitan: Al-Hidayah Publishers.

Dipetik dari laman sesawang:

http://www.pengertianahli.com/2014/03/pengertian-sikap-apa-itu-sikap.html

(Pada 23/02/2016 jam 5.30 petang)

26

Anda mungkin juga menyukai