Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN

1.1.

SEJARAH SOLAT BERJEMAAH Nabi Muhammad S.A.W mendirikan solat secara berjemaah selepas

berhijrah ke Madinah. Baginda tinggal di Makkah selama 13 tahun dalam keadaan solat secara tidak berjemaah kerana para sahabat berada dalam keadaan tertekan. Mereka hanya bersolat di rumah rumah mereka. Apabila Baginda berhijrah ke Madinah, Baginda mendirikan secara berjemaah dan Baginda mula melakukannya secara berterusan.

1.2.

PENGERTIAN SOLAT BERJEMAAH Menurut Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid Hafidz Ahmad (2008), solat

berjemaah adalah solat yang dilakukan oleh tidak kurang daripada dua orang, di mana salah seorang daripadanya mengikut seorang lagi. Orang yang diikuti dinamakan imam dan orang yang mengikut dinamakan makmun. Solat berjemaah hukumnya sunat muakkad bagi semua umat Islam kecuali bagi solat Jumaat. Pendapat yang sahih mengatakan solat berjemaah hukumnya fardu kifayah. Kefarduan tersebut tidak akan terlepas daripada penduduk sesebuah pekan melainkan setelah ia didirikan (solat) dengan jelas. Sekiranya ia tidak didirikan sama sekali atau didirikan dalam keadaan tersembunyi, maka semua penduduk tersebut berdosa. Firman Allah SWT yang bermaksud :Dan apabila kamu (Rasulullah) bersama mereka para pejuang (dalam peperangan) mahu mengerjakan solat, hendaklah sebahagian dari mereka berdiri solat bersama kamu.(Surah An Nisa:102) Namun bagi solat Jumaat, hukumnya adalah fardu ain. Ini adalah kerana solat Jumaat adalah wajib bagi kaum lelaki dan hendaklah mendirikan solat mengikut imam (berjemaah). Bagi seseorang yang hanya sempat mengikut imam kurang dari satu rakaat maka solat Jumaatnya adalah tidak sah.

Solat solat yang biasa didirikan secara berjemaah ialah solat wajib lima waktu iaitu subuh, zohor, asar, magrib, dan isyak serta solat solat sunat yang lain seperti solat tarawih, solat witir, solat sunat hari raya, solat Istisqa (minta hujan), solat gerhana bulan dan matahari, solat jenazah dan lain lain.

1.3.

SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH

Menurut Mazlan Yahya (2002), syarat syarat sah untuk solat berjemaah adalah seperti berikut iaitu makmum hendaklah berniat berjemaah atau berniat mengikut imam. Adapun imam tidak menjadi syarat berniat menjadi imam, hanya sunat agar ia mendapat ganjaran berjemaah. Sabda Rasulullah S.A.W :Sesungguhnya segala amal itu hendaklah dengan niat. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Contoh niat bagi makmum : Aku solat Zohor mengikut imam kerana Allah Taala. Makmum wajib mengikut imam dalam semua perbuatannya (fili), iaitu makmum tidak boleh mendahului perbuatan imam dengan dua rukun fili tetapi jangan pula terkemudian dari dua rukun tersebut, tanpa keuzuran seperti terlupa dan sebagainya. Maksudnya makmum hendaklah membaca takbiratul ihram sesudah imam bertakbir, begitu juga permulaan segala perbuatan (rukun rukun solat), makmum hendaklah terkemudian daripada yang dilakukan oleh imamnya. Sabda Rasulullah S.A.W:Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk ikutan, oleh sebab itu janganlah kamu menyalahi perbuatannya, apabila ia telah bertakbir hendaklah kamu bertakbir dan apabila ia rukuk, maka hendaklah kamu rukuk pula. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Makmum juga tidak boleh terkedepan dari imam dan tidak boleh berada sebaris dengan imam. Apabila orang yang solat berdiri, maka dikira dari tumit iaitu tumit makmum jangan lepas kehadapan daripada tumit imam dan bagi orang yang solat duduk, maka dikira dari papan punggungnya, bagi yang solat berbaring maka dikira dari rusuknya dan yang solat terlentang maka dikira dari kepalanya, tetapi jika solat di sekeliling Kaabah makmum boleh melepasi kehadapan dengan Kaabah dari pihak yang lain.

Makmum hendaklah mengetahui gerak-geri (intiqalat) imamnya, sama ada ia nampak sendiri imam itu berpindah daripada satu rukun kepada rukun yang lain atau nampak sebahagian daripada saf saf yang berada dihadapannya atau mendengar suara imam atau suara muballigh (bilal) semasa solat sedang didirikan. Imam dan makmum mestilah berada di dalam satu tempat yang sama serta menghadap kiblat, umpamanya berada di dalam satu bilik. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain. Imam dan makmum hendaklah sama aturan solatnya. Misalnya, samasama solat zuhur, solat Jumaat, solat qasar, solat jamak dan sebagainya. Contohnya tidak sah solat fardu jika yang mengikutnya melakukan solat jenazah atau solat gerhana kerana cara (aturan) kedua-dua solat itu tidak sama. Lelaki tidak sah solatnya jika berimamkan perempuan. Ini bererti lelaki tidak boleh menjadi makmum sedang imamnya perempuan. Kaum perempuan hanya boleh menjadi imam bagi perempuan. Sabda Rasulullah S.A.W:Perempuan janganlah dijadikan imam, sedangkan makmumnya lelaki (Riwayat Ibnu Majah)

Keadaan imam tidak ummi (buta huruf) sedangkan makmumnya qari (boleh membaca). Iaitu tidak sah solat orang qari (boleh baca fatihah dengan betul) berimamkan orang ummi (tidak betul bacaan fatihahnya) sama ada dengan sebab pelat atau jahil jika berlaku demikian maka batallah solat makmum tetapi sah solat imam. Makmum tidak boleh berimamkan orang yang diketahui tidak sah solatnya seperti imam berhadas atau ada najis sama ada pada badan atau pakaian atau tempatnya. Orang yang hendak diimamkan itu tidak menjadi makmun kepada orang lain. Iaitu tidak sah berimankan kepada orang yang pada masa yang sama menjadi makmun kepada orang lain.

1.4.

SYARAT SAH MENJADI IMAM

Menurut laman web Al Mandili syarat- syarat sah untuk menjadi seorang imam untuk solat berjemaah adalah seperti berikut : 1. Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir. 2. Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat. 3. Baligh, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang mumaiyiz (belum baligh) kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dan Ibnu Masud, maksudnya : "Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh. Ini
4

kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanakkanak itu bukan daripada ahli yang sempurna. 4. Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut. 5. Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa. 6. Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya. Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun dalam solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat. 7. Keadaan yang bukan makmum.Tidak sah solat makmum tersebut jika mengikut makmum lain sebagai imam. 8. Imam mesti seorang yang fasih al-lisan. Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya. Sabda Rasulullah S.A.W :Bila mereka ada tiga orang, maka hendaklah mereka jadikan imam salah seorang di antara mereka, dan yang lebih layak di antara mereka menjadi imam ialah yang lebih baik pembacaannya. (Hadis riwayat muslim)

1.5.

SYARAT SAH MENJADI MAKMUM

Menurut laman web Al Mandili syarat- syarat sah untuk menjadi seorang makmum untuk solat berjemaah adalah seperti berikut : 1. Niat untuk mengikuti imam dan mengikuti gerakan imam.
5

2. Berada satu tempat dengan imam.


3. Lelaki dewasa tidak sah jika menjadi makmum kepada imam wanita.

4. Jika imam batal, maka seorang makmum maju ke depan menggantikan imam.
5. Jika imam lupa jumlah rekaat atau salah gerakan solat, makmum

mengingatkan dengan membaca subhanallah dengan suara yang dapat didengar imam. Untuk makmum wanita dengan cara bertepuk tangan. Cara bertepuk bukan seperti bertepuk semasa bersuka ria, tetapi dengan menepuk tapak tangan kanan ke atas belakang tangan kiri. 6. Makmum dapat melihat atau mendengar imam. 7. Makmum berada di belakang imam. 8. Mengerjakan ibadah solat yang sama dengan imam.

2.0

KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT BERJEMAAH Kaifiat adalah cara atau kaedah untuk melaksanakan sesuatu. Untuk

melakukan solat berjemaah, kaifiat-kaifiatnya adalah seperti berikut: 2.1. POSISI MAKMUM DALAM SOLAT

Kedudukan makmun di dalam solat berjemaah berbeza antara makmun lelaki dan makmum perempuan.Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburukburuknya adalah yang paling belakang. Sebaik- baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan. ( Hadis Riwayat Muslim). Jika solat berjemaah itu hanya mengandungi dua orang lelaki, iaitu seorang imam dan seorang makmun, maka makmun tersebut disunnahkan berdiri di
6

sebelah kanan imam.( Rujuk lampiran: Gambar 1). Seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a: Beliau pernah solat berjemaah bersama Rasulullah pada suatu malam dan berdiri di sebelah kirinya. Maka Rasulullah memegang kepala Ibnu Abbas dari belakang lalu memindahkannya ke sebelah kanannya. (Hadis Riwayat Muslim). Manakala, jika solat berjemaah itu terdiri daripada seorang wanita dan imam lelaki, maka makmum wanita itu haruslah berdiri di belakang sebelah kiri imam (Rujuk lampiran: Gambar 2). Bagi solat berjemaah yang terdiri daripada imam dan seorang lelaki serta seorang wanita pula, makmum lelaki itu hendaklah berada di belakang sebelah kanan imam. Manakala bagi makmum wanita pula, hendaklah berada di belakang makmum lelaki menepati kedudukan imam. (Rujuk lampiran: Gambar 3). Seterusnya, jika solat berjemaah yang terdiri daripada ramai makmum lelaki dan ramai makmum wanita, makmum lelaki harus berdiri sebaris di belakang imam diikuti barisan makmum wanita di belakangnya. (Rujuk lampiran: Gambar 4). Jika solat berjemaah yang terdiri daripada imam dan dua makmum lelaki atau lebih pula, makmum lelaki tersebut haruslah berada di belakang imam dengan kedudukan makmum berdiri sama sisi antara makmum.(Rujuk lampiran: Gambar 5). Hadis Riwayat Ahmad meriwayatkan daripada Hadis Jabir ; Nabi S.A.W berdiri solat maghrib, lalu aku datang berdiri di samping kirinya, lalu beliau menarik diriku dan dijadikan di samping kanannya. Tiba- tiba, sahabatku datang, untuk solat, lalu kami berbaris di belakang beliau dan solat bersamanya. (Hadis Riwayat Ahmad). Dan jika solat berjemaah itu terdiri daripada makmum lelaki dewasa, makmum wanita dewasa, makmum kanak-kanak lelaki dan makmum kanak-kanak perempuan, maka kedudukannya ialah barisan makmum lelaki dewasa di belakang imam, diikuti barisan makmum kanak-kanak lelaki, kemudiannya diikuti barisan makmum wanita dewasa dan akhir sekali barisan makmum kanak-kanak perempuan.(Rujuk lampiran: Gambar 6).

2.2.

MEMBENTUK SAF
7

Saf atau barisan makmum haluslah lurus, tidak dibiarkan ada ruang antara makmum iaitu bahu dan kaki mesti bersentuhan. Kedudukan tumit mesti disamakan antara satu sama lain. Begitu juga bagi makmum wanita, haruslah memastikan bahu mereka bersentuhan antara satu sama lain. (Rujuk lampiran Gambar 6). Dari Ibnu Umar menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, anNasai, Ahmad). Para jemaah juga disunatkan untuk memenuhi saf yang pertama terlebih dahulu sehingga tidak ada ruang kosong atau renggang kemudian diikuti dengan saf yang kedua dan seterusnya. Sabda Rasulullah S.A.W : Sempurnakanlah oleh kamu saf yang depan ( saf pertama), kemudian saf-saf berikutnya, maka saf yang kurang itu (disebabkan sedikit makmum) hendaklah (saf yang kurang itu berada) di saf bahagian belakang. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasai).

2.3.

NIAT DALAM SOLAT Makmum mestilah berniat makmum sewaktu takbiratul ihram. Menurut

Ustaz Zaidi Ibrahim dalam artikel Panduan Solat, solat akan terbatal jika makmum solat mengikut imam tetapi tidak berniat makmum. Selain itu, makmum yang ragu-ragu niatnya dalam solat samada niat makmun atau tidak, maka solatnya dikira terbatal. Namun jika dia belum mengikuti imam satu rukun perbuatan, maka dia boleh berniat menjadi makmum. Manakala bagi imam pula, hendaklah berniat imam sewaktu takbiratul ihram jika ada makmum bersamanya seawal solat. Jika di pertengahan solat, baru ada makmum mengikutinya, maka dia perlu berniat imam sesudah makmum selesai bertakbiratul ihram. Imam yang
8

tidak berniat imam, dikira sah solatnya tapi tidak mendapat kelebihan solat berjemaah. Kecuali untuk solat jumaat, adalah wajib bagi seseorang berniat imam ataupun makmum.

2.4

TAKBIRATUL IHRAM Makmun tidak boleh mendahului ataupun serentak dengan imam ketika

takbiratul ihram. Makmun harus menunggu imam selesai takbiratul ihram barulah dia boleh takbiratul ihram. Jika tidak solatnya dikira tidak sah. Selain itu, jika ketika makmum takbiratul ihram dan mendapati imam sujud, makmum boleh sahaja terus sujud tanpa mengucapkan takbiratul intiqalat. Jika makmum mendapati imam sedang membaca tahayat awal ataupun tahayat akhir, makmun boleh terus duduk tahayat tanpa perlu bertakbir intiqalat. ,Makmum yang takbiratul ihram kemudian mendapati imam telah memberi salam sebelum dia sempat duduk, maka dia hendaklah terus sahaja berdiri meneruskan solatnya tanpa perlu duduk lagi. Solatnya dikira sah dan mendapat pahala berjemaah.

2.5

CARA SOLAT MAKMUN MUWAFIQ

Maksud Makmum Muwafiq ialah makmum yang mempunyai masa yang cukup bersama imam untuk membaca Al- Fatihah dengan bacaan yang sederhana, maka wajib ke atasnya menyempurnakan bacaan Al- Fatihahnya. Antara sebab-sebab yang menyebabkan makmum menjadi Muwafiq ialah makmum lambat membaca disebabkab keuzuran ataupun kelemahan semulajadi, makmum yang lupa membaca Al- Fatihah sehingga imam rukuk dan sebelum dia rukuk tetapi dia teringat masih belum membaca Al- Fatihah, makmum yang membaca doa Iftittah dan Taawuz lalu imam pun rukuk sedang makmum masih belum sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihahnya, dan makmun yang dengan sengaja tidak membaca Al-Fatihah sebab menunggu imam diam selepas membaca Al-Fatihah dan kemudian terus rukuk ataupun imam membaca surah yang pendek sehingga makmum tidak sempat menghabiskan bacaan Al- Fatihahnya. Antara cara untuk makmum Muwafiq untuk menyempurnakan bacaan AlFatihanya ialah; jika sekiranya dia masih belum selesai membaca Al-Fatihah sedangkan imam telah rukuk, maka hendaklah dia menghabiskan Al-Fatihah itu sehingga imam selesai sujud dan bangun daripada sujud yang kedua. Sekiranya makmum masih tidak selesai juga sedangkan imam sudah bangun berdiri ataupun duduk di tahiyyat akhir maka hendaklah makmum itu memilih sama ada berpisah dengan niat mufaraqah (berpisah) ataupun terus mengikut perbuatan imam dan rakaat itu tidak diambil kira. Jika makmum tidak membuat satu daripada antara kedua berikut, maka sembahyangnya dikira batal.

10

2.6

CARA SOLAT MAKMUM MASBUQ

Makmum Masbuq ialah makmum yang tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama imam. Ini disebabkan semasa dia masuk ke saf untuk sembahyang berjemaah, imam telah pun rukuk ataupun hampir-hampir akan rukuk. Dari segi hukum, jika dia takbir sewaktu imam belum rukuk, hendaklah dia membaca Al- Fatihah sekadar yang sempat. Apabila imam rukuk sebelum selesai Al- Fatihahnya, maka hendaklah dia rukuk mengikut imam. Jika imam sedang rukuk, maka hendaklah dia rukuk. Ringkasnya dia hendaklah menurut keadaan imam sesudah ia bertakbiratul ihram. Sekiranya ada kesempatan berdiri bersama imam dalam jangka masa yang singkat, maka hendaklah dia membaca Al- Fatihah setakat yang dia boleh baca,selagi imam belum rukuk. Kemudian dia mestilah dapat berhenti bersama dalam rukuk itu atau dia datang semasa imam rukuk dan dia dapat rukuk yang sempurna bersama imam, maka dia dikira mendapat satu rakaat.

11

3.0 HIKMAH

3.1

HIKMAH SOLAT BERJEMAAH Hikmah solat jemaah merupakan kelebihan atau faedah yang diperolehi

jika kita mengerjakannya. Terdapat banyak kelebihan dalam solat berjemaah. Menurut Abdul Al-Qari (2003), solat jemaah menyamai pahala 27 pahala solat seorang diri berdasarkan sumber daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: : . . "Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam hadis yang lain diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya, Rasulullah bersabda, Sesungguhnya orang yang paling besar pahalanya ketika menunaikan solat ialah orang paling jauh perjalanannya iaitu langkahnya menuju ke masjid. Seseorang yang menunggu untuk menunaikan solatnya sehinggalah dia menunaikannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang menunaikan solat (dahulu) kemudian dia terus tidur.( Hadis Bukhari dan Muslim) Allah S.W.T berfirman :
12

.18 : : Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. at-Tauba : 18. Selain itu, Allah memelihara orang yang solat berjemaah daripada gangguan syaitan berdasarkan sumber Muadz B. Jabal r.a. daripada Rasulullah S.A.W bersabda Sesungguhnya syaitan itu ialah serigala (makhluk buas) yang menerkam manusia, seperti mana juga serigala yang menerkam kambing; dia akan menangkap kambing yang bersendirian (di hujung padang) dan yang alpa (lalai). Kerana itu jauhilah kamu dari berpecah belah (bersendirian), dan selalulah kamu berjemaah (terutama semasa sembahyang fardu) dan selalu bersama orang ramai (hidup bermasyarakat dan berjiran-tetangga). (Hadis Riwayat Ahmad). Berdasarkan sumber Anas B. Maalik r.a., beliau memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W bersabda Siapa solat jemaah kerana Allah selama 40 hari dalam jemaah, di mana dia sempat bertakbir Al-Ihraam (bersama Imaam:di awal waktu), nescaya dia akan dituliskan terlepas daripada Dua Kelepasan, iaitu: Kelepasan dari neraka dan kelepasan dari nifaq (sifat berpura-pura dalam Islam). Berdasarkan hadis di atas, hadis menjelaskan kelebihan solat kerana jika kita solat kerana Allah dalam keadaan ikhlas, maka kita akan mendapat kelepasan dari neraka dan nifaq. Orang yang tidak melaksanakan solat berjemaah ialah orang yang munafik kerana orang tersebut tidak mahu menikmati segala kelebihan yang ada dalam solat berjemaah. Orang yang munafik ini ialah orang yang merosakkan Islam, orang yang sentiasa melakukan dosa, sentiasa melakukan maksiat dan golongan yang zalim pada dirinya sendiri dan orang yang dalam kerugian. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Tidak ada sembahyang yang lebih berat kepada orang munafiqin (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada
13

solat isyak dan subuh. Kalaulah mereka mengetahui (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak". (Riwayat Bukhari & Muslim). Berdasarkan hadis di atas, orang yang solat berjemaah berupaya terselamat semasa di dunia dari melakukan amalan orang munafik dan di akhirat kelak dia akan terselamat daripada seksaan yang dikenakan kepada orang munafik. Hal ini adalah kerana sifat orang munafik bertentangan dengan sifat orang mukmin yang solat (Abu Ahmad Fatanah, 2011). Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: Solat seorang lelaki beserta dengan seorang lelaki lain lebih banyak pahalanya daripada dia bersolat seorang diri dan solat seorang lelaki beserta dua orang lelaki lebih banyak pahalanya daripada dia bersolat dengan seorang lelaki sahaja. Manakala jemaah yang lebih ramai maka jemaah itu adalah lebih dikasihi Allah. Hadis di atas ini, menunjukkan bahawa besar pahala bagi orang yang melaksanakan solat secara berjemaah. Jika jemaah itu besar, maka lebih besar pahalanya dan dalam solat berjemaah Allah turunkan malaikat-malaikatNya kepada orang yang solat berjemaah untuk memberikan rahmat kepada para jemaah dan meminta ampun ke atas seseorang yang berada di tempat solatnya, sama ada sebelum solat di masjid, atau sesudahnya selama dia berada di tempat solatnya, selama dia tidak menyakiti orang lain dengan mengumpat atau mengadu domba atau bercakap dengan percakapan yang sia-sia dan selama dia belum berhadas. (Abdul Al-Qari, 2003). Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh berjemaah pula, orang tersebut akan berada dalam jaminan Allah dan keselamatannya sehinggalah ke waktu petang. Menurut Hadis Muslim, Siapa bersolat Subuh, maka dia dalam pemeliharaan (jaminan) Allah; maka Allah tidaklah akan menuntut sesuatu daripada pemeliharaan-Nya itu kerana sesungguhnya siapa yang menuntut sesuatu daripada pemeliharaan Allah itu akan mendapatnya kemudian mukanya akan disembamkan ke dalam neraka jahanam. Hadis ini menjelaskan bahawa sesiapa yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah, maka Allah akan
14

memberikan haknya dan dia akan mendapat perlindungan daripada Allah di muka bumi ini (Ahmad, 2008). Hakikatnya, Allah S.W.T mengagumi solat berjemaah kerana Dia sangat mengasihi caranya. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, Sesungguhnya Allah benar-benar mengagumi (merasa benar) solat dalam jemaah (Hadis Ahmad dan At-Tabarani). Hadis ini diperkuatkan lagi dengan wahyu Allah S.W.T dalam surah Asy-Syura:11 ; Tidaklah serupa Dia dengan sesuatu; sedang Dia Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat. Malahan pula, para malaikat bedoa kepada sesiapa yang solat jemaah (sebelum solat dan selepas solat) selagi dia berada di tempat solatnya selama dia belum berhadas atau belum menyakiti sesiapa. Dengan menunaikan solat secara berjemaah sebenarnya kita telah memperteguhkan dan menyatukan diri kita dalam satu barisan dan melatih diri untuk taat kepada keperluan umum dengan mengikut imam untuk menuju kepada matlamat yang satu serta kepada perkara-perkara yang diredai Allah. Solat secara berjemaah juga dapat membantu kita untuk saling kenal mengenali di antara satu sama lain disamping mengeratkan hubungan tali silaturahim dan mengikat tali persaudaraan sesama manusia. Kita juga dapat membiasakan diri dengan terlibat dalam anggota masyarakat serta tolong menolong dalam melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan. Situasi ini mengembalikan umat Islam dalam hidup bermasyarakat (bersatu) dan tidak berpecah-belah kerana solat berjemaah boleh ditakrifkan sebagai perhimpunan kecil di mana orang ramai (makmum) mengikut seorang imam dengan ikutan yang sempurna maka ini dapat menggambarkan suatu pandangan yang menyeluruh terhadap Islam. Selain itu, para jemaah yang mengerjakan solat berjemaah akan terasa berada di barisan perang sewaktu berada dalam saf solat berjemaah. Hal ini dibuktikan dalam surah Ash-Shaff : 4, Sesungguhnya Allah menyukai orangorang yang berperang di jalan-Nya menjadi satu saf (barisan) seolah-olah
15

mereka satu bangunan (teguh) yang tersusun rapi. Mereka yang mengerjakan solat berjemaah bergabung menjadi satu barisan seperti dalam jihad demi menguatkan kepimpinan panglima supaya tidak mendahului dan tidak ketinggalan melaksanakan perintah-Nya. Solat berjemaah juga menurut Ahmad (2003), dapat melenyapkan gangguan jiwa kerana berlaku pesan-memesan untuk perkara yang benar. Selain itu, solat jemaah menggalakkan kita untuk melakukan perkara yang maaruf (baik) dan melarang kita dari melakukan perkara yang mungkar (jahat). Masyarakat akan bekerjasama, tolong-menolong dan melakukan kebaikan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Jika umat Islam berkumpul pada waktu tertentu untuk mendidik mereka memelihara dan mengisi waktu (dengan perancangan berguna bagi kepentingan kehidupan di dunia dan di akhirat), maka masalah jiwa dalam kalangan masyarakat turut dapat dihapuskan. Solat berjemaah juga dapat menghidupkan dan mengimarahkan masjid, dan ia merupakan tanda keimanan. Firman Allah SWT: Bahawasanya yang memakmurkan masjid masjid ialah orang beriman denganAllah dan juga hari akhirat (Surah at-Taubah: 18). Sabda Rasulullah S.A.W. : Apabila kamu melihat seorang lelaki yang sentiasa ke masjid, maka bersaksilah bahawa dia memang seorang yang beriman (Riwayat Ahmad dan Tirmizi). Berkata Ibnu Mas'ud: Memang jelas daripada pemerhatianku, bahawa tidak ada yang meninggalkan solat berjemaah melainkan orang munafik yang jelas sikap munafiqnya (Riwayat Muslim). Begitu juga haramnya bagi seluruh orang Islam di sesuatu kawasan untuk meninggalkan solat berjemaah, kerana itu bererti menghapuskan satu daripada syiar Islam. Maka, mereka wajib dikenakan tindakan oleh pemerintah, sekalipun mereka semua menganggap hukumnya hanyalah sunat muakkad. Selain daripada hikmah hikmah yang dinyatakan di atas, Allah juga mengurniakan fadilat untuk para jemaah yang pergi ke masjid kerana ingin menunaikan solat secara berjemaah. Fadilat ini akan diperolehi bermula dari niat hendak pergi ke masjid untuk solat berjemaah. Terdapat banyak riwayat yang
16

memetik dari hadis tentang kebaikan atau fadilat yang diperolehi dari solat berjemaah dimasjid. Sabda Rasulullah S.A.W. : Berulang alik ke masjid tergolong daripada jihad pada jalan Allah dan Sesiapa berjalan kepada satu solat fardhu untuk berjemaah maka solat jemaahnya itu seperti mengerjakan satu haji, dan sesiapa berjalan kepada satu solat sunat maka solat sunatnya seperti mengerjakan satu solat sunat. (Hadis riwayat At Tabrani). Selain itu, fadilat sampingan yang akan diperolehi ketika perjalanan berulang alik ke masjid adalah seperti meningkatkan silaturahim sesama saudara Islam, pahala kerana berdakwah menjalankan amar makruf dan nahi mungkar, pahala memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan, atau mendapat pahala kerana membuang sesuatu yang mengganggu atau merbahayakan orang ramai di jalan jalan raya serta banyak lagi pahala yang lain. Rasulullah bersabda : Senyumanmu (di hadapan) muka saudaramu adalah (berpahala) sedekah untukmu, kamu menyuruh berbuat baik dan kamu melarang berbuat jahat juga adalah bersedekah, kamu menunjukkan seseorang yang sesat jalan (sama ada jalan agama atau jalan raya dunia) adalah pahala sedekah untukmu, dan kamu membuang batu, duri dan tulang dari jalan laluan orang adalah berpahala sedekah untukmu. (Hadis riwayat Bukhari dan Tarmizi). Kebaikan dan fadilat yang diperolehi ketika berada di masjid pula, adalah seperti yang diriwayatkan antaranya ialah mendapat fadilat berdoa masuk dan keluar masjid, mendapat fadilat solat tahiyyatul masjid, fadilat beriktikaf dan tergolong dari golongan yang cintakan masjid. Orang yang mencintai masjid akan mendapat lindungan bayangan rahmat Allah S.W.T di hari kiamat nanti. Selain daripada itu, fadilat lain yang diperolehi adalah ketika menunggu waktu solat, berada pada saf pertama dan saf sebelah kanan imam, mendapat fadilat perlindunagn Allah dari dikuasai oleh syaitan yang direjam dan banyak lagi fadilat fadilat sampingan lain yang dapat membantu kita mendapat keredhaan dariNya.

17

4.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap umat Islam haruslah mengetahui dan memahami kaifiat untuk menunaikan solat secara berjemaah dengan betul. Ini kerana, sekiranya jika kita tidak mengerjakan solat berjemaah dengan mengikuti kaifiat yang betul, solat yang didirikan boleh terbatal dan akhirnya terlepas ganjaran pahala solat berjemaah.

18

Ganjaran bagi orang yang menunaikan solat secara berjemaah sangat besar kerana berdasarkan hadis riwayat daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa pahala solat jemaah lebih besar iaitu sebanyak 27 kali darjat ganjaran pahala berbanding solat secara bersendirian kerana dia hanya memperolehi 1 darjat dalam setiap perbuatan solatnya. Maka, orang yang tidak mengerjakan solat berjemaah sangat rugi kerana tidak mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Amalan mengerjakan solat secara berjemaah haruslah dipupuk sejak dari awal lagi di mana, seorang ayah haruslah mendidik ahli keluarganya mengerjakan solat secara berjemaah setiap waktu. Selain daripada mendapat ganjaran pahala yang banyak, ia juga dapat membina jalinan kemesraan antara ahli keluarga. Anak- anak yang telah dididik solat berjemaaah sejak dari kecil akan menjadikannya sebagai amalan sehingga dewasa. Selain daripada itu, solat berjemaah secara langsung melahirkan persahabatan, persaudaraan, kerjasama, saling menghormati dan ikatan ukhwah di antara sesama muslim. Melalui solat berjemaah, akan menguat dan memperkukuhkan lagi perpaduan ummah islam secara lebih menyeluruh dalam semua peringkat kehidupan. Ini dapat mengelakkan daripada memecah belahkan dan mencetuskan hasad dengki sesama ummah islam.

19

Anda mungkin juga menyukai