Anda di halaman 1dari 34

Pendidikan islam

pik2102w
SOLAT BERJEMAAH

DISEDIAKAN OLEH:
FARIZATUL MULIA BINTI CHE
ZAINOL
PENGENALAN
Mendirikan solat fardhu secara berjemaah
semestinya telah menjadi tuntutan utama dalam
Islam sekalipun di dalam suasana musafir
solat fardhu secara berjamaah telah menjadi satu
disiplin dan prinsip tegas Nabi Muhammad s.a.w
dalam melaksanakan solat-solat fardhu secara
berjemaah dan disiplin di ikuti oleh empat khalifah
serta para-para sahabat r.a.
Abu Daud (547) dan ibnu Hibban (425)
mensahihkannya dan lain-lainnya juga
meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda: tiga orang
yang berada dalam suatu kampung atau
pendalaman yang tidak didirikan jamaah di
kalangan mereka, maka syaitan akan menguasai
mereka. Oleh itu hendaklah kamu bersama jemaah
sesungguhnya serigala itu hanya akan memakan
TARIKH IA DIDIRIKAN
Nabi s.a.w mendirikan sembahyang secara
berjamaah selepas baginda berhijrah ke
Madinah. Selama baginda menetap di Mekah
selama 13 tahun, baginda menunaikan
sembahyang secara tidak berjemaah kerana para
sahabat berada dalam keadaan ditekan. Mereka
hanya menunaikan sembahyang di rumah-rumah
mereka sahaja. Apabila baginda berhijrah ke
Madinah, baginda telah menunaikan solat secara
berjemaah dan tidak sesekali meninggalkannya.
MAKSUD
Menurut bahasa - sekumpulan manusia yang
mempunyai kesamaan sifat dan sebagainya
dilakukan secara berkumpulan
ditakrifkan sebagai sembahyang beramai-ramai
dengan seorang imam di hadapan dan makmum
berada di belakang imam
Terdapat pendapat yang sahih mengenai hukum
sembahyang berjemaah kecuali sembahyang
Jumaat adalah fardhu kifayah
Sabda nabi s.a.w:
Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat sendirian
dengan kelebihan 27 darjat. (Riwayat
Bukhari/Muslim)
Rasulullah s.a.w menggalakkan umatnya untuk
mengerjakan solat jemaah dan menjelaskan pahala serta
kebaikan yang terkandung di dalam solat berjemaah itu
sendiri.
Baginda sentasa menjaga solat jemaah dengan
sempurna, begitu juga para sahabat, serta orang-orang
soleh serta bertaqwa kepada Allah sehingga sekarang.
Ertinya mereka sentiasa mengerjakan solat lima waktu
secara berjemaah.
Solat-solat yang disunanahkan berjemaah terdiri
daripada solat fardhu lima waktu, solat hari raya (Aidilfitri
dan Aidiladha), solat istiqara (mohon hujan), solat
gerhana matahari dan bulan, solat jenazah, solat tarawih
dan solat witir serta solat jumaat.
Beberapa Keuzuran Yang
Dibenarkan Oleh Syarak
Keuzuran umum
merangkumi hujan, angin yang kuat pada
waktu malam serta jalan yang terlalu becak
dan belumpur

Keuzuran khusus
seperti sakit, keadaan yang terlalu lapar dan
dahaga, takut kepada orang yang akan
melakukan kezaliman ke atas diri dan hartanya
dan ketika menahan diri daripada berlakunya
hadas (kecil) disebabkan kencing dan buang
air besar
Kelebihan Solat Berjemaah
Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Seorang yang bersolah secara berjemaah akan
digandakan sebanyak dua puluh tujuh kali pahala
lebih daripada orang yang bersolah bersendirian
di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila
seseorang itu mengambil wuduk dengan
sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-
mata untuk bersolah maka setiap langkah yang
dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan
digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia
terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan
berwuduk) maka para malaikat akan memohon
rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana
dia terus duduk menunggu untuk menunaikan
solah yang seterusnya maka dia akan terus
Rahsia Solat Berjemaah
melatih orang ramai supaya sentiasa mematuhi
ketua-ketua, kerana para makmum wajib
mematuhi imam mereka.
membiasakan dan melatih kaum muslimin
supaya menjalani kehidupan dengan penuh
berdisiplin.
menimbulkan perasaan yang sama rata atau
persamaan antara umat manusia
membuka peluang untuk berkenal-kenalan antara
satu sama lain di sesuatu tempat
Hukum Solat Jemaah Pada
Pandangan 4 Mazhab
Mazhab Syafie
Mengikut mazhab Syafie hukum sembahyang
berjemaah adalah fardhu kifayah ke atas semua
lelaki yang mampu, namun apabila terdapat
sekumpulan orang yang melakukannya maka
gugurlah kewajipan itu
Mazhab Hambali
mazhab Hambali pula menyatakan bahawa
hukum sembahyang berjemaah bagi lelaki adalah
fardhu ain
Namun begitu, hadis ini telah dibatalkan setelah
baginda mendapati ramai sahabat yang tercicir
dari sembahyang berjemaah.
Mazhab Hanafi Dan Maliki
hukum sembahyang jemaah ialah sunat
muakkad berdasarkan hadis yang
mengatakan sembahyang berjemaah itu
sunnatul huda (sunnah petunjuk).
KONSEP IMAM DAN MAKMUM
DALAM SOLAT BERJEMAAH
Imam
dalam bahasa Arab bermaksud pemimpim
Dalam erti kata biasa imam merupakan individu
yang dilantik bagi memimpin golongan para jemaah
ketika melakukan ibadah solat atau amal kebaikan
dalam erti lain imam ialah mereka yang diberi
kepercayaan menjadi pemimpin bagi satu kumpulan
untuk memimpin ke jalan benar.
Imam tetap mestilah seorang yang bebas iaitu tidak
terkongkong dengan pekerjaan lain serta mestilah
adil, jujur dan mempunyai pengetahuan dalam
agama Islam yang baik.
Imam solat boleh dibahagikan kepada tiga
kategori utama iaitu bergantung kepada jenis
waktu tugasan pengimamam solatnya sama
ada lima kali waktu solat sehari semalam, solat
Jumaat sahaja atau solat-solat tertentu sahaja
pandangan mazhab hanafi dan Maliki adalah
diperlukan untuk setiap hari solat Jumaat
sahaja, tetapi solat-solat lain tidak diperlukan.
mazhab Syafie dan Hambali telah mambantah
bahawa pernyataan tersebut adalah tidak
diperlukan dan menyifatkan setiap solat selagi
ia dikerjakan secara berjemaah ia kekal perlu
mempunyai imam.
Syarat-Syarat Imam
ISLAM
Tidak sah solat yang diimamkan oleh orang kafir.

BERAKAL
Tidak sah solat yang diimamkan oleh orang gila. Ini kerana, solat yang
dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila
itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini
kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.

BALIGH
Tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang
baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang
diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Masud, Janganlah diimamkan solat itu
oleh seorang budak sehingga dia baligh. Ini kerana solat itu adalah dalam
keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada
ahli yang sempurna. Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh
menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa
yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan
solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur
tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)
LELAKI
Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah
lelaki.Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau
khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya
yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak
disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

SUCI
Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam orang
yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya,
pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

QARI
Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.Seseorang imam
hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan
bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat mesti seorang yang fasih al-
lisan. Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.
Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang
buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti
mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak
mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu
mengadap kiblat.
KEADAAN
Bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain
sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan
imamnya disebabkan masbuk:
Mazhab Hanafi: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu
sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum). Oleh
yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.
Mazhab Maliki: tidak harus menjadikan seseorang yang
masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut
(makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat
bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk
menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak
sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia
sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.
Mazhab Syafie: terputus ikutan/menurut imam dengan semata-
mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi
salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana
terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka
pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam
atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.
Kesimpulannya : mazhab Hanafi dan mazhab Maliki tidak
mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut
SYARAT KHAS
Pada mazhab Hanafi dan mazhab Hambali:
sihat daripada keuzuran.Tidak lawas ketika
buang air, kerap terkentut dan batuk makruh
ke atas orang yang mempunyai penyakit-
penyakit ini menjadi imam. Sekiranya
seseorang yang mempunyai satu keuzuran
adalah lebih utama menjadi imam daripada
orang yang mempunyai dua keuzuran.
Pendapat mazhab Maliki tidak mensyaratkan
syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi
imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.
Bagi mazhab Syafie tidak mensyaratkan syarat
ini dan sah menjadi imam orang yang
mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu
mengulangi solat tersebut
Syarat Sah Mengikut
Imam
Niat mengikut imam
Perbuatan mengikut imam
Mengetahui gerak-geri perbuatan imam
Imam dengan makmum berhimpun atau berkumpul
pada satu tempat/makmum dibelakang imam
Makmum di belakang imam
Makmum tidak menyalahi imam
Imam tidak dipengaruhi oleh solat orang lain
Imam mestilah lelaki
Imam hendaklah mempunyai bacaan yang baik
Tidak boleh mengikuti imam yang diketahui batal
solatnya
Makmum
Makmum ialah orang yang mengerjakan solat di
belakang imam atau pn mengikut pergerakkan
imam, sama ada hanya dia seorang atau ramai
iaitu para jemaah.

Makmum dibahagikan kepada 2 kategori iaitu


makmum muwafiq dan makmum masbuq.
Syarat-Syarat Sah Sebagai
Makmum
Haruslah niat semasa di dalam solatnya dengan
mengikut imam
Mengikut imam dalam semua perbuatannya, dan
makmum tidak boleh mendahului imam dalam
semua perbuatan walaupun sedikit
Kedudukan makmum berada di belakang imam
Makmum lelaki tidak boleh berimam dengan imam
perempuan
Tidak ada penghandang yang menghalang atau
menutup antara imam dan juga makmum, sekiranya
makmum berada di luar masjid sedangkan imam
berada di dalam masjid.
KONSEP MASBUQ DAN MUWAFIQ
DALAM SOLAT BERJEMAAH
Masbuq
Seorang mamum yang tidak sempat berjemaah semasa
berdiri imamnya dan tidak mendapat masa yang cukup
untuk membaca Al-Fatihah bersama Imam. Ini disebabkan
Imam telah pun rukuk atau hampir-hampir rukuk kemudian
mamum tadi masuk ke saf sembahyang berjemaah. Ia
boleh berlaku ke atas seseorang mamum kepada empat
rakaat sama ada pada rakaat pertama, rakaat kedua,
rakaat ketiga, dan seterusnya pada rakaat keempat

Contohnya seorang mamum masuk solat berjamaah lewat


iaitu ketika imam membaca surah al kafirun hampir tamat
pada rakaat pertama, mamum itu dinamakan orang
masbuq kerana masa qiam imamnya itu tidak sempat dan
tidak membolehkan ia membaca fatihah hingga selesai.
Hukum Orang Masbuq
Sekiranya seorang mamum masuk
berjamaah solat isya ketika imamnya
hendak memulakan bacaan surah ad
Dhuha selepas fatihah, mamum itu
dinamakan muafiq kerana masa berdiri
imamnya dia sempat membaca surah
fatihah mengikut pembacaan uruf orang
ramai. Mamum yang masbuq
hukumnya dimaafkan meninggalkan
bacaan fatihah, kerana fatihah yang
belum dibaca atau sempat dibaca
sebahagian sahaja oleh mamum itu
dikira semuanya ditanggung oleh
Syarat-Syarat Masbuq
imam suci dari hadas dan najis

Rakaat yang mamum masbuq ikut itu bukan


rakaat yang lebih, contohnya rakaat yang kelima.

mamum masbuq sempat rukuk dan mempunyai


tamakninah sebelum imamnya bangkit daripada
rukuk.
Muwafiq
Seorang mamum yang sempat berjemaah
dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya,
di mana ia mempunyai masa yang cukup untuk
membaca Al-Fatihah bersama Imam dengan
bacaan yang sederhana

Hukum Orang Muafiq


Hukum bagi orang muafiq dimaaf kepadanya
tertinggal jarak tiga rukun yang panjang
daripada imamnya.tidak termasuk rukun yang
pendek. Contoh rukun panjang seperti rukuk
dan sujud. Manakala rukun yang pendek seperti
iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahhud awal
dan duduk antara dua sujud.
PERMASALAHAN SOLAT JEMAAH
MENGIKUT MAZHAB SYAFIE
Masalah pertama : Awal Solat Makmum
yang Masbuk
Soalan:
Seorang makmum masbuk sempat berniat
makmum bersama imamnya (sebelum
imamnya memberi salam). Adakah
sekadar apa yang sempat diperoleh oleh
makmum tersebut bersama imamnya itu
dikira sebagai awal solatnya atau dikira
sebagai akhir solatnya?
Jawapan :
Jika apa yang sempat diperoleh bersama imamnya itu
adalah dikira sebagai awal solatnya. Ada pun
tambahan yang dilakukan selepas imamnya memberi
salam itu adalah dianggap sebagai akhir solatnya.

Bagi makmum masbuq yang hanya sempat membaca


qunut bersama imamnya pada rakaat kedua bagi Solat
subuh. Ia juga dikehendaki mengulangi bacaan
qunutnya yang lain daripada qunut yang dibaca
bersama imamnya. Begitu juga halnya bagi makmum
yang menyertai imamnya ketika imamnya sedang
duduk membaca tasyahud awal bagi solat Maghrib.
Maka makmum tersebut dikehendaki supaya
mengulangi bacaan tasyahud awalnya pada rakaat
yang keduanya.
Dalam erti kata lain, inilah satu-satunya keadaan yang
mana seseorang itu akan membaca empat tahiyat
dalam satu solat iaitu solat Maghrib dan tidak akan
berlaku pada solat-solat yang lain iaitu yang pertama
ialah mambaca tahiyat awal bersama imamnya jika ia
menyertai imam ketika imamnya sedang membaca
tahiyat awal pada rakaat kedua. Kedua membaca
tahiyat ketika imamnya duduk untuk membaca tahiyat
akhir pada rakaat ketiga sedangkan ia baru mendapat
satu rakaat dan masih ada baki dua rakaat lagi. Ketiga
ialah apabila ia bangun untuk menambah dua rakaat
lagi. Ia dikehendaki supaya duduk membaca tahiyat
awal pada rakaat keduanya. Ini bererti masih lagi
berbaki satu rakaat. Keempat ialah apabila duduk di
akhir rakaat ketiganya, ia dikehendaki membaca tahiyat
akhirnya sebelum memberi salam, maka jumlah
tahiyatnya adalah empat.
Masalah kedua: Buat Jemaah Kedua Atau Solat
Sendirian
Soalan :
Seorang datang lewat ke masjid untuk berjemaah
solat fardhu dan mendapati yang imam telah
memberi salam. Jadi yang mana lebih menepati
petunjuk rasulullah s.a.w sama ada membuat
satu lagi jemaah untuk solat atau mengikuti
jemaah yang dibentuk oleh orang yang
ketinggalan berjemaah bersama imam masjid
atau solat bersendirian di dalam masjid atau balik
ke rumah untuk solat berjemaah dirumah?
Jawapan :
Sekiranya masjid tersebut ialah masjid jalanan, iaitu yang
dibina di tengah-tengah lebuhraya highway untuk
kegunaan orang yang bermusafir, imam tetap tidak akan
dilantik, maka boleh sahaja atau tidak syak bahawa
melakukan jemaah kedua adalah lebih baik. Sekiranya
masjid itu mempunyai imam tetap, maka yang lebih afdhal
ialah bersembahyang jemaah, dan tidak digalakkan
bersembahyang berseorangan.

Menurut dalil yang terdapat dibawah adalah seperti


berikut:

Hadis Nabi SAW: "Sembahyang seorang lelaki dengan seorang


lelaki (berjemaah) adalah lebih baik daripada sembahyangnya
berseorangan. Dan sembahyangnya dengan dua orang lelaki
lebih baik daripada sembahyangnya dengan seorang lelaki.
Jemaah yang lebih banyak, lebih disukai oleh Allah". (HR Abu
Daud dan Nasai).
Kisah seorang lelaki masuk ke dalam masjid Nabi,
dan mendapati Rasulullah s.a.w dan sahabat-
sahabatnya telah selesai menunaikan solat jemaah.
Lalu dia pun bersembahyang berseorangan.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang mahu
bersedekah kepada orang ini, dengan
bersembahyang bersamanya?". Lalu seorang lelaki
bangun dan bersembahyang bersamanya. Kemudia
Rasulullah pun bersabda: "Dua orang ini adalah
jemaah". (HR Ahmad dan Abu Daud). Di dalam hal
ini, jelaslah Nabi Muhammad s.a.w menyuruh
umatnya supaya dilakukan jemaah kedua. Oleh itu,
tidak ada wajah bagi mereka yang mengingkari
didirikan jemaah kedua, kerana terdapat dalil yang
jelas dalam setiap perkara yang disampaikan ini
Masalah ketiga : Melintas Depan Jemaah Solat

Abdullah bin Abbas berkata; " Aku datang dengan


menunggang keldai betina dan saat itu aku hampir baligh.
Ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang solat di Mina dengan
tidak menghadap tembok. Aku pun lewat di hadapan shaf
(solat), lantas ku turun dan ku lepas keldaiku agar
merumput. Setelah itu, aku masuk kedalam shaf, dan tiada
seorang pun yang mengingkari perbuatanku itu. (al-
Bukhari)

Soalan:
Apakah petanda atau mesej yang hendak disampaikan
pada hadis ini?
Adakah dibenarkan untuk kanak-kanak yang belum baligh
melintas di depan orang bersolat atau adakah dibenarkan
untuk melintas di hadapan shaf makmum?
MENYEBABKAN PERMASALAHAN
INI BERLAKU DAN KESAN
TERHADAP PEMBENTUKAN

MASYARAKAT ISLAM ISLAM DI


Faktor-Faktor
NEGARAdiINI
Kurangnya pengetahuan dalam bidang
agama khususnya di dalam solat jemaah
Kurang menitikberatkan penerapan di dalam
pengajaran agama semasa dari kecil
Kurang minat mendalami agama

Kesan-Kesan
Memecah belahkan umat islam
Keruntuhan institusi kekeluargaan
Mudah dijajah
CADANGAN MENANGANI
PERMASALAHAN
Masyarakat haruslah mendalami bahagian ajaran
agama

Media massa perlulah memperbanyakkan dalam


menyediakan tayangan ceramah-ceramah yang
tidak dapat dikunjungi oleh orang ramai yang
berada jauh dari rumah mereka

Pemimpin negara perlulah mengambil berat


mengenai peranan dalam mengangani
permasalan ini
RUMUSAN
Solat berjemaah ini amat penting kepada umat
islam

Solat berjemaah ini mempunyai pahala yang


banyak jika dibandingkan dengan solat secara
bersendirian

Masyarakat kini perlulah mengambil berat


mengenai solat lima waktu secara berjemaah
kerana ini akan memberi manfaat pada masa
sekarang dan juga masa hadapan

Anda mungkin juga menyukai