Anda di halaman 1dari 10

FIQH SOLAT BERJEMAAH sah, tetapi makruh bagi makmum, tidak makruh bagi imam,

tetapi fadilat berjemaah didapati setakat berniat imam sahaja.


Bahan ini disusun dan diolah dari kitab rumi yang Makmum yang tidak berniat mengikut imam, sedangkan
asalnya dipetik dari sebuah kitab jawi dengan gaya perbuatan solatnya seperti menanti perbuatan imam dengan
bahasa lama. Saya mengemukakannya dalam bentuk kadar lama, batal solatnya. Melainkan ia menanti sekejap atau
yang lebih moden dan mudah untuk tatapan anda. Moga secara kebetulan.
bermanfaat.
Perkara kedua: Berada bersama imam di satu tempat
12 Syarat Sah Menjadi Makmum: Ada 4 situasi:
1.Berniat makmum-dengan berjemaah atau mengikut imam i) Sama-sama di dalam masjid
2.Berada bersama imam di satu tempat ii) Imam dalam masjid, makmum luar masjid
3.Makmum mengikut imam pada perbuatan sunat (yang iii) Imam luar masjid, makmum dalam masjid
sekiranya makmum menyanggahi imam ia adalah perbuatan iv) Imam dan makmum di luar masjid-surau, madrasah,
keji dalam solat) musolla, rumah, padang dll
4.Makmum tidak ketinggalan dari imam sebanyak 2 rukun
perbuatan i) Sama-sama dalam masjid (walaupun jarak makmum-imam
5.Makmum bertakbiratul Ihram kemudian dari imam lebih 300 hasta, dihalang dinding, makmum di atas, imam di
6.Makmum menganggap solat imam sebagai sah bawah atau sebaliknya dengan syarat ada laluan/ tangga
7.Solat imam tidak diulangi menujunya)
8.Imam tidak menjadi makmum kepada orang lain Makmum sah mengikut imam dengan 2 syarat.
9.Imam lebih kedudukan/ martabat dari makmum 1.Makmum mengetahui perpindahan rukun perbuatan imam,
10.Tumit makmum di belakang tumit imam sama ada dengan melihat, mendengar suara, atau suara
11.Makmum tahu perpindahan rukun perbuatan imam muballigh atau melihat perbuatan makmum lain.
12.Solat makmum sama perbuatannya dengan perbuatan solat 2.Makmum tidak berada dalam bilik yang pintunya dipaku.
imam Tidak mengapa jika sekadar diselak, dikunci.
ii) Imam dalam masjid, makmum luar masjid
Huraian: dengan syarat jarak kedudukan makmum (pertama luar masjid)
Perkara pertama: Berniat makmum-dengan berjemaah tidak melebihi 300 hasta. Kiraan permulaan jarak dari tepi
atau mengikut imam masjid, bukan dari imam, kerana masjid sebagai tempat solat
Disyaratkan mengikut pada takbiratul Ihram pada solat yg iii) Imam luar masjid, makmum dalam masjid
disyarat berjemaah seperti solat Jumaat, solat yang diulang, dengan syarat sama seperti di atas.
solat Jamak Taqdim kerana hujan bagi orang yang bermukim. iv) Imam dan makmum di luar masjid-surau, madrasah,
Jika tidak, solat tidak sah. Begitu juga imam, berniat imam musolla, rumah, padang dll
ketika takbiratul Ihram. 2 syarat:
Jika solat tidak disyaratkan berjemaah, makmum/ imam boleh 1. jarak kedudukan makmum-imam atau jarak dari saf hadapan
niat berjemaah selepas Takbiratul Ihram. Solat kedua-duanya dengan imam tidak melebihi 300 hasta.

1 2
2. tiada dinding menghalang antara makmum dan imam Makmum wajib mengikut jika imam melakukannya. Jika imam
walaupun nampak imam, atau dinding tidak menghalang laluan meninggalkannya, makmum boleh sujud sahwi selepas imam
tetapi tidak kelihatan seperti tabir. Ia berlainan dari dinding memberi salam.
yang mempunyai pintu, dibuka ketika solat.
Perkara keempat: Makmum tidak ketinggalan dari imam
sebanyak 2 rukun perbuatan (atau mendahului imam
Perkara ketiga: Makmum mengikut imam pada dengan 2 rukun perbuatan)
perbuatan sunat (yang sekiranya makmum
menyanggahi imam, ia adalah perbuatan keji dalam Jika makmum terlambat satu rukun perbuatan dari imam,
solat) hukumnya makruh.
Jika makmum mendahului satu rukun perbuatan dari imam,
Sunat-sunat yang keji apabila makmum menyalahi imam ialah hukumnya haram. (Solat tidak batal)
seperti sujud tilawah, tasyahhud awal, qunut dan sujud sahwi.
Sekiranya makmum muafiq, tidak sempat menghabiskan
a) Sujud Tilawah bacaan Fatihah, imam rukuk. Makmum boleh meneruskan
Makmum mesti mengikut imam-sama ada melakukannya atau bacaan Fatihah sehingga imam mendahuluinya 3 rukun panjang
meninggalkannya. Sekiranya makmum tidak mengikut (rukuk, sujud pertama, sujud kedua). Iktidal dan duduk antara
perbuatan imam, solatnya batal. dua sujud dikira rukun pendek.

b)Tasyahhud awal Perkara kelima: Makmum bertakbiratul Ihram kemudian


Makmum mesti mengikut imam jika imam melakukannya. Jika dari imam
imam duduk untuk tasyahhud kemudian meninggalkannya, Iaitu imam selesai menyebut ‘ra’ pada ‘Allahu akbar’
makmum boleh membaca tasyahhud. Jika imam meninggalkan
tasyahhud, makmum tidak boleh tasyahhud. Perkara keenam: Makmum menganggap solat imam
sebagai sah
c) Qunut Iaitu makmum mengikut imam dalam keadaan imam meyakini
Makmum tidak wajib mengikut imam, sama ada melakukannya solatnya sah.
atau meninggalkannya. Sekiranya imam baca qunut, makmum
boleh meninggalkannya. Begitu juga sebaliknya, dengan syarat Perkara ketujuh: Solat imam tidak diulangi
sempat bersama imam dalam sujud pertama. Jika makmum Contohnya imam solat dengan tayammum kerana tiada air
membaca qunut sedangkan imam tidak, makmum sempat sedangkan ia bukannya musafir, atau imam solat dengan
bersama imam ketika duduk antara dua sujud, hukumnya tayammum yang ada najis di bawah balutan lukanya dll, maka
makruh. Jika imam sujud kedua, sedangkan makmum masih solat imam perlu diulangi.
membaca qunut (iaitu belum turun sujud), batal solat makmum.
Perkara kelapan: Imam tidak menjadi makmum kepada
d) Sujud sahwi orang lain

3 4
Sekiranya imam memberi salam, makmum bangun bagi 1.Jika yang solat banyak bilangan rakaatnya (cth Zohor)
menambah rakaat yangbelum cukup, maka boleh berimamkan yang sedikit bilangan rakaatnya (cth Subuh,
berimamkannya. Maghrib), hukumnya seperti makmum masbuk iaitu
disempurnakan bilangan rakaat selepas imam memberi salam.
Perkara kesembilan: Imam lebih kedudukan/ martabat 2.Jika imam solat Subuh, membaca Qunut, maka afdhal bagi
dari makmum makmum mengikut imam.
3.Begitu juga jika imam membaca tasyahhud akhir pada solat
Perempuan tidak boleh menjadi imam kepada lelaki, Ummi Maghrib dan makmum solat Zohor, afdhal bagi makmum
(tidak pandai membaca dengan baik) tidak boleh menjadi imam mengikut imam.
kepada qari. → Makmum boleh mufaraqah dari imam semasa imam baca
qunut pada solat Subuh atau tasyahhud akhir pada solat
Perkara kesepuluh: Tumit makmum di belakang tumit Maghrib. Kelebihan berjemaah tidak hilang dari makmum
imam kerana mufaraqah tersebut dibuat bagi memelihara aturan
solatnya.
Sekiranya tumit makmum sama dengan tumit imam, hukumnya
makruh. 4.Jika makmum sedikit bilangan rakaat solatnya (cth Subuh)
berimamkan kepada yang banyak bilangan rakaat (cth Zohor),
Perkara kesebelas: Makmum tahu perpindahan rukun harus bagi makmum mufaraqah sebaik sahaja cukup bilangan
perbuatan imam rakaatnya dan imam bangun kepada qiam rakaat ketiga
Atau
Sama ada dilihat, didengar imam atau gerakan makmum disaf Harus makmum mengikut imam, iaitu ketika imam
belakang imam atau suara orang yang menguatkan suara untuk tasyahhud awal, ia adalah tahiyyat akhir bagi makmum. Ketika
menyampaikan perpindahan imam. ini, afdhal bagi makmum menanti imam untuk memberi salam
bersama-sama dengan imam.
Perkara keduabelas: Solat makmum sama perbuatannya Jika imam tidak duduk untuk tasyahhud awal, makmum
dengan perbuatan solat imam tidak boleh menanti di dalam tasyahhudnya. Oleh itu wajib bagi
Maksudnya pada perbuatan sahaja, tidak disyaratkan pada niat. makmum niat mufaraqah ketika itu. Jika tidak batal solatnya
Oleh itu, tidak sah makmum solat Zohor berimamkan yang solat
jenazah atau gerhana dan sebaliknya. 5.Jika makmum solat maghrib berimamkan yang solat zohor,
Jika yang solat Zohor berimamkan yang sunat, atau solat tunai wajib bagi makmum mufaraqah ketika imam bangun untuk
berimamkan yang qada’, atau yang banyak bilangan rakaat qiam pada rakaat ke-4. Ketika ini makmum tidak boleh menanti
berimamkan yang sedikit bilangan rakaat atau sebaliknya, sah imam untuk memberi salam bersamanya, kerana menanti imam
solat semuanya. ketika itu menyebabkan makmum melakukan pekerjaan yang
tidak dibuat oleh imam iaitu tahiyyat awal bagi imam.
Beberapa masalah:

5 6
8. Jika makmum mufaraqah dari imam kerana ada keuzuran,
fadhilat berjemaahnya tidak luput, sama ada keuzuran diri
makmum atau imam. Contohnya imam meninggalkan tahiyat
Tertib solat berjemaah yang afdhal awal, qunut atau dipanjangkan bacaannya lebih dari sekurang-
kurang afdhal sedangkan makmum tidak berupaya atau
1. Solat berjemaah-paling kurang seorang imam dan seorang keadaan makmum yang perlu disegerakan solatnya.
makmum. Afdhal solat berjemaah dari solat bersendirian
walaupun tidak khusyuk solat berjemaah berbanding solat 9. Kadang-kadang wajib bagi makmum berniat mufaraqah, iaitu
bersendirian. apabila berlakunya keadaan yang menjadikan solat imam batal,
sedangkan makmum mengetahui imamnya batal. Jika tidak
2. Tertib-Jumaat kerana disyarat berjemaah, subuh Jumaat, berniat mufaraqah, batal solat makmum.
subuh lain, Isyak, Asar, Zohor, Maghrib.
4 Perkara yang didapati oleh makmum ketika
3. Afdhal solat berjemaah berkait dengan tempat: 3 masjid- berjemaah:
Masjidilharam, Masjid Nabi, MasjidilAqsa, masjid yang diyakini 1. Mendapat fadhilat berjemaah
halal sumber binaan dan tempat. 2. mendapat Jumaat
3. mendapat fadhilat Takbiratul Ihram bersama imam
4. Jika berlaku keadaan solat di masjid tidak dapat berjemaah 4. mendapat rakaat
iaitu berseorangan, sedangkan solat di rumah dapat berjemaah,
maka afdhal solat berjemaah, kerana perkara yang berkait Huraian:
dengan ibadat iaitu berjemaah lebih afdhal dari yg bergantung
dengan tempat iaitu masjid. 1.Mendapat fadhilat berjemaah
Makmum mendapat pahala berjemaah jika sempat Takbiratul
5. Solat berjemaah yang ramai lebih afdhal dari yang sedikit, Ihram sebelum imam memberi salam pertama, walaupun
melainkan jika imamnya bid’ah dan kumpulan sedikit itu tidak makmum tidak sempat duduk bersama imam. Ini kerana
bid’ah makmum sempat berjemaah dalam satu rukun bersama imam
iaitu Takbiratul Ihram. Namun dari segi fadhilat, tidak sama
6. Berjemaah dalam kumpulan sedikit yang didengar bacaan dengan mereka yang sempat berjemaah dari awal.
Fatihah dan surah imam lebih afdhal dari berjemaah yang tidak
dapat didengar bacaan Fatihah dan surah imam Beberapa Masalah:
1. Jika makmum masbuk, selepas Takbiratul Ihram, tiba-tiba
7. Mereka yang lebih utama menjadi imam adalah pemerintah, imam memberi salam, sedangkan makmum belum sempat
imam dilantik, yang alim fiqh, qari, warak, lebih awal Islamnya, duduk bersama imam. Oleh itu makmum tidak boleh duduk
keturunan baik, suci pakaian, suci badan, baik pekerjaannya, bersama imam kerana duduknya imam di saat itu dikira diluar
elok suaranya, elok rupanya. solat. Maka makmum tidak boleh mengikut imamnya iaitu

7 8
duduk bersama imam. Jika makmum duduk juga, batal Makmum berada di belakang imam ketika imam Takbiratul
solatnya. Jika lupa atau jahil, tidak batal tetapi wajib bangun Ihram
dengan segera jika ingat (dalam masalah lupa) atau tahu Makmum terus mengiringi Takbiratul Ihram sebaik sahaja imam
(dalam masalah jahil), kemudian sunat sujud sahwi. selesai takbir.

2. Jika makmum masbuk, imam masih membaca tasyahhud dan Masalah:


belum memberi salam, wajib bagi makmum duduk bersama 1.Sunat bagi makmum tidak berlari ke tempat berjemaah
imam. Jika tidak, batal solat. walaupun takut luput fadhilat Takbiratul Ihram bersama imam.
Ini berbeza dengan Jumaat, wajib bersegera sekadar
3. Jika seorang baru datang untuk solat berjemaah ketika imam kemampuan.
selesai rukuk pada rakaat akhir, sunat baginya menanti salam 2. Sunat bagi imam atau yang solat bersendirian menunggu
imam untuk mendirikan solat berjemaah yang baru untuk mereka yang hendak berjemaah bersamanya. Tempat menanti
mendapat pahala berjemaah yang lebih sempurna. Itupun jika ialah semasa rukuk di rakaat akhir atau tasyahhud akhir kerana
masa masih panjang. Jika masa hampir habis, sunat berjemaah Allah dan tidak dalam masa yang lama.
terus bersama imam yang ada. Menurut Ibn Hajar, sunat 3. Sunat bagi imam menunggu makmum di dalam sujud kedua
menunggu untuk berjemah yang baru itu selama tidak luput (dalam masalah makmum muafiq ketinggalan dari imam
fadhilat awal waktu atau waktu ikhtiar Jika luput kedua-dua dengan sebab ia menghabiskan bacaan fatihah)
waktu itu kerana menantikan kedatangan jemaah baru, maka 4. Sunat imam meringankan solat dengan melakukan sunat
lebih baik berjemaah dengan yang asal. ab’adh dan hai’ah iaitu sekurang-kurang afdhal dan jangan
sampai had terlebih akmal, melainkan makmum redha (iaitu
2. Mendapat Jumaat dengan berlafaz, dan tidak memadai dengan diam seperti yang
Dikira mendapat Jumaat selepas dapat rakaat bagi makmum difahami oleh Sheikh Ramli dan Ibn Hajar)
bersama imam walaupun pada rukuk rakaat kedua. Apabila 5. Makruh memulakan solat sunat selepas Iqamah dibuat. Jika
makmum mendapat rakaat, hendaklah ia tambah satu rakaat seseorang solat sunat, tiba-tiba Iqamah dibuat, hendaklah
lagi setelah selesai imam memberi salam. Sunat bagi makmum disempurnakan solatnya. Ini dibuat selama mana tidak takut
menguatkan bacaan Fatihah dan surah pada rakaat keduanya. luput berjemaah Jika takut luput berjemaah, sunat bagi
makmum memberhentikan solatnya dan meneruskan
Makmum masbuk yang tidak sempat mendapat Jumaat kerana berjemaah bersama imam.
tidak dapat rakaat bersama imam wajib juga berniat Jumaat,
dan solat disudahkan dengan Zohor (iaitu 4 rakaat). Ada 4. Mendapat Rakaat
pendapat berkata harus dengan niat Zohor terus. Bagi makmum masbuk yang sempat rukuk bersama imam,
dikira mendapat rakaat dengan 3 syarat:
3. Mendapat fadhilat Takbiratul Ihram bersama imam i. Makmum sempat Takbiratul Ihram dengan sempurna
Bagi makmum yang sempat bertakbir mengiringi Takbiratul sedangkan imam masih dalam rukuk.
Ihram imam, dikira dapat fadhilat Takbiratul Ihram dengan 2 ii. Makmum sempat rukuk bersama imam dengan sempat
syarat: Tomakninah.

9 10
iii. Rukuk bagi makmum yang dikira sah berhubung dengan Makmum masbuk disunatkan takbir intiqalat ketika sama-sama
rukuk imam yang dikira sah iaitu semasa imam rukuk, tidak ada berpindah dengan imam walaupun bukan tempat baginya.
apa-apa keadaan yang membatalkan solat imam seperti Misalnya ia masuk berjemaah ketika imam iktidal. Imam turun
berhadas atau kena najis. untuk sujud. Makmum sama-sama turun sujud dengan bertakbir
walaupun turun itu bukan tempat bagi makmum.
Masalah:
Makmum masbuk disunatkan angkat tangan kerana mengikut
1. Makmum masbuk yang sempat rukuk bersama imam dengan imam seperti ia sama-sama bangun dengan imam ketika imam
dapat tamakninah, tiba-tiba imamnya berhadas. Makmum dikira bangun dari tasyahhud awal. Sementara makmum masbuk
dapat rakaat kerana dapat tamakninah rukuknya bersama tidak disunatkan mengikut imam pada keadaan duduk, seperti
imam. Sebaliknya makmum yang rukuk tidak sempat imam duduk tawarruk pada tahiyat akhir. Maka makmum yang
tamakninah, tiba-tiba imam berhadas, maka makmum tidak belum bertahiyat akhir, sunat duduk iftirash.
mendapat rakaat tersebut.
Masalah:
Demikian juga makmum tidak dapat rakaat jika syak-adakah ia
mendapat tamakninah rukuk bersama imam atau tidak. Wajib bagi makmum masbuk bangun selepas imam memberi
Makmum perlu menambah satu rakaat kerana rukuk tidak dikira salam kedua. Oleh itu, haram bagi makmum itu masih duduk.
dapat rakaat, kemudian makmum sujud sahwi kerana syakitu Jika ia masih duduk bukan pada tempatnya, batal solatnya.
berlaku melarat selepas imam memberi salam, dan syak seperti
ini dikira luar tanggungan imam. Jika makmum duduk selepas imam memberi salam kedua dan
kebetulan tempat tasyahhud awal baginya, maka harus bagi
2. Jika seseorang ingin solat pada waktu yang hampir habis, makmum duduk walaupun lama masanya. Contohnya: imam
tiba-tiba ada seorang yang sedang solat dalam keadaan rukuk. pada rakaat ke-3 pada solatnya 4 rakaat. Makmum baru masuk
Kalau ia berjemaah dengannya, dapat satu rakaat solatnya berjemaah ketika itu Ertinya semasa imam tahiyat akhir, tempat
dalam waktu. Kalau tidak berjemaah, tidak dapat solat dalam itu ialah tempat tahiyat awal bagi makmum.
waktu walaupun satu rakaat. Maka ketika itu wajib ia
berjemaah untuk mendapat rakaat di dalam waktunya HUKUM MASBUQ DAN MUAFIQ
walaupun satu rakaat, dan solatnya menjadi solat tunai
walaupun sebahagian rakaat lain diluar waktu, kerana ia Setiap makmum yang berjemaah, fardhu atau sunat, tidak
mendapat rakaat, sekurang-kurangnya satu rakaat di dalam terlepas sama ada keadaannya masbuq atau muafiq.
waktu. Definisi:
Muafiq- makmum yang bersama imam iaitu makmum sempat
Perkara-perkara sunat yang dilakukan oleh makmum menghabiskan bacaan Fatihahnya ketika ia qiam bersama
bersama imam imam.
Hukum: dimaafkan kepada makmum muafiq ketinggalan dari
imam sebanyak 3 rukun panjang sekiranya berlaku keadaan

11 12
yang mengharuskan ketinggalan tersebut. Contohnya: imam imam turun untuk sujud. Jika tidak sempat menghabiskan
rukuk, sujud pertama dan sujud kedua. Justru, kiranya bacaannya, hendaklah ia berniat mufaraqah. Jika tidak berniat
makmum tidak menyelesaikan bacaan Fatihahnya sebaik sahaja mufaraqah sebelum imam turun sujud, dan sebaik imam turun
imam berpindah ke rukun ke-4 baginya, maka makmum mesti sujud, batal solat makmum. (Makmum muafiq yang was-was
membuat pilihan antara mufaraqah atau mengikut imam dihukumkan seperti orang yang sengaja melambatkan bacaan
tersebut. Fatihahnya. Oleh itu tidak dimaafkan ketinggalan dari imam
sebanyak 3 rukun panjang.)
Definisi Masbuq- makmum yang didahului oleh imam iaitu
makmum yang tidak sempat menghabiskan bacaan Fatihahnya 2. Makmum muafiq yang syak ia membaca Fatihah atau tidak,
atau langsung tidak sempat membacanya. Ia qiam bersama dan belum lagi rukuk sedangkan imamnya sudah rukuk. Maka
imam atau ia mula berjemaah semasa imam sedang rukuk atau makmum berkenaan wajib membaca Fatihah dan dimaafkan
hampir rukuk. ketinggalan dari imam 3 rukun panjang. Jika makmum
berkenaan belum selesai bacaan Fatihahnya sedangkan imam
Oleh itu makmum masbuq tidak boleh ketinggalan dari imam berpindah ke rukun ke-4 baginya, maka makmum berkenaan
sampai 3 rukun panjang. Bahkan ia hendaklah membaca ketika itu membuat pilihan di antara mufaraqah atau terus
Fatihah sekadar yang dapat. Apabila imam rukuk, ia hendaklah mengikut imam. Jika makmum tidak membuat pilihan, apabila
rukuk. Fatihah yang tidak sempat dihabiskan ditanggung oleh sampai sahaja imam kepada rukun ke-4, batal solatnya.
imam. Demikian juga, makmum masbuq yang mula berjemaah
semasa imam sedang rukuk, ia terus rukuk tanpa membaca 3. Makmum muafiq yang syak membaca Fatihah atau tidak,
apa-apa. Apabila sempat rukuk bersama imam serta kemudian rukuk bersama imam. Maka hukumnya makmum
tamakninah, maka dikira makmum tersebut mendapat rakaat tersebut tidak boleh kembali untuk membaca Fatihah, bahkan
itu. wajib ia terus mengikut imam. Apabila imam selesai memberi
salam, wajib ia menambahkan satu rakaat lagi.
Masalah berhubung dengan makmum muafiq:
1. Makmum muafiq tidak sempat menghabiskan bacaan 4. Makmum muafiq yang lupa membaca Fatihah semasa ia
Fatihah kerana tabiat lambat membaca, dimaafkan tertinggal qiam bersama imam, dan terus lupa sehingga imam rukuk,
dari imam walaupun sehingga 3 rukun panjang. Jika bacaan sedangkan makmum masih belum rukuk. Kemudian baru
fatihah tidak dapat dihabiskan sehingga imam berpindah ke teringat, maka wajib makmum membaca Fatihah dan tidak
rukun ke-4, makmum perlu membuat pilihan di antara boleh ia rukuk bersama imam dan dimaafkan ia ketinggalan 3
mufaraqah atau mengikut imam. Jika ia mengikut imam, rakaat rukun panjang dari imam.
tersebut tidak dikira dan makmum mesti menambah satu rakaat
selepas imam memberi salam. 5. Makmum muafiq yang syak membaca Fatihah atau tidak
semasa ia sudah rukuk, sedangkan imamnya belum rukuk.
Makmum muafiq yang lambat bacaannya kerana was-was, Maka makmum itu wajib bangun semula membaca Fatihah dan
tidak dimaafkan ketinggalan dari imam 3 rukun panjang, dimaafkan ketinggalan dari imam walaupun 3 rukun panjang.
bahkan ia hendaklah menyempurnakan bacaannya sebelum

13 14
6. Makmum muafiq yang tidak sempat membaca Fatihah 9. Makmum muafiq yang ketinggalan dari imam. Apabila imam
kerana membaca bacaan sunat selepas Takbiratul Ihram seperti bertakbir untuk qiam, disangka imam duduk utk tasyahhud
doa Iftitah. Imam rukuk dan makmum tidak sempat membaca awal. Lalu ia duduk bertasyahhud. Ia mendengar imam
Fatihah atau menghabiskannya. Maka ia dimaafkan ketinggalan bertakbir untuk rukuk, disangkanya bangun dari tasyahhud
3 rukun panjang dari imam. awal. Selepas itu baru makmum sedar bahawa takbir imam tadi
untuk rukuk. Ada berlaku khilaf:
7. Makmum muafiq yang menunggu saktah dari imam (iaitu
ia mendengar bacaan fatihah imamnya bertujuan mendapat i. Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini seperti orang yang
pahala sunat, dan bercadang membaca Fatihah apabila imam masbuk (iaitu tidak boleh ketinggalan dari imam sebanyak 3
membaca surah kemudiannya) tetapi sebaik sahaja imam rukun panjang. Bahkan ia hendaklah membaca Fatihah sekadar
selesai membaca Fatihah, yang dapat dan terus rukuk bersama imam. Jika ia sempat
i. ia terus rukuk tanpa membaca apa-apa surah. Justru, rukuk serta ada tomakninahnya, maka dikira dapat rakaat
makmum tidak sempat membaca Fatihah. tersebut.
atau ii. Sheikh Ramli berkata: Makmum tersebut seperti makmum
ii. dibaca surah terlalu pendek sehingga makmum tidak sempat muafiq (iaitu dimaaf ketinggalan 3 rukun panjang dari imam)-
menghabiskan bacaan Fatihah. sama dengan di atas

Maka hukum makmum begini dalam 2 masalah di atas ialah ia 10. Makmum muafiq yang sama-sama membaca tasyahhud
wajib membaca Fatihah dan dimaafkan ia ketinggalan dari awal bersama imam. Apabila imam berdiri dari tasyahhud awal,
imam sehingga 3 rukun panjang makmum masih membaca tasyahhud awal. Apabila makmum
berdiri dari tasyahhud awal, didapati imam sudah rukuk atau
8. Makmum muafiq tertidur di tengah solat pada tasyahhud hampir hendak rukuk. Berlaku khilaf di antara Ibn Hajar dan
awal dengan tetap punggungnya di tempat duduk, berterusan Ramli:
tidur, lalu ditinggal oleh imam sehingga imam turun untuk
rukuk. Barulah makmum terjaga dari tidurnya. Masalah ini i. i. Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini tidak termasuk
terdapat perselisihan di antara ulama: dalam kalangan muafiq (iaitu tidak boleh ketinggalan dari imam
i. Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini seperti orang yang sebanyak 3 rukun panjang kerana dikira sebagai sengaja
masbuk (iaitu tidak boleh ketinggalan dari imam sebanyak 3 meninggalkan bacaan Fatihah. Bahkan ia hendaklah membaca
rukun panjang. Bahkan ia hendaklah membaca Fatihah sekadar Fatihah, dan jika dapat disempurnakan Fatihahnya, kemudian
yang dapat dan terus rukuk bersama imam. Jika ia sempat sempat rukuk bersama imam serta Tomakninah, maka dapat
rukuk serta ada tomakninahnya, maka dikira dapat rakaat rakaat. Jika ia tidak sempat rukuk serta tomakninah, maka
tersebut. hendaklah ia mufaraqah sebelum imam turun sujud. Dan
ii. Sheikh Ramli berkata: Makmum tersebut seperti makmum setelah mufaraqah dari imam, hendaklah ia melakukan aturan
muafiq (iaitu dimaaf ketinggalan 3 rukun panjang dari imam) solat dengan berseorangan. Jika tidak mufaraqah, batal solat
makmum.

15 16
ii. Sheikh Ramli berkata: Makmum tersebut seperti makmum makmum tidak dapat rakaat tersebut dan wajib menambah satu
muafiq (iaitu dimaaf ketinggalan 3 rukun panjang dari imam)- rakaat selepas imam memberi salam.
sama dengan di atas
5. Makmum masbuq yang membaca bacaan sunat (doa Iftitah)
selepas Takbiratul Ihram. Tiba-tiba imam rukuk sedangkan
makmum belum membaca Fatihah. Maka makmum wajib
membaca ayat Fatihah sekadar ayat yang dibaca pada bacaan
Masalah berhubung dengan makmum masbuq: sunat. Makmum menggunakan ijtihad dengan zan. Selepas itu
ia rukuk bersama imam serta tomakninah dan mendapat rakaat.
1. Makmum masbuq tidak sempat membaca Fatihah kerana
imam hampir rukuk atau sudah rukuk. Wajib bagi makmum 6. Ada imam yang terlalu pantas gerakan atau bacaannya.
rukuk bersama imam. Sekiranya dapat rukuk bersama imam Justru makmum ketinggalan dari imam, misalnya makmum
serta tomakninah, maka dikira dapat rakaat. Fatihah yang tidak bangkit dari sujud dan didapati imam telah rukuk. Makmum
sempat dibaca, ditanggung oleh imam. tidak sempat membaca Fatihah. Oleh itu makmum wajib rukuk
bersama imam kerana ia dikira makmum masbuk. Jika sempat
2. Makmum masbuq tidak sempat menghabiskan bacaan rukuk bersama imam serta tomakninah, dikira dapat rakaat.
Fatihah kerana imam rukuk, maka wajib ia rukuk bersama Begitulah hukumnya pada setiap rakaat.
imam, walaupun tabiatnya membaca dengan lambat. Ia
berbeza dengan makmum muafiq yang bertabiat lambat 7. Makmum masbuq tidak membaca Fatihah selepas Takbiratul
membaca Fatihah, maka wajib ia membaca Fatihah walaupun Ihram sehingga imam rukuk. Hukumnya wajib bagi makmum
ditinggalkan oleh imam sehingga 3 rukun panjang. Sebahagian membaca ayat Fatihah sekadar masa yang ia diam. Selepas itu
Fatihah makmum yang belum dibaca ditanggung oleh imam. terus rukuk bersama imam. Jika sempat rukuk bersama imam
serta tomakninah, dikira dapat rakaat. Jika tak sempat, tiada
3. Makmum boleh menjadi muafiq pada rakaat pertama. rakaat dan tambah satu rakaat selepas imam beri salam.
Kemudian menjadi masbuq pada rakaat kedua kerana tertinggal
dari imam dengan sebab terlambat dalam menunaikan aturan Masalah: Makmum masbuk ketinggalan dari imam kerana
solat. Justru, sebaik sahaja ia bangkit untuk qiam, didapati hendak menyelesaikan bacaan Fatihahnya. Apabila imam
imam rukuk atau hampir rukuk, maka makmum tersebut bangkit dari rukuk, wajib bagi makmum mufaraqah (mengikut
menjadi masbuq. Maka, jika ia sempat qiam dengan sempurna, pandangan Ibn Hajar, Sharbaini, Ramli) dan tidak wajib
kemudian terus rukuk serta tomakninah bersama imam, maka mufaraqah (mengikut Zakaria Ansari) bahkan diberi pilihan di
dapat rakaat baginya dan dimaaf ia meninggalkan bacaan antara mufaraqah atau terus mengikut imam iaitu sujud
Fatihahnya. bersama imam dengan meninggalkan rukuk itu.

4. Makmum masbuq rukuk selepas imam iktidal, atau ia rukuk Hukum Makmum Masbuq Pada Solat Jumaat:
bersama imam tetapi tidak sempat tomakninah. Oleh itu Jika ia sempat rukuk bersama imam serta tomakninah, maka
dikira mendapat Jumaat. Oleh itu ia dikehendaki menambah

17 18
satu rakaat lagi selepas imam memberi salam, dan sunat ia
membaca dengan nyaring pada bacaan Fatihah dan surah
kerana dikira mendapat rakaat Jumaat padanya. Masalah ini
berbeza jika ia sempat berjemaah selepas imamnya rukuk pada
rakaat kedua seperti ia datang berjemaah semasa imam berada
pada tasyahhud atau iktidal, atau ia sempat rukuk bersama
imam tetapi tiada tomakninah. Maka makmum tidak mendapat
Jumaat kerana dikira tidak dapat rakaat bersama imam. Oleh
itu, makmum hendaklah menyudahkan solatnya dengan Zohor.
Bacaan Fatihah dan surah pada dua rakaat pertama baginya
hendaklah diperlahankan kerana dikira solat Zohor baginya.
Bagi makmum yang masbuq solat Jumaat, tidak sempat
mengikut imam semasa imam rukuk pada rakaat kedua, maka
ada perselisihan pendapat dalam berniat Jumaat atau Zohor.
Ada di antara ulama berpendapat berniat Jumaat tapi
perlaksanaannya solat Zohor dan ada ulama berpendapat terus
sahaja berniat Zohor.

Bagi makmum masbuq yang mendapat rakaat bersama imam,


maka dikira mendapat Jumaat dan apabila orang lain berimam
dengannya selepas ia mendapat rakaat, maka dikira mendapat
jumaat juga. Begitulah sehingga masuk waktu Asar, barulah
dikira habis Jumaat pada hari itu.

Susunan:
alfaqir ila rabbihi:
niknasri@hotmail.com
Kemaman, Terengganu.
3 RabiulAwwal 1426
12 April 2005

19

Anda mungkin juga menyukai